Ketahui Kepentingan & Keberkesanan Minyak Pati kepada Tubuh Badan

Apa itu essential oil ? Minyak pati atau essential oil adalah sebatian yang diekstrak dari tumbuh-tumbuhan. Essential oil memberi aroma dan rasa tumbuhan tersebut, atau lebih dikenali sebagai “esen”. Sebatian aromatik yang unik memberikan setiap essential oil ciri khasnya tersendiri. Essential oil diperoleh melalui proses penyulingan (melalui wap atau air) atau kaedah mekanikal, seperti cold press. Setelah bahan kimia aromatik diekstrak, ia digabungkan dengan minyak pembawa untuk menghasilkan produk yang siap digunakan. Minyak pembawa digunakan untuk mencairkan essential oil supaya dapat digunakan ke permukaan kulit anda. Ini kerana essential oil kuat dan boleh menyebabkan kerengsaan apabila disapu terus ke kulit anda.

Sebilangan besar minyak pembawa tidak wangi atau sedikit wangi dan tidak mengganggu sifat terapeutik minyak pati. Mereka boleh digunakan sendiri atau dengan minyak lain untuk memberi kesegaran kepada kulit anda. Cara pembuatan minyak adalah penting, kerana essential oil yang diperoleh melalui proses kimia tidak dianggap sebagai essential oil yang sebenar. Essential oil paling sering digunakan dalam amalan aromaterapi, di mana ia dihidu melalui pelbagai kaedah. Awas, essential oil tidak boleh ditelan.

Bahan kimia dalam essential oil dapat berinteraksi dengan badan anda dengan beberapa cara. Apabila dioleskan pada kulit, bahan kimia daripada tumbuhan diserap oleh kulit anda. Menghidu aroma dari essential oil dapat meransang bahagian sistem limbik anda, yang merupakan bahagian otak anda yang berperanan dalam emosi, tingkah laku, deria bau, dan ingatan jangka panjang Menariknya, sistem limbik banyak terlibat dalam membentuk kenangan. Ini dapat menjelaskan mengapa bau-bauan kebiasaannya dapat mencetuskan kenangan atau emosi.

Sistem limbik juga berperanan dalam mengendalikan beberapa fungsi fisiologi separa sedar, seperti pernafasan, degupan jantung, dan tekanan darah. Sebilangan orang turut mendakwa bahawa essential oil boleh memberi kesan fizikal pada tubuh anda. Walau bagaimanapun, ini masih belum dapat disahkan dalam kajian. Terdapat lebih daripada 90 jenis essential oil, masing-masing mempunyai keunikan bau tersendiri serta potensi kesihatan. Berikut adalah senarai 10 minyak pati popular dan tuntutan kesihatan yang berkaitan dengannya:

 

  • Peppermint: digunakan untuk meningkatkan tenaga dan membantu pencernaan
  • Lavender: digunakan untuk menghilangkan tekanan
  • Sandalwood : digunakan untuk menenangkan saraf dan membantu fokus
  • Bergamot : digunakan untuk mengurangkan tekanan dan memperbaiki keadaan kulit seperti ekzema
  • Rose: digunakan untuk memperbaiki mood dan mengurangkan kegelisahan
  • Chamomile: digunakan untuk meningkatkan mood dan relaksi
  • Ylang-Ylang: digunakan untuk merawat sakit kepala, mual, dan keadaan kulit
  • Tea Tree : digunakan untuk melawan jangkitan dan meningkatkan imuniti
  • Jasmine : digunakan untuk mengatasi kemurungan, libido
  • Lemon : digunakan untuk membantu pencernaan, mood, sakit kepala, dan banyak lagi

 

Banyak syarikat mendakwa bahawa minyak mereka “tulen”. Walau bagaimanapun, istilah-istilah ini tidak ditakrifkan secara universal dan oleh itu mempunyai sedikit keraguan. Memandangkan ia adalah produk industri yang tidak terkawal, kualiti dan kandungan minyak pati memberi perbezaan yang besar. Ikuti petua berikut untuk memilih essential oil berkualiti tinggi:

