Ketahui 7 Punca Dan Petua Hilangkan Gastrik Yang Teruk

Pernah tak anda alami gastrik yang sangat teruk sehingga memudaratkan diri anda? Apakah cara yang anda lakukan jika mengalami gastrik yang teruk ini. Saya nak sharekan pada anda tentang apa itu gastrik? Gastrik berlaku apabila dinding permukaan dalam perut terhakis oleh asid gastrik yang dihasilkan oleh perut untuk mencernakan makanan. Ketika kita terasa lapar atau badan memerlukan makanan, perut akan merembeskan asid gastrik ini. Jika tidak terdapat makanan di dalam perut, maka asid ini akan menghakis dinding permukaan dalam perut. Proses ini berlaku berulang kali dalam masa sebulan atau bertahun sehingga dinding perut menjadi tipis. Penyalahgunaan alcohol, penggunaan ubat tahan sakit yang berpanjangan serta jangkitan bakteria H pylori boleh menyebabka gastrik. Gejala gastrik yang biasa hadir adalah loya, muntah dan rasa sakit yang menggigit-gigit dalam perut. Sebilangan individu yang mengalami gastrik dapat merawat sendiri dan melegakan gejala mereka. Terdapat banyak Punca dan petua hilangkan gastrik, jom baca artikel ini.

Antara punca berlakunya gastrik ialah :

  • Makan pedas – meransang lebih banyak rembesan asid perut untuk tujuan mencernakannya di dalam perut.
    2. Makanan masam – Meningkatkan kesan asid terhadap dinding perut.
    3. Makanan berminyak/berlemak – Sukar untuk dihadam, justeru perut akan meransang lebih banyak asid kedalam perut.
    4. Merokok – Ia mengurangkan kecekapan Lower Esophogeal Sphincter yang berfungsi sebagai pintu pagar bagi membenarkan makanan masuk ke dalam perut dan menutupnya kembali.
    5. Penggunaan NSAIDS (non-steroidal anti inflammatory drugs). Hakisan kepada dinding perut.Pengambilan yang berterusan dan secara kerap (contoh:aspirin) akan menyebabkan
    6. Stress / tekanan emosi. Apabila berada dalam keadaan stress, kebiasaannya perut akan merembeskan lebih banyak asid.
    7. Jangkitan bakteria H.Pylori. Bakteria ini boleh menyebabkan dinding perut luka (gastrik ulser).
    8. Minuman berkafein (teh @ kopi). Ia mampu meransang rembesan asid perut.

 

Petua hilangkan gastrik yang teruk :

1. Petua Hilangkan Gastrik Yang Teruk menggunakan Chamomile tea

Teh chamomile (chamomile tea) terkenal dengan sifat anti-inflamatori dan boleh mengurangkan kesakitan pada perut anda akibat gastrik. Teh chamomile bertindak dalam merehatkan otot-otot di sekitar perut dan saluran makanan, sekali gus mengurangkan keadaan “contractions” yang menyebabkan gastrik dan sakit perut dan pada masa yang sama mengurangkan kesakitan yang dialami. Bancuh satu uncang teh chamomille dan minum dan anda akan mendapat kelegaan daripada sakit perut dan pedih ulu hati.

 

2. Cuka Epal / Apple Cider Vinegar

Tentu anda merasa pelik apabila salah satu petua untuk hilangkan gastrik dengan cepat dan sihat adalah dengan menggunakan apple cider vinegar? Kadangkala penyakit gastrik berpunca dari gastric reflux yang mengakibatkan asid di dalam perut anda berada di tempat yang tidak sepatutnya, dan oleh sebab itu, kandungan asid dalam perut yang digunakan dalam perut sudah berkurangan. Mengamalkan minum apple cider vinegar dapat menstabilkan kandungan asid di dalam perut dan pada masa yang sama dapat membantu mencerna makanan dengan lebih baik. Sungguhpun begitu, sesetengah orang tidak dapat meminum apple cider vinegar secara langsung kerana rasanya begitu masam dan tajam. Anda boleh membancuhnya dengan menambah air dan sedikit madu dan meminummya sedikit demi sedikit.

 

3. Teh Daun Pudina/ Peppermint Tea

Teh daun pudina memang terkenal di antara kaedah-kaedah atau petua-petua untuk mengurangkan kesakitan. Daun pudina mengandungi menthol, yang merupakan analgesic semula jadi yang amat efektif untuk mengubati rasa mabuk atau mual dan juga untuk meredakan kesakitan di bahagian perut. Selain dari teh daun pudina, anda juga boleh mencari apa sahaja produk atau bahan makanan yang mengandungi daun pudina untuk tujuan yang sama.

4. Jus Prune

Mungkin anda tidak tahu tetapi ada kalanya sakit perut atau gastrik berpunca daripada bahagian bawah abdomen badan anda yang mana anda mungkin rasa perut anda seakan-akan meragam atau berbunyi. Ini biasanya berkaitan dengan sembelit yang mana ada tidak dapat membuang air besar dan akibatnya kesakitan tersebut merebak ke atas perut menjadi sakit perut, gastrik, dan pedih ulu hati. Oleh itu, amalkan meminum segelas jus prun yang akan bertindak sebagai laxatif untuk melegakan perut anda.

5. Halia

Peranan halia juga sama seperti teh chamomile di mana ia juga mengandungi agen-agen anti-inflamatori yang juga membantu untuk merehatkan otot-otot di sekitar perut anda dan juga di saluran makanan dalam badan anda. Halia juga boleh mengeluarkan angin di dalam perut dan membantu juga dalam meredakan kesakitan dalam perut akibat gastrik. Halia telah terbukti sebagai satu ramuan atau bahan yang boleh menghilangkan gastrik dengan cepat dan sihat, dan ia juga boleh digunakan untuk mengubati kesakitan yang lain. Anda boleh merebus akar halia untuk membuat teh lalu diminum dan ini juga terbukti untuk mengurangkan sakit dan melegakan perut.

6. Pek Air Panas

Menggunakan pek air panas (hot water pack) sebagai tuam untuk diletakkan di atas perut juga dapat membantu dalam mengurangkan kesakitan di bahagian perut. Pada masa sekarang memang jarang untuk kita nampak orang menggunakan pek air panas yang diperbuat dari getah yang digunakan sebagai tuam untuk bahagian-bahagian badan yang sakit. Pastikan air yang digunakan tidak terlalu panas kerana kulit mungkin akan merasa sakit. Seeloknya anda boleh menggunakan kain untuk mengalas pek air panas tersebut. Secara optimumnya, baring di tempat yang selesa dan letakkan pek air panas yang dilapik dengan kain di atas perut anda. Cara ini juga dapat membantu untuk mengurangkan kesakitan akibat gastrik.

7. Air Limau Panas

Air limau panas selalu diamalkan oleh kaum perempuan yang sedang mengandung kerana kemungkinan sesetengah kaedah-kaedah atau petua-petua untuk mengurangkan sakit perut. Petua ini boleh diamalkan untuk sakit perut di mana makanan tidak dicerna di dalam perut dengan betul. Air limau panas akan menggalakkan penghasilan asid hidroklorik dalam badan untuk mencerna makanan di dalam perut dan dapat melancarkan proses penghadaman, sekaligus dapat melegakan perut dari kesakitan.

Ini antara petua yang anda boleh amalkan untuk menghilangkan rasa sakit gastrik yang teruk. Jika ingin mencari altefnatif lain, Minyak Herba Asmak dapat melegakan rasa sakit gastrik hanya dengan kerapan sapuan pada bahagian perut.

Kredit : Panduanterkini 

: premieralpha.org

Perkongsian Mengenai Lutein dan Manfaatnya Kepada Kesihatan Mata

Lutein itu apa sebenarnya? Lutein merupakan sejenis vitamin yang dikenali sebagai karotenoid. Vitamin ini memiliki hubungan dengan beta – carotene dan vitamin A. Zat lutein ini boleh diperoleh secara semulajadi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran lebih-lebih lagi yang berwarna hijau, oren dan kuning. Makanan seperti  bayam, kangkong, jagung, kiwi, anggur dan timun mengandungi zat ini. Banyak orang mengira bahwa Lutein merupakan “the eye vitamin” yang dimana Lutein merupakan vitamin yang diperuntukan bagi mata.

Lutein juga disebut sebagai xantofil dan menganduni bahan semulajadi yang dikelasakan sebagai karotenoid. Karotenoid merupakan sekumpulan pigmen tumbuhan dengan kesan antioksidan yang lebih pekat. Lutein biasanya digunakan untulk tujuan penyakit yang melibatkan indera penglihatan seperti katarak dan degenerasi makula. Khasiat zat lutein ini dapat melindungi mata daripada radikal bebas, melindungi mata daripada bahaya sinaran matahari dan daripada produk sampingan kimia. Fungsi zat lutein ini dapat membina retina dan lensa mata.

Mengamalkan pengambilan lutein sebagai alternatif pengambilan ubat-ubatan sudah tentunya memiliki banyak manfaat untuk tubuh anda. Sehingga kini, kebanyakan kajian mengenai pengambilan lutein banyak memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan kita. Beberapa penyokong perubatan altenatif mendakwa bahawa zat lutein sebagai makanan tambahan juga boleh membantu mencegah kanser kolon, kanser payudara, kencing manis dan penyakit jantung. Walaupun beberapa kajian telah mengkaji kesan kesihatan makanan tambahan lutein, terdapat beberapa bukti bahawa makanan tambahan lutein dapat meningkatkan kesihatan mata. Berikut adalah dua penemuan kajian:

1. Degenerasi Makular Berkaitan Umur

Fungsi visual pada orang yang mengalami degenerasi macula yang berkaitan denga usia dapat ditingkatkan dengan pengambilan suplemen lutein. 90 orang yang mengalami degenerasi makula dalam kajian pada tahun 2004, mula mengambil makanan tambahan lutein dan antioksidan dan mineral lain atau plasebo selama 12 bulan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan makanan tambahan mempunyai peningkatan ketara dalam fungsi visual, manakala kumpulan placebo tidak menunjukkan peningkatan sedemikian.

2. Fungsi Visual

Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2009, 37 orang dewasa sihat mengambil makanan tambahan lutein selama 12 bulan dan penyelidik mendapati bahawa terdapat peningkatan dalam fungsi visual mereka. Antara penemuan lain juga, kajian mendapati bahawa makanan tambahan lutein dapat membantu merawat masalah penglihatan yang disebabkan oleh pendedahan jangka panjang terhadap cahaya skrin daripada komputer.

Pengambilan zat lutein sebagai makanan tambahan mugkin selamat apabila diambil dalam jumlah yang sesuai. Pesakit-pesakit tertentu hendaklah berunding dengan doctor anda terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa jenis makanan tambahan secara teratur. Penggunaan 6.9-11.7mg sehari dalam diet anda adalah selamat. Penyelidikan pengambilan dos sebanyak 15mg setiap hari sehingga 2 tahun adalah selamat.

Walaupun makanan tambahan lutein mungkin memberi manfaat kepada rawatan atau pencegahan masalah kesihatan tertentu, merawat sendiri dengan makanan tambahan adalah tidak digalakkan. Berbincanglah dengan doctor anda terlebih dahulu tentang pemilihan makanan tambahan dan dos harian yang bersesuaian dengan keperluan kesihatan anda. Ingin mendapatkan khasiat lutein daripada Vitamin C Effervescent Asmak? Klik sini. 

Kredit:
1. Ceria Sihat
2. Honest Docs

7 Petua Kelahiran Mengejut Bagi Ibu Mengandung

Kelahiran boleh berlaku di mana-mana, dan juga boleh terjadi beberapa hari lebih awal daripada tarikh jangkaan. Ada kes dimana ibu terpaksa bersalin di rumah atau dalam perjalanan ke hospital. Situasi yang tidak dirancang ini berlaku secara tiba-tiba. Maka para ibu perlu persiapkan diri kerana situasi ini boleh menimpa sesiapa sahaja. Artikel ini bakal memberi 7 petua kelahiran mengejut bagi ibu mengandung dan orang yang akan memberikan bantuan.

“Kelahiran boleh berlaku pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Lebih-lebih lagi bagi kehamilan yang sihat dan kandungan yang sudah melewati usia 37 mingu. Sebaik-baiknya sentiasa bawa bersama buku rekod pemeriksaan kehamilan dan beg hospital yang berisi kelengkapan bersalin apabola kandungan menghampiri tarikh jangkaan bersalin.” Dipetik dari Dr Nurul Azwa Hasny, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, SALAM Shah Alam Specialist Hospital, kelahiran kecemasan atau Born Before Arrival ini boleh berlaku.

Kelahiran mengejut ini boleh terjadi dalam beberapa situasi. Bagi melibatkan sakit tiba-tiba ketika memandu di jalan raya atau ketika berseorangan di rumah, beberapa langkah perlu dilakukan untuk memastikan proses kelahiran selamat :

  1. Jika anda sedang sarat hamil dan sedang memandu, maka anda perlu berhenti di tempat yang selamat seperti Lorong kecemasan, stesen minyak atau Kawasan rehat R&R yang berdekatan.
  2. Cuba untuk minta bantuan orang ramai untuk menghubingi talian kecemasan Malaysian Emergency Response Service (MERS) 999 bagi mendapatkan bantuan kecemasan dan kemudian hubungi ahli keluarga terdekat.
  3. Jika tidak ada orang, anda perlu menghubungi sendiri 999 dan ikut arahan paramedic MERS dengan tenang. Berikan maklumat dan lokasi anda kepada mereka bagi memudahkan bantuan kecemasan disalurkan.
  4. Jika anda berseorangan dirumah, cuba berbaring di atas katil atau permukaan yang rata. Tinggikan kepala dengan bantal dan dengar arahan paramedic dengan teliti.
  5. Pastikan anda menarik nafas yang dalam dan secara perlahan-lahan antara kontraksi.

 

Sebagai seorang ibu yang sedang hamil, anda perlu tahu tanda-tanda kelahiran supaya tidak berlaku peristiwa tidak sempat ke hospital. Antara tanda yang bakal anda hadapi ialah kontraksi yang kerap iaitu antara dua hingga tiga minit sekali, gesaan untuk meneran atau rasa ingin buang air besar, air ketuban keluar dengan banyak secara tiba-tiba dan anda dapat melihat atau sentuh kepala bayi di kemaluan faraj.

Selain segera mendapatkan bantuan kecemasan, sediakan juga peralatan asas bagi memastikan kelahiran lebih mudah dikendalikan.

  1. Sediakan alas untuk berbaring seperti plastik alas meja atau hamparan kain yang tebal.
  2. Dapatkan juga kain cadar, kain selimut, kain batik atau tuala yang bersih dan kering.
  3. Kain lampin untuk menyambut dan membalut bayi.
  4. Air suam yang diletakkan dalam besen yang bersih. (untuk membuang kekotoran lender pada bayi dan mencuci tangan.

 

Kata Dr Nurul Azwa, ibu perlu mempunyai keyakinan diri untuk melalui proses bersalin walaupun terpaksa melakukannya seorang diri atau tak sempat ke hospital. Jika kedudukan bayi betul dan sudah berada di bahagian rongga pelvis, ini bermakna kelahiran adalah lebih mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Faktor kebersihan juga perlu dititikberatkan bagi mengelakkan jangkitan kuman pada ibu dan anak yang baru dilahirkan. Bahagian intim perlu dicuci dengan air atau sabun dan air selepas proses kelahiran. Dalam situasi kecemasan pula suami, ibu atau sesiapa sahaja yang bakal menyambut kelahiran juga perlulah bersih.

Ibu dinasihatkan untuk tidak meneran bagi kelahiran seperti ini. Beberapa teknik pernafasan boleh dilakukan seperti menarik nafas yang dalam dan perlahan atau pernafasan ‘panting’ iaitu bernafas dengan kuat dan cepat. Pernafasan ini penting untuk mengelakkan ibu meneran dan supaya bayi meluncur keluar dengan sendirinya. Ia juga membantu untuk mengelakkan koyakan pada tisu-tisu lembut, melengahkan masa untuk persiapan dan mengelakkan kecederaan atau bayi terjatuh (jika ibu masih belum dalam posisi yang membolehkan menyambut bayi).

Apa yang paling penting adalah ibu tidak boleh panik dan orang sekeliling perlu membantu bagi memudahkan proses kelahiran. Anda boleh mendapatkan lebih banyak tips dan info penjagaan bayi disini.

Kredit : majalahpama

Jom Kenali 2 Jenis Resdung & Gejala Yang Ramai Tidak Tahu

Ramai yang tidak tahu resdung ini puncanya dari mana, antara sebab resdung berlaku oleh sistem imun yang bertindak balas kepada alergen seolah-olah ia seperti berbahaya. Ini akan membawa kepada penghasilan sejumlah bahan kimia yang menyebabkan lapisan dalam hidung (membran mukosa) menjadi dan lendir yang berlebihan akan terhasil. Resdung ini agak sukar untuk mengelakkan sepenuhnya daripada semua alergen, tetapi kita boleh mengambil langkah untuk mengurangkan pendedahan terhadap alergen tertentu yang anda ketahui atau syaki yang boleh menyebabkan resdung menjadi lebih teruk.

Berkemungkinan sesetengah orang tidak tahu apa itu resdung, resdung ini ialah alergen yang mana komponen yang tidak berbahaya yang boleh menyebabkan tindak balas alergi. Resdung atau “allergic rhinitis, adalah tindak balas alahan terhadap alergen tertentu. Resdung terjadi apabila sistem imun badan menjadi terlalu sensitif dan bertindak balas secara berlebihan terhadap sesuatu melalui alam sekitar yang biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah bagi kebanyakan orang. Resdung juga terbahagi kepada 2 jenis iaitu bermusim dan tidak bermusim. Gejala bagi jenis ini boleh berlaku pada musim bunga, musim panas dan awal musim gugur. Ia biasanya disebabkan oleh sensitiviti alergi terhadap spora yang terbang di udara atau debunga dari rumput atau pokok yang berbunga. Yang kedua adalah berpanjangan. Berpanjangan adalah pesakit akan mengalami gejala sepanjang tahun. Ia biasanya disebabkan oleh hama debu, bulu daripada binatang peliharaan, lipas atau kulat. Alergi terhadap makanan jarang menyebabkan gejala yang berkaitan dengan hidung.

Sesetengah orang mungkin mengalami kedua-dua jenis resdung, dengan gejala-gejala bagi resdung bermusim semakin teruk semasa musim debunga yang spesifik. Terdapat juga punca-punca bukan alergi bagi resdung termasuklah asap rokok atau asap lain, minyak wangi, produk pencuci dan bau lain yang kuat. Penyebab resdung ini berlaku apabila kita berhadapan dengan alergen, ia akan membebaskan histamin, yang merupakan bahan kimia semula jadi yang melindungi tubuh kita daripada alergen. Bahan kimia ini boleh menyebabkan resdung dan gejala-gejalanya, termasuklah hidung berair, bersin, dan mata terasa gatal. Selain daripada debunga pokok, alergen yang lain termasuklah hama debu, bulu atau kulit mati daripada haiwan peliharaan, air liur kucing dan kulapok.

Selain itu, banyak juga gejala yang kerap terjadi ketika kita menghadapi resdung dan menyebabkan rutin harian kita terganggu dan tidak selesa. Antara gejala yang sering berlaku ketika kita mengalami resdung ialah bersin, hidung berair, hidung tersumbat, hidung gatal, batuk, sakit atau gatal tekak, mata gatal, mata berair, lingkaran mata hitam di bawah mata, sakit kepala yang sangat kerap. Tambahan pula, ada juga gejala selain daripada yang di atas seperti eczema serta keletihan yang berlebihan.  Kebiasanya akan mengalami satu atau lebih gejala-gejala ini serta merta selepas berhadapan dengan alergen. Sesetengah gejala, seperti sakit kepala yang kerap dan keletihan, mungkin hanya berlaku selepas terdedah kepada alergen dalam jangka masa yang panjang. Namun, demam bukan gejala bagi resdung.

Resdung ini sejenis penyakit yang sukar untuk pulih sepenuhnya. Ia juga akan membuat rutin harian kita terganggu serta emosi. Jika resdung anda teruk, sebaiknya rujuk doktor pakar untuk dapatkan tips atau ubat yang boleh mengurangkan masalah resdung.

Jika anda ada masalah resdung seperti di atas, jom klik link di sini.

 

Kredit:

Doctoroncall

 

6 Tips Mengatasi Sakit Lutut Dalam Kalangan Orang Tua Dan Golongan Muda

Osteoarthritis, yang dikenali sebagai radang sendi tulang boleh berlaku pada mana-mana sendi. Namun, kebanyakan pesakit akan mengadu kesakitan pada bahagian lutut. Selain itu, sendi lain yang sering dikaitkan osteoarthritis termasuklah jari, pinggul, bahu dan tulang belakang.

Menurut satu kajian, dianggarkan 9.3 peratus rakyat Malaysia dewasa mempunyai sakit lutut dan lebih daripada separuh yang diperiksa mempunyai simptom sakit lutut atau ‘Knee Osteoarthritis (OA). Satu kajian lain membabitkan 1,200 warga Kuala Lumpur berumur 55 tahun ke atas, menunjukkan lebih 30 peratus mempunyai masalah sakit lutut dan gejala osteoarthritis.

Antara 6 petua mengatasi sakit lutut dalam kalangan orang tua ataupun golongan muda ialah:

  1. Gunakan teknik “RICE”

Kredit: Jomkitalari

RICE adalah:

  • Rest. Rehatkan lutut anda dan hentikan pergerakan serta aktiviti buat sementara waktu.
  • Ice. Letakkan ais pada lutut anda untuk mengurangkan radang dan bengkak.
  • Compression. Balut lutut anda dengan pembalut. Langkah ini dapat mengurangkan bengkak dan sakit.
  • Elevation. Angkat kaki ke atas untuk mengurangkan aliran darah, seterusnya bengkak akan surut dengan lebih cepat.

2. Senaman dan kurangkan berat badan

Untuk pesakit artritis, membiarkan lutut anda tidak bergerak mungkin bukan satu idea yang baik. Ia boleh membuatkan sendi menjadi lebih kaku dan susah untuk digerakkan. Senaman berkala mungkin membantu. Berat badan juga memberikan kesan terhadap lutut. Lebih tinggi berat badan, lebih banyak tekanan ke atas lutut.

3. Pad panas dan sejuk

Pad panas membantu mengelakkan sendi anda dari menjadi kaku dan keras. Pad sejuk pula boleh mengurangkan sakit dan bengkak. Cuba gunakan kedua-duanya berselang-seli tapi lebihkan pad sejuk pada 24 jam pertama selepas mengalami kecederaan pada lutut.

4. Cara hilangkan sakit lutut – Salap herba

Dalam satu kajian yang dimuatkan di dalam Pakistan Journal of Biological Science, pengkaji membuat kajian tentang salap yang dibuat daripada kayu manis, mastic gum, halia dan minyak bijan. Kajian ini menemui bahawa salap tersebut adalah efektif sama seperti krim artritis yang mengandungi salicylate.

5. Cara hilangkan sakit lutut – Estrak halia

tips mengatasi sakit lutut

Kredit : keluarga.my 

Halia memang terkenal dengan khasiatnya untuk banyak penyakit. Ia merupakan herba tradisional sejak turun temurun. Ia boleh didapatkan dalam bentuknya asal, serbuk atau di dalam teh. Antara khasiatnya termasuk mengurangkan masalah perut, mual serta mengurangkan sakit dalam banyak keadaan. Kajian melibatkan pesakit artritis menemui bahawa halia membantu mengurangkan sakit jika digabungkan bersama ubat-ubatan.

6. Makanan tambahan glukosamin dan kondroitin sulfat

tips mengatasi sakit lutut

Kredit : Hellodoktor

Dua suplemen ini memang sudah sinonim dengan sakit sendi. Ia telah banyak dijual di pasaran. Kajian menunjukkan bahawa suplemen ini tidak memberikan kesan yang banyak ke atas sakit yang ringan atau sederhana. Walau bagaimanapun, ia menunjukkan kesan yang signifikan bagi mereka yang mengalami sakit teruk.

Sendi ini adalah antara sendi yang paling penting dan paling banyak digunakan. Namun, ia tidak terlepas daripada mengalami kecederaan.Memandangkan ia sangat penting, sakit lutut sering mengganggu pergerakan dan aktiviti harian. Jika anda atau keluarga anda mengalami masalah tersebut, anda boleh cuba Fresh N cool.

