Petua Hilangkan Muntah

Petua Hilangkan Muntah dan Cirit-Birit Kanak-Kanak

Muntah dan cirit-birit merupakan antara masalah kesihatan yang kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya bayi dan toddler. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba dan menyebabkan ibu bapa panik, lebih-lebih lagi jika anak kelihatan lemah, tidak aktif, atau menunjukkan tanda-tanda dehidrasi. Walaupun keadaan ini biasanya tidak serius, ia tetap memerlukan perhatian segera. Artikel ini akan menerangkan beberapa petua hilangkan muntah, mudah dan selamat sekaligus sejajar dengan pendekatan semula jadi seperti yang diketengahkan oleh Asmak Life.

Apa Punca Muntah dan Cirit-Birit Kanak-Kanak?

Sebelum kita bincangkan cara merawat, penting untuk kita faham punca-punca utama masalah ini. Antara penyebab yang biasa ialah:

  • Jangkitan virus seperti rotavirus
  • Keracunan makanan
  • Perubahan diet secara mendadak
  • Alergi makanan
  • Masalah penghadaman seperti intoleransi laktosa
  • Kesan sampingan ubat-ubatan

Kebanyakan kes muntah dan cirit-birit pada kanak-kanak adalah akibat jangkitan virus yang biasanya sembuh dengan sendirinya dalam masa 1-3 hari. Namun begitu, rawatan dan penjagaan yang betul boleh membantu mempercepatkan proses pemulihan dan mengelakkan komplikasi seperti dehidrasi.

Tanda-Tanda Anak Mengalami Dehidrasi

Dehidrasi ialah masalah serius yang boleh berlaku akibat kehilangan air dan elektrolit melalui muntah dan najis. Antara tanda-tanda dehidrasi yang ibu bapa perlu perhatikan:

  • Bibir dan mulut kering
  • Air kencing berkurang atau tidak membuang air kecil lebih dari 6 jam
  • Mata kelihatan cengkung
  • Tidak aktif atau terlalu lemah
  • Menangis tanpa air mata
  • Kulit kurang anjal bila dicubit

Sekiranya tanda-tanda ini muncul, segera bawa anak berjumpa doktor. Jika masih di peringkat awal, ibu bapa boleh cuba ikhtiar dengan petua semula jadi untuk membantu merawat dan meringankan simptom anak.

Petua Hilangkan Muntah dan Cirit-Birit Kanak-Kanak

  1. Berikan Cecair Secukupnya

Langkah paling penting ialah menggantikan cecair yang hilang. Berikan anak air kosong, susu ibu (bagi bayi), atau larutan garam rehidrasi oral (ORS). Elakkan minuman manis, berkarbonat atau jus buah yang boleh memburukkan keadaan.

Tip: Sediakan air rebusan barli atau air kelapa muda untuk anak. Ini membantu menyejukkan badan dan mengembalikan elektrolit.

  1. Pilih Makanan Yang Lembut dan Mudah Hadam

Sekiranya anak sudah boleh makan, berikan makanan yang ringan seperti:

  • Bubur nasi
  • Sup ayam jernih
  • Pisang (mengandungi potasium)
  • Roti bakar atau biskut tawar

Elakkan makanan berminyak, pedas, tenusu dan bergula tinggi kerana ia boleh merangsang lagi muntah atau cirit-birit.

  1. Gunakan Minyak Herba Semula Jadi

Produk seperti Minyak Herba Asmak, yang dikenali dengan kandungan semula jadi tanpa bahan kimia berbahaya, sangat membantu dalam menenangkan perut anak. Sapuan pada perut dan tapak kaki secara perlahan boleh:

  • Mengurangkan ketidakselesaan perut
  • Mencegah kembung dan angin
  • Membantu sistem penghadaman anak berfungsi lebih baik

Ramuan tradisional seperti minyak kayu putih yang terdapat dalam produk berkualiti seperti Minyak Herba Asmak boleh memberikan kesan segera dan selesa kepada anak kecil.

