Sebagai ibu bapa, kita akan melihat dan memerhati setiap pergerakan bayi seperti ketawa, menyentuh dan menangis sebagai petunjuk tahap kesihatan mereka. Walau bagaimanapun, sesetengah petanda masalah kesihatan, seperti bayi sembelit, sukar untuk dikesan dan dilihat.
Selain itu, sembelit juga merupakan perkara biasa yang terjadi kepada bayi. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkara ini berlaku.

Credit: Sonora.id
Kebiasaannya, bayi 6 bulan ke bawah yang masih menyusu badan jarang sembelit. Hal ini kerana, segala nutrien daripada ibu diserap sepenuhnya oleh bayi. Tetapi sekiranya, bayi anda sudah mula makan makanan pepejal, kemungkinan besar bayi boleh terkena sembelit.
Punca-Punca Utama Bayi Anda Terkena Sembelit
- Susu formula
Umumnya, susu formula lebih sukar dicerna oleh bayi berbanding susu ibu, oleh sebab itu najis mungkin menjadi lebih keras dan berketul.
Walaupun menyusu badan, ada sesetengah ibu yang turut memberikan susu formula kepada bayi mereka. Keadaan tersebut boleh mendorong kepada masalah sembelit.
- Pengambilan makanan pejal
Untuk permulaan, usus bayi harus dilatih untuk diberi makanan separa pejal seperti bijirin yang kaya serat. Usus bayi akan terkejut jika diberi makanan secara pejal dan akan menyebabkan sembelit berlaku.
- Dehidrasi
Kebiasannya, bayi yang normal akan mengalami masalah batuk, selesema dan demam. Kekurangan pengambilan air masak oleh kerana dehidrasi tersebut boleh menjadi salah satu punca. Jika ia berlaku, kandungan air dalam badan si manja akan berkurang dan mengakibatkan dehidrasi.
- Tabiat dan diet pemakanan ibu
Pergerakan usus bayi adakalanya turut bergantung kepada tabiat pemakanan ibunya. Ini bermakna apa yang dimakan ibu menentukan tahap kesihatan bayi.
Sekiranya diet ibu kekurangan serat dan mengandungi zat besi berlebihan, ia boleh menjadi punca bayi sembelit.
Simptom-Simptom Bayi Anda Mengalami Sembelit
1. Kekerapan membuang air besar
Sembelit bukan sahaja bergantung kepada jumlah kekerapan membuang air besar, tetapi juga kepada keadaan najis itu. Kekerapan bayi akan membuang air besar pada setiap hari akan ada turun naik, terutama apabila anda memperkenalkannya makanan baru.
2. Darah
Sekiranya anda terlihat garis-garis darah merah di atas najis bayi anda, ia adalah kerana bayi mengalami kesukaran ketika proses membuang najis dan menyebabkan kelukaan di sekeliling dinding dubur.
3. Perut Mengeras
Perut keras boleh menjadi sembelit. Kembung dan tekanan yang disebabkan sembelit boleh menyebabkan bayi anda cepat berasa kenyang.
4. Tidak Mahu Makan
Kehilangan selera pada bayi anda mungkin disebabkan ketidakselesaan yang dihadapinya. Malah perut yang kembung juga boleh menyebabkannya tidak mahu makan.
5. Menahan
Sekiranya berlaku perubahan wajah bayi anda ketika sedang membuang air besar, seperti kelihatan tegang atau berkerut, ia mungkin tanda sembelit. Bayi yang berdepan masalah ini biasanya akan menghasilkan najis seperti tanah liat yang sangat keras.
Najis keras boleh menyukarkan proses membuang air besar, bayi anda berkemungkinan akan menangis atau menjadi tegang.
5 Cara Mengatasi Masalah Ini
- Baringkan bayi anda, gerakkan kakinya seolah-olah seperti sedang mengayuh basikal
- Banyakkan melakukan aktiviti fizikal seperti merangkak
- Urut perut bayi dengan urutan I Love You mengikut pusingan arah jam
- Berikan jus buah-buahan kepada bayi anda , tetapi elakkan pengambilan yang kerap kerana takut menganggu penjadualan susu mereka
- Berikan air masak yang secukupnya kepada bayi anda ketika cuaca panas
Akhir sekali, sekiranya masalah sembelit ini menjadkronik segera pergi ke hospital atau klinik untuk dapatkan nasihat lebih lanjut dari pakar.
Jika anda mempunyai masalah yang sama, sila klik link di sini.
Kredit:



