4 Cara Mengawal Tekanan Yang Boleh Anda Amalkan

Tekanan berlaku apabila anda merasakan bahawa keinginan anda mengatasi kemampuan diri. Sebahagian tekanan boleh menjadi perangsang yang memotivasikan diri untuk menempuhi situasi sukar seperti peperiksaan ataupun tarikh tamat tempoh sesuatu kerja. Artikel ini akan memberi pendedahan tentang 4 cara mengawal tekanan yang boleh anda lakukan dalam kehidupan harian.

Namun, tekanan yang melampau boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan anda. Ia boleh menjejaskan sistem neuroendokrin, imun, kardiovaskular, dan saraf tunjang.

Bagi sesetangah orang, banyak masa dalam kehidupan ini mereka terpaksa berhadapan dengan tekanan.

Tekanan pula boleh datang dari banyak sebab seperti masalah kewangan, beban ditempat kerja, masalah kesihatan dan sebagainya.

Sepertinya, tiada apa yang boleh kita lakukan.

Bil yang perlu dibayar tidak akan berhenti datang setiap bulan. Akan sentiasa ada kepeluan yang mendesak dari keluarga dan kerjaya kita.

Kebanyakkan kita semua berhutang sejak dari mula bekerja lagi. Hutang belajar PTPTN perlu dilangsaikan setiap bulan, walhal gaji permulaan yang bekerja adalah masih kecil.

Belum ditambah lagi dengan kos sara hidup yang kian meningkat. Berikut merupakan 4 langkah menangani stress yang anda boleh amalkan.

 

  1. Mengurangkan Stress dengan Bersenam.

Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi ruang untuk berfikir dan mencari ilham. Oleh itu amalkan bersenam, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

 

  1. Mengurangkan Stress dengan Tidur.

Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari.

Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.

Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15-30 minit sahaja.

Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam.

Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.

 

  1. Eratkan hubungan dengan teman dan ahli keluarga

Mengurangkan stress dengan keluarga. Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah.

Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban yang sedang kita tanggung bila kita hanya duduk dimeja dan bersandar merenung siling. Kita juga mungkin terlupa mengenai mereka pada ketika ini. Ia selalu berlaku kepada saya.

Ketawa, bercerita, dan berkongsi duka lara kita akan membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.

Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatilah mereka. Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar.

InsyaaAllah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan dikepala melainkan suara mereka yang tercinta.

 

  1. Bersiar-bersiar & Merenung Ciptaan Allah. Kita pasti bersyukur

Melangkahlah keluar rumah, hidup udara sedalamnya, dan lihatlah langit. Nikmatilah bagaimana waktu matahari tenggelam.

Pasti anda terpaku dan kagum dengam keindahan lukisan Allah. InsyaaAllah perkara ini akan lebih membuatkan kita mengingati Allah, kagum terhadap kekuasaanNya. Dan kita akan berasa bersyukur terhadap segala nikmat yang telah dilimpahkan.

Lama-kelamaan, rasa bersyukur dan takjub terhadap nikmat Allah ini akan membawa pergi rasa stress kita secara perlahan-lahan, jauh dari kepala kita.

 

Menguruskan tekanan sangat penting untuk anda, bukan sahaja dari sudut emosi, tetapi fizikal dan mental juga.

Jika anda merasakan cara mengatasi stres yang anda cuba tidak berkesan dan keadaan anda menjadi lebih teruk, sila berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Tekanan dan rasa cemas boleh meningkat apabila anda stres dengan kehidupan peribadi atau ketika bekerja. Tetapi itu tidak bermakna anda perlu membiarkan tekanan menguasai diri anda. Terdapat pelbagai kaedah dan cara mengatasi kegelisahan serta tekanan yang boleh anda cuba lakukan. Paling utama, sentiasa menjaga kesihatan diri dan belajar untuk seimbangkan antara kehidupan peribadi dan pekerjaan. Dapatkan lebih banyak tips untuk mengatasi tekanan di halaman ini.

Kredit : hellodoktor

Ketahui 6 Strategi Untuk Kurangkan Pengambilan ‘Junk Food’

Makanan yang diproses adalah sebarang bahan makanan yang mudah didapatkan dan telah diawet dan ditinkan, dimasak, dibekukan, dipasteur atau dibungkus. Di masa kini, tanpa kita sedari kita selalu mengambil makanan proses kerana  ianya lebih mudah didapatkan. Anda boleh menikmati banyak makanan yang diproses, termasuk sayur-sayuran dalam tin, buah-buahan beku dan produk tenusu dipasteur, sebagai sebahagian daripada diet yang sihat. Walau bagaimanapun, beberapa item yang diproses mempunyai kandungan garam, gula, bahan tambahan dan pengawet yang tinggi dan boleh membahayakan kesihatan anda. Cuba kurangkan makan makanan kurang diproses untuk menjaga tubuh badan kita agar lebih sihat.

Mengurangkan pengambilan makanan yang diproses ini adalah salah satu cara paling berkesan untuk meningkatkan kesihatan anda dan meningkatkan kualiti diet anda. Berikut ialah 6 strategi mudah, untuk membantu anda kurang makan makanan yang diproses.

 

  1. Simpan makanan ringan yang sihat di tangan

Jika anda kesuntukan masa, mengambil makanan ringan yang dibungkus semasa anda keluar dari pintu mungkin adalah cara paling pantas dan memudahkan. Walau bagaimanapun, anda harus pastikan dapur anda dipenuhi dengan makanan ringan berkhasiat.

Beberapa snek sihat termasuklah buah segar, kacang campuran, edamame dan sayur-sayuran dengan hummus.

Jika anda mempunyai masa tambahan, anda juga boleh menyediakan beberapa snek ringkas terlebih dahulu. Telur rebus, kerepek kangkung buatan sendiri dan oat semalaman ialah beberapa hidangan hebat yang boleh anda masak dengan cepat dan tahan lama untuk kemudian hari.

 

  1. Jadi kreatif di dapur

Anda juga boleh mengolah makanan diproses kegemaran anda menjadi pilihan yang lebih sihat dengan menciptanya semula di dapur anda. Ini memberi anda kawalan sepenuhnya ke atas apa yang anda letakkan pada pinggan anda sambil anda boleh bereksperimen dengan bahan baharu yang menarik.

Sebagai contoh, anda boleh membuat kerepek sayuran dengan mebuat hirisan kentang, zucchini, lobak merah atau lobak merah dengan sedikit minyak zaitun dan garam, kemudian bakar sehingga garing.

Alternatif lain yang sihat kepada makanan terproses yang boleh anda sediakan di rumah termasuk puding chia, popcorn berudara, bar granola dan kulit buah.

  1. Minum lebih banyak air

Minuman manis seperti soda, teh manis, jus buah-buahan dan minuman sukan mengandungi gula dan kalori yang tinggi tetapi rendah nutrien penting.