  1. Amalkan Air Rebusan Herba Tradisional (Untuk Anak Lebih Besar)

Bagi kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas, boleh cuba beri air rebusan seperti:

  • Air daun jambu batu – terkenal untuk mengurangkan cirit-birit
  • Air halia suam – mengurangkan rasa mual
  • Air kunyit – bersifat anti-radang dan membantu proses pemulihan

Pastikan dos kecil dan lihat reaksi anak terlebih dahulu sebelum beri secara berterusan.

  1. Pastikan Anak Berehat Secukupnya

Badan anak memerlukan tenaga untuk melawan jangkitan. Kurangkan aktiviti fizikal, biarkan anak tidur dan berehat. Tidur yang cukup akan mempercepatkan proses pemulihan.

  1. Pantau Najis dan Muntah Anak

Perhatikan kekerapan dan rupa najis serta muntah anak. Jika:

  • Najis berdarah
  • Muntah berwarna hijau
  • Muntah berterusan melebihi 24 jam
  • Disertai demam tinggi dan anak terlalu lemah

Segera bawa ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut. Petua semulajadi hanyalah sebagai langkah sokongan, bukan menggantikan rawatan perubatan sepenuhnya.

Peranan Produk Semula Jadi Dalam Menyokong Kesihatan Anak

Dalam dunia moden hari ini, ramai ibu bapa kembali mencari penyelesaian semula jadi untuk menjaga kesihatan anak. Inilah yang ditekankan oleh jenama seperti Asmak Life, yang menawarkan produk berasaskan bahan semula jadi, mesra kanak-kanak dan diyakini ramai ibu bapa.

Antara produk mereka yang sering digunakan untuk masalah seperti ini termasuk:

  • Minyak Herba Asmak – pilihan terbaik untuk mengatasi masalah angin dan kembung
  • Suplemen semula jadi yang menyokong sistem imun anak

Dengan pendekatan “Tradisional Bertemu Sains Moden”, Asmak Life membina kepercayaan dalam kalangan ibu bapa yang mahu solusi berkesan, selamat dan tanpa kesan sampingan jangka panjang.

Langkah Pencegahan Muntah dan Cirit-Birit Kanak-Kanak

Lebih baik mencegah daripada merawat. Beberapa langkah mudah ini boleh bantu elakkan anak daripada terkena masalah yang sama berulang:

  • Pastikan kebersihan tangan dan peralatan makan anak
  • Elakkan makanan yang tidak dimasak sempurna
  • Elakkan makanan jalanan yang terdedah
  • Didik anak minum air bersih dan bertapis
  • Beri probiotik semula jadi dari yogurt atau suplemen khas

Kesimpulan: Pilih Cara Selamat, Semula Jadi dan Berkesan

Muntah dan cirit-birit pada kanak-kanak bukanlah sesuatu yang luar biasa, tetapi ia memerlukan pemantauan dan penjagaan yang rapi. Petua hilangkan muntah dan cirit-birit kanak-kanak yang dikongsi dalam artikel ini adalah berdasarkan pendekatan tradisional yang terbukti berkesan dan selamat.

Dengan menggunakan produk semula jadi seperti Minyak Herba Asmak dan mengamalkan langkah-langkah penjagaan yang betul, ibu bapa boleh membantu anak pulih dengan cepat dan selamat. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai solusi semula jadi lain untuk kesihatan seisi keluarga, layari laman web rasmi Asmak Life.

