Ini Kelengkapan yang Wajib Disediakan Sebelum Bayi Lahir

Kelengkapkan untuk bayi baru lahir perlu lah disediakan dan tidak asing lagi mengujakan pasangan ibu dan bapa. Namun terkadang perkara ini menyebabkan segala persiapan bersalin dan menyambut bayi dibeli secara berlebihan. Jangan risau. Pembaziran ini dapat dielakkan dengan mengikuti beberapa senarai cadangan keperluan asas seperti di bawah. Barangan-barangan lain juga boleh dilengkapkan kemudian apabila si comel telah berada di dakapan anda.


1. Pakaian Bayi

Mulakan dengan hanya beberapa helai sahaja kerana tumbesaran bayi pada ketika ini sangat pantas. Pakaian bayi sesuai ditambah seiring dengan tumbesaran mereka dan pastikan ianya 100% daripada kain kapas. Cadangan bilangan pakaian bayi adalah: 3 baju lengan panjang dan pendek, 3 seluar panjang dan pendek, 2 helai bib bayi, 2 pasang stokin dan sarung tangan,2 helai penutup kepala atau topi, barut dan kain bendung.


2. Keperluan Menyusu Anak

Keperluan berikut adalah disarankan sekiranya anda memilih untuk meyusu badan: baju dalam khas menyusu, pengepam susu, bekas simpanan susu, botol serta puting susu, bekas rendalam stim, berus botol, penghangat botol, pad dan krim payudara. Bag pendingin bagi menyimpan susu yang dipam di pejabat juga boleh disediakan sekiranya anda bekerja. Jika anda memilih susu formula pula, anda perlu sediakan susu formula, termos air panas, bekas susu dan bekas air masak.

 

3. Kelengkapan Mandi Bayi

Tuala, minyak urut bayi seperti Minyak Herba Asmak, krim ruam bayi, kapas muka dan putik kapas adalah merupakan kelengkapan asas mandi untuk bayi. Tuala mandi disarankan untuk cari tuala yang lembut dan sekoranya tuala berhud, lebih mudah untuk membendung bayi. Selain itu, besen mandi bayi juga boleh dimasukkan dalam senarai namun anda boleh memanfaatkan sinki di rumah jika ianya cukup selesa.

Set mandian juga boleh dilengkapkan dengan adanya pengetip kuku, penyedutt hidung, termometer dan sikat.Kulit bayi sangat bersih dan tidak perlu kepada sebarang mandian khas. Anda disarankan untuk mencari mandian tanpa sabun yang mempunyai kadar pH5.5. 

Klik sini jika ingin mendapatkan Set Lengkap Asmak Baby Care

4. Keperluan Menyalin Lampin

Menyalin lampin adalah sekerap 10-12 kali dalam sehari. Pilihan di tangan ibu bapa sama ada ingin memilih lampin pakai buang atau kain. Lampin pakai buang hanya pek bersaiz S diperlukan dan saiz yang lebih bersesuaian hendaklah dibeli mengikut pembesaran bayi. Untuk pilihan lampin kain ianya bukan sahaja menjimatkan kerana boleh dipakai berulang kali namun ianya jua lebih mesra alam sekitar. Sediakan juga: Lapik kalis airr yang mudah dilap, tisu basah dan krim ruam.

 

5. Keperluan Tidur Bayi

Ibu yang menyusukan anak boleh menjadikan katil mereka untuk bayi mereka atau sekiranya anda memilih untuk menyediakan katil khas, pilihlah cot bayi yang boleh bertukar menjadi katil. Penyediaan seperti: tilam khas bayi, bantal, sarung bantal dan selimut khas untuk bayi yang lembut dan ringan, atau kelambu juga boleh disediakan jika dirasakan perlu.

 

6. Keperluan Perjalanan

Stroller yang boleh ditukar kepada tempat duudk khas kereta juga diperlukan untuk keselamatan bayi. Jika anda memilih baby pram, pastikan ia boleh diubah kepada posisi berbaring penuh. Tempat duduk khas terpakai juga boleh digunakan dan apa yang anda perlu pastikan ialah keselamatan barangan tersebut dan berfungsi baik sepenuhnya.

 

7. Keperluan Ibu

Keperluan asas untuk ibu pula yang perlu dibawa ke hospital termasuk: selipar jepun,stokin tebal, pad khas bersalin atau pad biasa, baju kain kapas yang longgar serta serap peluh. 

Kredit: littlelareyloves.com

 

Cadangan kelengkapkan untuk bayi baru lahir ini mungkin berbeza bergantung kepada pasangan ibu bapa masing-masing. Sedikit sebanyak diharap agar dapat membantu pasangan ibu bapa yang ingin membuat persiapan untuk kelahiran bayi anda nanti. Sedikit tips mudah, adakan wishlist dan kongsikan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga. Mereka tentu ingin menghadiahkan sesuatu nanti, sekaligus pembaziran dapat dilelakkan. Selamat berbahagia menyambut ahli keluarga yang baru!

Kredit: theasianparent

Tingkatkan Imunisasi Badan dengan Mengamalkan Madu Asli

Madu mengandungi banyak khasiat untuk tubuh badan kita dan sudah digunakan dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya. Ianya juga boleh meningkatkan imunisasi dalam badan kita jika kita mengamalkannya. Madu mengandungi bahan antibakteria dan antifungal, bahan ini digunakan oleh orang Mesir Purba dalam bidang perubatan

Khasiat madu sudah dibuktikan secara saintifik dan praktikal untuk kesihatan badan. Selain ianya manis, madu juga membekalkan anda dengan nutrisi yang penting untuk badan anda.

Penghasilan madu daripada lebah merupakan satu anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT, sepertimana Firman-Nya dalam surah An-Nahl, ayat 69 yang maksudnya: Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Tingkatkan Imunisasi Badan dengan Mengamalkan Madu AsliKredit: lokadata.id

Komponen-komponen yang terkandung di dalam madu lebah memiliki kesemua komponen keperluan di dalam hidup manusia. Disebabkan oleh sifat-sifat madu yang terkenal inilah,madu menjadi tumpuan para penyelidik dari pelosok dunia terutama dalam bidang kesihatan. Komponen-komponen yang dimaksudkan ialah:

1- enzim

2- vitamin

3- mineral

4- kandungan air dan 

5- pinocembrin antioksida

Salah satu elemen yang kaya dalam madu ialah pinocembrin iaitu bahan antioksidan yang berfungsi menghalang bahan-bahan radikal bebas bertindak ke atas sel-sel badan bertukar kepada kanser. Penemuan ini dimuatkan di dalam Journal of the Science of Food and Agriculture hasil kajian daripada Universiti Zagreb di Croatia. Selain itu, hasil kajian Profesor Madya Peter Charles Molan dari Universiti Waikato, New Zealand mendapati madu lebah mampu membunuh pelbagai jenis kuman sama ada daripada jenis bakteria, fungus atau protozoa. Bukan itu sahaja, madu lebah berfungsi sebagai antibiotik di mana ia mampu menembusi sistem pertahanan kuman sekaligus mencegah pembiakan dan jangkitan kuman. Penemuan ini merupakan  hasil kajian daripada University of Wales Institute Cardiff (UWIC). 