  • Keaslian: Cari minyak yang hanya mengandungi sebatian tumbuhan aromatik, tanpa bahan tambahan atau minyak sintetik. Minyak asli biasanya menyenaraikan nama botani tumbuhan (seperti Lavandula officinalis) daripada istilah seperti “minyak pati lavender.”
  • Kualiti: Essential Oil sebenarnya adalah minyak yang paling sedikit diubah oleh proses pengekstrakan. Pilih essential oil bebas bahan kimia yang telah diekstrak melalui penyulingan atau cold press mekanikal.
  • Reputasi: Beli jenama yang mempunyai reputasibaik dan menghasilkan produk berkualiti tinggi.Klik disini untuk mendapatkan essential oil by Asmak.
    Kredit : healthline

Ketahui 5 Bahan Rawatan Semulajadi Bantu Atasi Ekzema

Kerap kali kita mendengar masalah ekzema berlaku dalam kalangan kanak-kanak dengan kulit menjadi ruam merah, bengkak dan gatal berpanjangan sehingga menimbulkan rasa tidak selesa. Bagaimanapun, jangan fikir masalah ini hanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak saja, sebaliknya orang dewasa juga boleh mengalaminya. Jom kenali 5 bahan rawatan semulajadi bantu atasi ekzema. Ekzema merangkumi kumpulan penyakit kulit yang boleh menyebabkan kegatalan dan kemerahan pada kulit. Ia bukanlah penyakit yang berjangkit kepada orang lain dan tiada ubat penyembuh, tetapi ia boleh dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan dan rawatan khusus jika bertambah teruk.

Ada beberapa jenis ekzema seperti atopic eczema, seborrheic eczema, statis eczema, dyshidrotic eczema, allergic contact dermatitis dan juvenile plantar dermatosis. Setiap jenisnya mempunyai ciri-ciri tersendiri. Dianggarkan 1:20 orang dewasa menghidap atopic eczema.

Kulit kering menyebabkan rasa kegatalan dan kemerahan pada bahagian yang tertentu. Kulit menjadi luka dan berair apabila digaru. Kadang-kadang menimbulkan gelembung kecil berisi cecair di bawah permukaan kulit. Kulit menjadi tebal (lichenified), bersisik dan warnanya menjadi lebih gelap apabila kerap digaru.

Ianya kerap berlaku dalam kalangan ahli keluarga penghidap ekzema, asma dan allergic rhinitis (resdung). Ini menunjukkan pengaruh faktor genetik sebagai penyebab ekzema.

Punca sebenarnya masih belum dikenal pasti tetapi dipercayai membabitkan reaksi sistem imun yang overactive terhadap sesuatu penyebab iritasi kulit di persekitaran.

Ada juga sesetengah individu mendapat ekzema apabila terdedah kepada elemen persekitaran tertentu seperti bahan pencuci, bahan kimia, tumbuhan, binatang dan sebagainya. Malah, ia boleh menjadi teruk apabila sesetengah individu mengalami stres fizikal atau psikologi yang keterlaluan.

Berikut adalah beberapa bahan yang boleh digunakan:

  1. Gel lidah buaya

Terdapat pelbagai kegunaan gel yang berasal dari tumbuhan lidah buaya ini. Salah satu fungsi umumnya adalah untuk melegakan ekzema. Gel ini mempunyai ciri-ciri antibakteria, antimikrobial, meningkatkan sistem imun dan penyembuhan luka. Anda boleh membeli gel lidah buaya ini dari farmasi tetapi anda perlu berhati-hati dengan kandungan lain yang terdapat di dalamnya seperti pewarna, pewangi, alkohol atau bahan pengawet.

  1. Minyak kelapa

Minyak kelapa mengandungi asid lemak yang sihat yang boleh menambah kelembapan pada kulit, sekaligus baik untuk individu dengan masalah kulit kering dan ekzema. Anda boleh menyapu minyak kelapa, selepas mandi atau beberapa kali dalam sehari untuk melembapkan kulit. Pastikan anda turut menyapunya sebelum tidur untuk memastikan kelembapan kulit sepanjang malam.

