Ketahui 5 Cara Rawatan Mudah Anak Terkena HFMD

Penyakit tangan, kaki dan mulut juga dikenali sebagai Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD) adalah penyakit yang sering berjangkit dalam kalangan kanak-kanak disebabkan jangkitan virus daripada kumpulan enterovirus. Ia merebak melalui sentuhan secara langsung dengan air liur, cecair hidung, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan pada permukaan objek atau alatan permainan yang tercemar dengan virus ini.

Demam merupakan tanda pertama HFMD, kemudian sakit tekak dan kurang selera makan. Selepas 1-2 hari demam, luka menyakitkan akan muncul pada depan mulut atau tekak. Kemudian ruam akan berkembang pada tangan, kaki serta punggung dalam masa 1 atau 2 hari.

Menurut laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia, sehingga 6 Ogos 2016, bilangan kes HFMD yang dilaporkan di seluruh negara 23,454 kes HFMD telah dilaporkan dengan purata kes dilaporkan seminggu untuk seluruh negara sebanyak 757 kes. Jumlah ini menunjukkan peningkatan kes sebanyak 17.8% jika dibandingkan dengan tahun 2015.

Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa saja terutama kanak-kanak bawah umur lima tahun. Jangkitan ini biasanya disebabkan amalan kebersihan diri kurang baik dan pendedahan kepada tempat atau persekitaran sesak yang mungkin meningkatkan lagi risiko penyebaran virus ini. Virus mudah merebak terutama pada awal minggu pertama jangkitan. Individu yang dijangkiti penyakit HFMD biasanya akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, ruam melepuh pada kaki, tangan atau ulser pada mulut dan lidah. Kanak-kanak juga mungkin mengalami muntah, cirit-birit dan kurang selera makan. Terdapat 5 cara merawat anak terkena HFMD ialah:

  1. Aiskrim & makanan sejuk

Aiskrim lembut, puding, atau minuman sejuk mampu memberi kelegaan kepada si anak atau bayi yang mengalami ulser di mulut. Anda boleh membuat sendiri aiskrim tanpa gula dengan menggunakan buah-buahan yang dicampur dengan susu badan atau susu segar. Setelah mereka menghabiskan aiskrim, anda bolehlah memberi sedikit makanan seperti sup atau susu badan kerana mulutnya masih kebas dan kurang sakit untuk makan. Jika masih tidak berminat untuk makan, anda boleh cuba sejukkan susu formula atau susu ibu yang diperah.

  1. Gel aloe vera

Gel aloe vera semulajadi boleh digunakan untuk menyapu lepuhan atau bahagian yang terasa gatal. Seeloknya, cari produk organik yang tidak berbau dan anti-alergenik supaya tidak mendatangkan kesan sampingan. Gel ini amat sejuk dan dapat memberi kelegaan pada kerengsaan yang dialaminya.

  1. Air kelapa

Air kelapa dapat menyejukkan badan dan juga perut. Ianya mengandugi pelbagai jenis vitamin, mineral dan bahan antioksida. Ianya juga mengandungi acid lauric yang bertujuan untuk melawan jangkitan virus. Dengan memberikan air kelapa kepada kanak-kanak terkena HFMD ianya dapat melegakan sakit pada mulut dan terus kekal hidratkan.

  1. Sup ayam

Sup atau bubur ayam adalah antara makanan yang paling mudah diterima oleh anak-anak ketika tidak sihat. Semasa membuat sup ini, pastikan anda melebihkan sedikit bahan yang bersifat antiviral seperti bawang putih dan sayuran seperti lobak merah.

  1. Minyak kelapa dara atau Minyak Zaitun

Minyak kelapa dara juga antara bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk merawat penyakit kaki tangan dan mulut. Selain digunakan pada luaran, boleh juga disapukan pada bibir bayi yang mengalami ulser. Sapukan pada lepuhan dan ambil sedikit untuk disapu pada ulser mulut. Pastikan tangan anda benar-benar bersih sebelum memegang tubuh anak.

6. Halia

Halia mengandungi beberapa bahan kimia antivirus. Ianya juga mengandungi ‘sedative’ yang bertindak sebagai melegakan kesakitan. Buat teh halia yang dihancurkan , sejukkan dan beri kepada anak anda. Boleh tambah madu untuk rasa yang enak sedikit.

Kesimpulannya, walaupun kadar penularan penyakit HFMD adalah tinggi, ia masih boleh dicegah sekiranya semua pihak memainkan peranan. Segera bawa anak berjumpa doktor jika mempunyai simptom HFMD dan lakukan langkah pencegahan supaya penyakit ini tidak merebak. Kebersihan langkah utama mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut ini.

Jika anda atau ahli keluarga anda mengalami masalah batuk berpanjangan, anda boleh cuba Minyak Herba Asmak, boleh klik link disini.

Kredit

  1. siraplimau
  2. hmetro
  3. hellodoktor

5 Punca Utama Rambut Anda Kering & Cara Mengatasinya

Rambut kering menyebabkan kurangnya keyakinan diri sesorang untuk berhadapan dengan orang awam. Kerap mengubah gaya rambut, mewarnakannya atau mungkin kerap mandi di kolam renang atau bercuti di pantai adalah antara penyebab yang boleh menjadikan rambut rapuh dan rosak. Pendedahan kepada matahari, klorin, bahan kimia, air laut, haba yang berlebih adalah faktornya.

Apakah Punca Rambut Kering? Pelbagai punca yang menyebabkan rambut anda menjadi kering dan bermasalah. Antaranya, terdedah pada sinar matahari secara berlebihan. Kedua, kekurangan nutrisi dan kelembapan pada rambut.Tahukah anda? Rambut juga mempunyai nutrisi yang diperlukan? Sama seperti manusia jik nutrisi yang diberi tidak mencukupi iainya sama sekali tidak akan tumbuh ddengan cantik. Seterusnya, membasuh rambut secara kerap. Pastikan rambut anda dibasuh 2/3 kali sahaja dalam seminggu. Penggunaan shampoo yang berlebihan akan menyebabkan rambut anda kering & kusam. Tambahan pula, terdedah kepada air yang mengandungi klorin juga boleh menjadi puncanya kerana air yang digunakan mempunyai klorin yang tinggi. Contohnya seperti mandi di taman tema air. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan produk rambut yang tidak bersesuaian dengan rambut juga boleh mengakibatkan rambut  kering & kusam. Perlu diingatkan setiap individu mempunyai perbezaan masalah kepala jadi cari produk yang bersesuaian dengan anda. Akhir sekali, kerap menggunakan pengering rambut dan perubahan hormone serta diet pemakanan yang di ambil tidak seimbang.

Apakah cara untuk merawat rambut kering dan rosak? Pertama, Minyak. Menggunakan minyak panas boleh membantu untuk memberikan sinar kepada rambut yang kering. Antara minyak yang biasa digunakan adalah minyak zaitun, minyak kelapa, minyak badam, minyak jojoba dan minyak jagung. Kesemua minyak ini kaya dengan kandungan vitamin E, antioksidan dan membantu untuk menghalang lapisan luar rambut dari kekeringan.

Kedua, Vitamin. Salah satu cara untuk mengatasi masalah rambut kering adlah dengan mengambil vitamin. Vitamin A, vitamin C, biotin, zat besi dan mineral semuanya berperanan menjadikan rambut yang sihat. Ketiga, Cuci Rambut. Elakkan mencuci rambut terlalu kerap. Anda dapat melakukan ini seminggu sekali atau dua kali bukannya setiap hari. Walaupun membasuh rambut dapat memnbuang kotoran dari rambut, tetapi masa yang sama ia juga menyingkirkan sebum. Apa itu sebum? Sebum adalah minyak yang menjdikan rambut anda mudah dijaga dan jika ia dalam kuantiti yang betul, ia menjadikan rambut anda bersinar.

