Senarai Makanan & Minuman ‘Berbahaya’ Bagi Penghidap Resdung.

Resdung ialah satu penyakit yang boleh di katakan ada pada setiap individu. Cuma perbezaan antara individu ialah resdung mereka kuat dan tidak sahaja. Penyakit resdung juga agak sukar untuk pulih tetapi ianya mampu mengurangkan tahap resdung yang tinggi jika kena dengan ubatnya.

 

Resdung atau nama saintifiknya adalah sinusitis merupakan sejenis penyakit yang sering melanda masyarakat. Sinusitis berlaku apabila terdapat keradangan pada saluran di rongga hidung disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria, virus, fungus, ataupun alergik.

 

Di antara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhingus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan kawasan sekitar mata sehingga rasa berair. Gejala sinusitis boleh berubah dari normal kepada kronik jika tidak dirawat dan dibiarkan. Pada keadaan normal, kehadiran kuman seperti streptococcus dan styphylococcus sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi tidak menyebabkan apa-apa penyakit jika kita mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat. Namun jika berlaku kepincangan pada sistem daya tahan tubuh, bakteria ini dapat membiak dengan mudah tanpa kawalan yang akhirnya menyebabkan resdung.

 

Kebiasaannya penyakit resdung terbahagi kepada dua iaitu normal yang dipanggil sebagai akut atau kronik. Resdung yang akut biasanya tidak berbahaya dan tidak mendatangkan mudarat tetapi jika anda mengalami keradangan berterusan sehingga berasa tidak selesa selama berminggu-minggu, sebaiknya pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya. Secara umum, resdung yang normal boleh dirawat dengan menjaga pemakanan. Pastikan anda tahu makanan apa yang perlu dielak untuk memastikan gejala resdung yang dialami tidak berterusan. Antara makanan penghidap penyakit resdung yang tidak boleh di makan ialah:

1. Makanan yang berbentuk tenusu

Makanan seperti susu, ais krim, keju perlu dielakkan kerana susu boleh menghasilkan lebih banyak mucus atau lendir dan menggalakkan pembiakan bakteria dalam rongga hidung. Anda boleh gantikan dengan sardin, rumpai laut, atau sayuran hijau kerana ia mengandungi kalsium yang baik untuk mengatasi keradangan disebabkan oleh resdung.

 

2. Gula

Gula jika diambil pada kadar yang sedikit tidak memudaratkan tetapi jika diambil pada kadar yang tinggi akan menyebabkan meningkatkan kadar keradangan meningkat menyebabkan pengumpulan lendir pada hidung. Kebanyakan penyakit adalah berpunca daripada gula. Oleh itu, sebolehnya kurangkan pengambilan gula dalam pemakanan. Anda boleh gantikan gula dengan stevia yang jauh lebih berkhasiat.

 

3. Makanan yang pedas

Tahukah anda kenapa hidung kita berair apabila kita makan makanan yang pedas? Ini kerana makanan pedas akan menghasilkan ‘histamine’ sejenis bahan kimia yang dikeluarkan oleh badan apabila kita mengalami tindak balas alergik. Histamin memainkan peranan dalam pengawalan sistem imuniti dan inflamasi. Namun, penghasilan histamin yang tinggi akan menyebabkan tisu nasal akan berair dan membengkak. Oleh itu, kebiasaannya doktor akan memberikan ubat ‘anti-histamine’ jika anda mengalami masalah resdung untuk sekat pengeluaran histamin yang berlebihan.

4. Daging Merah

Daging merah mengandungi kadar protein yang sangat tinggi. Daging merah bukan hanya menjadi pantang bagi pesakit yang menghidap kolestrol yang tinggi tetapi seseorang yang mengalami resdung juga harus mengelak dari makan daging merah kerana ia menggalakkan pengumpulan mucus yang berlebihan.


 

5. Buah Tomato

Pasti ramai yang tidak menyangka buah tomato boleh menyebabkan masalah resdung. Hakikatnya buah tomato juga boleh meningkatkan kadar penghasilan histamin. Selain itu juga, buah tomato mengandungi pH yang agak rendah. Seseorang yang mengalami acid reflux juga perlu berhati-hati, jangan mengambil buah tomato dengan banyak kerana acid yang terdapat pada buah tomato menyumbang pada ketidakselesaan pada perut. Anda boleh gantikan dengan pengambilan buah-buahan yang mengandungi vitamin A kerana vitamin A menghasilkan mucus yang baik seperti buah labu, buah betik dan juga buah manga.

