Makanan Tinggi Kalsium Untuk Ibu Hamil Pastikan Tumbesaran Sihat Janin

Semasa kehamilan, bayi sangat memerlukan kalsium bagi pembinaan tulang serta gigi yang kuat. Kalsium juga sangat penting bagi membina jantung, saraf dan juga otot bayi yang sihat. Selain itu, keperluan kalsium yang mencukupi juga dapat mengelakkan anda daripada risiko hipertensi dan preeklampsia. Sekiranya dalam tempoh kehamilan ini, anda mendapati bahawa diri anda tidak mendapat bekalan kalsium yang secukupnya daripada diet dan vitamin pranatal yang diambil, sila berbincang dengan doktor anda untuk mengambil suplemen kalsium. Jom kenali makanan tinggi kalsium untuk ibu hamil pastikan tumbesaran sihat janin.

Hal ini adalah sangat penting, supaya bayi anda dapat menerima keperluan kalsium yang mencukupi untuk dirinya berkembang dengan sihat dan selamat. Kalsium juga membantu dalam perkembangan irama jantung yang normal dan kebolehan pembekuan darah supaya berfungsi dengan baik. Untuk makluman ibu hamil juga, semasa tiga bulan terakhir kehamilan anda, mendapatkan kalsium yang mencukupi adalah sangat penting dalam tempoh akhir ini adalah kerana pada waktu ini bayi anda akan membesar dengan cepat dan memerlukan kalsium yang banyak untuk tumbesarannya itu. Malah, dalam waktu ini, jika anda tidak mendapat keperluan kalsium yang cukup dalam diet, bayi akan menyerap kalsium yang terdapat di tulang anda yang akhirnya akan menyebabkan kesihatan anda terjejas.

Berapa Banyak Kalsium Yang Diperlukan Oleh Wanita Hamil?
Sepanjang tempoh kehamilan, keperluan kalsium untuk ibu hamil adalah sama seperti ketika sedang menyusu. Keperluan kalsium ini juga adalah berbeza mengikut peringkat umur anda. Bagi ibu hamil yang berusia di antara 19 hingga 50 tahun, anda memerlukan kalsium sebanyak 1,000mg sehari. Manakala bagi ibu hamil yang berusia 18 tahun ke bawah pula, sebanyak 1,300mg diperlukan setiap hari. Kebanyakkan wanita tidak cakna tentang kepentingan kalsium untuk tubuh badan mereka dan juga bayi yang berada di dalam kandungan.

Antara contoh makanan tinggi kalsium melalui sumber makanan yang lain adalah seperti berikut :

1. Kacang Badam

Selain mengandungi kalsium, kacang badam juga turut mempunyai Vitamin E dan kaya dengan serat. Kacang badam ini mengandungi kalsium yang cukup tinggi iaitu 3/4 cawan pengambilannya bersamaan dengan 320mg kalsium.

2. Jus oren

Jus oren juga sangat diperkaya dengan kalsium. Pengambilan jus oren dapat membantu menguatkan jantung dan sistem pernafasan anda. Selain mengandungi kasium yang tinggi, jus oren juga mempunyai kalium, potassium dan juga serat yang tinggi.

3. Keju mozarella

Keju antara makanan kalsium tinggi yang baik untuk ibu hamil bagi kesihatan tulang. Terdapat beberapa kajian yang telah membuktikan bahawa keju daripada produk tenusu lebih mudah diserap badan berbanding dengan keju yang diperoleh daripada sumber tumbuhan.

4. Chia seed

Bagi ibu hamil yang masih lagi loya dan tidak boleh menjamah makanan, anda boleh memperoleh kalsium melalui pengambilan chia seed. 100g chia seed mengandungi kira-kira 631mg kalsium. Pengambilan 3 sudu makan chia seed melebihi jumlah kalsium yang terdapat di dalam segelas susu.

