6 Kesilapan Yang Selalu Dibuat Sehingga Hujung Rambut Bercabang.

Kesilapan hujung rambut bercabang atau dikenali sebagai trichoptilosis adalah keadaan dimana hujung rambut membelah berpunca daripada kimia pada batang rambut. Apabila diperhatikan dengan teliti, hujung rambut ini terasa kering, rapuh, sehingga nampak terurai menjadi dua bahagian.

 

Credit:  Maskulin.com 

Cara menghilangkan rambut bercabang

Satu-satunya cara menghilangkan rambut bercabang adalah memotong bahagian hujung rambut. Perlu diingatkan bahawa mencabut hujung rambut yang terurai menjadi dua akan membuatkan rambut menjadi lebih rosak. Oleh itu, cara terbaik mengatasi masalah ini adalah memotong bahagian hujung rambut sama ada di kedai atau secara sendiri.

Penggunaan gunting yang tajam juga merupakan salah satu cara untuk mengurangkan rambut bercabang.Jadi, anda perlulah menggunakan gunting yang tajam sekiranya ingin memotong rambut sendiri. Penggunaan gunting yang tumpul akan membuatkan rambut anda menjadi rosak dan tidak sekata.

Selain itu, anda juga boleh minta pendapat daripada pekerja di salon atau doktor pakar yang menguruskan bahagian rambut.

 

Cara merawat rambut agar tidak bercabang

1. Rutin memotong rambut

2. Berhati-hati ketika rambut dalam keadaan basah

3. Kerap memakai masker rambut

4. Pilih alat pengering rambut yang berkualiti

 

6 Kesilapan Yang Selalu Anda Buat Sehingga Hujung Rambut Bercabang

1. Tidak menggunakan perapi rambut

Perapi rambut adalah sangat penting untuk menutup rambut yang mungkin terbuka apabila mencuci rambut. Cuticles rambut yang terlindung akan kurang mengalami kerosakan akibat terdedah kepada air, mengurangkan kerapuhan rambut sekaligus membuatkan rambut anda tidak bercabang.

 

2. Tidak trimmed rambut secara berkala

Rutin menggunting hujung rambut secara berkala sebenarnya dapat mengurangkan risiko hujung rambut yang bercabang. Anda perlu trimmed rambut setiap 6 minggu untuk membuang hujung rambut yang rosak dan tidak bermaya.

 

3. Menggunakan alat pendandan rambut dengan kerap

Penggunaan hair dryer atau pengering rambut dengan kerap boleh menyebabkan rambut anda mudah rapuh dan bercabang akibat daripada haba panas daripada alatan tersebut. Cara yang terbaik adalah anda perlulah menggunakan pelindung rambut sama ada berbentuk spray atau cecair sebagai pelindung.

 

4. Menggunakan banyak bahan kimia pada rambut

Teknik meluruskan (rebonding), kerinting (perm), mewarnakan ataupun bleaching pada rambut akan menyebabkan rambut anda terdedah kepada bahan kimia. Penerimaan bahan kimia pada rambut merupakan punca utama rambut mudah bercabang ataupun rapuh. Sebaiknya, kekalkanlah original rambut anda dan lakukan rutin penjagaan rambut yang betul.

 

5. Rambut terdedah dengan cuaca panas

Rambut yang kerap terdedah dengan sinaran matahari lebih berisiko tinggi untuk rosak dan bercabang. Cahaya matahari yang panas akan menyebabkan kulit kepala dan rambut anda menjadi lebih kering. Jika anda ingin melakukan aktiviti di luar dan berisiko terdedah kepada matahari, keraplah memakai pelindung kepala seperti topi dll.

 

6. Kurang minum air putih

Akhir sekali, Sangat penting untuk anda minum lebih banyak air putih untuk kesihatan mahupun diet seimbang. Selain itu, badan anda akan memperolehi semua nutrien yang diperlukan untuk menghasilkan rambut yang kuat dan bersinar. Semoga bermanfaat!

 

Sekiranya anda mempunyai masalah yang sama seperti di atas boleh klik link ini.

Credit:

  1. https://hellosehat.com/penyakit-kulit/perawatan-rambut/rambut-bercabang/#gref
  2. https://www.xtra.com.my/oh-lawa/6-kesilapan-yang-selalu-anda-buat-sehingga-hujung-rambut-bercabang/

 

Ibu Bapa Perlu Tahu Cara Mandikan Si Manja Yang Baru Lahir.

Mandian bukan sahaja boleh merehatkan si manja, tetapi ia juga boleh memberi ibu bapa peluang untuk mengeratkan ikatan dan bermain selepas seharian sibuk melakukan pelbagai perkara. Sama seperti urutan bayi, mandian hangat juga boleh menjadi cara yang baik bagi membantu menyediakan si manja untuk tidur. Sebelum memandikan bayi, cara mandikan bayi baru lahir ialah isikan air suam dalam bekas mandian. Periksa suhu kehangatan air tersebut dengan menggunakan siku. Jangan sesekali menggunakan air sejuk kerana ia boleh menyebabkan suhu badan bayi menurun atau hipotermia.

Cara mandikan bayi baru lahir haruslah betul, Ini adalah kerana daya ketahanan bayi tidak kuat dan masih lemah. Jika dimandikan dengan air sejuk, ia akan membuatkan bayi terkejut, badannya menjadi biru dan juga berisiko mendapat penyakit sawan. Sinki dapur boleh menjadi tempat yang bagus untuk memandikan si manja (pastikan kepala paip dipusing ke arah lain dan tuala lembut atau alas busa diletakkan di dasar sinki) atau anda boleh menggunakan besen mandi plastik kecil yang diletakkan di dalam besen mandi besar supaya mudah untuk anda memegang si manja.

