7 Manfaat Minyak Pisang kepada Pengamalnya

minyak pisang bagus untuk

Sumber : Cradiori

Minyak pisang banyak manfaat kepada pengamalnya. Nama umum bagi isoamyl asetat, merupakan sebatian organik yang boleh ditemui dengan kepekatan tinggi dalam kulit pisang. Minyak pisang mempunyai banyak manfaat dan ianya dihasilkan secara sintetik di kilang, melalui kaedah excessive processing. Namun, ramai orang lebih memilih untuk menghasilkan “minyak pisang” mereka sendiri melalui proses pengekstrakan minyak. Ini dianggap sebagai minyak pisang tulen dan sangat kuat. Tanaman pisang adalah salah satu tanaman yang paling banyak ditanam di dunia dan mempunyai nama saintifik Musa acuminata (tanaman pisang yang paling popular). Pengeluaran minyak pisang pada masa kini adalah secara global dan meluas namun masih tidak dikenali fungsinya terhadap kesan terapeutik untuk kulit dan rambut. Minyak pisang bagus untuk membantu dalam memberi perlindungan terhadapa kulit dan rambut. Kesan terapeutik ini diberi oleh sumber vitamin C, vitamin B,  isoamil asetat dan pelbagai antioksidan lain yang terkandung dalam minyak pisang.

Menurut kajian, minyak pisang bagus untuk memberi kelegaan kepada kulit, melambatkan rambut gugur, melembapkan kulit kepala, mencegah penuaan, menghilangkan kelemumur, dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Manfaat utamanya mempengaruhi rambut dan kulit, walaupun adakalanya turut digunakan untuk keadaan kesihatan yang lain. Terdapat beberapa kesan sampingan penggunaan minyak pisang seperti gangguan gastrointestinal atau radang kulit tetapi ia hanya berlaku apabila digunakan secara berlebihan.

Minyak pisang ini sangat digemari oleh mereka yang ingin merawat penuaan, kedutan, cela, parut, kelemumur, keguguran rambut, kulit kering, radang kulit, ekzema, psoriasis, dan sistem imun yang lemah.

1.Membantu Melembapkan Kulit Kering

Kulit adalah anggota tubuh badan yang lebih banyak terdedah kepada persekitaran daripada bahagian tubuh yang lain. Ini boleh menjadikan kulit kering, menggelupas, iritasi atau terdedah kepada jangkitan. Ia juga mempengaruhi penampilan dan tekstur kulit. Menggunakan minyak pisang secara teratur di kawasakn kulit yang terdedah ini dapat menghaluskan kulit dan melindunginya dari kerosakan, serta mengurang kan iritasi akibat radiasi dari sinar matahari.

2. Anti Penuaan

Sekiranya anda mula melihat perubahan kulit atas factor usia, tetapi ingin kelihatan sepuluh tahun lebih muda, minyak pisang mungkin dapat membantu. Minyak semula jadi pekat ini mampu merangsang pembentukan kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit, serta dapat meminimumkan penampilan garis dan kedutan.

3. Boleh Menghilangkan Parut & Noda

Selain itu, menggunakan minyak ini pada kulit dapat meningkatkan aliran darah, membantu merangsang penyembuhan parut dan noda, dan membuat kulit anda tampak lebih cerah.

4. Meningkatkan Sistem Imun

Kerana kaya dengan vitamin C dan sebatian antioksidan lain, minyak ini dapat memberikan dorongan besar untuk sistem kekebalan tubuh. Pertama dan terpenting, ia dapat melindungi kulit dari patogen dan jangkitan udara, yang juga diserap melalui kulit dan dapat membantu sistem dalaman anda bertahan terhadap bakteria dan virus berjangkit.

5. Mencegah Kelemumur

Minyak ini boleh menjadi ubat yang sangat baik untuk kulit kering kerana sifat emoliennya, yang mengunci kelembapan dan mencegah pengelupasan atau kerengsaan. Bagi orang yang mengalami kelemumur, mengurut sedikit minyak pisang ke kulit kepala dapat menyegarkan kulit, mempromosikan pertumbuhan sel baru yang sihat dan mencegah kelemumur daripada jatuh ke bahu anda!

6. Mengawal Kulit & Rambut Berminyak 

Sekiranya anda mempunyai kulit berminyak, anda mungkin telah bertahun-tahun mempunyai masalah jerawat. Begitu juga, rambut berminyak dapat membuat anda merasa rendah diri dan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai, walaupun setelah mencuci rambut dengan bersih. Minyak pisang dapat mengatasi kedua-dua situasi yang tidak menyenangkan ini dengan cara mengoptimumkan tahap minyak dan membersihkan jangkitan atau penyumbatan yang mungkin menyebabkan pengeluaran minyak berlebihan.

7. Membantu dalam Penjagaan Rambut

Apabila rambut anda mudah patah, rapuh atau gugur, anda memerlukan sesuatu yang berkesan untuk meningkatkan kekuatan helaian rambut anda. Minyak pisang dapat membantu menghilangkan hujung yang pecah dan memelihara rambut kusam, secara tidak lansung memberi setiap helaian rambut dengan nutrien penting untuk mengurangkan keguguran rambut.

Anda akan sering mendapati minyak pisang sebagai bahan sekunder dalam sabun, syampu, perapi, dan pelembap. Kesan minyak pisang pada kulit bukanlah rahsia, dan dengan pisang sebagai salah satu buah yang paling banyak dimakan di muka bumi ini, tentunya mudah untuk memperoleh bahan mentah ini untuk digunakan! Walaupun kebanyakan penggunaan minyak pisang adalah untuk tujuan kosmetik atau perubatan, terdapat juga beberapa penggunaan lain minyak semula jadi yang popular ini, termasuk sebagai minyak urut , ramuan dalam sabun dan syampu, dan dalam amalan aromaterapi. Tidak ketinggalan, anda juga boleh mendapati kandungan minyak pisang ini dalam produk terbaru Asmak iaitu Advance Hair Oil with Serum. Boleh terus klik sini untuk dapatkannya.

Kredit : Organic facts

Atasi Kulit Kusam dengan 5 Langkah Mudah Skrub Muka Ini

Pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh para wanita untuk mendapatkan kulit wajah yang menawan. Salah satu langkah penting penjagaan kulit wajah adalah eksfoliasi wajah. Eksfoliasi adalah suatu cara membuang atau mengikis sel-sel kulit mati yang berada pada lapisan terluar kulit. Perawatan ini boleh dilakukan di rumah atau di klinik kecantikan. Cara eksfoliasi kulit wajah dilakukan menggunakan skrub. Aktivit ini dapat membantu memperbaiki warna dan tekstur kulit sehingga akan membuat kulit beregenerasi (merangsang sel-sel baru tumbuh). Perawatan ini juga dapat mengoptimalkan kerja bahan aktif pada produk skin care yang anda gunakan setiap hari kerana wajah yang bersih dari sel kulit mati dapat meresap skin care dengan baik ke dalam lapisan kulit. Anda tidak perlu risau kerana beberapa langkah mudah skrub muka akan kita singkap dalam artikel ini.

