Badan Bayi Miang Akibat Diserang Gegata

Gegata atau biasanya juga dipanggil sopak garam, ludah jin atau kelopak garam akan mendatangkan rasa yang sangat tidak selesa kepada mereka yang mengalaminya. Badan bayi akan menjadi miang akibat diserang gegata. Ia yang juga dipanggil urticaria juga boleh menyerang kanak-kanak dan bayi.

 

Bagi mereka yang mengalaminya, kulit akan terasa sangat miang, apabila digaru, akan kelihatan tompokan besar seperti peta. Ia juga menimbulkan rasa panas pada kulit apabila ia menyerang, disebabkan itu anda perlu tahu sekiranya anak anda mengalaminya kerana mereka akan rasa sangat tidak selesa.

 

Apa itu penyakit gegata?

Apabila ia menyerang, memang sangat tidak selesa. Semakin digaru, ia akan semakin membesar dan mula membengkak. Kulit pula akan rasa panas saja. Daripada satu bintat atau bintik kecil, ia boleh merebak ke satu badan seperti peta. Miangnya memang amat terasa dan sangat membuatkan kita rasa tidak selesa. Memang stres bila terkena serangan gegata ni, dan kasihan bila anak-anak kecil yang kena. Lebih-lebih kagi bayi. Tuhan saja yang tahu seksanya bila diserang gegata.

 

Sopak garam ludah jin

Jika mengikut cerita orang dulu-dulu, mereka yang terkena gegata ini diludah pontianak atau jin kerana lalu di kawasan makluk itu. Ada juga yang memanggilnya sopak garam kerana ia hanya akan hilang apabila disapu dengan garam.

 

Jadi apakah sebenarnya sopak garam atau ludah jin ini?

Selalunya ia kelihatan seperti gigitan nyamuk, tetapi ia juga boleh bertompok dan ia boleh terbentuk di mana-mana sahaja pada badan bayi anda. Ia mungkin berkumpul di satu kawasan, tetapi ia berkemungkinan besar berlaku di keseluruhan badan juga. Benjolan kadang-kadang datang dan hilang dalam masa beberapa jam, tetapi gatal-gatal juga boleh berlarutan selama berminggu-minggu atau lebih lama lagi. Kes gatal-gatal yang ringan mungkin tidak mengganggu bayi anda. Tetapi mereka boleh menyebabkan kegatalan atau kerengsaan. Malah kadang-kadang, mereka disertai dengan gejala yang lebih serius yang memerlukan perhatian perubatan.

 

Apakah yang menyebabkan berlakunya gegata atau hives ini? Antaranya termasuklah:

Bintik merah pada gegata berlaku apabila sel mast dalam aliran darah membebaskan histamin kimia, yang menjadikan saluran darah kecil di bawah kulit bocor. Cecair itu berkumpul di dalam kulit untuk membentuk bintik-bintik dan bekas-bekas besar. Ini boleh berlaku atas beberapa sebab. Tetapi dalam banyak kes puncanya tidak pernah ditemui. Selalunya, gatal-gatal dikaitkan dengan tindak balas alahan, yang boleh membuat kulit yang merah merebak dalam beberapa minit. Alahan biasa termasuklah:

– makanan, terutamanya kerang, kacang tanah dan kacang pokok, susu, dan buah-buahan
– ubat-ubatan (antibiotik) dan suntikan alahan
– haiwan peliharaan dan haiwan lain
– debunga
– gigitan dan sengatan serangga

 

Tanda utama ruam merah yang timbul adalah tanda utama gegata. Ia boleh menyerupai:

– mempunyai pusat pucat
– muncul dalam kelompok (seperti peta)
– menukar bentuk dan lokasi dalam masa beberapa jam
– kecil atau sebesar pinggan makan
– gatal, pedih, atau menyebabkan rasa terbakar

 

Seseorang yang juga mengalami angioedema mungkin mengalami bengkak, kemerahan bertompok, bengkak, atau benjolan besar di sekeliling mata, bibir, tangan, kaki, alat kelamin atau tekak. Gejala lain boleh termasuk loya, muntah, atau sakit perut. Jarang, seseorang yang mengalami gegata dan angioedema juga boleh mendapat kejutan anaphylactic. Tanda-tanda kejutan anaphylactic termasuk masalah pernafasan, penurunan tekanan darah, pening, atau kehilangan kesedaran (pengsan).

 

Gegata ketika hamil

Hormon-hormon semasa mengandung dan kesannya terhadap kulit – semasa mengandung hormon wanita berubah, jadi perubahan hormon juga ada kaitannya dengan kemunculan gegata. Perkara ini juga boleh terjadi kepada wanita dua atau tiga minggu sebelum wanita itu mengetahui yang dia hamil.

 

Cara hilangkan gegata
Dalam kebanyakan kes, gegata ringan tidak memerlukan rawatan dan akan hilang dengan sendirinya. Jika pencetus pasti ditemui, mengelakkannya adalah sebahagian daripada rawatan. Jika gatal-gatal terasa gatal, doktor mungkin mengesyorkan ubat antihistamin untuk menghalang pembebasan histamin dalam aliran darah dan mencegah jerawat.

