5 Simptom Bayi Sembelit Ibu Bapa Perlu Ambil Tahu.

Sebagai ibu bapa, kita akan melihat dan memerhati setiap pergerakan bayi seperti ketawa, menyentuh dan menangis sebagai petunjuk tahap kesihatan mereka. Walau bagaimanapun, sesetengah petanda masalah kesihatan, seperti bayi sembelit, sukar untuk dikesan dan dilihat.

Selain itu, sembelit juga merupakan perkara biasa yang terjadi kepada bayi. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkara ini berlaku.

Bayi Sembelit
Bayi Sembelit? 5 Simptom Ibu Bapa Perlu Ambil Tahu.

Credit: Sonora.id

Kebiasaannya, bayi 6 bulan ke bawah yang masih menyusu badan jarang sembelit. Hal ini kerana, segala nutrien daripada ibu diserap sepenuhnya oleh bayi. Tetapi sekiranya, bayi anda sudah mula makan makanan pepejal, kemungkinan besar bayi boleh terkena sembelit.

 

Punca-Punca Utama Bayi Anda Terkena Sembelit

  1. Susu formula

Umumnya, susu formula lebih sukar dicerna oleh bayi berbanding susu ibu, oleh sebab itu najis mungkin menjadi lebih keras dan berketul.

Walaupun menyusu badan, ada sesetengah ibu yang turut memberikan susu formula kepada bayi mereka. Keadaan tersebut boleh mendorong kepada masalah sembelit.

  1. Pengambilan makanan pejal

Untuk permulaan, usus bayi harus dilatih untuk diberi makanan separa pejal seperti bijirin yang kaya serat. Usus bayi akan terkejut jika diberi makanan secara pejal dan akan menyebabkan sembelit berlaku.

  1. Dehidrasi

Kebiasannya, bayi yang normal akan mengalami masalah batuk, selesema dan demam. Kekurangan pengambilan air masak oleh kerana dehidrasi tersebut boleh menjadi salah satu punca. Jika ia berlaku, kandungan air dalam badan si manja akan berkurang dan mengakibatkan dehidrasi.

  1. Tabiat dan diet pemakanan ibu

Pergerakan usus bayi adakalanya turut bergantung kepada tabiat pemakanan ibunya. Ini bermakna apa yang dimakan ibu menentukan tahap kesihatan bayi.

Sekiranya diet ibu kekurangan serat dan mengandungi zat besi berlebihan, ia boleh menjadi punca bayi sembelit.

 

Simptom-Simptom Bayi Anda Mengalami Sembelit

1. Kekerapan membuang air besar

Sembelit bukan sahaja bergantung kepada jumlah kekerapan membuang air besar, tetapi juga kepada keadaan najis itu. Kekerapan bayi akan membuang air besar pada setiap hari akan ada turun naik, terutama apabila anda memperkenalkannya makanan baru.

2. Darah

Sekiranya anda terlihat garis-garis darah merah di atas najis bayi anda, ia adalah kerana bayi mengalami kesukaran ketika proses membuang najis dan menyebabkan kelukaan di sekeliling dinding dubur.

3. Perut Mengeras

Perut keras boleh menjadi sembelit. Kembung dan tekanan yang disebabkan sembelit boleh menyebabkan bayi anda cepat berasa kenyang.

4. Tidak Mahu Makan

Kehilangan selera pada bayi anda mungkin disebabkan ketidakselesaan yang dihadapinya. Malah perut yang kembung juga boleh menyebabkannya tidak mahu makan.

5. Menahan

Sekiranya berlaku perubahan wajah bayi anda ketika sedang membuang air besar, seperti kelihatan tegang atau berkerut, ia mungkin tanda sembelit. Bayi yang berdepan masalah ini biasanya akan menghasilkan najis seperti tanah liat yang sangat keras.

Najis keras boleh menyukarkan proses membuang air besar, bayi anda berkemungkinan akan menangis atau menjadi tegang.

 

5 Cara Mengatasi Masalah Ini

  • Baringkan bayi anda, gerakkan kakinya seolah-olah seperti sedang mengayuh basikal
  • Banyakkan melakukan aktiviti fizikal seperti merangkak
  • Urut perut bayi dengan urutan I Love You mengikut pusingan arah jam
  • Berikan jus buah-buahan kepada bayi anda , tetapi elakkan pengambilan yang kerap kerana takut menganggu penjadualan susu mereka
  • Berikan air masak yang secukupnya kepada bayi anda ketika cuaca panas

Akhir sekali, sekiranya masalah sembelit ini menjadkronik segera pergi ke hospital atau klinik untuk dapatkan nasihat lebih lanjut dari pakar.