Keempat, Potong Rambut. Sekiranya rambut anda terlalu kering, anda mungkin mempertimbangkan untuk memotongnya. Ini membantu dalam penjagaan rambut anda nanti. Jika rambut anda pendek, anda boleh memotong di bahagian hujung rambut bercabang yang mungkin menjadi penyumbang kepada masalah rambut kering dan kasar. Kelima, Pemakanan. Menjaga pemakanan dengan pengambilan diet pemakanan yang sihat dan seimbang, termasuk pengambilan makanan yang mengandungi omega-3 dan antioksidan juga boleh membantu menjadikan rambut leih sihat dan bersinar. Contoh makanan yang boleh anda makan adalah salmon, ikan kembung, tuna dan sardin. Selain itu, beberapa makanan yang lain adalah tiram, beri biru, tomato, walnut, brokoli, kidney bean.

Rambut kering dan gugur yang berpanjangan boleh menjadi tanda masalah kesihatan. Di atas adalah antara punca dan cara mudah untuk membantu mengatasi masalah rambut kering. Jika masalah rambut anda masih berterusan, anda harus berunding dengan doktor untuk mendapatkan bantuan.

Sekiranya anda sedang mencari produk penjagaan rambut, klik link sini.

 

Sumber:

hello doktor

klikdokter

Cara Tingkatkan Sistem Imun Badan Supaya Tidak Mudah Jatuh Sakit

Pasti ada ibu ayah di luar sana yang bimbangkan mengenai ketahanan sistem imun anak masing-masing terutama dalam keadaan sekarang ini yang penyakit ada di mana-mana saja. Sistem imun adalah ketahanan badan seseorang untuk menghalang mereka daripada dijangkiti penyakit. Jadi apa yang ibu ayah boleh dan perlu buat sebenarnya bagi memastikan sistem imun anak anda sentiasa berada pada tahap terbaik sekaligus tidak mudah dijangkiti penyakit. Ini adalah 5 cara tingkatkan sistem imun badan supaya tidak mudah jatuh sakit.

Ketahanan sistem imun sangat penting bagi memastikan anak tidak mudah sakit dan antibodinya cukup kuat untuk melawan pelbagai jenis penyakit yang muncul ketika ini. Apabila sistem imun anda berfungsi dengan betul, ia boleh memberitahu sel mana yang anda miliki dan bahan mana yang asing kepada badan anda. Ia mengaktifkan, menggerakkan, menyerang dan membunuh kuman penceroboh asing yang boleh membahayakan anda. Sistem imun anda belajar tentang kuman selepas anda juga terdedah kepadanya. Badan anda membina antibodi untuk melindungi anda daripada kuman khusus tersebut.

Terdapat 2 bahagian utama sistem imun:

i) Sistem imun semula jadi. Anda dilahirkan dengan ini.
ii) Sistem imun adaptif. Anda mengalami ini apabila badan anda terdedah kepada mikrob atau bahan kimia yang dikeluarkan oleh mikrob.

Jadi apakah yang ibu ayah boleh lakukan untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh pada bayi dan anak-anak diberikan. Berikut adalah cara meningkatkan daya tahan tubuh anak yang lemah.

1: Ikan berminyak

Asid lemak omega-3 mempunyai banyak manfaat kesihatan dan ditemui dalam ikan berminyak (salmon, mackerel, herring, tuna segar), minyak sayuran dan biji sesawi, walnut, kacang pecan, kacang hazelnut, flaxseeds dan sayur-sayuran berdaun hijau. Ikan putih (seperti haddock, plaice, ikan kod dan Coley) juga mengandungi beberapa omega-3 walaupun dalam dos yang lebih rendah. Cuba masukkan ikan dalam diet anak anda dua kali seminggu, satu bahagian ikan berminyak dan yang lain, ikan putih. Beberapa kajian mendapati omega-3 juga boleh memberi manfaat untuk melawan jangkitan pada kanak-kanak dan cara meningkatkan imun tubuh.

Jika anak anda bukan seorang peminat ikan, anda boleh cuba makanan “menyeronokkan” seperti jejari ikan Salmon, kek ikan kentang, kiub ikan kod atau fajitas salmon ketika waktu makan. Satu perkara penting tentang kacang yang anda patut tahu adalah kanak-kanak di bawah umur lima tahun tidak patut memakan kacang secara keseluruhan (tidak dipecah-pecah) kerana adanya risiko tercekik. Untuk bayi lebih dari usia enam bulan, jika mereka tidak mempunyai alahan, kacang boleh diberikan tetapi pastikan anda mengisarnya sampai halus.

 

2: Ambil diet makanan yang berwarna “pelangi’

Selain itu, cara menambah imun tubuh adalah dengan biarkan si kecil anda menikmati warna “pelangi” daripada pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Semua buah-buahan dan sayur-sayuran menawarkan vitamin dan mineral yang berbeza mengikut warna yang berbeza. Jadi, ia adalah penting untuk anak anda mendapat pelbagai vitamin dan mineral yang baik untuk meningkatkan daya tahan tubuh anak,. Contohnya, vitamin C dan karotenoid boleh didapati dalam buah-buahan dan sayuran berwarna merah, kuning dan oren.

Vitamin ini mempunyai kualiti untuk meningkatkan sistem imun yang membantu badan menghasilkan sel darah putih yang bertanggungjawab melawan jangkitan. Anda haruslah cuba untuk menyajikan anak-anak anda lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari. Sama ada ia segar, beku, dalam tin atau kering, ia boleh dimasukkan ke dalam hidangan utama, puding, makanan ringan atau jus smoothie. Lihat resipi sihat kami untuk kanak-kanak untuk lebih inspirasi.

 

3: Rahsia tidur

Anda juga patut meningkatkan masa tidur mereka. Ia diketahui bahawa kekurangan tidur boleh membuat kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada penyakit dengan mengurangkan sel-sel pembunuh semula jadi mereka yang membantu jangkitan sistem imun. Jumlah tidur kanak-kanak bergantung kepada umur mereka. Sebagai petunjuk umum, bayi yang baru lahir memerlukan 18 jam sehari, kanak-kanak kecil sehingga 13 jam dan kanak-kanak berumur 3-12 tahun sehingga 12 jam sehari.

 

4: Penyusuan susu ibu

Jika anda mampu untuk menyusukan2 bayi anda, teruskan selama yang boleh. Kita sering mendengar tentang manfaat perlindungan imuniti dari susu ibu dan anda digalakkan untuk menyusukan bayi yang baru lahir. Apa yang kita tidak diberitahu adalah menyusu badan boleh menjadi sangat sukar dan ia tidak mudah untuk semua ibu. Jadi nasihat saya kepada anda adalah untuk terus mencuba dan kekal tabah untuk seberapa lama yang anda boleh, tetapi perlu diingat bahawa penyusuan susu ibu bukanlah penentu utama kepada bayi yang gembira dan sihat! Walaupun ia adalah untuk beberapa hari, bayi anda akan menerima sumber yang kaya dengan antibodi dan sel darah putih yang terdapat dalam susu ibu. Ini amat penting bagi untuk membangunkan sistem imun yang sihat.