Sehingga kini, terdapat lebih 10,000 penerbitan saintifik kajian mengenai kesan-kesan madu dan lebih 250 ujian klinikal yang telah diterbitkan. Kajian di institusi-institusi tempatan juga banyak dijalankan. Penemuan daripada hasil-hasil kajian ini banyak membuktikan bahawa madu lebah banyak memberi manfaat kepada imunisasi kesihatan manusia dan khasiatnya kepada anggota dalaman manusia tidak dapat dipersoalkan lagi.

Sekiranya anda ingin mendapatkan Madu Asli produk keluaran Asmak, klik sini. 

Sumber:

myhealth.gov.my
researchgate.net
hmetro.com.my

 

5 Penyebab Kulit Gatal

Gatal-gatal ialah gejala yang boleh di alami oleh orang ramai. Perkara ini selalu berlaku terutamanya bagi mereka yang sudah berumur kerana kulit mereka lebih mudah kering berbanding kulit orang yang muda. Bergantung kepada punca masalah kulit gatal tersebut, ia mungkin kelihatan normal, merah, kasar dan ada di setengah kawasan anggota badan kita penyebab kulit gatal seolah-olah seperti bekas gigitan nyamuk (Bintat). Tabiat menggaru yang selalu akan menyebabkan kawasan kulit yang terlibat menjadi semakin tebal, mudah berdarah dan dijangkiti kuman.

 

Keadaan menjadi tidak seronok dan selesa apabila kita mengalami gatal-gatal yang berterusan, ini boleh menyebabkan gangguan kepada orang sekeliling dan membuat diri kita menjadi tidak selesa. Masalah ini mungkin berlaku pada sebahagian badan sahaja sebagai contoh di tangan atau di kaki. Tetapi ia juga boleh melibatkan seluruh badan dan bergantung kepada punca kegatalan kulit tersebut. Masalah ini boleh berlaku dalam jangka masa yang lama menyebabkan kawasan yang digaru itu menjadi tebal dan kering.

Terlalu kerap mengalami gatal-gatal, kadang-kadang pelik puncanya dari mana. Antara punca yang boleh dikongsikan ialah:

 

1. Kulit Kering

Kulit kering biasanya dipengaruhi oleh faktor lingkungan seperti cuaca panas     atau dingin dengan tingkat kelembaban yang rendah, penggunaan penghawa dingin dalam jangka masa yang panjang dan kerap mandi.

 

2.Penyakit Kulit & Ruam

Banyak penyakit kulit yang menyebabkan kulit gatal, seperti ekzema, psoriasis, kudis, kutu, cacar air, panau, gatal-gatal. Dalam isu ini, gatal biasanya mempengaruhi kawasan tertentu sahaja dan disertai dengan tanda-tanda lain, seperti merah-merah, dan melecet.

 

3.Gangguan Saraf

Banyak penyakit kulit yang menyebabkan kulit gatal, seperti ekzema, psoriasis, kudis, kutu, cacar air, panau, gatal-gatal. Dalam isu ini, gatal biasanya mempengaruhi kawasan tertentu sahaja dan disertai dengan tanda-tanda lain, seperti merah-merah, dan melecet.

 

4.Iritasi dan Reaksi Alergi

Kain, bahan kimia, sabun dan bahan lain boleh merengsakan kulit dan menyebabkan gatal. Kadang-kadang bahan tertentu boleh menyebabkan reaksi alergi, seperti alergi kosmetik. Alahan makanan juga boleh menyebabkan reaksi kulit gatal. Cara termudah untuk mengetahui ibahawa gatal akan muncul sejurus selepas kita menggunakan atau memakan bahan tertentu dan jika bahan atau makanan tersebut tidak digunakan, gatal-gatal akan hilang.

 

5.Ubat-ubatan

Reaksi terhadap ubat-ubatan, seperti antibiotic atau ubat anti-kulat boleh menyebabkan ruam dan gatal. Dikenali sebagai penghapusan dadah dan alahan dadah

 

Inilah antara sebab yang mana ramai tak tahu dan tak ambil tahu. Jika mengalami gatal-gatal pada kulit seluruh badan yang sangat kerap, sebaiknya cari insentif secepatnya atau dapatkan nasihat dari doctor pakar kulit.

Sekiranya anda mengalami masalah seperti ini dan sedang mencari produk untuk mengurangkan rasa gatal-gatal yang berpanjangan klik disini

https://www.honestdocs.id/penyebab-gatal-pada-kulit

7 Sebab Kenapa Susu Dalam Badan Ibu Kurang

Mesti ramai ibu-ibu yang mengalami masalah kurang susu dalam badan ataupun tiada langsung susu dalam badan. Paling menyedihkan bila anak dah sedia nak menyusu tapi susu keluar nak tak nak kadang tak keluar langsung.Terdapat 7 sebab kenapa susu badan ibu kurang yang boleh kita kenal pasti.

Setiap ibu pasti inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Sebab ramai yang bercita-cita ingin susukan anak masing-masing sekurang-kurangnya 2 tahun. Kerana kita tahu khasiat susu ibu yang tiada bandingan. Even susu paling mahal pun tak boleh lawan susu ibu. Tetapi tempoh penyusuan bukanlah satu perjalanan yang mudah. Ada ups dan down nya dan kadang-kadang akan berlaku susu badan semakin berkurangan. Mungkin ramai yang di kalangan ibu-ibu yang kurang pengetahuan tentang kenapa susu badan boleh berkurang.