Pastikan anda menggunakan minyak kelapa ‘dara’ atau ‘cold pressed’ – kaedah pengekstrakan minyak yang tidak menggunakan bahan kimia yang boleh menjejaskan kulit. Individu yang mempunyai alahan kepada kelapa, tidak patut menggunakan minyak kelapa.

  1. Cuka epal

Cuka epal dipercayai dapat memberikan keseimbangan kepada tahap keasidan kulit dan melawan bakteria. Perkara paling penting dalam penggunaan cuka adalah untuk mencairkan (dilute) cuka terlebih dahulu dengan cara mencampurkan sesudu cuka bersama segelas air, jika tidak, cuka boleh menyebabkan luka terbakar atau kecederaan lain. Anda boleh memilih sama ada untuk menggunakannya dengan cara balutan basah iaitu dengan meletakkan campuran cuka yang telah dicairkan ke atas kapas.

Selain itu anda boleh menggunakan kain kasa dan letakkan ia pada bahagian kulit yang bermasalah dan lindunginya atau tutupnya dengan kain yang bersih. Anda juga boleh memilih cara mandian dengan mencampurkan dua cawan cuka ke dalam tab mandian panas dan rendam selama 15-20 minit. Selepas itu bilas badan dengan air yang bersih. Sapu pelembap pada badan beberapa minit selepas mandi.

  1. Minyak matahari

Berfungsi untuk meningkatkan ciri pelindung kulit dan membantu mengekalkan kelembapan serta mempunyai fungsi antikeradangan. Anda boleh menyapu minyak ini kepada kulit individu dewasa sebanyak dua kali sehari, dengan salah satu sapuan dilakukan selepas mandi dalam keadaan kulit masih basah. Tetapi jika anda mengetahui bahawa anda alah kepada biji bunga matahari, elakkan penggunaan minyak ini.

  1. Madu

Merupakan agen antibakteria dan antikeradangan semula jadi kerana dapat membantu menyembuhkan luka dan meningkatkan fungsi imun yang bermakna dapat membantu melawan jangkitan. Madu dapat membantu mencegah jangkitan semasa melembapkan kulit dan mempercepatkan penyembuhan bagi individu yang mengalami ekzema serta mengurangkan gejala keradangan kulit. Anda boleh mencuba kaedah ini dengan menyapu sebatian madu ke bahagian yang bermasalah.

 

Amalan pantang makanan tertentu sering dipraktikkan tetapi ia tiada faedahnya sekiranya ekzema bukan berpunca daripada alahan kepada makanan. Bukan semua penghidap ekzema mempunyai alahan kepada makanan. Setiap individu adalah berbeza dan bukan semua pesakit ekzema perlu berpantang.

Untuk mencegah ekzema pada bayi, penyusuan ibu amat digalakkan secara eksklusif sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan pertama dalam kalangan bayi dalam keluarga yang cenderung mendapat asma, ekzema dan alergi kerana ia didapati boleh menurunkan kadar ekzema.

 

Bedak Asmak juga mampu membantu melegakan masalah seperti Ekzema. Jom dapatkan sekarang! Klik disini.

 