  1. Bermulalah dengan beberapa inci air suam sahaja. Air mandi si manja haruslah bersuhu antara 32 hingga 37 darjah Celcius. Selepas mengisi besen atau tab mandi, pastikan anda mengacau air dengan tangan supaya tidak ada kawasan yang panas.
  2. Sebelum memasukkan si manja ke dalam air mandi, periksa suhu air menggunakan bahagian dalam pergelangan tangan anda untuk memastikan ia tidak terlalu panas
  3. Gunakan satu lengan untuk menyokong belakang badan, kepala dan tengkuk si manja dan masukkan bayi anda ke dalam mandian dengan perlahan-lahan. Teruskan menyokong si manja menggunakan sebelah tangan dan mandikannya dengan tangan yang satu lagi.
  4. Bersihkan sekeliling mata si manja dengan bebola kapas yang dilembapkan dengan air yang bersih dan suam. Gunakan bebola kapas yang baharu untuk setiap mata dan sentiasa lap dari sudut bahagian dalam mata ke arah luar. Kemudian, dengan menggunakan kain pencuci yang lembut, lap sekeliling mulut, hidung dan seluruh muka si manja, dari bahagian tengah menghala ke arah luar. Lap celah-celah lipatan lehernya dan jangan lupa bahagian belakang telinganya!
  5. Bagi bayi yang lebih kecil, basahkan kain pencuci bayi dengan air suam dan gunakan pembersih lembut yang dirumus khas untuk bayi, seperti Set Asmak Baby Care. Jika si manja mempunyai rambut yang lebat, anda boleh mencuba syampu yang lembut, seperti ABC Baby Wash (Head to toe). Jangan takut untuk mencuci bahagian lembut (dipanggil ubun-ubun) di kepala si manja.
  6. Cuci kawasan lampin akhir sekali. Bagi bayi perempuan, bersihkan bahagian kemaluan dengan mencuci dari depan ke belakang. Untuk bayi lelaki, cuci zakar dan bahagian kemaluan, juga dari depan ke belakang dan keringkan dengan teliti. Untuk kanak-kanak lelaki yang tidak bersunat, jangan tarik kulupnya ke belakang.
  7. Biarkan si manja meluangkan sedikit masa di dalam bekas mandian untuk menikmati air yang suam itu. Siram badannya dengan air mandian yang suam itu untuk memastikan si manja tidak kesejukan. Berhati-hati dengan air yang mengalir terus dari paip kerana kadangkala suhu air boleh berubah secara tiba-tiba.
  8. Pegang si manja dengan meletakkan tangan anda di sekeliling dadanya di bawah lengannya, sandarkan kepalanya ke dada anda dan angkat si manja keluar dari bekas mandian dan balut badannya dengan tuala dengan segera.
  9. Keringkan si manja dengan rapi terutamanya di celah-celah lipatan kulitnya. Lembapan yang berlebihan boleh menyebabkan kerengsaan kulit. Lap kulitnya hingga kering untuk mengelakkan kerosakan kulit.
  10. Sebelum memakaikan pakaian, sapukan pelembap bayi yang lembut, seperti ABC Baby Lotion yang antioksidan dan menjadikan kulit lebih lembut.

Jika anda ingin mencuba Set Asmak Baby Care,boleh klik di sini.

Kredit:

1.Myhealth 

2. johnsonsbaby 

Info Yang Ibu Perlu Tahu Sebelum Menyediakan Makanan Pejal Pertama Pada Anak.

Apabila bayi sudah mencapai usia enam bulan, bermula fasa peralihan untuk si kecil menikmati makanan. Bagi yang baru kali pertama bergelar ibu sudah pasti tiada pengalaman menyediakan makanan pejal buat si comel. Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian agar makanan si kecil sihat dan berkhasiat.

Untuk makanan pertama bayi sebaik-baiknya dimasak sendiri menggunakan bahan segar menerusi cara pengolahan selamat. Sayur dan buah-buahan organik adalah pilihan terbaik kerana terhindar daripada risiko pencemaran.

Menurut Dr Pravin Vasanthan, bayi memerlukan makanan pejal kerana susu badan saja tidak cukup untuk membekalkan khasiat pada tubuh anak. Jika bayi tidak diberikan makanan pejal selepas 6 bulan,bayi akan mengalami kekurangan zat makanan seperti zat besi. Bahkan ia juga akan menjejaskan perkembangan bayi dari segi minda dan fizikalnya.

Ketika menyediakan makanan pejal bayi 6 bulan, lihat juga tanda-tanda ini. Ia membuktikan bayi sudah bersedia menerokam makanan pejal selain dari minum susu ibu.

  1. Menunjukkan minat Ketika anda ibu ayah makan
  2. Sering buat pergerakan lidah seperti sedang mengunyah.
  3. Masukkan jari ke dalam mulut sebagai tanda lapar
  4. Membuka mulut Ketika anda cuba menyuap sesuatu ke mulutnya

Nutrisi yang diperlukan bayi pada usia enam bulan

  1. Protein

Protein membantu dalam memelihara dan memperbaiki jaringan tubuh pada bayi sehingga mengawal fungsi tubuh oleh enzim. Protein diperoleh dari ikan laut seperti ikan salmon, ayam dan daging.

  1. Lemak

Lemak berfungsi sebagai sumber tenaga untuk bayi. Lemak yang diperoleh daripada ikan sangat baik untuk perkembangan bayi pada usia enam bulan.

  1. Karbohidrat

Karbohidrat adalah sumber tenaga pertama yang diperlukan bagi bayi yang diperoleh daripada susu ibu. Bagi bayi enam bulan, jumlah karbohidrat yang diperlukan adalah 68.8 gram sehingga 89.4 gram. Karbohidrat boleh didapati daripada beras putih atau merah.

  1. Vitamin dan mineral

Hampir semua vitamin diperlukan untuk tumbesaran bayi terutama pada usia enam bulan. Vitamin A, B, K, E, D dan vitamin C diperoleh daripada beberapa sayuran seperti bayam, labu, brokoli dan tomato. Sumber buah-buahan yang disarankan adalah mangga, pisang, oren, betik, avokado, pir dan epal.

Jika anak anda mengalami masalah perut kembung dan cara merawatnya,boleh baca artikel ini.