 

1. Ibu mengalami tekanan

 

Perkara ini selalu terjadi disebab ibu-ibu stress, terlalu banyak perkara yang difikirkan dan menyebabkan susu dalam badan berkurang. Emosi yang tidak stabil ,menyebabkan ibu tidak gembira dan hormon oxytocin berkurang. Hormon oksitosin ini sangat berkait rapat dengan perasaan si ibu. Jika ibu tidak gembira, susu ibu akan berkurang kerana badan tidak memberi galakan kepada hormon ini untuk bertugas sebaiknya. Sebab itu pentingnya untuk ibu-ibu kurangkan stress, ia bukan mudah untuk tidak stress langsung. Tetapi kurangkan dan berfikirlah secara positif tentang apa yang sedang berlaku.

 

 

2.Faktor Pemakanan

ia juga boleh menyebabkan susu dalam badan makin berkurang. Ibu menyusu perlu mengambil makanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang membantu ibu bertenaga dan tidak mudah penat. Pemakanan yang seimbang juga membantu susu ibu jadi lebih berkualiti. Susu yang berkualiti mampu mengenyangkan bayi dengan lebih cepat. Oleh itu,  kurangkan makanan yang mengandungi banyak perisa, gula, garam atau makanan segera. Banyakkan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

 

3.Kekerapan Bayi Menyusu

Kekerapan bayi menyusu turut menjadi salah satu punca susu dalam badan berkurang. Semakin bayi membesar, mereka akan semakin kurang menyusu dengan ibu. Ini menyebabkan kurangnya refleks kepada payudara. Hal ini secara automatik akan mengurangkan susu ibu. Sebaiknya, jika ingin mengekalkan penghasilan susu ibu yang banyak, ibu perlu konsisten mengepam walaupun anak tidak menyusu kerap seperti dulu.

 

4.Bayi Tidak Menyusu Dengan Efektif

Hal ini selalunya berlaku pada awal kelahiran. Bayi selalunya tidak melekap dengan betul pada payudara. Ini menyebabkan susu ibu tidak keluar dengan efektif dan payudara ibu tidak dikosongkan sepenuhnya. Bila payudara tidak dikosongkan sepenuhnya, badan akan mula hasilkan susu ibu berdasarkan permintaan yang sedikit daripada bayi itu.

 

  • Kurang Demand Dan Supply

Perkara penting dalam penyusuan susu ibu adalah demand atau permintaan daripada bayi. Bayi yang telah minum susu formula, mungkin kurang menyusu susu ibu kerana lebih menggemari susu formula. Apabila bayi kurang menyusu, badan akan sampaikan signal kepada otak yang bayi tidak perlukan susu yang banyak. Kerana itu, supply atau bekalan susu ibu untuk bayi akan berkurang.

 

5.Pengambilan ubat-ubatan

Ada sesetengah ubat boleh mempengaruhi hormon oksitosin dan prolaktin yang terlibat dalam penghasilan susu ibu. Ibu tidak dibenarkan ambil sebarang ubat tanpa dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa ubatan. Jika tersalah Langkah, ia akan menyebabkan susu ibu berkurang.

6.Kurang Minum Air

Susu badan ibu kurang

Kredit: siraplimau

Para ibu kurangnya minum air. Antara sebabnya ialah Ibu yang mengamalkan Breastfeeding perlukan air yang banyak bagi mengcukupkan keperluan air di dalam tubuh. Susu ibu sendiri terdiri daripada 70% air. Dahlah baby hisap yang 70% tu, badan kita pastilah perlu banyak air lagi untuk bekalkan susu ibu untuk penyusuan seterusnya. Air juga penting buat ibu  untk elakkan dehidrasi dan ibu berasa cepat dahaga. Banyakkan minum air untuk si manja ibu.

 

Inilah dia 7 punca kenapa ibu kurang susu dalam badan, seeloknya kurangkan atau jangan lakukan perkara di atas. Kegembiraan ibu bila tengok si manja happy dan sentiasa kenyang.

 

Sekirang ibu-ibu mengalami masalah kurang susu dalam badan dan ingin mencari produk yang boleh menambah susu badan, klik disini.

Kredit :

  1. keluarga hebat

8 Cara-cara menghindari jerawat pada kulit muka anda

Apakah itu jerawat?

Jerawat adalah keadaan di mana terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit berlaku.  Masalah kulit ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati.

Masalah jerawat yang berbeza mungkin berpunca daripada pelbagai faktor, maka rawatan yang diperlukan juga adalah berbeza. Lagi cepat anda tahu dan bermula menangani masalah jerawat anda, lagi cepat pemulihan kulit anda berlaku.

 

Tahukah anda terdapat beberapa jenis-jenis jerawat ?

Antaranya ialah:

  • Jerawat tanpa keradangan seperti bintik hitam dan bintik putih.
  • Jerawat berserta keradangan kulit dan mengandungi nanah.

 

 

Peringkat-peringkat jerawat yang perlu anda ketahui.

Jerawat terhasil apabila folikel rambut tersumbat oleh lebihan minyak.  Minyak bersama-sama sel kulit mati dan bakteria akan terperangkap di bawah permukaan kulit.  Ini menyebabkan pembengkakan dalam pelbagai bentuk dan saiz.  Masalah jerawat yang ringan seperti bintik hitam dan bintik putih boleh dirawat dengan ubat yang boleh diperolehi dari kedai farmasi. Masalah jerawat yang sederhana dan teruk memerlukan rawatan dari dermatologis.

 

Ia juga menjadi punca kepada jenis jerawat berikut:

1) Bebintik hitam

Bebintik hitam ialah folikel rambut yang telah tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Bebintik hitam boleh membentuk dua jenis bintik; jerawat hitam dan jerawat putih.

  • Jerawat biasa (Papul)
    Papul berlaku apabila pori-pori tersumbat meledak dan menjadi radang. Bakteria P.acnes juga merangsang keradangan dan pembentukan papul. Ia adalah bentuk luka jerawat yang paling ringan. Papul biasanya berupa seperti bintik kecil, merah atau merah jambu.
  • Jerawat Besar (Pustul)

Apabila jerawat menjadi besar dan membengkak, ia dipanggil Pustul.

Jenis jerawat ini kelihatan seperti jerawat putih tetapi biasanya ia bermata dan dikelilingi tanda merah keradangan.

2) Jerawat yang menyakitkan (Nodul & Sista)

Jerawat yang paling sukar dirawat ialah nodul dan sista. Jerawat ini paling menyakitkan dan paling besar saiznya. Nodul ialah bintik besar dan keras yang tumbuh di dalam kulit. Sista pula, bintik bermata yang besar tetapi lembut dan rupanya seperti bisul.

