Elakkan gula putih jalani gaya hidup sihat. 

Gula merupakan karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Tahukah anda, gula boleh didapati secara semulajadi dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan sebagai fruktosa, dan susu sebagai laktosa. Oleh yang demikian, pengambilan gula tambahan sebenarnya tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.

Makanan berkarbohidrat yang membekalkan gula digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga, disimpan di dalam hati dan otot sebagai glikogen atau ditukarkan kepada lemak sekiranya tidak digunakan. Gula ringkas mengandungi kalori tetapi kurang mengandungi vitamin, mineral dan serat (fibre).

Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar.

Usaha untuk mengurangkan gula dalam diet harian bukanlah suatu perkara yang mudah. Namun, anda akan merasai perubahan ketara yang positif jika mengamalkannya.

 

1- Tiada Lagi Keletihan Dan Kelesuan Melampau

Selepas makanan dihadam, ia akan ditukar oleh tubuh menjadi glukos yang memberi tenaga kepada badan kita. Tetapi bergantung kepada jenis makanan yang kita pilih akan menentukan samada ia boleh menjadi tenaga berpanjangan ataupun sementara. Sekiranya kita memilih makanan seperti karbohidrat ringkas, ia akan dihadam dengan cepat dan menaikkan paras glukos dalam darah. Namun begitu. makanan jenis ini tidak memberikan tenaga berpanjangan, jadi dalam masa singkat, paras glukos dalam darah akan merudum dengan cepat (crash).

Jika kitaran ini berlaku sepanjang hari boleh menyebabkan kita jadi letih dan tidak bermaya.

 

2- Tidak Rasa Lapar Dengan Kerap

Anda pasti pernah mengalami pengalaman cepat berasa lapar, walaupun selepas mengambil makanan yang berat, seperti nasi, roti, mi kuning, bihun atau pasta. Kerap merasa lapar, menyukarkan anda untuk mengawal berat badan. Kekerapan anda mengambil makanan tidak menentukan anda boleh kenyang lama tetapi jenis makanan yang kita menjadi pilihan itu lebih penting. Pilihan makanan yang tinggi serat dan protein, adalah lebih baik dalam mengawal rasa lapar sepanjang hari. Contohnya, terdapat banyak pilihan makanan jenis buah- buahan, sayuran, protein haiwan seperti telur dan daging untuk kita makan setiap hari.

 

3- Kulit Lebih Bersih Dan Sihat

Terma “sugar face” dan “sushi face” ada disebut di dalam komuniti dermatologis,yang merujuk kepada muka yang sembab pada waktu pagi, akibat menu tinggi sodium yang dimakan pada malam sebelumnya.“Sugar face” pula merujuk kepada kulit muka yang bermasalah seperti di dalam rajah di bawah ini, akibat daripada diet tinggi gula yang diamalkan.

Kulit muka anda cenderung menjadi kendur, kusam dan tidak sihat kerana gula melalui satu proses dikenali sebagai “glycation”. Glycation adalah satu proses yang berlaku di dalam badan apabila gula melekat dengan protein, lalu menghasilkan bahan kimia berbahaya dikenali sebagai AGE protein. AGE protein ini akan menyebakan kolagen di dalam kulit reput dan mengeras, kesannya dapat dilihat pada permukaan kulit muka dan tubuh badan kita. Proses ini tidak mengenal usia, tetapi bergantung kepada apa yang kita makan seharian sejak bertahun- tahun. Jika diet anda masih tinggi gula, proses ini akan berterusan berlaku di dalam tubuh.

Oleh kerana proses ini sangat bergantung kepada jumlah gula yang diambil, apabila anda berhenti mengambil gula berlebihan samada di dalam masakan ataupun di dalam makanan terproses dan makanan segera, kesan pada kulit amatlah ketara. Anda boleh lihat apabila bangun pagi, wajah lebih segar dan sihat, dan dalam masa 1-2 minggu, kulit akan ketara lebih baik daripada sebelumnya. Dalam masa 30 hari, tona kulit lebih sekata dan lihat sendiri masalah- masalah lain seperti jerawat juga akan berkurangan.