Namun begitu, menurut dermatologi Dr. Michele Green, jika anda memiliki kulit jenis kering, anda tidak digalakkan memakai skrub kerana tindakan tersebut akan hanya membuat kulit menjadi lebih kering. Bagi anda yang mempunyai kulit berminyak pula, lakukan eksfoliasi sebanyak dua hingga tiga kali seminggu. Pastikan anda yang sering melakukan eksfoliasi agar berhati-hati supaya tidak menyebabkan iritasi pada wajah, pastikan juga anda tidak menggosok wajah dengan terlalu kuat. Bagi anda yang pertama kali ingin mencuba ini adalah 5 langkah mudah skrub muka.

 

  1. Pilih produk skrub yang tepat

Sebelum melakukan perawatan wajah menggunakan skrub, pastikan anda memilih jenis produk yang mempunyai bahan sesuai dengan sensitiviti kulit anda. Dalam erti kata lain, pilih skrub wajah yang sesuai dengan jenis kulit anda. Jika anda mempunyai kulit jenis kering,  maka skrub yang diperbuat daripada bahan alami seperti madu adalah lebih sesuai, alpha hydroxy atau beta hydroxy. Selain itu anda boleh juga menggunakan bahan aktif seperti beras atau kopi yang memiliki antioksidan. Lain pula jika kulit anda jenis berminyak dan berjerawat, maka pilihlah kandungan almond, mint atau tea tree.

 

  1. Basuh wajah dengan air suam

Sebelum memulakan perawatan wajah menggunakan skrub, anda dinasihatkan untuk membersihkan wajah dengan air suam terlebih dahulu. Fungsinya agar pori-pori wajah terbuka dan dapat mengeluarkan kotoran dari dalam kulit. Sehingga waktu eksfoliasi, maka kotoran, minyak berlebih dan sel kulit mati jadi lebih mudah terangkat. Selain membasuh muka dengan air suam, pilihan lainya anda boleh mencuba teknik wap wajah menggunakan wap panas.

 

  1. Urut wajah dengan lembut

Langkah selanjutnya ialah ambil sedikit skrub dan usap ke seluruh wajah sehingga bahagian leher.

Gosok skrub dengan lembut dan gerakan memutar, yaitu gerakkan tangan memutar dari bawah ke atas mengikut arah jarum jam dan kemudian mengarah ke jantung. Lakukan urutan ini tidak lebih dari 60 saat. Cara ini dapat menegangkan kulit wajah.

Jangan lakukan proses eksfoliasi secara kasar, sebaiknya urut perlahan dan fokus pada bahagian dahi ataupun hidung yang biasanya muncul jerawat.

Eksfoliasi yang dilakukan dengan Teknik urutan yang tepat akan  menghindari kulit wajah menjadi iritasi atau meradang.

 

  1. Bilas dengan air sejuk

Setelah selesai melakukan eksfoliasi, anda digalakkan untuk terus membilas wajah dengan air sejuk.

Membasuh wajah dengan air sejuk dapat mengangkat sisa skrub yang ada di wajah secara optimal, serta menutup kembali pori-pori dan kulit wajah terasa lebih menenangkan.

Selain itu, tahu kah anda?  Bahwa mencuci wajah dengan air sejuk akan melambatkan proses penuaan kulit dan membantu untuk mengatasi masalah kedutan di wajah.

Seterusnya, jangan lupa untuk lap wajah dengan tuala yang bersih.

 

  1. Lembabkan wajah

Setelah membersihkan wajah anda dengan skrub dan lap dengan tuala yang bersih, proses seterusnya adalah untuk memakai moisturizer.

Penggunaan produk skincare tersebut bertujuan untuk menjaga kelembapan kulit wajah anda.

Gunakan ketika wajah masih setengah lembap dan melakukan urutan secara lembut, maka vitamin yang terkandung di dalam moisturizer akan terserap ke dalam kulit.

Dengan begitu dapat membantu mencegah pengeluaran minyak secara berlebih dari kulit dan menjaga kulit wajahmu agar tetap sihat.

Penggunaan skrub yang kerap boleh membuat kulit wajah kelihatan merah dan perih. Sebaiknya gunakan produk kecantikan tersebut hanya tiga kali dalam seminggu sahaja.

Wah, senang je kan nak skrub muka ni. Nak lebih mudah, anda boleh klik disini untuk mendapatkan sabun skrub kopi plus Asmak. Ingat, jaga kesihatan kulit wajah anda dan rajin-rajinlah skrub muka ya.

Kredit :

  1. Popmama
  2. Hellosehat

9 Kesan Buruk Pengambilan Gula Putih Bagi Orang Dewasa

Kesedaran tentang keburukkan dan bahaya mengenai gula putih di Malaysia masih berada di tahap yang rendah. Walaupun pemberitahuan telah dibuat, artikel di majalah atau di surat khabar namun ramai di kalangan kita masih mengamalkan sikap endah tidak endah. Yang lebih menyedihkan apabila mereka yang didiagnosiskan sebagai pesakit Kencing Manis masih tetap gemar mengamalkan gula putih tanpa sebarang kerisauan. Malaysia merupakan Negara ke tiga yang menyukai. Tahukah anda Malaysia merupakan negara ketiga terbanyak yang sangat sukakan GULA. Hampir keseluruhan seharian kita dihabiskan dengan minuman dan makanan yang mengandungi gula. Gula memang manis tetapi pengambilan secara berlebihan boleh menjejaskan kesihatan anda. Amnya, makanan lengkap seperti buah-buahan, sayuran, tenusu dan bijirin yang mempunyai gula semula jadi ini membuatkan badan mencerna karbohidrat dengan perlahan supaya sel mendapat bekalan tenaga yang stabil. Sebaliknya, gula tambahan yang kebanyakannya terdapat dalam makanan dan minuman dibungkus – ia tidak diperlukan oleh tubuh langsung. Namun masalah pengambilan gula yang berlebihan ini sangat mudah terjadi, contohnya 1 tin air soda mengandungi 10 sudu teh gula dan langsung tidak memberikan manfaat. Terdapat banyak kesan buruk pengambilan gula putih ini.

Boleh dikatakan kebanyakan individu menyukai makanan manis. Namun kesan pengambilan gula berlebihan boleh meningkatkan risiko 9 masalah kesihatan ini. Jom ambil tahu mengenai kesan buruk pengambilan gula putih :

 

  1. Pertambahan berat badan

Masalah obesiti semakin meningkat dan gula tambahan terutamanya daripada minuman manis merupakan antara punca utamanya. Minuman manis seperti soda dan jus sarat dengan fruktosa, iaitu sejenis gula ringkas. Pengambilan fruktosa meningkatkan rasa lapar dan keinginan untuk makan lebih banyak glukosa – gula utama yang terdapat dalam makanan berkanji. Minuman manis tidak menyekat rasa lapar, sekali gus menjadi punca pertambahan berat badan. Ia juga meningkatkan jumlah lemak viseral – lemak dalam perut yang dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti diabetes dan penyakit jantung.