 

8 Cara-cara menghindari jerawat?

  • Elakkan memicit jerawat
  • Jangan kerap menyentuh muka
  • Minum banyak air kosong
  • Amalkan makananyang seimbang
  • Ambil vitamin secara sederhana
  • Tukar alat solek, span dan berus setiap 6 bulan sekali bagi mengelak pertumbuhan bakteria.
  • Gunakan penyegar dari bahan semulajadi seperti jus lemon, kulit pisang dan teh hijau untuk kulit yang berminyak.
  • Guna alat solek/ produk penjagaan diri  ‘bukan-komedogenik’.

 

Akhir sekali, cara-cara menghindari jerawat haruslah dipraktikkan supaya dapat melahirkan kulit wajah yang berseri serta sihat. Bahan-bahan yang mempunyai bahan kimia yang berlebihan haruslah diabaikan. Selain itu, untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan cantik juga mesti menggunakan bahan semula jadi yang mendapat kelulusan dari pihak yang sah.

 

Sekiranya anda mengalami masalah yang sama dan ingin mencari produk untuk mengurangkan masalah ekzima klik di sini.

 

 

Credit:

myhealth

cetaphil.com

 

7 Punca-punca anda mengalami ekzema

Apa itu ekzema ?

 

 

 

Ekzema biasanya terjadi kepada bayi atau kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai Atopic Dermatitis (kulit).

Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan pada kulit.

Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.

Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.

Terdapat beberapa jenis ekzema yang lazim ialah:

Selain itu, ekzema juga boleh dikelaskan mengikut kawasan kulit yang mengalami ekzema seperti ekzema tangan dan ekzema telinga.

 

Rawatan untuk penyakit ekzema?

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit ruam merah, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen, krim atau pelembap kulit untuk jangka masa yang pendek.

Terdapat banyak variasi pelembap. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah  untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.

Anda mungkin perlu menggunakan kuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika.

 

Punca-punca Ekzema berlaku:

Punca sebenar masalah kulit ini tidak diketahui, tetapi gen juga mungkin memainkan peranan. Kebanyakan kanak-kanak mempunyai kira-kira satu dalam lima peluang untuk terkena asma, tetapi jika anda atau pasangan anda memilikinya, ini meningkat kepada kira-kira tiga dalam lima. Sekiranya anda dan pasangan anda mempunyai ekzema, anak anda mempunyai empat peluang untuk membangunkannya.

Bagaimanapun, anak anda juga boleh terdedah kepada pencetus ekzema seperti:

  • Sabun, mandi dan produk penjagaan kulit, dan pencuci pakaian
  • Kain sintetik atau bulu, atau pakaian yang dibuat menggunakan pewarna tertentu
  • Alergen alam sekitar, seperti haiwan peliharaan, debunga dan habuk rumah tangga
  • Alergen makanan, seperti susu, telur, apa, kacang soya dan kacang tanah
  • Persekitaran yang luar biasa panas atau sejuk
  • Kulit terlalu kering, gatal dan sensitif terhadap kepanasan atau sebarang permukaan kasar
  • Infeksi virus

 

Simptom-simptom:

  • Kulit menjadi kemerahan, bersisik dan bertukar warna
  • Kulit menjadi bengkak dan berair
  • Timbul tompok-tompok yang kering dan gatal pada muka, tangan, kaki dan leher

 

Akhir sekali, jika anda khuatir bayi anda akan mengalami ekzema, semasa awal kelahiran lagi, ibu yang menyusukan bayi perlu berjaga-jaga dengan pengambilan makanannya. Anda perlu mengelak daripada makan makanan yang mengandungi pencetus ekzema seperti susu lembu, kacang dan kerang. Berjumpalah dengan doktor jika bayi anda ada menunjukkan tanda-tanda ekzema. Sebaik-baiknya, pencegahan awal adalah lebih baik untuk si manja.

 

Sekiranya anda mengalami masalah yang sama dan ingin mencari produk untuk mengurangkan masalah ekzima klik di sini.

 

Rujukan:

  1. https://www.Myhealth.gov.com 
  2.  https://ms.wikipedia.org/wiki/Ekzema
  3. https://www.babycenter.com.my/a1045604/ekzema-bayi-sebab-simptom-rawatan-dan-krim
  4. https://hellodoktor.com/keibubapaan/penjagaan-kanak-kanak/ekzema-bayi-apa-yang-anda-perlu-tahu

Makanan yang perlu dielakkan untuk ibu menyusu

Walaupun ramai wanita yang sangat sedar apa yang mereka makan semasa kehamilan mereka, sebahagian daripada mereka lupa bahawa terdapat juga beberapa garis panduan pemakanan yang mereka perlukan untuk mengikuti ketika penyusuan badan juga.

ASAS PENYUSUAN

Penyusuan adalah disyorkan dengan meluas kerana banyak manfaat kepada kesihatan. Malah, bayi susu ibu mempunyai risiko lebih rendah untuk mendapat penyakit seperti virus perut dan jangkitan telinga. Kanak-kanak yang diberikan susu badan juga kurang berkemungkinan untuk alahan atau menjadi gemuk, dan ia juga kelihatan mempunyai kesan positif kepada kecerdasan kanak-kanak. Ibu juga boleh mendapat manfaat  – ia dapat mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari dan juga berisiko rendah untuk mengalami kemurungan selepas bersalin.

Semua manfaat ini mendorong para ibu untuk memilih susu ibu walaupun pada hakikatnya ia boleh menyusahkan, memakan masa atau sakit dalam beberapa kes. Dan, ia sudah tentu tidak semudah untuk menyusu di khalayak ramai seperti hanya tarik keluar sebotol susu formula. Tetapi ramai ibu memilih untuk membuat pengorbanan ini untuk anak mereka, termasuk mengorbanan pemakanan mereka.

MAKANAN PERLU DIELAKKAN

Terdapat beberapa makanan yang harus dielakkan oleh wanita yang sedang menyusukan, termasuk:

1. Makanan pedas: Rempah seperti kari dan kayu manis, dan makanan seperti bawang, cili dan lada boleh menyebabkan sakit perut bayi, jadi jumlah pengambilannya perlu dihadkan. Perhatikan tanda-tanda sakit perut, cirit-birit atau muntah-muntah, yang mungkin menunjukkan bahawa sistem penghadaman bayi tidak boleh mengendalikan makanan ini.

