4 Tanda Kencing Manis dan Simptomnya.

Diabetes iaitu penyakit jangka panjang terjadi disebabkan badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi atau tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkannya dengan betul. Insulin ialah hormon yang mengawal gula dalam darah dengan membenarkan gula memasuki sel anda, seterusnya menurunkan paras gula dalam darah. Artikel kali ini, memberi pendedahan mengenai tanda kencing manis dan simptomnya supaya anda dapat mengambil pencegahan awal.

Masalah kencing manis terbahagi kepada dua kategori berdasarkan puncanya iaitu diabetes mellitus jenis satu dan dua. Bagi jenis satu, masalah ini terjadi apabila hormon insulin yang bertanggungjawab dalam mencerna kandungan gula gagal untuk dihasilkan. Organ yang bertindak dalam menghasilkan insulin ialah pankreas. Antara faktor yang menyumbang kepada diabetes mellitus tahap satu ialah kerosakan atau trauma pada organ pancreas, antibodi dalam badan menyerang sel pankreas (autoimmune), pengambilan alcohol, merokok, jangkitan kuman ataupun keradangan pada pankreas

Manakala diabetes mellitus jenis dua ini merujuk kepada masalah di mana sel badan sendiri tidak dapat bertindak balas terhadap hormon insulin (insulin resistance). Hal ini akhirnya menyebabkan gula tidak dapat dicerna kepada bentuk asas dan kandungannya kekal tinggi dalam badan. Ini boleh terjadi kerana pengambilan makanan yang kurang berkhasiat(autoimmune), kurang bersenam serta masalah obesiti.

Tanda kencing manis pula boleh dilihat pada peringkat awal dan tanda akhir dimana simptom yang lebih kronik berlaku apabila sakit ini tidak dikawal. Antara tanda-tanda awal yang dialami pesakit adalah seperti berikut:

 

1- Cepat berasa lapar

Walaupun kandungan gula dalam badan pesakit kencing manis tinggi, namun gula tersebut tidak boleh untuk digunakan untuk menghasilkan tenaga kerana ketiadaan hormon insulin bagi menukarkan gula tersebut ke bentuk tenaga. Keadaan kurang tenaga ini menyebabkan pesakit mudah berasa lapar.

 

Cepat merasa haus dan kerap membuang air kecil

Selain mudah berasa lapar, pesakit diabetes pada peringkat awal juga kerap berasa haus. Hal ini kerana, kandungan gula dalam darah adalah tinggi. Badan pula akan bertindak untuk mengurangkan kepekatan gula melalui air kencing. Hal ini akan mengakibatkan kehilangan banyak air dalam badan dan secara tindak langsung pesakit akan mula berasa haus.

 

Penurunan berat badan

Penurunan berat badan mungkin menjadi perkara yang sering diidamkan oleh ramai orang, namun percayakah anda bahawa ia merupakan antara simptom kencing manis pada peringkat awal. Hal ini terjadi kerana insulin yang sepatutnya bertanggungjawab dalam mencerna gula untuk digunakan oleh sel badan berkurangan ataupun tidak dihasilkan. Akibatnya, badan akan membakar lemak atau otot sebagai gantian sumber tenaga.

Kerap mengalami jangkitan kulit

Pesakit kencing manis juga kebiasaannya sering mengalami masalah imuniti yang rendah. Imuniti ini bermaksud tahap kekebalan sel dalam badan seseorang melawan penyakit. Imuniti yang rendah menyebabkan pesakit mudah untuk dijangkiti kuman.