 

4- Berat Badan Merosot Dengan Ketara

Ini kesan yang paling di idamkan, apabila  seseorang individu itu mengurangkan kadar pengambilan gula dalam diet seharian. Anda dapat melihat sendiri berat badan merosot dalam masa seawal 1 minggu selepas mengucapkan selamat tinggal kepada gula tambahan dan makanan terproses.

Mengapa ini berlaku?

Makanan tinggi gula dan makanan terproses sangat tinggi kalori, menyebabkan berat badan bertambah dengan mudah, mendadak dan sukar dikawal. Justeru, apabila kalori yang tidak berguna ini dibuang, secara mudahnya berat badan juga akan menurun. Selain daripada itu, apabila anda mengurangkan makanan- makanan ini, anda turut  membantu tubuh mengurangkan keradangan (inflammation). Apabila keradangan dalam tubuh semakin berkurangan, ini membantu tubuh menyerap zat dengan lebih baik, mengatur metabolisme tubuh dengan lebih efisyen dan memudahkan anda untuk berdiet. 

 

5- Bacaan Gula Dalam Darah Turun Dengan Stabil

Kepada anda yang sudah pun ada penyakit diabetes atau pre-diabetes, perubahan paling ketara ialah pada bacaan gula dalam darah harian. Sekiranya anda benar- benar disiplin terhadap mengurangkan kadar pengambilan gula harian, anda boleh mengurangkan paras glukos dalam darah dengan stabil dan tanpa berlapar. 

Gaya hidup sihat ini boleh dimulakan secara berperingkat jika anda merasakan sukar untuk meninggalkan makanan manis dan gula putih secara mendadak. Anda juga boleh mencuba alternatif sihat yang lain seperti menggantikan gula putih dengan pemanis semulajadi Stevia. 

Pemanis semulajadi Stevia adalah 200 hingga 300 kali lebih manis daripada gula tebu dan tidak mempunyai kalori (zero calorie). Ekstrak stevia, selain digunakan sebagai pemanis dalam makanan dam minuman, ia juga mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan. 

Anda boleh dapatkan produk stevia keluaran Asmak by MHAMSB dengan klik disini. 

 

Kredit:

  1. MyHealthGov {{ http://www.myhealth.gov.my/fakta-mengenai-gula-2/ 
  2. puteriyusof {{ http://puteriyusof.com/5-kesan-pantas-dalam-seminggu-jika-anda-berhenti-makan-gula-berlebihan/ 

6 Petua Untuk Melegakan Lenguh Kaki Secara Alami

Tak di nafikan ramai di antara kita yang kerap mengalami lenguh pada bahagian kaki mahupun peha. Kadang-kadang baru beberapa minit berdiri saja dah rasa lenguh-lenguh. Keadaan lenguh kaki ini sangat menganggu rutin harian kita yang bekerja. Keadaan yang tidak selasa akan menyebab kan emosi kita sendiri terganggu dan kerja yang kita sedang buat serba tidak betul. Justeru pelbagai cara akan kita cuba untuk melegakan lenguh kaki. 

Sebenarnya, mungkin ramai yang tak tahu penyebab utama kaki lenguh ini adalah disebabkan perjalanan darah yang tidak lancar di bahagian arteri kaki. Otot kaki tegang dan betis meregang secara berlebihan pun boleh menjadi punca lenguh kaki. Berdiri terlalu lama membuatkan tekanan tertumpu pada otot-otot di belakang kaki, terutama apabila anda memakai kasut tumit tinggi. Akhirnya efeknya lenguh kaki anda akan menjadi semakin terasa.