 

5: Kebenaran tentang “superfood”

Kalau anda hendak tahu, diet yang sihat diambil melalui pelbagai jenis makanan dan tidak tertumpu kepada satu jenis ‘superfood ajaib’ sahaja. Jadi pastikan anda menawarkan kepada anak-anak anda pelbagai bijirin penuh, daging, ikan, kekacang sebagai tambahan diet kepada buah-buahan dan sayur-sayuran yang dinyatakan di atas. Tidak ada satu makanan tertentu yang akan menghalang anak-anak anda daripada mendapat selesema. Tetapi, anda masih boleh memastikan diet mereka dioptimumkan dan penuh dengan kebaikan nutrisi, yang penting untuk membangunkan sistem imun yang sihat dan kuat.

 

Apa terjadi jika daya tahan tubuh anak lemah
Perkara paling utama yang akan berlaku adalah anak akan sangat mudah diserang penyakit. Dia akan sering batuk, selesema, demam dan sebagainya. Ini sekaligus akan menganggu tumbesaran dan pergaulan anak yang mana jika dia sakit tidak boleh ke sekolah, taman permainan dan sebagainya.

 

 

Untuk mendapatkan produk Asmak bagi meningkatkan sistem imun tubuh badan, klik sini.

 

Sumber: TheAsianParent

Antara Tanda Alahan Bayi Terhadap Susu Formula

Sememangnya, susu ibu adalah makanan terbaik yang sangat bagus untuk anak kecil. Namun, jika ibu memilih susu formula, anda perlu perhatikan juga tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi bagi mengelak sebarang masalah kesihatan pada si kecil. Bukan hanya susu badan saja ibu berhadapan cabaran, tapi menggunakan susu formula juga ada kesukaran yang perlu dilalui si ibu! Contohnya seperti penolakan bayi terhadap botol susu atau alahan yang sering kali dikaitkan dengan susu formula. Jom kenali antara tanda alahan bayi terhadap susu formula.

 

Tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi boleh dilihat dari segi reaksi dan tindak balas anak, kerana setiap bayi mengalami reaksi dan simptom yang berbeza-beza bergantung pada berapa banyak jumlah susu atau produk tenusu yang diberikan. Oleh sebab itu, ibu ayah perlu lebih alert kerana jika tidak disedari, ia boleh membahayakan nyawa si kecil. Biasanya ia dikenali sebagai alahan tenusu atau alahan susu lembu. Selalunya alahan tersebut akan muncul selepas satu minggu susu formula diperkenalkan pada bayi. Walau bagaimanapun tiada ubat yang dapat merawat alahan susu lembu itu tapi ibu hanya boleh mengelakkanya dengan tidak mengambil produk tenusu atau susu lembu.

 

8 tanda bayi terkena alahan susu formula
1. Tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi – Cirit-birit / sembelit

Selepas memberi bayi minum susu lembu, perhatikan sama ada najis si kecil keras, lembut, kental, berubah warna dan lain-lain. Selain itu, tanda alahan juga boleh dikenalpasti apabila bayi berak sembelit atau cair disertai dengan darah. Jika keadaan berterusan tanpa dirawat, si kecil boleh kehilangan berat badan yang optimum sekaligus mengganggu tumbesarannya.

 

2. Tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi – Sakit perut atau kembung

Ibu juga perlu perhatikan jika bayi mengalami sakit perut atau kembung kerana minum susu lembu. Bagi permulaa,n mungkin anda boleh sapu minyak di bahagian perutnya bagi melegakan sedikit ketidakselesaan si kecil. Namun, jika masih tidak surut sebaiknya hentikan memberi susu formula dan terus bawanya berjumpa doktor.

 

Kredit : TheAsianParent

 

3. Muncul bintik merah

Biasanya bintik merah ini muncul apabila bayi terdedah dengan suhu panas atau berpeluh. Namun, ada juga bayi yang mengeluarkan bintik merah kerana alahan terhadap susu lembu.

 

4. Masalah pernafasan

Disebabkan alami gangguan sistem pernafasan maka akan terhasilnya lendir berlebihan hingga membuatkan nafas bayi berbunyi. Ia diiringi dengan simptom bersin, gatal hidung dan mata atau berubah menjadi merah.

 

5. Muntah

Ramai ibu beranggapan bayi muntah itu mungkin terlebih minum susu, bayi tidak biasa dengan susu formula atau kurang suka dengan rasanya. Tapi muntah ini juga boleh jadi disebabkan si kecil tidak selesa atau rasa sesak di bahagian kerongkong.

 

6. Ruam

Ruam juga tanda yang sering dialami bayi yang ada alahan terhadap susu lembu dan jika tidak dirawat dengan cepat ia boleh menyebabkan risiko yang lebih besar seperti ekzema dan asma.

 

7. Batuk

Bayi batuk juga disebabkan alahan terhadap susu lembu yang dimulai dengan suara serak dan kemudian kerap batuk selepas minum susu ini. Oleh sebab itu, ibu tak boleh pandang remeh jika gejala ini muncul.

 

8. Hidung berair

Lihat juga jika bayi alami hidung atau mata berair hingga menimbulkan rasa gatal seolah-olah ingin menggaru di bahagian tersebut. Apapun, segera henti memberi minum susu tersebut dan bawanya berjumpa doktor.

 

Beli susu dalam paket kecil atau boleh juga mohon sampel percuma dari pengeluar susu tersebut. Berikan dulu dengan sukatan kecil sekurang-kurangnya 2 onz. Sentiasa pantau keadaan anak jika mengalami sebarang perubahan. Meskipun ada sesetengah susu tidak memberikan tindak balas dengan cepat namun ia tidak bermakna yang ia selamat seratus peratus kerana ada alahan yang muncul cepat dan ada yang sedikit lewat. Jika semua tindak balas itu muncul seperti yang diterangkan tadi sebaiknya hentikan pemberian susu formula tersebut dengan serta merta.

Usaha dan berdoa semasa mencari susu formula anak yang sesuai agar urusan dipermudahkan olehNya.
Ya, tugas mencari susu formula ini semakin sukar, terutama bila lambakan susu yang terlalu banyak di pasaran. Jadi ibu harus sabar dan memilih susu yang sesuai dengan lebih berhati-hati.

 

Anak anda mempunyai masalah ruam susu, alahan, gatal pada kulit dan ekzema? Jom klik sini.

Sumber:
TheAsianParent

Badan Bayi Miang Akibat Diserang Gegata

Gegata atau biasanya juga dipanggil sopak garam, ludah jin atau kelopak garam akan mendatangkan rasa yang sangat tidak selesa kepada mereka yang mengalaminya. Badan bayi akan menjadi miang akibat diserang gegata. Ia yang juga dipanggil urticaria juga boleh menyerang kanak-kanak dan bayi.

 

Bagi mereka yang mengalaminya, kulit akan terasa sangat miang, apabila digaru, akan kelihatan tompokan besar seperti peta. Ia juga menimbulkan rasa panas pada kulit apabila ia menyerang, disebabkan itu anda perlu tahu sekiranya anak anda mengalaminya kerana mereka akan rasa sangat tidak selesa.

 

Apa itu penyakit gegata?

Apabila ia menyerang, memang sangat tidak selesa. Semakin digaru, ia akan semakin membesar dan mula membengkak. Kulit pula akan rasa panas saja. Daripada satu bintat atau bintik kecil, ia boleh merebak ke satu badan seperti peta. Miangnya memang amat terasa dan sangat membuatkan kita rasa tidak selesa. Memang stres bila terkena serangan gegata ni, dan kasihan bila anak-anak kecil yang kena. Lebih-lebih kagi bayi. Tuhan saja yang tahu seksanya bila diserang gegata.