 

  1. Risiko penyakit jantung meningkat kesan pengambilan gula berlebihan

Diet tinggi gula boleh menyebabkan obesiti, keradangan dan peningkatan paras trigliserida, gula dalam darah serta tekanan darah – faktor risiko penyakit jantung. Mengambil terlalu banyak gula, terutamanya daripada minuman manis dikaitkan dengan aterosklerosis – penyakit dicirikan oleh deposit berlemak dan penyumbatan arteri.

  1. Risiko menghidap diabetes jenis 2

Walaupun banyak faktor boleh menyumbang kepada keadaan ini, namun wujud hubungan jelas antara pengambilan gula berlebihan dengan diabetes. Obesiti sering terjadi disebabkan pengambilan terlalu banyak gula, merupakan punca paling kuat untuk mengalami masalah kesihatan kencing manis. Pengambilan gula berlebihan untuk tempoh yang panjang mendorong kepada rintangan insulin – hormon yang dihasilkan pankreas untuk mengawal glukosa. Keadaan tersebut boleh menyebabkan paras gula dalam darah naik mencanak dan meningkatkan risiko diabetes.

 

  1. Meningkatkan risiko kanser

Mengambil gula dengan berlebihan turut meningkatkan kemungkinan untuk mendapat kanser. Selain menjadi punca obesiti, diet tinggi gula juga meningkatkan keradangan dalam tubuh dan boleh menyebabkan rintangan insulin – ketiga-tiganya meningkatkan risiko kanser.

 

  1. Risiko kemurungan meningkat

Berlawanan dengan diet sihat yang membantu meningkatkan emosi, diet tinggi gula tambahan dan makanan diproses seperti kek dan minuman boleh meningkatkan peluang untuk mengalami kemurungan dalam kalangan lelaki dan wanita.

 

  1. Cepat kehabisan tenaga

Kesan pengambilan gula berlebihan menyebabkan kadar gula darah dan insulin naik mendadak, yang membawa kepada peningkatan tenaga. Namun, lonjakan tenaga ini adalah untuk tempoh sekejap – dikenali sebagai sugar crush. Kesannya anda akan lebih kerap mengantuk.

 

  1. Percepatkan proses penuaan kulit

Kedutan yang terjadi seiring peningkatan usia adalah perkara biasa. Namun diet yang tidak sihat boleh memburukkan lagi kedutan dan mempercepatkan proses penuaan tersebut. Advanced glycation end products (AGEs) – sebatian yang terbentuk daripada tindak balas antara gula dan protein dalam tubuh, dipercayai penyumbang kepada penuaan kulit. Diet tinggi karbohidrat dan gula bertapis membawa kepada penghasilan AGE, menyebabkan kulit menua lebih awal. AGE merosakkan kolagen dan elastin – protein yang membantu menganjalkan dan mengekalkan keremajaan kulit.

 

  1. Hati berlemak

Pengambilan fruktosa tinggi secara konsisten dikaitkan dengan peningkatan risiko hati berlemak. Ini kerana fruktosa hanya dicernakan oleh hati. Di dalam hati, fruktosa ditukar kepada tenaga atau disimpan sebagai glikogen. Namun jumlah glikogen berlebihan akan bertukar menjadi lemak. Kebanyakan gula tambahan adalah dalam bentuk fruktosa yang membebankan hati dan meningkatkan risiko penyakit hati berlemak bukan alkohol (NAFLD) – keadaan dicirikan dengan pengumpulan lemak berlebihan dalam hati.

 

  1. Masalah kesihatan lain

Selain risiko yang disenaraikan di atas, kesan pengambilan gula berlebihan boleh dilihat dari aspek lain, seperti:

Meningkatkan risiko penyakit buah pinggang, Mempunyai paras gula darah tinggi secara konsisten boleh menyebabkan kerosakan pada saluran darah halus dalam buah pinggang. Kesan negatif kepada kesihatan pergigian: Makanan tinggi gula boleh menyebabkan gigi berlubang. Meningkatkan risiko menghidap gout: Gout merupakan keradangan yang dicirikan dengan rasa sakit pada sendi. Gula tambahan menaikkan paras asid urik dalam darah – meningkatkan risiko mendapat atau memburukkan gejala gout. Percepatkan penurunan kognitif, Diet tinggi gula boleh menyebabkan ingatan terjejas dan dikaitkan dengan peningkatan risiko demensia

 

Jika terdapat sebarang keraguan mahupun pertanyaan mengenai kadar pengambilan yang sesuai dengan masalah kesihatan diri, berjumpalah dengan pakar untuk lebih kepastian. Hentikan pengambilan putus sekarang agar anda tidak menyesal di kemudian hari. Pengambilan gula putih boleh membawa padah. Tukarkan pengambilan gula putih ke stevia, Stevia altenatif penganti gula putih yang lebih manis. Kemanisan yang tidak membawa kesan yang buruk. Stevia yang diluluskan dalam Akta Makanan untuk dijadikan sebagai pemanis dan pengganti gula pasir adalah ekstrak stevia. Kemanisan yang terhasil daripada daun stevia ini adalah 200 hingga 300 kali lebih manis berbanding gula tebu. Namun demikian, ia tidak mengandungi kalori, karbohidrat, lemak dan kolesterol. Jadi Stevia boleh menjadi pengganti kepada gula putih namun ia tak bermakna kita boleh telan segala yang lain termasuk nasi putih, roti, roti canai, kuih muih yang dibuat dari tepung beras. Ia makanan yang tawar di lidah namun manis di dalam darah kita.

 

Kredit : emmemarina 

: Hellodoktor 

: Marmin 

10 Khasiat Susu Kambing yang anda perlu tahu

Susu kambing kini sudah semakin popular dimata dunia. Kira-kira 65 peratus penduduk dunia meminum susu kambing. Walaupun rakyat Malaysia cenderung kepada susu lembu namun ada beberapa sebab berkaitan kesihatan untuk memilih susu kambing. Ini kerana, susu kambing mempunyai khasiat yang sangat tinggi. Ianya juga lebih berkhasiat dari susu lembu. Mereka yang mengalami masalah ‘gastrointestinal’ lebih sesuai untuk mengambil susu kambing.Selain itu, disebabkan susu kambing lebih sesuai untuk mereka yang menghidapi ‘lactose intolerant’, maka meminum susu kambing tidak menyebabkan keradangan untuk mereka.Susu kambing juga mempunyai A2 beta-casein protein, iaitu lebih baik dan selamat berbanding susu lembu. Oleh itu, susu kambing dapat menghalang reaksi alergik.  Berikut merupakan 10 Khasiat susu kambing yang anda perlu tahu.