Pencegahan awal, kawalan dan cara mengatasi kencing manis ini perlu untuk dilakukan sebelum masalah ini bertambah teruk dan mengakibatkan banyak komplikasi terhadap organ. Oleh itu, semua orang terutamanya pesakit kencing manis dinasihati untuk berhenti jika pesakit adalah seorang perokok. Pesakit juga perlu sentiasa memeriksa kandungan gula dalam badan secara berkala. Bacaan kencing manis terlalu tinggi boleh menjadi isu kecemasan bagi para pengamal perubatan. Mereka juga perlu mengurangkan ataupun menghentikan pengambilan minuman alkohol. Amalkan diet yang seimbang terutamanya mengurangkan makanan yang mengandungi gula yang tinggi. Antara makanan ideal untuk pesakit kencing manis adalah seperti makanan yang kurang bergula, rendah tahap kalori serta bijirin. Anda juga boleh mula menghentikan pengambilan gula putih dan bertukar kepada Stevia.  Bagi pesakit yang mengalami obesiti pula, golongan ini digalakkan untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya setengah jam sehari selama lima hari dalam seminggu.

 

Kredit :

myhealthmylife

doctoroncall

 

6 Cara Turunkan Gula Dalam Darah Yang Perlu Anda Ketahui

Kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Ia adalah satu penyakit yang menyebabkan kadar gula atau glukosa dalam badan menjadi terlalu tinggi atau digelar ‘hyperglycaemia’ di mana ia berbahaya kepada badan.  Selain itu, cara turunkan gula dalam darah berbeza mengikut individu. Tambahan pula, diabetes mellitus tidak ada kena mengena dengan sejenis penyakit lain yang digelar diabetes insipidus walaupun namanya hampir serupa. Antara 6 cara turunkan gula dalam darah yang perlu anda ketahui adalah:

Pertama, melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin. Dengan senaman juga, ia dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul. Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan seperti angkat berat, berjalan, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain.

Kedua, kawal pengambilan karbohidrat Tubuh anda memecahkan karbohidrat menjadi gula (kebanyakannya glukosa), dan kemudian insulin akan memindahkan gula ke dalam sel. Apabila anda mengambil terlalu banyak karbohidrat atau mempunyai masalah dengan fungsi insulin, proses ini akan gagal dan kadar glukosa darah meningkat. Persatuan Diabetes Amerika (ADA) mengesyorkan untuk mengawal pengambilan karbo dengan mengira karbohidrat atau menggunakan sistem pertukaran makanan. Beberapa kajian mendapati bahawa kaedah ini juga dapat membantu anda merancang makanan dengan tepat, yang dapat mengawal paras gula darah

Ketiga, meningkatkan pengambilan serat  Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin. Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.

Seterusnya, bacaan gula dalam darah berkurangan jika minum banyak air. Minum air secukupnya dapat membantu menjaga paras gula darah anda dalam had yang sihat. Selain mencegah dehidrasi, ia juga membantu buah pinggang anda untuk membuang lebih banyak gula dalam darah melalui air kencing. Satu kajian pemerhatian menunjukkan bahawa mereka yang minum lebih banyak air mempunyai risiko yang lebih rendah untuk memiliki kadar gula darah yang tinggi.

Kelima, kawal saiz hidangan anda untuk turunkan bacaan gula dalam darah Pengawalan saiz hidangan boleh membantu mengatur pengambilan kalori dan boleh menyebabkan penurunan berat badan. Mengawal saiz hidangan anda juga boleh membantu mengurangkan pengambilan kalori dan peningkatan gula darah secara mendadak. Oleh itu, mengawal berat badan anda akan menyebabkan kadar gula darah yang sihat dan terbukti dapat mengurangkan risiko menghidap diabetes jenis 2.

Yang terakhir, pilih makanan yang kurang Glycemic Index. Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat. Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang. Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Jika pengambilan gula tidak dikawal, ianya akan mendatangkan bukan sahaja kencing manis malah lebih banyak penyakit yang akan menyukarkan hidup kita kelak.

Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami masalah diabetes atau kencing manis dan ingin mencari alternatif yang lain yang mana anda boleh mencuba Jus Amak Gold ,anda boleh klik link di sini.

 

Kredit:

Doctoroncall

Hellodoktor

 

 

Shopping cart close