Untuk gatal-gatal kronik, doktor mungkin mencadangkan preskripsi yang tidak mengantuk atau antihistamin untuk diambil setiap hari. Jika antihistamin tidak mengantuk tidak berkesan, doktor mungkin mencadangkan antihistamin yang lebih kuat, ubat lain atau gabungan ubat. Dalam kes yang jarang berlaku, doktor mungkin menetapkan pil steroid atau cecair untuk merawat sarang kronik. Biasanya ini dilakukan hanya untuk tempoh yang singkat (5 hari hingga 2 minggu) untuk mengelakkan kesan sampingan steroid yang berbahaya.

 

Ubat gegata di farmasi

Rawatan lain seperti ubat montelukast2 dan ubat suntikan omalizumab (kos sangat tinggi). Ubat makan atau suntikan steroid untuk jangka masa pendek bagi kes yang teruk (bengkak bibir, kelopak mata, sesak nafas). Essential oil untuk gegata. Ada yang mencadangkan minyak pati yang sesuai untuk menghilangkan gegata termasuklah, Frankincense dengan Lavender.

 

Air kelapa untuk gegata

Air kelapa terkenal dengan sifatnya yang boleh menyejukkan badan dari dalam. Dengan mengandungi nutrisi-nutrisi penting, ianya mampu memberi kebaikan buat tubuh badan anda. Air kepala boleh dijadikan sebagai air tenaga atau penghidrat alternatif kerana ianya rendah kalori, bebas kolestrol dan lemak serta dapat membantu mencegah penyakit. Jika gegata anda berpunca dari cuaca panas, apa kata cuba kaedah ini. Air kelapa ini diperkaya dengan potasium dan elektrolit untuk membantu mengurangkan suhu dalaman badan serta memberi penghidratan semula. Kulit anda akan bebas dari gegata atau segala jenis ruam jika anda meminum air kelapa ini secara konsisten.

 

Doa hilangkan gegata
Bahan-bahan untuk rawatan:

Daun bidara atau daun sireh – 7 helai. (Jika ada daun bidara lagi baik).
Garam segenggam oleh pesakit (Genggam garam sehingga rapat jari itu adalah sukatan bagi seseorang.
Air suam sebaldi besar (standard).
Surah-Surah yang dibaca:

Selawat Nabi -10 kali.
Al-Fatihah -7x.
Ayatul Kursi -7x.
Surah Shaad: Ayat 42 (Bacaan 7x – utk 7 helai daun bidara atau sireh) semasa diramas di dalam air suam.
Surah Al-Anbiyaa: Ayat 83. (Zikir 100x setiap kali selepas solat).

Gegata kronik
Gegata kronik atau Chronic Urticaria biasanya berulang ulang lebih daripada 6 minggu. Bagi kes kes Chronic Urticaria dan tak dapat kenal pasti apa puncanya (tak jumpa punca alahan sama ada makanan/ bahan kimia/dan sebagainya), maka perlu rujuk dengan Pakar Kulit. Ada beberapa ujian perlu dibuat seperti ujian kulit dan darah yang boleh dibuat untuk kenal pasti punca terjadinya Urticaria. Anda perlu mengelak makan/ terdedah kepada punca alahan ialah paling utama.

 

Minyak Herba Asmak 30ml

 

Anak anda pernah mengalami masalah gegata atau miang pada sesetengah bahagian pada anggota badan? Anda juga boleh ikhtiar dengan menyapukan Minyak Herba Asmak pada kawasan yang miang dan terkena gegata. Jom dapatkan sekarang untuk anak anda. Klik disini.

Sumber:

Remaja
BeritaHarian

Kulit Bayi Baru Lahir Sangat Sensitif Elakkan Kerap Guna Sabun

Untuk pengetahuan ibu bapa baharu, kulit bayi baru lahir yang sebelum ini terbiasa dengan persekitaran seperti air ketika di dalam kandungan mesti menyesuaikan diri dengan persekitaran yang lebih kering setelah dilahirkan. Mungkin, peralihan ini akan mengambil masa yang agak lama. Kulit bayi baru lahir sangat sensitif elakkan kerap guna sabun.

Namun, jangan terlalu bimbang kerana kulit bayi baru lahir akan terus berkembang beberapa lama setelah dilahirkan. Walaupun kulit bayi baru lahir boleh menyerap kelembapan pada kadar yang lebih cepat berbanding kulit orang dewasa, perlu diingatkan juga bahawa kulit bayi baru lahir juga akan mudah menjadi kering.

 

Antara jenis-jenis masalah kulit bayi baru lahir yang sering berlaku:

#1 Kulit Kering/Menggelupas

Kulit bayi baru lahir akan kelihatan kering dan mengelupas pada beberapa hari yang pertama. Terutamanya di bahagian tapak kaki dan pergelangan kaki. Walau bagaimanapun, jangan terlalu bimbang kerana selepas beberapa hari, pengelupasan serta masalah kulit kering kulit bayi baru lahir ini akan hilang.

