2 Jenis Resdung yang Ramai Tidak Tahu dan Jenis Gelaja Resdung

Ramai yang tidak tahu jenis resdung dan puncanya dari mana, antara sebab resdung berlaku oleh sistem imun yang bertindak balas kepada alergen seolah-olah ia seperti berbahaya. Ini akan membawa kepada penghasilan sejumlah bahan kimia yang menyebabkan lapisan dalam hidung (membran mukosa) menjadi dan lendir yang berlebihan akan terhasil. Resdung ini agak sukar untuk mengelakkan sepenuhnya daripada semua alergen, tetapi kita boleh mengambil langkah untuk mengurangkan pendedahan terhadap alergen tertentu yang anda ketahui atau syaki yang boleh menyebabkan resdung menjadi lebih teruk.

 

Berkemungkinan sesetengah orang tidak tahu apa itu resdung, resdung ini ialah alergen yang mana komponen yang tidak berbahaya yang boleh menyebabkan tindak balas alergi. Resdung atau “allergic rhinitis, adalah tindak balas alahan terhadap alergen tertentu. Resdung terjadi apabila sistem imun badan menjadi terlalu sensitif dan bertindak balas secara berlebihan terhadap sesuatu melalui alam sekitar yang biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah bagi kebanyakan orang.

 

Resdung juga terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

  • Bermusim: Gejala bagi resdung jenis ini boleh berlaku pada musim bunga, musim panas dan awal musim gugur. Ia biasanya disebabkan oleh sensitiviti alergi terhadap spora yang terbang di udara atau debunga dari rumput atau pokok yang berbunga.
  • Berpanjangan: Pesakit akan mengalami gejala sepanjang tahun. Ia biasanya disebabkan oleh hama debu, bulu daripada binatang peliharaan, lipas atau kulat. Alergi terhadap makanan jarang menyebabkan gejala yang berkaitan dengan hidung.

Sesetengah orang mungkin mengalami kedua-dua jenis resdung, dengan gejala-gejala bagi resdung bermusim semakin teruk semasa musim debunga yang spesifik. Terdapat juga punca-punca bukan alergi bagi resdung termasuklah asap rokok atau asap lain, minyak wangi, produk pencuci dan bau lain yang kuat.

Penyebab resdung ini berlaku apabila kita berhadapan dengan alergen, ia akan membebaskan histamin, yang merupakan bahan kimia semula jadi yang melindungi tubuh kita daripada alergen. Bahan kimia ini boleh menyebabkan resdung dan gejala-gejalanya, termasuklah hidung berair, bersin, dan mata terasa gatal. Selain daripada debunga pokok, alergen yang lain termasuklah :

  • Hama debu
  • Bulu atau kulit mati daripada haiwan peliharaan
  • Air liur kucing
  • Kulapuk

    resdung

Banyak gejala yang kerap terjadi ketika kita menghadapi resdung dan menyebabkan rutin harian kita terganggu dan tidak selesa. Antara gejala yang sering berlaku ketika kita mengalami resdung ialah :

  • Bersin
  • Hidung berair
  • Hidung tersumbat
  • Hidung gatal
  • Batuk
  • Sakit atau gatal tekak
  • Mata gatal
  • Mata berair
  • Lingkaran hitam di bawah mata
  • Sakit kepala yang kerap
  • Gejala-gejala jenis ekzema, seperti kulit yang sangat kering dan gatal yang boleh menyebabkan lepuh(blister)
  • Hives
  • Keletihan yang berlebihan

Kebiasanya akan mengalami satu atau lebih gejala-gejala ini serta merta selepas berhadapan dengan alergen. Sesetengah gejala, seperti sakit kepala yang kerap dan keletihan, mungkin hanya berlaku selepas terdedah kepada alergen dalam jangka masa yang panjang. Namun, demam bukan gejala bagi resdung.

Resdung ini sejenis penyakit yang sukar untuk pulih sepenuhnya. Ia juga akan membuat rutin harian kita terganggu serta emosi. Jika resdung anda teruk, sebaiknya rujuk doktor pakar untuk dapatkan tips atau ubat yang boleh mengurangkan masalah resdung.

Untuk altenatif lain anda guna boleh mencuba Produk Asmak iaitu Asmak Herbs, ia boleh membantu anda mengurangkan resdung. Klik disini

Sumber: doctoroncall.com.my

7 Makanan Wajib Yang Para Ibu Harus Ketahui Ketika Berpantang.

Apa makanan wajib ketika berpantang yang ibu makan semasa tempoh berpantang akan mencerminkan kesihatan ibu kemudian hari. Ramai ibu di peringkat awal atau lebih jelas di peringkat bersalin anak pertama tidak mahir dan kurang pengetahuan tentang makanan berpantang.