 

Antara petua untuk melegakan lenguh kaki ialah :

 

  1. Rendam kaki dengan air garam bukit.

melegakan lenguh kaki

Merendam kaki dengan air garam adalah salah satu daripada perubatan tradisional cina. Menurutnya, kaki adalah jantung kedua pada tubuh badan manusia dimana terdapat banyak titik akupuntur pada telapak kaki. Cara lain merendamkan kaki ke dalam air suam dapat memanaskan seluruh badanm, ,meningkatkan pengaliran darah ke bahagian atas tubuh badan dan juga melepaskan tekanan.

2. Tuam dengan ais.

melegakan lenguh kaki

Lutut sering menjadi pusat rasa lenguh kaki. Cubalah tuam sekeliling lutut dengan ais batu yang telah dibungkus dengan tuala. Lakukan juga di bahagian atas dan telapak kaki. Buat selama 10-15 minit dan pastikan kaki berada di tempat yang posisinya lebih tinggi.

  1. Tidur dengan posisi kaki lebih tinggi.

melegakan lenguh kaki

Meletakkan kaki pada posisi yang lebih tinggi ketika tidur. Boleh guanakan bantal untuk meletakkan kaki sehingga kaki berada dalam keadaan yang lebih tinggi. Kaedah ini boleh membuatkan perjalanan darah di kaki menjadi lancer serta mampu mengurangkan tekanan pada kaki.

  1. Minuman panas.

melegakan lenguh kaki

Cara lain untuk meredakan lenguh pada bahagian kaki boleh dikurangkan dengan meminum air panas yang telah di campur madu dan lemon atau air rebusan halia. Ia dapat merehatkan tulang dan otot di tubuh badan.

  1. Lumur dengan halia muda & bawang putih.

melegakan lenguh kaki

Kaki yang lenguh juga boleh diatasi dengan menggunakan ramuan halia muda dan bawang putih. Caranya buang kulit pada halia dan bawang putih tersebut kemudian tumbuk sehingga lumat/hancur. Biar sampai sedikit berair, selepas itu lumurkan pada bahagian kaki yang lenguh. Sebaiknya lumur pada sebelah malam dan biarkan semalaman.

  1. Urut kaki

melegakan lenguh kaki

Untuk meredakan kaki yang lenguh, boleh mengurut lembut kaki, mulai dari betis sampai ke telapak kaki bagi melancarkan kembali perjalanan darah. Boleh gunakan Minyak Herba Asmak, Losyen badan bagi memudahkan lagi proses mengurut kaki.

 

Banyak kaedah yang boleh kita ikuti bagi melegakan masalah lenguh kaki. Masalah lenguh kaki ini boleh dikata kerap terjadi kepada semua orang terutamanya golongan orang tua. Jika mengalami masalah lenguh kaki yang berkerapan, cepat-cepatlah cari solusi untuk melegakan semula kaki kita. Kaki ini adalah salah satu anggota badan yang sangat penting untuk pergerakkan harian kita.

 

Jika anda kerap mengalami masalah lenguh kaki dan dah cuba pelbagai kaedah masih tidak Berjaya, kami menawarkan inisiatif lain yang mana anda boleh mencuba produk Asmak iaitu Fresh N Cool yang mana boleh membantu mengurangkan masalah lenguh pada bahagian seluruh badan (Klik disini)

 

Kredit : cloudfront

Ini Cara Bersihkan Hidung Bayi Tersumbat Akibat Selsema

Ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk membantu menjaga kebersihan anak, lebih-lebih lagi dibahagian mikro seperti hidung bayi. Bahagian hidung ini seringkali tersumbat akibat selsema. Menjadi tugas ibu bapa untuk bersihkan hidung bayi tersumbat kerana mereka masih terlalu kecil untuk bertindak sendiri  Kebersihan badan bayi, seperti telinga, pusat, kemaluan dan hidung bayi amatlah penting kerana ianya menyumbang kepada tumbesaran anak yang positif! Oleh itu, ibu bapa perlu berganding bahu untuk membantu anak-anak mencapai sasaran positif tersebut, bermula dengan penjagaan kebersihan sendiri. Jadi, bagaimana hendak menjaganya?