 

6. Pizza

Pasti penggemar pizza di luar sana berasa kecewa dengan kenyataan ini. Tahukah anda mengapa pizza adalah antara salah satu makanan yang perlu dielakkan? Hal ini kerana pizza mengandungi keju yang termasuk dalam produk tenusu, ia juga mengandungi gluten dan juga tomato. Gabungan bahan-bahan ini cukup untuk bertindak meningkatkan keradangan resdung. Tidak salah jika anda menikmatinya sekali sekali namun makanlah dalam kuantiti yang sederhana dan tidak berlebihan.

 

Ini antara sebahagian makanan larangan bagi penghidap penyakit resdung, jika pemakanan dijaga dengan baik InsyaAllah resdung akan berkurangan. Penyakit resdung adalah penyakit yang sukar untuk pulih dan kemungkinan tidak akan pulih. Tetapi jika kita menjaga pantang larang dari segi pemakanan, pemakaian ataupun kebersihan resdung ini akan berkurangan.

Jika anda ingin dapatkan altenatif lain, anda boleh mencuba produk Asmak iaitu Asmak Herbs dan Minyak Herba Asmak.

 

Kredit:

https://zonbayi.com/makanan-pantang-untuk-resdung/

https://maslihayusuf.blogspot.com/2018/02/6-makanan-yang-perlu-anda-elak-untuk.html

 

2 Jenis Resdung yang Ramai Tidak Tahu dan Jenis Gelaja Resdung

Ramai yang tidak tahu jenis resdung dan puncanya dari mana, antara sebab resdung berlaku oleh sistem imun yang bertindak balas kepada alergen seolah-olah ia seperti berbahaya. Ini akan membawa kepada penghasilan sejumlah bahan kimia yang menyebabkan lapisan dalam hidung (membran mukosa) menjadi dan lendir yang berlebihan akan terhasil. Resdung ini agak sukar untuk mengelakkan sepenuhnya daripada semua alergen, tetapi kita boleh mengambil langkah untuk mengurangkan pendedahan terhadap alergen tertentu yang anda ketahui atau syaki yang boleh menyebabkan resdung menjadi lebih teruk.

 

Berkemungkinan sesetengah orang tidak tahu apa itu resdung, resdung ini ialah alergen yang mana komponen yang tidak berbahaya yang boleh menyebabkan tindak balas alergi. Resdung atau “allergic rhinitis, adalah tindak balas alahan terhadap alergen tertentu. Resdung terjadi apabila sistem imun badan menjadi terlalu sensitif dan bertindak balas secara berlebihan terhadap sesuatu melalui alam sekitar yang biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah bagi kebanyakan orang.

 

Resdung juga terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

  • Bermusim: Gejala bagi resdung jenis ini boleh berlaku pada musim bunga, musim panas dan awal musim gugur. Ia biasanya disebabkan oleh sensitiviti alergi terhadap spora yang terbang di udara atau debunga dari rumput atau pokok yang berbunga.
  • Berpanjangan: Pesakit akan mengalami gejala sepanjang tahun. Ia biasanya disebabkan oleh hama debu, bulu daripada binatang peliharaan, lipas atau kulat. Alergi terhadap makanan jarang menyebabkan gejala yang berkaitan dengan hidung.

Sesetengah orang mungkin mengalami kedua-dua jenis resdung, dengan gejala-gejala bagi resdung bermusim semakin teruk semasa musim debunga yang spesifik. Terdapat juga punca-punca bukan alergi bagi resdung termasuklah asap rokok atau asap lain, minyak wangi, produk pencuci dan bau lain yang kuat.

Penyebab resdung ini berlaku apabila kita berhadapan dengan alergen, ia akan membebaskan histamin, yang merupakan bahan kimia semula jadi yang melindungi tubuh kita daripada alergen. Bahan kimia ini boleh menyebabkan resdung dan gejala-gejalanya, termasuklah hidung berair, bersin, dan mata terasa gatal. Selain daripada debunga pokok, alergen yang lain termasuklah :

  • Hama debu
  • Bulu atau kulit mati daripada haiwan peliharaan
  • Air liur kucing
  • Kulapuk

    resdung

Banyak gejala yang kerap terjadi ketika kita menghadapi resdung dan menyebabkan rutin harian kita terganggu dan tidak selesa. Antara gejala yang sering berlaku ketika kita mengalami resdung ialah :

  • Bersin
  • Hidung berair
  • Hidung tersumbat
  • Hidung gatal
  • Batuk
  • Sakit atau gatal tekak
  • Mata gatal
  • Mata berair
  • Lingkaran hitam di bawah mata
  • Sakit kepala yang kerap
  • Gejala-gejala jenis ekzema, seperti kulit yang sangat kering dan gatal yang boleh menyebabkan lepuh(blister)
  • Hives
  • Keletihan yang berlebihan

Kebiasanya akan mengalami satu atau lebih gejala-gejala ini serta merta selepas berhadapan dengan alergen. Sesetengah gejala, seperti sakit kepala yang kerap dan keletihan, mungkin hanya berlaku selepas terdedah kepada alergen dalam jangka masa yang panjang. Namun, demam bukan gejala bagi resdung.

