6 Kebaikan Gamat Yang Perlu Kita Ketahui

Gamat yang juga dikenali sebagai Timun Laut atau Sea Cucumber merupakan sejenis hidupan laut daripada kelas Holothurioidea. Terdapat pelbagai spesis gamat, antaranya Sticophus variegatus, Holothuria atra dan Thelenota ananas. Gamat merupakan spesis tidak bertulang dan mempunyai badan yang lembut. Kepelbagaian bentuk silinder yang dimilikinya adalah menyerupai tumbuhan daratan timun, maka tidak hairanlah ia digelar Timun Laut.

Secara amnya, Timun Laut boleh membesar daripada beberapa millimeter hingga mencapai saiz melebihi dua meter panjang. Spesis ini terdiri daripada pelbagai kombinasi warna seperti putih, hitam, merah dan biru. Terdapat 6 kebaikan gamat yang perlu kita ketahui

  1. Membantu merawat luka

6 kebaikan gamat

Sumber:Hellodoktor

Mentimun laut ini mampu membina semula tisu badannya apabila rosak atau cedera. Menurut kajian di dalam Marine Drugs, keupayaan ini adalah disebabkan oleh kandungan fatty acid seperti arachidonic acid. Oleh sebab itu, ia boleh mempercepatkan penyembuhan luka. Antara yang biasa diamalkan adalah semasa tempoh berpantang untuk mempercepatkan penyembuhan luka bersalin.

2. Awet Muda

Ramai yang tidak mengetahui bahawa gamat mengandungi 90% protein kolagen semulajadi. Gamat juga mengandungi antioksiden yang berfungsi melawan radikal bebas yang merosakkan sel-sel termasuk sel kulit dan ia juga merangsang kecantikan kulit, meningkatkan peredaran darah, melembutkan serta memperlahankan proses penuaan pada kulit.

3. Pencegah Kanser

Gamat mampu menghalang pertumbuhan dan penyebaran sel kanser. Hal ini kerana gamat mempunyai sebatian yang dipanggil glikosida tritertene yang tinggi. Mengikut kajian yang dijalankan oleh saintis China yang diterbitkan di dalam Jurnal Terapi Kanser dan Biologi mendapati glikosida tritertene mampu menghalang pembentukan saluran darah yang membekalkan nutrien kepada sel kanser.

4. Menyembuhkan Gastrik

Gastrik terjadi kerana lapisan bendalir yang memisahkan antara permukaan dinding perut dan asid dalam perut menipis sehingga menyebabkan luka pada dinding perut akibat daripada hakisan asid yang berlebihan tadi. Gamat membantu membina semula lapisan bendalir ini dan memperbaiki sistem pencernaan dan penghadaman.

5. Kaya dengan vitamin dan mineral

Ia mengandungi vitamin A, B1, B2, B3 dan C.Vitamin A membantu menyihatkan mata, vitamin B membantu menguatkan fungsi badan, manakala vitamin C pula membantu merangsang sistem imun badan. Selain vitamin, ia juga mengandungi pelbagai mineral penting seperti magnesium, zat besi dan kalsium.

6.Membantu mengawal gula dalam darah

Ia juga dapat membantu anda mengawal kandungan gula dalam darah anda. Ini kerana ia adalah makanan yang sangat kaya dengan protein. Seperti yang anda semua tahu, makanan seperti ini sangat sesuai buat individu yang mengalami diabetes dan perlu mengawal pengambilan gula dalam diet seharian mereka.

Jika anda atau keluarga anda,mengalami masalah sembelit atau sakit perut anda boleh guna Minyak Herba Asmak,boleh klik di sini.

1.hellodoktor

2.myhealth 

3.iamlejen 

5 Manfaat Minyak Kayu Putih

Masyarakat menggunakan minyak kayu putih atau minyak eukaliptus secara umumnya untuk menghangatkan badan, namun minyak kayu putih mempunyai manfaat yang lebih dari itu. Daun eucalyptus yang disuling dengan wap untuk menghasilkan minyak kayu putih mengandungi eucalyptol. Dalam daun minyak kayu putih, terdapat flavonoid dan tanin. Zat tersebut mengandungi banyak antioksidan dan dapat membantu mengurangkan keradangan.