Sumber : BeritaHarian , HelloDoktor

­Ketahui 5 Kelebihan Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Hamil      

Minyak kelapa dara adalah satu produk yang telah menjadi sinonim kepada masyarakat Malaysia. Namun penggunaannya sudah semakin berkurangan terutama sekali bagi ibu hamil semasa mengandungkan anak mereka kerana ramai yang menganggapnya satu produk yang agak lapuk untuk digunakan. Walaupun begitu, ramai yang tidak mengetahui manfaatnya yang besar terutama bagi kalangan ibu hamil semasa mengandungkan anak. Selain itu, minyak kelapa dara juga dipanggil sebagai ‘virgin coconut oil’ dalam bahasa Inggeris, dikenali dengan bau wanginya, rasa yang baik, bersifat antioksidan, asid lemak rantaian sederhana (MCFA) dan kandungan vitaminnya. Minyak kelapa pastinya bukanlah satu nama yang tidak dikenali, tetapi minyak kelapa dara mungkin kurang dikenali sahaja. Minyak kelapa dara juga adalah minyak yang diekstrak daripada kelapa tanpa menggunakan haba. Ia semakin popular di seluruh dunia berbanding dengan minyak kelapa biasa dan untuk alasan yang baik. Sebenarnya, ada satu bahan yang dipanggil minyak kelapa dara dan ia berbeza dari minyak kelapa biasa dengan sifatnya yang tersendiri. Perbezaan ini terutamanya terletak pada sumber (lebih khusus, bentuk fizikal sumber), kaedah pengekstrakan, dan faedah seterusnya.

Seterusnya, ini adalah 6 kelebihan minyak kelapa dara bagi ibu hamil. Pertama, meningkatkan Imun Sistem Badan. Dengan mengamalkan 2 sudu Minyak Kelapa Dara (VCO) Asmak sistem badan ibu akan meningkat berbanding sebelumnya kerana ianya bersifat anti kulat, anti virus, dan anti bakteria. Ia melindungi ibu dan kandungan dari selesema, demam, dan sebagainya. Ibu boleh campurkan Minyak Kelapa Dara (VCO) Asmak dalam minuman juga. Kedua, mengurangkan Morning Sickness. Satu sudu Minyak Kelapa Dara (VCO) Asmak boleh membantu mengurangkan “morning sickness” dan” pregnancy heartburn.” Ibu juga boleh campurkan 1 sudu Minyak Kelapa Dara (VCO) Asmak di dalam teh atau susu. Ibu-ibu akan kurang rasa mual dan lebih bertenaga dalam melakukan aktiviti harian. Ibu juga akan lebih berselera untuk makan dan segala nutrisi akan terserap untuk ibu dan kandungan.Ketiga, menstabilkan Hemoglobin (HB) Rendah. Kadar HB Rendah boleh membuatkan ibu mudah berasa penat, sakit kepala dan sesak nafas.  Minyak Kelapa Dara (VCO) Asmak mempunyai kandungan zat besi yang boleh membantu menstabilkan HB Rendah ibu-ibu. Sekaligus, ia dapat membantu memberi tenaga kepada ibudalam menjalani kehidupan seharian.

Seterusnya, meningkatkan pengeluaran susu yang berkualiti. Asid laurik adalah sangat penting dalam menghasilkan susu ibu. Minyak Kelapa Dara (VCO) Asmak merupakan sumber asid lauric yang terbaik. Asid Laurik membantu meningkatkan pengeluaran susu ketika dan selepas hamil dan menghasilkan susu yang berkualiti tinggi. Bayi yang sihat memerlukan susu ibu yang sihat dalam perkembangan dan pertumbuhan anak-anak. Kelima, melembutkan dan melembapkan kulit.Perubahan hormon ketika hamil boleh menyebabkan kulit ibu menjadi kering. Minyak Kelapa Dara (VCO) Asmak juga sesuai digunakan untuk luaran kerana ia boleh melembutkan dan melembapkan kulit. Ibu-ibu boleh sapukan setitik Minyak Kelapa Dara (VCO) Asmak pada kulit wajah ibu pada waktu malam sebelum tidur. Ibu juga boleh sapukan Minyak Kelapa Dara (VCO) Asmak pada seluruh badan ibu atau pada kulit yang kering. Esok apabila ibu bangun tidur, say bye-bye to kulit kering! Ia juga berkesan untuk mengecutkan musuh utama wanita iaitu jerawat!

Sekiranya ibu-ibu yang sedang hamil dan mencari produk yang baik untuk diri anda , jom klik link di sini.