 

1. Menguatkan Tulang

Susu kambing mempunyai jumlah kalsium yang tinggi. 1 cawan susu kambing membekalkan sebanyak 327 miligram kalsium. Jumlah kalsium ini adalah lebih tinggi berbanding dengan 1 cawan susu lembu. Susu kambing juga kaya dengan Vitamin D, iaitu sebuah nutrien yang membantu penyerapan kalsium dalam tubuh, dan seterusnya membantu menguatkan tulang. Susu kambing juga mempunyai protein yang bernama CSN1S2, yang bertindak sebagai agen anti-osteoporosis.

Dalam sebuah kajian, susu kambing dapat menghalang osteoporosis kepada pesakit yang menghidapi ‘rheumatoid arthritis’. Susu kambing juga menghalang ‘bone demineralization’, iaitu dimana tulang menjadi lembut. Ia juga membantu perkembangan tulang dimana tulang boleh menjadi rosak akibat kekurangan zat besi.

 

2. Bertindak Sebagai Sebuah Agen Metabolik Yang Baik

Susu kambing bertindak sebagai sebuah agen metabolik yang baik. Ianya mampu meningkatkan ‘metabolic utilization of mineral’ seperti zat besi, magnesium, kalsium dan fosforus. Ia juga mempunyai A2 beta-casein, iaitu lebih baik dari A1 beta-casein yang ada dalam susu lembu. A2 beta-casein adalah jenis beta-casein yang lebih selamat. Ini adalah kerana A1 beta-casein, dikatakan boleh menyebabkan Type 1 diabetes.

A2 beta-casein yang ada dalam susu kambing, yang lebih mirip pada susu ibu, baik untuk kesihatan manusia. Menurut kajian, ianya juga kurang menyebabkan allergi pada kanak-kanak setelah habis tempoh penyusuan ibu. Susu kambing juga baik untuk pengurangan berat badan disebabkan ianya kaya dengan protein dan kalsium. 2 nutrisi penting ini dikaitkan dengan pengurangan berat badan.

 

3. Baik Untuk Kesihatan Jantung

Susu kambing merupakan sumber magnesium yang baik. Magnesium merupakan mineral yang baik untuk jantung. Magnesium membantu untuk mengekalkan denyutan jantung normal dan juga menghalang pembentukan darah beku. Magnesium juga berfungsi bersama vitamin D, yang juga merupakan nutrisi penting untuk jantung.

Didalam susu kambing juga terkandung ‘medium-chain fatty acids‘ yang lebih tinggi berbanding susu lembu. ‘Fatty acids‘ ini membantu menurunkan tahap kolestrol dan juga bagus untuk merawat penyakit koronari. Susu kambing juga dapat meningkatkan kolesterol baik dalam tubuh manusia, dan ini membantu untuk kesihatan jantung.

 

4. Menghalang Keradangan

Kajian membuktikan susu kambing dapat dijadikan sebagai supplemen yang baik untuk menghalang keradangan. Susu kambing dapat trigger ‘innate dan adaptive immune response’ dalam badan manusia, dan ini dapat membantu menghalang keradangan.

Kebolehan anti-keradangan ini adalah disebabkan sebuah kompaun didalam susu kambing yang bernama ‘oligosaccharides’Oligosaccharides dapat membatu keradangan bowel disease. Menurut kajian di Spanish, ia juga mengurangkan radang usus.

 

5. Meningkatkan Kesihatan Kulit

Susu kambing kaya dengan ‘fatty acids‘ dan ‘triglycerides‘, dan kedua-dua ini sangat baik untuk kulit. Ianya juga kaya dengan vitamin A, nutrien yang penting untuk kulit. Kandungan laktid asid dalam susu kambing juga melembapkan dan mencerahkan kulit.

Tahukah anda? Anda juga boleh menggunakan susu kambing untuk membasuh muka pada waktu pagi ! Menarik kan.

Penggunaan sabun susu kambing juga dapat meningkatkan kesihatan kulit. Penggunaannya secara kerap juga menyebabkan kulit anda tidak perlukan moisturizer. Sabun susu kambing juga dapat membantu mereka yang menghadapi simptom ekzema.

 

6. Mudah Untuk Dihadam

Kehadiran ‘fat globules‘ yang kecil dalam susu kambing, menyebabkan susu kambing mudah untuk dihadam. Apabila susu kambing ini sampai ke perut, protein dalam susu kambing ini akan membentu ‘curd‘ yang lebih lembut berbanding susu lembu – dan ini mengurangkan iritasi yang mungkin dialami sesorang yang mengalami masalah iritasi ketika meminum susu lembu.

 

7. Meningkatkan Kesihatan Otak

Kajian menunjukkan kehadiran lipid dalam susu kambing dapat mengurangkan anxiety. Susu kambing juga mempunyai ‘conjugated linoleic acid‘, yang membantu perkembangan otak.

 

 8. Menhalang Anemia

Susu kambing dapat menghalabg anemia keranamemiliki ‘bioavailability iron’ yang tinggi yang membantu dalam penyerapan iron.

 

9. Seimbangkan Tahap pH Dalam Tubuh

Susu kambing bersifat alkali dan ianya hampir kepada tahap pH dalam susu ibu. Ini membantu untuk seimbangkan tahap pH dalam tubuh manusia.

 

 10. Boleh Diminum Oleh Mereka Yang Ada Masalah ‘Lactose Intolerants’

Susu kambing mempunyai kandungan laktosa yang rendah. Ianya merupakan pilihan yang baik oleh mereka yang menghidapi masalah ‘lactose intolerant’. Susu kambing juga mudah dihadam oleh mereka yang mempunyai perut yang sensitif.

 

Semoga pendedahan tentang 10 khasiat susu kambing ini memberi  Jika anda seorang yang mempunyai masalah-masalah seperti di atas. Anda bolehlah mula mengamalkan susu kambing. Tapi banyak sangat produk susu kambing dipasaran. Sampai buntu tak tau nak pilih yang mana satu. Klik sini untuk dapatkan cadangan susu kambing yang sedap dan berkhasiat.

Sumber :

1. healthline

2. neuroversiti 

 

 

7 Tips Membantu Anak Kecik Sukar Bernafas

Kasihan bila tengok anak kecil tercungap-cungap nafas, tak lalu makan dan muka pucat bila terkena serangan asma. Malah jika asma tak dirawat, ia boleh mengancam nyawa! Orang kata biasalah, budak-budak sebelum nak besar dia akan sakit dulu. Ada ketikanya demam, selesema atau batuk. Tapi bila dah sihat mak ayah mesti rasa lega, kan? Apa itu asma?

Sebelum berkongsi 7 Tips Mencegah Asma Pada Anak Kecil,  mari kami terangkan apakah maksud asma atau lelah. Ia merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan penghidapnya mengalami kesukaran untuk bernafas.