Pernah tak rasa hidung tersumbat ataupun hidung berhingus, sehingga mengacau rutin seharian kita? Sudah tentu kita rasa jengkel dengan permasalahan tersebut, dan kita tidak henti menghembuskan hidung untuk berasa lebih lega tapi masih begitu juga keadaannya! Oleh itu, kami di sini akan membantu para ibu bapa untuk menyelesaikan permasalahan hidung tersumbat disebabkan hingus dan selesema bagi mengurangkan ketidakselesaan anak ketika menghadapi selesema dan hidung berair.

 

Cara Membersihkan Hidung Bayi

  1. Bulb syringe

Bulb syringe atau picagari bulat merupakan pilihan klasik buat ibu bapa. Dengan menggunakan bulb syringe, ibu bapa hanya perlu memicit dan mengawal pengeluaran udara di dalam bulb atau bahagian bulat picagari tersebut sambil meletakkan hujung picagari ke dalam hidung anak. Bulb syringe tersebut akan berfungsi untuk menyedut hingus yang tergumpal di dalam hidung anak.

Jika hingus anak lebih keras, ibu bapa boleh menitiskan satu ada dua titisan larutan salin atau air suling ke dalam lubang hidung anak untuk melembutkan dan memudahkan proses pengeluaran hingus. Sebelum menggunakan bulb syringe tersebut, ibu bapa boleh memilih saiz yang sesuai untuk anak untuk memberi keselesaan optimum kepada anak ketika proses tersebut.

  1. Semburan hidung (Nasal spray)

Jika hingus di dalam hidung anak terlalu keras, ibu bapa boleh menggunakan pilihan ini untuk memudahkan proses membersihkan hidung anda. Fungsi nasal spray ini adalah untuk mencairkan dan melonggarkan mukus-mukus yang tersekat di dalam rongga hidung mereka. Disebabkan hidung bayi jauh lebih kecil berbanding dewasa (ya, orang dewasa pun boleh guna alat ini!), maka kita tidak perlu menggunakan larutan cecair yang banyak.

Ibu bapa boleh mulakan dengan membaringkan anak, dan dengan menggunakan penitis hidung, titiskan 3 hingga 4 titisan ke dalam kedua-dua lubang hidung. Selepas menunggu beberapa saat sehingga ia berfungsi seperti yang sepatutnyai, ibu bapa boleh mengeluarkan mukus-mukus tersebut menggunakan bulb syringe atau ‘aspirator hidung yang bakal kami kupaskan dalam isi seterusnya.

 

  1. Aspirator hidung

Sejak kebelakangan ini, penggunaan aspirator hidung semakin popular di dalam kalangan ibu bapa kerana ia lebih mudah dan cepat berbanding dengan pilihan tradisional. Dengan meletakkan penutup mulut di mulut anda, letakkan hujung alat aspirator hidung tersebut di pembukaan hidung bayi dan BUKAN di dalam hidung bayi.

Anda perlu menyedut udara melalui tiub tersebut secara lembut untuk menghasilkan proses seakan-akan vakum untuk mengeluarkan mukus tersebut.  Sama seperti menggunakan bulb syringe, ibu bapa boleh meletakkan beberapa titisan larutan salin untuk mencairkan mukus di dalam hidung anak sebelum menggunakan alat ini.

 

Akhir sekali

Kebersihan anak-anak dapat membuahkan kebaikan dari aspek fizikal dan mental dan juga dapat membantu menyebabkan tumbesaran anak yang lebih positif, tetapi ia harus bermula dari ibu dan bapa si manja tersebut. Ya lah, siapa sahaja tak gembira melihat perkara yang cantik dan bersih, kan?

 

Jadi, pilihan manakah yang akan anda lakukan untuk menjamin kebersihan anak di bahagian hidung?

 

Ps: Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk yang mampu melegakan selesema, klik sini 

 

Sumber :
TheAsianParent

 

Shopping cart close