Bertukarlah secara perlahan-lahan minuman ini dengan air kosong untuk mengurangkan pengambilan makanan yang diproses dan meningkatkan kualiti diet anda secara keseluruhan.

Sparkling water atau air berperisa ialah dua pilihan yang bagus jika air kosong bukan minuman kegemaran anda. Sebagai alternatif, anda boleh cuba menyelitkan air dengan buah atau herba segar untuk menambah rasa.

  1. Makan lebih sayur-sayuran

Apabila anda menyediakan makanan di rumah, masukkan sekurang-kurangnya satu hidangan sayur-sayuran untuk meningkatkan pengambilan makanan yang sihat dan tidak diproses.

Ini boleh semudah menambah bayam ke dalam telur hancur anda, menumis brokoli untuk ulam ringkas, atau melemparkan lobak merah ke dalam sup.

Sayur -sayuran adalah sumber serat yang sangat berkhasiat dan hebat, yang membuatkan anda berasa kenyang di antara waktu makan untuk membantu mengurangkan selera makan dan mengekang keinginan.

  1. Tukar rutin membeli-belah anda

Adalah lebih mudah untuk mengehadkan pengambilan makanan yang diproses apabila anda tidak mempunyai apa-apa di tangan. Apabila ke pasar raya atau kedai runcit, isi troli anda dengan bahan-bahan yang sihat dan diproses secara minimum seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan kekacang .

Anda juga boleh cuba mengelakkan lorong tengah, yang merupakan tempat makanan ringan yang diproses dan makanan ringan biasanya ditemui. Pastikan anda membaca label pada produk makanan kegemaran anda semasa anda membeli-belah. Jika boleh, elakkan makanan yang mengandungi banyak natrium, lemak trans atau gula tambahan.

  1. Kurangkan makan daging yang diproses

Daging yang diproses seperti bakon, sosej, nugget dan bebola mempunyai beberapa kelemahan malah dikelaskan sebagai karsinogenik oleh Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser.

Anda pasti gembira mendengar bahawa terdapat banyak cara mudah untuk mengurangkan daging yang diproses. Sebagai permulaan, anda hanya boleh menukar makanan ini dengan jenis daging yang kurang diproses, seperti ayam segar, salmon atau ayam belanda. Anda juga boleh menggantikan daging diproses yang dibungkus dengan isi sandwich lain, termasuk salad tuna, dada ayam atau telur rebus.

Sebagai alternatif, anda boleh makan lebih banyak protein berasaskan tumbuhan, seperti kekacang, lentil, tauhu atau tempe.

 

Tidak perlu menghapuskan sepenuhnya makanan yang diproses daripada diet anda sekaligus. Malah, membuat perubahan secara perlahan selalunya lebih berkesan dalam jangka masa panjang. Sesetengah kajian mencadangkan bahawa perubahan gaya hidup kecil membantu membentuk tabiat yang berpanjangan dan menjadikan tindakan yang pada mulanya sukar menjadi lebih mudah dari semasa ke semasa.

Setiap minggu, cuba bereksperimen dengan satu atau dua strategi yang disenaraikan di atas, kemudian laksanakan lebih banyak lagi secara beransur-ansur. Perlu diingat bahawa anda masih boleh menikmati makan di luar atau makan makanan yang diproses secara sederhana sebagai sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang.

Kredit : Healthline

Ini 6 Khasiat Gamat Laut Yang Anda Wajib Ketahui

Sejak lebih dari 1000 tahun yang lalu, manusia telah menggunakan gamat sebagai salah satu ramuan penting dalam menghasilkan ubatan tradisional. Sumber dari dinasti Ming (1360 S.M) menggelar gamat sebagai Ginseng Laut disebabkan oleh manfaat yang terkandung dalam gamat. Mungkin ramai yang tak tahu khasiat gamat untuk kesihatan yang mana banyak menyembuhkan sesuatu penyakit. Khasiat gamat telah lama dimanfaatkan dalam perubatan tradisional. Gamat atau timun laut ialah hidupan laut yang boleh didapati diseluruh dunia namun lebih tertumpu di Asia dan lautan Pasifik. Habitat gamat adalah di dasar laut dan Kawasan mempunyai terubu karang.

Di Malaysia, gamat boleh didapati di perairan Pulau Langkawi dan Pulau Tioman. Hidupan marin ini bersaiz beberapa milimeter dan boleh mencapai saiz sehingga 2 meter. Gamat sinomin dengan perubatan tradisional masyarakat melayu. Gamat mentah dijadikan sebagai sumber makanan atau diproses untuk digunakan sebagai alternatif ataupun tujuan kecantikan. Gamat yang diproses dan dijadikan minyak boleh digunakan untuk menyembuhkan luka atau merawat penyakit kulit dan juga boleh diminum sebagai tonik kesihatan. Gamat juga boleh disapu pada wajah dan badan untuk mendapatkan kulit yang cantik. Ini antara khasiat gamat untuk kesihatan serta potensinya dalam menyembuhkan penyakit ialah:

  1. Tinggi dengan protein

Gamat merupakan makanan yang tinggi dengan sumber protein dan rendah kalori. Gamat juga membekalkan 12 gram protein bagi setiap 110 gram hidupan ini. Ia menjadikan gamat makanan yang sesuai bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Makanan yang tinggi protein boleh membuatkan anda berasa kenyang lebih lama dan turut menstabilkan kadar gula dalam darah. Makanan tinggi protein seperti gamat ini juga sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kencing manis.

 

  1. Tinggi dengan antioksidan

Gamat juga kaya dengan kandungan antioksidan seperti flavonoid dan fenol. Sebatian ini sudah terbukti Gamat juga kaya dengan kandungan antioksidan seperti flavonoid dan fenol. Sebatian ini sudah terbukti berkesan dalam merawat atau melawan radang. Sebatian ini juga dikaitkan dengan mengurangkan risiko terkena penyakit kronik seperti penyakit jantung, strok dan penyakit Alzheimer. Timun Laut atau Gamat ini juga mengandungi sebatian bioaktif yang dikenali sebagai saponin. Saponin ini mempunyai ciri-ciri seperti antitumor, antihipertensi, menghalang pengumpulan lemak, dan lain-lain lagi.

 

  1. Boleh melawan kanser

Gamat mempunyai sebatian aktif yang dikenali sebagai triterpene glycosides yang boleh melawan kanser. Beberapa kajian menunjukkan sebatian in boleh menghalang pertumbuhan sel kanser dalam kanser pankreas dan kanser paru-paru. Kajian tabung uji turut menunjukkan triterpene diglycosides ini mempunyai kesan toksik terhadap sel-sel kanser seperti kanser payudara, prostat dan kulit. Kajian makmal lain turut mendapati sebatian ini boleh membunuh sel-sel kanser bagi kanser kolorektum dan leukemia.