Ini disebabkan pesakit diserang asma dan keradangan yang membuatkan lapisan dinding udara bronkiol dalam paru-paru menjadi sempit. Apabila sukar bernafas, biasanya pesakit asma akan mengalami nafas yang berbunyi, tersekat di bahagian dada atau sukar bernafas. Mengikut kajian, asma tak boleh diubati tapi ia memerlukan sistem imun yang kuat bagi membantu mencegah asma. Akan tetapi penyakit asma ini akan hilang sendiri bila kanak-kanak menginjak ke usia dewasa tapi ada juga yang menghidap asma hingga ke tua.

Terdapat 7 tips utama anak anda terkena serangan asma. Pertama, jauhkan anak dari habuk. Bila nak kemas rumah, jangan letak anak berhampiran dengan tempat yang berhabuk kerana budak yang ada asma tak tahan dengan persekitaran yang berdebu. Selain iu juga sentiasa jaga persekitaran rumah, biar ia sentiasa bersih dan tidak berhabuk. Itu termasuk juga dengan permainan anak, bila dah lama tak main mesti berhabuk, kan? Jadi bersihkan dulu sebelum beri pada anak untuk bermain. Kedua adalah, keringkan anggota badan yang basah. Tips mencegah asma pada anak seterusnya adalah selepas mandi, ibu perlu lap segera tubuh badan anak supaya tubuhnya tak lembap dan basah.

Seterusnya, elak dari rasa sejuk. Selain itu, pakaikan anak dengan baju dan seluar panjang agar dia tak berasa sejuk ketika tidur waktu malam, terutamanya jika anda menggunakan penghawa dingin di dalam bilik.Keempat, jangan berlengah untuk berjumpa doktor. Sekiranya anda dapati anak sudah beberapa hari batuk dan selesama, jangan berlengah untuk dapatkan rawatan dari doktor bimbang dia tak boleh bernafas. Ini kerana demam asma tak sama seperti demam biasa kerana ia membabitkan lubang pernafasan yang sempit. Kelima, amalkan pemakanan sihat. Jika ibu tahu anak itu ada asma, janganlah bagi makan ais krim atau makanan dan buah-buahan sejuk. Sebaliknya berilah anak anda makan makanan yang lebih seimbang dan berkhasiat. Itu juga tips mencegah asma pada anak. Di samping itu, galakkan si kecil minum banyak air kosong setiap hari agar tubuhnya tak kering dan sihat sentiasa.

Keenam, ibu bapa perlu elakkan anak dari medekat dengan haiwan yang berbulu. Budak-budak kalau dah jumpa haiwan berbulu macam kucing mesti dia akan cium dan belai-belai bulu kucing itu. Sebenarnya ia tak bagus kerana bulu haiwan itu akan melekat pada tubuh mereka lantas menyebabkan asma bertambah teruk. Jadi, bila tengah kena asma elakkan anak bermain dengan haiwan berbulu ini. Ketujuh, jaga kebersihan tempat tidur. Sentiasa basuh tilam anak, cadar, bantal dan selimut. Bantal pun kalau boleh sidai sebentar di cuaca panas untuk hilangkan hama. Seterusnya tempat tidur anak akan sentiasa bersih dari habuk.

Jika anak anda mempunyai masalah sukar bernafas seperti di atas jom klik link di sini untuk dapatkan info lebih lanjut.

 

Kredit:

asianparent

4 Punca Utama Bayi Kerap Menangis Yang Perlu Ibu Bapa Ketahui

Masalah kembung perut adalah normal dan kerap berlaku pada bayi terutama berumur kurang dari enam bulan. Abdomen bayi kelihatan kembung walaupun sebenarnya normal kerana ruang dalam abdomen masih kecil berbanding saiz organ lain dalam abdomen. Berbeza dengan abdomen orang dewasa ia lebih matang dari bayi. Antara sebab bayi kembung perut adalah cara penyusuan yang tidak betul. Posisi menyusu secara condong dan saiz puting botol yang tidak sesuai (bagi bayi yang menggunakan botol untuk menyusu) menyebabkan banyak udara ditelan serta masalah kembung perut kepada bayi anda. Artikal ini membincangkan tentang 4 Punca Bayi Kerap Menangis yang perlu ibu bapa ketahui.

Selain itu, masalah ketidakhadaman usus yang sensitif kepada protein tertentu yang terdapat dalam susu dan bayi yang menangis terlalu lama turut menjadi punca kepada masalah kembung perut. Pelbagai cara digunakan bagi mengatasi masalah ini termasuklah menggunakan ubat atau tanpa menggunakan ubat. Perut kembung biasanya menjadi paling teruk apabila bayi berusia sekitar 6 hingga 8 minggu dan akan hilang dengan sendiri apabila usia antara 8 dan 14 minggu.

Terdapat beberapa tanda lain yang menyebabkan perut kembung berlaku. Hal ini yang perlu ibu bapa awasi adalah termasuklah:

  1. Episod menangis yang boleh dijangka: Bayi akan menangis pada waktu sama setiap hari, biasanya pada lewat tengah hari atau petang. Episod ini mungkin bertahan dari beberapa minit hingga tiga jam atau lebih pada hari tertentu.
  2. Tangisan yang keterlaluan: Tangisan kolik adalah keterlaluan, kedengaran kesusahan dan selalunya pada nada yang tinggi. Wajah si kecil mungkin berjuraian air mata, dan dia adalah sangat sukar untuk ditenangkan.
  3. Menangis tanpa sebab yang jelas: Menangis yang berkaitan dengan masalah perut kembung berlaku tanpa sebab yang jelas.
  4. Perubahan postur: Menggulung kaki, mengepal tangan dan otot perut yang tegang adalah biasa semasa episod kolik.

Selain itu, ibu juga boleh menggunakan kaedah urutan I Love You kepada anak anda. Jom sama-sama kita pelajari cara untuk membuat urutan I Love You ini. Pertama, baringkan bayi dengan permukaan rata dan bersih. Ambil sedikit minyak pastikan minyak berada di jari tangan. Yang kedua adalah, pandang bayi dan mulakan dengan urutan huruf ‘I’. Gunakan dua atau tiga jari dengan perut di bahagian kiri bayi di atas tulang rusuknya. Ikuti ke bawah ke sendi pinggul. Kemudian, buat urutan huruf ‘L’ terbalik dari kanan ke kiri perut bayi.
Keempat, buat urutan huruf ‘U’ terbalik dari kanan ke kiri perut. Akhir sekali, ulang beberapa kali urutan ini sehingga bayi anda berasa lega dan selesa.

Umumnya, masalah ini tidak berbahaya melainkan terdapat tanda penyakit lain. Walaupun perut bayi kelihatan kembung, ia sepatutnya lembut apabila disentuh. Jika ibu bapa berasa perut bayi sangat keras apabila disentuh, kemungkinan besar ia disebabkan oleh masalah usus lain dan perlulah dirujuk kepada doktor untuk rawatan lanjut.
Jika anak anda mengalami masalah sama seperti di atas, jom klik link disini untuk info lebih lanjut.

