5 Komplikasi Demam Campak Yang Perlu Anda Ketahui

Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak yang disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit mereka. Selain itu, demam campak juga dikenali sebagai measles iaitu satu penyakit berjangkit yang serius yang disebabkan oleh jangkitan virus Rubeola. Sebelum pengenalan vaksin campak pada tahun 1963, wabak ini tersebar dengan meluas dan tercetus sekitar setiap 2-3 tahun. Ia juga telah menyebabkan kira-kira 2.6 juta kematian setiap tahun.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), lebih daripada 140,000 individu telah mati akibat campak pada tahun 2018. Daripada jumlah itu, kanak-kanak di bawah umur 5 tahun adalah antara yang tertinggi. Di Malaysia, kes demam campak dilihat semakin berkurangan iaitu daripada 1,958 kes pada 2018 kepada 1,077 kes pada 2019. Ini jelas membuktikan bahawa program imunisasi kebangsaan yang telah dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah berkesan dalam mencegah penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui suntikan vaksin ini.

Seterusnya, penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan droplet cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Walau bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal immun pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan. Akan tetapi, kebelakangan ini terdapat pertambahan dalam kes-kes campak di bandar utama dengan kemasukan orang asing dan penolakan vaksin. Oleh itu, jika seorang kanak-kanak tidak lagi mendapat vaksin dan terdedah kepada individu yang menghidap penyakit ini, maka kemungkinan besar kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini.

Antara tanda-tanda utama yang sering berlaku selalunya megambil masa dalam 10 hingga ke 12 hari. Selepas dijangkiti penyakit ini, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti demam suhu yang tinggi. batuk, selesema dan sakit tekak, mata berair dan sensitif kepada cahaya, serta sakit otot. Tambahan lagi, dua atau tiga hari kemudian akan timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki. Seterusnya, ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Tambahan pula, komplikasi demam campak ini adalah boleh menyebabkan jangkitan yang serius pada semua peringkat umur. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kumpulan yang lebih cenderung mengalami komplikasi campak iaitu kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun, orang dewasa yang berumur lebih dari 30 tahun, wanita mengandung dan individu yang mempunyai sistem imun badan yang lemah seperti kanser atau HIV.

Antara 5 komplikasi yang boleh terjadi ialah hilang penglihatan, jangkitan kuman di otak, cirit-birit yang teruk, kurang hidrasi, jangkitan pada bahagian telinga serta jangkitan pada paru-paru. Selain itu, bagi wanita mengandung pula, demam campak boleh meningkat risiko untuk mendapat keguguran, bersalin sebelum tiba tarikh yang sepatutnya dan bayi kurang berat semasa lahir.

Akhir sekali, sekiranya anak anda terdedah kepada individu yang dijangkiti campak dan belum lagi menerima imunisasi, bawa anak anda segera untuk berjumpa doktor. Pemberian vaksin dalam jangka masa tertentu boleh mengelakkan anak anda daripada dijangkiti virus campak ini.

Jom tekan link di sini untuk membantu mengurangkan masalah demam campak ini.

 

Kredit:

myhealth

rootofscience

6 Penyebab Utama Berlakunya Slipped Disc

Slipped disc pada tulang belakang juga dikenalpasti sebagai PID (prolapsed interverterbral disc). Slipped disc juga merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disk. Ini boleh menyebabkan anggota badan menjadi kebas/ lemah.

Sakit belakang boleh diklasifikasi kepada peringkat akut, kronik dan Berulang (recurrent). Sakit akut pada amnya terjadi selepas bersin, batuk kuat, mencangkung untuk lama, atau, apabila angkat sesuatu barang dari lantai (lebih lagi jika barang itu berat).

Slipped disc pada tulang belakang juga adalah salah satu diagnosa utama di kalangan pesakit sakit tulang belakang. Sebab- sebab slipped disc di tulang belakang mungkin berpunca dari proses penuaan pada disk tulang belakang yang mengalami factor mekanikal, trauma, nutrient, and genetik.

Selasin itu, penyakit slip disc merupakan penyakit yang sangat berbahaya jika berada di tahap yang serius. Perkembangan penyakit harus diawasi dan pesakit haruslah berjaga-jaga dengan punca yang mencetuskan kesakitan atau kebas. Terdapat beberapa penyebab masalah ini. Antaranya ialah :