 

  1. Mempunyai ciri-ciri antikulat

Jangkitan yis atau kulat banyak menyerang golongan wanita. Kajian menunjukkan ekstrak gamat boleh melawan spesies Candida albicans, fungus yang menyebabkan jangkitan yis terhadap manusia sekiranya bilangannya tidak terkawal. Selain itu, ekstrak gamat dari laut Oman juga menunjukkan sifat antikulat yang hampir sama dengan ubat terhadap spesies kulat jenis Trychophyton mentagrophytes, Sporothrix schencki dan Aspergillus fumigatus.

 

  1. Baik untuk kesihatan jantung dan hati

Kajian terhadap haiwan yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi menunjukkan penurunan selepas diberi makan ekstrak gamat. Beberapa kajian ke atas haiwan telah menunjukkan bahawa gamat mampu meningkatkan kesihatan hati dan limpa.

 

  1. Lain-lain khasiat gamat

Gamat sangat berkhasiat untuk membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran. Kajian juga mendapati gamat berupaya membantu mencegah penyakit jantung, mengurangkan keradangan, penahan sakit, mencegah dan mengawal kencing manis serta tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit sendi, meredakan ulser dan gastrik serta berpotensi merawat jangkitan kulit. Gamat turut mengandungi  antioksidan semulajadi yang bertindak memberi perlindungan terhadap radikal bebas punca kerosakan dan kemerosotan sel.

Selain menjadi ubat penyembuh luka, khasiat gamat turut merangkumi keupayaannya untuk melawan kanser, bersifat antikulat dan tinggi dengan kandungan antioksidan. Gamat juga merupakan sumber makanan yang tinggi protein. Walau bagaimanapun, gamat juga mempunyai sifat pencair darah. Gamat juga salah satu bahan mentah yang dipilih sebagai kandungan kepada produk Asmak iaitu Minyak Herba Asmak yang mana kelebihan Minyak ini dapat membantu melegakan masalah seperti kembung perut, selesema, sembelit, batuk dan juga membantu menghentikan darah akibat luka.

Jika anda mengalami masalah seperti ini dan masih mencari solusi ubat ataupun produk yang dapat membantu menyelesaikan masalah ini, Asmak salah satu alternatif yang anda boleh cuba. Boleh dapatkan produk kami di website Asmaklife.com ataupun dari pengedar sah Asmak seluruh Malaysia.

Kredit : jiwasihat

: gamatemas

10 Cara Atasi Masalah Susah Tidur Malam

Pasti ramai di antara kita yang ada masalah susah tidur malam. Walau penat macam mana pun mata mesti tak boleh tutup juga, bahkan masuk ke bilik seawal jam 10 malam tidurnya pasti 2 ke 3 pagi. Lagi malangnya bagi kita yang esoknya bekerja pasti akan lesu dan tidak bertenaga untuk lakukan aktiviti harian. Sebenarnya masalah susah tidur ni atas sebab kita terlalu banyak memikir hal yang boleh menyebabkan tekanan pada diri kita. Tidur awal sangat penting untuk kita dapatkan tenaga yang secukupnya. Badan kurang tenaga boleh menyebabkan kemurungan dan stress yang berpanjangan jika kita tidak mengubah atau mencegah masalah susah tidur malam ini. Bagi yang menghidap masalah ini selalunya tidak boleh berfikir panjang, disarankan janganlah kita mengambil ubat tidur kerana ia akan menjejaskan kesihatan kita. Setiap apa yang terjadi, pasti ada jalan penyelesaian. Jangan terburu-buru, amalkan sikap membaca untuk menambah pengetahuan. Masih banyak cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah susah tidur malam, jom baca artikel ini.

Ini antara cara yang boleh mengatasi masalah susah tidur malam:

1. Tidur dalam keadaan gelap

Keadaan bilik dan persekitaran memainkan peranan yang sangat penting dalam mewujudkan mood untuk tidur. Umumnya mata manusia sangat sensetif dengan cahaya dan ia boleh cenderung menyebabkan mata untuk terbuka. Sebaliknya keadaan gelap akan membuat mata lebih mudah tertutup.

 

 2. Membaca buku

Membaca buku yang bersifat santai pastinya dapat membantu menjadikan fikiran kita lebih rileks. Ini sekali gus dapat membantu dan memudahkan kita untuk tidur. Malahan sesi “bed time story” ini sebenarnya menjadi rutin bagi sesetangah individu khususnya di luar negara.

 

3. Kurangkan tidur siang

Walaupun terdapat kajian yang mengatakan tidur siang boleh memberikan manfaat yang baik. Tetapi anda perlu membataskan tempoh tidur tersebut, sekurang-kurangnya antara 20 hingga 30 minit sahaja. Sebaiknya elakkan tidur siang yang lebih lama. Ini kerana jika kita tidur terlalu lama ia akan menyebabkan kita sukar untuk tidur pada waktu yang lebih awal.

 

4. Banyakkan bersenam

Melakukan aktiviti fizikal adalah bagus, ia memberikan dua manfaat. Sama ada membuatkan kita penat dan membolehkan kita tidur dengan lebih mudah atau fizikal yang dilakukan akan membuatkan kita segar dan sukar tidur. Boleh juga amalkan aktiviti yang lebih santai.

 

5. Mandi air panas

Dikatakan mandian air panas (jangan terlalu panas) bersama wanigan aroma terapi amat bagus untuk dijadikan sebagai salah satu cara mudah untuk cepat tidur di malam hari. Kebiasaannya, selesai mandi badan akan merasa lebih rileks dan membolehkan tidur cepat dan nyenyak.

 

6. Jangan makan makanan berat

Cara mudah untuk cepat tidur malam yang perlu diberikan perhatian adalah untuk mengelakkan daripada mengambil sebarang makanan berat ketika dekat dengan waktu tidur. Makanan yang berat akan membuatkan sistem pencernaan bekerja lebih keras sehingga menyukarkan kita untuk tidur. Sekiranya berasa lapar, mungkin anda boleh memilih untuk mengambil makanan ringan seperti buah-buahan atau bijirin bersama susu.

 

7. Tidur di tempat yang selesa supaya cepat tidur.

Siapa yang tidak suka tidur di tilam yang empuk dan selesa kan. Jadi sebaiknya hindari daripada meletakkan terlalu banyak barangan seperti bantal, teddy bear atau apa sahaja yang boleh membuatkan keadaan katil menjadi terlalu sesak dan semak. Ada masanya yang ringkas lebih baik dan pastikan juga suhu aircond tidak terlalu panas ataupun tidak terlalu sejuk.