 

Sopak garam ludah jin

Jika mengikut cerita orang dulu-dulu, mereka yang terkena gegata ini diludah pontianak atau jin kerana lalu di kawasan makluk itu. Ada juga yang memanggilnya sopak garam kerana ia hanya akan hilang apabila disapu dengan garam.

 

Jadi apakah sebenarnya sopak garam atau ludah jin ini?

Selalunya ia kelihatan seperti gigitan nyamuk, tetapi ia juga boleh bertompok dan ia boleh terbentuk di mana-mana sahaja pada badan bayi anda. Ia mungkin berkumpul di satu kawasan, tetapi ia berkemungkinan besar berlaku di keseluruhan badan juga. Benjolan kadang-kadang datang dan hilang dalam masa beberapa jam, tetapi gatal-gatal juga boleh berlarutan selama berminggu-minggu atau lebih lama lagi. Kes gatal-gatal yang ringan mungkin tidak mengganggu bayi anda. Tetapi mereka boleh menyebabkan kegatalan atau kerengsaan. Malah kadang-kadang, mereka disertai dengan gejala yang lebih serius yang memerlukan perhatian perubatan.

 

Apakah yang menyebabkan berlakunya gegata atau hives ini? Antaranya termasuklah:

Bintik merah pada gegata berlaku apabila sel mast dalam aliran darah membebaskan histamin kimia, yang menjadikan saluran darah kecil di bawah kulit bocor. Cecair itu berkumpul di dalam kulit untuk membentuk bintik-bintik dan bekas-bekas besar. Ini boleh berlaku atas beberapa sebab. Tetapi dalam banyak kes puncanya tidak pernah ditemui. Selalunya, gatal-gatal dikaitkan dengan tindak balas alahan, yang boleh membuat kulit yang merah merebak dalam beberapa minit. Alahan biasa termasuklah:

– makanan, terutamanya kerang, kacang tanah dan kacang pokok, susu, dan buah-buahan
– ubat-ubatan (antibiotik) dan suntikan alahan
– haiwan peliharaan dan haiwan lain
– debunga
– gigitan dan sengatan serangga

 

Tanda utama ruam merah yang timbul adalah tanda utama gegata. Ia boleh menyerupai:

– mempunyai pusat pucat
– muncul dalam kelompok (seperti peta)
– menukar bentuk dan lokasi dalam masa beberapa jam
– kecil atau sebesar pinggan makan
– gatal, pedih, atau menyebabkan rasa terbakar

 

Seseorang yang juga mengalami angioedema mungkin mengalami bengkak, kemerahan bertompok, bengkak, atau benjolan besar di sekeliling mata, bibir, tangan, kaki, alat kelamin atau tekak. Gejala lain boleh termasuk loya, muntah, atau sakit perut. Jarang, seseorang yang mengalami gegata dan angioedema juga boleh mendapat kejutan anaphylactic. Tanda-tanda kejutan anaphylactic termasuk masalah pernafasan, penurunan tekanan darah, pening, atau kehilangan kesedaran (pengsan).

 

Gegata ketika hamil

Hormon-hormon semasa mengandung dan kesannya terhadap kulit – semasa mengandung hormon wanita berubah, jadi perubahan hormon juga ada kaitannya dengan kemunculan gegata. Perkara ini juga boleh terjadi kepada wanita dua atau tiga minggu sebelum wanita itu mengetahui yang dia hamil.

 

Cara hilangkan gegata
Dalam kebanyakan kes, gegata ringan tidak memerlukan rawatan dan akan hilang dengan sendirinya. Jika pencetus pasti ditemui, mengelakkannya adalah sebahagian daripada rawatan. Jika gatal-gatal terasa gatal, doktor mungkin mengesyorkan ubat antihistamin untuk menghalang pembebasan histamin dalam aliran darah dan mencegah jerawat.

Untuk gatal-gatal kronik, doktor mungkin mencadangkan preskripsi yang tidak mengantuk atau antihistamin untuk diambil setiap hari. Jika antihistamin tidak mengantuk tidak berkesan, doktor mungkin mencadangkan antihistamin yang lebih kuat, ubat lain atau gabungan ubat. Dalam kes yang jarang berlaku, doktor mungkin menetapkan pil steroid atau cecair untuk merawat sarang kronik. Biasanya ini dilakukan hanya untuk tempoh yang singkat (5 hari hingga 2 minggu) untuk mengelakkan kesan sampingan steroid yang berbahaya.

 

Ubat gegata di farmasi

Rawatan lain seperti ubat montelukast2 dan ubat suntikan omalizumab (kos sangat tinggi). Ubat makan atau suntikan steroid untuk jangka masa pendek bagi kes yang teruk (bengkak bibir, kelopak mata, sesak nafas). Essential oil untuk gegata. Ada yang mencadangkan minyak pati yang sesuai untuk menghilangkan gegata termasuklah, Frankincense dengan Lavender.

 

Air kelapa untuk gegata

Air kelapa terkenal dengan sifatnya yang boleh menyejukkan badan dari dalam. Dengan mengandungi nutrisi-nutrisi penting, ianya mampu memberi kebaikan buat tubuh badan anda. Air kepala boleh dijadikan sebagai air tenaga atau penghidrat alternatif kerana ianya rendah kalori, bebas kolestrol dan lemak serta dapat membantu mencegah penyakit. Jika gegata anda berpunca dari cuaca panas, apa kata cuba kaedah ini. Air kelapa ini diperkaya dengan potasium dan elektrolit untuk membantu mengurangkan suhu dalaman badan serta memberi penghidratan semula. Kulit anda akan bebas dari gegata atau segala jenis ruam jika anda meminum air kelapa ini secara konsisten.

 

Doa hilangkan gegata
Bahan-bahan untuk rawatan:

Daun bidara atau daun sireh – 7 helai. (Jika ada daun bidara lagi baik).
Garam segenggam oleh pesakit (Genggam garam sehingga rapat jari itu adalah sukatan bagi seseorang.
Air suam sebaldi besar (standard).
Surah-Surah yang dibaca:

Selawat Nabi -10 kali.
Al-Fatihah -7x.
Ayatul Kursi -7x.
Surah Shaad: Ayat 42 (Bacaan 7x – utk 7 helai daun bidara atau sireh) semasa diramas di dalam air suam.
Surah Al-Anbiyaa: Ayat 83. (Zikir 100x setiap kali selepas solat).

Gegata kronik
Gegata kronik atau Chronic Urticaria biasanya berulang ulang lebih daripada 6 minggu. Bagi kes kes Chronic Urticaria dan tak dapat kenal pasti apa puncanya (tak jumpa punca alahan sama ada makanan/ bahan kimia/dan sebagainya), maka perlu rujuk dengan Pakar Kulit. Ada beberapa ujian perlu dibuat seperti ujian kulit dan darah yang boleh dibuat untuk kenal pasti punca terjadinya Urticaria. Anda perlu mengelak makan/ terdedah kepada punca alahan ialah paling utama.

 

Minyak Herba Asmak 30ml

 

Anak anda pernah mengalami masalah gegata atau miang pada sesetengah bahagian pada anggota badan? Anda juga boleh ikhtiar dengan menyapukan Minyak Herba Asmak pada kawasan yang miang dan terkena gegata. Jom dapatkan sekarang untuk anak anda. Klik disini.