Kredit:

1.hmetro

2.theAsianparent

Ini Tutorial Bedung Bayi Yang Betul Khas Untuk Kaum Ibu

Bedung bayi atau membuat balutan kepada bayi  yang baru lahir boleh membantunya untuk tidur lena dan mengurangkan kebarangkalian si manja untuk terjaga.

Sejak zaman dahulu,amalan membedung bayi menggunakan sehelai kian dianggap penting bagi membolehkannya rasa selamat serta mengelakkan gangguan oleh refleks penyentakan badan.

Berbedung adalah untuk bayi yang sangat muda bermula seawal daripada kelahiran sehingga ketika mereka mula menunjukkan tanda-tanda yang mereka berkebolehan untuk meniarap atau berguling (biasanya 4 hingga 6 bulan tetapi kadang-kadang lebih muda daripada tempoh tersebut)

Bagaimanakah cara membedung bayi yang betul?

bedung bayi

  1. Bentangkan sehelai kain benang kapas yang lembut di atas satu permukaan rata dan lipatkan sudut kanannya kira-kira 15cm ke bawah.
  2. Baringkan bayi dengan meletakkan kepalanya di atas kain tersebut.
  3. Tarik sudut terdekat pada tangan kirinya sambil menutupi badannya. Kemudian, masukkan bahagian depan pada bawah lengan kanannya dan mengelilingi belakang bayi.
  4. Tarik sudut hujung bawah ke atas hingga mencecah bawah dagunya.
  5. Tarik sudut kanan ke atas dan masukkannya ke bawah belakangnya di sebelah kiri.

Ada juga sesetengah bayi yang suka tangan mereka bebas bergerak. Jika si kecil mula meronta dan kelihatan tidak selesa, cuba lepaskan tangan mereka dengan cara hanya membedung bayi pada bahagian bawah ketiaknya.

Perkara penting yang perlu dipertimbangkan Ketika bendung bayi.

1.Posisi tidur si manja

Bagi mengurangkan risiko kematian bayi (sindrom kematian bayi mendadak), ibu bapa perlu meletakkan si manja tidur di belakangnya setiap kali di tempat tidur

2.Memastikan ada sedikit ruang

Menurut pakar,apabila kaki dan pinggul bayi tidak dapat bergerak dengan bebas,ia berupaya meningkatkan risiko bayi terkena hip dysplasia.

3.Kemaskan bahagian atas bedung

Ibu perlu memastikan bahagian lengan si manja dibedung dengan kemas serta dililit rapi. Ini adalah sangat penting sekiranya kain bedung bahagian atas terbuka,tanpa disedari ia boleh menjadi factor bayi lemas atau risiko SIDS (sudden infant death syndrome)

4.Pilih jenis kain bedung yang selesa

Kesesuaian fabrik dengan suhu negara di Malaysia

5.Elakkan membedung bayi dalam tempoh terlalu lama

Justeru,amalan membendung bayi merupakan kaedah tradisional yang membungkus bayi dengan kemas supaya dirinya berasa lebih aman dan selamat.Dengan Teknik betul,si manja akan mendapat manfaatnya.Namun jika tersalah cara,boleh menyebabkan hip dysplasia.

Jika anak anda mengalami masalah batuk kahak, boleh baca artikel ini.

Kredit

  1. theAsianparents
  2. Hellodoktor

 

 

 

Ini Solusi Untuk Ibu Bapa Yang Resah Dengan Tangisan Bayi Yang Berpanjangan.

Bayi kerap menangis atau merengek seakan tidak selesa. Ibu bapa dah gunakan macam-macam cara untuk mengatasi masalahini. Ada beberapa solusi untuk tangisan bayi yang saya nak kongsikan. Masalah kembung perut adalah normal dan kerap berlaku pada bayi terutama berumur kurang dari enam bulan. Abdomen bayi kelihatan kembung walaupun sebenarnya normal kerana ruang dalam abdomen masih kecil berbanding saiz organ lain dalam abdomen.

Antara sebab bayi kembung perut adalah cara penyusuan yang tidak betul. Posisi menyusu condong dan saiz puting botol yang tidak sesuai (bagi bayi yang menggunakan botol untuk menyusu) menyebabkan banyak udara ditelan serta masalah kembung perut pada bayi.

Selain itu, masalah ketidakhadaman, usus yang sensitif kepada protein tertentu yang terdapat dalam susu dan bayi yang menangis terlalu lama turut menjadi punca kepada masalah kembung perut. Pelbagai cara digunakan bagi mengatasi masalah ini termasuklah menggunakan ubat atau tanpa menggunakan ubat.

Perut kembung biasanya menjadi paling teruk apabila bayi berusia sekitar 6 hingga 8 minggu dan akan hilang dengan sendiri apabila usia antara 8 dan 14 minggu.

Tanda-tanda perut kembung yang perlu ibu bapa awasi adalah termasuklah:

  1. Episod menangis yang boleh dijangka: Bayi akan menangis pada waktu sama setiap hari, biasanya pada lewat tengah hari atau petang. Episod ini mungkin bertahan dari beberapa minit hingga tiga jam atau lebih pada hari tertentu.
  2. Tangisan yang keterlaluan: Tangisan kolik adalah keterlaluan, kedengaran kesusahan dan selalunya pada nada yang tinggi. Wajah si kecil mungkin berjuraian air mata, dan dia adalah sangat sukar untuk ditenangkan.
  3. Menangis tanpa sebab yang jelas: Menangis yang berkaitan dengan masalah perut kembung berlaku tanpa sebab yang jelas.
  4. Perubahan postur: Menggulung kaki, mengepal tangan dan otot perut yang tegang adalah biasa semasa episod kolik.

Cara urutan I Love You:

  1. Baringkan bayi dengan permukaan rata dan bersih. Ambil sedikit minyak pastikan minyak berada di jari tangan.
  2. Pandang bayi dan mulakan dengan urutan huruf ‘I’. Gunakan dua atau tiga jari dengan perut di bahagian kiri bayi di atas tulang rusuknya. Ikuti ke bawah ke sendi pinggul.
  3. Kemudian, buat urutan huruf ‘L’ terbalik dari kanan ke kiri perut bayi.
  4. Akhir sekali, buat urutan huruf ‘U’ terbalik dari kanan ke kiri perut.
  5. Ulang beberapa kali urutan ini sehingga bayi lega dan selesa.

