2 Cara Yang Betul Untuk Merawat Masalah Anak Demam

Demam anak boleh dirawat di rumah dengan beberapa cara betul. Ibu tidak perlu risau, ia petanda tubuh si manja tengah meningkatkan antibodi. Kerap kali kita dengar ibu ayah cuba turunkan demam anak dengan memandikan si manja. Namun, ada yang memandikan si manja menggunakan air sejuk dengan tujuan hendak menurunkan suhu badan si manja. Ini antara beberapa cara yang betul untuk merawat masalah anak demam.

Terdapat banyak cara yang boleh ibu ayah cuba bagi memastikan penjagaan yang rapi bagi si manja ketika sedang tidak sihat. Ibu ayah boleh memastikan demam kebah dengan cepat dengan menjaga pemakanan serta cara mandian si anak. Para doktor pasti sering mendapat soalan, “boleh ke saya mandikan anak saya ketika dia demam?” Sebelum kami kongsikan jawapannya, ibu dan ayah perlu tahu apakah itu demam.

Demam terjadi apabila suhu badan anak mencecah melebihi 37.5 darjah Celsius. Suhu badan yang normal bagi manusia berada dalam lingkungan 36 hingga 37 darjah Celsius sahaja. Sebenarnya, demam ini terjadi kerana antibodi si manja sedang dalam proses untuk menjadi lebih kuat dengan melawan virus dan bakteria yang berada dalam badannya. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu terlalu risau jika si manja demam tetapi masih mempunyai selera makan dan aktif bermain.

Menurut kata-kata orang tua pula, demam ini terjadi apabila dalaman si manja berasa sejuk, manakala badannya dari luaran akan berasa panas apabila disentuh. Sebab itulah doktor tidak menyarankan ibu bapa memandikan anak menggunakan air sejuk, dikhuatiri demam si manja akan melarat kerana mereka akan bertambah sejuk.

 

Tips mengurangkan demam si manja dengan betul dan berkesan. Sangat mudah untuk turunkan ketidaksihatan anak sebenarnya sekiranya ibu dan ayah tahu cara yang betul untuk mandikan anak. Ketika si manja sedang demam, kebersihan perlulah dijaga supaya dapat meminimakan serangan virus dan bakteria!

 

Sekiranya ibu atau ayah hendak membersihkan si manja pada waktu mereka demam, anda boleh menggunakan cara ini:

Gunakan kain tuala kecil dibasahkan dengan air panas suam dan diletak di dahi, perut, leher, ketiak dan celah paha anak. Pastikan kain tersebut diperah terlebih dahulu. Air suam ini boleh membantu pembuluh darah di kulit untuk mengembang dan membuka laluan pada pori-pori untuk mengeluarkan hangat dalam tubuh.

Selain dari menggunakan cara mandian ini, anda juga boleh melakukan beberapa perkara di bawah untuk memastikan anak sihat dengan cepat:

Jangan selimut anak yang demam. Ramai yang berpendapat bahawa jika anak demam, maka dia perlu diselimutkan bagi membolehkannya berpeluh. Namun, ibu dan ayah sebaiknya menggunakan pakaian nipis dan longgar yang boleh menyerap peluh si manja hingga suhu badan anak kembali normal. Pastikan anak kerap minum air. Apabila si manja sedang demam, maka badan anak akan mengeluarkan lebih banyak peluh dan urin. Jadi penting untuk ibu dan ayah memastikan anak minum air yang cukup bagi mengelak dehidrasi. Lebih banyak air yang diminum si manja, lebih kerap si manja akan membuang air kecil dan suhu badan si manja juga akan turun melalui urin.

Anak tidak perlu makan ubat. Kecuali jika si manja mempunyai batuk dan selsema serta simptom-simptom lain yang membuatkan si manja lesu melebihi dua hari, anak anda tidak perlu mengambil ubat untuk menurunkan suhu badan. Benarkan anak anda bermain dan makan serta minum seperti bisasa supaya lebih cepat sihat. Justeru penting untuk ibu ayah memastikan si manja mengambil makanan yang lebih lembut seperti bubur nasi terutamanya jika si manja sedang mengalami sakit tekak. Demam mungkin membuatkan anak tidak ada selera makan, tetapi ibu dan ayah boleh trial and error beberapa resepi yang mungkin boleh meningkatkan selera makan anak.

Anak anda mengalami masalah demam, batuk dan selesema? Jom klik sini.

 

Sumber :
SirapLimau

5 Komplikasi Demam Campak Yang Perlu Anda Ketahui

Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak yang disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit mereka. Selain itu, demam campak juga dikenali sebagai measles iaitu satu penyakit berjangkit yang serius yang disebabkan oleh jangkitan virus Rubeola. Sebelum pengenalan vaksin campak pada tahun 1963, wabak ini tersebar dengan meluas dan tercetus sekitar setiap 2-3 tahun. Ia juga telah menyebabkan kira-kira 2.6 juta kematian setiap tahun.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), lebih daripada 140,000 individu telah mati akibat campak pada tahun 2018. Daripada jumlah itu, kanak-kanak di bawah umur 5 tahun adalah antara yang tertinggi. Di Malaysia, kes demam campak dilihat semakin berkurangan iaitu daripada 1,958 kes pada 2018 kepada 1,077 kes pada 2019. Ini jelas membuktikan bahawa program imunisasi kebangsaan yang telah dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah berkesan dalam mencegah penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui suntikan vaksin ini.

Seterusnya, penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan droplet cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Walau bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal immun pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan. Akan tetapi, kebelakangan ini terdapat pertambahan dalam kes-kes campak di bandar utama dengan kemasukan orang asing dan penolakan vaksin. Oleh itu, jika seorang kanak-kanak tidak lagi mendapat vaksin dan terdedah kepada individu yang menghidap penyakit ini, maka kemungkinan besar kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini.

Antara tanda-tanda utama yang sering berlaku selalunya megambil masa dalam 10 hingga ke 12 hari. Selepas dijangkiti penyakit ini, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti demam suhu yang tinggi. batuk, selesema dan sakit tekak, mata berair dan sensitif kepada cahaya, serta sakit otot. Tambahan lagi, dua atau tiga hari kemudian akan timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki. Seterusnya, ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Tambahan pula, komplikasi demam campak ini adalah boleh menyebabkan jangkitan yang serius pada semua peringkat umur. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kumpulan yang lebih cenderung mengalami komplikasi campak iaitu kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun, orang dewasa yang berumur lebih dari 30 tahun, wanita mengandung dan individu yang mempunyai sistem imun badan yang lemah seperti kanser atau HIV.

Antara 5 komplikasi yang boleh terjadi ialah hilang penglihatan, jangkitan kuman di otak, cirit-birit yang teruk, kurang hidrasi, jangkitan pada bahagian telinga serta jangkitan pada paru-paru. Selain itu, bagi wanita mengandung pula, demam campak boleh meningkat risiko untuk mendapat keguguran, bersalin sebelum tiba tarikh yang sepatutnya dan bayi kurang berat semasa lahir.

Akhir sekali, sekiranya anak anda terdedah kepada individu yang dijangkiti campak dan belum lagi menerima imunisasi, bawa anak anda segera untuk berjumpa doktor. Pemberian vaksin dalam jangka masa tertentu boleh mengelakkan anak anda daripada dijangkiti virus campak ini.

Jom tekan link di sini untuk membantu mengurangkan masalah demam campak ini.

 

Kredit:

myhealth

rootofscience

Shopping cart close