Kredit:

 

1.Hellodoktor 

2. ifixphysiotherapy 

3. utusan 

6 Kebaikan Vitamin C untuk Kesihatan Kulit dan Muka

Vitamin C adalah salah satu vitamin yang penting untuk yang memberi banyak kebaikan untuk kesihatan kulit dan muka. Antara nama lain bagi vitamin C adalah asid askorbik. Lapisan epidermis kulit adalah antara anggota yang paling banyak menerima vitamin C dalam bahagian anggota tubuh kita. Sumber makanan yang kaya dengan vitamin C termasuklah buah-buahan citrus seperti oren, lemon dan limau nipis.  Namun, mungkin ranai yang tidak tahu bahawa jambu batu mengandungi lebih banyak vitamin C berbanding buah oren atau lemon. Selain daripada buah-buahan, vitamin C juga boleh diperolehi daripada sayur-sayuran dan makanan tambahan seperti suplemen.

Berikut adalah antara 8 kebaikan vitamin C untuk kesihatan kulit dan muka:

1. Menggalakkan Penghasilan Kolagen

Mengamalkan pengambilan vitamin C dapat membantu dalam penghasilan kolagen pada kulit. Kolagen ialah protein dalam badan yang menyediakan struktur kepada kulit, membantu menguatkan tulang dan membantu dalam pembekuan darah.

Penghasilan kolagen bermula dari prokolagen. Prokolagen ini pula dihasilkan oleh badan dengan menggabungkan 2 asid amino yang dikenali sebagai prolin dan glisin. Dalam proses penghasilan prokolagen ini, vitamin C adalah diperlukan.

2. Melambatkan Penuaan Kulit

Masalah penuaan kulit boleh terjadi disebabkan oleh dua faktor iaitu secara semulajadi atau faktor persekitaran. Masalah penuaan kulit secara semulajadi adalah proses biasa yang dialami bagi golongan yang berumur dan ianya adalah proses yang perlahan. Menurut satu kajian yang dijalankan di Eropah, penggunaan krim vitamin C boleh membantu meningkatkan pembentukan kolagen di semua peringkat umur. 

Penuaan kulit yang disebabkan oleh faktor kesihatan pula berkait rapat dengan gaya hidup seperti merokok atau selalu terdedah kepada bahan cemar. Selain itu, kulit yang terdedah kepada ultraungu (UV) secara kronik juga boleh menyebabkan berlakunya masalah penuaan kulit.

3. Mencegah Masalah Kulit Kering

Masalah kulit kering sering terjadi disebabkan oleh beberapa perkara seperti penyakit, penggunaan produk kosmetik yang salah, ubat-ubatan atau disebabkan faktor persekitaran yang lain. Kajian tabung uji mendapati bahawa vitamin C mungkin terlibat dalam pembentukan lapisan kulit luar (epidermis) da mempengaruhi kemampuan kulit untuk mengelak daripada kehilangan air.

4. Bertindak sebagai Antioksidan

Radikal bebas boleh terbentuk di dalam badan dengan persekitaran seperti asap rokok, udara tercemar dan sinaran UV. Radikal bebas ini boleh menyebabkan tekanan pengoksidaan dan boleh menyebabkan kerosakan pada sel-sel badan. Tekanan pengoksidaan ini dikaitkan dengan penyakit seperti kardiovaskular, kanser, Alzheimer, Parkinson dan penyakit mata.

Fungsi vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan boleh meneutralkan radikal bebas yang boleh bahaya untuk kulit. Selain itu, kerosakan pengoksidaan pada kulit juga boleh dikurangkan dengan pengambilan vitamin C terutamanya jika digabungkan dengan vitamin E.

5. Mengurangkan Keradangan Kulit

Antara gejala jika anda mengalami keradangan kulit ialah seperti sakit, gatal-gatal dan kekeringan. Jerawat, psoriasis dan dermatitis atomik ialah antara penyakit yang menyebabkan berlakunya keradangan kulit. Dalam kajian, pesakit-pesakit yang mengalami masalah keradangan kulit ini adalah disebabkan kekurangan paras vitamin C dalam kulit mereka.  Oleh itu, dengan mengamalkan vitamin C mengikut dos yang betul, ianya dapat membantu mengurangkan masalah keradangan kulit ini. 

6. Mempercepatkan Penyembuhan Luka

Antara kebaikan vitamin C yang seterusnya pula ialah ianya berupaya mempercepatkan penyembuhan luka. Penyembuhan luka melibatkan tiga proses utama iaitu keradangan, pembentukan tisu dan pemodelan semula. Pengambilan vitamin C dalam bentuk makanan tambahan (suplemen) atau krim sapuan boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Terdapat beberapa tanda yang boleh mejadi petanda awal bahawa kulit seseorang itu kekurangan vitamin C. Antaranya ialah luka sukar atau lambat sembuh, kulit menjadi tebal, lebam atau pendarahan dalam kulit, kulit menjadi kasar dan kulit menjadi kering dan rosak.

Kurangnya pengambilan vitamin C boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan yang lain, begitu juga jika pengambilan vitamin C yang berlebihan. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, keperluan vitamin C yang disarankan kepada lelaki dan wanita dewasa ialah sebanyak 70mg sehari dengan had maksimum 2000mg sehari. Pengambilan vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan masalah seperti cirit-birit, loya, muntah, pedih ulu hati, kejan di bahagian perut, sakit kepala, insomnia dan masalah kesihatan yang lain. Ingin mencuba produk Vitamin C Effervescent dari Asmak, boleh klik disini.

Sumber:


Jiwa Sihat

Makanan Tinggi Kalsium Untuk Ibu Hamil Pastikan Tumbesaran Sihat Janin

Semasa kehamilan, bayi sangat memerlukan kalsium bagi pembinaan tulang serta gigi yang kuat. Kalsium juga sangat penting bagi membina jantung, saraf dan juga otot bayi yang sihat. Selain itu, keperluan kalsium yang mencukupi juga dapat mengelakkan anda daripada risiko hipertensi dan preeklampsia. Sekiranya dalam tempoh kehamilan ini, anda mendapati bahawa diri anda tidak mendapat bekalan kalsium yang secukupnya daripada diet dan vitamin pranatal yang diambil, sila berbincang dengan doktor anda untuk mengambil suplemen kalsium. Jom kenali makanan tinggi kalsium untuk ibu hamil pastikan tumbesaran sihat janin.

