Ketahui 5 Bahan Rawatan Semulajadi Bantu Atasi Ekzema

Kerap kali kita mendengar masalah ekzema berlaku dalam kalangan kanak-kanak dengan kulit menjadi ruam merah, bengkak dan gatal berpanjangan sehingga menimbulkan rasa tidak selesa. Bagaimanapun, jangan fikir masalah ini hanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak saja, sebaliknya orang dewasa juga boleh mengalaminya. Jom kenali 5 bahan rawatan semulajadi bantu atasi ekzema. Ekzema merangkumi kumpulan penyakit kulit yang boleh menyebabkan kegatalan dan kemerahan pada kulit. Ia bukanlah penyakit yang berjangkit kepada orang lain dan tiada ubat penyembuh, tetapi ia boleh dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan dan rawatan khusus jika bertambah teruk.

Ada beberapa jenis ekzema seperti atopic eczema, seborrheic eczema, statis eczema, dyshidrotic eczema, allergic contact dermatitis dan juvenile plantar dermatosis. Setiap jenisnya mempunyai ciri-ciri tersendiri. Dianggarkan 1:20 orang dewasa menghidap atopic eczema.

Kulit kering menyebabkan rasa kegatalan dan kemerahan pada bahagian yang tertentu. Kulit menjadi luka dan berair apabila digaru. Kadang-kadang menimbulkan gelembung kecil berisi cecair di bawah permukaan kulit. Kulit menjadi tebal (lichenified), bersisik dan warnanya menjadi lebih gelap apabila kerap digaru.

Ianya kerap berlaku dalam kalangan ahli keluarga penghidap ekzema, asma dan allergic rhinitis (resdung). Ini menunjukkan pengaruh faktor genetik sebagai penyebab ekzema.

Punca sebenarnya masih belum dikenal pasti tetapi dipercayai membabitkan reaksi sistem imun yang overactive terhadap sesuatu penyebab iritasi kulit di persekitaran.

Ada juga sesetengah individu mendapat ekzema apabila terdedah kepada elemen persekitaran tertentu seperti bahan pencuci, bahan kimia, tumbuhan, binatang dan sebagainya. Malah, ia boleh menjadi teruk apabila sesetengah individu mengalami stres fizikal atau psikologi yang keterlaluan.

Berikut adalah beberapa bahan yang boleh digunakan:

  1. Gel lidah buaya

Terdapat pelbagai kegunaan gel yang berasal dari tumbuhan lidah buaya ini. Salah satu fungsi umumnya adalah untuk melegakan ekzema. Gel ini mempunyai ciri-ciri antibakteria, antimikrobial, meningkatkan sistem imun dan penyembuhan luka. Anda boleh membeli gel lidah buaya ini dari farmasi tetapi anda perlu berhati-hati dengan kandungan lain yang terdapat di dalamnya seperti pewarna, pewangi, alkohol atau bahan pengawet.

  1. Minyak kelapa

Minyak kelapa mengandungi asid lemak yang sihat yang boleh menambah kelembapan pada kulit, sekaligus baik untuk individu dengan masalah kulit kering dan ekzema. Anda boleh menyapu minyak kelapa, selepas mandi atau beberapa kali dalam sehari untuk melembapkan kulit. Pastikan anda turut menyapunya sebelum tidur untuk memastikan kelembapan kulit sepanjang malam.

Pastikan anda menggunakan minyak kelapa ‘dara’ atau ‘cold pressed’ – kaedah pengekstrakan minyak yang tidak menggunakan bahan kimia yang boleh menjejaskan kulit. Individu yang mempunyai alahan kepada kelapa, tidak patut menggunakan minyak kelapa.

  1. Cuka epal

Cuka epal dipercayai dapat memberikan keseimbangan kepada tahap keasidan kulit dan melawan bakteria. Perkara paling penting dalam penggunaan cuka adalah untuk mencairkan (dilute) cuka terlebih dahulu dengan cara mencampurkan sesudu cuka bersama segelas air, jika tidak, cuka boleh menyebabkan luka terbakar atau kecederaan lain. Anda boleh memilih sama ada untuk menggunakannya dengan cara balutan basah iaitu dengan meletakkan campuran cuka yang telah dicairkan ke atas kapas.