Waspada Virus Baharu Selsema Tomato Kini Semakin Merebak

Wabak penyakit baharu iaitu selesema tomato atau demam tomato dilaporkan menyerang kanak-kanak bawah usia lima tahun di negara India. Belum berakhirnya episod wabak Covid-19, Influenza dan HFMD, ibu ayah kini diminta berwaspada dengan kewujudan penyakit baharu iaitu selesema tomato atau demam tomato. Amaran mengenai virus baharu ini telah dikeluarkan oleh para doktor di India selepas ia menyerang 82 orang kanak-kanak. Wabak penyakit baharu, selesema tomato merupakan varian HFMD jenis baharu. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh NDTV, wabak selsema tomato ini dipercayai merupakan penyakit tangan, kaki dan mulut jenis baharu. Waspada virus baharu selsema tomato kini semakin merebak. Kebanyakan kes telah dikesan di daerah Odisha dan Kerala. Kebanyakannya adalah melibatkan kanak-kanak di bawah usia lima tahun.

 

”Seiring dengan kemunculan gelombang keempat Covid-19, virus baharu yang dikenali selesema tomato atau demam tomato telah dilaporkan di negeri Kerala, India. Ia melibatkan kanak-kanak bawah usia lima tahun,” laporan menerusi Lancet Respiratory Journal. Dalam laporan berkenaan turut menjelaskan wabak penyakit tersebut berlaku disebabkan oleh virus usus. Ia jarang berlaku pada orang dewasa kerana mereka telah memiliki sistem imunisasi yang kuat bagi mempertahankan diri daripada virus.

Antara gejala wabak penyakit ini termasuklah demam panas, bengkak sendi, sakit badan dan keletihan sama seperti chikugunya. Malah ada sesetengah pesakit mengalami cirit-birit, demam, loya, muntah dan dehidrasi. Setakat ini antara kawasan lain yang terjejas di Kerala adalah di Ancha, Aryankavu dan Neduvathur. Lancet turut melaporkan bahawa kemunculan penyakit ini mencetuskan amaran di negeri-negeri jiran yang lain. ”26 orang kanak-kanak yang berusia 1 hingga 9 tahun di Odisha telah dijangkiti virus tersebut. Sehingga kini, selain Kerala, Tamil Nadu dan Odisha, tiada wilayah lain di India terjejas oleh wabak virus itu,” kata laporan.

Justeru pakar kesihatan turut mengatakan bahawa penyakit ini tiada ubat yang khusus untuk merawatnya. Mereka turut memberi amaran bahawa jangkitan itu merebak dengan sangat pantas.

 

Apakah itu selsema tomato atau demam tomato?
Selesema atau demam tomato menunjukkan simptom yang hampir serupa dengan Covid-19, namun virus ini tidak berkaitan dengan SARS-CoV-2. Penyakit ini boleh terjadi selepas kanak-kanak dijangkiti chikungunya ataupun demam denggi. Virus demam tomato diberikan nama sedemikian adalah kerana letusan lepuh merah yang menyakitkan di seluruh badan. Semakin hari ia boleh membesar kepada saiz tomato.


Antara gejala utama yang perlu ibu ayah perhatikan sekiranya si manja dijangkiti virus ini adalah seperti demam panas, ruam, sakit teruk pada sendi, sakit badan, keletihan seperti yang dialami pesakit Covid-19, bengkak sendi, loya, cirit-birit, dehidrasi

Cara jangkitan virus demam atau selesema tomato
– Kanak-kanak terdedah kepada jangkitan ini melalui penggunaan lampin
– Menyentuh permukaan tidak bersih
– Memasukkan objek terus ke dalam mulut
– Memandangkan virus ini memiliki persamaan dengan HFMD, jika wabak selesema tomato pada kanak-kanak tidak dikawal, penularannya boleh merebak kepada orang dewasa.

 

Rawatan sekiranya anak mengalami selesema tomato
Rawatan untuk selesema tomato adalah sama dengan rawatan chikungunya, denggi dan HFMD. Pesakit dinasihatkan mengasingkan diri, berehat, minum banyak air dan gunakan span air panas bagi melegakan kerengsaan. Bukan itu sahaja, ibu ayah hendaklah mengasingkan anak yang tidak sihat daripada ahli keluarga yang lain selama 5 hingga 7 hari bagi mengelakkan penyebaran jangkitan. Langkah untuk mencegah wabak penyakit ini adalah dengan mempertingkatkan kebersihan diri dan ruang dalam rumah. Anda boleh sanitasi dengan kerap terhadap barangan dan persekitaran sekeliling menggunakan penyembur pembasmi kuman. Bukan itu sahaja, pastikan anak yang demam atau selesema tidak berkongsi pakaian, mainan, makanan atau barangan dengan kanak-kanak lain.

