6 Kebaikan Halia Yang Masyarakat Belum Ketahui

‘Ginger’ ataupun halia telah digunakan secara meluas dalam dunia masakan tidak mengira jenis. Khasiat  halia sebenarnya sangat banyak. Ciri-cirinya pula adalah pedas, berangin, rasa pahit, ringan, melekit dan tebal menjadikannya banyak digunakan dalam pelbagai aplikasi seharian.

Halia, Zingiber officinale Roscoe dipercayai berasal dari China dan kemudiannya disebarkan penggunaannya ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean. Antara negara yang menghasilkan banyak halia adalah India, China, Nigeria, Thailand dan Australia. Penanaman halia di Malaysia masih ditanam secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau ditanam bersama-sama dengan tanaman lain seperti nenas, getah dan minyak kelapa sawit. Antara kebaikan halia yang perlu kita ketahui ialah:

  1. Mengurangkan simptom loya

Halia adalah sejenis tumbuhan yang sangat berkesan dalam melegakan loya. Halia mampu membantu mengurangkan loya dan muntah terutamanya bagi yang telah menghadapi pembedahaan yang menggunakan ubat bius. Sering kali selepas pembedahan, seseorang akan mengalami rasa loya-loya dan muntah. Malah, halia sangat berkesan pada ibu mengandung yang mempunyai ‘morning sicknesses. Di dalam satu kajian, pengambilan halia 1.1g- 1.5g mampu mengurangkan simptom loya.

  1. Membantu sistem penghadaman

Bagi yang menghadapi masalah penghadaman seperti masalah sakit yang berulang, tidak selesa pada bahagian atas perut dan rasa senak, dengan mengambil halia mampu mengatasi masalah tersebut. Halia terkenal sebagai pembantu kepada sistem pencernaan. Kajian mendapati dengan mengambil halia dapat mempercepatkan proses pengosongan perut dan mengurangkan simptom tersebut.

  1. Mengurangkan kesakitan ketika haid

kebaikan halia

Sumber:limaumadu

Penggunaan halia secara tradisional telah lama diperkenalkan untuk melegakan kesakitan. Pengambilan halia mampu mengurangkan kesakitan kerana mempunyai kesan kecekapan seperti ubat tahan sakit yang lain seperti mefenamic acid, ibuprofen, and zinc sulfate. Kajian mendapati halia mampu mengurangkan kesakitan semasa awal kedatangan haid. Di mana, pengambilan halia 2 hari sebelum kedatangan haid mampu mengurangkan kesakitan akibat haid.

  1. Boleh membantu sistem pertahanan badan

Halia boleh membantu dalam meningkatkan imunisasi dalam badan.Dengan pengambilan hirisan kecil pada setiap hari, ia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul dan tersekat di dalam saluran arteri.Paling penting, terdapat satu kompaun di dalam tumbuhan ini yang dikenali sebagai 6-gingerol.Ia adalah sejenis agen yang mampu mencegah dan membunuh sel kanser.

  1. Mengurangkan keradangan – Osteoarthritis.

Osteoarthritis sangat biasa berlaku dalam kalangan masyarakat. Osteoarthritis ialah apabila berlaku kemerosotan sendi pada tubuh badan sehingga terdapat simptom seperti sakit pada sendi dan sendi menjadi keras (stiffness). Pengambilan halia 500g sehari selama 3 minggu mampu mengurangkan keradangan osteoarthritis terutamanya osteoarthritis pada lutut.

  1. Halia boleh mencantikkan kulit wajah

Jika anda inginkan kulit wajah yang bersih, putih, lembut, bersinar-sinar dan awet muda, anda boleh amalkan pengambilan tumbuhan ini. Hanya dengan menggunakan halia dengan campuran cuka sahaja, ia dapat membantu menghilangkan kesan parut hitam di wajah lalu menjadikan kulit lebih licin serta bebas cela. Caranya, mudah sahaja. apa yang anda perlu lakukan ialah rendamkan hirisan tumbuhan ini ke dalam cuka dan simpan di dalam peti sejuk. Kemudian gosok muka anda menggunakan hirisan halia yang telah direndam tadi selama 10 minit. Selepas itu bersihkan muka dengan air bersih dan ketulan ais.

Pengambilan halia dapat membantu dengan kesihatan anda dan juga merawat berbagai-bagai masalah kesihatan. Minum air halia juga merupakan kaedah terbaik untuk kekal hidrat, di mana sangat penting untuk kesihatan anda secara keseluruhan.  Jika anda atau ahli keluarga anda mengalami masalah angin dalam badan,anda boleh cuba Madu Halia Bentong,anda boleh klik disini.