Umumnya, masalah ini tidak berbahaya melainkan terdapat tanda penyakit lain. Walaupun perut bayi kelihatan kembung, ia sepatutnya lembut apabila disentuh. Jika ibu bapa berasa perut bayi sangat keras apabila disentuh, kemungkinan besar disebabkan masalah usus lain dan perlulah dirujuk kepada doktor untuk rawatan lanjut.

Sekiranya ibu bapa mengalami masalah seperti ini dan ingin mencari solusi untuk tangisan bayi yang lain, boleh cuba ikhtiar dengan produk Asmak yang sesuai untuk si manja klik sini

Kredit:

Sinar Harian

Hmetro

Hellodoktor

 

Cara Hilangkan Batuk Dengan Cepat Pada Si Kecil.

Semua daripada kita akan mengalami masalah batuk walaupun sekali dalam seumur hidup. Selalunya simptom ini tidak memberikan masalah besar kepada seseorang. Tetapi jika batuk tersebut berpanjangan ataupun teruk, ia sedikit sebanyak mengganggu kehidupan pesakit tersebut.Terdapat beberapa cara hilangkan batuk dengan mudah.

Batuk ialah keadaan yang berlaku apabila terdapat masalah atau gangguan pernafasan.Demam selesema adalah antara punca utama batuk berlaku di kalangan kanak-kanak. Batuk juga boleh disebabkan oleh punca lain seperti jangkitan pada bahagian pernafasan atas atau kerongkong,alahan,asma,batuk kokol,jangkitan sinus atau batuk kering.

Beza jenis batuk

  1. Asma

Cara Hilangkan Batuk Batuk yang dialami disebabkan oleh serangan asma selalunya berlaku semasa demam.Batuk kerana asama akan berlarutan dan seringakli berulang.Pesakit akan mengalami batuk apabila terdedah kepada suhu sejuk,pada waktu malam,emosi menangis dan Ketika melakukan aktiviti lasak.

  1. Jangkitan Kuman

Sekiranya anak yang batuk mengalami nafas berdehit atau berbunyi,batuk tersebut berkemungkinan disebabkan oleh jangkitan kuman pada organ pernafasan bawah (lower respiratory infection) seperti pneumonia,bronkitis dan broncholitis.

  1. Pertusis

Pertusis atau whooping cough juga dikenali dengan nama batuk kokol. Ia dinamakan sempena bunyi batuk yang kuat ‘kong,kong,kong’. Batuk kerana pertussis ini tidak mengeluarkan kahak dan ia kering sehingga menyakitkan tekak.

Ciri batuk serius

Terdapat beberapa situasi ibu bapa perlu segera membawa anak menerima rawatan iaitu jika mempunyai anak berusia satu tahun ke bawah iatu demam,batuk dan selesema.

  1. Batuk yang menyebabkan anak sering tercunap-cungap
  2. Nafas anak yg bergelora dan dadanya berombak
  3. Mengalami kesukaran untuk bernafas
  4. Susah untuk mendapatkan tidur yang lena kerana kerap batuk
  5. Nafas berdehit dan berbunyi
  6. Batuk/demam dan selesema teruk yang tidak sembuh selepas 5 hari
  7. Batuk /demam dan selesema sehingga menyababkan anak tidak aktif dan mengalami kesukaran bernafas.
  8. Batuk,selesema disertai demam berpanjangan melebihi 38 celcius bagi berumur 6 bulan ke bawah dan melebihi 39 celsius bagi bayi berumur bawah setahun.

Jika anak tidak mahu makan ubat, pastinya usaha untuk merawat batuk akan bertambah sukar. Tetapi ibu usah bimbang. Terdapat 12 cara yang boleh ibu cuba sebagai petua hilangkan batuk budak dengan remedi yang mudah.

  1. Madu untuk rawat batuk anak
  2. Ubat titis hidung
  3. Banyakkan pengambilan air
  4. Pelembap udara untuk legakan batuk anak
  5. Posisikan kepala di kedudukan yang tinggi
  6. Stimkan ruang bilik
  7. Modus tertentu
  8. Berkumur untuk hilangkan batuk anak
  9. Bersihkan bilik anak anda
  10. Keluar bersiar-siar
  11. Hilangkan batuk anak dengan makan nanas
  12. Wap air

Jika anda mengalami batuk melebih 2 minggu, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut.

Sekiranya anda ingin mencuba,klik disini

Kredit:

hellodoktor

the diagnosa

Simptom-simptom Bersin Dan Alahan Pada Habuk

Gejala bersin boleh terjadi kepada semua manusia tidak kira peringkat umur. Bersin merupakan mekanisma pertahanan diri untuk mengeluarkan bahan yang menyebabkan iritasi dari hidung. Pada umumnya, ia tidak serius tetapi boleh mengganggu. Hidung akan menjadi tersumbat dan berair apabila terdedah kepada habuk selain kerap bersin sebaik bangun tidur terutama pada waktu pagi akibat sensitiviti terhadap cuaca. Bersin yang terlalu kerap adalah petanda anda mungkin mengalami masalah hidung sensitif atau lebih biasa dikenali sebagai sinus dalam kalangan masyarakat.

klik sini untuk dapatkan produk resdung Asmak.

bersin dan alahan

Alahan terhadap habuk berpunca daripada hama habuk. Hama dapat hidup dan membiak dengan sangat pantas di kawasan yang panas dan lembab dengan suhu sekitar 25℃. Hama akan mati sekiranya kelembapan kawasan tersebut kurang daripada 50%. Selain itu, alahan boleh terjadi dengan kehadiran kulapok iaitu kulat yang menghasilkan spora terapung di udara. Mereka yang mempunyai alahan akan terkesan jika menyedut spora ini ketika bernafas. Debunga yang berasal daripada pokok, bunga, rumput dan rumpai juga merupakan komponen habuk dan boleh menjadi punca kepada alahan. Seterusnya, haiwan peliharaan juga merupakan salah satu faktor pencetus kepada alahan.