  1. Hal ini kerana penyakit slip disc selalunya berlaku kepada golongan usia lanjut kerana bahagian luaran yang melindung disc akan semakin haus dan mengakibatkan disc lebih mudah bergerak daripada tempat asalnya.
  2. Melakukan pergerakan dengan tiba-tiba. Hal ini kerana sesetengah pergerakan dan posisi badan yang dilakukan secara tiba-tiba atau dengan cara yang salah terutamanya pada usia yang tua akan membawa kepada masalah slip disc ini.
  3. Mengangkat objek yang berat.Hal ini juga turut boleh menyumbang kepada berlakunya penyakit slip disc ini. Dengan mengangkat objek berat ianya menyebabkan tekanan yang tinggi kepada tulang belakang kita. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan disc bergerak keluar dari tempat asalnya sehingga mendatangkan sakit.
  4. Berat badan yang melampau.Apabila seseorang itu mempunyai berat badan yang melampau atau obesiti tulang belakang mereka tidak dapat menampung berat badan mereka yang melampau sekali gus menyebabkan golongan ini terdedah kepada kelemahan slip disc.
  5. Otot yang lemah.Individu yang tidak mengamalkan gaya hidup aktif atau senaman untuk menguatkan otot mereka berisiko tinggi untuk slip disc. Hal ini demikian kerana otot yang lemah tidak dapat membantu menyokong tulang belakang mereka dengan kukuh.
  6. Kehidupan yang tidak aktif. Keadaan ini selalunya merujuk kepada golongan yang berkerja di pejabat kerana hanya duduk berpanjangan tanpa sebarang pergerakan. Tabiat duduk sahaja tanpa melakukan sebarang aktiviti regangan badan memberikan tekanan yang tinggi kepada tulang belakang bahagian bawah.

Antara rawatan bagi penyakit slip disc ini termasuk kaedah konservatif ke kaedah surgikal. Kaedah konservatif melibatkan pengambilan ubat untuk mengurangkan gejala yang dialami. Antara ubat yang diberikan ialah:

  • Ubat tahan sakit. Ini boleh membantu pesakit untuk meredakan kesakitan yang mereka alami.
  • ‘Muscle relaxants’.Ini akan dapat membantu melegakan kekejangan otot yang berlaku.
  • Ubat saraf.Ini untuk melegakan sakit saraf yang terlampau teruk.

Selain itu, terdapat juga pilihan surgikal/pembedahan yang akan dilakukan apabila kaedah ubat-ubatan tidak dapat membantu. Antara pembedahan yang dilakukan ialah:

  • ‘Mikrodiscetomy’. Ini merupakan kaedah dimana doktor hanya akan membedah keluar bahagian disc yang terkeluar dari tempat asalnya dan bukan keseluruhan disc tersebut.
  • ‘Disc replacement’. Ini merupakan kaedah di mana keseluruhan disc tersebut akan dikeluarkan dan disc tiruan.

Penyakit slip disc boleh membahayakan nyawa jika tidak dirawat dengan segera. Rawatan slip disc memerlukan jangka waktu panjang. Sekiranya penyakit anda semakin teruk, segera dapatkan rawatan daripada doktor pakar.

Jika anda ingin mengurangkan sakit slipp disc, sila tekan link disini.

 

Kredit:

Myhealth

Doctor on call

6 Cara Duduk dengan Betul Untuk Mengekalkan Postur Badan yang Sihat

Postur badan yang sihat amat penting bagi mengelakkan risiko untuk mengalami sakit otot dan sakit belakang. Ini termasuklah postur ketika kita sedang berdiri dan juga duduk. Penjagaan postur badan yang betul ini sama pentingnya dengan diet yang sihat dan juga senaman. Tetapi, apakah maksud sebenar postur badan? Postur badan bermaksud posisi badan ketika berdiri, duduk ataupun berbaring.

Oleh itu, kita perlulah melatih  diri untuk berdiri, duduk atau berbaring dengan cara yang betul supaya otot atau ligamen badan tidak terbeban demi mendapatkan poster badan yang sihat. disebabkan teknologi yang semakin berkembang, kita kini menghabiskan terlalu banyak masa dalam keadaan duduk. Lebih-lebih lagi ramai yang bekerja sepenuh masa di hadapan skrin komputer. Ini mengakibatkan sakit-sakit badan merupakan sesuatu yang biasa dan kerap dialami dalam kalangan pekerja-pekerja di pejabat.

Walaupun nampak remeh, ada satu perkara yang anda boleh lakukan untuk kesihatan yang lebih baik pada masa yang akan datang iaitu duduk dengan betul. Untuk mengelakkan kesan buruk akibat duduk dengan postur badan yang salah, anda perlulah ketahui cara duduk yang terbaik supaya anda tidak perlu membazirkan wang untuk rawatan pada masa hadapan.

Mengapa kita perlu duduk dengan cara yang betul?