Hal ini adalah sangat penting, supaya bayi anda dapat menerima keperluan kalsium yang mencukupi untuk dirinya berkembang dengan sihat dan selamat. Kalsium juga membantu dalam perkembangan irama jantung yang normal dan kebolehan pembekuan darah supaya berfungsi dengan baik. Untuk makluman ibu hamil juga, semasa tiga bulan terakhir kehamilan anda, mendapatkan kalsium yang mencukupi adalah sangat penting dalam tempoh akhir ini adalah kerana pada waktu ini bayi anda akan membesar dengan cepat dan memerlukan kalsium yang banyak untuk tumbesarannya itu. Malah, dalam waktu ini, jika anda tidak mendapat keperluan kalsium yang cukup dalam diet, bayi akan menyerap kalsium yang terdapat di tulang anda yang akhirnya akan menyebabkan kesihatan anda terjejas.

Berapa Banyak Kalsium Yang Diperlukan Oleh Wanita Hamil?
Sepanjang tempoh kehamilan, keperluan kalsium untuk ibu hamil adalah sama seperti ketika sedang menyusu. Keperluan kalsium ini juga adalah berbeza mengikut peringkat umur anda. Bagi ibu hamil yang berusia di antara 19 hingga 50 tahun, anda memerlukan kalsium sebanyak 1,000mg sehari. Manakala bagi ibu hamil yang berusia 18 tahun ke bawah pula, sebanyak 1,300mg diperlukan setiap hari. Kebanyakkan wanita tidak cakna tentang kepentingan kalsium untuk tubuh badan mereka dan juga bayi yang berada di dalam kandungan.

Antara contoh makanan tinggi kalsium melalui sumber makanan yang lain adalah seperti berikut :

1. Kacang Badam

Selain mengandungi kalsium, kacang badam juga turut mempunyai Vitamin E dan kaya dengan serat. Kacang badam ini mengandungi kalsium yang cukup tinggi iaitu 3/4 cawan pengambilannya bersamaan dengan 320mg kalsium.

2. Jus oren

Jus oren juga sangat diperkaya dengan kalsium. Pengambilan jus oren dapat membantu menguatkan jantung dan sistem pernafasan anda. Selain mengandungi kasium yang tinggi, jus oren juga mempunyai kalium, potassium dan juga serat yang tinggi.

3. Keju mozarella

Keju antara makanan kalsium tinggi yang baik untuk ibu hamil bagi kesihatan tulang. Terdapat beberapa kajian yang telah membuktikan bahawa keju daripada produk tenusu lebih mudah diserap badan berbanding dengan keju yang diperoleh daripada sumber tumbuhan.

4. Chia seed

Bagi ibu hamil yang masih lagi loya dan tidak boleh menjamah makanan, anda boleh memperoleh kalsium melalui pengambilan chia seed. 100g chia seed mengandungi kira-kira 631mg kalsium. Pengambilan 3 sudu makan chia seed melebihi jumlah kalsium yang terdapat di dalam segelas susu.

5. Susu soya

Air susu soya juga antara makanan yang mengandungi jumlah kalsium yang tinggi. Ia sesuai bagi ibu hamil yang mempunyai masalah penghadaman laktosa kerana kandungan laktosa di dalam air susu soya adalah rendah.

6. Aiskrim vanila

Antara kebaikan aiskrim vanila adalah ia merupakan sumber kalsium yang baik untuk ibu dan juga bayi dalam kandungan. Aiskrim vanila merupakan salah satu sumber kalsium yang tinggi untuk dinikmati ibu hamil.

7. Yogurt rendah lemak

Yogurt merupakan makanan yang sangat lembut juga antara salah satu sumber kalsium yang terbaik. Yogurt juga turut mengandungi Vitamin D dan Omega-3 yang diperlukan oleh tubuh ibu hamil.

8. Ikan sardin

Ikan sardin mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh wanita hamil. Di dalamnya mengandungi kalsium yang tinggi, kaya dengan Omega-3 dan juga sumber protein yang cukup baik untuk keperluan tubuh anda.

9. Susu rendah lemak

Susu sangat kaya dengan sumber vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan anda, antaranya adalah kalsium yang penting untuk pembinaan dan kekuatan tulang. Melalui pengambilan susu, anda akan memperoleh kalsium yang mencukupi , ditambah pula dengan vitamin lain, ia dapat meningkatkan jisim tulang serta mengurangkan kehilangan jisim tulang semasa penuaan nanti.

10. Tauhu

Tauhu merupakan antara makanan penambah kalsium yang sangat baik untuk tubuh ibu hamil. Secawan tauhu sudah mampu memberikan tubuh anda keperluan kalsium yang lebih tinggi berbanding segelas susu. Oleh itu, pastikan anda menepati keperluan kalsium yang cukup untuk kesihatan anda dan juga bayi yang berada di dalam kandungan.

Madu Kurma Merah

Adakah Anda Memerlukan Suplemen Kalsium Semasa Hamil?

Tidak semua wanita hamil memerlukan suplemen kalsium jika keperluan kalsium dalam tubuh mereka sudah pun mencukupi. Langkah terbaik yang boleh anda lakukan adalah dengan pengambilan diet yang seimbang dan sihat untuk keperluan tubuh anda dan juga bayi dalam kandungan. Tetapi, seandainya anda merasakan bahawa anda tidak mendapat jumlah kalsium yang diperlukan setiap hari, berbincang serta dapatkan pandangan doktor anda untuk menambah suplemen kalsium secara berasingan.

 

Tetapi, perlu diingat bahawa, setiap vitamin pranatal mempunyai jumlah kandungan kandungan kalsium yang berbeza-beza. Terdapat sesetengah vitamin yang mengandungi 100 hingga 200mg jumlah kalsium. Manakala, tubuh anda pula menyerap kalsium dengan baik dalam dos yang kurang daripada 500mg kalsium pada satu-satu masa. Jadi sebelum mengambil suplemen, ketahui dahulu jumlah yang terkandung di dalamnya, kerana kemungkinan anda hanya perlu mengambil kalsium tambahan dalam dos yang kecil untuk beberapa kali sehari. Semoga bermanfaat.

Vita C Effervescent

Ingin dapatkan makanan tambahan yang bagus untuk ibu hamil? Klik sini.