 

Kredit:

hellodoktor

6 Cara Bagi Penghidap Resdung Rawat Resdung Di Rumah

Siapa sangka yang kanak-kanak juga mengalami masalah resdung. Sebelum ini anak kerap bersin, selesema, gosok hidung atau mata. Rupanya itu tanda-tanda seseorang mengalami penyakit resdung ini atau dikenali sebagai allergic rhinitis  atau resdung. Ramai yang memandang mudah tentang penyakit ini walaupun ia boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya terutama kanak-kanak. Jika dibiar beralutan, ianya boleh membawa kepada penyakit sinusitis. Resdung juga banyak kaedah yang kita boleh amalkan untuk menghilangkan penyakit ini, antaranya rawat resdung di rumah.

Statistik menunjukkan resdung merupakan masalah kesihatan global. Kajian mendapati hampir 14% kanak-kanak sekolah menghidap asthma. Di kalangan penghidap asthma, hampir 80% daripada mereka turut menghidap resdung. Bayi atau kanak-kanak lebih mudah terkena alahan hidung memandangkan sistem imun mereka belum matang berbanding orang dewasa. Resdung biasa dipanggil sinusitis, meski sebetulnya terdapat perbezaan. Sinusitis adalah penyakit yang boleh menjangkiti semua orang pada segala umur. Punca utama dari kemunculan resdung yang paling umum ialah akibat jangkitan virus. Altefnatif mudah untuk semua orang boleh rawat resdung di rumah sahaja. Tidak banyak orang yang sedar mengalami resdung pada awalnya sebab memang tandanya pun hanya berupa masalah kecil.

Tahukah Anda dimana letak sinus? Sinus berada pada empat bahagian di dalam kerangka kepala manusia, iaitu di belakang dahi, di belakang mata, di kedua-dua sisi dari batang hidung, dan di belakang tulang pipi. Sinus bertugas mengawal suhu dan kelembapan udara yang masuk ke paru-paru dan membuka lubang pada hidung. Bila resdung belum terlalu parah, maka Anda boleh cuba kaedah rawatan resdung tradisional yang cukup berkesan untuk menangani penyakit ini. Namun bila resdung yang dialami sudah parah, maka disaranakan agar menjumpai dan berkeluh pada doktor pakar telinga, hidung, dan tekak (THT).

Berikut adalah cara merawat resdung di rumah :

  1. Tuam Muka Dengan Kain Lap

Panaskan air dan tunggu sebentar sehingga air sedikit suam. Kemudian, ambil kain lap dan perahkan kain tersebut. Selepas itu, perlahan-perlahan tuamkan muka anda dengan kain lap tersebut. Kaedah ini akan menyebabkan lendir di dalam saluran hidung cair dan mudah di keluarkan.

  1. Minum Banyak Air Mineral

Lendir pekat terjadi di sebabkan oleh zat dari minuman berperasa, sekaligus menyebabkan hidung mudah tersumbat. Oleh itu, minumlah air mineral dengan kuantiti yang banyak kerana ia boleh membantu untuk mendorong lendir supaya keluar melalui hidung.

  1. Hirup Wap Air Panas

Sama seperti cara pertama tadi. Panaskan dulu air sehingga mendidih. Kemudian, tuangkan air kedalam bekas/cawan. Letakkan bekas tersebut berdekatan dengan hidung sambil hidung anda menyedut wap air yang hangat itu. Latihan ini akan mencairkan lendir pekat yang tersumbat di hidung sekaligus memudahkan anda untuk menyingkirkan lendir tersebut.

  1. Amalkan Cuka Epal & Madu

Cuka epal dan madu mengandungi khasiatnya yang tersendiri. Campurkan 2 ke 3 sudu cuka epal, serta sesudu madu bersama dengan secawan air panas atau teh kosong panas. Cuba amalkan di dalam kehidupan seharian sekurang-kurangnya sehari sekali.

 

  1. Aloe Vera

Aloe Vera atau lebih di kenali sebagai lidah buaya oleh masyarakat Malaysia juga dapat membantu untuk menghilangkan resdung. Caranya adalah dengan menitiskan lendir atau gel Aloe Vera pada hidung. Untuk lebih efektif, amalkan meminum air rebusan Aloe Vera beberapa kali seminggu.

 

  1. Kunyit & Halia

Kunyit mempunyai sifat anti-radang secara semulajadi. Gabungan kunyit dan halia di dalam rebusan air atau teh dapat membantu anda untuk merawat resdung secara berkesan di rumah. Caranya mudah sahaja, hiris setengah inci kunyit dan halia. Kemudian, cincangkan bahan tersebut dan masukkan kedalam rebusan air panas atau teh bersukatan satu cawan.

Bersegeralah berjumpa dengan doktor jika mengalami resdung yang sangat kerap dan teruk. Takut jika di biarkan makin kelamaan makin teruk tahap resdung yang anda alami. Jika anda ingin mencari altefnatif lain, Asmak juga ada keluarkan produk resdung yang sesuai untuk peringkat awal kanak-kanak sehingga dewasa.

 

Kredit : Majalahpama 

: Herbatokaki 

6 Punca Utama Slip Disc Boleh Berlaku

‘Prolapse intervertebral disc (PID)’ atau lebih dikenali sebagai Slip Disc merupakan antara masalah utama dan kerap berlaku dalam kalangan pesakit yang mengalami masalah tulang belakang. Selalunya pesakit akan mengadu sakit belakang dan jika ia teruk pesakit akan mengadu kebas pada bahagian kaki. Malah kaki juga boleh menjadi lemah ataupun lumpuh jika keadaan slipped disc tersebut semakin teruk. Jom sama-sama kita bincangkan 6 Punca Utama Slip Disc di bawah.

Slipped disc adalah penyakit yang melibatkan masalah pada cakera intervertebral (Intervertebral disc). Dimana berlaku pengalihan Nucleus Pulposes dari lokasi normal yang terletak di tengah tengah disk. Perkara ini yang akan menyebabkan berlakunya himpitan pada saraf dikawasan tulang belakang. Cakera intervertebra terletak diantara tulang belakang. Ia berfungsi sebagai penyerap hentakan, menambah ketinggian dan menjadikan tulang belakang fleksibel. Ia dikelilingi oleh lapisan fiber yang dikenali sebagai ‘Annulus fibrosus’ dan di dalamnya mempunyai ‘Nucleus polpopsus’. Koyakkan pada Annulus fibrosus akan menyebabkan nucleus polposus terkeluar dan menghimpit saraf dikawasan tulang belakang.

Terdapat beberapa punca atau risiko yang dapat membawa kepada masalah ini. Antaranya adalah obesiti. Berat badan yang berlebihan akan memberikan tekanan yang tinggi pada cakera intervertebra tersebut. Tekanan tersebut yang menyebabkan cakera tersebut lebih senang untuk koyak dan cedera. Selain itu, otot yang lemah. Individu yang tidak mengamalkan gaya hidup aktif atau senaman untuk menguatkan otot mereka berisiko tinggi untuk slip disc. Hal ini demikian kerana otot yang lemah tidak dapat membantu menyokong tulang belakang mereka dengan kukuh.