5. Susu soya

Air susu soya juga antara makanan yang mengandungi jumlah kalsium yang tinggi. Ia sesuai bagi ibu hamil yang mempunyai masalah penghadaman laktosa kerana kandungan laktosa di dalam air susu soya adalah rendah.

6. Aiskrim vanila

Antara kebaikan aiskrim vanila adalah ia merupakan sumber kalsium yang baik untuk ibu dan juga bayi dalam kandungan. Aiskrim vanila merupakan salah satu sumber kalsium yang tinggi untuk dinikmati ibu hamil.

7. Yogurt rendah lemak

Yogurt merupakan makanan yang sangat lembut juga antara salah satu sumber kalsium yang terbaik. Yogurt juga turut mengandungi Vitamin D dan Omega-3 yang diperlukan oleh tubuh ibu hamil.

8. Ikan sardin

Ikan sardin mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh wanita hamil. Di dalamnya mengandungi kalsium yang tinggi, kaya dengan Omega-3 dan juga sumber protein yang cukup baik untuk keperluan tubuh anda.

9. Susu rendah lemak

Susu sangat kaya dengan sumber vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan anda, antaranya adalah kalsium yang penting untuk pembinaan dan kekuatan tulang. Melalui pengambilan susu, anda akan memperoleh kalsium yang mencukupi , ditambah pula dengan vitamin lain, ia dapat meningkatkan jisim tulang serta mengurangkan kehilangan jisim tulang semasa penuaan nanti.

10. Tauhu

Tauhu merupakan antara makanan penambah kalsium yang sangat baik untuk tubuh ibu hamil. Secawan tauhu sudah mampu memberikan tubuh anda keperluan kalsium yang lebih tinggi berbanding segelas susu. Oleh itu, pastikan anda menepati keperluan kalsium yang cukup untuk kesihatan anda dan juga bayi yang berada di dalam kandungan.

Madu Kurma Merah

Adakah Anda Memerlukan Suplemen Kalsium Semasa Hamil?

Tidak semua wanita hamil memerlukan suplemen kalsium jika keperluan kalsium dalam tubuh mereka sudah pun mencukupi. Langkah terbaik yang boleh anda lakukan adalah dengan pengambilan diet yang seimbang dan sihat untuk keperluan tubuh anda dan juga bayi dalam kandungan. Tetapi, seandainya anda merasakan bahawa anda tidak mendapat jumlah kalsium yang diperlukan setiap hari, berbincang serta dapatkan pandangan doktor anda untuk menambah suplemen kalsium secara berasingan.

 

Tetapi, perlu diingat bahawa, setiap vitamin pranatal mempunyai jumlah kandungan kandungan kalsium yang berbeza-beza. Terdapat sesetengah vitamin yang mengandungi 100 hingga 200mg jumlah kalsium. Manakala, tubuh anda pula menyerap kalsium dengan baik dalam dos yang kurang daripada 500mg kalsium pada satu-satu masa. Jadi sebelum mengambil suplemen, ketahui dahulu jumlah yang terkandung di dalamnya, kerana kemungkinan anda hanya perlu mengambil kalsium tambahan dalam dos yang kecil untuk beberapa kali sehari. Semoga bermanfaat.

Vita C Effervescent

Ingin dapatkan makanan tambahan yang bagus untuk ibu hamil? Klik sini.