Sumber : TheAsianParent

Ketahui 4 Tips Diet untuk Pesakit Diabetes

Rata-rata mereka yang mempunyai penyakit diabetes sangat sukar memilih makanan dan minuman atas faktor diet kencing manis yang perlu dipatuhi. Antara aspek pemakanan yang harus diberikan perhatian khusus adalah pengambilan gula kerana ia boleh menjejaskan tahap glukosa dalam darah pesakit diabetes. Artikel ini menyingkap 4 Tips dan Diet untuk Pesakti Diabetes mengawal  penyakit diabetes atau lebih dikenali sebagai  kencing manis .

Tahukah anda, sebenarnya ada satu jenis diet yang sangat sesuai buat semua pesakit diabetes dan diet ini telah wujud buat sekian lamanya. Diet ini ialah diet vegetarian.

Hal ini kerana diet vegetarian berfokuskan kepada pengambilan makanan dan minuman yang berteraskan tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang Dengan ini, pengambilan zat makanan yang sangat tinggi gula, karbohidrat dan lemak dapat dihindarkan ekoran ia adalah berbahaya buat pesakit kencing manis.

Buat pesakit diabetes jenis 1, jenis 2 atau diabetes gestasi, adalah sangat sukar bagi mereka memilih diet untuk kencing manis kerana khuatir akan keadaan diri. Dengan mengamalkan diet vegetarian, anda tidak lagi perlu risau. Berikut merupakan antara manfaat diet vegetarian.

Mengendalikan glukosa dalam darah

Diet ini mampu mengendalikan tahap gula dalam darah kerana ia melibatkan banyak pengambilan serat yang berperanan penting dalam sistem pencernaan. Diet yang tinggi dengan serat mampu melambatkan proses pencernaan sehingga makanan tersebut tidak terlalu cepat untuk diproses menjadi glukosa.

Oleh itu,  pesakit kencing manis mampu untuk mengelak kadar gula dalam darah melonjak dengan drastiknya sejurus selepas waktu makan.

Kajian American Diabetes Association menyatakan bahawa pesakit diabetes yang amal diet vegetarian mengalami penurunan glukosa lebih signifikan berbanding dengan yang tidak mengambilnya.

Mengelakkan komplikasi kencing manis

Diet vegetarian ini juga  dipercayai mampu mengelakkan komplikasi diabetes berkaitan kardiovaskular seperti sakit jantung, darah tinggi dan strok daripada berlaku.

Ini disebabkan oleh peraturan diet untuk kencing manis ini yang menyarankan anda untuk menghindarkan pengambilan daging yang tinggi dengan lemak.

Risiko komplikasi ini turut menjadi lebih rendah jika anda mengikuti diet vegetarian dengan lebih ketat dan langsung tidak mengambil makanan tinggi kolesterol.

Di sebalik semua manfaat yang dibawa oleh diet untuk kencing manis ini, wujud satu masalah kerana pesakit diabetes disarankan untuk mengamalkan pola makanan yang stabil.

Ini bermakna diet vegetarian yang hanya berfokuskan pada tumbuhan, membuatkan pesakit akan kekurangan nutrisi karbohidrat, lemak dan protein yang masih diperlukan oleh tubuh mereka.

Jom lihat 4 Tips dan Diet untuk Pesakti Diabetes yang bakal kami kongsikan ini supaya anda masih boleh kekal sihat jika amalkan diet vegetarian di samping menghidap diabetes!

Caranya adalah seperti berikut:

#1. Ambil karbohidrat kaya serat

Anda boleh ambil sumber karbohidrat kaya serat daripada nasi, jagung, gandum dan ubi dengan kuantiti serta kualiti yang ideal.

#2. Ambil sumber lemak yang sihat

Anda boleh ambil sumber lemak yang sihat daripada telur, ikan, susu soya dan minyak kanola dengan kuantiti serta kualiti yang ideal.

#3. Ambil sumber protein bukan daging

Anda boleh ambil sumber protein bukan daging dari tempe, tauhu, susu soya dan kacang badam dengan kuantiti serta kualiti yang ideal.

#4. Ambil suplemen vitamin dan mineral

Dapatkan sumber vitamin dan mineral seperti zat besi, kalsium, vitamin C dan vitamin B menerusi suplemen yang disarankan oleh doktor.

Diet vegetarian yang tinggi dengan serat ini juga mempunyai keupayaan untuk membuat individu itu akan berasa kenyang lebih lama dan tidak mudah berasa lapar.

Pengambilan makanan dan minuman yang rendah kalori ini juga dapat membuat individu mengekalkan berat badan di tahap ideal. Ini adalah penting kerana pesakit kencing manis sering kali dikaitkan dengan risiko tinggi mengalami masalah berat badan berlebihan atau lebih teruk, obesiti.

Kalau sekali sekala rasa nak minum manis atau makan makanan manis tu boleh cuba alternatif stevia. Stevia merupakan pilihan terbaik bagi pesakit kencing manis. Selamat mencuba !

Kredit :

  1. hellodoktor 
  2. myhealth

 

Ketahui 7 Punca Buasir yang boleh terjadi pada seseorang

Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza. Buasir adalah penyakit yang sering berlaku. Ia boleh terjadi kepada mana-mana individu tanpa mengira umur tetapi selalunya dilihat pada orang dewasa 30 tahun ke atas dan wanita mengandung.

Ia sering dikaitkan dengan meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit. Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon. Selain itu, orang yang berlebihan berat badan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini.

Terdapat beberapa 7 punca-punca buasir yang boleh terjadi pada seseorang.

  1. Tekanan (pressure)

Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki. Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.

  1. Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama

Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.

  1. Sembelit

Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada saluran venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.

  1. Buasir dan keturunan

Tidak ada bukti yang sahih menyatakan bahawa buasir adalah penyakit yang diwarisi. Bagaimanapun ada keluarga yang nampaknya lebih cenderung menghidap penyakit ini berbanding keluarga lain. Ini berlaku mungkin kerana pemakanan yang diamalkan oleh sesebuah keluarga tersebut.

  1. Mengandung

Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih kendur, dan ini boleh memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunyansembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.