Jika anda mempunyai masalah yang sama, sila klik link di sini.

 

Kredit:

  1. Hello Doktor
  2. The Asian Parent

Ini 5 Cara Rawatan yang Boleh Dilakukan Apabila Berlakunya Sakit Sendi

Sendi ialah tempat yang menghubungkan antara dua tulang dan membenarkan berlakunya pergerakan. Sebagai contoh, sendi di Kawasan bahu, siku, lutut dan pergelangan tangan. Struktur di kawasan sendi ini akan menjadi semakin merosot dan tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya apabila umur kita semakin meningkat.

Ini akan menyebabkan ruang dalam sendi tersebut berkurangan dan tulang boleh bergesel antara satu sama lain. Keadaan ini akan mengakibatkan kecederaan tisu dan berlaku keradangan di sendi berikut. Sakit sendi dalam istilah perubatan dikenali sebagai arthritis.

Jenis-jenis Sakit Sendi:

Terdapat beberapa jenis sakit sendi yang sering menyerang pesakit.

i) Osteoarthritis
Osteoarthritis merupakan sakit sendi yang paling sering dialami oleh pesakit. Ini berlaku apabila tisu rawan yang berfungsi sebagai pelapik yang melancarkan pergerakan sendi semakin haus dan nipis. Tulang boleh bergesel antara satu sama lain dan mengakibatkan tisu di kawasan tersebut cedera dan sakit.

ii) Rheumatoid arthritis
Rheumatoid arthritis merupakan penyakit di mana sistem pertahanan badan menyerang sel badan itu sendiri. Tisu di kawasan sendi diserang dan menyebabkan keradangan berlaku. Kebiasaannya, ia menyerang sendi pada jari, pergelangan tangan, siku, bahu dan lutut. Ia menyebabkan sendi bengkak dan susah untuk digerakkan.

Rawatan Sakit sendiKredit: pleasantonarthritis.com

iii) Gout
Bagi yang pernah mengalaminya, gout merupakan satu mimpi ngeri yang sangat menyakitkan. Apabila asid urik berkumpul di bahagian sendi, penghasilan kristal berlaku di Kawasan tersebut. Selalunya gout menyerang di kawasan ibu jari kaki. Ia menyebabkan sendi di kaki bengkak, merah dan berasa panas.

Cara Rawatan Sakit Sendi:

Terdapat beberapa rawatan sakit sendi yang boleh anda cuba untuk kurangkan sakit pada sendi:

1.Rehat yang cukup
Sakit sendi yang ringan boleh diredakan dengan rehat secukupnya. Sendi terlibat direhatkan dari sebarang aktiviti dan pergerakan.

2. Pek ais atau haba
Anda boleh cuba letakkan pek ais atau pek panas di bahagian yang sakit. Ais boleh mengurangkan keradangan dan bengkak pada sendi. Letakkan pek ais pada sendi yang cedera sekurang-kurangnya 30 minit. Manakala pek haba boleh meringankan ketegangan sendi.

3. Ubat tahan sakit
Jika sakit agak terus, pesakit akan diberikan ubat tahan sakit untuk merawat kesakitan terlebih dahulu. Anda boleh dapatkan sendiri ubat tahan sakit seperti paracetamol di farmasi berhampiran.

4. Lakukan regangan dan senaman
Melakukan senaman merupakan rawatan sakit sendi yang efektif. Terdapat beberapa jenis senaman ringkas yang anda boleh dilakukan di rumah iaitu hamstring stretch, calf stretch, hamstring curls, knee rolls dan straight leg raises.

5. Rawatan fisioterapi
Fisioterapi atau terapi manual boleh merawat sakit sendi dengan berkesan. Rawatan ini juga dapat membantu anda menggerakkan sendi dan meningkatkan julat pergerakan sendi.

Anda mungkin akan mengalami sakit-sakit sendi yang biasa. Ianya tiada masalah. Tetapi jika anda mengalami tanda-tanda seperti kesakitan atau bengkak secara berterusan anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doctor. Jangan mengabaikan masalah ini kerana ia boleh menyebabkan kerosakan sendi yang kekal.

Sakit tulang dan sendi boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia atau jantina dan berpunca daripada pelbagai sumber, bergantung kepada individu dan aktiviti yang dilakukannya. Rujuk halaman ini sekiranya anda ingin mencuba Fresh N Cool, produk keluaran Asmak untuk mengurangkan masalah sakit sendi.

Kredit:

physiogo.com.my
mahkotamedical.com
thediagnosa.com

Shopping cart close