 

8. Jangan fikirkan bebanan di tempat kerja

Kerja di pejabat memang tak pernah siap mahupun habis. Elakkan daripada melakukan kerja atau tugasan yang berat, paling kurang sejam sebelum kita tidur. Ini kerana ia akan membuatkan kita akan terus memikirkan mengenai tugasan tersebut dan akhirnya menyukarkan kita untuk tidur. Usah terlalu memikirkan tentang masalah kerja pada waktu malam. Kerja tidak akan pernah habis, jadi berikan badan kita peluang untuk berehat.

 

9. Tetapkan masa bangun dan tidur

Tidur dan bangun pada yang sama setiap hari adalah amat baik untuk di amalkan. Keadah tidur dengan teratur ini boleh mengurangkan risiko untuk kita mengalami penat pada waktu siang. Seeloknya tetapkan waktu bangun dan tidur anda, amalkan setiap hari agar nanti waktu bangun tidur anda akan lebih teratur.

 

Inilah antara 10 tip yang kita boleh amalkan sekiranya kita mengalami masalah susah tidur malam. Masalah sukar tidur malam ini sebenarnya masih boleh diperbaiki dengan melakukan tip tersebut. Ia mungkin memerlukan masa yang agak lama untuk kesesuaian diri. Namun seandainya masih sukar untuk tidur walaupun sudah mencuba pelbagai cara, Asmak boleh membantu anda. Asmak telah mengeluarkan satu produk Refreshing Aromatheraphy yang boleh membantu menghilangkan stress dan membuat tidur kita lebih lena. Jika pelbagai cara juga sudah amalkan namum masih sama, saya sarankan supaya anda cepat-cepat rujuk pakar kesihatan untuk mendapat nasihat yang lebih baik.

 

Kredit :

Therohani.com

Hairul.com 

Kompas.com

7 Tips Untuk Ibu Hamil Meningkatkan Antibodi Badan

Ibu hamil kebanyakkan akan selalu menghadapi masalah lesu, cepat penat dan mengantuk sepanjang hari. Bahaya untuk ibu hamil jika dibiarkan berterusan badan lemah, boleh jadi juga akan menganggu kandungan ibu hamil. Sakit masa hamil pasti menjadi hal yang sangat tidak menyenangkan. Sebabnya, sakit semasa hamil membuatkan ibu mempunyai pengetahuan tambahan tentang kesihatan bayi. Selain itu, sistem ketahanan tubuh ibu semasa hamil pun berkurangan secara alami untuk menampung bayi yang sedang tumbuh. Untungnya, kebanyakan bayi tidak akan terpengaruh jika ibunya terkena jangkitan selama kehamilan. Walaupun begitu, tetap ada beberapa jangkitan yang boleh ditularkan kepada bayi melalui plasenta atau selama proses persalinan nanti. Banyak tips meningkatkan antibodi badan yang ibu-ibu boleh ikuti dan amalkan selalu.

 

Namun ibu ibu yang mengalami masalah ini ketika hamil, jangan risau sebabnya ada beberapa tips meningkatkan antibodi badan yang ibu boleh amalkan supaya antibodi ibu kekal bertenaga sepanjang hari ketika hamil. Ini antara tips yang ibu boleh amalkan ketika hamil, antaranya ialah

 

  1. Bersenam

Bersenam merupakan salah satu cara meningkatkan imunitas ibu hamil. Ibu tidak perlu melakukan yang berat semasa hamil, kerana akan membahayakan keselamatan bayi dalam kandungan. Lakukan aktiviti fizikal yang ringan seperti gerakan-gerakan kecil, jalan pagi, yoga, atau melakukan beberapa kelas kehamilan yang melibatkan gerakan-gerakan tubuh yang akan membantu ibu semasa persalinan nanti. Aktiviti fizikal ini juga mampu membantu ibu agar tidur lebih nyenyak. Selain cara-cara tersebut, usahakan ibu tidak mengalami stress. Keadaan tersebut boleh mempengaruhi sistem kekebalan tubuh yang lemah selama kehamilan. Usahakan untuk berkonsultasi dengan doktor kandungan untuk mendapatkan cara terbaik untuk meningkatkan imunitas tubuh sesuai dengan kondisi kehamilan.

 

  1. Minum Air Dengan Banyak

Pastikan ibu sentiasa terhidrasi dengan baik untuk membantu tubuh berfungsi dengan optimum dan sebagai langkah meningkatkan imunitas tubuh. Usahakan untuk minum sekitar lapan gelas air sehari dan ini akan membantu tubuh mengeluarkan racun dan melawan dehidrasi.

 

  1. Banyakkan Tidur

Kurang tidur dapat merosakkan sistem ketebalan tubuh dan menyebabkan ibu semakin berisiko penyakit. Usahakan tidur pada waktu yang sama setiap malam dan bangun pada waktu yang sama setiap pagi untuk membantu mengatur pola tidur. Kehamilan boleh tidur, dari bangun beberapa kali dalam semalam. Untuk mengatasinya, gunakan bantal badan untuk membantu ibu memosisikan diri dengan nyaman di tempat tidur. Ibu juga perlu biasakan diri untuk membuang air kecil sebelum tidur.

 

  1. Jaga Kebersihan

Pastikan untuk sering mencuci tangan dan hindari hubungi langsung dengan siapa pun yang sedang sakit. Penyakit selama kehamilan biasanya tidak mempengaruhi bayi, tetapi boleh serius dan menyebabkan komplikasi seperti persalinan pramatang. Jika ibu tidak sedap badan atau mengalami gejala yang pelik atau selesema, segera hubungi doktor.

 

  1. Makan Makanan Yang Sihat

Selama kehamilan, sebetulnya makan untuk dua orang tidak diperlukan. Keperluan tenaga hanya akan meningkat pada trimester kedua dan ketiga kerana bayi akan berkembang pesat. Ibu mungkin perlu makan sedikit lebih banyak, seperti segelas susu ekstra dan sepotong roti sudah cukup. Ibu juga boleh mendapatkan kalori ekstra dari makanan sihat seperti biji-bijian, buah-buahan dan sayuran, daging dan kacang-kacangan, dan produk susu. Jangan pernah melewatkan sarapan dan jangan cuba makan makanan sihat. Makan banyak buah dan sayuran akan memastikan ibu dan bayi mendapat nutrisi yang beragam dan pastinya meningkatkan imunitas tubuh.