 

Pengambilan makanan wajib ketika berpantang sangat penting untuk kesihatan ibu-ibu. Pemakanan antara aspek yang sangat penting dalam rawatan semasa pantang bersalin. Keperluan ini perlu diutamakan kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormondalam badan ibu-ibu. Jika tidak dikawal dan dijaga pemakanan dalam tempoh berpantang, ibu-ibu akan mengalami pelbagai masalah kesihatan yang akan mengganggu penyembuhan dalaman dan luaran ibu-ibu.

 

Senarai makanan wajib ketika berpantang yang ibu-ibu perlu tahu.

 

  1. Ayam dan daging 
  • Ayam biasa, burung puyuh, merpati, ayam hitam, ayam didik, ayam selasih, ayam kampung.
  • Daging batang pinang, daging kurang lemak dan daging kambing.

Makanan yang harus di elakkan.

  • Kurangkan ayam dan daging yang di bahagian berlemak.
  1. Ikan 
  • Haruan, yu, selar, gelama, jenahak, merah, tenggiri, kurau, bawal putih, senangin, bilis dan salmon.

Makanan yang harus di elakkan.

  • Ikan kering, ikan masin, keli, bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang, parang, kembung, tamban, cencaru, tongkol, makanan laut seperti udang, ketam dan kerang PALING TAK BOLEH MAKAN.
  1. Ulam-ulaman 
  • Halia, serai, lengkuas, pegaga, mengkudu, ulam raja, jantung pisang, daun, ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kaduk, daun keseum, pudina, kari.
  1. Sayur-sayuran 
  • Ubi Kentang, peria, sawi, lobak merah, lobak putih, brokoli, bayam.

Makanan yang harus di elakkan.

  • Ubi kayu, kangkung, petola, terung, timun, tomato, kubis, seledri, terung, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, petola, terung, tomato, kubis, seledri, sayur keladi, pucuk ubi, kacang panjang, labu, kacang botol, petai, jering, cili padi, asam keeping
  1. Buah-buahan
  • Buah Anggur, kurma, oren, epal merah, strawberi, peach, prune, kismis, longan cina, blueberry, walnut.

Makanan yang harus di elakkan.

  • Nenas, limau, buai lai, tembikai, kiwi, epal hijau, pear, pisang, jambu, belimbing, durian, mangga, betik,ciku, langsat, nangka, cempedak, ubi kayu, sengkuang,manggis dan kuinin.
  1. Makanan lain
  • Biskut, roti, nestum, oat, cornflakes, masakan panggang, rebus, kukus, bakar.

Makanan yang harus di elakkan.

  • Tempe, makanan daging yang diperoses, bihun, mee, kuey teow, laksa, masakan berminyak
  1. Air 
  • Air suam, pati kunyit, jus pegaga, air halia, kopi, manjakani, halia kurma, madu, air coklat, horlicks.

Yang tak boleh di makan

  • Air berais, air sejuk, bergas, tebu, cincau, kelapa muda, jus buah, cuka buah

 

Inilah dia 7 pemakanan yang ibu-ibu boleh ambik ketika dalam pantang bersalin. Amalkan pemakanan yang berkhasiat supaya proses untuk sembuh lebih cepat.

Kredit : alaf21

Petua Hilangkan Sakit Gigi Bongsu Dengan Mudah dan Berkesan.

Gigi bongsu atau gigi geraham, merupakan gigi dewasa terakhir yang akan tumbuh ketika usia 17 hingga 25 tahun. Kebiasaannya, setiap individu mempunyai 4 gigi bongsu di bahagian belakang mulut iaitu 2 pada bahagian atas dan 2 pada bahagian bawah. Banyak petua hilangkan sakit gigi yang ramai tak tahu. Jom baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan petua hilangkan sakit gigi bongsu dengan mudah dan berkesan.

Kesakitan ketika proses pertumbuhan gigi bongsu adalah berbeza bagi setiap individu. Sesetengah individu akan mengalami kesakitan yang berterusan, manakala ada juga yang hanya mengalami kesakitkan dan ketidakselesaan ketika mengunyah makanan atau menyentuh bahagian tersebut.

Kesakitan ini boleh berlaku di atas beberapa sebab. Antaranya, mungkin gigi geraham berada dalam kedudukan tidak betul, tidak sesuai untuk mulut, gigi terperangkap dalam gusi, atau terdapat jangkitan kerosakan pada gigi.

Berikut beberapa simptom yang boleh dikenal pasti sama ada anda sedang mengalami proses pertumbuhan gigi geraham atau tidak:

  1. Anda akan merasa sakit gigi pada bahagian belakang mulut anda.
  2. Jika melihat di cermin, anda mungkin boleh nampak gigi geraham mula untuk menembusi gusi
  3. Gusi pada bahagian belakang mulut menjadi merah dan sangat sensitif kepada sentuhan.
  4. Kesakitan rahang
  5. Bengkak sekitar rahang
  6. Gusi berdarah
  7. Nafas berbau
  8. Kesukaran membuka mulut
  9. Rasa tidak selesa di dalam mulut

Rasa sakit yang dirasai boleh mengakibatkan emosi menjadi tidak menentu. Jadi bagaimana untuk merawatnya?