2. Buah-buahan sitrus:Seperti makanan yang pedas, buah-buahan sitrus berkemungkinan agak kasar pada perut bayi. Keasidan dan kandungan vitamin C yang tinggi dalam nanas, oren, lemon dan buah-buahan sitrus yang lain boleh menyebabkan bayi sakit perut atau ruam. Hadkan pengambilan bergantung kepada reaksi bayi anda terhadap makanan ini.

3. Sesetengah sayur-sayuran:Ibu-ibu perlu mempunyai sayuran dalam diet mereka, tetapi bagi sesetengah orang ia perlu dimakan hanya dalam kuantiti yang kecil kerana mereka boleh menyebabkan gas kepada bayi. Sayur-sayuran termasuk kubis, kubis bunga, timun dan brokoli. Kacang juga termasuk dalam kategori ini.

4. Tenusu:Sesetengah bayi boleh menjadi kolik jika ibu makan produk tenusu terlalu banyak. Elakkan memakan produk tenusu dalam jumlah yang besar dan perhatikan bagaimana bayi anda bertindak balas kepada produk yang berbeza.

5. Ikan yang mengandungi raksa: Elakkan king mackerel, ikan todak, tilefish dan yu. Ini mengandungi tahap merkuri yang boleh membahayakan bayi. Solid white dan albacore tuna mengandungi tahap merkuri sederhana, jadi hadkan pengambilan ikan dari jenis ini.

6. Kafein:Kafein harus terhad kepada jumlah yang kecil supaya tidak mengganggu corak tidur bayi. Kafein juga boleh menyebabkan gejala seperti gemuruh dan kerengsaan untuk bayi.

7. Alkohol:Jika ibu mahu minum, dia harus menghadkan pengambilannya dan membenarkan masa yang cukup untuk alkohol untuk keluar dari sistem sebelum meneruskan penyusuan. Ia biasanya mengambil masa kira-kira dua jam untuk badan untuk memproses minuman beralkohol.

8. Coklat:Coklat mengandungi kafein dan boleh membuat bayi bergas, jadi ibu-ibu perlu had pengambilan makanan ini.

9. Peanuts:Beberapa kajian menunjukkan bahawa bayi yang menyusui dari seorang ibu yang makan kacang tanah boleh menyebabkan alahan kacang. Walaupun tidak ada bukti kukuh membuktikan fakta ini, ibu-ibu perlu lebih berhati-hati.

10. Lemak tepu dan trans -lemak:Makanan yang mengandungi paras lemak yang tidak sihat ini tidak baik untuk bayi anda. Tepu dan trans-lemak boleh mengurangkan pengeluaran Omega 3, yang penting bagi pertumbuhan bayi dan perkembangan.

11. Racun:Ini sememangnya bukan makanan, tetapi pelbagai jenis produk makanan boleh mempunyai racun perosak atau racun serangga, jadi ia perlu dibasuh dengan teliti atau kupas kulit sebelum makan. Anda juga boleh memilih dari hasil organik.

MAKANAN YANG BAIK UNTUK MAKAN

Secara umumnya, wanita yang sedang menyusukan harus memberi tumpuan kepada pengambilan diet yang sihat dan seimbang. Ini biasanya memenuhi keperluan pemakanan dalam susu ibu. Ibu-ibu perlu menambah 200 hingga 500 kalori tambahan ke dalam diet ini untuk menampung keperluan dalam penyusuan.

Terdapat beberapa makanan yang sangat bermanfaat untuk diberikan kepada bayi melalui susu ibu, termasuk:

1. Karbohidrat kompleks:karbohidrat Kompleks dalam bijirin penuh, skuasy, epal, beri dan beras perang adalah berkhasiat dan membekalkan tenaga.

2. Lemak yang sihat:Ini termasuk lemak mono dan politaktepu, seperti yang terdapat dalam ikan salmon, avokado dan kacang, dan yang besar untuk diet anda.

3. Protein:Makan daging tanpa lemak, telur, kacang dan makanan protein penuh yang lain untuk pertumbuhan dan perkembangan untuk bayi anda.

4. Kalsium:Susu, keju dan yogurt adalah sumber kalsium yang baik yang diperlukan bayi, cuma diingatkan untuk tidak mengambilnya terlalu banyak.

5. Buah-buahan dan sayur-sayuran:lobak, keledek, tembikai, tomato dan buah-buahan lain dan sayur-sayuran membekalkan vitamin dan nutrien penting.

6. Air:Pastikan anda mendapat air yang banyak. Air kencing berwarna cerah adalah tanda bahawa anda well-hydrate.

7. Vitamin: Ibu boleh terus mengambil vitamin pranatal untuk bulan pertama penyusuan. Kemudian, mereka boleh kembali ke multivitamin biasa.

NOTA MENGENAI DIET

Ramai ibu-ibu yang baru sangat ingin menurunkan berat badan seperti sebelum kehamilan mereka, tetapi mereka yang sedang menyusukan perlu merancang untuk menurunkan berat badan secara beransur-ansur dari masa ke masa. Ibu-ibu memerlukan kalori bukan hanya untuk bayi, tetapi juga untuk stamina mereka sendiri apabila menjaga bayi yang baru lahir. Malah, dengan mengurangkan berat badan terlalu cepat akan membebaskan toksin dalam badan yang berakhir di dalam susu ibu. Hanya makanan yang sihat dan bersenam secara sederhana dan berat badan akan berada pada kadar yang sihat untuk anda dan bayi anda. Klik disini.

Makanan Ibu Menyusu Perlu Elakkan

 

Kredit :

SusuUntukIbuHamil

MajalahPaMa

Gunakan 10 tips mudah ini agar bayi tidur nyenyak dan lena

Anak-anak yang tidak mendapat tidur yang secukupnya akan mengganggu tumbesaran dan perkembangan otak mereka. Emosi juga akan menjadi kacau bilau. Masalah yang ibu dan bapa sering hadapi sekarang adalah tak tahu nak atasi masalah sebegini, maka keraplah berlaku episod-episod tantrum, episod tunjuk perasaan yang menguji kesabaran kita dan macam-macam lagi.

 

Apakah tips untuk mudahkan anak tidur malam? Jom baca di bawah:

 

  • Perhatikan Tanda-tanda Bayi Anda Hendak Tidur

Kenapa ianya penting untuk anda faham dan ‘alert’ apabila bayi anda hendak tidur? Langkah ini merupakan langkah yang paling penting dan terawal dalam memastikan tidur yang lena sepanjang malam.