Minyak kayu putih dihasilkan daripada kelenjar spesies pokok kayu putih yang mempunyai lebih daripada 400 jenis spesies. Spesies pokok kayu putih ini kebanyakannya berasal dari Australia, Tasmania, dan pulau-pulau lain yang berdekatan. Minyak kayu putih sangat popular digunakan sebagai bahan perubatan tradisional lebih-lebih lagi di China, India sehingga ke Eropah sejak ribuan tahun dahulu.

Berikut adalah 5 manfaat minyak kayu putih untuk kesihatan.

1. Meredakan Masalah Pernafasan

Salah satu manfaat minyak kayu putih yang paling diperkatakan ialah mampu meredakan masalah pernafasan. Tidak kira dari masalah batuk, demam, sakit tekak atau selsema, semuanya dapat diselesaikan dengan menggunakan minyak kayu putih. Minyak kayu putih mengandungi sifat antibakteria, antifungal, antivirus dan anti inflamasi sehingga menjadikannya bahan yang baik dan amat baik dalam pembuatan ubat-ubatan berkaitan masalah pernafasan.

Menurut kajian daripada  Laryngoscope tahun 2004 menunjukkan bahawa minyak kayu putih yang sudah disuling berupaya mengubati pesakit yang menghadapi masalah selsema dengan lebih cepat. Ini kerana sifat minyak kayu putih itu sendiri yang mengandungi sifat antibakteria yang dapat menghilangkan pada saluran pernafasan pesakit tersebut. 

Manfaat Minyak Kayu PutihSumber: Bamboo Core Fitness

 

2. Membantu Melegakan Sakit Sendi dan Otot

Menurut kajian, minyak kayu putih dapat membantu mengurangkan sakit otot dan sendi. Bahkan beberapa produk krim atau sapuan yang mempunyai fungsi meringankan rasa sakit akibat penyakit seperti osteoartritis dan reumatoid arthritis mengandungi minyak kayu putih.

Minyak kayu putih disarankan untuk pesakit yang menderita reumatoid arthritis, sakit pinggang, terkilir, kejang otot dan sakit sendi dan saraf. Selain itu, minyak kayu putih mempunyai kesan relaksasi pada sistem saraf dan otot. Mengoleskan minyak ini pada sendi atau otot dapat membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan aliran darah pada kawasan sendi atau otot serta dapat mengurangkan keradangan. 

3. Menjauhkan daripada Serangga

Serangga tidak akan datang dekat disebabkan oleh aroma minyak kayu putih yang kuat. Mengoleskannya pada kulit akan menyebabkan serangga termasuk nyamuk akan menjauh. Dengan ini, penyakit akibat daripada gigitan nyamuk seperti penyakit demam berdarah dapat dielakkan. Selain itu, minyak kayu putih juga berguna untuk mengusir kutu yang ada pada bahagian rambut. Rambut yang berkutu, apabila dioleskan beberapa titis minyak kayu putih merupakan salah satu solusi yang baik.

4. Membantu Merawat Luka

Daun minyak kayu putih sering kali digunakan oleh suku Aborigin di  Australia untuk mengubati luka dan mencegah infeksi. Sehingga kini, minyak kayu putih telah digunakan untuk mengatasi keradangan dan mempercepat penyembuhan. Namun disebabkan oleh peredaran zaman, penggunaan minyak kayu putih adalah dalam bentuk krim atau losyen. Krim atau losyen yang mengandungi bahan minyak kayu putih amat membantu dalam merawat luka-luka ringan di rumah.

5. Mengurangkan Sakit Gigi

Sifat minyak kayu putih itu sendiri iaitu anti bakteria dapat melindungi gigi daripada pertumbuhan bakteria. Oleh itu, minyak kayu putih ini berupaya mengurangkan gigi berlubang, plak pada gigi, gingivitis (radang pada gusi), dan infeksi gigi dan penyakit gigi yang disebabkan oleh kuman.

Kajian yang diterbitkan oleh Journal of Periodontology menunjukkan bahwa minyak kayu putih tidak hanya membunuh bakteria berbahaya dalam mulut, tetapi juga mengurangkan jumlah plak pada gigi. Tambahan pula, minyak kayu putih juga dapat mengurangkan bau mulut dan gusi berdarah.

Ingin mendapatkan produk Minyak Herba Asmak yang mengandungi minyak kayu putih? Klik sini. 

Kredit:

Health Kompas
Health Grid
Hello Sehat
MS Health

Shopping cart close