  1. Berkumur

Antara kaedah rawatan yang popular untuk sakit gigi adalah berkumur dengan air garam. Gunakan campuran garam dengan air suam untuk membantu menjaga gusi agar lebih sihat dan membunuh bakteria berbahaya.

  1. Ais

Jika kesakitan ini disebabkan bengkak, anda boleh menggunakan ais untuk membantu melegakannya. Bungkuskan ais pada sehelai tuala bersih atau gunakan pek ais dan letakkan di kawasan yang bengkak. Cara ini juga membantu melegakan kerengsaan.

  1. Bunga cengkih

Jika menggunakan bunga cengkih, kepitkannya di antara gigi yang menyebabkan kesakitan tanpa menggigitnya. Biarkan sehingga kesakitan berkurangan. Bagi yang memilih menggunakan minyak bunga cengkih, letakkan beberapa titis minyak ke atas kapas dan letakkannya pada gigi yang sakit, biarkan sehingga rasa sakit itu berkurangan.

  1. Serbuk penaik

Ia bukan sahaja membantu merawat bengkak, tetapi serbuk penaik juga boleh melegakan kesakitan. Campurkan sedikit ubat gigi bersama serbuk penaik, dan letakkan pada bahagian gigi yang sakit.

  1. Teh

Sekiranya anda mengalami gusi bengkak, anda boleh gunakan uncang teh. Ia sesuai digunakan kerana sifatnya yang anti-radang yang terkandung dalam asid tannic.

Sekiranya anda merasakan anda mungkin sedang mengalami kesakitan kerana pertumbuhan gigi geraham, anda perlu berjumpa dengan doktor gigi secepat mungkin. Mencabut dan membuang gigi geraham mungkin antara jalan penyelesaian terbaik untuk menyembuhkan dan menghalang masalah kesihatan mulut berkaitan gigi bongsu ini.

Sekiranya anda mengalami masalah ini dan ingin mencuba produk Minyak Herba Asmak,boleh klik di sini.

 

Kredit

1.theAsianparents

2.Hellodoktor

3.Hellodoktor 

Ini Info Mengenai Gastrik Yang Mungkin Kita Terlepas Pandang.

Terdapat Beberapa Punca dan Simptom yang menyebabkan Gastrik. Gastrik atau gastritis merujuk kepada keradangan yang berlaku pada lapisan dalam perut. Keadaan ini berlaku apabila terjadinya penurunan pada tahap perlindungan lapisan dalam perut.

Fungsi normal perut adalah mengeluarkan asid (gastric juice) yang berfungsi mencerna makananan dan membunuh kuman mahupun bakteria yang masuk melalui mulut, ketika anda sedang makan, bernafas dan sebagainya.Disebabkan tahap keasidan dalam perut tinggi, terdapat satu mekanisme terbentuk yang dirujuk sebagai protective mechanism.

Ia berperanan melindungi dan mencegah dinding perut daripada terhakis. Mekanisme ini akan menghasilkan sejenis lapisan cecair atau mukus yang menjadi penghalang (protective layer) kepada asid daripada mengenai dinding perut.

6 Simptom Gastrik Angin Yang Selalu Terjadi

  1. Senak perut (ketidakhadaman)

Senak perut adalah rasa sakit perut pada bahagian atas perut. Senak perut biasanya berlaku kerana ketidakhadaman. Biasanya masalah ini berlaku selepas anda makan atau minum. Ia disebabkan asid yang memecahkan lapisan pelindung dinding perut yang membawa kepada kerengsaan dan kesakitan.

  1. Pedih ulu hati

Pedih ulu hati terjadi apabila kandungan asid dalam perut masuk semula ke dalam saluran pemakanan (esofagus) bersama-sama makanan yang dihadam.

  1. Hilang selera makan

Masalah gastrik angin juga cenderung membuatkan anda hilang selera makan.

  1. Perut kembung

Perut kembung terjadi apabila perut mengeluarkan asid penghadaman secara berlebihan kerana kerosakan saraf pada bahagian dalaman dinding perut.

  1. Loya dan muntah

Angin dalam perut akan membuatkan anda loya atau mual. Muntah gastrik angin biasanya berwarna jernih, kuning, atau kehijauan.

  1. Badan berasa lemah dan lesu

Apabila anda mengalami gastrik, badan secara automatik akan sentiasa lemah dan lesu. Ini kerana anda perlu menahan sakit yang menyebabkan ketidakselesaan dan penat.

 

Terdapat 2 jenis gastrik yang boleh berlaku, iaitu:

  1. Penggunaan ubat tahan sakit jenis

Ubat tahan sakit boleh menyebabkan masalah gastrik kerana ia mengurangkan penghasilan kompaun prostaglandin di dalam perut yang berfungsi untuk merangsangkan penghasilan mukus yang menjadi pelindung dinding perut. Ketika kompaun prostaglandin kurang, penghasilan mukus pada dinding perut pun berkurangan dan menyebabkan dinding perut terdedah dengan hakisan asid.