 

Anda mesti pernah mengalami situasi dimana bayi anda terjaga apabila dia baru sahaja hendak tidur. Akibatnya, bayi anda akan merengek dan tidak tidur dengan baik selepas itu. Tambahan lagi, anda pun tidak dapat tidur!

 

  • Latih Bayi Anda Dengan Rutin Sebelum Tidur

Antara rutin yang boleh dilatih untuk bayi adalah mandi dengan air suam sebelum tidur. Mandian ini dapat merehatkan bayi serta dapat membantu bayi anda tidur dengan lebih lena dan selesa. Bedungkan bayi anda selepas mandi. Bedung dengan selesa ya. Jangan terlalu ketat sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepadanya.

 

  • Amalkan Sentuhan Magis

Apa yang ‘magic’ tu? Percaya atau tidak, bayi pun perlukan urutan badan sebelum tidur. Kajian dari Universiti Miami melaporkan, bayi dan kanak-kanak yang diurut sebelum tidur selama 15 minit mampu untuk tidur lena tanpa terjaga.

 

  • Mainkan Bunyi-bunyian Yang Menenangkan

Lagu-lagu tradisi yang menenangkan dapat mengimbaukan kembali bayi anda ketika di dalam rahim anda. Degupan jantung dan darah yang mengalir di dalam badan anda membuatkan bayi anda sudah biasa dengan bunyi-bunyian. Bagi muslim, alunan zikrullah dan ayat suci al-quran sudah tentu menjadi pilihan utama buat para ibu dan bapa.

 

  • Buaikan Bayi Anda

Pergerakan buaian atau kerusi tidur bayi boleh membuatkan bayi anda terbuai-buai sehingga tertidur lena. Sebab itu kita selalu lihat bayi diletakkan di dalam buaian jika hendak tidur. Ayunan buaian dapat meredakan keadaan bayi dan tidak lama selepas itu bayi anda telah lena dibuai mimpi.

 

  • Ajarkan Bayi Anda Perbezaan Siang Dan Malam

Pada waktu malam, pastikan lampu sedikit malap berbanding kecerahan di waktu siang. Selain itu, suasana malam sepatutnya lebih sunyi berbanding waktu siang. Kebiasaan ini dapat membantu bayi anda tidur lena dan lebih lama di waktu malam. Serta tidur lebih singkat di waktu siang.

 

  • Biarkan Bayi Anda Tidur Semasa Menyusu

Menyusu badan merupakan perkara yang paling berharga buat si ibu dan anak. Kebiaasaannya, bayi mudah tertidur apabila menghisap susu ibunya. Hal ini kerana, hormon-hormon akan terhasil dan menimbulkan keselesaan buat bayi dan ibu.

 

  • Tidur Sekali Dengan Bayi

Kajian menunjukkan bahawa, bayi dan ibu yang mempunyai kitaran tidur yang sama boleh membantu untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

 

  • Bau-bauan ibu

Maksudnya, gantikan tempat si ibu dengan baju atau apa sahaja yang boleh membuatkan bayi anda merasakan anda berada disisinya. Ketika di awal kelahiran, deria bau antara deria yang sangat tajam bagi bayi.

 

  • Elakkan Pengambilan Kafein Bagi Ibu

Kafein bukan sahaja perlu dielak ketika hamil, juga semasa anda menyusukan bayi, anda juga perlu buang senarai minuman berkafein di dalam kepala. Minuman yang mengandungi kafein terdiri dari teh, kopi dan minuman bikarbonat (minuman bergas).

Bayi akan terkesan jika minum susu ibu yang mengandungi kafein. Lebih mengerikan, badan bayi mengambil masa sehingga 97 jam untuk hilangkan kesan kafein dari tubuhnya menyebabkan bayi lebih susah untuk tidur

 

Cadangan tempat tidur bayi dari kementerian kesihatan:

  • Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
  • Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada bahagian-bahagian kecil dan penghadang katil yang tidak selamat.
  • Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
  • Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.
  • Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
  • Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.
  • Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.
  • Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
  • Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.

 

Meskipun bayi masih kecil

Dengan melakukan cara tidurkan bayi seperti di atas, apabila sudah terbiasa, bayi akan mudah tidur. Selain itu, bayi kurang terjaga pada tengah malam dan Berjaya mendapatkan tidur yang berkualiti. Jom klik link disini.

Tips Mudah Bayi Tidur Lena

 

 

Kredit:

MomQhalif
TheZuriat

Jom ikuti panduan pantang larang yang bermanfaat ini

Ibu jangan lalai ketika berpantang, ikut panduan pantang larang yang bermanfaat ini

 

5 Aktiviti yang mesti dielakkan oleh wanita berpantang. Bahaya!

Dalam kehidupan moden kini, lebih ramai wanita yang memilih untuk berpantang di rumah sendiri. Mungkin lebih mudah kerana masing-masing bekerja. Ibu ayah pula bukan sihat sangat, tak nak menyusahkan mereka pula. Suami pun boleh tolong uruskan kerja-kerja rumah yang tergendala, lebih-lebih lagi kalau ada anak kecil yang lain. Namun orang muda mungkin dah ramai yang tak berapa faham tentang keperluan serta cara berpantang yang betul.

 

  1. 1.       Mengangkat barang berat

Memang banyak baju bayi yang nak dicuci ketika dalam tempoh berpantang. Bayi memang kerap muntah, berak, dan kencing. Boleh jadi ia terkena pakaian, kain alas, bedung, atau cadar. Itu pun belum masuk pakaian sendiri yang tertumpah susu, terkena darah, dan sebagainya.

Seeloknya dapatkan suami untuk membantu anda. Tapi dalam kes tertentu mungkin anda juga perlu melakukannya sendiri. Jadi, elakkan mengangkat baldi yang berat, lebih-lebih lagi di bilik air. Keadaan lantai yang licin menjadikan kerja ini lebih membahayakan.

 

  1. 2.       Naik turun tangga

Sekiranya anda tinggal di rumah 2 tingkat dan bilik anda berada di atas, seeloknya cuba uruskan agar semua barangan anda telah berada dekat dengan anda.

Elakkan aktiviti naik turun tangga yang terlalu kerap kerana ia boleh mengganggu jahitan atau luka bersalin. Berjalanlah dengan perlahan dan jaga langkah anda untuk mengelakkan daripada terjatuh.

