Mandian bukan sahaja boleh merehatkan si manja, tetapi ia juga boleh memberi ibu bapa peluang untuk mengeratkan ikatan dan bermain selepas seharian sibuk melakukan pelbagai perkara. Sama seperti urutan bayi, mandian hangat juga boleh menjadi cara yang baik bagi membantu menyediakan si manja untuk tidur. Sebelum memandikan bayi, cara mandikan bayi baru lahir ialah isikan air suam dalam bekas mandian. Periksa suhu kehangatan air tersebut dengan menggunakan siku. Jangan sesekali menggunakan air sejuk kerana ia boleh menyebabkan suhu badan bayi menurun atau hipotermia.
Cara mandikan bayi baru lahir haruslah betul, Ini adalah kerana daya ketahanan bayi tidak kuat dan masih lemah. Jika dimandikan dengan air sejuk, ia akan membuatkan bayi terkejut, badannya menjadi biru dan juga berisiko mendapat penyakit sawan. Sinki dapur boleh menjadi tempat yang bagus untuk memandikan si manja (pastikan kepala paip dipusing ke arah lain dan tuala lembut atau alas busa diletakkan di dasar sinki) atau anda boleh menggunakan besen mandi plastik kecil yang diletakkan di dalam besen mandi besar supaya mudah untuk anda memegang si manja.
- Bermulalah dengan beberapa inci air suam sahaja. Air mandi si manja haruslah bersuhu antara 32 hingga 37 darjah Celcius. Selepas mengisi besen atau tab mandi, pastikan anda mengacau air dengan tangan supaya tidak ada kawasan yang panas.
- Sebelum memasukkan si manja ke dalam air mandi, periksa suhu air menggunakan bahagian dalam pergelangan tangan anda untuk memastikan ia tidak terlalu panas
- Gunakan satu lengan untuk menyokong belakang badan, kepala dan tengkuk si manja dan masukkan bayi anda ke dalam mandian dengan perlahan-lahan. Teruskan menyokong si manja menggunakan sebelah tangan dan mandikannya dengan tangan yang satu lagi.
- Bersihkan sekeliling mata si manja dengan bebola kapas yang dilembapkan dengan air yang bersih dan suam. Gunakan bebola kapas yang baharu untuk setiap mata dan sentiasa lap dari sudut bahagian dalam mata ke arah luar. Kemudian, dengan menggunakan kain pencuci yang lembut, lap sekeliling mulut, hidung dan seluruh muka si manja, dari bahagian tengah menghala ke arah luar. Lap celah-celah lipatan lehernya dan jangan lupa bahagian belakang telinganya!
- Bagi bayi yang lebih kecil, basahkan kain pencuci bayi dengan air suam dan gunakan pembersih lembut yang dirumus khas untuk bayi, seperti Set Asmak Baby Care. Jika si manja mempunyai rambut yang lebat, anda boleh mencuba syampu yang lembut, seperti ABC Baby Wash (Head to toe). Jangan takut untuk mencuci bahagian lembut (dipanggil ubun-ubun) di kepala si manja.
- Cuci kawasan lampin akhir sekali. Bagi bayi perempuan, bersihkan bahagian kemaluan dengan mencuci dari depan ke belakang. Untuk bayi lelaki, cuci zakar dan bahagian kemaluan, juga dari depan ke belakang dan keringkan dengan teliti. Untuk kanak-kanak lelaki yang tidak bersunat, jangan tarik kulupnya ke belakang.
- Biarkan si manja meluangkan sedikit masa di dalam bekas mandian untuk menikmati air yang suam itu. Siram badannya dengan air mandian yang suam itu untuk memastikan si manja tidak kesejukan. Berhati-hati dengan air yang mengalir terus dari paip kerana kadangkala suhu air boleh berubah secara tiba-tiba.
- Pegang si manja dengan meletakkan tangan anda di sekeliling dadanya di bawah lengannya, sandarkan kepalanya ke dada anda dan angkat si manja keluar dari bekas mandian dan balut badannya dengan tuala dengan segera.
- Keringkan si manja dengan rapi terutamanya di celah-celah lipatan kulitnya. Lembapan yang berlebihan boleh menyebabkan kerengsaan kulit. Lap kulitnya hingga kering untuk mengelakkan kerosakan kulit.
- Sebelum memakaikan pakaian, sapukan pelembap bayi yang lembut, seperti ABC Baby Lotion yang antioksidan dan menjadikan kulit lebih lembut.
Jika anda ingin mencuba Set Asmak Baby Care,boleh klik di sini.
Kredit:
1.Myhealth
2. johnsonsbaby