Ketahui 7 Punca Utama Susu Dalam Badan Berkurangan

Mesti ramai ibu-ibu yang mengalami masalah kurang susu dalam badan ataupun tiada langsung susu dalam badan. Paling menyedihkan bila anak dah sedia nak menyusu tapi susu keluar nak tak nak kadang tak keluar langsung. Setiap ibu pasti inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Sebab ramai yang bercita-cita ingin susukan anak masing-masing sekurang-kurangnya 2 tahun. Kerana kita tahu khasiat susu ibu yang tiada bandingan. Even susu paling mahal pun tak boleh lawan susu ibu. Tetapi tempoh penyusuan bukanlah satu perjalanan yang mudah. Ada ups dan down nya dan kadang-kadang akan berlaku susu badan semakin berkurangan. Mungkin ramai yang di kalangan ibu-ibu yang kurang pengetahuan tentang kenapa susu badan boleh berkurang.

Pertama ialah disebab ibu-ibu stress, terlalu banyak perkara yang difikirkan dan menyebabkan susu dalam badan berkurang. Emosi yang tidak stabil ,menyebabkan ibu tidak gembira dan hormon oxytocin berkurang. Hormon oksitosin ini sangat berkait rapat dengan perasaan si ibu. Jika ibu tidak gembira, susu ibu akan berkurang kerana badan tidak memberi galakan kepada hormon ini untuk bertugas sebaiknya. Sebab itu pentingnya untuk ibu-ibu kurangkan stress, ia bukan mudah untuk tidak stress langsung. Tetapi kurangkan dan berfikirlah secara positif tentang apa yang sedang berlaku. Kedua ialah faktor pemakanan, ia juga boleh menyebabkan susu dalam badan makin berkurang. Ibu menyusu perlu mengambil makanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang membantu ibu bertenaga dan tidak mudah penat. Pemakanan yang seimbang juga membantu susu ibu jadi lebih berkualiti. Susu yang berkualiti mampu mengenyangkan bayi dengan lebih cepat. Oleh itu,  kurangkan makanan yang mengandungi banyak perisa, gula, garam atau makanan segera. Banyakkan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Ketiga ialah kekerapan bayi menyusu turut menjadi salah satu punca susu dalam badan berkurang. Semakin bayi membesar, mereka akan semakin kurang menyusu dengan ibu. Ini menyebabkan kurangnya refleks kepada payudara. Hal ini secara automatik akan mengurangkan susu ibu. Sebaiknya, jika ingin mengekalkan penghasilan susu ibu yang banyak, ibu perlu konsisten mengepam walaupun anak tidak menyusu kerap seperti dulu. Keempat, bayi tidak menyusu dengan efektif. Hal ini selalunya berlaku pada awal kelahiran. Bayi selalunya tidak melekap dengan betul pada payudara. Ini menyebabkan susu ibu tidak keluar dengan efektif dan payudara ibu tidak dikosongkan sepenuhnya. Bila payudara tidak dikosongkan sepenuhnya, badan akan mula hasilkan susu ibu berdasarkan permintaan yang sedikit daripada bayi itu.

Kelima, Kurangnya demand dan supply. Perkara penting dalam penyusuan susu ibu adalah demand atau permintaan daripada bayi. Bayi yang telah minum susu formula, mungkin kurang menyusu susu ibu kerana lebih menggemari susu formula. Apabila bayi kurang menyusu, badan akan sampaikan signal kepada otak yang bayi tidak perlukan susu yang banyak. Kerana itu, supply atau bekalan susu ibu untuk bayi akan berkurang. Keenam ialah pengambilan ubat-ubatan. Ada sesetengah ubat boleh mempengaruhi hormon oksitosin dan prolaktin yang terlibat dalam penghasilan susu ibu. Ibu tidak dibenarkan ambil sebarang ubat tanpa dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa ubatan. Jika tersalah Langkah, ia akan menyebabkan susu ibu berkurang.