Kesimpulannya, ibu ayah perlu mengambil langkah-langkah keselamatan bagi menghindarkan si manja daripada terkena jangkitan pelbagai penyakit. Adalah lebih baik untuk kekal di rumah jika tiada urusan penting dan sentiasa ajarkan si manja untuk kerap membasuh tangan, menggunakan topeng pelitup muka serta mengelakkan daripada berada di kawasan sesak.

 

Anak anda mengalami masalah demam, selsema dan batuk berkahak? Klik sini.

Sumber : SinarPlus

2 Cara Yang Betul Untuk Merawat Masalah Anak Demam

Demam anak boleh dirawat di rumah dengan beberapa cara betul. Ibu tidak perlu risau, ia petanda tubuh si manja tengah meningkatkan antibodi. Kerap kali kita dengar ibu ayah cuba turunkan demam anak dengan memandikan si manja. Namun, ada yang memandikan si manja menggunakan air sejuk dengan tujuan hendak menurunkan suhu badan si manja. Ini antara beberapa cara yang betul untuk merawat masalah anak demam.

Terdapat banyak cara yang boleh ibu ayah cuba bagi memastikan penjagaan yang rapi bagi si manja ketika sedang tidak sihat. Ibu ayah boleh memastikan demam kebah dengan cepat dengan menjaga pemakanan serta cara mandian si anak. Para doktor pasti sering mendapat soalan, “boleh ke saya mandikan anak saya ketika dia demam?” Sebelum kami kongsikan jawapannya, ibu dan ayah perlu tahu apakah itu demam.

Demam terjadi apabila suhu badan anak mencecah melebihi 37.5 darjah Celsius. Suhu badan yang normal bagi manusia berada dalam lingkungan 36 hingga 37 darjah Celsius sahaja. Sebenarnya, demam ini terjadi kerana antibodi si manja sedang dalam proses untuk menjadi lebih kuat dengan melawan virus dan bakteria yang berada dalam badannya. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu terlalu risau jika si manja demam tetapi masih mempunyai selera makan dan aktif bermain.

Menurut kata-kata orang tua pula, demam ini terjadi apabila dalaman si manja berasa sejuk, manakala badannya dari luaran akan berasa panas apabila disentuh. Sebab itulah doktor tidak menyarankan ibu bapa memandikan anak menggunakan air sejuk, dikhuatiri demam si manja akan melarat kerana mereka akan bertambah sejuk.

 

Tips mengurangkan demam si manja dengan betul dan berkesan. Sangat mudah untuk turunkan ketidaksihatan anak sebenarnya sekiranya ibu dan ayah tahu cara yang betul untuk mandikan anak. Ketika si manja sedang demam, kebersihan perlulah dijaga supaya dapat meminimakan serangan virus dan bakteria!

 

Sekiranya ibu atau ayah hendak membersihkan si manja pada waktu mereka demam, anda boleh menggunakan cara ini:

Gunakan kain tuala kecil dibasahkan dengan air panas suam dan diletak di dahi, perut, leher, ketiak dan celah paha anak. Pastikan kain tersebut diperah terlebih dahulu. Air suam ini boleh membantu pembuluh darah di kulit untuk mengembang dan membuka laluan pada pori-pori untuk mengeluarkan hangat dalam tubuh.