 

Kredit:

hellodoktor

daura

 

 

 

 

9 Manfaat Minyak Kayu Putih Untuk Kesihatan Umum

Minyak Kayu Putih merupakan salah satu jenis minyak atsiri yang banyak digunakan untuk bahan berbagai produk kesihatan atau farmasi sehingga minyak kayu putih menjadi produk yang banyak dicari. Kandungan minyak pada kayu putih merupakan salah satu produk kesihatan yang umum ditemui dan digunakan di kalangan masyarakat. Biasanya, penggunaan minyak kayu putih tersebut disapu pada kawasan perut dan dada setelah selesai mandi. Selain itu, kayu putih juga boleh meredakan rasa mual. Untuk menghilangkan rasa mual ini, pengguna boleh menyapukan minyak kayu putih di sekitar kening dan menghirup aromanya. Minyak kayu putih diproduksi dari daun tumbuhan Melaleuca leucadendra dengan kandungan terbesarnya adalah eucalyptol (cineole). Minyak ini tergolong sebagai minyak atsiri dengan sifat mudah menguap, rasa getir, bau wangi serta umumnya larut dalam pelarut organik. Terdapat banyak manfaat minyak kayu putih untuk kesihatan kita.

 

Ini antara khasiat Minyak Kayu Putih untuk kesihatan :

 

  1. Baik Untuk Pernafasan Minyak kayu putih mempunyai sifat antioksidan dan antiradang yang mampu memberi manfaat baik bagi sistem pernafasan kita. Sifat minyak kayu putih ini mampu mengatasi asma, resdung, serta gangguan pada pernafasan lain dan meredakannya. minyak kayu putih mengandungi bahan yang bersifat dekongestan yang mampu membantu mengencerkan kahak atau sinusitis yang berlaku pada sistem pernafasan kita.

 

  1. Melegakan Batuk

    Minyak kayu putih mampu membantu anda dalam meredakan batuk. Selain mempunyai kandungan yang bersifat dekongestan alami, minyak kayu putih juga mempunyai kandungan yang mampu melegakan saluran pernafasan. Kedua kandungan tersebut mampu membantu anda dalam mengencerkan kahak dan meredakan rasa gatal pada tekak.

 

  1. Baik Untuk Kulit

Seperti yang telah dinyatakan, minyak kayu putih mampu menenangkan kulit. Hal ini juga dipengaruhi oleh kandungan zat sineol yang merupakan kandungan utama dari minyak kayu putih. Walaupun begitu, kandungan sineol ini menyebabkan beberapa orang mengalami ketidakserasian ketika menggunakan minyak kayu putih.

 

  1. Merawat Luka

 

Luka boleh berkurang dan disembuhkan dengan minyak kayu putih. Rawatan ini selalu digunakan oleh Orang Asli Australia. Bezanya, mereka menggunakan daun minyak kayu putih. Tidak hairanlah minyak kayu putih kini dipercayai untuk merawat keradangan dan mempercepatkan penyembuhan luka. Jika anda tidak suka menggunakan minyak, anda boleh menggunakan krim atau minyak sapuan yang mengandungi kandungan Minyak Kayu Putih. Seperti Minyak Herba Asmak terdapat kandungannya ialah Minyak Kayu Putih, Habbatusauda, Gamat dan lain-lain. Fungsi kandungan ini sangat baik untuk kesihatan. Hanya perlu sapu pada bahagian luka.

 

  1. Meredakan Sakit Otot

 

Minyak kayu putih sangat sesuai digunakan untuk merawat sakit otot dan sendi akibat terseliuh, arthritis, lebam, dan sakit belakang. Selain itu, minyak kayu putih mempunyai tindak balas fisiologi yang boleh melegakan sakit otot. Berkesan melembapkan, menjana semula, untuk menjadikan kulit lebih anjal dan fleksibel.

 

  1. Mencegah Gigitan Serangga

Gigitan serangga, termasuk nyamuk, boleh membahayakan kesihatan kita. Untuk melindungi diri anda daripada gigitan serangga, anda boleh menggunakan minyak kayu putih. Untuk lebih praktikal, gunakan produk penghalau serangga dengan bahan semulajadi minyak kayu putih. Beberapa pengeluar terkenal telah menghasilkan semburan penghalau serangga khas dengan bahan kayu putih.