  1. Jangkitan Helicobacter pylori

Bakteria ini boleh menjangkiti manusia melalui pengambilan makanan yang tercemar. Bakteria ini akan bergerak masuk ke lapisan mukus yang melindungi dinding perut. Apabila berjaya melepasi lapisan ini, bakteria H.pylori akan bersarang dan mengeluarkan bahan kimia yang boleh menghakis lapisan perlindungan dalam perut, lalu mengakibatkan rasa pedih dan sakit pada perut.

Sekiranya anda mengalami penyakit ini, rawatan boleh dilakukan dengan sendiri. Antara langkah yang boleh diambil ialah:

  1. Mengelakkan makanan berasid, bergoreng, pedas, dan tinggi lemak,terutamanya ketika perut masih kosong.
  2. Mengambil makanan dengan kerap dan dalam kuantiti yang kecil
  3. Memberhentikan ubat NSAIDs sekiranya menjadi punca

NSAIDs adalah Non-steroidal Anti-inflammatory Drugs. Ia ubat tahan sakit yang sering diberi doktor. Ubat ini untuk individu dengan masalah sakit sendi (keradangan) atau sakit otot kerana ia berfungsi menghalang pembentukan prostaglandin yang mengakibatkan rasa sakit dalam badan.

  1. Menjauhi minuman beralkohol

Minuman beralkohol dipercayai mampu mendatangkan kerengsaan dan mengikis lapisan perut, sekali gus menyebabkan ia terdedah kepada asid

  1. Mengurangkan stress

Amalkan kaedah ‘deep breathing’

  1. Berhenti merokok

Pengambilan rokok yang mengandungi nikotin juga akan menyebabkan pertambahan asid di dalam perut dan membawa kepada masalah gastrik

Masalah gastrik angin atau gastritis mungkin dianggap sebagai satu masalah biasa yang kerap dialami ramai individu. Tetapi, anda tidak seharusnya menganggap ia sebagai masalah remeh. Jika masalah gastrik dibiarkan berlanjutan tanpa rawatan sewajarnya, terdapat risiko berlakunya pembentukan ulser dalam perut.

Jika anda mengalami masalah sakit perut dan ingin mencuba produk Minyak Herba Asmak ,boleh klik di sini.

Kredit

1.Helldoktor

2.thediagosa

 

Rambut

Punca Rambut Kering & Cara Mengatasinya

Rambut kering menyebabkan kurangnya keyakinan diri sesorang untuk berhadapan dengan orang awam. Kerap mengubah gaya rambut, mewarnakannya atau mungkin kerap mandi di kolam renang atau bercuti di pantai adalah antara penyebab yang boleh menjadikan rambut rapuh dan rosak. Pendedahan kepada matahari, klorin, bahan kimia, air laut, haba yang berlebih adalah faktornya. Artikel ini berkenaan punca rambut kering & cara mengatasinya

Apakah punca rambut kering?

Pelbagai punca yang menyebabkan rambut anda menjadi kering dan bermasalah. Antaranya:

  • Terdedah pada sinar matahari secara berlebihan.
  • Kekurangan nutrisi dan kelembapan pada rambut.
  • Membasuh rambut secara kerap.
  • Terdedah kepada air yang mengandungi klorin.
  • Menggunakan produk rambut yang tidak bersesuaian.
  • Kerap menggunakan pengering rambut.
  • Perubahan hormon.
  • Diet pemakanan tidak seimbang.

 

Apakah cara untuk merawat rambut kering dan rosak?

  1. Minyak

Menggunakan minyak panas boleh membantu untuk memberikan sinar kepada rambut yang kering. Antara minyak yang biasa digunakan adalah minyak zaitun, minyak kelapa, minyak badam, minyak jojoba dan minyak jagung. Kesemua minyak ini kaya dengan kandungan vitamin E, antioksidan dan membantu untuk menghalang lapisan luar rambut dari kekeringan.

 

  1. Vitamin

Salah satu cara untuk mengatasi masalah rambut kering adlah dengan mengambil vitamin. Vitamin A, vitamin C, biotin, zat besi dan mineral semuanya berperanan menjadikan rambut yang sihat.

 

  1. Cuci Rambut

Elakkan mencuci rambut terlalu kerap. Anda dapat melakukan ini seminggu sekali atau dua kali bukannya setiap hari. Walaupun membasuh rambut dapat memnbuang kotoran dari rambut, tetapi masa yang sama ia juga menyingkirkan sebum.

Apa itu sebum? Sebum adalah minyak yang menjdikan rambut anda mudah dijaga dan jika ia dalam kuantiti yang betul, ia menjadikan rambut anda bersinar.