  1. Buasir dan kanser

Buasir tidak menyebabkan kanser atau bertukar menjadi kanser. Haruslah diingat bahawa pendarahan di bahagian dubur mungkin bukan disebabkan oleh buasir sahaja. Pendarahan mungkin adalah sebagai tanda awal penyakit kanser usus. Adalah sangat mustahak untuk anda membuat pemeriksaan lanjut sekiranya berlaku pendarahan di bahagian dubur anda, atau bila anda mendapati najis anda menjadi merah atau hitam (darah telah bercampur dengan najis).

  1. Berat badan berlebihan

Berat badan berlebihan atau obesiti boleh memberikan tekanan yang lebih kepada saluran darah venus. Obesiti merupakan masalah kompleks yang menyebabkan lebihan lemak pada badan. Obesiti bukan sekadar masalah fizikal dan kosmetik, tetapi ianya merupakan masalah perubatan yang boleh meningkatkan risiko kepada penyakit yang lain seperti kencing manis, darah tinggi dan juga kanser.

Dengan rawatan yang lengkap, penyakit buasir boleh pulih sepenuhnya. Ikut nasihat doktor anda berkenaan ubat-ubatan dan perubahan gaya hidup seperti pemakanan dan senaman serta elakkan duduk untuk suatu jangkamasa yang lama.

Jika anda atau ahli keluarga yang mengalami masalah buasir, anda boleh cuba Minyak Herba Asmak, boleh klik link disini.

Kredit

  1. my health
  2. tips kesihatan

10 Khasiat Minyak Kelapa Dara Untuk Orang Dewasa

Sebenarnya banyak lebih 10 khasiat minyak kelapa dara dan jika diamalkan secara harian akan meningkatkan tahap kesihatan dan seterusnya menjamin kualiti hidup kita. Kajian menunjukkan minyak kelapa dara sangat baik untuk kesihatan luaran dan dalaman. Malah, sebelum wujudnya kajian berteknologi tinggi, nenek moyang kita telah pun mengamalkan penggunaan minyak serba boleh ini. Minyak kelapa dara dihasilkan 100% daripada isi buah kelapa yang matang dan berkualiti. Proses penghasilannya tidak menggunakan haba dan bahan-bahan sintetik. Justeru, ia mengandungi nutrien yang amat berkhasiat untuk tubuh badan manusia. Antara nutrien yang tinggi di dalam minyak ini adalah vitamin E dan asid laurik.

Minyak zaitun adalah lemak yang diperoleh hasil daripada perahan buah zaitun (olea europaea) yang banyak terdapat di rantau Mediterranean seperti di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Disebabkan mengandungi khasiat yang tinggi, minyak zaitun telah digunakan secara meluas dalam bidang kecantikan, perubatan termasuk kulinari. Pakar Pemakanan, Hospital Columbia Asia, Iskandar Puteri Johor, Yap Pau Lin berkata, minyak zaitun mengandungi lemak mono tidak tepu (MUFA) yang menyihatkan, di samping lemak tepu dan juga lemak poli tidak tepu (PUFA) termasuk omega 3 dan omega 6. Ia juga terkandung bahan antioksida seperti hydroxytyrosol, oleocanthal, squalene dan beta karotin selain vitamin E tokoferol dan juga vitamin K.

Ini antara 10 khasiat Minyak Kelapa Dara untuk kesihatan termasuk penurunan berat badan.

 

  1. Melindungi organ jantung

Diet Mediterranean lazimnya mencampurkan minyak zaitun dalam setiap hidangan bagi mengurangkan risiko penyakit jantung. Minyak zaitun bertindak melindungi organ jantung dengan menurunkan tekanan darah, mencegah penggumpalan darah, melindungi dinding pembuluh darah, menurunkan radang dan menjaga kadar kolesterol dalam tubuh badan manusia.

  1. Mengatasi penyakit Alzheimer dan diabetes

Minyak zaitun mampu menghilangkan plak beta-amyloid yang dipercayai boleh memicu penyakit Alzheimer. Praktis dalam Diet Mediterranean juga dikatakan boleh mencegah diabetes tahap dua. Namun, kedua-duanya masih belum dibuktikan secara saintifik.

  1. Mencegah strok

Berdasarkan penyelidikan, menikmati minyak zaitun dengan kerap dapat merendahkan risiko strok. Sekali lagi, ia masih memerlukan kajian lebih terperinci.

  1. Menurunkan berat badan

Minyak zaitun merupakan salah satu daftar makanan sihat yang boleh dikonsumsi untuk menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan.

  1. Memiliki kadar antiradang yang tinggi

Kandungan (antiradang) dalam minyak zaitun dikatakan menyamai ubat antiradang ibuprofren. Sumber semula jadi minyak itu dipercayai boleh meringankan radang sendi (rheumatoid arthritis).

  1. Mencegah pankreatitis akut (keradangan pankreas)

Keradangan pankreas atau pankreatitis akut mudah meragut nyawa manusia dengan mudah. Kandungan asam oleat dan hydroxytyrosol dalam minyak zaitun mampu menghindarkan sesiapa daripada penyakit itu.

 

  1. Mengurangi risiko depresi (stres)

Dibandingkan dengan individu yang menggunakan lemak trans, mereka yang mengambil minyak zaitun akan mengalami masalah depresi yang lebih rendah iaitu sebanyak 48 peratus.

 

  1. Bersifat antibakteria

Minyak zaitun boleh membunuh bakteria H.pylori. Mereka yang menikmati 30 gram minyak zaitun extra virgin setiap hari, dapat merawat 10 hingga 40 peratus jangkitan H.pylori selama kira-kira dua minggu.

 

  1. Tinggi antioksidan

Minyak zaitun yang terkandung vitamin K dan E bantu cegah seseorang menghidap penyakit kronik kerana mempunyai antioksidan yang tinggi.

 

  1. Mencegah penyakit radang usus besar (ulcerative colitis)

Kita boleh mencegah radang pada usus besar jika makan dua hingga tiga sudu minyak zaitun setiap hari.

 

Ramai yang tak tahu tentang khasiat Minyak Kelapa Dara ini dan memandang minyak ini seperti minyak masak biasa yang digunakan untuk mengoreng atau digunakan untuk masakkan. Banyak khasiat yang kita tahu tentang Minyak Kelapa Dara ini, jadi untuk mengawal kadar kesihatan kita untuk jadi lebih baik, seeloknya amalkan pemakanan yang sihat dengan menggunakan Minyak Kelapa Dara.

Kredit : columbiaasia

: tropika

Shopping cart close