 

  1. Memenuhi Nutrisi

Zat besi merupakan mineral utama yang dapat membantu menjaga sistem imun tubuh ibu selama kehamilan. Zat besi meningkatkan tahap tenaga dan daya tahan tubuh terhadap tekanan, jangkitan, dan penyakit. Ibu akan mendapat zat besi daripada sayuran berdaun hijau seperti bayam atau kangkung, biji-bijian, sereal, pasta, roti, dan daging tanpa lemak. Selain zat besi, Ibu juga perlu mendapatkan vitamin D yang cukup untuk menyokong sistem imun tubuh dengan membantu mengatur sel-sel memerangi jangkitan. Tidak hanya akan mendapat dos vitamin D dari matahari, Ibu boleh memperolehnya melalui kombinasi makanan dan suplemen. Vitamin D boleh diperolehi daripada ikan salmon, kuning telur, jamur shiitake, serta makanan yang diperkaya susu. Memang sudah semestinya ibu mengonsumsi nutrisi seimbang semasa hamil. Selain makanan yang bergizi, ibu boleh mendapatkan zat besi daripada pelbagai jenis vitamin dan mineral yang sesuai dengan dos yang disyorkan.

 

  1. Madu

Siapa yang tak kenal madu? Makanan yang berasal dari lebah ini mempunyai rasa yang manis serta manfaat yang luar biasa. Kandungan nutrisi yang tinggi menjadikan makanan ini menjadi alternatif yang sihat bagi orang yang menyukai makanan manis. Mengonsumsi madu secara rutin dapat menjadikan tubuh sihat. Apalagi di tengah pandemi COVID-19 yang semakin meluas. Keadaan fizikal harus tetap sihat dan kesihatan tubuh harus sentiasa dijaga nak nak lagi buat ibu yang sedang hamil. Kesihatan sangat penting, imuniti badan harus kuat.

 

Kredit : Haladoc

: Orami

6 Cara Turunkan Gula Dalam Darah Yang Perlu Anda Ketahui

Kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Ia adalah satu penyakit yang menyebabkan kadar gula atau glukosa dalam badan menjadi terlalu tinggi atau digelar ‘hyperglycaemia’ di mana ia berbahaya kepada badan.  Selain itu, cara turunkan gula dalam darah berbeza mengikut individu. Tambahan pula, diabetes mellitus tidak ada kena mengena dengan sejenis penyakit lain yang digelar diabetes insipidus walaupun namanya hampir serupa. Antara 6 cara turunkan gula dalam darah yang perlu anda ketahui adalah:

Pertama, melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin. Dengan senaman juga, ia dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul. Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan seperti angkat berat, berjalan, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain.

Kedua, kawal pengambilan karbohidrat Tubuh anda memecahkan karbohidrat menjadi gula (kebanyakannya glukosa), dan kemudian insulin akan memindahkan gula ke dalam sel. Apabila anda mengambil terlalu banyak karbohidrat atau mempunyai masalah dengan fungsi insulin, proses ini akan gagal dan kadar glukosa darah meningkat. Persatuan Diabetes Amerika (ADA) mengesyorkan untuk mengawal pengambilan karbo dengan mengira karbohidrat atau menggunakan sistem pertukaran makanan. Beberapa kajian mendapati bahawa kaedah ini juga dapat membantu anda merancang makanan dengan tepat, yang dapat mengawal paras gula darah

Ketiga, meningkatkan pengambilan serat  Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin. Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.

Seterusnya, bacaan gula dalam darah berkurangan jika minum banyak air. Minum air secukupnya dapat membantu menjaga paras gula darah anda dalam had yang sihat. Selain mencegah dehidrasi, ia juga membantu buah pinggang anda untuk membuang lebih banyak gula dalam darah melalui air kencing. Satu kajian pemerhatian menunjukkan bahawa mereka yang minum lebih banyak air mempunyai risiko yang lebih rendah untuk memiliki kadar gula darah yang tinggi.

Kelima, kawal saiz hidangan anda untuk turunkan bacaan gula dalam darah Pengawalan saiz hidangan boleh membantu mengatur pengambilan kalori dan boleh menyebabkan penurunan berat badan. Mengawal saiz hidangan anda juga boleh membantu mengurangkan pengambilan kalori dan peningkatan gula darah secara mendadak. Oleh itu, mengawal berat badan anda akan menyebabkan kadar gula darah yang sihat dan terbukti dapat mengurangkan risiko menghidap diabetes jenis 2.

Yang terakhir, pilih makanan yang kurang Glycemic Index. Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat. Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang. Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Jika pengambilan gula tidak dikawal, ianya akan mendatangkan bukan sahaja kencing manis malah lebih banyak penyakit yang akan menyukarkan hidup kita kelak.

Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami masalah diabetes atau kencing manis dan ingin mencari alternatif yang lain yang mana anda boleh mencuba Jus Amak Gold ,anda boleh klik link di sini.

 

Kredit:

Doctoroncall

Hellodoktor

 

 

Info Penting Tentang Biji Jerawat yang Tumbuh pada Kulit Bayi

Ibu baru pasti akan bersedih apabila mendapati kulit halus anak penuh dengan jerawat bayi. Apabila bayi anda dilahirkan, jangan hairan jika keadaan kulitnya lebih teruk dari kulit remaja. Sebenarnya, jerawat bayi adalah perkara normal yang tidak perlu dibimbangkan. Apa punca berlaku perubahan kulit bayi ini? Menurut Healthline, jerawat ini sama seperti jerawat biasa yang dialami kanak-kanak apabila mereka akil baligh, cuma ia berlaku pada kulit bayi baru lahir. Jerawat boleh muncul pada bahagian badan atau muka bayi. Tumbuh bintik jerawat pada kulit bayi adalah normal.

 

Kajian mendapati ada kemungkinan jerawat disebabkan oleh yis dan bukan akibat perbentukan minyak dalam kulit. Pakar juga pernah berkata keadaan ini sering dikaitkan dengan pendedahan kepada hormon ibu semasa dalam rahim. Jerawat bayi biasanya kelihatan di bahagian dahi, hidung atau pipi. Namun, kadang-kadang ia hingga ke bahagian belakang bayi tersebut. Walaupun tidak sedap dipandang, jerawat bayi adalah normal dan tidak akan kekal selama-lamanya.

 

Bagaimana rupa kulit bayi?
Ia kelihatan seperti jerawat biasa yang dialami orang dewasa dan remaja. Ia seakan benjolan (papul) atau dalam bentuk kulit merah ataupun putih dan kadang-kadang kulit disekeliling jerawat juga akan nampak kemerah-kemerahan.

 

Papul putih pada bahagian hidung, pipi ataupun dagu yang tidak nampak meradang dikenali sebagai milia. Ini berlaku apabila sel kulit mati terperangkap di bawah kulit. Milia tiada kaitan dengan jerawat bayi dan tidak memerlukan rawatan.

Bila ia mula muncul?
Menurut pakar sesetengah bayi sudah pun mempunyai jerawat saat mereka dilahirkan, tetapi kebiasaannya, jerawat ini hanya akan muncul 2-4 minggu selepas kelahiran. Keadaan ini boleh bertahan dari beberapa hari atau minggu, hingga beberapa bulan.