Gejala alahan ini amat mudah untuk dikenal pasti. Antara tanda-tandanya ialah : 

  1. Bersin
  2. Hidung berair
  3. Gatal pada muka (mata,dahi dan hidung)
  4. Mata menjadi merah dan berair serta gatal
  5. Batuk 
  6. Gatal pada lelangit atau kerongkong
  7. Kulit bawah mata menjadi bengkak dan berwarna biru
  8. Sakit dan tekanan pada muka

 

Bagi mereka yang menghidap asma, anda akan mengalami gejala :

  1. Kesukaran bernafas
  2. Rasa ketat atau sakit pada dada
  3. Bunyi berdehit ketika menghembuskan nafas
  4. Kesukaran untuk tidur akibat batuk, sukar bernafas atau berdehit

 

Bagi anda yang mengalami alahan terhadap habuk pastikan anda berjumpa dengan doktor sekiranya bersin anda disertai dengan :

  1. Sakit kepala
  2. Hidung tersumbat serta sesak nafas
  3. Bersin disertai gatal mata, sukar bernafas dan ruam badan.
  4. Mengalami demam

Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya dan minum banyak air. Kadar pengambilan air yang dicadangkan setiap hari adalah 8 gelas sehari. Basuh tangan dengan kerap kerana jika anda selsema virus boleh merebak melalui sentuhan tangan. Kurangkan pendedahan kepada bahan alergi dan dapatkan rawatan dari doktor. 

 

Antara tips untuk mengurangkan alahan :

  1. Jauhi haiwan peliharaan yang berbulu
  2. Elakkan dari merokok dan asap
  3. Cuci karpet dengan penyedut hampagas secara berkala.
  4. Tukar atau cuci penapis udara secara berkala
  5. Jangan guna penyapu untuk mencuci rumah, gunakan hampaga

Klik sini untuk cuba produk Minyak Herba Asmak bagi mengatasi masalah batuk dan produk Asmak Herbs bagi mengatasi masalah alahan/resdung.

Kredit

  1. Pubmed
  2. Jiwasihat 
  3. Myhealth 

Kelengkapan Ketika Berpantang yang Ibu Perlu Tahu

   Wanita yang baru lepas bersalin kebiasaannya akan berusaha menjaga kesihatan diri dengan mematuhi amalan semasa dalam pantang sebagaimana yang disarankan oleh budaya mereka. Kelengkapan ketika berpantang yang lengkap juga antara faktor yang menjadikan proses berpantang lancar. 

Selain perlunya kelengkapan ketika berpantang, kebanyakan budaya mengakui kemungkinan berlakunya kerosakan kepada tubuh wanita ekoran daripada proses mengandung dan bersalin yang perlu diperbetul, dijaga dan dicegah supaya tubuh dapat kembali kepada keadaan asal. Ini termasuk proses pemulihan akibat :

 

  1. kehilangan darah semasa bersalin
  2. pengecutan rahim
  3. keseimbangan hormon
  4. ketegangan urat saraf semasa proses bersalin
  5. kehilangan tenaga semasa proses bersalin.

 

Tempoh berpantang dianggap sebagai masa bagi ibu lepas bersalin untuk merawat, menyucikan dan memulihkan tubuh selepas bersalin. Pemakanan yang baik merupakan kunci utama untuk membolehkan wanita terus kekal sihat selepas bersalin. Rehat yang cukup juga amat penting untuk proses pemulihan. Jangka masa yang diperuntukkan untuk wanita berada dalam pantang berbeza mengikut budaya, adat dan tempat misalnya :

 

  • wanita Melayu selama 40 hari (hingga 44 hari)
  • dalam kalangan masyarakat Cina, lazimnya tempoh berpantang adalah 30 hari, manakala
  • masyarakat India mengamalkan selama 30 hari.

 

Semasa berpantang sendiri, kita memang ada kecenderungan untuk menjadi ‘malas’ atau ‘mengelat’ kerana tiada siapa yang memantau. Jangan begitu. Walaupun sekarang anda tak merasakan apa-apa kesan, ia mungkin akan menimbulkan masalah pada masa akan datang.

Selain memikirkan hospital terbaik yang sesuai dipilih untuk bersalin, kelengkapan ketika berpantang, persoalan sama ada mahu berpantang sendiri atau di kampung juga sering membelenggu kebanyakan bakal ibu yang menanti saat melahirkan cahaya mata. Baik ibu muda yang baru pertama kali menimang cahaya mata atau yang sudah berpengalaman, kedua-duanya pasti mengidamkan waktu berpantang bukan saja selesa malah tidak mencetuskan sebarang masalah terutama pada emosi diri.

Kelengkapan ketika berpantangKredit: littlelareyloves.com

Ada pendapat menyatakan berpantang sendiri di rumah dengan jagaan suami dan bidan terlatih lebih baik dan tidak membebankan ibu bapa yang sudah uzur di kampung. Namun, ada juga yang menyangkal pendapat itu dengan beranggapan berpantang adalah saat si ibu yang baru melahirkan bayi perlu berada di sisi dan dijaga sepenuhnya oleh ibu atau ibu mentua bagi memastikan diri terjaga rapi. Hakikatnya, kedua-dua situasi itu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Pemilihan cara berpantang ini juga bergantung kepada keadaan si ibu dan keselesaan masing-masing.

 

Buat para ibu yang berada dalam zaman moden ini, isu berpantang selepas bersalin merupakan salah satu isu yang pastinya menimbulkan dilema dalam diri. Sama ada mahu mengamalkan petua berpantang orang zaman dahulu atau berpantang mengikut nasihat pakar perubatan masa kini? Seiring dengan gaya hidup zaman sains dan teknologi masa kini, kemajuan sains perubatan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Jika dahulu, adalah sangat sukar untuk kita mendapatkan maklumat-maklumat tentang kesihatan. Tetapi kini, semuanya berada di hujung jari. Hanya dengan satu klik, pelbagai info kesihatan sahih dapat kita perolehi.