Resdung ini sejenis penyakit yang sukar untuk pulih sepenuhnya. Ia juga akan membuat rutin harian kita terganggu serta emosi. Jika resdung anda teruk, sebaiknya rujuk doktor pakar untuk dapatkan tips atau ubat yang boleh mengurangkan masalah resdung.

Untuk altenatif lain anda guna boleh mencuba Produk Asmak iaitu Asmak Herbs, ia boleh membantu anda mengurangkan resdung. Klik disini

Sumber: doctoroncall.com.my

7 Makanan Wajib Yang Para Ibu Harus Ketahui Ketika Berpantang.

Apa makanan wajib ketika berpantang yang ibu makan semasa tempoh berpantang akan mencerminkan kesihatan ibu kemudian hari. Ramai ibu di peringkat awal atau lebih jelas di peringkat bersalin anak pertama tidak mahir dan kurang pengetahuan tentang makanan berpantang.

 

Pengambilan makanan wajib ketika berpantang sangat penting untuk kesihatan ibu-ibu. Pemakanan antara aspek yang sangat penting dalam rawatan semasa pantang bersalin. Keperluan ini perlu diutamakan kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormondalam badan ibu-ibu. Jika tidak dikawal dan dijaga pemakanan dalam tempoh berpantang, ibu-ibu akan mengalami pelbagai masalah kesihatan yang akan mengganggu penyembuhan dalaman dan luaran ibu-ibu.

 

Senarai makanan wajib ketika berpantang yang ibu-ibu perlu tahu.

 

  1. Ayam dan daging 
  • Ayam biasa, burung puyuh, merpati, ayam hitam, ayam didik, ayam selasih, ayam kampung.
  • Daging batang pinang, daging kurang lemak dan daging kambing.

Makanan yang harus di elakkan.

  • Kurangkan ayam dan daging yang di bahagian berlemak.
  1. Ikan 
  • Haruan, yu, selar, gelama, jenahak, merah, tenggiri, kurau, bawal putih, senangin, bilis dan salmon.

Makanan yang harus di elakkan.

  • Ikan kering, ikan masin, keli, bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang, parang, kembung, tamban, cencaru, tongkol, makanan laut seperti udang, ketam dan kerang PALING TAK BOLEH MAKAN.
  1. Ulam-ulaman 
  • Halia, serai, lengkuas, pegaga, mengkudu, ulam raja, jantung pisang, daun, ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kaduk, daun keseum, pudina, kari.
  1. Sayur-sayuran 
  • Ubi Kentang, peria, sawi, lobak merah, lobak putih, brokoli, bayam.

Makanan yang harus di elakkan.

  • Ubi kayu, kangkung, petola, terung, timun, tomato, kubis, seledri, terung, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, petola, terung, tomato, kubis, seledri, sayur keladi, pucuk ubi, kacang panjang, labu, kacang botol, petai, jering, cili padi, asam keeping
  1. Buah-buahan
  • Buah Anggur, kurma, oren, epal merah, strawberi, peach, prune, kismis, longan cina, blueberry, walnut.

Makanan yang harus di elakkan.

  • Nenas, limau, buai lai, tembikai, kiwi, epal hijau, pear, pisang, jambu, belimbing, durian, mangga, betik,ciku, langsat, nangka, cempedak, ubi kayu, sengkuang,manggis dan kuinin.
  1. Makanan lain
  • Biskut, roti, nestum, oat, cornflakes, masakan panggang, rebus, kukus, bakar.

Makanan yang harus di elakkan.

  • Tempe, makanan daging yang diperoses, bihun, mee, kuey teow, laksa, masakan berminyak
  1. Air 
  • Air suam, pati kunyit, jus pegaga, air halia, kopi, manjakani, halia kurma, madu, air coklat, horlicks.

Yang tak boleh di makan

  • Air berais, air sejuk, bergas, tebu, cincau, kelapa muda, jus buah, cuka buah

 

Inilah dia 7 pemakanan yang ibu-ibu boleh ambik ketika dalam pantang bersalin. Amalkan pemakanan yang berkhasiat supaya proses untuk sembuh lebih cepat.

Kredit : alaf21

Petua Hilangkan Sakit Gigi Bongsu Dengan Mudah dan Berkesan.