Dengan mempraktikkan cara duduk yang betul, postur badan kita akan terjaga sekaligus tekanan ke atas kawasan otot dan juga ligamen dapat dibahagikan secara sama rata. Selain itu, ia juga dapat membantu mengekalkan bahagian badan di tempat yang betul dengan tekanan yang paling rendah. Postur badan yang baik membolehkan kita bekerja dalam masa yang lebih lama tanpa rasa sakit atau lenguh. Dengan ini, otot kita akan digunakan dengan lebih efisien. Sendi tulang belakang juga akan berada di tempat yang betul serta dapat mengelakkan sakit  belakang dan sakit otot. Seterusnya,  permukaan sendi seperti di kawasan lutut tidak menjadi haus untuk mengelakkan penyakit seperti arthritis.

6 Cara Duduk yang Betul

1. Pastikan belakang badan mempunyai sokongan

Sekiranya anda mempunyai wang lebih, tiada salahnya jika anda ingin berbelanja untuk tempat duduk ergonomik. Tempat duduk ini direka untuk menyokong badan dan mengurangkan tekanan pada tulang dan otot ketika anda sedang duduk. Namun, sekiranya anda tidak mempunyai tempat duduk ergonomik, tidak mengapa. Apa yang anda perlu lakukan adalah letakkan bantal kecil di belakang badan anda. Bantal ini dapat membantu anda mengekalkan postur duduk yang baik ketika bekerja. Walau bagaimanapun, jika ia terlalu besar, bantal ini mungkin akan menyebabkan sakit belakang yang lebih serius.

2. Betulkan kerusi supaya boleh duduk dengan betul

Betulkan ketinggian kerusi supaya kaki dan tangan anda boleh berada dalam keadaan yang lurus dan selesa jika kerusi anda boleh diselaraskan. Pastikan kaki anda menjejak lantai. Jika tidak, gunakan bangku atau bantal kecil untuk memastikan kaki anda terletak dengan baik. Selain itu, pastikan tangan anda berada dalam bentuk L. Elakkan bekerja dengan keadaan tangan yang terlalu jauh daripada badan untuk mengelakkan tekanan yang berlebihan pada otot di bahagian bahu.

3. Letakkan kaki di atas lantai

Tapak kaki anda sepatutnya terletak rata pada lantai. Tanggalkan kasut tumit tinggi anda jika anda perlu bekerja untuk tempoh masa yang lama. Selain itu, pastikan lutut anda boleh membengkok dalam keadaan 90 darjah. Jika tidak, anda perlu selaraskan kerusi ataupun cari kerusi lain yang lebih sesuai dengan ketinggian anda.

4. Pastikan skrin komputer sama paras dengan mata

Selaraskan pula skrin komputer anda dan pastikan ia berada sama paras dengan mata. Jika anda menggunakan komputer riba, tidak salah jika anda menghabiskan sedikit wang untuk membeli adjustable stand. Skrin komputer yang terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh menyebabkan leher anda sakit.

5. Pastikan tetikus dekat dengan badan

Gunakan tetikus atau mouse sedekat mungkin dengan badan untuk mengelakkan pergelangan tangan anda sakit. Selain itu, jika anda tidak menggunakan papan kekunci, ketepikannya buat seketika dan bawa tetikus dekat dengan badan anda.

6. Jangan lupa rehat secukupnya

Jika anda bekerja di hadapan komputer untuk jangka masa yang lama,  tukar postur badan anda sekerap mungkin.
Belakang badan dan otot anda perlu direhatkan dan pastikan anda tidak ‘overwork’. Duduk terlalu lama juga kurang baik untuk kesihatan anda. Sebaiknya, cuba berdiri dan lakukan regangan untuk elakkan diri anda daripada duduk terlalu lama.

Jika anda kerap rasa sakit badan, jangan sesekali lambat-lambatkan janji temu bersama doktor. Kadangkala, sakit belakang yang kronik boleh berlaku disebabkan penyakit yang dikenali dengan nama slipped disc. Oleh itu, sayangilah diri anda. Mulai hari ini, marilah kita cuba untuk duduk dengan betul dan mengamalkan postur badan yang sihat ketika bekerja.

Ingin mencuba produk Fresh ‘N’ Cool daripada Asmak bagi mengelakkan lenguh-lenguh badan? Klik sini. 

Kredit:
1. Hello Doktor

 

 

Ini 5 Punca Anak Sering Berjaga Malam & Susah Tidur

Masa anak tidur adalah masa yang bebas bagi ibu dan bapa untuk melakukan hal lain seperti mengemas rumah, basuh baju, sidai kain, masak dan pelbagai kerja rumah yang lain. Jadi jika anak susah tidur sering berjaga memang amat merungsingkan keadaan. Hal ini kerana, kerja rumah akan banyak tertangguh dan rumah sentiasa bersepah kerana kekangan masa yang dialami. Jadi, ketahui penyebab bayi kurang tidur dan cara mengatasinya dalam artikel ini. Ini antara punca anak sering berjaga malam & susah tidur.