Kalau nak mudah, sediakan satu ruang khas untuk anda dan bayi di tingkat bawah saja agar anda tak perlu naik ke atas dengan kerap.

 

  1. 3.       Berenang

Bersenam adalah amat digalakkan selepas bersalin. Namun, ia bergantung kepada kesediaan tubuh anda untuk mula beraktiviti. Sebaiknya, dapatkan kepastian sama ada anda sudah boleh memulakan aktiviti senaman seperti berenang.

 

Andainya luka anda telah sembuh dan tiada masalah kesihatan lain, biasanya anda boleh mula berenang selepas minggu keenam. Jika tidak, anda boleh lakukan senaman ringan di rumah saja seperti senaman Kegel, berjalan, dan regangan supaya tubuh terasa lebih cergas.

 

  1. 4.       Memandu

Kalau boleh, elakkan memandu jarak jauh dalam tempoh berpantang kerana ia boleh meletihkan. Ini akan membahayakan nyawa anda dan pengguna jalanraya yang lain. Berhentilah apabila letih dan berehat di RnR apabila rasa tidak selesa.

Ada masanya ibu terpaksa memandu untuk melawat bayi yang ditahan di hospital. Dalam kes ini, anda boleh memandu sendiri, namun pastikan anda tetap berhati-hati dan memakai tali pinggang keledar dengan selesa.

Jika perlu membawa bayi bersama, gunakanlah ‘car seat’ dengan betul.

 

  1. 5.       Hudungan seksual

Tubuh anda, terutamanya bahagian vagina dan rahim anda memerlukan masa untuk pulih daripada luka bersalin.Oleh sebab itu, doktor biasanya menyarankan anda untuk menunggu sekitar 4-6 minggu sebelum melakukan hubungan seksual dengan suami. Ini adalah penting bagi mengelakkan risiko jangkitan, pendarahan serius atau luka yang terbuka.

Suami haruslah memahami keadaan isteri dan pastikan mereka sudah bersedia sebelum kembali melakukan aktiviti seksual. Bincangkan posisi yang selesa dan tidak ‘menakutkan’. Kesefahaman amat penting kerana kehidupan seksual anda mungkin akan berubah selepas ini.

 

 

5 Kesilapan semasa berpantang sendiri

 

  1. Tiada perancangan

Walaupun berpantang sendiri, anda perlu ada perancangan agar anda mampu mengurus keluarga di samping menjaga kesihatan diri dan bayi.

Pada awalnya, mungkin anda akan mengambil masa untuk mencari rentak, namun tetapkan objektif anda dan utamakan kesihatan diri.

Contohnya, bangun awal pagi supaya anda dapat mengurus diri, memasak, atau bersarapan sambil meminta suami untuk menjaga bayi sebelum pergi ke pejabat. Atau, anda boleh bergilir dengan suami untuk memandikan bayi. Dengan cara ini, anda mempunyai sedikit masa berkualiti untuk diri sendiri.

 

  1. Malas berbengkung

Bengkung ini bukan saja dipakai untuk mengembalikan kelangsingan, tetapi ia juga mempunyai kelebihan dari segi kesihatan lepas bersalin. Amalan berbengkung dapat mengecutkan rahim yang bengkak serta turut membantu menetapkan kedudukan peranakan daripada ‘jatuh’. Ia juga memperbaiki postur, menghilangkan sakit belakang dan mempercepatkan keluar darah kotor.

 

Selain itu, kita pun lebih selesa dan yakin untuk bergerak, sekaligus memudahkan proses penyusuan badan.

Sekarang sudah terdapat pelbagai jenis bengkung moden yang dijual di pasaran. Kalau dulu alasannya susah nak pakai yang bertali, kini ada jenis ‘zap on’ atau berzip. Mudah saja. Jadi, jangan malas ya!

 

  1. Tak pakai stokin

Pemakaian stokin sewaktu berpantang juga sering dipandang enteng. Kalau diikutkan petua orang-orang dahulu, memang mereka akan benarkan ianya ditanggal semasa mandi atau ke tandas saja. Alasannya panas, tak selesa, dan leceh.

Seeloknya, ia perlu dipakai setiap masa. Malah, kajian saintifik ada menunjukkan bahawa tidur dalam keadaan berstokin mempunyai banyak manfaatnya untuk kesihatan. Walaubagaimanapun, sebagai ganti stokin, boleh juga memakai selipar lembut yang sesuai dipakai di dalam rumah. Asalkan ada lapik di antara kaki kita dengan lantai.

 

Amalan ini bertujuan mengelakkan urat kaki kita daripada bersimpul dan mengelak ‘angin’ memasuki badan kita. Bila rasa tak bermaya pening-pening lalat dan sebagainya, itulah tandanya badan kita dimasuk ‘angin’.

 

  1. Abaikan kesakitan

Sewaktu berpantang, memang kita akan selalu sakit-sakit badan. Ada beberapa lagi amalan yang amat bermanfaat untuk membantu mengembalikan kesegaran tubuh wanita berpantang seperti bertungku dan berurut. Dengan kedua-dua amalan ini, ia akan mempercepatkan proses pemulihan luaran dan dalaman.

Selain itu, boleh juga ‘request’ dengan bidan untuk urut melancarkan pengeluaran susu badan. Jika tidak, kita boleh demam akibat susu tersumbat atau bengkak susu yang melimpah ruah.

 

Mereka juga boleh memberi khidmat nasihat jika anda mempunyai masalah berkaitan kesihatan semasa dalam pantang. Bidan dan tukang urut zaman sekarang bukan hanya mengikut adat semata-mata, tetapi kebanyakannya memahami cara hidup moden dan boleh memberi nasihat yang praktikal berdasarkan fakta sains dan hukum agama. Namun, jangan teragak-agak berjumpa doktor sekiranya anda mengesyaki sebarang masalah serius.

 

  1. 5.         Makan Sesuka hati

Apabila kurang perancangan, anda mungkin cenderung untuk memakan terlalu banyak makanan berproses akibat tak cukup masa. Atau, ada yang terpaksa makan biskut, roti, dan air milo saja sampailah suami pulang dari kerja. Kalau nak masak pun, tak tahu nak masak apa sebab takut ‘pantang’.

Banyak menu berpantang yang telah terpampang di laman web dan blog masakan. Untuk memudahkan, anda boleh print siap-siap menu makanan beserta resipi yang ‘simple’. Jadi, kalau anda tak dapat memasak, suami bolehlah membantu dengan mudah.