Selain dari menggunakan cara mandian ini, anda juga boleh melakukan beberapa perkara di bawah untuk memastikan anak sihat dengan cepat:

Jangan selimut anak yang demam. Ramai yang berpendapat bahawa jika anak demam, maka dia perlu diselimutkan bagi membolehkannya berpeluh. Namun, ibu dan ayah sebaiknya menggunakan pakaian nipis dan longgar yang boleh menyerap peluh si manja hingga suhu badan anak kembali normal. Pastikan anak kerap minum air. Apabila si manja sedang demam, maka badan anak akan mengeluarkan lebih banyak peluh dan urin. Jadi penting untuk ibu dan ayah memastikan anak minum air yang cukup bagi mengelak dehidrasi. Lebih banyak air yang diminum si manja, lebih kerap si manja akan membuang air kecil dan suhu badan si manja juga akan turun melalui urin.

Anak tidak perlu makan ubat. Kecuali jika si manja mempunyai batuk dan selsema serta simptom-simptom lain yang membuatkan si manja lesu melebihi dua hari, anak anda tidak perlu mengambil ubat untuk menurunkan suhu badan. Benarkan anak anda bermain dan makan serta minum seperti bisasa supaya lebih cepat sihat. Justeru penting untuk ibu ayah memastikan si manja mengambil makanan yang lebih lembut seperti bubur nasi terutamanya jika si manja sedang mengalami sakit tekak. Demam mungkin membuatkan anak tidak ada selera makan, tetapi ibu dan ayah boleh trial and error beberapa resepi yang mungkin boleh meningkatkan selera makan anak.

Anak anda mengalami masalah demam, batuk dan selesema? Jom klik sini.

 

Sumber :
SirapLimau

Ketahui Kisah Kanak-Kanak Maut Akibat Difteria Kerana Tak Divaksin

Ibu bapa perlu sedar kepentingan memberi anak vaksin supaya mereka dilindungi dari penyakit difteria kanak-kanak. Salah satu cara mencegah penyakit ini hanyalah dari vaksin! Isu penyakit difteria kanak-kanak tidak sewajarnya diambil ringan. Gempar sebelum ini apabila seorang budak berusia 2 tahun 1 bulan maut di Johor kerana tidak divaksin. Sebelum ini, seorang budak lelaki telah meninggal dunia di Hospital Miri, Sarawak, akibat penyakit difteria kanak-kanak juga. Ramai juga kanak-kanak maut akibat difteria kerana tak vaksin.

 

Menurut Ketua Pengarah Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kanak-kanak yang baru berusia 2 tahun itu terjangkit penyakit difteria kerana tidak diberi vaksin sejak lahir, atas sebab-sebab agama. Sebelum meninggal budak lelaki itu telah demam, batuk-batuk, selesema dan menghadapi masalah pernafasan. Sebanyak 32 kes penyakit difteria kanak-kanak telah dilaporkan di Malaysia sejak tahun 2017. 7 kes dari jumlah itu telah berakhir dengan kematian kerana kebanyakan mereka tidak diberi vaksin.

 

Apa Penyebab Penyakit Difteria Kanak-Kanak?

Difteria adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria “Corynebacterium diphtheria”. Bakteria ini mengeluarkan toksin difteria yang boleh membawa maut kerana ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi jantung, kegagalan fungsi saraf dan kegagalan pernafasan. Penyakit difteria kanak-kanak selalu menjangkiti tekak, iaitu bahagian tonsil, farinks, larinks dan hidung). Rupanya seperti lapisan selaput nanah berwarna kelabu-kehijauan pada saluran kerongkong pesakit sehingga jauh ke dalam saluran pernafasan atas. Penyakit ini senang tersebar melalui titisan cecair (batuk/bersin) dan sentuhan fizikal. Tempoh penahanan di rumah ialah selama 2-5 hari ataupun lebih lama. Kanak-kanak yang senang terjangkit adalah mereka yang dibawah usia 15 tahun yang belum mendapat imunisasi.

 

Tanda-tanda Penyakit Difteria

1. Sakit tekak
2. Lapisan selaput nanah berwarna kelabu-kehijauan pada saluran kerongkong
3. Sakit ketika menelan atau bengkak bahagian leher
4. Masalah pernafasan
5. Tapi, kadang-kadang doktor pun boleh terlepas pandang penyakit difteria kanak-kanak apabila pesakit hanya menunjukkan tanda-tanda demam atau sakit tekak biasa yang tidak serius.

