Khasiat Halba untuk Kesihatan

Halba adalah antara rempah ratus yang sering digunakan dalam masakan. Ianya berasal dari Timur Tengah dan digunakan secara meluas oleh masyarakat India. Halba juga sinonim dengan masyarakat Melayu. Antara juadah tradisi kaum Melayu yang mengandungi halba adalah nasi dagang yang berasal dari negeri Terengganu. Di Indonesia, selain menjadi rempah dalam masakan, ianya turut menjadi salah satu ramuan dalam jamu. Halba turut digunakan dalam kandungan sabun dan syampoo disebabkan oleh khasiat halba untuk kesihatan telah diketahui sejak dahulu lagi.

Pohon Halba mempunyai daun berwarna hijau muda dan bunga putih yang kecil. Pohon Halba boleh mencapai ketinggian sehingga 90 sentimeter. Biji Halba berwarna kuning coklat, mempunyai rasa yang pedas dan bersifat aromatik. Biji rempahnya pula mempunyai rasa yang agak pahit mirip dengan rasa gula yang tebakar. Biji Halba ini sering digunakan untuk menghasilkan ubat-ubatan. Disamping saiznya yang kecil, ia kaya dengan pelbagai manfaat untuk kesihatan manusia. Berikut merupakan antara khasiat Halba untuk kesihatan.

 

Menggalakkan pengeluaran susu

Pakar perubatan Ayurveda tradisional India sering menekankan kebaikan halba kepada ibu-ibu yang menyusu. Terdapat kajian dalam Journal of Alternative and Complementary Medicine, New York, yang berjaya menyimpulkan bahawa dengan pengambilan teh halba untuk diet boleh membantu golongan ibu dalam meningkatkan pengeluaran susu. Ekstrak helba yang diproses menjadi kapsul dapat membantu meningkatkan jumlah susu yang dihasilkan oleh payudara.

Tambahan pula, kandungan magnesium dan vitamin di dalamnya juga membantu meningkatkan kualiti susu sekaligus menjaga kesihatan bayi. Dalam kajian yang dijalankan pada tahun 2014, 25 orang wanita yang baru melahirkan anak meminum tiga cawan teh halba setiap hari selama 2 minggu dan menyaksikan peningkatan dalam jumlah susu pada minggu pertama.

 

Mengurangkan ketidakselesaan haid

Halba dianggap sebagai bahan yang kuat yang memudahkan proses menstruasi dan melegakan simptom yang berlaku akibat daripada gangguan haid. Ia adalah emmenagog, yang bermakna ia boleh membuka haid yang terhalang dan memberikan kelegaan daripada gangguan haid.

Para penyelidik berpendapat bahawa sebatian yang dipanggil alkaloid dalam rempah ini membantu menghalang reseptor deria yang membolehkan otak merasakan kesakitan. Malah, dalam satu kajian yang dijalankan pada tahun 2014, seramai 51 orang wanita yang mempunyai haid yang menyakitkan telah mengambil kapsul serbuk biji halba tiga kali sehari untuk 3 hari pertama haid mereka selama 2 bulan berturut-turut.

Mereka mengalami tempoh kesakitan yang lebih pendek dan simptom yang lebih rendah.

 

Mengurangkan simptom menopaus

Halba juga mengandungi kandungan diosgenin dan isoflavon estrogenik, yang sama dengan hormon seks wanita, estrogen. Kehilangan estrogen boleh menyebabkan gejala menopaus oleh itu, dengan memakan halba boleh membantu mengurangkan simptom menopaus seperti perubahan mood, kemurungan, kekejangan, dan rasa lapar yang tidak normal. Ia juga membantu mengawal beberapa hormon lain yang memelihara banyak proses tubuh lain.

 

Menurunkan tahap kolesterol

Penyelidikan yang diterbitkan dalam The British Journal of Nutrition menunjukkan bahawa penggunaan kebaikan halba mempunyai keberkesanan dalam membantu mengurangkan tahap kolesterol. Ia membantu mengurangkan tahap kolesterol LDL (buruk) dengan ketara, yang boleh menghalang pelbagai keadaan seperti aterosklerosis, serangan jantung, dan strok.

Ia adalah sumber serat yang kaya, yang menghancurkan kolesterol yang berlebihan daripada arteri dan saluran darah badan. Pengurangan kandungan kolesterol dalam aliran darah, dapat mengurangkan risiko pembentukan gumpalan darah. Oleh disebabkan kandungan serat, serbuk ekstrak serat halba juga boleh menyebabkan rasa kenyang.