Cara rawatan: Jangan mandikan bayi terlalu lama kerana air hanya akan menanggalkan minyak semula jadi yang ada pada kulit bayi baru lahir. Menggunakan air suam dan sabun mandi bebas wangian (fragrance-free) adalah lebih baik. Seterusnya, sapukan losyen atau krim dengan kadar segera selepas selesai memandikan bayi.

#2 Ruam Lampin

Ruam lampin adalah keadaan di mana ruam kelihatan kemerah-merahan di sekitar kawasan lampin, alat kelamin, dan punggung bayi1. Ruam lampin pada kulit bayi baru lahir selalunya berlaku disebabkan oleh:

– Pemakaian lampin kotor terlalu lama.
– Geseran dari lampin yang dipakai.
– Jangkitan yis.
– Jangkitan bakteria.
– Reaksi alergi terhadap lampin yang dipakai.
– Cirit-birit.
– Antibiotik dari susu ibu.

Cara rawatan: Ibu bapa perlu menukar lampin bayi dengan kerap dan pastikan kawasan ruam sentiasa berada dalam keadaan kering. Perlu diingatkan juga untuk menggunakan krim ruam yang baik dan kalau boleh, sila elakkan daripada menggunakan lampin yang murah.

#3 Ekzema

Ekzema biasanya terjadi pada kulit bayi baru lahir atau kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah kadang kala kelihatan seperti kulit bayi baru lahir dilihat seakan melecur yang berair2. Jika ekzema dibiarkan berpanjangan, ia akan menyebabkan kegatalan.

Cara rawatan: Ibu bapa disarankan untuk meminta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor mungkin akan memberikan rawatan seperti memberikan ubat pencegah gatal (antihistamin), losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan, zrim steroid (untuk kes-kes yang teruk), dan juga akan memberikan antibiotik jika terdapat jangkitan kuman. Walau bagaimanapun, rawatan yang disediakan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.

#4 Heat Rash/Ruam Panas

Kenali heat rash atau ruam panas, gatal atau lepuh kecil iaitu keadaan kemerah-merahan pada kulit atau bahagian badan kulit bayi baru lahir yang bersentuhan dengan pakaian. Apabila cuaca terlalu panas, bayi akan berpeluh dengan banyak dan akan menyebabkan liangnya tersumbat. Ruam panas akan berlaku apabila peluh tidak dapat keluar. Bayi juga akan lebih senang menerima ruam panas daripada orang dewasa kerana liang mereka adalah lebih kecil.

Cara rawatan: Pastikan pakaian bayi anda longgar dan mempunyai pengedaran udara yang baik. Pastikan ibu bapa elak dari menggunakan krim atau losyen ke kawasan yang terjejas.

#5 Keruping Buaian/Cradle Cap

Keruping buaian atau cradle cap adalah keadaan di mana tompok-tompok atau kerak berminyak akan kelihatan pada kulit kepala bayi yang akan nampak seperti kelemumur. Keadaan kulit bayi baru lahir ini tidak menyakitkan atau gatal. Ia hanya menyebabkan kulit seperti sisik putih atau kuning yang sukar untuk dibuang.

Cara rawatan: Ibu bapa perlu mencuci bahagian yang terjejas setiap hari dengan menggunakan syampu atau minyak mineral yang berubat. Selain itu, gunakan juga losyen khas untuk keruping buaian, kemudian sikat rambut bayi anda dengan menggunakan sikat yang lembut untuk menanggalkannya.

#6 Milia

Ini adalah keadaan yang sering dilihat pada kulit bayi baru lahir iaitu Milia. Milia merupakan biji-biji putih kecil yang berada di sekitar hidung, dagu, atau pipi, mahupun pada bahagian atas badan dan lengan bayi. Keadaan kulit bayi baru lahir ini disebabkan oleh serpihan kulit kecil yang terperangkap di bawah permukaan kulit mereka. Oleh itu, jangan sesekali memicit atau mengorek biji-biji putih tersebut kerana ia akan hilang dengan sendiri dalam masa beberapa minggu ataupun bulan. Tunggu sahaja, okay?

Cara rawatan: Anda perlu kerap membasuh muka bayi anda setiap hari dengan air suam dan sabun bayi yang lembut kemudian lap kering secara perlahan-lahan. Jika boleh, sila elakkan daripada menggunakan losyen atau minyak pada kawasan yang terjejas.

 

Jika anak menunjukkan mana-mana simptom berikut, ibu ayah perlu membawa mereka berjumpa doktor pakar kulit:

Kulit kering tidak boleh dirawat atau dikurangkan dengan ubat tanpa pemeriksaan doktor.
Tompokan kulit kering kelihatan merah dan gatal.
Tompokan kulit kering yang menyakitkan dan merengsa.
Waspada dengan semua ini kerana ia mungkin disebabkan oleh jangkitan.

Semoga bermanfaat.

 

Ingin dapatkan produk yang mampu merawat masalah kulit bayi anda? Klik sini.

 

Sumber:
HelloDoktor

Shopping cart close