Apa yang boleh sebabkan situasi ini makin teruk?
i- Bayi anda selalu menangis
ii- Kain pakaian kasar
iii- Air liur
iv- Kesan muntah susu pada kulit yang dibiarkan terlalu lama

 

Bagaimana nak cegah dan apa cara rawatan?
Malangnya, tidak banyak yang boleh anda lakukan untuk mencegah keadaan kulit ini. Tetapi berita baik di sini ialah jerawat bayi ini selalunya akan hilang sendiri tanpa parut. Walaupun ia biasanya tidak berlarutan lebih daripada beberapa hari atau minggu, kadang-kadang ia boleh berterusan selama berbulan-bulan. Jika ini berlaku, sesetengah pakar kanak-kanak boleh mengesyorkan krim yang boleh membantu menghilangkan jerawat. Jangan sebarang guna krim dengan berlebihan atau ubat jerawat lain di farmasi kerana kulit bayi anda sangat sensitif dan boleh bertindak balas dengan menjadi radang atau jauh lebih serius.

 

Kredit : IbuPedia

 

Apa ibu bapa boleh buat?
Di bawah adalah beberapa langkah dari Healthline untuk memastikan kulit bayi anda kekal sihat sambil menunggu jerawat untuk hilang.

 

Jangan picit jerawat bayi :
Jangan picit jerawat yang ada pada muka bayi. Perbuatan ini hanya akan merangsangkan jerawat pada mukanya dan boleh memburukkan keadaan.

 

Pastikan muka anak sentiasa bersih:

Cuci/lap dengan perlahan, muka bayi anda dengan menggunakan air suam dan kain lembut setiap hari. Anda juga boleh basuh muka bayi anda dengan menggunakan tangan semasa mandi.

 

Jangan gesel muka bayi:

Apabila kulit bayi berjerawat dan sensitif digesel, ini boleh menyebabkan keadaan kulit menjadi lebih teruk. Sebaliknya lap dengan perlahan malah guna kain lap yang lembut.

 

Jangan pakai losyen:

Losyen hanya akan memburukkan keadaan, jadi elakkan dari menggunakannya sehingga kulit bayi anda pulih. Tetapi ada juga ibu yang mengatakan petua menyapu sedikit susu ibu pada jerawat boleh membantu.

 

Bila ibu bapa perlu berjumpa doktor?
Jika ibu bapa masih bimbang dengan keadaan muka anak, rujuklah kepada doktor anda dan jangan berlengah. Kadang-kadang jerawat bayi boleh dikelirukan dengan reaksi alahan malah ekzema. Pakar bayi boleh menentukan ini dan menyarankan beberapa cara rawatan.

 

Jerawat bayi biasanya akan hilang dalam beberapa minggu, tapi ada juga yang bertahan selama berbulan-bulan. Jika jerawat tidak juga hilang setelah 3 bulan, segera berjumpa dooktor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

 

Kredit :
TheAsianparent
IbuPedia

5 Punca Sakit Leher yang Perlu Anda Ketahui -Wardah

Sakit leher merupakan antara masalah yang kerap berlaku dalam kalangan masyarakat.  Sakit tengkuk adalah perasaan sakit yang dialami pada mana-mana bahagian leher dan juga boleh melibatkan bahagian bahu, kepala dan muka.

Kebiasaanya ia disebabkan oleh kecederaan yang berlaku pada struktur leher itu sendiri. Antaranya berpunca daripada otot, tendon, fascia, bursa, capsul, ligaments, disc, saraf dan dura. Dimana struktur ini yang memberi sokongan dan juga kefunsian pada bahagian leher. Ini adalah 5 faktor sakit leher yang perlu kita ketahui.

 

1.Kecederaan dan kemalangan

Kebanyakan kesakitan tengkuk disebabkan oleh aktiviti-aktiviti yang membuatkan leher terseliuh. Posisi duduk yang tidak betul, melukis di siling, atau tidur dengan leher yang terpusing adalah beberapa penyebab yang boleh mengakibatkan sakit leher. Aktiviti-aktiviti seperti ini boleh menyebabkan ketegangan leher, atau kekejangan otot leher.

2.Whisplash

Whisplash adalah kecederaan yang biasa berlaku semasa kemalangan. Ini biasanya dipanggil hyperextensi atau kecederaan hyperfleksi kerana kepala dipaksa bergerak ke belakang atau ke hadapan dengan pantas melampaui gerakan normal leher. Pergerakan yang tidak normal ini mempengaruhi otot dan ligamen di leher. Otot bertindak balas dengan mengetat dan mengecut. Ini menyebabkan keletihan otot yang membawa kepada rasa sakit dan kekejangan.

3.Umur yang meningkat

Gangguan degeneratif seperti osteoartritis, stenosis tulang belakang, dan penyakit cakera degeneratif boleh mempengaruhi tulang belakang.

Osteoarthritis adalah gangguan sendi menyebabkan kemerosotan tulang rawan secara progresif. Tubuh bertindak balas dengan membentuk tulang baru yang disebut ‘osteophytes’ (taji tulang) yang mempengaruhi pergerakan sendi.

Stenosis tulang belakang menyebabkan foramen, laluan neural kecil, menjadi semakin sempit yang mungkin boleh memampatkan dan memerangkap akar-akar saraf. Stenosis boleh menyebabkan sakit leher, bahu, dan lengan dan rasa kebas apabila saraf ini tidak boleh berfungsi dengan normal.

Penyakit degenerative disc disease (DDD) boleh menyebabkan cakera intervertebral menjadi kurang terhidrat, menyebabkan cakera menjadi kurang keanjalan dan ketinggian . Dari masa ke masa, cakera boleh membesar atau menembusi menyebabkan kesakitan bahagian anggota tangan, kesemutan, dan kebas.

4.Kehidupan seharian:

Postur yang lemah, obesiti, dan otot abdomen yang lemah mengganggu keseimbangan tulang belakang yang sering menyebabkan leher membengkok ke hadapan untuk mengimbangi semula. Tekanan dan ketegangan emosional boleh menyebabkan otot mengecut menyebabkan rasa sakit dan kejang.

5.Penyakit lain:

Walaupun sakit leher biasanya disebabkan oleh ketegangan, kesakitan yang berpanjangan atau defisit neurologi mungkin merupakan petanda kepada sesuatu yang lebih serius. Gejala-gejala ini tidak boleh diabaikan. Jangkitan tulang belakang, tekanan yang berat terhadap tulang belakang, tumor, patah tulang, dan gangguan lain boleh berlaku. Jika kecederaan kepala berlaku, kemungkinan besar leher juga boleh terjejas, jadi, adalah penting untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Selain itu, dari segi fisioterapi pula, setiap rawatan akan dimulakan dengan pemeriksaan rapi bagi mengenal pasti punca masalah yang berlaku. Antara rawatan yang akan dijalankan di fisioterapi adalah seperti di bawah:

  • Hot / Cold pack.
  • Deep Tissue Release.
  • Senaman regangan.
  • Senaman kuatkan otot.
  • Pembetulan Postur.
  • Soft Tissue Manipulation.
  • Myofascia Release.
  • Joint Mobilization.
  • Mobilization With Movement

 

Akhir sekali, sekiranya anda mengalami masalah seperti di atas sila klik link di sini.