Selain itu anda boleh menggunakan kain kasa dan letakkan ia pada bahagian kulit yang bermasalah dan lindunginya atau tutupnya dengan kain yang bersih. Anda juga boleh memilih cara mandian dengan mencampurkan dua cawan cuka ke dalam tab mandian panas dan rendam selama 15-20 minit. Selepas itu bilas badan dengan air yang bersih. Sapu pelembap pada badan beberapa minit selepas mandi.

  1. Minyak matahari

Berfungsi untuk meningkatkan ciri pelindung kulit dan membantu mengekalkan kelembapan serta mempunyai fungsi antikeradangan. Anda boleh menyapu minyak ini kepada kulit individu dewasa sebanyak dua kali sehari, dengan salah satu sapuan dilakukan selepas mandi dalam keadaan kulit masih basah. Tetapi jika anda mengetahui bahawa anda alah kepada biji bunga matahari, elakkan penggunaan minyak ini.

  1. Madu

Merupakan agen antibakteria dan antikeradangan semula jadi kerana dapat membantu menyembuhkan luka dan meningkatkan fungsi imun yang bermakna dapat membantu melawan jangkitan. Madu dapat membantu mencegah jangkitan semasa melembapkan kulit dan mempercepatkan penyembuhan bagi individu yang mengalami ekzema serta mengurangkan gejala keradangan kulit. Anda boleh mencuba kaedah ini dengan menyapu sebatian madu ke bahagian yang bermasalah.

 

Amalan pantang makanan tertentu sering dipraktikkan tetapi ia tiada faedahnya sekiranya ekzema bukan berpunca daripada alahan kepada makanan. Bukan semua penghidap ekzema mempunyai alahan kepada makanan. Setiap individu adalah berbeza dan bukan semua pesakit ekzema perlu berpantang.

Untuk mencegah ekzema pada bayi, penyusuan ibu amat digalakkan secara eksklusif sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan pertama dalam kalangan bayi dalam keluarga yang cenderung mendapat asma, ekzema dan alergi kerana ia didapati boleh menurunkan kadar ekzema.

 

Bedak Asmak juga mampu membantu melegakan masalah seperti Ekzema. Jom dapatkan sekarang! Klik disini.

 

Sumber : BeritaHarian , HelloDoktor

Kulit Bayi Baru Lahir Sangat Sensitif Elakkan Kerap Guna Sabun

Untuk pengetahuan ibu bapa baharu, kulit bayi baru lahir yang sebelum ini terbiasa dengan persekitaran seperti air ketika di dalam kandungan mesti menyesuaikan diri dengan persekitaran yang lebih kering setelah dilahirkan. Mungkin, peralihan ini akan mengambil masa yang agak lama. Kulit bayi baru lahir sangat sensitif elakkan kerap guna sabun.

Namun, jangan terlalu bimbang kerana kulit bayi baru lahir akan terus berkembang beberapa lama setelah dilahirkan. Walaupun kulit bayi baru lahir boleh menyerap kelembapan pada kadar yang lebih cepat berbanding kulit orang dewasa, perlu diingatkan juga bahawa kulit bayi baru lahir juga akan mudah menjadi kering.

 

Antara jenis-jenis masalah kulit bayi baru lahir yang sering berlaku:

#1 Kulit Kering/Menggelupas

Kulit bayi baru lahir akan kelihatan kering dan mengelupas pada beberapa hari yang pertama. Terutamanya di bahagian tapak kaki dan pergelangan kaki. Walau bagaimanapun, jangan terlalu bimbang kerana selepas beberapa hari, pengelupasan serta masalah kulit kering kulit bayi baru lahir ini akan hilang.

Cara rawatan: Jangan mandikan bayi terlalu lama kerana air hanya akan menanggalkan minyak semula jadi yang ada pada kulit bayi baru lahir. Menggunakan air suam dan sabun mandi bebas wangian (fragrance-free) adalah lebih baik. Seterusnya, sapukan losyen atau krim dengan kadar segera selepas selesai memandikan bayi.

#2 Ruam Lampin

Ruam lampin adalah keadaan di mana ruam kelihatan kemerah-merahan di sekitar kawasan lampin, alat kelamin, dan punggung bayi1. Ruam lampin pada kulit bayi baru lahir selalunya berlaku disebabkan oleh:

– Pemakaian lampin kotor terlalu lama.
– Geseran dari lampin yang dipakai.
– Jangkitan yis.
– Jangkitan bakteria.
– Reaksi alergi terhadap lampin yang dipakai.
– Cirit-birit.
– Antibiotik dari susu ibu.