Sumber : TheAsianParent

­Ketahui 5 Kelebihan Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Hamil      

Minyak kelapa dara adalah satu produk yang telah menjadi sinonim kepada masyarakat Malaysia. Namun penggunaannya sudah semakin berkurangan terutama sekali bagi ibu hamil semasa mengandungkan anak mereka kerana ramai yang menganggapnya satu produk yang agak lapuk untuk digunakan. Walaupun begitu, ramai yang tidak mengetahui manfaatnya yang besar terutama bagi kalangan ibu hamil semasa mengandungkan anak. Selain itu, minyak kelapa dara juga dipanggil sebagai ‘virgin coconut oil’ dalam bahasa Inggeris, dikenali dengan bau wanginya, rasa yang baik, bersifat antioksidan, asid lemak rantaian sederhana (MCFA) dan kandungan vitaminnya. Minyak kelapa pastinya bukanlah satu nama yang tidak dikenali, tetapi minyak kelapa dara mungkin kurang dikenali sahaja. Minyak kelapa dara juga adalah minyak yang diekstrak daripada kelapa tanpa menggunakan haba. Ia semakin popular di seluruh dunia berbanding dengan minyak kelapa biasa dan untuk alasan yang baik. Sebenarnya, ada satu bahan yang dipanggil minyak kelapa dara dan ia berbeza dari minyak kelapa biasa dengan sifatnya yang tersendiri. Perbezaan ini terutamanya terletak pada sumber (lebih khusus, bentuk fizikal sumber), kaedah pengekstrakan, dan faedah seterusnya.

Seterusnya, ini adalah 6 kelebihan minyak kelapa dara bagi ibu hamil. Pertama, meningkatkan Imun Sistem Badan. Dengan mengamalkan 2 sudu Minyak Kelapa Dara (VCO) Asmak sistem badan ibu akan meningkat berbanding sebelumnya kerana ianya bersifat anti kulat, anti virus, dan anti bakteria. Ia melindungi ibu dan kandungan dari selesema, demam, dan sebagainya. Ibu boleh campurkan Minyak Kelapa Dara (VCO) Asmak dalam minuman juga. Kedua, mengurangkan Morning Sickness. Satu sudu Minyak Kelapa Dara (VCO) Asmak boleh membantu mengurangkan “morning sickness” dan” pregnancy heartburn.” Ibu juga boleh campurkan 1 sudu Minyak Kelapa Dara (VCO) Asmak di dalam teh atau susu. Ibu-ibu akan kurang rasa mual dan lebih bertenaga dalam melakukan aktiviti harian. Ibu juga akan lebih berselera untuk makan dan segala nutrisi akan terserap untuk ibu dan kandungan.Ketiga, menstabilkan Hemoglobin (HB) Rendah. Kadar HB Rendah boleh membuatkan ibu mudah berasa penat, sakit kepala dan sesak nafas.  Minyak Kelapa Dara (VCO) Asmak mempunyai kandungan zat besi yang boleh membantu menstabilkan HB Rendah ibu-ibu. Sekaligus, ia dapat membantu memberi tenaga kepada ibudalam menjalani kehidupan seharian.

Seterusnya, meningkatkan pengeluaran susu yang berkualiti. Asid laurik adalah sangat penting dalam menghasilkan susu ibu. Minyak Kelapa Dara (VCO) Asmak merupakan sumber asid lauric yang terbaik. Asid Laurik membantu meningkatkan pengeluaran susu ketika dan selepas hamil dan menghasilkan susu yang berkualiti tinggi. Bayi yang sihat memerlukan susu ibu yang sihat dalam perkembangan dan pertumbuhan anak-anak. Kelima, melembutkan dan melembapkan kulit.Perubahan hormon ketika hamil boleh menyebabkan kulit ibu menjadi kering. Minyak Kelapa Dara (VCO) Asmak juga sesuai digunakan untuk luaran kerana ia boleh melembutkan dan melembapkan kulit. Ibu-ibu boleh sapukan setitik Minyak Kelapa Dara (VCO) Asmak pada kulit wajah ibu pada waktu malam sebelum tidur. Ibu juga boleh sapukan Minyak Kelapa Dara (VCO) Asmak pada seluruh badan ibu atau pada kulit yang kering. Esok apabila ibu bangun tidur, say bye-bye to kulit kering! Ia juga berkesan untuk mengecutkan musuh utama wanita iaitu jerawat!

Sekiranya ibu-ibu yang sedang hamil dan mencari produk yang baik untuk diri anda , jom klik link di sini.

 

Kredit:

hellodoktor

daura

 

 

 

 

Shopping cart close