Gigi bongsu atau gigi geraham, merupakan gigi dewasa terakhir yang akan tumbuh ketika usia 17 hingga 25 tahun. Kebiasaannya, setiap individu mempunyai 4 gigi bongsu di bahagian belakang mulut iaitu 2 pada bahagian atas dan 2 pada bahagian bawah. Banyak petua hilangkan sakit gigi yang ramai tak tahu. Jom baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan petua hilangkan sakit gigi bongsu dengan mudah dan berkesan.

Kesakitan ketika proses pertumbuhan gigi bongsu adalah berbeza bagi setiap individu. Sesetengah individu akan mengalami kesakitan yang berterusan, manakala ada juga yang hanya mengalami kesakitkan dan ketidakselesaan ketika mengunyah makanan atau menyentuh bahagian tersebut.

Kesakitan ini boleh berlaku di atas beberapa sebab. Antaranya, mungkin gigi geraham berada dalam kedudukan tidak betul, tidak sesuai untuk mulut, gigi terperangkap dalam gusi, atau terdapat jangkitan kerosakan pada gigi.

Berikut beberapa simptom yang boleh dikenal pasti sama ada anda sedang mengalami proses pertumbuhan gigi geraham atau tidak:

  1. Anda akan merasa sakit gigi pada bahagian belakang mulut anda.
  2. Jika melihat di cermin, anda mungkin boleh nampak gigi geraham mula untuk menembusi gusi
  3. Gusi pada bahagian belakang mulut menjadi merah dan sangat sensitif kepada sentuhan.
  4. Kesakitan rahang
  5. Bengkak sekitar rahang
  6. Gusi berdarah
  7. Nafas berbau
  8. Kesukaran membuka mulut
  9. Rasa tidak selesa di dalam mulut

Rasa sakit yang dirasai boleh mengakibatkan emosi menjadi tidak menentu. Jadi bagaimana untuk merawatnya?

  1. Berkumur

Antara kaedah rawatan yang popular untuk sakit gigi adalah berkumur dengan air garam. Gunakan campuran garam dengan air suam untuk membantu menjaga gusi agar lebih sihat dan membunuh bakteria berbahaya.

  1. Ais

Jika kesakitan ini disebabkan bengkak, anda boleh menggunakan ais untuk membantu melegakannya. Bungkuskan ais pada sehelai tuala bersih atau gunakan pek ais dan letakkan di kawasan yang bengkak. Cara ini juga membantu melegakan kerengsaan.

  1. Bunga cengkih

Jika menggunakan bunga cengkih, kepitkannya di antara gigi yang menyebabkan kesakitan tanpa menggigitnya. Biarkan sehingga kesakitan berkurangan. Bagi yang memilih menggunakan minyak bunga cengkih, letakkan beberapa titis minyak ke atas kapas dan letakkannya pada gigi yang sakit, biarkan sehingga rasa sakit itu berkurangan.

  1. Serbuk penaik

Ia bukan sahaja membantu merawat bengkak, tetapi serbuk penaik juga boleh melegakan kesakitan. Campurkan sedikit ubat gigi bersama serbuk penaik, dan letakkan pada bahagian gigi yang sakit.

  1. Teh

Sekiranya anda mengalami gusi bengkak, anda boleh gunakan uncang teh. Ia sesuai digunakan kerana sifatnya yang anti-radang yang terkandung dalam asid tannic.

Sekiranya anda merasakan anda mungkin sedang mengalami kesakitan kerana pertumbuhan gigi geraham, anda perlu berjumpa dengan doktor gigi secepat mungkin. Mencabut dan membuang gigi geraham mungkin antara jalan penyelesaian terbaik untuk menyembuhkan dan menghalang masalah kesihatan mulut berkaitan gigi bongsu ini.

Sekiranya anda mengalami masalah ini dan ingin mencuba produk Minyak Herba Asmak,boleh klik di sini.

 

Kredit

1.theAsianparents

2.Hellodoktor

3.Hellodoktor 

Ini Info Mengenai Gastrik Yang Mungkin Kita Terlepas Pandang.

Terdapat Beberapa Punca dan Simptom yang menyebabkan Gastrik. Gastrik atau gastritis merujuk kepada keradangan yang berlaku pada lapisan dalam perut. Keadaan ini berlaku apabila terjadinya penurunan pada tahap perlindungan lapisan dalam perut.

Fungsi normal perut adalah mengeluarkan asid (gastric juice) yang berfungsi mencerna makananan dan membunuh kuman mahupun bakteria yang masuk melalui mulut, ketika anda sedang makan, bernafas dan sebagainya.Disebabkan tahap keasidan dalam perut tinggi, terdapat satu mekanisme terbentuk yang dirujuk sebagai protective mechanism.