Cara rawatan: Ibu bapa perlu menukar lampin bayi dengan kerap dan pastikan kawasan ruam sentiasa berada dalam keadaan kering. Perlu diingatkan juga untuk menggunakan krim ruam yang baik dan kalau boleh, sila elakkan daripada menggunakan lampin yang murah.

#3 Ekzema

Ekzema biasanya terjadi pada kulit bayi baru lahir atau kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah kadang kala kelihatan seperti kulit bayi baru lahir dilihat seakan melecur yang berair2. Jika ekzema dibiarkan berpanjangan, ia akan menyebabkan kegatalan.

Cara rawatan: Ibu bapa disarankan untuk meminta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor mungkin akan memberikan rawatan seperti memberikan ubat pencegah gatal (antihistamin), losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan, zrim steroid (untuk kes-kes yang teruk), dan juga akan memberikan antibiotik jika terdapat jangkitan kuman. Walau bagaimanapun, rawatan yang disediakan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.

#4 Heat Rash/Ruam Panas

Kenali heat rash atau ruam panas, gatal atau lepuh kecil iaitu keadaan kemerah-merahan pada kulit atau bahagian badan kulit bayi baru lahir yang bersentuhan dengan pakaian. Apabila cuaca terlalu panas, bayi akan berpeluh dengan banyak dan akan menyebabkan liangnya tersumbat. Ruam panas akan berlaku apabila peluh tidak dapat keluar. Bayi juga akan lebih senang menerima ruam panas daripada orang dewasa kerana liang mereka adalah lebih kecil.

Cara rawatan: Pastikan pakaian bayi anda longgar dan mempunyai pengedaran udara yang baik. Pastikan ibu bapa elak dari menggunakan krim atau losyen ke kawasan yang terjejas.

#5 Keruping Buaian/Cradle Cap

Keruping buaian atau cradle cap adalah keadaan di mana tompok-tompok atau kerak berminyak akan kelihatan pada kulit kepala bayi yang akan nampak seperti kelemumur. Keadaan kulit bayi baru lahir ini tidak menyakitkan atau gatal. Ia hanya menyebabkan kulit seperti sisik putih atau kuning yang sukar untuk dibuang.

Cara rawatan: Ibu bapa perlu mencuci bahagian yang terjejas setiap hari dengan menggunakan syampu atau minyak mineral yang berubat. Selain itu, gunakan juga losyen khas untuk keruping buaian, kemudian sikat rambut bayi anda dengan menggunakan sikat yang lembut untuk menanggalkannya.

#6 Milia

Ini adalah keadaan yang sering dilihat pada kulit bayi baru lahir iaitu Milia. Milia merupakan biji-biji putih kecil yang berada di sekitar hidung, dagu, atau pipi, mahupun pada bahagian atas badan dan lengan bayi. Keadaan kulit bayi baru lahir ini disebabkan oleh serpihan kulit kecil yang terperangkap di bawah permukaan kulit mereka. Oleh itu, jangan sesekali memicit atau mengorek biji-biji putih tersebut kerana ia akan hilang dengan sendiri dalam masa beberapa minggu ataupun bulan. Tunggu sahaja, okay?

Cara rawatan: Anda perlu kerap membasuh muka bayi anda setiap hari dengan air suam dan sabun bayi yang lembut kemudian lap kering secara perlahan-lahan. Jika boleh, sila elakkan daripada menggunakan losyen atau minyak pada kawasan yang terjejas.

 

Jika anak menunjukkan mana-mana simptom berikut, ibu ayah perlu membawa mereka berjumpa doktor pakar kulit:

Kulit kering tidak boleh dirawat atau dikurangkan dengan ubat tanpa pemeriksaan doktor.
Tompokan kulit kering kelihatan merah dan gatal.
Tompokan kulit kering yang menyakitkan dan merengsa.
Waspada dengan semua ini kerana ia mungkin disebabkan oleh jangkitan.

Semoga bermanfaat.

 

Ingin dapatkan produk yang mampu merawat masalah kulit bayi anda? Klik sini.