 

  1. Potong Rambut

Sekiranya rambut anda terlalu kering, anda mungkin mempertimbangkan untuk memotongnya. Ini membantu dalam penjagaan rambut anda nanti. Jika rambut anda pendek, anda boleh memotong di bahagian hujung rambut bercabang yang mungkin menjadi penyumbang kepada masalah rambut kering dan kasar

 

  1. Pemakanan

Menjaga pemakanan dengan pengambilan diet pemakanan yang sihat dan seimbang, termasuk pengambilan makanan yang mengandungi omega-3 dan antioksidan juga boleh membantu menjadikan rambut leih sihat dan bersinar. Contoh makanan yang boleh anda makan adalah salmon, ikan kembung, tuna dan sardin. Selain itu, beberapa makanan yang lain adalah tiram, beri biru, tomato, walnut, brokoli, kidney bean.

 

Rambut kering dan gugur yang berpanjangan boleh menjadi tanda masalah kesihatan. Di atas adalah antara sebab rambut kering & cara mengatasinya cara mudah untuk membantu mengatasi masalah rambut kering. Jika masalah rambut anda masih berterusan, anda harus berunding dengan doktor untuk mendapatkan bantuan.

Sekiranya anda sedang mencari produk penjagaan rambut, klik sini.

Sumber:

  1. Hellodoktor
  2. Klikdokter

5 Punca Nafas Berbau Yang Perlu Anda Tahu!

Mempunyai penampilan yang menarik akan menyakinkan diri seseorang. Tetapi ia akan menjejaskan prestasi seseorang jika mempunyai masalah nafas berbau. Nafas berbau merujuk kepada bau mulut yang tidak menyenangkan disebabkan oleh jenis pengambilan makanan atau penyakit. Disini kami rungkaikan antara 5 punca nafas berbau.

Apakah agaknya punca yang menyebabkan nafas anda berbau?

5 punca nafas berbau adalah :

  1. Bakteria

Di dalam mulut, terdapat bakteria yang hidup di permukaan gigi, gusi dan lidah yang menyebabkan nafas berbau. Bakteria yang hidup di celah gigi dan juga boleh menyebabkan penyakit gusi dan gigi rosak. Bakteria ini lebih aktif dan membiak lebih banyak jika terdapat makanan yang tersekat di celah gigi atau di atas permukaan lidah.

Ambil makanan yang kaya dengan probiotik misalnya yogurt bagi tujuan menyingkirkan bakteria yang ada di dalam usus.

  1. Makanan dan minuman

Anatara makanan yang kuat baunya adalah bawang putih, petai dan rempah ratus. Minuman seperti alkohol dan kopi juga boleh menyebabkan nafas berbau. Kopi juga menyebabkan mulut menjadi kering dan nafas berbau.

  1. Mulut kering

Punca mulut kering adalah tidak minum air secukupnya. Mulut kering boleh menyebabkan nafas berbau. Ini kerana mulut anda tidak menghasilkan air liur yang secukupnya. Air liur berfungsi untuk membersihkan mulut dari bakteria selain membantu dalam proses penghadaman.

  1. Resdung

Radang di bahagian hidung yang di sebabkan oleh jangkitan virus dan bakteria boleh menghasilkan bau busuk apabila menarik nafas akibat kehadiran mukus atau nanah. Tonsil bengkak, juga boleh menyebabkan masalah mulut dn nafas berbau.

  1. Merokok

Merokok bukan sahaja menyebabakan nafas berbau malah menyebabkan warna gigi menjadi kekuningan. Selain itu, merokok juga meningkatkan risiko mendapat jangkitan gusi yang menyumbang kepada bau busuk di mulut.

 

Jadi, apa yang anda perlu lakukan untuk mengelakkan nafas berbau ialah:

  • Menjaga kesihatan mulut:
  • Memberus gigi, menggunakan bahan kumuran & menggunakan flos
  • Membersihkan lidah
  • Menjaga peralatan bagi yang memakai aplians ortodontik atau gigi palsu
  • Membuat pemeriksaan gigi secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun

 

  • Menjaga pemakanan:
  • Minum air dan kurangkan minum minuman yang mengandungi kafein
  • Lebihkan pengambilan sayur-sayuran berserat
  • Kunyah bunga cengkih atau gula-gula getah yang tidak mengandungi gula
  • Elakkan merokok atau minum alkohol
  • Dapatkan rawatan untuk penyakit gusi dan gigi

Untuk pengetahuan anda, bahan kumuran menyegarkan bau nafas untuk sementara waktu sahaja. Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian kerana penggunaan bahan kumuran sahaja tidak menyelesaikan punca masalah yang menyebabkan nafas anda berbau.

Jika nafas berbau berpunca dari resdung yang anda alami, anda boleh ikhtiar dengan produk Asmak Herbs iaitu kapsul resdung yang mana bahan-bahannya daripada herba-herba terpilih.

 

Sumber :

Doctoroncall

Myhealth

Ini Faktor Sakit Tekak Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang

Ramai orang yang pernah mengalami masalah sakit tekak. Ia adalah perkara yang amat tidak selesa jika terjadi pada setiap orang. Terutamanya jika anda seorang yang bekerja, ianya akan menjejaskan prestasi pada hari tersebut. Di sini kami kongsikan beberapa sebab sakit tekak yang anda mungkin tidak tahu.