 

Kredit:

1.I Fix Physiotheraphy

2. Doctor On Call

3. Myhealth

 

10 Petua Hilangkan Kencing Manis Yang Mudah

Kencing manis merupakan satu keadaan apabila paras glukos sangat tinggi dalam darah yang berpunca daripada kekurangan daya keberkesanan insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas. Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari salur darah dalam sel badan. Sekiranya anda mengalami penyakit kencing manis, glukos dalam darah tidak dapat memasuki sel-sel berkaitan, ia akan terkumpul dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi. Ia merupakan antara penyakit yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia sejak dulu lagi. Kencing manis atau nama lain ialah Diabetes sering dikatakan berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang dan ada juga mengaitkan dengan faktor genetik dimana orang menggelarkan ia sebagai penyakit keturunan. Ia kan berjangkit dari generasi ke generasi, namun hakikatnya gaya hidup dan apa yang diamalkan dalam pemakanan harian yang menentukan individu itu akan terdedah atau tidak dengan risiko mendapat serangan kencing manis. Merawat kencing manis boleh menggunakkan pelbagai alternatif atau Petua Hilangkan Kencing Manis  sama ada secara moden mahupun tradisional.

Banyak tip atau petua yang anda boleh amalkan untuk hilangkan kencing manis, dan petua ini juga sangat senang untuk anda ikuti. Hanya menggunakan bahan yang sedia ada di rumah sahaja dapat menghilangkan kencing manis. Kencing manis jika dibiarkan boleh menjadi parah dan boleh mengundang maut. Jom ikuti petua hilangkan kencing manis dengan mudah.

  1. Lidah Buaya

Terdapat beberapa kajian awal yang menyarankan pengambilan jus lidah buaya berupaya meningkatkan kadar glukos dalam darah, sekaligus merawat kencing manis. Ikuti caranya,

  • Ambil 1 batang lidah buaya
  • Bersihkan dan kupas kulit serta durinya
  • Rendamkan selama 30 minit bersama air garam
  • Ramas dan bilaskan dengan air
  • Rebuskan bersama 3 gelas air sehingga mendidih
  • Setelah itu, biarkan setika sehingga sejuk
  • Amalkan minuman ini 3 kali sehari sebanyak ½ gelas
  • Lakukan ia secara konsisten supaya paras gula dapat dipulihkan menjadi normal kembali
  1. Jus Peria Katak & Epal Hijau

Buah ini mengandungi tiga zat aktif bersifat anti-diabetes termasuklah charatin telah disahkan mempunyai kesan merendahkan kadar glukos dalam darah, vicine dan sebatian insulin yang dikenali sebagai Polipeptida-P. Peria juga mengandungi lektin yang menurunkan kemampuan glukos dalam darah yang bertindak balas dengan tisu utama dan menghilangkan selera makan individu. Lektin ini menjadi punca utama kepada perkembangan hipoglikemik. Salah satu cara yang boleh diamalkan dengan penggunaan peria katak dalam merawat diabetes ialah membuat jus peria katak bersama epal hijau. Penyediaan jus ini bermanfaat kepada pesakit untuk menurunkan bacaan gula dalam darah. la bagi memastikan kadar gula dalam paras normal dan terkawal.

 

  1. Kulit Kayu Manis

Kayu manis mampu mengawal paras glukos dalam darah dan ejen terbaik dalam melawan serangan penyakit diabetes ke atas tubuh badan kita. Banyak kajian telah menyarankan penggunaan kayu manis dalam meningkatkan paras glukos dalam darah dan juga meningkatkan keupayaan insulin darah. Selain dari menjadi ejen terbaik untuk antioksidan badan, kayu Manis juga berupaya mencegah gejala diabetis. la membantu dalam menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan tahap kepekaan badan kepada insulin dalam darah menjadi lebih baik dan supaya a mampu menyeimbangkan kadar gula yang diperlukan badan. Dengan mengamalkan kayu Manis dalam pemakanan, ig akan membantu mengurangkan jumlah glukos dalam darah dan a sangat berkesan bagi penghidap diabetes. Dengan itu, mereka dapat mengawal paras gula dalam darah sekaligus melawan penyakit tersebut.

 

  1. Halia

Petua merawat kencing manis seterusnya adalah dengan menggunakan halia. Ia berupaya membantu pesakit diabetes dalam mengawal kadar glisemik, penghasilan insulin dan mengelakkan masalah katarak pada mata. Sejak berzaman, halia telah dipraktikkan dalam perubatan dan menjadi bahan utama masakan dalam kalangan masyarakat Asia. Halia juga membantu dalam meningkatkan kepekaan insulin dan melindungi individu daripada penyakit diabetes. Satu kajian berkaitan dengan penyakit kencing manis tahap 2 membuktikan bahawa 2g serbuk halia diperlukan setiap hari dapat menurunkan paras gula dalam salur darah sebanyak 12%. la juga dapat meningkatkan kadar gula dalam tempo jangka masa panjanga seperti HbAlc (hemoglobin glikasi) sekaligus menyebabkan penurunan sebanyak 10% dalam tempoh 12 minggu. Ada juga kajian mendapati, halia amat berguna dalam menjadi sumber anti-diabetes dan boleh diamalkan setiap hari bagi mengelakkan penyakit ini berlaku.

 

  1. Ginseng

Terdapat beberapa kajian terdahulu telah membuktikan bahawa ginseng Amerika berupaya membantu dalam penurunan kadar glukos darah ketika berpuasa. Ginseng dikatakan berupaya meningkatkan daya imunisasi dan mampu menurunkan kadar glukos bagi penghidap diabetes.

 

  1. Daun Kari

Daun kari membantu menstabilkan tahap glukos darah dan memberi kesan kepada metabolism karbohidrat. Kajian yang diterbitkan dalam penyelidikan pembangunan Jurnal Antarabangsa tentang kesan kari daun pada jenis diabetes 2 menunjukkan daun kari mengandungi fitokimia. Bahan ini membantu mengawal tahap gula darah pesakit diabetes jenis 2 dengan mengurangkan paras gula darah pesakit kencing manis. Sifat antioksidan yang menakjubkan dari daun kari dapat meningkatkan pengeluaran sel pancreas sehingga meningkatkan fungsi insulin.