 

Kalau dah tak sempat sangat pun, telefon saja untuk tempahan. Ramai bidan yang menyediakan perkhidmatan begini. Canggih bukan? Tak perlu pening kepala lagi!

 

Jangan Gusar.

 

Wanita zaman moden memang serba boleh. Hampir semua perkara mampu diuruskan sendiri dengan efisyen. Tak salah berpantang sendiri, cuma perlu konsisten dan disiplin. Kalau rasa  malas dan culas, tapi masih lagi ingin berpantang sendiri, carilah penyedia khidmat berpantang dan urut selepas bersalin yang boleh ditempah secara online.

 

Ingatlah, berpantang adalah proses pemulihan tubuh yang amat penting dan akan memberi kesan kebaikan kepada kesihatan jangka masa panjang.

 

Sebab itulah kalau tengok wanita zaman nenek-nenek kita, mereka masih langsing dan cergas bertenaga walaupun telah lanjut usia dan beranak ramai. Selain pemakanan dan cara hidup, rejim berpantang yang diamalkan sedikit sebanyak dapat membantu kepada faktor tersebut. Jika dibandingkan dengan wanita zaman kita, umur baru 30 pun dah banyak penyakit yang datang.

 

Pokok pangkalnya, tak mustahil anda boleh berpantang dengan betul walaupun tidak terlalu ekstrem!

 

 

Kredit :

PantangPlus

TheAsianParent

 

Anak diserang Ruam Panas, apa patut anda buat?

Jenis ruam bayi dan cara menguruskannya

1.       Jerawat bayi (neonatal acne)

Jerawat kecil berwarna putih atau merah tumbuh di pipi, hidung, dan dahi bayi. Jerawat ini mungkin muncul ketika dilahirkan atau dalam lingkungan sebulan dan biasanya akan hilang tanpa perlukan sebarang rawatan. Jerawat ini adalah kesan hormon yang dipindahkan daripada ibu pada akhir kehamilan.

Cara pengurusan: Basuh muka bayi dengan air dan sabun bayi yang lembut. Sapukan pelembap yang lembut. Jangan gunakan ubat jerawat biasa dari kedai atau losyen yang berminyak.

2.       Dermatitis seborea (cradle cap)

Kulit bayi yang mengalami keruping (flaky) yang kekuningan dan berminyak, di bahagian kepala, leher, telinga, kening, ketiak, dan kadangkala di kawasan lampin (sebagai ruam lampin). Dermatitis seborea berlaku seawal 2 minggu kelahiran dan surut paling lewat ketika 1 tahun. Ia bukan kerana alergi atau kekotoran. Kadangkala, mungkin boleh menjadi ekzema di bahagian lipatan tubuh.

Cara pengurusan: Basuh rambut bayi dengan air dan syampu bayi yang lembut. Boleh juga gunakan minyak bayi untuk membasahkan keruping sebelum menyikatnya dengan lembut semasa membasuh.

3.       Eritema toksikum

Tompokan kecil merah yang selalunya muncul di tubuh, muka, dan anggota badan. Selalunya ia muncul pada 2-5 hari selepas kelahiran dan hilang dalam beberapa minggu. Ruam seperti ini tidak mengganggu bayi.

Cara pengurusan: Tiada rawatan khusus diperlukan. Basuhan lembut dengan sabun bayi mungkin membantu.

4.       Ruam panas (miliaria)

Bintil kecil kemerahan yang muncul di mana-mana bahagian badan tetapi biasanya di belakang, kepala dan kawasan leher. Ia berlaku mungkin kerana kelenjar peluh yang terhalang. Persekitaran yang panas dan lembap, atau pemakaian terlalu tebal mungkin akan memburukkan lagi ruam panas.

Cara pengurusan: Pastikan kawasan yang terkena ruam sentiasa kering dan pastikan bayi berada dalam persekitaran yang sejuk. Pakaikan bayi pakaian yang ringan dan longgar.

5.       Ruam lampin

Ini adalah ruam merah dengan keradangan di kawasan lampin dan biasanya berlaku kepada bayi bawah setahun atau yang memakai lampin. Ia disebabkan oleh kawasan lampin yang terdedah lama kepada kencing atau najis bayi serta jangkitan bakteria atau yis.

Cara pengurusan: Pastikan kawasan lampin sentiasa kering dan bersih dengan menukar lampin sekerap mungkin. Bersihkan dengan air, lap kering dan sapu lapisan ubat semasa menukar lampin. Rujuklah doktor anda jika ruam ini tidak beransur pulih. Doktor mungkin akan memberikan krim anti fungus atau antibiotik jika terdapat sebarang jangkitan.

6.       Hiperplasia sebum neonatal

Ini adalah bintik kecil kekuningan pada hidung, pipi, dan dahi. Ia berlaku akibat pertumbuhan kelenjar sebum berlebihan disebabkan oleh hormon ibu. Biasanya muncul pada minggu pertama.

Cara pengurusan: Tiada rawatan diperlukan. Ia akan pulih dalam beberapa minggu.

 

Bila perlu bawa bayi berjumpa doktor?

Namun, adakalanya anda perlu membawa bayi untuk berjumpa dengan doktor bagi mengubati ruam yang parah. Berikut merupakan ciri-ciri yang perlu anda perhatikan:

1- Apabila terlihat ruam terlalu parah dari ruam kebiasaan.

2- Ruam semakin bertambah parah dari hari ke hari.

3- Kulit bayi mula menggelupas dan terdapat luka akibat ruam.

4- Bayi merasa kesakitan dan menangis setiap kali buang air kecil atau air besar.

5- Iritasi pada kulit bayi diikuti dengan gejala lainnya, seperti demam.

Jika terdapat salah satu atau lebih dari gejala tersebut, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi tindakan yang selanjutnya. Dapatkan nasihat dari doktor, jangan tangguh kerana hal yang lebih serius dan membimbangkan boleh terjadi. Dalam kes ini, ruam pada bayi yang disebabkan oleh kulit sensitif biasanya memerlukan penjagaan dan rawatan yang khusus agar iritasi pada bayi tidak menjadi semakin parah. Jom klik link disini.

 

Perkara Yang Perlu Buat Apabila Anak Diserang Ruam Panas

 

 

Kredit:

TheAsianParent

MyPositiveParenting

JohnsonBaby

Shopping cart close