Sakit tekak simptom biasa demam dan alergi. Sakit tekak merupakan salah satu simptom demam dan reaksi semua jadi badan terhadap alergi. Ketika anda mengalami sakit tekak atau gatal tekak, anda mungkin juga mengalami simptom lain seperti hidung berair, batuk atau kerap bersin.Jika anda mengalami semua simptom ini pada jangka masa yang pendek, anda mungkin mengalami demam biasa.

Tetapi, jika simptom ini diikuti dengan rasa gatal-gatal ataupun sakit mata dan berlaku dalam tempoh masa yang panjang, anda mungkin sedang mengalami reaksi alergi. Selalunya, alergi tidak akan sembuh dalam masa yang singkat. Simptomnya akan kekal sehingga alergen itu tidak lagi berada dalam tubuh badan anda.

Apakah itu alergi?

Alergi ialah tindak balas negatif badan kepada sesuatu bahan tertentu. Selalunya, bahan ini merupakan bahan biasa yang tidak menimbulkan iritasi atau kesan alahan kepada orang lain.

Ada pelbagai bahan yang boleh menjadi alergen. Sebagai contoh, anda boleh alah kepada habuk, debunga, kulapuk, makanan, dan binatang seperti kucing, anjing ataupun lipas.

Semua bahan ini boleh menyebabkan tindak balas alergi. Anda akan kerap bersin, mata berair dan rasa gatal tekak. Selalunya, seseorang itu akan mengalami alahan jika keluarganya juga mengalami alahan yang sama. Berbeza dengan demam, alahan tidak boleh berjangkit kepada orang lain.

sakit tekak

Simptom demam & alahan

  • Demam

Demam selesema selalunya berlaku selama 3-14 hari diikuti simptom seperti suhu badan yang tinggi, sakit kepala, sakit badan dan rasa penat atau letih yang amat sangat.

  • Alahan

Tetapi, simptom alahan pula boleh berkekalan selama berminggu-minggu. Reaksi kepada alergi boleh berlangsung selama mana anda terdedah kepada alergen tersebut. Walaupun simptom alergi dan demam kadangkala sukar untuk dibezakan, namun masih ada beberapa simptom yang ekslusif kepada demam dan alahan sahaja.

Sakit mata, nafas berbunyi dan gatal-gatal ataupun ruam pada kulit merupakan simptom alahan. Sakit dada, sakit badan, demam dan kepenatan merupakan simptom untuk demam selesema biasa. Walau bagaimanapun, jika anda tidak pasti tentang punca gatal tekak yang anda alami, berjumpalah dengan pakar untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya.

 

Rawatan demam dan alergi

Demam biasa akan beransur-ansur pulih jika anda mendapatkan rehat yang mencukupi. Ubat demam yang dijual di farmasi juga boleh digunakan untuk merawat demam. Tetapi, alergi tidak akan pulih selagi anda tidak dapat mengenal pasti punca sebenar alahan anda. Oleh itu, berjumpa doktor untuk merawat penyakit yang sedang anda alami adalah jalan penyelesaian yang terbaik dan selamat.

Jika anda sedang mengalami seperti masalah dia atas dan ingin mencari rawatan alternatif, sila klik sini.

 

Sumber:

Hellodoktor.com

Doctoroncall.com

Manfaat Madu Dalam Penjagaan Kulit

Madu adalah sumber makanan yang sangat sihat. Pelbagai kajian menunjukkan madu mempunyai manfaat kesihatan. Ini termasuklah manfaat madu untuk kulit. Cecair manis ini sering dimakan bersama makanan lain. Rasanya yang manis dan pekat sememangnya sangat enak sebagai pemanis dalam makanan.

Selain sebagai bahan makanan, madu juga digunakan untuk tujuan kosmetik. Antara manfaat madu untuk kulit ialah:

manfaat madu untuk kulit

  1. Memberi Kelembapan Pada Kulit

Salah satu cara terbaik untuk memberikan kelembapan yang mendalam pada kulit adalah dengan masker, iaitu rawatan yang digunakan untuk seluruh muka, dibiarkan untuk masa tertentu dan kemudian dibilas.

Masker madu boleh mengekalkan kulit cukup hidrat, menjadikan kulit sihat dan berseri.

 

  1. Mengatasi Jerawat

Madu sangat bagus untuk mengecutkan dan menghilangkan jerawat tanpa meninggalkan parut. Madu juga boleh merawat kulit dari dalam seterusnya menjadikan kulit lebih sihat dan licin.

Caranya, sapukan madu pada bahagian yang berjerawat, biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Amalkan sehingga jerawat hilang.

 

  1. Mencerahkan Kulit

Madu boleh membantu memutihkan anda dengan pelbagai cara. Ciri-ciri anibakterianya menenangkan keradangan dan mempertahankan kulit daripada kuman. Ia juga melembapkan kulit.