Ramai ibu bapa yang risau bila bayi kurang tidur dan sering terjaga tengah malam dan susah untuk tidur semula. Tapi jangan risau ibu, masalah ini boleh ditangani dengan beberapa cara. Jom kita ketahui apa penyebab bayi kurang tidur dan tip untuk anak tidur nyenyak sepanjang malam.

 

Penyebab bayi kurang tidur dan sering terjaga malam
1. Tidur lambat:

Anda mungkin pernah cuba untuk biarkan anak bermain hingga lewat malam supaya mereka bangun pada waktu yang anda harapkan. Ini adalah cara yang salah. Jika anda buat anak tidur lambat, badan mereka akan penat dan mereka sukar untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan sering terjaga. Kesihatan si kecil anda juga boleh terganggu!

Satu kajian mengatakan, anak yang selalu tidur lambat akan memberi kesan kepada perkembangan motor, bahasa dan sosial mereka. Jadi, anda perlu tetapkan masa tidur untuk anak dan cuba untuk ikut masa ini setiap hari supaya mereka terbiasa dan tahu bila masa untuk tidur.

 

2. Tak tidur waktu siang:

Seperti tidur lambat, anda mungkin fikir jika anda biarkan anak berjaga pada waktu siang, ia akan buat mereka tidur dengan lama. Tapi, jika anda langkau masa tidur siang anak, mereka akan ada masalah untuk tidur nyeyak dan akan bangun terlalu awal. Jadi, anda perlu perhatikan tanda anak mengantuk seperti: menguap, tarik telinga, menangis atau kurang tumpukan perhatian. Jika anda lihat tanda ini, tidurkan anak anda secepat mungkin!

 

3. Berjaga terlalu lama selepas nap time:

Jika anak berjaga terlalu lama antara tidur tengahari dan tidur malam, ia boleh buat bayi susah tidur. Kebanyakan bayi hanya mampu berjaga selama empat jam sebelum tidur tengahari dan tidur malam. Jika mereka berjaga terlalu lama, mereka akan menjadi terlalu penat dan tak boleh tidur nyenyak.

 

4. Tidur kerana terlalu mengantuk:

Tidur sendiri merupakan kemahiran yang perlu diajar. Jika anak anda tak boleh tidur sendiri ketika masa tidur, susah untuk dia tidur semula bila terjaga pukul 5 pagi. Pastikan anda konsisten dengan rutin tidur mereka. Letakkan anak anda pada tempat tidur mereka ketika dia tahu yang dia perlu tidur.

 

5. Keadaan kesihatan:

Tak mustahil untuk anak ada masalah kesihatan yang membuatkan tidurnya terganggu seperti asma atau alahan yang boleh mengganggu pernafasan mereka semasa tidur. Jika anda berdengkur, bernafas menggunakan mulut atau berpeluh semasa tidur, bawa mereka berjumpa doktor untuk diperiksa.

 

Cara menidurkan bayi yang susah tidur

Gunakan lampu malap ketika waktu tidur supaya mereka tahu yang maksud lampu malap adalah masa untuk tidur dan cahaya terang adalah masa untuk bangun. Pastikan suasana bilik tidur selesa dan nyaman serta sunyi. Jauhkan TV atau gajet dari anak yang sedang dan mahu tidur.

Pastikan anak tak tidur semasa terlalu kenyang atau semasa perut kosong kerana ini akan membuatkan mereka sukar untuk tidur dengan nyenyak. Berikan anak minuman hangat sebelum tidur.

Susu cokelat panas dipercayai boleh memberikan keselesaan pada anak anda. Sesuai untuk diminum sebelum tidur.
Tetapkan masa tidur anak dengan konsisten.

 

Durasi tidur untuk setiap anak adalah berbeza bergantung pada usia. Menurut National Sleep Foundation, ini adalah durasi tidur untuk bayi hingga remaja:

Bayi baru lahir usia 0-3 bulan: 14-17 jam
Bayi usia 4-11 bulan: 12-15 jam
Anak usia 1-2 tahun: 11-14 jam
Anak usia 3-5 tahun: 10-13 jam
Anak usia 6-13 tahun: 9-11 jam
Remaja usia 14-17 tahun: 8-10 jam

Semasa anda menyuruh anak untuk tidur, lakukan dengan tenang dan penuh kasih sayang dan jangan memaksa atau memarahi mereka. Jika anda paksa, mereka akan menjadi cemas dan menjadi semakin susah untuk tidur. Sekiranya anda rasa bayi masih susah tidur, anda boleh cuba doa untuk bayi susah tidur ataupun pasang sahaja mesin white noise.

 

Anak anda sering mengalami masalah kembung perut, batuk berkahak, selesema, susah tidur malam? Jom klik sini.

 

Sumber:
TheAsianParent

Shopping cart close