Sumber:

Remaja
BeritaHarian

Info Penting Ibu Bapa Perlu Tahu Antara Sebab Tidur Bayi Terganggu

Ada beberapa punca yang menyebabkan bayi baru lahir enggan tidur. Namun, ibu harus lebih bijak pasang ‘trik’ supaya bayi tidur dengan lebih lama. Pola tidur bayi sememangnya adalah berbeza untuk setiap bayi. Oleh itu, para ibu perlu belajar untuk membezakan di mana bayi akan tidur lebih pada waktu siang, manakala di malam hari pula mereka akan terjaga apabila tiba waktu ‘makan’. Ibu bapa perlu tahu antara sebab tidur bayi terganggu.

Untuk pengetahuan umum, bayi yang baru lahir masih belum dapat membezakan waktu siang dan malam. Mereka juga boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2 hingga 4 jam terus-menerus di antara waktu makan. Tapi kadangkala, menjaga bayi juga boleh menjadi satu perkara yang begitu mencabar. Pernah tak para ibu mula berasa kusut-masai kerana bayi tak nak tidur malam? Letak dalam katil baby serba tak kena. Masuk dalam buaian pun masih celik mata, ada yang siap ajak bermain-main walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12 ke atas. Aduh, anakku! Oleh itu, mungkin para ibu ingin mengetahui apakah cara terbaik untuk betulkan pola tidur bayi anda?

Setiap bayi memiliki keunikan gaya tidur secara tersendiri. Mungkin nampak sama, tapi sebenarnya jam tidur bayi adalah berbeza-beza.

1. Bayi

Pola tidur bayi 0-3 bulan ialah bayi memerlukan waktu tidur antara 14 hingga 17 jam sehari. Bayi usia empat hingga 11 bulan sebaiknya mendapatkan tidur selama 12 hingga 16 jam sehari.

2. Kanak-kanak

Kanak-kanak yang mencapai usia dua tahun harus memiliki pola tidur yang teratur iaitu antara 11 hingga 14 jam sehari termasuk tidur siang.

 

3. Pra-sekolah

Kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas, jam tidurnya sedikit berkurang kerana pelbagai aktiviti yang mereka lakukan seperti pergi sekolah, mengaji Al-Quran, bermain dan lain-lain. Setidaknya mereka harus mendapatkan tidur antara 10 hingga 13 jam sehari termasuk tidur di waktu petang. Mereka perlu mendapatkan waktu tidur yang konsisten supaya tetap bertenaga untuk melakukan sebarang aktiviti keesokannya. Para ibu ayah perlu mengetahui bahawa bayi berusia sembilan hingga 12 bulan akan tidur lebih panjang. Oleh itu, banyak sikit masa untuk para ibu ‘bersendirian’ dan melakukan kerja-kerja rumah yang tertangguh ketika bayi sedang tidur. Namun begitu, jangan bimbang jika mereka tetap bangun malam untuk beberapa kali, kemudian disusuli teriakan dan tangisan malam yang sangat dasyat hingga menganggu tidur malam ibu dan ayah. Kalau perkara ini terjadi, bersabar sahajalah ya!

 

 

Mengatur Pola Tidur Bayi
Menurut pakar, kemungkinan besar bayi tidak akan tidur dalam waktu yang panjang. Bahkan, mereka hanya akan tidur satu hingga tiga jam dalam beberapa bulan pertama. Apatah lagi, bayi baru lahir juga akan kerap bangun malam untuk menyusu. Namun, aktiviti itu akan terhenti setelah mencapai usia tiga bulan. Bermula dari situ, ibu bapa boleh mengatur pola tidur bayi setiap malam. Dengan mengatur jadual pola tidur bayi ini, ia dapat membantu si kecil cepat mengantuk dan tidur lebih lama. Namun, diingatkan bahawa setiap bayi berbeza waktu tidurnya. Bahkan waktu tidur yang ideal untuk anak-anak adalah tidak sama untuk setiap kelurga. Mungkin cara tersebut boleh digunakan pada bayi anda tapi kemungkinan ia tak memberi kesan pada bayi yang lain. Lain bayi, lain pola tidur mereka ya.

Sebab Bayi Kerap Bangun & Tidur Terganggu

– Mula tumbuh gigi dan rasa kurang selesa
– Perut kembung atau sakit perut
– Tempat tidur yang kurang selesa
– Bertukar tempat tidur
– Keadaan dan suasana ruang tidur banyak nyamuk
– Bunyi bising

 

Cara Mengatasi

Sebelum tidur mandikan bayi dengan air hangat. Menggantikan pakaian si kecil. Menyanyikan lagu sambil berpelukan di tempat tidur. Sediakan ruang tidur yang selesa. Dapatkan spray atau ubat nyamuk. Tutup tv dan lampu supaya keadaan lebih tenang semasa tidur.

Berapa Kali Bayi Bangun Menyusu Pada Tengah Malam?
Kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali dalam sehari. Bayi yang menyusu setiap dua jam sekali itu adalah normal. Kekerapan itu juga akan membantu merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak dalam minggu-minggu pertama kehidupan bayi. Walau bagaimanapun, menjelang usia mereka dua bulan, kekerapan itu akan berkurang kepada tujuh hingga sembilan kali sehari. Ataupun, para ibu hanya perlu menyusukan mereka mengikut ‘demand’ atau permintaan. Yang penting jangan beri mereka kelaparan. Jangan sesekali anda membiarkan bayi baru lahir tidak menyusu melebihi empat jam, terutamanya pada waktu malam!

Para ibu perlu mengetahui bahawa waktu malam adalah masa yang sangat baik untuk menyusukan bayi dengan kerap bagi merangsang pengeluaran susu yang lebih banyak. Pada waktu tersebut juga hormon prolaktin berada pada tahap paling tinggi. Penyusuan di waktu malam juga dipercayai dapat merangsang mekanisme biologikal bayi, di mana bayi yang menyusu badan lebih kerap terjaga untuk menyusu. Data National Health and Medical Research Council Australia menunjukkan bahawa tidak menyusu pada waktu malam mampu meningkatkan risiko SIDS pada bayi sebanyak 56%. Selagi bayi anda mempunyai berat badan yang sihat, para ibu tak perlu risau. Berilah bayi penyusuan pada waktu malam sesuai dengan kehendak mereka. Walaupun meletihkan, ada banyak manfaatnya buat bayi.

Semoga bermanfaat.

Jom amalkan MilkBooster semulajadi untuk tambah susu badan. Klik sini.

 

Sumber: TheAsianParent

3 Cara Bersihkan Hidung Bayi Agar Tidak Tersumbat & Selsema

Ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk membantu menjaga kebersihan anak, lebih-lebih lagi dibahagian mikro seperti hidung bayi. Kebersihan badan bayi, seperti telinga, pusat, kemaluan dan hidung bayi amatlah penting kerana ianya menyumbang kepada tumbesaran anak yang positif! Oleh itu, ibu bapa perlu berganding bahu untuk membantu anak-anak mencapai sasaran positif tersebut, bermula dengan penjagaan kebersihan sendiri. Jadi, bagaimana hendak menjaganya? Jom kita pelajari 3 cara bersihkan hidung bayi agar tidak tersumbat & selsema.

Pernah tak rasa hidung tersumbat ataupun hidung berhingus, sehingga mengacau rutin seharian kita? Sudah tentu kita rasa jengkel dengan permasalahan tersebut, dan kita tidak henti menghembuskan hidung untuk berasa lebih lega tapi masih begitu juga keadaannya! Oleh itu, kami di sini akan membantu para ibu bapa untuk menyelesaikan permasalahan hidung tersumbat disebabkan hingus dan selesema bagi mengurangkan ketidakselesaan anak ketika menghadapi selesema dan hidung berair.