 

Menghalang kanser kolon

Kebaikan halba yang lain adalah mempunyai ciri-ciri anti karsinogenik, terutamanya berkaitan dengan kanser payudara dan pencegahan kanser kolon. Steroid diosgenin yang terdapat dalam herba ini telah dikaitkan secara khusus dengan pencegahan kanser kolon.

Tambahan pula, pelbagai polisakarida bukan kanji seperti saponin, hemiselulosa, mucilage, tanin, dan pektin berfungsi merendahkan tahap kolesterol dan menghalang garam hempedu daripada diserap semula oleh kolon.

Ini boleh mengikat toksin dan melindungi membran mukus usus, yang boleh mengurangkan kanser kolorektal dan keadaan lain yang boleh menjejaskan kolon. Dalam beberapa kajian lain, halba telah didapati menunjukkan kesan antikanser dan juga boleh membantu menggalakkan apoptosis atau kematian sel yang telah diprogram.

 

Mengawal diabetes

Kajian perintis pada tahun 2005 telah menunjukkan bahawa penambahan biji halba dalam diet pesakit diabetes membantu menurunkan tahap glukosa darah. Disebabkan oleh kehadiran serat semula jadi galactomannan, herba ini memperlahankan kadar di mana gula diserap ke dalam aliran darah.

Asid amino 4-hydroxy isoleucine didapati dalam rempah ini, yang mengawal pembebasan insulin. Ini membantu mengelakkan penurunan dan kenaikan gula darah dalam kalangan pesakit kencing manis. Sebanyak 15 – 20 gram halba biasanya disyorkan untuk mengawal gula darah setiap hari.

Disamping manfaat kesihatan yang ada pada halba, anda juga perlu beringat untuk mengambil pengambilan halba secara bersederhana. Ia juga dapat memberikan beberapa kesan sampingan seperti cirit-birit, loya dan sakit kepala jika diambil secara berlebihan. Sentiasa dapatkan nasihat doktor anda . Bagi mendapatkan produk Asmak yang mengandungi kandungan halba boleh klik disini.

Kredit : 1. root of science

2. hello doktor 

 

 

10 Khasiat Susu Kambing yang anda perlu tahu

Susu kambing kini sudah semakin popular dimata dunia. Kira-kira 65 peratus penduduk dunia meminum susu kambing. Walaupun rakyat Malaysia cenderung kepada susu lembu namun ada beberapa sebab berkaitan kesihatan untuk memilih susu kambing. Ini kerana, susu kambing mempunyai khasiat yang sangat tinggi. Ianya juga lebih berkhasiat dari susu lembu. Mereka yang mengalami masalah ‘gastrointestinal’ lebih sesuai untuk mengambil susu kambing.Selain itu, disebabkan susu kambing lebih sesuai untuk mereka yang menghidapi ‘lactose intolerant’, maka meminum susu kambing tidak menyebabkan keradangan untuk mereka.Susu kambing juga mempunyai A2 beta-casein protein, iaitu lebih baik dan selamat berbanding susu lembu. Oleh itu, susu kambing dapat menghalang reaksi alergik.  Berikut merupakan 10 Khasiat susu kambing yang anda perlu tahu.

 

1. Menguatkan Tulang

Susu kambing mempunyai jumlah kalsium yang tinggi. 1 cawan susu kambing membekalkan sebanyak 327 miligram kalsium. Jumlah kalsium ini adalah lebih tinggi berbanding dengan 1 cawan susu lembu. Susu kambing juga kaya dengan Vitamin D, iaitu sebuah nutrien yang membantu penyerapan kalsium dalam tubuh, dan seterusnya membantu menguatkan tulang. Susu kambing juga mempunyai protein yang bernama CSN1S2, yang bertindak sebagai agen anti-osteoporosis.

Dalam sebuah kajian, susu kambing dapat menghalang osteoporosis kepada pesakit yang menghidapi ‘rheumatoid arthritis’. Susu kambing juga menghalang ‘bone demineralization’, iaitu dimana tulang menjadi lembut. Ia juga membantu perkembangan tulang dimana tulang boleh menjadi rosak akibat kekurangan zat besi.

 

2. Bertindak Sebagai Sebuah Agen Metabolik Yang Baik

Susu kambing bertindak sebagai sebuah agen metabolik yang baik. Ianya mampu meningkatkan ‘metabolic utilization of mineral’ seperti zat besi, magnesium, kalsium dan fosforus. Ia juga mempunyai A2 beta-casein, iaitu lebih baik dari A1 beta-casein yang ada dalam susu lembu. A2 beta-casein adalah jenis beta-casein yang lebih selamat. Ini adalah kerana A1 beta-casein, dikatakan boleh menyebabkan Type 1 diabetes.