  1. Mengurangkan Sakit Kepala

Sakit kepala boleh dikatakan sering berlaku pada setiap individu. Penyakit sakit kepala ini sebenarnya boleh menganggu emosi harian kita, boleh membuat mood harian kita menjadi tidak stabil. Sakit kepala ini juga sebenarnya sangat memerbahaya jika di biarkan. Minyak Kayu Putih sangat bagus untuk  mengurangkan sakit kepala, sangat disarankan oleh individu yang sering sakit kepala.

 

  1. Mengurangkan Sakit Gigi

Sifat antibakteria dan antimikrob minyak kayu putih mempunyai peranan yang baik dalam mengekalkan kesihatan mulut dan pergigian. Keberkesanan minyak kayu putih boleh menghalang bakteria dan mikrob daripada tumbuh dan merosakkan gigi dan mulut kita.

 

Banyak lagi khasiat Minyak Kayu Putih untuk kesihatan, ini antaranya. Boleh amalkan Minyak Kayu Putih jika mengalami masalah seperti di atas. Terdapat banyak produk yang mengunakan bahan kandungan Minyak Kayu Putih. Antara produk yang mengunakan Minyak Kayu Putih ialah Minyak Herba Asmak yang di keluarkan oleh Asmak. Minyak ini sangat bagus untuk semua peringkat umur, terutama pada bayi. Minyak Herba Asmak dapat membantu melegakan batuk, kahak, selesema, kembung perut & sembelit. Selain itu, Minyak Herba Asmak juga sangat elok digunakan ketika sakit kepala, terkena gigitan serangga, senguggut dan Minyak Herba Asmak boleh menghentikan darah akibat luka. Sangat disarankan untuk seisi keluarga.

 

Kredit : tokopedia.com

: health.kompas.com

Jom Kenali 8 Tips Mengatasi Bibir Pecah Dan Mengelupas

Ramai yang akan mengalami masalah bibir kering dan mengelupas kerana kurangnya pengambilan air. Lebih parah jika keadaan mengelupas itu turut disusuli dengan bibir berdarah dan luka. Mengenai bibir pula, kulit pada bahagian itu lebih mudah merekah dan mengelupas kerana ia tipis selain tidak mempunyai sebarang kelenjar minyak yang dapat memberi kelembapan semula jadi.

Jika individu terdedah kepada keadaan ekstrem sama ada cuaca terlalu sejuk, panas atau kering, kulit pada bahagian bibir akan terlebih dahulu merekah atau mengelupas. Bibir kering dan merekah sangat mudah berlaku dan boleh mengganggu penampilan. Malah, jika dibiarkan berlarutan, boleh mengganggu kesihatan. Kulit pada bibir anda mungkin kelihatan lebih gelap, mengelupas dan berdarah, terutamanya jika anda tidak menjaganya dengan baik. Bibir yang sihat dan lembap tentunya akan terasa lebih selesa dan menarik untuk dipandang, namun banyak faktor yang boleh menyebabkan gangguan pada bibir terutama bibir yang kering atau kelihatan merekah. Sebahagian daripadanya adalah disebabkan oleh keadaan persekitaran seperti cuaca atau suhu bilik, keadaan badan yang mengalami penyakit tertentu, atau tabiat buruk.

Terdapat beberapa tips mengatasi bibir pecah dan mengelupas dengan menggunakan bahan semulajadi ialah:

  1. Minyak kelapa

Menurut kajian In vitro anti-inflammatory and skin protective properties of Virgin coconut oil, minyak kelapa adalah emolien yang tidak hanya melembabkan kulit, tetapi juga melindungi bahagian ini dengan meningkatkan sistem perlindungan pada kulit. Manfaat lain daripada minyak kelapa, terutamanya berkaitan dengan bibir pecah, adalah sifat anti-inflamasi dan anti bakterianya.