Antara cara untuk membersihkan hidung bayi adalah, pertama bulb syringe. Bulb syringe atau picagari bulat merupakan pilihan klasik buat ibu bapa. Dengan menggunakan bulb syringe, ibu bapa hanya perlu memicit dan mengawal pengeluaran udara di dalam bulb atau bahagian bulat picagari tersebut sambil meletakkan hujung picagari ke dalam hidung anak. Bulb syringe tersebut akan berfungsi untuk menyedut hingus yang tergumpal di dalam hidung anak. Jika hingus anak lebih keras, ibu bapa boleh menitiskan satu ada dua titisan larutan salin atau air suling ke dalam lubang hidung anak untuk melembutkan dan memudahkan proses pengeluaran hingus. Sebelum menggunakan bulb syringe tersebut, ibu bapa boleh memilih saiz yang sesuai untuk anak untuk memberi keselesaan optimum kepada anak ketika proses tersebut.

Kedua adalah, semburan hidung (Nasal spray). Jika hingus di dalam hidung anak terlalu keras, ibu bapa boleh menggunakan pilihan ini untuk memudahkan proses membersihkan hidung anda. Fungsi nasal spray ini adalah untuk mencairkan dan melonggarkan mukus-mukus yang tersekat di dalam rongga hidung mereka. Disebabkan hidung bayi jauh lebih kecil berbanding dewasa (ya, orang dewasa pun boleh guna alat ini!), maka kita tidak perlu menggunakan larutan cecair yang banyak. Ibu bapa boleh mulakan dengan membaringkan anak, dan dengan menggunakan penitis hidung, titiskan 3 hingga 4 titisan ke dalam kedua-dua lubang hidung. Selepas menunggu beberapa saat sehingga ia berfungsi seperti yang sepatutnyai, ibu bapa boleh mengeluarkan mukus-mukus tersebut menggunakan bulb syringe atau ‘aspirator hidung yang bakal kami kupaskan dalam isi seterusnya.

Ketiga, Aspirator hidung. Sejak kebelakangan ini, penggunaan aspirator hidung semakin popular di dalam kalangan ibu bapa kerana ia lebih mudah dan cepat berbanding dengan pilihan tradisional. Dengan meletakkan penutup mulut di mulut anda, letakkan hujung alat aspirator hidung tersebut di pembukaan hidung bayi dan BUKAN di dalam hidung bayi. Anda perlu menyedut udara melalui tiub tersebut secara lembut untuk menghasilkan proses seakan-akan vakum untuk mengeluarkan mukus tersebut.  Sama seperti menggunakan bulb syringe, ibu bapa boleh meletakkan beberapa titisan larutan salin untuk mencairkan mukus di dalam hidung anak sebelum menggunakan alat ini.

Akhir sekali, kebersihan anak-anak dapat membuahkan kebaikan dari aspek fizikal dan mental dan juga dapat membantu menyebabkan tumbesaran anak yang lebih positif, tetapi ia harus bermula dari ibu dan bapa si manja tersebut. Ya lah, siapa sahaja tak gembira melihat perkara yang cantik dan bersih, kan?

Jadi, pilihan manakah yang akan anda lakukan untuk menjamin kebersihan anak di bahagian hidung?Jika anda ingin mengetahui jom tekan link di sini.

 

Kredit:

TheAsianParent

5 Petua Mudah Hilangkan Selsema Kanak-Kanak dari Rumah

Kanak-kanak apabila mengalami selesema dan badan kurang sihat, mereka akan menangis dan merengek hingga membuatkan ibu buntu. Jadi, untuk membantu anda kami senaraikan lima petua hilangkan selesema kanak-kanak terutama dalam pemakanan mereka. Secara lumrahnya, kanak-kanak yang jatuh sakit akan menyebabkan selera makannya turut terjejas. Lima petua hilangkan selesema kanak-kanak dari rumah.

Lagi pula ketika selsema, mereka akan berasa tidak selesa ketika makan kerana menganggap makanan yang dihidangkan itu membosankan dan hambar. Kerongkong mereka pula akan gatal dan hidung tersumbat. Lagilah susah nak makan walaupun makanan yang dihidang itu antara kegemaran mereka! Namun tak usah terlalu khuatir. Hilang selera makan ketika selesema adalah perkara normal. Ia akan kembali seperti sedia kala selepas sihat.

Sediakan lima makanan ini bagi menghilangkan selesema anak

1. Madu

Madu merupakan antibiotik yang kuat dan ia lebih baik daripada ubat batuk yang dibeli di farmasi. Ia dapat mengurangkan batuk, selesema dan sakit tekak. Caranya, berikan setengah sudu besar cairan madu dan minum dengan segelas air sebelum tidur. Namun madu tidak sesuai diberikan pada bayi bawah umur setahun.

 

2. Sup ayam

Kajian menunjukkan, makan sup ketika selesema dapat mengurangkan keradangan dan membantu melawan panas dengan pelbagai cara seperti:

  • Rembesan mucus lebih cair dan meringankan hidung, dada dan tekak.
  • Menyediakan nutrisi baik setelah meletakkan bahan-bahan tertentu seperti sayur-sayuran ke dalam sup tersebut.
  • Karbohidrat dari mi dapat meningkatkan tenaga yang diperlukan.
  • Selain sup ayam, anda juga oleh buat sup sayur, sup bebola ikan, sup ikan merah dan sebagainya. Asalkan anak suka dan seleranya bertambah.

 

3. Vitamin C
Vitamin C yang dimaksudkan ini bukanlah ubat yang dibeli dari farmasi, tapi makanan segar yang boleh didapati daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Untuk itu, pastikan anda beri pada anak setiap hari supaya dapat meningkatkan daya tahan tubuh mereka.Di sini terdapat sumber Vitamin C semulajadi antarabya seperti buah strawberi, brokoli, oren, tomato, kiwi, betik, labu, potato manis. Jika anak enggan makan buah-buahan ini ketika selesema, anda boleh sediakan dalam bentuk smoothie atau jus.

 

4. Daging tanpa lemak
Manfaat daging tanpa lemak adalah ia mengandungi dua mineral penting bagi meningkatkan daya imun tubuh anak. Makan daging tanpa lemak ini adalah jalan pantas bagi meningkatkan zat besi ke dalam tubuh.

 

5. Bawang putih
Bawang putih juga merupakan ramuan memasak yang lazat dan mencegah penyakit. Mempunyai antioksidan yang kuat bagi melawan virus. Maksudnya dapat mencegah selsema dan sembuh dengan lebih cepat. Bau bawang putih yang unik dapat membantu memerangi selsema anak. Bayi dan kanak-kanak yang mengalami gatal dan bengkak di bahagian kerongkong akan menolak untuk makan atau menelan sesuatu yang menyakitkan.