Kredit

1.root of science

2.Hello doctor

3.cariblogger

4.bidadari.my

4 Punca Sakit Kepala Yang Kerap Dialami Oleh Sesetengah Individu

Tahukah anda, punca sakit kepala yang kerap ada di antara kita yang mengalami sakit kepala sehingga menjejaskan tahap kesihatan seperti muntah teruk dan tidak dapat mengimbangi badan? Mengikut kajian, setiap individu akan mengalami sakit kepala sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup, tidak kiralah sama ada biasa atau teruk. Ramai yang menganggapnya sebagai sakit biasa kerana serangannya dalam tempoh yang singkat sahaja.

Ada juga beranggapan punca sakit kepala yang kerap terjadi di kalangan mereka yang mempunyai masalah migraine. Tidak mengira usia dan jantina, sakit kepala boleh terjadi kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa sehingga boleh menjejaskan aktiviti seharian.

 

  1. Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)

Ini merupakan jenis sakit yang selalu berlaku pada remaja dan juga orang dewasa. Ia menyebabkan rasa tegang ataupun menekan pada bahagian dahi, belakang kepala ataupun belakang leher. Ia boleh menyebabkan kesakitan yang sedikit ataupun sederhana. Selalunya ia akan datang dan pergi dengan sendirinya tanpa ada simptom yang lain. Sakit kepala jenis ini selalunya berlaku ketika seseorang itu dalam keadaan stress, kurang tidur atau tidak sihat.

 

  1. Migrain

Pesakit selalunya mengalami sakit yang kuat. Pesakit akan  menyatakan sakit tersebut seolah-olah berdenyut. Ia boleh berlaku selama 4 jam sehingga 4 hari dan selalunya pesakit akan mengalaminya 1 hingga 4 kali dalam sebulan. Pesakit juga akan mengalami simptom lain seperti rasa loya, muntah, menghidu bau yang pelik dan beberapa simptom yang lain.

 

  1. Sakit kepala berkelompok

Pesakit akan mengadu sakit yang teramat seolah-olah seperti dicucuk selalunya dibahagian belakang mata. Ia mungkin rasa seperti berdenyut ataupun berterusan sakit. Ia merupakan jenis sakit yang tidak selalu berlaku pada masyarakat. Tetapi selalunya ia merupakan sakit kepala yang paling teruk berbanding yang lain. Ia akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat duduk diam ketika sakit tersebut berlaku dan pesakit juga akan terbangun dari tidur jika sakit tersebut menyerang. Kadang-kadang ia menyebabkan mata menjadi merah dan keluar air mata. Ia dipanggil sakit kepala berkelompok kerana ia akan kerap berlaku pada sesetengah waktu. Sebagai contoh dalam setahun ia mungkin berlaku kerap pada bulan Jun minggu pertama sahaja. Pada minggu tersebut pesakit akan mengalami sakit tersebutsekali sehari selama 15 minit hingga ke 3 jam. Selepas daripada minggu tersebut sakit tersebut hilang secara sepenuhnya. Pesakit mungkin akan tidak mempunyai simptom tersebut buat beberapa tahun dan ianya boleh datang semula.

 

  1. Sakit kepala sinus

Sakit jenis ini adalah disebabkan masalah sinus kerana berlakunya jangkitan kuman pada bahagian sinus iaitu rongga pada bahagian tengkorak muka. Jangkitan tersebut menyebabkan sakit pada bahagian dahi, pipi dan juga bahagian atas hidung. Simptom lain yang boleh dihadapi oleh pesakit adalah selesema, demam dan juga bengkak di bahagian muka. Perkara ini juga dikenali sebagai sinusitis ataupun masalah keradangan sinus. Jika anda mengalami sakit yang terlampau kerap ataupun pada ketika itu terlampau teruk, anda perlulah berjumpa dengan doktor. Kerana ia adalah petanda penyakit yang teruk seperti meningitis ataupun kanser otak.

 

Jika mengalami sakit kepala yang kerap dan teruk, sebaiknya anda rujuk doktor untuk mengetahui masalah yang lebih mendalam. Jika dibiarkan mungkin ia akan menjadi lebih teruk. Sebagai altefnatif lain, Syarikat MHAMSB ada mengeluarkan produk iaitu Refreshing Aromatheraphy yang mana membantu melegakan masalah sakit kepala.

 

Kredit : thediagnosa.com

Shopping cart close