Terakhir ialah kurangnya minum air. Antara sebabnya ialah ibu yang mengamalkan breastfeeding perlukan air yang banyak bagi mencukupkan keperluan air di dalam tubuh. Susu ibu sendiri terdiri daripada 70% air. Badan kita pastilah perlu banyak air untuk membekalkan susu ibu untuk penyusuan seterusnya. Air juga penting buat ibu  untuk mengelakkan dehidrasi dan ibu berasa cepat dahaga. Banyakkan minum air untuk si manja ibu. Seeloknya kurangkan atau jangan lakukan perkara di atas. Kegembiraan ibu bila tengok si manja happy dan sentiasa kenyang.

Jika ada para ibu yang mengalami masalah susu badan berkurangan, jom klik link di sini.

Kredit :

keluargahebat

 

Ini 5 Punca Utama Kenapa Bayi Tidak Mahu Menyusu Badan

Susu ibu merupakan satu anugerah pada wanita, yang dihasilkan oleh badan ibu sejurus selepas melahirkan anak. Namun para ibu harus sentiasa ingat, anda perlu mengambil makanan yang mempunyai kandungan vitamin supaya susu ibu yang dihasilkan lebih berkhasiat kepada bayi.

Selain itu, susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Kolostrum yang dihasilkan oleh payudara ibu pada beberapa hari terawal akan membekalkan antibodi yang baik untuk bayi melawan jangkitan. Penyusuan pertama bayi akan dimulakan dengan menjilat, hisap dan berhenti sebentar. Pola hisapan sebegini biasanya berlaku beberapa jam dan adakalanya beberapa hari. Bayi akan pandai menghisap susu dan melekap pada payudara ibu dengan sendirinya. Ibu yang pertama kali melahirkan pasti teruja melihat dan merasai keadaan ini.

Seterusnya, proses penyusuan merupakan satu kepuasan kepada si ibu. Namun begitu, sesetengah ibu yang menyusukan bayi akan menghadapi masalah kekurangan susu. Hal ini biasanya terjadi kepada ibu yang berkerjaya. Pelbagai punca bayi tidak mahu menyusu yang dikhuatiri dan mempengaruhi penghasilan susu. Apabila puncanya dapat dikenalpasti, cara mengatasinya akan jadi lebih mudah. Bayi yang tidak mahu menyusu badan selalunya dikaitkan dengan breast-feeding strike atau dalam erti kata lain bayi mogok. Kemungkinan bayi anda ada beberapa perkara yang mereka ingin beritahu, jom baca info selanjutnya berkaitan punca bayi tidak mahu menyusu di bawah.

Pertama, bayi anda berasa tidak selesa atau sakit. Sekiranya bayi anda menyusu dan dia mula menolak, kemungkinan besar bayi anda sedang mengalami pertumbuhan gigi atau mungkin selesema. Perkara ini menyebabkan ketidakselesaan berlaku kepada mereka.Selain itu, ibu terlampau memberi susu formula kepada bayi. Apabila si ibu memberi terlalu banyak susu formula, anak akan berasa kenyang dan menyebabkan anak tidak mahu lagi menyusu badan.

Ketiga, perubahan pada bau dan rasa. Anak anda boleh mengesan perubahan bau sekiranya susu badan ibu berubahy dari gei bau badan ibu. Jika si ibu memakan makanan yang berbeza, atau sedang datang haid, atau sedang mengambil ubat, ia akan menyebabkan bayi tidak mahu  menyusu badan.

Seterusnya, stress kepada bayi. Bayi juga boleh mendapat stress sebenarnya. Keadaan ini sering berlaku sekiranya ia melibatkan ibu jika ibu berjauhan dengannya begitu lama atau lambat memberi susu. Kelima adalah hidung tersumbat. Jika bayi anda mengalami demam selesema atau hidung berairia juga boleh menyebabkan bayi tidak mahu menyusu. Hal ini kerana bayi berasa tidak selesa dan sukar untk bernafas.

Akhir sekali, bayi yang tidak mahu menyusu badan ini sememangnya sangat normal dan biasa berlaku. Selain itu juga, hal ini merupakan satu perkara yang bersifat sementara sahaja. Ibu-ibu perlulah semak terlebih dahulu puncanya dan jangan terus membuat sangkaan. Hal ini kerana ia akan membuatkan ibu berasa down dan menyangka bahawa si anak sudah mahu bercerai susu dengan ibu.

Jika anda mengalami masalah kekurangan susu badan, jom tekan link di sini untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut.

 

Kredit:

Asianparent

 

Shopping cart close