Ketiga adalah umur. Hal ini kerana penyakit slip disc selalunya berlaku kepada golongan usia lanjut kerana bahagian luaran yang melindung disc akan semakin haus dan mengakibatkan disc lebih mudah bergerak daripada tempat asalnya.Keempat, kehidupan yang tidak aktif. Keadaan ini selalunya merujuk kepada golongan yang berkerja di pejabat kerana hanya duduk berpanjangan tanpa sebarang pergerakan. Tabiat duduk sahaja tanpa melakukan sebarang aktiviti regangan badan memberikan tekanan yang tinggi kepada tulang belakang bahagian bawah.

Kelima adalah mengangkat objek yang berat. Hal ini juga turut boleh menyumbang kepada berlakunya penyakit slip disc ini. Dengan mengangkat objek berat ianya menyebabkan tekanan yang tinggi kepada tulang belakang kita. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan disc bergerak keluar dari tempat asalnya sehingga mendatangkan sakit. Keenam, melakukan pergerakan dengan tiba-tiba. Hal ini kerana sesetengah pergerakan dan posisi badan yang dilakukan secara tiba-tiba atau dengan cara yang salah terutamanya pada usia yang tua akan membawa kepada masalah slip disc ini.

Masalah slip disc sememangnya memerlukan perhatian dan pemeriksaan awal untuk mengelakkan komplikasi yang teruk pada masa akan datang. Jika teruk slip disc yang anda alami segera berjumpa dengan pakar dan dapatkan nasihat daripada mereka. Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami slip disc juga dan ingin mencari alternatif lain yang mana anda boleh mencuba Fresh N Cool,anda boleh klik di sini.

 

Kredit:

thediagnosa

 

7 Manfaat Manjakani Untuk Para Wanita (Quercus infectoria)

Manjakani (Quercus infectoria) banyak ditemukan di daerah Mediterania, Asia, dan Timur Tengah. Bahagian yang dimanfaatkan dari tanaman ini adalah galls atau tonjolan di bahagian batang manjakani. Tonjolan tersebut berbentuk bulat sehingga sering dikira sebagai buah manjakani.

Secara tradisional, manjakani (Quercus infectoria) cukup sering digunakan untuk membersihkan serta mengatasi infeksi kulat dan bakteria di organ intim wanita. Manjakani juga dianggap dapat merapatkan vagina.

Manjakani (Quercus infectoria) mengandungi mineral seperti kalsium, fosfor, kalium, magnesium, zat besi, zinc, dan nikel. Selain itu, tanaman ini juga mengandung tanin dan antioksidan dari golongan polifenol dan flavonoid. Manjakani juga diketahui memiliki sifat antibakteri, antikulat dan antiradang. Memandangkan manjakani mempunyai beberapa komponen yang penting untuk kesihatan, ia sekaligus memberi khasiat kepada kesihatan kita. Berikut adalah 10 khasiat manjakani.

 

  1. Sebagai antibakteria

Manjakani mempunyai aktiviti antibakteria yang boleh membantu membasmi bakteria. Kajian telah mendapati bahawa ekstrak manjakani mempunyai kesan antibakteria terhadap pelbagai jenis bakteria termasuklah Streptococcus aureus, S. Sanguis, S. Mutan, Helicobacter pylori, Escherichia coli  dan Salmonella spp. Hal ini kerana manjakani mempunyai tannin dan gallic acid yang memainkan peranan penting bagi aktiviti antibakteria tersebut.

 

  1. Sebagai antikulat dan antiradang

Manjakani juga mempunyai aktiviti antikulat yang boleh membantu mencegah pembentukan kulat yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Kajian telah mendapati bahawa ekstrak manjakani mempunyai aktiviti antikulat terhadap Candida albicasn, C. krusei dan C. glabrata.

Ini menunjukkan potensi manjakani sebagai rawatan atau pencegahan kepada jangkitan kulat pada manusia. Selain itu, oleh kerana sifatnya yang antikulat ini, ia seringkali dijadikan bahan tambahan untuk membersih faraj wanita. Namun begitu, kajian klinikal terhadap manusia berkenaan tujuan tersebut masih lagi kurang. Kajian yang lebih mendalam masih diperlukan bagi membuktikan keberkesanannya.

Tambahan pula, manjakani juga berpotensi sebagai antiradang yang boleh membantu mencegah keradangan. Keradangan adalah sejenis tindakbalas badan terhadap kecederaan, jangkitan kuman atau benda asing di mana keradangan yang berpanjangan di dalam badan boleh menyebabkan penyakit seperti obesiti, diabetes, sakit jantung dan banyak lagi.

Terdapat pelbagai kajian yang telah menunjukkan bahawa ekstrak manjakani mempunyai aktiviti antiradang. Hal ini kerana manjakani mempunyai flavonoid dan tannin seperti gallic acid dan ellagic acid yang sememangnya terbukti mempunyai aktiviti antiradang.

 

  1. Sebagai antidiabetic

Di samping itu, manjakani juga mempunyai kesan antidiabetic. Terdapat kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak manjakani mempunyai kesan antidiabetik yang boleh membantu menurunkan paras gula dalam darah.

 

  1. Dapat menyembuhkan luka

Oleh kerana aktiviti antibakteria dan antioksidan yang ada pada manjakani, ia membuatkan manjakani juga bagus untuk proses penyembuhan luka. Kajian ke atas tikus makmal mendapati bahawa ekstrak manjakani boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka pada tikus yang mempunyai ulser atau luka yang disebabkan komplikasi diabetes (diabetic ulcer).

Di samping itu, kajian yang dilakukan terhadap pesakit diabetes yang mempunyai luka di kaki (diabetic foot ulcer) juga telah mendapati bahawa penggunaan larutan ekstrak manjakani untuk mencuci luka telah membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka tersebut.

 

  1. ‘Mengetatkan’ faraj wanita

Sejak dulu kala, manjakani telah digunakan secara tradisional untuk kesihatan wanita. Kajian yang dijalankan menggunakan gel yang mempunyai ekstrak manjakani telah mendapati bahawa gel tersebut boleh ‘mengetatkan’ faraj, meningkatkan cecair faraj sekaligus mengurangkan masalah kekeringan pada faraj wanita berbanding gel tanpa ekstrak manjakani.

Hal ini kerana manjakani mempunyai aktiviti antioksidan, antikulat, antibakteria dan antiradang yang boleh meningkatkan kesihatan wanita. Namun begitu, pemakanan manjakani perlulah mendapatkan nasihat daripada pakar kerana manjakani juga mempunyai kandungan logam berat yang boleh menyebabkan pelbagai kesan buruk sekiranya diambil secara berpanjangan terutamanya bagi ibu hamil atau berpantang.