 

Selepas melahirkan anak, proses seterusnya adalah anda akan menjalani prosedur berpantang. Dalam berpantang memang banyak benda yang anda tidak digalakkan buat contohnya dari segi pemakanan. Ada yang boleh makan dan ada yang tak boleh makan. Namun, buat ibu-ibu yang pertama kali bakal menempuh situasi ini mesti bingung juga barang apa yang perlu disediakan. Jadi, ini antara 7 kelengkapan ketika berpantang yang anda kena ada.

 

1. Pam Susu

Pengepam susu adalah antara barang yang menjadi keperluan utama bagi ibu yang selesai bersalin. Disarankan untuk anda membeli pam susu yang mempunyai fungsi double pumping jika mempunyai bajet yang lebih. Dengan adanya pam susu yang lebih berkualiti, proses pengepaman susu untuk anak akan menjadi lebih efektif.

 

2. Baju T-shirt

Pemakaian yang selesa adalah sangat penting untuk memudahkan pergerakan ibu yang sedang berpantang. Maklumlah, nak berjalan laju pun tak boleh lagi kan? Jadi, untuk keselesaan memang ibu yang tengah berpantang ni kebanyakkannya akan pakai t-shirt sahaja di rumah. Jadi, bagi anda yang jarang pakai pakaian sebegini, inilah masa yang sesuai untuk lebih keselesaan.

 

3. Nursing Bra

Nursing bra adalah sejenis pakaian dalam yang berlainan dari yang biasa. Ada dalam kalangan ibu yang ingin menyusukan anak secara sendiri, penggunaan nursing braadalah sangat berguna kerana mempunyai fungsi yang memudahkan proses penyusuan. Bukan itu sahaja, anda pun tak akan merosakkan pakaian dalam yang biasa untuk menyusukan anak.

 

4. Kain batik

Ini adalah barang keperluan semasa berpantang yang paling popular sejak zaman dahulu lagi. Penggunaan kain batik sebagai pengganti seluar amat penting untuk keselasaan ibu dalam berpantang. Ini penting juga kepada ibu yang bersalin secara pembedahan supaya bekas jahitan tidak terganggu dengan material kain.

 

5. Set Berpantang

Sudah bermacam-macam jenama set berpantang boleh didapati di pasaran sekarang ini. Set berpantang ini sudah dilengkapi dengan makanan herba, tungku pemanas dan juga barang mandia herba untuk kegunaan anda. Jadi, tak payah nak risau tentang barang kesihatan yang susah dijumpa kerana set berpantang ini ada kesemuanya.

Kelengkapan ketika berpantang

Klik sini untuk mendapatkan set lengkap berpantang daripada Asmak. 

 

6. Stokin

Untuk memastikan kaki anda sentiasa panas dan tak masuk angin, pemakaian stokin ketika berpantang adalah sangat penting. Kalau boleh pada waktu siang dan malam pun anda kena pakai juga stokin ini supaya badan kita pun teerjaga dari angin sejuk. Bukan itu sahaja, bila dah pakai stokin ni dapat mengurangkan kesakitan kaki ketika berjalan.

 

7. Tuala Wanita

Penyediaan tuala wanita atau sanitary pad juga perlu untuk wanita yang berada dalam pantang. Khususnya bagi anda yang melahirkan anak menggunakan kaedah ceasarian. Tempoh adanya narah nifas selepas melahirkan anak adalah 15 hari tetapi mungkin akan berbeza bagi sesetengah orang. Jadi, jangan lupa beli tuala wanita banyak-banyak ya!

Terdapat banyak perubahan yang akan berlaku kepada ibu selepas melahirkan bayi. Ianya merupakan suatu perubahan besar dalam hidup terutamanya bagi para ibu yang pertama kali menimang cahaya mata.

Dalam keadaan ibu yang masih belum sihat sepenuhnya selepas bersalin, saat ini sememangnya waktu yang sukar kerana ibu bukan sahaja perlu menjaga kesihatan diri, malah turut perlu menyesuaikan diri dengan kehadiran bayi yang baru dilahirkan.

Suami dan ahli keluarga terdekat seharusnya memberi sokongan padu dari segi mental, fizikal, emosi dan moral kepada para ibu agar ibu berpantang selepas bersalin ini dapat sentiasa berfikiran positif.

Buat para ibu, nikmati waktu berpantang kerana tidak semua orang melaluinya. Jika ibu-ibu dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dalam diri dari segi fikiran mahupun emosi, usah berlengah lagi, dapatkan rawatan segera.

 

Jika ibu berpantang selepas bersalin mengalami sebarang masalah kesihatan atau kemusykilan tentang diri sendiri mahupun bayi, maklumkan kepada jururawat yang datang melawat para ibu di rumah. Ibu-ibu seharusnya pergi ke klinik atau hospital jika perlu.

 

Antara simptom-simptom merbahaya buat para ibu selepas bersalin adalah :-

  • Demam melebihi 38°C.
  • Sakit kepala yang teruk diiringi dengan mata kabur, muntah dan kaki bengkak.
  • Darah nifas yang keluar begitu banyak secara tiba-tiba. Ditambah dengan pening kepala atau denyutan nadi yang laju.
  • Sakit dada dan sukar bernafas secara tiba-tiba. Ditambah pula jika ibu turut mengalami batuk darah dan pening kepala.

 

Dalam keadaan seperti yang dinyatakan di atas ini, para ibu perlu segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan daripada mereka yang lebih pakar. Pelbagai amalan yang baik dan tidak elok kita lakukan semasa dalam proses berpantang. Bagi masyarakat Melayu, berpantang merupakan amalan yang mesti dilakukan dan menjadi tradisi turun temurun. Amalan berpantang ini adalah sebagai persediaan kepada tubuh badan mereka kelak supaya masih sihat dan bertenaga. Amalkan cara berpantang yang selamat dan sihat untuk tahap kesihatan yang baik dan berpanjangan. Jangan sesekali ambil mudah tentang penjagaan berpantang kerana ianya faktor penting yang mempengaruhi emosi serta daya tahan badan pada masa hadapan.