 

  1. Halba

Melalui kajian sains moden, dan juga dari perkongsian perubatan tradisional biji halba mempunyai manfaat bear sebagai bat kencing manis alternatif. Biji Halba membantu menurunkan gula darah. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa biji halba membantu menurunkan gula darah dengan memperlahankan proses pencernaan makanan dan memperlahankan penyerapan karbohidrat dalam usus kecil.

 

  1. Bawang Putih

Membantu mengurangkan tahap kolesterol tinggi, antara masalah utama yang sering dihadapi oleh pesakit kencing mans. Pengambilan bawang putih secara oral menurunkan serum glukosa, kolesterol, trigliserida dan banyak lagi bahan lain dalam badan penghidap diabetes.

 

  1. Bunga Cengkih

Rempah ini mengandungi 30% daripada fenol antioksidan dalam berat kering, bersama dengan antioxidants anthocyanin dan quercetin. Akibatnya, ulas mempunyai antiseptik serta sifat kuman. la juga menawarkan faedah kesihatan anti-radang, analgesik dan pencernaan untuk pesakit kencing manis. Dalam kajian yang di lakukan pada masa lalu, cengkih dapat membantu mengawal paras gula, trigliserida dan paras kolesterol LDL dalam darah pesakit kencing manis.

 

  1. Stevia

Gaya hidup sihat ini boleh dimulakan secara berperingkat jika anda merasakan sukar untuk meninggalkan makanan manis dan gula putih secara mendadak. Anda juga boleh mencuba alternatif sihat yang lain seperti menggantikan gula putih dengan pemanis semulajadi Stevia. Pemanis semulajadi Stevia adalah 200 hingga 300 kali lebih manis daripada gula tebu dan tidak mempunyai kalori (zero calorie). Ekstrak stevia, selain digunakan sebagai pemanis dalam makanan dam minuman, ia juga mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan. Hentikan pengambilan gula pasir, pengambilan gula pasir yang terlalu banyak akan mengundang banyak penyakit yang teruk dan sukar dirawat semula.

Pepatah melayu pernah berkata ” Mencegah lebih baik dari merawat”

Kredit : Bidadari 

: Butterkicap 

Ketahui 7 Punca Utama Susu Dalam Badan Berkurangan

Mesti ramai ibu-ibu yang mengalami masalah kurang susu dalam badan ataupun tiada langsung susu dalam badan. Paling menyedihkan bila anak dah sedia nak menyusu tapi susu keluar nak tak nak kadang tak keluar langsung. Setiap ibu pasti inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Sebab ramai yang bercita-cita ingin susukan anak masing-masing sekurang-kurangnya 2 tahun. Kerana kita tahu khasiat susu ibu yang tiada bandingan. Even susu paling mahal pun tak boleh lawan susu ibu. Tetapi tempoh penyusuan bukanlah satu perjalanan yang mudah. Ada ups dan down nya dan kadang-kadang akan berlaku susu badan semakin berkurangan. Mungkin ramai yang di kalangan ibu-ibu yang kurang pengetahuan tentang kenapa susu badan boleh berkurang.

Pertama ialah disebab ibu-ibu stress, terlalu banyak perkara yang difikirkan dan menyebabkan susu dalam badan berkurang. Emosi yang tidak stabil ,menyebabkan ibu tidak gembira dan hormon oxytocin berkurang. Hormon oksitosin ini sangat berkait rapat dengan perasaan si ibu. Jika ibu tidak gembira, susu ibu akan berkurang kerana badan tidak memberi galakan kepada hormon ini untuk bertugas sebaiknya. Sebab itu pentingnya untuk ibu-ibu kurangkan stress, ia bukan mudah untuk tidak stress langsung. Tetapi kurangkan dan berfikirlah secara positif tentang apa yang sedang berlaku. Kedua ialah faktor pemakanan, ia juga boleh menyebabkan susu dalam badan makin berkurang. Ibu menyusu perlu mengambil makanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang membantu ibu bertenaga dan tidak mudah penat. Pemakanan yang seimbang juga membantu susu ibu jadi lebih berkualiti. Susu yang berkualiti mampu mengenyangkan bayi dengan lebih cepat. Oleh itu,  kurangkan makanan yang mengandungi banyak perisa, gula, garam atau makanan segera. Banyakkan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Ketiga ialah kekerapan bayi menyusu turut menjadi salah satu punca susu dalam badan berkurang. Semakin bayi membesar, mereka akan semakin kurang menyusu dengan ibu. Ini menyebabkan kurangnya refleks kepada payudara. Hal ini secara automatik akan mengurangkan susu ibu. Sebaiknya, jika ingin mengekalkan penghasilan susu ibu yang banyak, ibu perlu konsisten mengepam walaupun anak tidak menyusu kerap seperti dulu. Keempat, bayi tidak menyusu dengan efektif. Hal ini selalunya berlaku pada awal kelahiran. Bayi selalunya tidak melekap dengan betul pada payudara. Ini menyebabkan susu ibu tidak keluar dengan efektif dan payudara ibu tidak dikosongkan sepenuhnya. Bila payudara tidak dikosongkan sepenuhnya, badan akan mula hasilkan susu ibu berdasarkan permintaan yang sedikit daripada bayi itu.

Kelima, Kurangnya demand dan supply. Perkara penting dalam penyusuan susu ibu adalah demand atau permintaan daripada bayi. Bayi yang telah minum susu formula, mungkin kurang menyusu susu ibu kerana lebih menggemari susu formula. Apabila bayi kurang menyusu, badan akan sampaikan signal kepada otak yang bayi tidak perlukan susu yang banyak. Kerana itu, supply atau bekalan susu ibu untuk bayi akan berkurang. Keenam ialah pengambilan ubat-ubatan. Ada sesetengah ubat boleh mempengaruhi hormon oksitosin dan prolaktin yang terlibat dalam penghasilan susu ibu. Ibu tidak dibenarkan ambil sebarang ubat tanpa dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa ubatan. Jika tersalah Langkah, ia akan menyebabkan susu ibu berkurang.

Terakhir ialah kurangnya minum air. Antara sebabnya ialah ibu yang mengamalkan breastfeeding perlukan air yang banyak bagi mencukupkan keperluan air di dalam tubuh. Susu ibu sendiri terdiri daripada 70% air. Badan kita pastilah perlu banyak air untuk membekalkan susu ibu untuk penyusuan seterusnya. Air juga penting buat ibu  untuk mengelakkan dehidrasi dan ibu berasa cepat dahaga. Banyakkan minum air untuk si manja ibu. Seeloknya kurangkan atau jangan lakukan perkara di atas. Kegembiraan ibu bila tengok si manja happy dan sentiasa kenyang.

Jika ada para ibu yang mengalami masalah susu badan berkurangan, jom klik link di sini.

Kredit :

keluargahebat

 

Shopping cart close