 

Tips Penggunaaan Persediaan Ubat Batuk dan Selsema Kanak-Kanak untuk Ibu Bapa

  1. Jangan berikan produk orang dewasa kepada kanak-kanak. Persediaan untuk orang dewasa adalah tidak sesuai bagi kanak-kanak.
  2. Bertanya dengan ahli farmasi atau doktor anda sekiranya terdapat pertanyaan dan masalah mengenai penggunaan ubat batuk dan selsema yang ambil.
  3. Pilihlah produk ubat batuk yang dilengkapi penutup keselamatan untuk kanak-kanak jika perlu atau sentiasa pastikan penutup botol ubat ditutup dengan ketat.
  4. Jauhi produk ubat batuk dan selsema ini dari kanak-kanak.
  5. Periksa label dan pastikan anda mengetahui bahan aktif yang terdapat dalam produk tersebut. Baca maklumat ubat yang biasanya terdapat pada sisipan produk. Ini dapat membantu anda mengetahui simptom – simptom yang dapat dikawal oleh bahan aktif tersebut. Produk ubat batuk dan selsema biasanya mempunyai lebih dari satu bahan aktif contohnya decongestant, cough suppressant, expectorant, atau bahan penahan sakit.
  6. Berhati – hati apabila memberi anak anda/kanak-kanak lebih dari satu jenis produk ubat batuk dan selsema. Pastikan produk tersebut tidak mengandungi bahan aktif yang sama kerana ini mungkin menyebabkan anak anda/kanak-kanak menerima dos ubat yang berlebihan.
  7. Pastikan anda membaca dengan teliti arahan penggunaan ubat seperti yang terdapat pada maklumat ubat (drug facts) dalam sisipan produk. Maklumat ini akan memberitahu anda tentang dos dan kekerapan pengambilan produk tersebut. Penggunaan berlebihan atau penyalahgunaan produk ubat batuk dan selsema ini boleh menyebabkan kesan buruk seperti masalah pernafasan, denyutan jantung menjadi cepat dan sawan.
  8. Gunakan alat penyukat yang disertakan bersama bungkusan produk dan elakkan penggunaan sudu kegunaan dapur memandangkan sudu ini biasanya memberikan sukatan yang berbeza – beza. Sekiranya alat penyukat tidak disertakan, anda boleh mendapatkan picagari dari kedai farmasi.
  9. Anda perlu faham bahawa penggunaan produk ubat batuk dan selsema yang boleh didispens tanpa preskripsi adalah hanya bertujuan untuk mengawal simptom seperti hidung tersumbat, demam dan kesakitan tetapi tidak menyembuhkan penyakit tersebut. Persediaan ini tidak merawat punca kepada simptom batuk dan selsema dan ia juga tidak mempercepatkan proses penyembuhan.
  10. Adalah normal bagi kanak – kanak untuk mengalami demam, batuk dan selsema sepanjang proses tumbesaran mereka. Walaubagaimanapun, kanak-kanak lazimnya akan pulih dengan sendiri. Demam, batuk dan selsema yang biasanya disebabkan oleh jangkitan virus boleh diuruskan dengan rehat yang sempurna, pengambilan air yang cukup dan memastikan kanak-kanak sentiasa selesa.

 

Diharap artikel ini membantu dalam merawat selesema anak anda. Jika keadaanya semakin berlarutan, adalah lebih baik, dapatkan rawatan doktor dengan segera untuk pemantauan yang lebih rapi. Ingin dapatkan produk Minayk Herba Asmak untuk merawat masalah selesema anak anda? Klik disini.

 

Kredit :
1. SinarHarian
2. MyHealth

Ketahui Cara Penyimpanan Susu Ibu Dengan Betul Agar Kekal Lama

Susu yang diberi terus dari payudara ibu memang lebih baik. Walau bagaimanapun, ada di antara ibu-ibu yang terpaksa bekerja dan tidak mempunyai kelonggaran untuk menjadi suri rumah. Satu lagi contoh keadaan terdesak ialah apabila ibu terpaksa menjalani pembedahan. Ibu itu tidak akan dapat menyusu bayinya selama beberapa hari. Oleh itu ia adalah penting utuk ibu-ibu tahu cara menyimpan susu ibu. Jom ikut tips berguna yang kami sediakan untuk anda tentang cara penyimpanan susu ibu dengan betul agar kekal lama.

 

#1 Cari bekas yang sesuai

Bekas yang baik untuk menyimpan susu ibu adalah bekas yang diperbuat dari kaca atau plastik yang kedap udara seperti botol susu yang dapat ditutup dengan ketat, atau beg khas untuk susu ibu. Jangan guna beg plastik lain yang bukan khas untuk susu ibu kerana ia berisiko untuk pecah apabila dibekukan dalam peti sejuk.

 

#2 Guna bekas yang bersih

Bersihkan botol atau bekas susu dengan air dan sabun. Kemudian bilas dengan air mendidih atau sterilkan dalam mesin steriliser sebelum menyediakan susu seperti biasa. Jika botol itu tidak digunakan, biarkan ia kering secara semulajadi. Pastikan ibu bapa membeli botol bebas BPA kerana botol jenis ini selamat dan tahan suhu panas.

 

#3 Tips berguna penting

Susu yang telah dipam keluar mesti dimasukkan dalam peti sejuk. Ia hanya boleh ditinggalkan pada suhu bilik selama 4 jam, manakala di dalam cooler bag pula selama 7-8 jam (ikut berapa banyak ice pack di dalam). Labelkan tarikh dan masa supaya mudah diingat dan disusun. Cara penyimpanan susu ibu yang baik ialah dengan membahagikannya mengikut jumlah susu yang diambil oleh anak supaya tidak membazir susu yang tidak habiskan. Susu yang tidak habis perlu dibuang dan tidak boleh bila disimpan kembali. Jangan campur susu baru dengan baki susu ibu yang telah dipanaskan sebelum ini. Jangan isi susu sehingga terlalu penuh. Biarkan ruang kosong kira-kira 2.5 cm dari atas.

#4 Suhu dan tempoh menyimpan susu badan

Jika ibu mengamalkan cara menyimpan susu ibu yang tepat, ia boleh bertahan selama 6 – 8 jam pada suhu bilik kurang dari 25 ° C. Selepas itu, susu ibu perlu disimpan di dalam peti sejuk. Apabila disimpan dalam peti sejuk pada suhu 4 ° C, susu ibu boleh disimpan selama 5 hari. Susu ibu yang disejukkan dalam cooler dengan pek ais boleh bertahan selama 24 jam. Susu ibu yang telah dipam keluar juga boleh dibekukan terus jika peti sejuk di pejabat mempunyai peti ais. Apabila dibeku pada suhu -15 ° C, susu ibu boleh disimpan selama 3-4 bulan. Ibu-ibu yang berjaya untuk menghasilkan bekalan susu yang banyak bolehlah melabur sedikit wang untuk membeli peti penyejuk beku khas untuk susu ibu. Apabila dibekukan pada susu – 18 ° C, susu ibu boleh disimpan selama 6 bulan.

 

Risiko penyimpanan susu yang salah
Penyimpanan susu ibu yang salah akan menyebabkan kehilangan nutrien susu tersebut malah ia akan memberi kesan kepada bayi. Berikut merupakan cara simpanan susu yang memberi kemudaratan buat bayi perlu anda elak supaya susu ibu kekal segar:

1. Elakkan perubahan suhu yang mendadak

Selepas pam susu, biarkan terlebih dahulu susu pada suhu bilik. Kemudian sejukkan di peti ais bawah dan baru bekukan. Atau untuk panaskan susu, bawa turun dulu susu beku dan biarkan ia cair atau rendam dalam air paip pada suhu biasa. Pastikan susu betul-betul cair kemudian rendamkan dalam air suam. Jangan terlalu panas ya.

Nota: Susu akan hilang khasiatnya jika dipanaskan terus dalam air mendidih atau perubahan susu yang mendadak. Jadi ibu perlu elak daripada melakukan perkara ini.

2. Elakkan mengoncang susu ibu

Setelah panaskan susu, jangan goncangkan anda hanya perlu alirkan perlahan susu dan terbalikkan botol ke atas ke bawah sehingga sebati.