Ia berperanan melindungi dan mencegah dinding perut daripada terhakis. Mekanisme ini akan menghasilkan sejenis lapisan cecair atau mukus yang menjadi penghalang (protective layer) kepada asid daripada mengenai dinding perut.

6 Simptom Gastrik Angin Yang Selalu Terjadi

  1. Senak perut (ketidakhadaman)

Senak perut adalah rasa sakit perut pada bahagian atas perut. Senak perut biasanya berlaku kerana ketidakhadaman. Biasanya masalah ini berlaku selepas anda makan atau minum. Ia disebabkan asid yang memecahkan lapisan pelindung dinding perut yang membawa kepada kerengsaan dan kesakitan.

  1. Pedih ulu hati

Pedih ulu hati terjadi apabila kandungan asid dalam perut masuk semula ke dalam saluran pemakanan (esofagus) bersama-sama makanan yang dihadam.

  1. Hilang selera makan

Masalah gastrik angin juga cenderung membuatkan anda hilang selera makan.

  1. Perut kembung

Perut kembung terjadi apabila perut mengeluarkan asid penghadaman secara berlebihan kerana kerosakan saraf pada bahagian dalaman dinding perut.

  1. Loya dan muntah

Angin dalam perut akan membuatkan anda loya atau mual. Muntah gastrik angin biasanya berwarna jernih, kuning, atau kehijauan.

  1. Badan berasa lemah dan lesu

Apabila anda mengalami gastrik, badan secara automatik akan sentiasa lemah dan lesu. Ini kerana anda perlu menahan sakit yang menyebabkan ketidakselesaan dan penat.

 

Terdapat 2 jenis gastrik yang boleh berlaku, iaitu:

  1. Penggunaan ubat tahan sakit jenis

Ubat tahan sakit boleh menyebabkan masalah gastrik kerana ia mengurangkan penghasilan kompaun prostaglandin di dalam perut yang berfungsi untuk merangsangkan penghasilan mukus yang menjadi pelindung dinding perut. Ketika kompaun prostaglandin kurang, penghasilan mukus pada dinding perut pun berkurangan dan menyebabkan dinding perut terdedah dengan hakisan asid.

  1. Jangkitan Helicobacter pylori

Bakteria ini boleh menjangkiti manusia melalui pengambilan makanan yang tercemar. Bakteria ini akan bergerak masuk ke lapisan mukus yang melindungi dinding perut. Apabila berjaya melepasi lapisan ini, bakteria H.pylori akan bersarang dan mengeluarkan bahan kimia yang boleh menghakis lapisan perlindungan dalam perut, lalu mengakibatkan rasa pedih dan sakit pada perut.

Sekiranya anda mengalami penyakit ini, rawatan boleh dilakukan dengan sendiri. Antara langkah yang boleh diambil ialah:

  1. Mengelakkan makanan berasid, bergoreng, pedas, dan tinggi lemak,terutamanya ketika perut masih kosong.
  2. Mengambil makanan dengan kerap dan dalam kuantiti yang kecil
  3. Memberhentikan ubat NSAIDs sekiranya menjadi punca

NSAIDs adalah Non-steroidal Anti-inflammatory Drugs. Ia ubat tahan sakit yang sering diberi doktor. Ubat ini untuk individu dengan masalah sakit sendi (keradangan) atau sakit otot kerana ia berfungsi menghalang pembentukan prostaglandin yang mengakibatkan rasa sakit dalam badan.

  1. Menjauhi minuman beralkohol

Minuman beralkohol dipercayai mampu mendatangkan kerengsaan dan mengikis lapisan perut, sekali gus menyebabkan ia terdedah kepada asid

  1. Mengurangkan stress

Amalkan kaedah ‘deep breathing’

  1. Berhenti merokok

Pengambilan rokok yang mengandungi nikotin juga akan menyebabkan pertambahan asid di dalam perut dan membawa kepada masalah gastrik

Masalah gastrik angin atau gastritis mungkin dianggap sebagai satu masalah biasa yang kerap dialami ramai individu. Tetapi, anda tidak seharusnya menganggap ia sebagai masalah remeh. Jika masalah gastrik dibiarkan berlanjutan tanpa rawatan sewajarnya, terdapat risiko berlakunya pembentukan ulser dalam perut.

Jika anda mengalami masalah sakit perut dan ingin mencuba produk Minyak Herba Asmak ,boleh klik di sini.

Kredit

1.Helldoktor

2.thediagosa

 

Shopping cart close