 

Kredit:

myhealth.gov.my
100comments.com

 

 

5 Tips Pemilihan Susu Formula Terbaik untuk Bayi Anda

Sumber susu yang paling terbaik untuk bayi ialah susu ibu atau susu badan. Fakta ini memang sukar dinafikan dan secara majoriti, para ibu akan lebih memilih untuk menyusukan bayi dengan susu badan. Namun begitu, segelintir ibu-ibu mungkin tidak berpeluang untuk menyusukan bayi mereka. Ini mungkin disebabkan oleh gaya hidup mereka yang sibuk bekerja atau berada jauh dari si comel mereka. Sebagai alternatif dan penyelesaiannya, ibu-ibu akan cuba mencari susu formula yang terbaik untuk bayi mereka. Jom ketahui tips pemilihan susu formula untuk si kecil anda.

Selain daripada susu formula, susu segar juga merupakan antara sumber susu yang boleh menjadi alternatif kepada susu ibu. Susu segar merupakan sumber susu daripada haiwan organik seperti lembu atau kambing. Namun, kebanyakan pakar beranggapan bahawa susu segar kurang sesuai buat bayi. Oleh itu, mereka akan menyarankan susu formula sebagai alternatif. 

Ekoran terlalu banyak pilihan susu formula di pasaran sekarang, agak sukar untuk ibu bapa mencari susu yang paling bagus untuk bayi mereka, lebih-lebih lagi jika kurangnya pengalaman untuk memilih produk susu formula tersebut. Anda tidak perlu khuatir kerana terdapat beberapa tip untuk memilih susu formula terbaik untuk si comel anda.

Tips Pemilihan Susu FormulaKredit: happyfamilyorganics.com


B
erikut merupakan tip-tip tersebut:

1. Kenali Jenis-jenis Susu Formula

Terdapat beberapa jenis susu formula yang anda boleh berikan kepada bayi anda. Susu terbaik untuk bayi anda mungkin bergantung kepada jenis-jenis susu seperti:

  • Susu lembu – Pilihan paling banyak dan mudah dijumpai, namun mungkin akan menimbulkan kesan alahan buat bayi.
  • Susu kambing – Dipercayai lebih sesuai dan hampir sama dengan manfaat susu ibu.
  • Susu soya – Pilihan yang paling sesuai buat bayi yang mengalami alahan terhadap sumber susu daripada haiwan.
  • Susu formula berkeperluan khas – Susu yang disarankan oleh doktor dalam sesetegah kes, contohnya bayi yang pramatang dan mempunyai alahan tertentu.

Jadi, ibu perlu bijak dalam tips pemilihan susu formula paling sesuai untuk bayi anda. 

 

2. Pilih mengikut usia bayi

Penggolongan susu formula haruslah berdasarkan kepada usia dan kondisi sistem pencernaan bayi anda. Bayi perlu dibahagikan kepada 2 kategori iaitu bayi berusia 0-6 bulan dan bayi berusia 6 bulan ke atas. 

 

  • Bayi berusia 0-6 bulan:

i) Bayi menyusu ketika si ibu berada di rumah

Si ibu bekerja dan berasa risau akan nutrisi anak kerana tidak dapat memberikan susu sepenuh masa, tetapi masih boleh menyusukan anak apabila berada di rumah. Si ibu boleh beri susu formula kepada anaknya tetapi dengan jumlah skop susu yang sedikit. Sedikit di sini bermaksud 1-2 skop susu formula sudah memadai untuk sekali minum. Tak perlu ikut aturan yang terdapat pada kotak susu. Ini kerana si ibu masih mampu menyusukan anak.

ii) Bayi tidak menyusu susu ibu langsung (sila rujuk dengan doktor kanak-kanak terlebih dahulu)

Bayi ini tidak berpeluang langsung mendapatkan susu ibu. Sila beri susu formula mengikut aturan yang terdapat pada kotak. Bayi yang berusia 6 bulan ke bawah memerlukan makro dan mikro nutrien yang lengkap. Susu formula untuk bayi di Malaysia menepati standard nutrisi yang lengkap untuk keperluan bayi di bawah 6 bulan. Tetapi, pastikan susu tersebut ialah susu formula yang sesuai untuk bayi 6 bulan ke bawah.

 

  • Bayi berusia 6 bulan ke atas. 

Menurut World Health Organization (WHO), bayi berusia 6 bulan ke atas memerlukan nutrisi yang lengkap daripada sumber makanan yang seimbang. Susu hanyalah sebahagian daripada makanan seimbang. Jdi, adakah bayi memerlukan susu formula pada usia ini? Jawapannya tidak, kerana mereka sudah boleh menerima makanan-makanan lain (bukan semua makanan kerana usus belum cukup matang), dan sumber nutrisi boleh didapati daripada makanan pejal yang mereka makan. Mereka juga perlu minum susu untuk mendapatkan kalsium dan sebagainya, tetapi bukan susu formula.

Tips Pemilihan Susu FormulaKredit: verywellfamily.com

3. Baca label dengan teliti

Ketahui dan ambil tahu maksud sebenar prebiotik, probiotik, DHA, AA dan pelbagai lagi istilah yang lain bagi mengetahui apakah sebenarnya ia dan apakah manfaatnya terhadap si comel anda. Pelajari ini sedikit sebanyak terlebih dahulu untuk mengetahui susu formula paling bagus untuk si manja anda.

 

4. Cuba sampel terlebih dahulu

Menentukan susu formula paling sesuai bagi si kecil dalam 1 atau 2 kali percubaan sahaja memang agak sukar. Ini kerana mungkin ada susu formula yang tidak sesuai dan akan menyebabkan masalah lain kepada bayi anda seperti cirit-birit atau sembelit. Atau, rasanya sahaja mungkin tidak disukai oleh si comel. Jadi, cuba sampel yang mungkin sudah dipakai oleh ibu bapa lain terlebih dahulu.