  1. Lidah buaya

Lidah buaya memiliki pelbagai kegunaan. Sifat anti-inflamasi di dalamnya menjadikannya pilihan tepat untuk merawat bibir pecah. Untuk mengatasi bibir pecah, potong daun lidah buaya dan hiris terbuka untuk mengambil gelnya. Sapu ke bibir dan enzim lidah buaya membantu melembabkan bibir serta menghalangnya daripada mengelupas.

  1. Madu

Dalam kajian Honey: A Therapeutic Agent for Disorders of the Skin menjelaskan madu memiliki sifat anti-mikroorganisma dan anti-inflamas. Madu telah digunakan selama berabad-abad lamanya sebagai ubat merawat kulit dan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Ia juga dapat membantu melembabkan bibir dan melindunginya daripada pecah dan terkena jangkitan.

  1. Avokado

Menurut kajian Review on Natural Lip Balm, buah avokado dapat bertindak sebagai emolien dan memekatkan lip balm. Malah ia tidak berminyak dan dapat diserap dengan baik oleh kulit. Bahan ini mengandungi beberapa asid lemak dan antioksidan yang diketahui mempunyai pelbagai manfaat bagi kulit termasuk asid oleat dan linoleat.

  1. Jeli petroleum

bibir kering dan menggelupas

Kredit :xtra

The American Academy of Dermatology (AAD) menyarankan penggunaan jeli petroleum sepanjang hari dan sebelum tidur untuk melembabkan bibir yang pecah. Jeli petroleum ini dapat menjaga kelembapan bibir lebih lama daripada minyak.

Untuk pengetahuan anda, jeli petroleum terbentuk apabila minyak mineral termasuklah petroleum digabungkan dengan lilin. Hasilnya ialah sesuatu bahan berbentuk jeli yang dipanggil petrolatum. Pada tahun 1859, ahli kimia Amerika Robert Chesebrough telah ternampak beberapa penggali minyak di Pennsylvania menggunakan jeli ini untuk menyembuhkan luka dan kulit mereka yang terbakar.

  1. Minum banyak air

Ini adalah salah satu cara paling mudah untuk mengekalkan kelembapan bibir anda. Kekurangan cecair dalam badan boleh mengurangkan kelembapan di bibir anda, menyebabkan bibir anda kering. Oleh itu, minum air secukupnya,sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Bibir kering dan merekah sangat mengganggu keselesaan dan penampilan, dengan mengetahui puncanya, anda lebih mudah mengelak perkara ini berlaku pada bibir anda. Tanpa anda sedari, gaya hidup harian anda turut mempengaruhi kesihatan dan kelembapan bibir anda.

7. Pilih lipstik yang sesuai

Kandungan alkohol dalam produk lipstik, seperti pada lipstik matte atau lipstik yang tahan lama, biasanya cenderung mengurangi kelembapan bibir Anda karena alkohol cepat menguap. Meski begitu, alkohol merupakan salah satu unsur penting dalam produk lipstik. Untungnya, beberapa produsen menggunakan alkohol dari tanaman yang berfungsi sebagai emolien atau senyawa yang dapat melembutkan bibir.

8. Gunakan lip balm
Cara seterusnya untuk mengatasi bibir kering adalah dengan menggunakan lip balm yang boleh mengekalkan kelembapan bibir anda. Balsem bibir biasanya mengandungi petroleum, lilin lebah atau minyak lain yang akan melindungi bibir anda daripada angin dan udara sejuk atau kering. Kandungan emolien dan vitamin dalam lip balm juga berfungsi untuk melembutkan dan menutrisi bibir agar tetap segar dan tidak kering. Sesetengah balm bibir juga menambah SPF, seperti SPF 30, untuk melindungi bibir daripada matahari.

Jika anda atau ahli keluarga anda,mengalami masalah bibir kering dan menggelupas anda boleh guna produk Lipbalm Kaisa,anda boleh klik disini.

Kredit

  1. mstar
  2. hellosehat
  3. hmetro
  4. hellosehat
Shopping cart close