 

  1. Bagus untuk kesihatan tulang

Di samping itu, manjakani juga bagus untuk kesihatan tulang. Kajian dalam tabung uji telah mendapati bahawa ekstrak manjakani mampu membantu pembentukan tulang sekaligus berpotensi untuk mencegah masalah osteoporosis (tulang rapuh).

 

  1. Untuk kesihatan mulut

Antara khasiat manjakani yang ramai tidak tahu adalah, ia bagus untuk kesihatan mulut. Terdapat satu kajian yang menggunakan ubat gigi yang mengandungi pelbagai herba termasuklah manjakani. Kajian itu telah mendapati bahawa ubat gigi tersebut boleh mengurangkan simptom sakit gusi(gingivitis) dan mengurangkan plak di dalam mulut.

Kajian itu juga mendapati bahawa penggunaan ubat gigi yang mengandungi manjakani dan herba-herba lain boleh mengurangkan bakteria anaerobik yang boleh menyebabkan jangkitan di dalam mulut.

 

  1. Dapat Mencegah Kanser

Manjakani juga berpotensi untuk mencegah kanser. Kajian tabung uji telah mendapati bahawa ekstrak manjakani mempunyai aktiviti antikanser terhadap sel kanser serviks dan kanser ovari. Hal ini kerana kehadiran antioksidan seperti tannin yang terdapat di dalam manjakani yang boleh membantu mencegah penyakit.

Oleh itu, ini menunjukkan manjakani juga berpotensi untuk mencegah kanser dalam wanita.

Secara umum, manjakani dapat diamalkan sebagai jamu dan teh atau suplemen herbal. Namun, anda tidak disarankan untuk mengambil manjakani jika menderita penyakit tertentu, sedang hamil, atau menyusu. Manjakani juga sebaiknya tidak diambil bersama ubat-ubatan karena berpotensi menimbulkan kesan interaksi obat.

Oleh karena itu, apabila ingin mengetahui lebih jauh manfaat manjakani atau memanfaatkan manjakani sebagai ubat herbal untuk mengatasi penyakit tertentu, Anda sebaiknya mendapatkan nasihat dengan dokter terlebih dahulu.

 

Sumber :

  1. alodokter
  2. root of science

 

 

 

 

 

 

 

Jom Ketahui 5 Cara Mengatasi Sakit Mata Secara Semulajadi

Sakit mata merupakan gejala yang lazim dirawat lebih-lebih lagi di peringkat klinik. Ia boleh dihidapi oleh pelbagai lapisan umur tanpa mengira jantina. Kebanyakan punca sakit mata boleh dirawat menggunakan ubat- ubatan dan tidak disebabkan oleh penyakit berbahaya yang boleh menyebabkan komplikasi seperti hilang penglihatan. Seperti mana yang kita semua sudah tahu, kondisi sakit mata adalah disebabkan oleh jangkitan mikroorganisme yakni virus, bakteria, kuman atau alergen. Jadi, jangkitan ini sudah tentu boleh berjangkit di antara satu individu ke individu yang lain. Ini kerana mikroorganisme tersebut boleh hidup, membiak dan merebak pada persekitaran tempat anda berada.

Ia boleh tersebar melalui sentuhan atau titisan akibat kontak rapat mahupun perbuatan seperti bersin atau batuk.Pun begitu, ramai yang mungkin masih lagi percaya bahawa hanya dengan melihat orang yang sakit mata, akan sebarkan jangkitan.Tidak, anda tidak akan mendapat jangkitan hanya dengan melihat kecuali berlakunya kontak rapat bersama penderita sakit mata. Terdapat 5 cara mengatasi sakit mata secara semulajadi yang boleh diamalkan di rumah. Antaranya ialah:

  1. Daun sirih

Daun sirih juga merupakan salah satu bahan semula jadi yang paling popular untuk manfaat kesihatannya dan merupakan salah satu cara untuk merawat sakit mata. Cara menggunakannya dengan menyediakan 3 helai daun sirih bersih kemudian direbus bersama air hingga mendidih. Selepas air sejuk, gunakan air tersebut dan sapu pada mata.

  1. Hirisan timun

Timun juga boleh menyembuhkan sakit mata dan kemerahan pada mata, kerana sifat anti-bakteria dalam timun menjadikannya sangat berkesan untuk merawat sakit mata seperti gatal-gatal dan kemerahan pada mata, selain itu sensasi kesegaran pada timun juga dapat melegakan kantung mata. Untuk cara menggunakannya agak mudah, hiris sebiji timun dan sapukan pada mata anda untuk beberapa lama.

  1. Mampatkan uncang teh

Kandungan antioksidan dalam teh, seperti teh hijau, teh hitam, atau teh chamomile, dipercayai dapat melegakan aduan mata, seperti mata bengkak, kering dan merah. Untuk menggunakannya, sejukkan dahulu uncang teh basah di dalam peti sejuk selama beberapa minit. Selepas sejuk, mampatkan uncang teh pada mata yang sakit selama kira-kira 20-30 minit dan lakukan sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

  1. Titisan air garam steril atau larutan garam

Garam mempunyai sifat antibakteria sehingga dapat melawan kuman penyebab jangkitan yang masuk ke dalam mata. Air garam juga bagus untuk membersihkan mata dan merawat mata kering. Larutan garam biasanya dijual di kedai dan boleh didapati di farmasi. Untuk menggunakan larutan garam sebagai cara semula jadi untuk merawat sakit mata, anda boleh meletakkan beberapa titis larutan garam pada mata yang sakit 3-4 kali sehari. Selepas itu, bersihkan mata dengan tisu dan elakkan daripada menggosok mata dengan tangan.

  1. Mampat suam

Mampat hangat juga boleh digunakan sebagai cara semula jadi untuk merawat sakit mata. Penggunaan kompres hangat boleh mengatasi kerengsaan mata, mata merah, dan mata kering. Selain itu, kompres hangat juga boleh merehatkan otot mata dan mengurangkan sakit mata. Cara menggunakan kompres suam pada mata ialah dengan merendam kain yang bersih dan lembut di dalam air suam, kemudian angkat kain tersebut dan perah airnya. Selepas itu, mampatkan mata yang sakit dengan kain suam ini selama 15–30 minit. Lakukan pemampatan ini sebanyak 2-3 kali sehari.

Namun, sekiranya sakit mata yang anda rasai agak teruk, tidak bertambah baik selepas 1-2 minggu, atau sebenarnya semakin teruk, anda harus segera berjumpa pakar mata supaya ubat sakit mata yang sesuai dapat diberikan.

Jika anda atau ahli keluarga mengalami masalah sakit sendi,sakit pinggang dan lenguh-lenguh, anda boleh cuba Fresh N Cool, klik link di sini.

Kredit:

1. doktoroncall

2. hellodoktor

3. disperkimta

4. alodokter

Shopping cart close