 

  1. Mengawal Kedutan

Kulit yang sihat adalah impian setiap wanita. Madu juga menjadikan kulit licin dan lembap, mengurangkan kedutan dan garis halus. Walau bagaimanapun, masker madu bukan penawar yang tetap untuk kedutan dan juga tidak semua jenis masker madu akan berfungsi dengan cara yang sama pada wajah untuk semua individu.

 

  1. Menyembuhkan Luka-Luka

Penggunaan masker madu pada luka terutamanya luka terbakar dapat membersihkan radikal bebas dan mengurangkan risiko parut dan kontraksi (kecacatan atau kekauan sendi).

Dalam kes luka bakar yang kecil, anda boleh terlebih dahulu membasuh Kawasan yang terjejas dengan air paip, dan apabila suhu telah turun, anda boleh menggunakan madu ke kawasan berkenaan. Madu boleh menjadikan rawatan efektif untuk luka. Ini boleh dikaitkan dengan kualiti anti-berjangkit. Madu juga boleh membantu dalam rawatan ulser.

Semoga perkongsian mengenai manfaat madu dalam penjagaan kulit ini membantu anda sentiasa tampil berseri. Sekiranya anda sedang mencari madu asli, boleh klik sini.

 

Sumber:

  1. Popmama
  2. Mingguan Wanita
  3. Doctoroncall

4 Cara Mengurangkan Kesan Lebam secara Semulajadi

Pernahkah anda mengalami lebam di bahagian anggota badan anda? Bagaimanakah perkara ini terjadi? Bahaya atau tidak apabila berlakunya lebam? Perkara ini seringkali menjadi tanda tanya ramai dalam kalangan masyarakat kita. Lebam pada tubuh badan seseorang muncul kerana pelbagai sebab. Ramai yang cenderung untuk mempercayai bahawa lebam dan hematoma adalah satu fenomena yang sama. Namun, sebenarnya, terdapat perbezaan tertentu. Jom ketahui lebih lanjut tentang perkara ini dan cara mengurangkan kesan lebam.

Memahami Punca Lebam

Lebam ialah perubahan warna kulit yang biasa berlaku disebabkan salur darah kecil pecah dan mengeluarkan darah pada bawah kulit selepas kecederaan. Darah dari salur darah yang terjejas di bawah kulit terkumpul pada bahagian berhampiran permukaan menunjukkan warna biru dan hitam. Tanda ini adalah dari perubahan warna kulit oleh sel darah merah dan kandungannya. Sebagai contoh jika kita jatuh, tangan atau kaki terkena dinding dan lebam. Saluran darah pada bahagian tangan tersebut telah pecah dan menyebabkan darah masuk dan berkumpul dalam tisu yang terlibat. Ini menyebabkan kawasan tersebut menjadi lebam/bengkak.

Peringkat Lebam

Pakar mengenalpasti peringkat lebam yang berbeza mengikut jenis kecederaan. Pada peringkat pertama dimana kecederaan kecil di bahagian kulit yang membuat seseorang merasa sakit ringan dan kemudian lebam selama beberapa hari. Seterusnya, pada peringkat kedua dimana seseorang mengalami kecederaan yang sedikit teruk sehingga warna lebam agak pekat. Kecederaan ini selalunya melibatkan kecederaan otot.

Peringkat lebam ketiga adalah kecederaan pada otot yang serius. kecederaan ini kadang-kala boleh merisikokan seseorang kerana kumpulan darah yang diluar saluran yang membentuk lebam itu tidak surut dan memerlukan rawatan yang serius.Tahap paling serius ialah peringkat kecederaan keempat. Dalam kes ini, bahagian anggota yang rosak akan kehilangan fungsi mereka.

Kredit: odisi.my

Cara mengurangkan kesan lebam

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan dan menghilangkan kecederaan. Namun, harus diingatkan bahawa cara ini digunakan apabila berhadapan dengan ‘soft tissue injury’ dan ianya mampu mengurangkan sedikit sebanyak perjalanan darah ke bahagian badan yang terlibat.

  1. Rest(rehat)
    Maksud ‘Rest’ di sini adalah tidak menggunakan anggota badan yang terlibat dengan kecederaan tersebut. Ini kerana pergerakkan anggota yang terlibat akan menambah pergerakkan darah ke kawasan tersebut. Ia bole menyebabkan bengkak semakin bertambah.
  2. Ice
    Gunakan Ais dan letakkan pada bahagian yang bengkak. Suhu ais yang sejuk akan menyebabkan saluran darah mengecut. Ini mengurangkan lagi pergerakkan darah kepada anggota badan yang cedera itu. Maka, bengkak yang terhasil tidak terlalu teruk.
  3. Compression(Tekanan)
    Gunakan ais tadi dan tekankan pada bahagian yang bengkak. Tekanan pada bahagian yang cedera juga akan menyempitkan saluran darah. Sama seperti kalau kita tekan getah paip, ia akan merencatkan pergerakkan darah ke tempat yang kita tekan.
  4. Elevation (Tinggikan)
    Anggota badan itu perlu ditinggikan sedikit daripada aras badan. Ianya juga bertujuan untuk mengurangkan perjalanan darah ke kawasan yang terlibat.
    Ini merupakan mneumonic yang selalu digunakan untuk merawat pesakit yang baru sahaja mengalami kecederaan tisu ataupun otot.