 

Penyakit difteria kanak-kanak hanya dapat dikenalpasti pada peringkat awal dengan mengambil sampel kuman dari pesakit dan diuji di makmal. Namun, doktor akan mulakan rawatan awal pada pesakit yang disyaki kerana penyakit difteria boleh menjadi teruk dalam masa yang singkat.

 

Oleh itu langkah pencegahan yang paling berkesan ialah untuk mendapatkan vaksin difteria yang diberi serentak dengan imunisasi penyakit polio dan tetanus untuk bayi pada berusia 2 bulan, 3 bulan dan 5 bulan (semuanya 3 dos) dan dos booster pada usia 18 bulan dan 7 tahun. Jangan bimbang jika anak sudah besar tetapi masih belum mendapat vaksin difteria kerana vaksin ini boleh di beri kepada remaja mahupun orang dewasa. Bincanglah dengan doktor untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana anak anda boleh diberi vaksin untuk penyakit difteria kanak-kanak.

 

Dengan memberikan vaksin untuk bayi mengikut jadual yang ditetapkan, anda boleh melindungi bayi anda dari penyakit-panyakit yang boleh membawa maut ini:

Tibi (batuk kering) – Menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain.

Difteria – Toksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru).

Pertusis (batuk kokol) – Ia akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak.
imunisasi bayi, vaksin bayi, jadual vaksin terkini, jadual vaksin 2021.

Tetanus – Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi).

Haemophilus influenzae jenis (Hib) – Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis).

Hepatitis B – Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan.

Polio – Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak dan kecacatan kekal pada otot kaki.

Campak – Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia).

Beguk – Virus ini menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan testis (orchitis) dan boleh membawa kepada kemandulan.

Rubella – Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan yang pertama dan boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran dan penglihatan serta kerosakan hati. (terutamanya PDA patent ductus arteriosus)

Pnemokokus – Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, meningitis dan darah yang teruk.

Rotavirus – Virus ini boleh menyebabkan penyakit cirit-birit yang teruk, dehidrasi dan encephalitis

Virus Human Papilloma – Virus ini boleh menyebabkan kanser serviks dan ketuat genital

 

Kredit : JadualVaksinBayi

Ada tak kesan sampingan vaksin untuk bayi?

Ramai ibu bapa yang takut untuk memberikan vaksin untuk anak kerana ragu-ragu dengan keselamatan vaksin. Anda perlu tahu yang semua vaksin yang diberikan adalah selamat dan berkesan selaras dengan cadangan World Health Organization (WHO). Kesan sampingannya pula bersifat ringan dan mempunyai batasannya sendiri. Ini termasuk demam, bengkak ringan dan sakit pada tempat yang disuntik. Jika ini berlaku, sila beri ubat (paracetamol). Kesan sampingan yang serius jarang berlaku. Segeralah berjumpa dengan doktor, jika berlaku keadaan berikut:

 

Menangis berterusan, mengantuk, pucat, berlaku kecutan otot dalam tempoh 48 jam selepas suntikan. Berlaku ruam panas, kesukaran bernafas dan mengantuk yang serius. Vaksin adalah penting, jika lebih 95% masyarakat mengambil vaksin, kebarangkalian untuk berlaku jangkitan adalah sangat rendah.

 

Jadi, anda tak perlu bimbang untuk bawa anak anda keluar jika anda tahu yang semua kanak-kanak telah dilindungi. Jadi, jangan tunggu lagi. Vaksin anak anda sekarang. Anak anda ada yang mengalami masalah demam, batuk, selesema, kembung perut dan masalah-masalah lain dan buntu cari jalan penyelesaian? Jom klik disini.

 

Sumber:

TheAsianParent

Shopping cart close