 

5. Jangan berpandukan kepada harga sahaja

Anda tidak perlu melihat kepada harga susu formula tersebut sahaja kerana mahal tidak semestinya bagus dan murah tidak semestinya tidak bagus. Sesetengah produk susu mungkin mahal kerana jenamanya sudah terkemuka. Jadi, dapatkan panduan daripada doktor terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk memilih susu formula terbaik untuk bayi anda.

 

Konklusinya, berilah susu yang mengandungi nutrisi penting untuk perkembangan minda dan fizikal anak anda. Pantau menerimaan bayi anda untuk susu tersebut, kerana menentukan susu formula yang terbaik untuk anak anda mengambil masa dan percubaan lebih daripada 1 kali. Semoga artikel ini sedikit sebanyak membantu ibu bapa di luar sana untuk membuat pemilihan tips pemilihan susu formula buat si comel anda. 

 

Ingin mencuba Set Lengkap Bayi daripada Asmak?

Klik sini untuk dapat Set Asmak Baby Care untuk si manja anda. 

 

Kredit: 

hellodoktor.com
mypuremil.com

 

Ini Kelengkapan yang Wajib Disediakan Sebelum Bayi Lahir

Kelengkapkan untuk bayi baru lahir perlu lah disediakan dan tidak asing lagi mengujakan pasangan ibu dan bapa. Namun terkadang perkara ini menyebabkan segala persiapan bersalin dan menyambut bayi dibeli secara berlebihan. Jangan risau. Pembaziran ini dapat dielakkan dengan mengikuti beberapa senarai cadangan keperluan asas seperti di bawah. Barangan-barangan lain juga boleh dilengkapkan kemudian apabila si comel telah berada di dakapan anda.


1. Pakaian Bayi

Mulakan dengan hanya beberapa helai sahaja kerana tumbesaran bayi pada ketika ini sangat pantas. Pakaian bayi sesuai ditambah seiring dengan tumbesaran mereka dan pastikan ianya 100% daripada kain kapas. Cadangan bilangan pakaian bayi adalah: 3 baju lengan panjang dan pendek, 3 seluar panjang dan pendek, 2 helai bib bayi, 2 pasang stokin dan sarung tangan,2 helai penutup kepala atau topi, barut dan kain bendung.


2. Keperluan Menyusu Anak

Keperluan berikut adalah disarankan sekiranya anda memilih untuk meyusu badan: baju dalam khas menyusu, pengepam susu, bekas simpanan susu, botol serta puting susu, bekas rendalam stim, berus botol, penghangat botol, pad dan krim payudara. Bag pendingin bagi menyimpan susu yang dipam di pejabat juga boleh disediakan sekiranya anda bekerja. Jika anda memilih susu formula pula, anda perlu sediakan susu formula, termos air panas, bekas susu dan bekas air masak.

 

3. Kelengkapan Mandi Bayi

Tuala, minyak urut bayi seperti Minyak Herba Asmak, krim ruam bayi, kapas muka dan putik kapas adalah merupakan kelengkapan asas mandi untuk bayi. Tuala mandi disarankan untuk cari tuala yang lembut dan sekoranya tuala berhud, lebih mudah untuk membendung bayi. Selain itu, besen mandi bayi juga boleh dimasukkan dalam senarai namun anda boleh memanfaatkan sinki di rumah jika ianya cukup selesa.

Set mandian juga boleh dilengkapkan dengan adanya pengetip kuku, penyedutt hidung, termometer dan sikat.Kulit bayi sangat bersih dan tidak perlu kepada sebarang mandian khas. Anda disarankan untuk mencari mandian tanpa sabun yang mempunyai kadar pH5.5. 

Klik sini jika ingin mendapatkan Set Lengkap Asmak Baby Care

4. Keperluan Menyalin Lampin

Menyalin lampin adalah sekerap 10-12 kali dalam sehari. Pilihan di tangan ibu bapa sama ada ingin memilih lampin pakai buang atau kain. Lampin pakai buang hanya pek bersaiz S diperlukan dan saiz yang lebih bersesuaian hendaklah dibeli mengikut pembesaran bayi. Untuk pilihan lampin kain ianya bukan sahaja menjimatkan kerana boleh dipakai berulang kali namun ianya jua lebih mesra alam sekitar. Sediakan juga: Lapik kalis airr yang mudah dilap, tisu basah dan krim ruam.

 

5. Keperluan Tidur Bayi

Ibu yang menyusukan anak boleh menjadikan katil mereka untuk bayi mereka atau sekiranya anda memilih untuk menyediakan katil khas, pilihlah cot bayi yang boleh bertukar menjadi katil. Penyediaan seperti: tilam khas bayi, bantal, sarung bantal dan selimut khas untuk bayi yang lembut dan ringan, atau kelambu juga boleh disediakan jika dirasakan perlu.

 

6. Keperluan Perjalanan

Stroller yang boleh ditukar kepada tempat duudk khas kereta juga diperlukan untuk keselamatan bayi. Jika anda memilih baby pram, pastikan ia boleh diubah kepada posisi berbaring penuh. Tempat duduk khas terpakai juga boleh digunakan dan apa yang anda perlu pastikan ialah keselamatan barangan tersebut dan berfungsi baik sepenuhnya.

 

7. Keperluan Ibu

Keperluan asas untuk ibu pula yang perlu dibawa ke hospital termasuk: selipar jepun,stokin tebal, pad khas bersalin atau pad biasa, baju kain kapas yang longgar serta serap peluh. 

Kredit: littlelareyloves.com

 

Cadangan kelengkapkan untuk bayi baru lahir ini mungkin berbeza bergantung kepada pasangan ibu bapa masing-masing. Sedikit sebanyak diharap agar dapat membantu pasangan ibu bapa yang ingin membuat persiapan untuk kelahiran bayi anda nanti. Sedikit tips mudah, adakan wishlist dan kongsikan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga. Mereka tentu ingin menghadiahkan sesuatu nanti, sekaligus pembaziran dapat dilelakkan. Selamat berbahagia menyambut ahli keluarga yang baru!

Kredit: theasianparent

Shopping cart close