Kecederaan atau kemalangan kecil yang menyebabkan lebam boleh dikurangkan dengan cara-cara seperti di atas, namun sekiranya lebam di kawasan kulit anda berlarutan sehingga lebih dari 2 minggu, adalah disarankan untuk anda terus berjumpa dengan doktor. Keadaan seperti lebam semakin besar atau pekat tanpa sebab atau menyebabkan anda sukar untuk menggerakkan sendi, ataupun keadaan lebam anda lebih serius dari itu, anda mungkin perlu segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat atau  keadaan anda itu mungkin memerlukan rawatan dengan segera. Jaga diri, jaga keselamatan agar kemalangan-kemalangan sebegini dapat dielakkan.

Anda ingin cuba mengurangkan lebam dengan menggunakan Minyak Herba Asmak, boleh klik sini.

 

Kredit:

hellodoktor.com

myhealth.gov.my

7 Gejala Sesak Nafas & Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

Sesak nafas adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal. Selain itu, sesak nafas boleh berlaku secara kronik. Sesak nafas juga boleh datang secara tiba-tiba dan hilang dalam jangka masa beberapa hari setelah mendapat rawatan. Sesak nafas kronik adalah keadaan di mana sesak nafas berlaku secara berterusan dalam jangka masa yang lama. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk mengetahui gejala-gejala sesak nafas ini beserta rawatan supaya perkara yang lebih teruk dapat diatasi.

 

Oleh itu, hal ini perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular.

 

sesak nafas

  1. Sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit atau ketat dada, kemungkinan anda mengalami serangan jantung, pneumothorax (udara berada antara paru-paru dan dinding dada) atau pulmonary embolism(darah beku dari bahagian kaki telah bergerak ke paru-paru) .
  2. Sesak nafas mengikut episod disertai oleh bunyi seperti wisel (wheezing) atau batuk, kemungkinan andamenghidapi serangan asma atau jangkitan yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit.
  3. Sesak nafas yang berterusan dan semakin teruk disertai dengan sejarah pendedahan kepada asap rokok, habuk dan semburan bahan kimia anda mungkin menghidapi penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik (COPD).
  4. Bengkak dan mengalami sesak nafas semasa baring mendatar, kemungkinan andamengalami kegagalan jantung (heart failure).
  5. Jika anda cepat berasa letih, kelihatan pucat dan sesak nafas terutamanya bila melakukan aktiviti fizikal, anda mungkin mengalami anaemia.
  6. Bernafas dengan cepat disertai dengan rasa pening atau berasa kebas pada tangan atau sekitar mulut, kemungkinan anda mungkin mengalami hyperventilation (bernafas keterlaluan biasanya disebabkan oleh aktiviti fizikal yang berlebihan dan tekanan emosi).
  7. Jika anda demam, disertai hingus berair dan batuk berkahak kemungkinan andamengalami jangkitan saluran pernafasan (bronchitis) atau jangkitan paru-paru (pneumonia).

 

Selalunya pesakit akan dirawat seperti biasa bagi mereka yang sesak nafas. Iaitu pesakit akan diberikan gas oksigen melalui tiub.

Jika keadaan terlampau teruk berserta bacaan oksigen yang rendah, pesakit akan ditidurkan dan tiub akan dimasukkan ke dalam saluran pernafasan untuk membantu pesakit. Rawatan spesifik sesak nafas bergantung kepada punca masalah tersebut.

Sebagai contoh:

  • Jangkitan paru-paru:Pesakit selalunya akan diberikan antibiotik
  • Pulmonary embolism:Pesakit akan diberikan ubat cair darah untuk mencairkan darah yang menyumbati saluran paru-paru
  • Asma:Selalunya pesakit akan diberikan ubat pam untuk membuka saluran pernafasan yang sempit.
  • Serangan sakit jantung:Pesakit akan diberikan ubat cair darah untuk mencairkan darah beku yang menyumbati salur darah
  • Lemah jantung:Pesakit yang mengalami lemah jantung sering kali akan mempunyai air yang berlebihan di dalam badan. Pesakit akan diberikan ubat untuk melawaskan air kencing supaya kurangnya air dalam badan. Oleh itu, ia tidak akan terkumpul di dalam paru-paru
  • Penyakit Gastrik:Selalunya pesakit akan diberi ubat alkali untuk meneutralkan asid dalam perut

 

Akhir sekali, sekiranya sesak nafas anda berterusan dan menjadi semakin serius, anda perlulah segera berjumpa dengan doktor atau yang lebih pakar untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Sekiranya anda mengalami masalah yang sama dan ingin mencari produk untuk mengurangkan masalah sesak nafas klik di sini.

 

Kredit:

  1. diagnosa.com
  2. myhealth.gov.my

 

 

Shopping cart close