A2 beta-casein yang ada dalam susu kambing, yang lebih mirip pada susu ibu, baik untuk kesihatan manusia. Menurut kajian, ianya juga kurang menyebabkan allergi pada kanak-kanak setelah habis tempoh penyusuan ibu. Susu kambing juga baik untuk pengurangan berat badan disebabkan ianya kaya dengan protein dan kalsium. 2 nutrisi penting ini dikaitkan dengan pengurangan berat badan.

 

3. Baik Untuk Kesihatan Jantung

Susu kambing merupakan sumber magnesium yang baik. Magnesium merupakan mineral yang baik untuk jantung. Magnesium membantu untuk mengekalkan denyutan jantung normal dan juga menghalang pembentukan darah beku. Magnesium juga berfungsi bersama vitamin D, yang juga merupakan nutrisi penting untuk jantung.

Didalam susu kambing juga terkandung ‘medium-chain fatty acids‘ yang lebih tinggi berbanding susu lembu. ‘Fatty acids‘ ini membantu menurunkan tahap kolestrol dan juga bagus untuk merawat penyakit koronari. Susu kambing juga dapat meningkatkan kolesterol baik dalam tubuh manusia, dan ini membantu untuk kesihatan jantung.

 

4. Menghalang Keradangan

Kajian membuktikan susu kambing dapat dijadikan sebagai supplemen yang baik untuk menghalang keradangan. Susu kambing dapat trigger ‘innate dan adaptive immune response’ dalam badan manusia, dan ini dapat membantu menghalang keradangan.

Kebolehan anti-keradangan ini adalah disebabkan sebuah kompaun didalam susu kambing yang bernama ‘oligosaccharides’Oligosaccharides dapat membatu keradangan bowel disease. Menurut kajian di Spanish, ia juga mengurangkan radang usus.

 

5. Meningkatkan Kesihatan Kulit

Susu kambing kaya dengan ‘fatty acids‘ dan ‘triglycerides‘, dan kedua-dua ini sangat baik untuk kulit. Ianya juga kaya dengan vitamin A, nutrien yang penting untuk kulit. Kandungan laktid asid dalam susu kambing juga melembapkan dan mencerahkan kulit.

Tahukah anda? Anda juga boleh menggunakan susu kambing untuk membasuh muka pada waktu pagi ! Menarik kan.

Penggunaan sabun susu kambing juga dapat meningkatkan kesihatan kulit. Penggunaannya secara kerap juga menyebabkan kulit anda tidak perlukan moisturizer. Sabun susu kambing juga dapat membantu mereka yang menghadapi simptom ekzema.

 

6. Mudah Untuk Dihadam

Kehadiran ‘fat globules‘ yang kecil dalam susu kambing, menyebabkan susu kambing mudah untuk dihadam. Apabila susu kambing ini sampai ke perut, protein dalam susu kambing ini akan membentu ‘curd‘ yang lebih lembut berbanding susu lembu – dan ini mengurangkan iritasi yang mungkin dialami sesorang yang mengalami masalah iritasi ketika meminum susu lembu.

 

7. Meningkatkan Kesihatan Otak

Kajian menunjukkan kehadiran lipid dalam susu kambing dapat mengurangkan anxiety. Susu kambing juga mempunyai ‘conjugated linoleic acid‘, yang membantu perkembangan otak.

 

 8. Menhalang Anemia

Susu kambing dapat menghalabg anemia keranamemiliki ‘bioavailability iron’ yang tinggi yang membantu dalam penyerapan iron.

 

9. Seimbangkan Tahap pH Dalam Tubuh

Susu kambing bersifat alkali dan ianya hampir kepada tahap pH dalam susu ibu. Ini membantu untuk seimbangkan tahap pH dalam tubuh manusia.

 

 10. Boleh Diminum Oleh Mereka Yang Ada Masalah ‘Lactose Intolerants’

Susu kambing mempunyai kandungan laktosa yang rendah. Ianya merupakan pilihan yang baik oleh mereka yang menghidapi masalah ‘lactose intolerant’. Susu kambing juga mudah dihadam oleh mereka yang mempunyai perut yang sensitif.

 

Semoga pendedahan tentang 10 khasiat susu kambing ini memberi  Jika anda seorang yang mempunyai masalah-masalah seperti di atas. Anda bolehlah mula mengamalkan susu kambing. Tapi banyak sangat produk susu kambing dipasaran. Sampai buntu tak tau nak pilih yang mana satu. Klik sini untuk dapatkan cadangan susu kambing yang sedap dan berkhasiat.

Sumber :

1. healthline

2. neuroversiti 

 

 

Shopping cart close