 

Sumber:
HelloDoktor

8 Tips Jika Anak Terkena Ekzema Yang Ibu Bapa Boleh Amalkan Di Rumah

Ekzema (eczema) adalah istilah untuk sekumpulan keadaan perubatan yang melibatkan keradangan dan kegatalan kulit. Ekzema yang paling biasa dihidapi orang ramai adalah dermatitis atopik (atopic dermatitis), atau ekzema atopik (atopic eczema). Atopik merujuk kepada sekumpulan penyakit yang mempunyai kecenderungan untuk diwarisi sehingga menyebabkan perkembangan keadaan alahan lain misalnya asma dan demam Hay.

Ekzema bermula dengan lepuh kecil yang mengandungi cecair yang jelas di atas plak berwarna merah dan kulit yang tebal. Apabila lepuh pecah, cecair tersebut akan mengalir keluar. Bagi ekzema jenis kronik, lepuh kurang menonjol tetapi kulit menjadi tebal dan kelihatan pucat. Ekzema sering menyebabkan simptom gatal.

Terdapat 8 tips anak terkena ekzema yang boleh ibu bapa amalkan di rumah. Antaranya ialah:

  1. Mandi jangan lebih dari sekali dan tak lebih 10 minit.

Bila anak dah terkena eczema,terdedah kepada air terlalu lama mampu membahayakan kulit mereka.Lebih-lebih lagi apabila terdedah kepada air suam,ia akan mengeringkan kulit kanak-kanak.Seterusnya kulit akan gatal,pedih,kering lalu menggelupas.Sebaiknya sapu losyen,krim atau gel serta merta supaya dapat menghasilkan lapisan bagi melindungi kulit,melembap dan melegakan kegatalan.

  1. Jaga pemakanan mereka.

tips anak terkena ekzema

Kredit:parenting

Jika terpaksa hantar ke pusat jagaan sekalipun kerana ada hal yang tak dapat dielakkan,pastikan ibu bapa bekalkan mereka snek dan makanan sendiri. Bukan apa,sesetengah ibu bapa kurang yakin dengan tahap kebersihan makanan di pusat jagaan. Ada baiknya bekalkan mereka hidangan yang disediakan sendiri di rumah. Lebih terjamin kebersihannya selain kandunganya dipastikan memang benda yang anak anda boleh dimakan,

  1. Sentiasa bawa pelembap tangan

Jika menghantar anak yang terkena eczema ke pusat jagaan harian penting untuk membekalkan mereka pembersih dan pelembap tangan sendiri. Bukan apa,pembersih dan pelembap tangan yang dibekalkan di pusta jagaan harian tak semuanya dikhususkan untuk kanak-kanak yang terkena eczema. Dikhuatiri nanti lagi mengeringkan kulit kanak-kanak dan seterusnya menjadikan ekzema terus merebak.

  1. Sapu losyen pelembap selalu 4 hingga 5 kali sehari

Kanak-kanak yang terkena ekzema ni kulitnya sangat sensitive. Justeru,kita perlu sentiasa sapu losyen pelembap secara kerap antara 2 hingga 3 kali sehari bagi mengelakkan kulit mereka terus kering. Lebih tebal losyen dan krim pelembap,lebih baik bagi memperbaiki kesan gatal dan mengekalkan kelembapan dalam kulit.

  1. Kita mahu anak wangi,tapi cuba elakkan guna sabun

Bila anak dah terkena ekzema ni,pilihan sabun yang sesuai penting bagi mengekalkan kelembapan dalam kulit. Pilih sabun dengan pH seimbang dan mengandungi bahan yang mampu menyingkirkan minyak semulajadi dari kulit serta dehidrasi untuk kulit yang sihat.

  1. Pastikan kuku si kecil sentiasa pendek

Untuk bayi,pakaikan mereka sarung tangan kapas di waktu malam bagi mengelakkan mereka menggaru Kawasan yang terkena ekzema.

  1. Jauhkan haiwan peliharaan dari anak buat sementara.

tips anak terkena ekzema

Kredit:wired

Seperti mana semua orang tahu, haiwan peliharaan ni walau dijaga secara rapi sekalipun mereka tetap akan menghasilkan kuman dan bakteria akibat pergerakan mereka ke merata tempat. Sebaiknya, jauhkan haiwan peliharaan dari anak anda yang terkena ekzema buat sementara waktu bagi mengelakkan kuman dan bakteria dari haiwan terus merebak.

  1. Sedut dan sapu sampah secara kerap

kanak-kanak yang terkena ekzema ni sangat sensitif terhadap habuk. Justeru, pastikan anda lap habuk, sedut dan sapu sampah secara kerap. Gunakan juga cecair yang mampu membunuh 99.9% kuman di seluruh kawasan rumah.

Jika anda atau keluarga anda mengalami masalah ni,anda boleh cuba Bedak Asmak,boleh klik link di sini.

Kredit

  1. doctoroncall
  2. theasianparents
  3. siraplimau

5 Kebaikan Tanah Liat Putih untuk Kesihatan Tubuh Badan

Tanah liat putih atau juga dipanggil tanah liat Kaolin mempunyai sifat kimia dan fizikal yang unik yang menyumbang kepada banyak kebaikan untuk kesihatan tubuh badan. Zat daripada tanah liat putih ini diperoleh daripada sumber semulajadi yang kebanyakannya terdapat di tanah yang berkembang dari cuaca kimia batu di iklim panas dan lembap.  Contoh iklim yang baik adalah hutan hujan tropika. Ia juga dipanggil tanah liat China, tanah liat putih, tanah liat kosmetik putih, silikat aluminium terhidrat, tanah liat Kaolinit antara lain.

Antara kebaikan tanah liat putih ialah:

1. Digunakan Sebagai Lulur

Tanah liat putih mengandungi zat yang dapat menganjalkan kulit, menghilangkan kotoran dan mengecilkan pori-pori, membantu dalam pengelupasan sel-sel kulit mati dan mengurangi peradangan pada jerawat. Selain itu, ianya juga membantu mengeluarkan racun dan logam berbahaya dari dalam tubuh dengan cara berendam dengan air yang telah bercampur tanah liat selama 30 minit. Oleh itu, tanah liat putih mempunyai banyak kebaikannya sekiranya kita menggunakannya sebagai lulur. 

2. Menjaga Kesihatan Pencernaan

Sifat tanah liat putih yang berbentuk seperti sponge mampu menyerap racun dalam tubuh. Racun seperti aflatoxin yang dapat mengganggu sistem kekebalan tubuh, mampu diserap oleh tanah liat putih. Bukan itu sahaja, tanah liat putih juga berfungsi untuk mencegah radang perut dan sembelit.

Mineral kaolin yang berwarna keputih-putihan yang terkandung di dalam tanah liat putih  digunakan untuk pengubatan diarrhea. Selain itu juga, tanah liat putih dapat menyerap racun bakteria seperti parasit, acidosis, ion hydrogen, dan hormon steroid berlebihan dalam kehamilan.


Kredit: Spine Universe


3. Mengubati Osteoporosis

Osteoporosis ialah penyakit tulang yang menyebabkan tulang menjadi rapuh. Kandungan kalsium yang tinggi di dalam tanah liat putih membantu menjaga kesihatan tulang lebih-lebih lagi jika anda dapat mengamalkan kalsium yang terdapat pada tanah liat putih ini pasa usia yang muda. Penyakit osteoporosis ini juga dapat dielakkan di kemudian hari.

4. Penyembuhan Luka

Tanah liat putih mengandungi elemen zink dan zat besi yang berfungsi meringankan rasa sakit pada luka dan membantu dalam menyembuhkan serta menghilangkan bekas luka. Penyakit alergi pada kulit seperti ekzema, ruam-ruam, gatal-gatal juga dapat diubati dengan melumurkan tanah liat putih pada permukaan kulit yang bermasalah.

5. Menghilangkan Rasa Pahit pada Sayur

Antara kelebihan lain tanah liat putih ialah sebagai penghilang rasa pahit pada sayur-sayuran atau ulam-ulaman seperti pucuk betik selain menggunakan air garam ataupun daun jambu biji untuk menghilangkannya. Pucuk betik jika dimakan begitu saja akan terasa sangat pahit kerana ianya mengandungi alkaloid yang berupa papain.

Tanah liat putih memang amat bagus digunakan untuk tubuh badan kita, lebih-lebih lagi sekiranya anda menghadapi penyakit kulit. Penyakit kulit memang tidak dapat dinafikan akan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Ingin mencuba bedak Asmak yang mempunyai kandungan tanah liat putih kaolin, klik disini. 

Kredit:
1. Azyma Care
2. Petua Penyakit Kulit

Shopping cart close