Nota: Susu ibu akan rosak jika digoncang, molekul protein dalam susu ibu akan hilang. Protein dalam susu ibu perlu dijaga untuk memelihara usus dan perut bayi.

3. Buang susu yang rosak

Jangan simpan baki susu yang tidak habis atau susu ibu yang lebih 1 jam dipanaskan atau dibiarkan lebih 4 jam dalam suhu bilik. Susu tersebut perlu dibuang ia boleh menyebabkan bayi kembung perut akibat minum susu yang telah rosak. Jika anda masih sayangkan susu tersebut jadikan sebagai mandian atau siram pada pokok.

4. Elak campur susu pada suhu berbeza

Susu yang dipam pada hari yang sama tetapi masa berbeza boleh dicampurkan. Syaratnya suhu perlu sama. Jika anda gunakan single pam, sejukkan dulu susu dalam botol pam sesi 1. Bila pam sesi kedua biasanya lepas 3 jam. Botol kedua sudah sejuk. Ketika itu suhu adalah sama jadi ia boleh dicampurkan. Atau Jika anda gunakan double pam, anda boleh campurkan susu dalam 1 botol yang sama dan boleh sejukkan dalam peti ais. Suhu sama ialah pada suhu bilik.

 

5. Elakkan dari campur susu ibu dengan benda lain

Sebolehnya khaskan 1 rak peti ais untuk letakkan susu ibu sahaja. Pastikan suhu peti ais stabil untuk susu tahan lebih lama. Jika bahan basah seperti ayam, ikan, udang di simpan di bahagian frozen pastikan anda simpan dalam bekas yang tertutup dan kedap bau supaya bau bahan mentah tidak meresap kedalam susu ibu. Ia boleh menyebabkan bayi tidak suka untuk minum susu yang ada bau lain atau rasa lain. Selepas dikeluarkan dari peti sejuk, cara terbaik untuk memanaskannya ialah dengan merendam botol atau beg susuke dalam mangkuk/cawan berisi air panas. Jika susu tidak habis diguna, jangan guna ia semula selepas tempoh 24 jam. Jangan panaskan susu ibu dengan microwave.

 

Cara menyediakan susu ibu yang beku

Nyahsejuk beku susu ibu di dalam peti sejuk selama 4 jam kemudian siram (masih dalam keadaan tertutup) dengan air sejuk yang mengalir. Cairkan susu ibu dengan air suam dari paip sehingga ia cair sepenuhnya. Jangan cairkan susu beku dengan meletakkannya pada suhu bilik. Selepas susu cair, rendamkan botol atau beg susu ke dalam mangkuk atau bekas yang mempunyai air panas. Ikutilah garis panduan ini untuk cara menyimpan susu ibu yang betul. Sentiasa memastikan kebersihan ketika menyimpan susu ibu, kerana susu yang rosak atau tercemar boleh membahayakan bayi anda.

 

Madu Kurma Merah by Asmak

 

Anda mempunyai masalah kurang susu badan? Jom klik sini untuk dapatkan milkbooster yang terbaik!

Sumber : TheAsianParent

Jom Ketahui 7 Punca Mata Bengkak Yang Dihadapi Oleh Seseorang

Mata bengkak atau dalam istilah perubatan dipanggil periorbital sering berlaku pada kelopakmata atas dan bawah. Keadaan ini biasanya tidak bertahan lama dan akan hilang dengansendirinya dalam 1-2 hari. Selain bengkak, masalah mata ini juga boleh disertai dengan gejala lain, seperti pengeluaran air mata yang berlebihan, mata merah, mata kering, dan gangguan penglihatan secara tiba-tiba.

Langkah rawatan juga berbeza-beza, bergantung kepada punca. Mata bengkak biasanyahanya menyebabkan ketidakselesaan. Namun, jika bengkak berlarutan lebih lama, langkahrawatan perubatan oleh doktor perlu dilakukan.Mata bengkak boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, daripada pengumpulan cecair kepadaperubahan hormon. Antara 7 punca mata bengkak yang dihadapi oleh seseorang ialah:

1. Kurang tidur

Kurang tidur adalah punca biasa mata sembap bagi sesetengah orang. Selain menyebabkanmata sembab, kurang tidur juga boleh menyebabkan kulit di sekeliling mata menjadi kusam, berkedut, dan muncul lingkaran hitam di bawah mata. Untuk mengelakkan mata sembab, pastikan anda tidur sekurang-kurangnya 7-9 jam setiap hari.

2. Kelenjar air mata tersekat punca mata bengkak secara tiba-tiba

Kelenjar air mata anda berfungsi mengalirkan air mata dan cecair semula jadi dalam mataanda. Sekiranya kelenjar ini tersumbat, cecair mungkin terkumpul di sekitar mata. Ini bolehmenyebabkan pembengkakan pada bawah mata. Kelenjar air mata yang tersekat adalahperkara biasa yang berlaku pada bayi, tetapi ia turut boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Penyumbatan kelenjar ini boleh berlaku disebabkan oleh faktorjangkitan, alat solek, atau kecederaan pada mata

3. Alahan

Mata bengkak juga boleh menjadi satu bentuk tindak balas semula jadi badan terhadapalahan. Biasanya, alahan yang menyebabkan mata bengkak disertai dengan ketidakselesaandan mata merah,berair dan gatal. Terdapat banyak faktor yang boleh mencetuskan alahan, daripada habuk, debunga, bulu haiwan peliharaan, dadah, makanan, hinggalah kepada produkkosmetik.

4. Blepharitis

Satu lagi punca mata bengkak ialah blepharitis. Blepharitis adalah keradangan kelopak matayang berlaku di kawasan di mana bulu mata tumbuh, kerana kelenjar minyak yang terletakberhampiran bulu mata tersumbat. Keadaan ini menyebabkan mata menjadi bengkak, jengkel, dan juga merah.

5. Konjunktivitis

Punca mata bengkak pada yang ini adalah salah satu penyakit yang paling biasa. Konjunktivitis adalah jangkitan atau pembengkakan membran luar bola mata, dengan gejalaseperti mata merah, berair, dan gatal. Keadaan ini paling kerap disebabkan oleh jangkitanvirus, tetapi ia juga boleh disebabkan oleh bakteria. Selain jangkitan, konjunktivitis juga boleh berlaku akibat alahan dan kerengsaan terhadap bahan tertentu.

6. Sengatan serangga

Gigitan atau sengatan serangga boleh menyebabkan reaksi alahan seperti mata bengkak. Lebah dan kucing jantan adalah serangga yang sengatannya boleh menyebabkan matabengkak. Selain kawasan mata, sengatan serangga boleh menyebabkan bengkak di kawasanmulut dan tekak, kesukaran bernafas, pening, semput, sakit perut, dan juga pengsan. Keadaanini dipanggil kejutan anaphylactic dan memerlukan rawatan segera.

7. Pengambilan garam terlalu banyak

Terlalu banyak kandungan garam atau natrium dalam makanan sememangnya tidak elokuntuk tubuh atau penampilan anda. Garam tambahan boleh menjadikan badan andamengekalkan kandungan air. Lebihan air dalam tubuh ini kemudiannya menyebabkanbengkak pada wajah dan badan anda.

Jika anda tidak pasti apakah sebenarnya yang menyebabkan punca mata bengkak secara tiba-tiba, sila terus ke hospital atau klinik dan biarkan doktor memeriksanya.

Sekiranya anda atau ahli keluarga yang mempunyai masalah batuk dan selesema, anda boleh cubaMinyak Herba Asmak, boleh klik disini.

Kredit

  1. alodokter
  2. hellodoktor
Shopping cart close