Susu yang diberi terus dari payudara ibu memang lebih baik. Walau bagaimanapun, ada di antara ibu-ibu yang terpaksa bekerja dan tidak mempunyai kelonggaran untuk menjadi suri rumah. Satu lagi contoh keadaan terdesak ialah apabila ibu terpaksa menjalani pembedahan. Ibu itu tidak akan dapat menyusu bayinya selama beberapa hari. Oleh itu ia adalah penting utuk ibu-ibu tahu cara menyimpan susu ibu. Jom ikut tips berguna yang kami sediakan untuk anda tentang cara penyimpanan susu ibu dengan betul agar kekal lama.
#1 Cari bekas yang sesuai
Bekas yang baik untuk menyimpan susu ibu adalah bekas yang diperbuat dari kaca atau plastik yang kedap udara seperti botol susu yang dapat ditutup dengan ketat, atau beg khas untuk susu ibu. Jangan guna beg plastik lain yang bukan khas untuk susu ibu kerana ia berisiko untuk pecah apabila dibekukan dalam peti sejuk.
#2 Guna bekas yang bersih
Bersihkan botol atau bekas susu dengan air dan sabun. Kemudian bilas dengan air mendidih atau sterilkan dalam mesin steriliser sebelum menyediakan susu seperti biasa. Jika botol itu tidak digunakan, biarkan ia kering secara semulajadi. Pastikan ibu bapa membeli botol bebas BPA kerana botol jenis ini selamat dan tahan suhu panas.
#3 Tips berguna penting
Susu yang telah dipam keluar mesti dimasukkan dalam peti sejuk. Ia hanya boleh ditinggalkan pada suhu bilik selama 4 jam, manakala di dalam cooler bag pula selama 7-8 jam (ikut berapa banyak ice pack di dalam). Labelkan tarikh dan masa supaya mudah diingat dan disusun. Cara penyimpanan susu ibu yang baik ialah dengan membahagikannya mengikut jumlah susu yang diambil oleh anak supaya tidak membazir susu yang tidak habiskan. Susu yang tidak habis perlu dibuang dan tidak boleh bila disimpan kembali. Jangan campur susu baru dengan baki susu ibu yang telah dipanaskan sebelum ini. Jangan isi susu sehingga terlalu penuh. Biarkan ruang kosong kira-kira 2.5 cm dari atas.
#4 Suhu dan tempoh menyimpan susu badan
Jika ibu mengamalkan cara menyimpan susu ibu yang tepat, ia boleh bertahan selama 6 – 8 jam pada suhu bilik kurang dari 25 ° C. Selepas itu, susu ibu perlu disimpan di dalam peti sejuk. Apabila disimpan dalam peti sejuk pada suhu 4 ° C, susu ibu boleh disimpan selama 5 hari. Susu ibu yang disejukkan dalam cooler dengan pek ais boleh bertahan selama 24 jam. Susu ibu yang telah dipam keluar juga boleh dibekukan terus jika peti sejuk di pejabat mempunyai peti ais. Apabila dibeku pada suhu -15 ° C, susu ibu boleh disimpan selama 3-4 bulan. Ibu-ibu yang berjaya untuk menghasilkan bekalan susu yang banyak bolehlah melabur sedikit wang untuk membeli peti penyejuk beku khas untuk susu ibu. Apabila dibekukan pada susu – 18 ° C, susu ibu boleh disimpan selama 6 bulan.
Risiko penyimpanan susu yang salah
Penyimpanan susu ibu yang salah akan menyebabkan kehilangan nutrien susu tersebut malah ia akan memberi kesan kepada bayi. Berikut merupakan cara simpanan susu yang memberi kemudaratan buat bayi perlu anda elak supaya susu ibu kekal segar:
1. Elakkan perubahan suhu yang mendadak
Selepas pam susu, biarkan terlebih dahulu susu pada suhu bilik. Kemudian sejukkan di peti ais bawah dan baru bekukan. Atau untuk panaskan susu, bawa turun dulu susu beku dan biarkan ia cair atau rendam dalam air paip pada suhu biasa. Pastikan susu betul-betul cair kemudian rendamkan dalam air suam. Jangan terlalu panas ya.
Nota: Susu akan hilang khasiatnya jika dipanaskan terus dalam air mendidih atau perubahan susu yang mendadak. Jadi ibu perlu elak daripada melakukan perkara ini.
2. Elakkan mengoncang susu ibu
Setelah panaskan susu, jangan goncangkan anda hanya perlu alirkan perlahan susu dan terbalikkan botol ke atas ke bawah sehingga sebati.
Nota: Susu ibu akan rosak jika digoncang, molekul protein dalam susu ibu akan hilang. Protein dalam susu ibu perlu dijaga untuk memelihara usus dan perut bayi.
3. Buang susu yang rosak
Jangan simpan baki susu yang tidak habis atau susu ibu yang lebih 1 jam dipanaskan atau dibiarkan lebih 4 jam dalam suhu bilik. Susu tersebut perlu dibuang ia boleh menyebabkan bayi kembung perut akibat minum susu yang telah rosak. Jika anda masih sayangkan susu tersebut jadikan sebagai mandian atau siram pada pokok.
4. Elak campur susu pada suhu berbeza
Susu yang dipam pada hari yang sama tetapi masa berbeza boleh dicampurkan. Syaratnya suhu perlu sama. Jika anda gunakan single pam, sejukkan dulu susu dalam botol pam sesi 1. Bila pam sesi kedua biasanya lepas 3 jam. Botol kedua sudah sejuk. Ketika itu suhu adalah sama jadi ia boleh dicampurkan. Atau Jika anda gunakan double pam, anda boleh campurkan susu dalam 1 botol yang sama dan boleh sejukkan dalam peti ais. Suhu sama ialah pada suhu bilik.
5. Elakkan dari campur susu ibu dengan benda lain
Sebolehnya khaskan 1 rak peti ais untuk letakkan susu ibu sahaja. Pastikan suhu peti ais stabil untuk susu tahan lebih lama. Jika bahan basah seperti ayam, ikan, udang di simpan di bahagian frozen pastikan anda simpan dalam bekas yang tertutup dan kedap bau supaya bau bahan mentah tidak meresap kedalam susu ibu. Ia boleh menyebabkan bayi tidak suka untuk minum susu yang ada bau lain atau rasa lain. Selepas dikeluarkan dari peti sejuk, cara terbaik untuk memanaskannya ialah dengan merendam botol atau beg susuke dalam mangkuk/cawan berisi air panas. Jika susu tidak habis diguna, jangan guna ia semula selepas tempoh 24 jam. Jangan panaskan susu ibu dengan microwave.
Cara menyediakan susu ibu yang beku
Nyahsejuk beku susu ibu di dalam peti sejuk selama 4 jam kemudian siram (masih dalam keadaan tertutup) dengan air sejuk yang mengalir. Cairkan susu ibu dengan air suam dari paip sehingga ia cair sepenuhnya. Jangan cairkan susu beku dengan meletakkannya pada suhu bilik. Selepas susu cair, rendamkan botol atau beg susu ke dalam mangkuk atau bekas yang mempunyai air panas. Ikutilah garis panduan ini untuk cara menyimpan susu ibu yang betul. Sentiasa memastikan kebersihan ketika menyimpan susu ibu, kerana susu yang rosak atau tercemar boleh membahayakan bayi anda.
Anda mempunyai masalah kurang susu badan? Jom klik sini untuk dapatkan milkbooster yang terbaik!
Sumber : TheAsianParent