Skip to main content
search
0

Apabila bayi sudah mencapai usia enam bulan, bermula fasa peralihan untuk si kecil menikmati makanan. Bagi yang baru kali pertama bergelar ibu sudah pasti tiada pengalaman menyediakan makanan buat si comel. Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian agar makanan si kecil sihat dan berkhasiat.

Untuk makanan pertama bayi sebaik-baiknya dimasak sendiri menggunakan bahan segar menerusi cara pengolahan selamat. Sayur dan buah-buahan organik adalah pilihan terbaik kerana terhindar daripada risiko pencemaran.

Menurut Dr Pravin Vasanthan,bayi memerlukan makanan pejal kerana susu badan saja tidak cukup untuk membekalkan khasiat pada tubuh anak. Jika bayi tidak diberikan makanan pejal selepas 6 bulan,bayi akan mengalami kekurangan zat makanan seperti zat besi. Bahkan ia juga akan menjejaskan perkembangan bayi dari segi minda dan fizikalnya.

Ketika memberi makanan pertama bayi 6 bulan,lihat juga tanda-tanda ini. Ia membuktikan bayi sudah bersedia menerokam makanan pejal selain dari minum susu ibu.

  1. Menunjukkan minat Ketika anda ibu ayah makan
  2. Sering buat pergerakan lidah seperti sedang mengunyah.
  3. Masukkan jari ke dalam mulut sebagai tanda lapar
  4. Membuka mulut Ketika anda cuba menyuap sesuatu ke mulutnya

Nutrisi yang diperlukan bayi pada usia enam bulan

  1. Protein

Protein membantu dalam memelihara dan memperbaiki jaringan tubuh pada bayi sehingga mengawal fungsi tubuh oleh enzim. Protein diperoleh dari ikan laut seperti ikan salmon, ayam dan daging.

  1. Lemak

Lemak berfungsi sebagai sumber tenaga untuk bayi. Lemak yang diperoleh daripada ikan sangat baik untuk perkembangan bayi pada usia enam bulan.

  1. Karbohidrat

Karbohidrat adalah sumber tenaga pertama yang diperlukan bagi bayi yang diperoleh daripada susu ibu. Bagi bayi enam bulan, jumlah karbohidrat yang diperlukan adalah 68.8 gram sehingga 89.4 gram. Karbohidrat boleh didapati daripada beras putih atau merah.

  1. Vitamin dan mineral

Hampir semua vitamin diperlukan untuk tumbesaran bayi terutama pada usia enam bulan. Vitamin A, B, K, E, D dan vitamin C diperoleh daripada beberapa sayuran seperti bayam, labu, brokoli dan tomato. Sumber buah-buahan yang disarankan adalah mangga, pisang, oren, betik, avokado, pir dan epal.

Jika anak anda mengalami masalah perut kembung dan cara merawatnya,boleh baca artikel ini.

Kredit:

1.hmetro

2.theAsianparent

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu