5 Kebaikan Tanah Liat Putih untuk Kesihatan Tubuh Badan

Tanah liat putih atau juga dipanggil tanah liat Kaolin mempunyai sifat kimia dan fizikal yang unik yang menyumbang kepada banyak kebaikan untuk kesihatan tubuh badan. Zat daripada tanah liat putih ini diperoleh daripada sumber semulajadi yang kebanyakannya terdapat di tanah yang berkembang dari cuaca kimia batu di iklim panas dan lembap.  Contoh iklim yang baik adalah hutan hujan tropika. Ia juga dipanggil tanah liat China, tanah liat putih, tanah liat kosmetik putih, silikat aluminium terhidrat, tanah liat Kaolinit antara lain.

Antara kebaikan tanah liat putih ialah:

1. Digunakan Sebagai Lulur

Tanah liat putih mengandungi zat yang dapat menganjalkan kulit, menghilangkan kotoran dan mengecilkan pori-pori, membantu dalam pengelupasan sel-sel kulit mati dan mengurangi peradangan pada jerawat. Selain itu, ianya juga membantu mengeluarkan racun dan logam berbahaya dari dalam tubuh dengan cara berendam dengan air yang telah bercampur tanah liat selama 30 minit. Oleh itu, tanah liat putih mempunyai banyak kebaikannya sekiranya kita menggunakannya sebagai lulur. 

2. Menjaga Kesihatan Pencernaan

Sifat tanah liat putih yang berbentuk seperti sponge mampu menyerap racun dalam tubuh. Racun seperti aflatoxin yang dapat mengganggu sistem kekebalan tubuh, mampu diserap oleh tanah liat putih. Bukan itu sahaja, tanah liat putih juga berfungsi untuk mencegah radang perut dan sembelit.

Mineral kaolin yang berwarna keputih-putihan yang terkandung di dalam tanah liat putih  digunakan untuk pengubatan diarrhea. Selain itu juga, tanah liat putih dapat menyerap racun bakteria seperti parasit, acidosis, ion hydrogen, dan hormon steroid berlebihan dalam kehamilan.


Kredit: Spine Universe


3. Mengubati Osteoporosis

Osteoporosis ialah penyakit tulang yang menyebabkan tulang menjadi rapuh. Kandungan kalsium yang tinggi di dalam tanah liat putih membantu menjaga kesihatan tulang lebih-lebih lagi jika anda dapat mengamalkan kalsium yang terdapat pada tanah liat putih ini pasa usia yang muda. Penyakit osteoporosis ini juga dapat dielakkan di kemudian hari.

4. Penyembuhan Luka

Tanah liat putih mengandungi elemen zink dan zat besi yang berfungsi meringankan rasa sakit pada luka dan membantu dalam menyembuhkan serta menghilangkan bekas luka. Penyakit alergi pada kulit seperti ekzema, ruam-ruam, gatal-gatal juga dapat diubati dengan melumurkan tanah liat putih pada permukaan kulit yang bermasalah.

5. Menghilangkan Rasa Pahit pada Sayur

Antara kelebihan lain tanah liat putih ialah sebagai penghilang rasa pahit pada sayur-sayuran atau ulam-ulaman seperti pucuk betik selain menggunakan air garam ataupun daun jambu biji untuk menghilangkannya. Pucuk betik jika dimakan begitu saja akan terasa sangat pahit kerana ianya mengandungi alkaloid yang berupa papain.

Tanah liat putih memang amat bagus digunakan untuk tubuh badan kita, lebih-lebih lagi sekiranya anda menghadapi penyakit kulit. Penyakit kulit memang tidak dapat dinafikan akan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Ingin mencuba bedak Asmak yang mempunyai kandungan tanah liat putih kaolin, klik disini. 

Kredit:
1. Azyma Care
2. Petua Penyakit Kulit

6 Tips Untuk Hilangkan Cacar Air Pada Kanak-kanak.

Chicken pox adalah penyakit yang dikenali sebagai cacar air dalam bahasa melayu. Cacar air disebabkan jangkitan kali pertama virus varicella zoster kepada manusia yang berisiko. Kebiasaannya, golongan pada peringkat usia kanak-kanak, remaja dan awal dewasa lebih mudah mendapat cacar air daripada jangkitan itu. Virus varicella zoster boleh menjangkiti melalui sama ada sentuhan secara langsung kepada lepuh air yang pecah ataupun melalui cecair pernafasan. Simptom biasa cacar air adalah ruam pada tubuh.

Satu hingga dua hari sebelum ruam pada tubuh muncul, individu mengalami cacar air akan berasa lemah badan, sakit kepala, kurang selera makan dan demam. Ruam muncul di sekitar muka, dada dan belakang tubuh pada awal jangkitan. Ia juga boleh merebak ke seluruh tubuh termasuk dalam mulut, kelopak mata dan kawasan sulit. Ruam berubah menjadi lepuh berisi cecair yang menyebabkan rasa gatal. Lepuh akan pecah dan akhirnya mengering. Kebiasaannya, seminggu diperlukan untuk semua lepuh menjadi kering. Terdapat beberapa tips untuk hilangkan cacar air pada kanak-kanak.

1. Daun Semambu/Neem Leaf

tips hilangkan cacar air

Kredit: Siraplimau

Ambil segenggam daun semambu dan kisar sampai hancur. Lepas mandi nanti tampal pada blister atau luka-luka / bintik merah tu. Biarkan kering. Amalkan setiap hari. Satu lagi cara adalah ambil daun semambu dan masukan dalam tab mandi anak. Biar anak berendam dalam air suam serta daun semambu. Daun semambu memang mujarab untuk hilangkan kegatalan dan mempercepatkan proses pengeringan chicken pox.

Kalau rajin, boleh ambil daun-daun semambu untuk dibuat lapik tidur anak. Caranya, letakkan daun semambu dalam kain batik dan gunakan sebagai tempat lapik tidur anak. Mudah-mudahan anak akan lena sepanjang malam tanpa rasa gatal-gatal.

2. Air Kelapa

Untuk anak-anak yang berumur setahun ke atas, boleh bagi minum sedikit air kelapa. Air kelapa boleh membantu sejukkan badan. Selain itu, ia dipercayai dapat keluarkan bintik-bintik ruam chicken pox dalam badan dengan lebih cepat.

3.Pastikan Kuku Pendek

Pastikan kuku anak sentiasa pendek dan bersih. Sebab luka chicken pox memang gatal dan miang. Tambahan pula anak kecil memang cepat sangat tangan mereka ‘merayap’ nak menggaru. Untuk bayi bawah 1 tahun,pakai mitten / sarung tangan untuk elakan mereka menggaru bintik-bintik ruam chicken pox.

4.Pantang Makan

Kalau boleh, kita kawal pemakanan anak pada waktu-waktu begini. Paling penting, kurangkan makanan bergula sebab gula akan menurunkan tahap imunisasi anak. Lebihkan sayuran, makanan bersup, dan elakkan makanan yang menyebabkan miang / gatal / alahan. Contohnya seafood, ayam, telur, ikan masin / bilis.

5.Minum Air Yang Banyak

tips hilangkan cacar air

Kredit:sinarharian

Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Malah, lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas. Memang ‘wajib’ minum banyak air untuk elakkan dehidrasi. Dehidrasi boleh melambatkan proses metabolisme dalam badan.

6.Kurantin anak daripada pengasuh

Adalah lebih baik jika kita boleh kuarantinkan anak kita supaya dapat mengelakkan daripada chicken pox berjangkit. Sekiranya ada bayi kecil atau adik-beradik yang lain, seeloknya kita asingkan mereka sebab ia mudah berjangkit.

Cacar air atau ‘chickenpox’ antara jangkitan yang merisaukan ibu bapa sekiranya menjangkiti anak kecil. Kanak-kanak bukan saja kurang selesa dan sakit, malah lebih membimbangkan risiko penularan jangkitan cacar air daripada kanak-kanak lain yang mengalaminya. Oleh itu, pengetahuan pengesanan awal, pengurusan pesakit dan rawatan berkesan perlu diambil berat khususnya oleh ibu bapa.

Jika anda atau keluarga anda mengalami masalah ini,anda boleh cuba Bedak Asmak,klik di sini.

Kredit:

1.hmetro

2.thediagnosa

3.siraplimau

4 Jenis Buasir Yang Perlu Anda Ketahui

Tahukah anda Apa Itu Buasir?

Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Pembuluh darah vena ini secara normalnya tidak membesar dan berfungsi sebagai saluran yang mengalirkan darah daripada tisu di bahagian terbabit naik ke jantung. Pembengkakan yang terjadi menyebabkan darah berkumpul dan urat berkembang ke luar membran sekitar tisu rektum dan dubur. Selain itu, buasir juga boleh diklasifikasikan kepada empat bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman, Prolaps, Trombosis . Keempat-empat ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza.

Kredit: The Diagnosa

Jenis-jenis Buasir

1. Buasir dalaman
Buasir dalaman merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam.

2. Buasir luaran
Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur (lihat gambar 1). Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza. Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.

3. Prolaps

Terbahagi kepada 4 tahap iaitu:

Tahap 1: Buasir dalaman ini menonjol tetapi ia tidak menonjol ke dalam saluran dubur. Pendarahan juga mungkin berlaku.

Tahap 2: Buasir dalaman prolaps keluar daripada saluran dubur semasa pergerakan usus, tetapi secara spontan menarik kembali ke dalam.

Ini bermakna keadaan ini terjadi apabila anda memberikan tekanan pada kawasan rektum atau dubur. Misalannya ketika melakukan regangan.

Tahap 3: Buasir dalaman prolaps semasa pergerakan usus atau bentuk lain tenaga, dan harus dikembalikan secara manual ke dalam dubur.

Biasanya untuk ‘menolaknya’ kembali ke dubur akan menyebabkan kesakitan.

Keadaan ini mungkin memerlukan rawatan bagi mengelakkan ia menjadi terlalu sakit atau mendapat jangkitan.

Tahap 4: Buasir dalaman ini telah berlarutan menonjol keluar daripada saluran dubur dan tidak boleh ditolak masuk, atau ia tidak kekal di dalam rektum.

Jenis buasir prolaps ini akan kelihatan seperti bengkak merah pada bahagian luar dubur. Anda akan dapat melihatnya jika menggunakan cermin.

4. Buasir Trombosis

 Trombosis adalah buasir dalaman atau luaran yang telah membentuk bekuan darah dalam urat dubur. Antara gejala yang boleh dikenal pasti jika mengalami jenis buasir ini adalah rasa sangat sakit dan tidak menentu di dalam dubur.

Akhir sekali, sekiranya anda mengalami buasir yang teruk teruslah berjumpa dengan doktor sebelum ianya menjadi lebih bahaya.

{PENUTUP}

Tekan link di sini sekiranya anda ada masalah sama seperti di atas.

 

 

Kredit:

Myhealth

Hellodoktor

 

 

4 Jenis Luka Terbuka yang Perlu Diketahui Sekiranya Berlaku Kemalangan Kecil

Luka terbuka perlulah dirawat dengan segera apabila berlakunya kemalangan kecil. Ilmu pengetahuan tentang jenis-jenis luka serta cara rawatannya yang betul amat penting untuk diketahui kerana ianya boleh menunjukkan pemulihan yang cepat dan penyembuhan yang berpanjangan. Selain itu, parut yang berlebihan, sakit yang sengit, peningkatan risiko jangkitan, juga dapat dielakkan dengan rawatan luka terbuka yang betul.

Hampir setiap orang dalam kehidupan mereka akan mengalami kemalangan kecil yang akan melibatkan luka terbuka. Jadi, apa itu sebenarnya  luka terbuka? Luka terbuka ialah kecederaan yang melibatkan luka dalaman atau luaran dalam tisu tubuh dan biasanya akan melibatkan kulit. Sekiranya kemalangan kecil melibatkan luka terbuka yang kecil, ianya boleh dirawat di rumah sahaja.

Jenis-jenis luka terbuka:

1. Lelasan/Melecet

Apabila kulit anda bergeser terhadap permukaan kasar atau keras, lelasan akan berlaku. Biasanya tidak banyak pendarahan, tetapi luka perlu dibersihkan untuk mengelakkan jangkitan.

2.Terhiris/Calar 

Ia adalah pemotongan atau koyakan pada kulit anda. Kemalangan seperti ini biasanya disebabkan oleh pisau, alatan dan mesin. Dalam kes ini, luka yang mendalam boleh menyebabkan berlakunya pendarahan dengan cepat dan meluas.

3.Tercucuk/Tusukan
Jenis Luka terbuka

Kredit: Ibupedia

 

Objek yang panjang, tajam, seperti kuku atau jarum boleh menyebabkan tusukan lubang kecil berlaku pada permukaan kulit anda. Kadang-kala, peluru boleh menyebabkan luka tusukan. Tusukan mungkin tidak berdarah banyak, tetapi luka ini terkadang terlalu dalam sehingga boleh merosakkan organ dalaman anda. Sekiranya anda mempunyai luka kecil, jumpa doktor anda untuk mendapatkan suntikan tetanus untuk mencegah berlakunya jangkitan.

 

4. Terkoyak/Tercabut

Ia adalah koyakan kulit atau tisu dibawahnya sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Ia biasanya berlaku semasa keadaan teruk, seperti kemalangan, letupan, dan tembakan. Seseorang berdarah dengan banyak dan cepat.

Bagaimana merawat luka terbuka?

Sesetengah luka boleh dirawat di rumah. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku kemalangan serius, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan segera. Terutama sekali apabila berlakunya banyak pendarahan atau jika pendarahan secara berterusan berlaku selama lebih daripada 20 minit.

Penjagaan luka kecil di rumah

Langkah ini hanya boleh digunakan sekiranya berlaku luka kecil yang boleh dirawat di rumah anda. Pertama, basuh dan bersihkan luka untuk menghilangkan semua kotoran dan serpihan. Gunakan tekanan langsung untuk mengawal pendarahan dan bengkak.

Apabila membalut luka, sentiasa gunakan pembalut steril atau bandage. Luka yang sangat kecil boleh sembuh tanpa pembalut. Anda perlu memastikan luka bersih dan kering selama lima hari. Anda juga perlu mendapatkan banyak rehat. Kesakitan biasanya mengiringi luka. Jika mengalami lebam atau bengkak, tuamkan ais di kawasan berkenaan.

Bila perlu berjumpa doktor?

Walaupun anda boleh merawat beberapa luka di rumah, anda perlu berjumpa doktor jika:

-Luka terbuka lebih besar daripada 1/2 inci
-Pendarahan tidak berhenti dengan tekanan langsung
-Pendarahan berlangsung lebih lama daripada 20 minit
-Pendarahan adalah akibat kemalangan yang serius

Doktor anda mungkin menggunakan teknik yang berbeza untuk merawat luka terbuka anda. Selepas pembersihan dan mungkin kebaskan kawasan tersebut, doktor anda mungkin menutup luka menggunakan gam kulit atau jahitan. Anda boleh menerima suntikan tetanus jika anda mengalami luka tusukan.

Bergantung pada lokasi luka dan potensi jangkitan, doktor mungkin tidak menutup luka dan membiarkannya sembuh secara semula jadi. Proses ini mungkin memerlukan anda membungkus luka dengan kain kasa. Walaupun penyembuhan itu mungkin tidak kelihatan cantik, ia menghalang jangkitan dan pembentukan abses.

Rawatan lain untuk luka terbuka termasuk ubat sakit. Doktor anda juga boleh menetapkan penisilin atau antibiotik lain jika terdapat jangkitan atau risiko tinggi untuk mendapat jangkitan. Dalam sesetengah kes, anda mungkin memerlukan pembedahan.

Ingin cuba ikhtiar produk Minyak Herba Asmak untuk masalah luka kecil? Klik disini. 

Kredit:

Hello Doktor
Hello Sehat

 

8 cara menghilangkan sakit gigi tanpa menggunakan ubat

Sakit gigi berdenyut boleh menyerang sesiap sahaja tanpa mengira peringkat usoa,baik dewasa mahupun kanak-kanak. Kadang-kadang deritanya sampai menjejaskan tugasan harian. Kebiasannya,ia berlaku akibat rasa ngilu pada gigi kerana masalah karies gigi,rahang,gingivitis dan banyak lagi. Sekiranya tidak dirawat dengan betul,masalah ini akan mengakbitkan sakit jantung dan berisiko mengakbitkan kematian.

Sebenarnya banyak cara atau petua tradisional yang boleh digunakan untuk hilangkan sakit gigi berlubang buat sementara waktu. Antaranya ialah:

1. Kumur dengan air garam

Ini adalah merupakan bahan paling mudah untuk didapati di rumah. Mustahil di dapur sesebuah rumah tidak mempunyai garam bukan? Ternyata di sebalik rasa masin garam tersebut, kandungan sodiumnya mampu hilangkan sakit gigi yang berlubang. Caranya mudah sahaja, ambil sedikit garam dan larutkan di dalam segelas air mineral suam dan gunakan larutan tersebut sebagai bahan kumur atau “mouthwash”. Boleh dikumur berkali-kali sehingga rasa denyutan tersebut berkurangan. Tetapi anda tidak disarankan untuk mengunyah garam tersebut

2. Minyak gamat

Ramai orang tidak tahu bahawa minyak gamat bukan sahaja dapat merawat luka.tetapi juga merupakan salah satu cara hilangkan sakit gigi berdenyut. Anda hanya perlu meletakkan minyak gamat pada putik kapas dan sapukan secara perlahan pada bahagian gigi yang sakit.

3. Hirisan bawang putih

cara menghilangkan sakit gigi

Kredit : pama

Sudah berkurun lamanya bawang putih dikenali sebagai herba yang boleh merawat pelbagai jenis keadaan kesihatan. Khasiatnya disokong oleh kajian sains moden dan jika dilihat dalam konteks kesihatan oral, ia boleh membantu meredakan kesakitan gigi.Oleh sebab bawang putih mempunyai sifat antibakteria yang bagus, ia boleh mengelakkan pembentukan plak gigi.Anda boleh tumbuk bawang putih, campurkan dengan garam dan sapukan pada kawasan yang sakit. Atau, jika nak ekstrem sikit, kunyah bawang putih tersebut mentah-mentah.

4. Tuam dengan ais

cara menghilangkan sakit gigi

Kredit:kpkesihatan

Penggunaan kaedah ini tidak hanya tertumpu kepada sakit gigi sahaja. Ia berupaya untuk menyebabkan salur darah pada permukaan kawasan terlibat untuk mengecut, justeru, mengurangkan rasa sakit. Pelaksanaannya mudah, anda hanya perlu tuamkan kain sejuk/ais pada kawasan yang sakit selamat 20 minit.

5. Gigit bunga cengkih

Bunga cengkih merupakan salah satu rempah ratus yang sering digunakan dalam masakan dan perubatan tradisional. Ia mengandungi bahan antiseptik semula jadi yang dikenali sebagai eugenol. Perkara ini membuatkan bunga cengkih berkesan dalam merawati masalah sakit gigi dan radang mulut.

6. Gambir

Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur dan sapukan pada bahagian gigi. Jangan guna terlalu banyak kerana gambir ini sifatnya akan mengebaskan gigi dan bibir.

7.Menghilangkan karang gigi

Plak gigi ialah lapisan bakteria yang melekit serta tidak berwarna,terbentuk dan melekap pada permukaan di celah gigi atau lidah. Plak dianggarkan memiliki lebih 1,000 spesis bakteria yang tidak terjejas oleh sebarang bentuk antibiotik. Keadaan ini akan menyebabkan gigi menjadi berlubang,rosak dan nafas berbau. Cara mudah untuk merawatnya di rumah adalah dengan berkumur dengan bahan kumur sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

8. Limau Nipis

Siapa kata limau nipis hanya boleh dijadikan bahan minuman, masakan, dan cucian semata-mata? Selain daripada kegunaan-kegunaan tersebut, limau nipis juga boleh bertindak sebagai ubat. Caranya, potong limau nipis kepada bahagian-bahagian kecil lalu diperah jusnya ke dalam bekas. Gunakan sudu kecil untuk mengambil jus tersebut, lalu titiskan sedikit demi sedikit ke atas bahagian gigi yang sakit. Berhenti seketika dan ulang lagi setelah 10 minit berlalu sehingga habis jus. Vitamin C yang terkandung di dalam limau nipis mampu hilangkan sakit gigi yang dialami.

Sakit gigi amatlah menyakitkan dan sesiapa yang mengalaminya pasti rasa tidak senang duduk. Namun untuk membiarkan ianya tidak berlarutan,selalulah menggosok gigi sebelum tidur dan selepas makan, kerana karies gigi boleh berlaku apabila anda membiarkan bakteria di dalam mulut. Jika sakit gigi berlarutan, jumpalah doktor gigi untuk rawatan lanjut.

Jika anda atau keluarga anda mengalami masalah tersebut,anda boleh cuba Minyak Herba Asmak,boleh klik disini.

Kredit:

1.theAsianparent

2.Siraplimau

3.hellodoktor

4.siraplimau 

 Ini 5 Punca Urtikaria Yang Perlu Anda Ketahui

Apakah yang dimaksudkan dengan urtikaria?

Urtikaria atau gegata adalah keadaan di mana sebahagian kulit menjadi bengkak, menebal merah dan gatal akibat dari alahan,  atau faktor lain seperti haba atau senaman. Tambahan pula, dalam kebanyakan kes gegata ini akan hilang selepas 24-48 jam dan tidak serius. Anda mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan, tetapi ubat antihistamin boleh meringankan gejala sehingga ruam tersebut hilang.

Tahukah anda? Terdapat dua jenis urtikaria yang utama iaitu:

  • Urtikaria akut– Ia terjadi dengan tiba-tiba sahaja dan berterusan kurang daripada enam minggu
  • Urtikaria kronik – Ia terjadi bukan dengan tiba-tiba dan berterusan lebih daripada enam minggu

Untuk pengetahuan anda, gegata akut biasanya tidak akan membahayakan kesihatan berbeza dengan gegata kronik yang memerlukan perhatian yang lebih dalam perubatan.


Kredit: Hello Doktor

5 Punca berlakunya Urtikaria


1. Jangkitan bakteria/virus

Jangkitan yang dimaksudkan itu termasuklah bakteria penyebab jangkitan salur kencing (UTI) dan strep throat serta virus hepatitis dan norovirus.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Advances in Dermatology and Allergology, gegata kronik adalah disebabkan oleh beberapa jenis jangkitan.

2. Suhu terlalu sejuk

Suhu terlalu sejuk akibat iklim atau persekitaran mungkin adalah salah satu daripada penyebab urtikaria kronik berlaku.

Bagi memastikan ia adalah punca utamanya, pergilah berjumpa doktor. Iamungkin akan menjalankan ujian dengan meletakkan kiub ais di atas kulit.

3. Sentuhan kulit

Sentuhan kulit dengan sensitiser menyebabkan urtikaria setempat pada sesetengah orang. Contoh sensitiser termasuk bahan kimia, getah, kosmetik, tumbuh-tumbuhan, ‘ointment’, sengat, dan lain-lain.

4. Kerap bersenam dan berpeluh

Aktiviti fizikal mungkin memang bagus untuk kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Namun tahukah anda, ia juga boleh jadi punca urtikaria berlaku?

Hali ini kerana apabila seseorang individu itu kerap bersenam akan membuatkan banyak berpeluh dan peluh inilah yang mungkin menjadi puncanya.

Untuk mengurangkan risiko ia berlaku, doktor mungkin akan menyarankan anda untuk mengambil antihistamin sebelum beraktiviti.

5. Kerap menggaru kulit badan

Setiap kali rasa gatal, sudah menjadi tindak balas normal untuk kita menggarunya namun ia mungkin hanya akan memburukkan lagi keadaan kulit.

Terlalu kerap menggaru kulit badan boleh merengsakan lalu meradangkan ia sekali gus menjadi salah satu punca gegata.

Sekiranya anda ada masalah seperti di atas segeralah dapatkan nasihat dari doktor sebelum ianya jadi lebih teruk.

Jika anda ada masalah sama seperti di atas sila klik link di sini.

Kredit:

Hello doktor
Myhealth

Perut Tidak Selesa? Ini 5 Cara Menghilangkan Angin Dalam Badan Dengan Cepat

Serba tak kena jadinya bila perut sebu. Jadi bagaimana cara menghilangkan angin dalam badan ini untuk buat anda lebih selesa? Angin dalam badan akan membuatkan anda rasa serba tak kena terutama pada bahagian perut dan beberapa bahagian badan yang lain. Jadi bagaimana cara menghilangkan angin dalam badan ini. Ia adalah keadaan biasa dan menyebabkan rasa sakit terutama di bahagian perut dan abdomen. Serba tak kena dibuatnya, nak duduk tak selesa, baring juga tak selesa. Malah nak buat apa pun rasa tak selesa.

 

Ia sebenarnya perbunca daripada pembentukan gas dalam sistem pencernaan yang meningkatkan tekanan di kawasan perut justeru ia menyebabkan kesakitan. Angin dalam badan merupakan antara masalah kesihatan yang sering kita alami. Ia mungkin berpunca daripada aspek pemakanan dan sistem penghadaman bermasalah, angin dalam badan menyebabkan perut kembung, sendawa berterusan, lemah tubuh badan, loya dan muntah yang mengganggu kehidupan seharian.

 

Lebih-lebih lagi, jika seseorang itu sedang hamil dan serta orang yang dalam pantang selepas bersalin. Bila tidak selesa, akan mula mencari cara buang angin dalam badan untuk kembali cergas seperti biasa. Penghasilan gas ini adalah normal, malahan, semua individu menghasilkan gas dan perlu membuang angin untuk mengurangkannya secara purata sebanyak 15 hingga 20 kali dalam sehari. Menahan gas ini boleh menyebabkan angin terperangkap dalam badan sejurus itu mengakibatkan kesakitan teruk dan perut kembung.

 

5 Cara menghilangkan angin dalam badan

 

1. Minum air suam secara perlahan-lahan

Pakar Gastroenterologi, Dr Jamile Wakim-Fleming mencadangkan seseorang untuk minum air hangat sepanjang hari. Perkara ini akan membantu mengurangkan angin dalam badan anda melalui dua cara:

Pertama – air suam membantu memindahkan makanan di sepanjang saluran pencernaan. Semakin cepat makanan bergerak ke usus, semakin sedikit kemungkinan jumlah gas meningkat.
Kedua – air suam membantu menenangkan usus. Untuk memindahkan makanan melalui usus, jika tanpa kehadiran air suam, usus perlu sentiasa mengembang dan kontrak. Proses ini dipanggil peristalsis. Air suam membuatkan usus kurang kontrak, menyebabkan penghasilan gas yang kurang.

 

2. Halia

Halia adalah petua cara tradisional yang ramai amalkan untuk membuang angin dalam badan. Kini ramai yang menggunakan halia dalam campuran minuman seperti minuman halia merah, susu halia & madu halia yang rasa lebih lazat berbanding dengan ubat-ubatan kimia.

Tetapi jika selesa dan suka dengan halia semulajadi tanpa campuran minuman lain tidak jadi masalah untuk sesi pembuangan angin dalam badan.

 

3. Bawang putih

Cara menghilangkan angin dalam badan

Selain menjadi penambahrasa masakan, bawang putih juga menjadi petua untuk membuang angin dalam badan. Kandungan bawang putih ini mampu mengeluarkan angin dalam badan dengan cepat.

Bagi orang yang berumur dan mempunyai anak kebiasaannya akan mengalami angin dan kembung perut, melumurkan bawang putih pada sekitar bahagian badan dan menggosokkannya untuk memudahkan lagi proses pengeluaran angin dalam badan.

 

4. Bersenam

Ramai juga yang tidak tahu bahawa kadang-kadang orang yang mendapat angin dalam badan berpunca dari kurang melakukan aktiviti atau gerakan yang membuatkan badan terasa lesu dan kaku. Sekurang kurangnya setiap individu yang kerap mengalami angin hendaklah melakukan aktiviti seperti berjoging, berjalan laju, ataupun gimnastik kecil supaya badan kita dapat mengeluarkan peluh dan menambah kelenturan otot-otot dalam badan.

Terdapat satu senaman yoga yang turut boleh menghilangkan angin dalam badan anda. Mulakan dengan baring terlentang dan kemudian tarik lutut kiri ke arah dada. Kekalkan posisi dengan kedua-dua tangan, tarik lutut untuk lebih mendekati dada. Selepas itu, ulang dengan kaki yang lain.

 

5. Vitamin C

Pastikan badan anda cukup Vitamin C. Vitamin C boleh membuang angin dalam badan kerana ia boleh meningkatkan imuniti badan supaya ketahanan badan akan semakin bertambah dan anda boleh merasa badan anda kembali dalam bentuk sihat.Vitamin C sangat penting untuk kesihatan terutamanya dari segi keseimbangan dan ketahanan badan. Selain itu, terdapat banyak produk dalam pelbagai syarikat menawarkan produk Vitamin C di Farmasi.

 

Ingin dapatkan produk Madu Halia Bentong untuk membuang angin dalam badan anda? Klik disini. 

Kredit : The Asian Parent

6 Petua Hilangkan Selsema Pada Bayi Tanpa Menggunakan Ubat.

Kanak-kanak terutama bayi di bawah usia dua tahun amat mudah mengalami demam, batuk dan selesema. Ia antara masalah kesihatan paling kerap terjadi yang bukan saja menyebabkan si kecil berasa tidak selesa dan meragam hampir sepanjang masa malah mengakibatkan ibu bapa tertekan akibat perlu berjaga sepanjang malam. Mengikut laporan di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), punca utama selesema dan batuk adalah disebabkan jangkitan virus pada saluran pernafasan di kawasan hidung, tekak dan laring. Biasanya virus ini mudah menyebabkan jangkitan berbanding 100 jenis virus lain.

Selsema adalah merupakan satu jangkitan virus pada saluran pernafasan di Kawasan hidung dan tekak. Walaupun untuk orang dewasa,selsema adalah perkara normal dan biasa berlaku tetapi bagi si kecil,selsema adalah perkara yang perlu dipandang serius. Ini kerana bayi masih lagi kecil dan tidak tah cara untuk menanganinya.

Bagi ibu bapa yang mencari-cari petua untuk hilangkan selsema bayi tanpa menggunakan ubat. Anataranya ialah:

1. Susukan anak sekerap yang mungkin

Bagi orang dewasa, minum air putih lebih banyak mampu mengelakkan mukus dalam hidung menjadi terlalu tebal di samping menggalakkan hidrasi. Namun buat bayi yang belum boleh minum air kosong, sila pastikan mereka minum susu ibu atau formula dengan cukup bagi tujuan yang sama.

2. Wap dengan air bawang putih

Caranya mudah sahaja. Anda perlu wap muka anak anda dengan rendaman bawang putih. Wapkan sehingga cairan kahak atau selsema keluar daripada hidung dan kemudian, sedutkan cairan tersebut. Kalau anda nak tahu, bawang putih mempunyai kebolehan dalam menghapuskan bakteria selsema.

3. Guna minyak bawang putih

Kalau ibu dah cuba stim atau wap denagn air bawang putih. Ibu-ibu juga boleh cuba gunakan minyak bawang putih. Petua orang dulu-dulu ni. Sapukan minyak bawang putih tersebut pada tapak kaki anak anda, pada belakangnya,dada dan juga di hidung untuk melegakan selsema. Nak buat minyak ini pun mudah sahaja. Bakar terlebih dahulu,ketuk sedikit dan kemudian campurkan dengan minyak zaitun atau minyak kelapa dara sambil lenyek sedikit.

4. Gunakan air kunyit hidup

Petua Hilangkan Selsema Bayi

Kredit : xtra

Jangan takt ahu kunyit juga boleh memulihkan dan melegakan selsema. Ia adalah antibiotic selsema. Daptkan air kunyit dengan gosok kunyit hidup tersebut pada permukaan kasar atau apa-apa yang anda boleh lakukan. Anda nak tumbuk kunyit hidup pun boleh dan sapukan pada belakang dan bahagian dada.

5.Suhu bilik yang tidak perlu sejuk

Petua hilangkan selsema bayi yang terakhir ialah dengan cara memastikan suhu bilik yang dihuni bayi anda tidak terlalu sejuk. Ini kerana suhu yang terlalu sejuk, terutamanya jika anda memasang alat penghawa dingin akan menyebabkan selsema bayi anda menjadi semakin teruk dan hidung bayi akan tersumbat.

6. Tidur dengan tinggikan kepala

Petua Hilangkan Selsema Bayi

Kredit : Facebook

Semasa berbaring, letakkan kepala bayi lebih tinggi daripada badan supaya hidung tidak tersumbat dan dia dapat bernafas dengan lebih mudah. Kedudukan ini akan membuatnya tidur lebih lena kerana akan mengelakkan gangguan lendir. Ibu boleh meninggikan kepala bayi menggunakan tuala dan bukannya bantal. Dinasihatkan untuk tidak menggunakan bantal sebagai cara untuk meninggikan kepala bayi kerana boleh menyebabkan sindrom kematian bayi secara tiba-tiba atau SIDS.

Jika anak anda atau ahli keluarga anda mengalami masalah ini dan ingin mencuba Minyak Herba Asmak,anda boleh klik disini.

 

  1. Theasianparent
  2. bidadari.my
  3. Simplirub
  4. Hmetro 

12  Punca Utama Sakit Mata Serta Kemerahan Yang Perlu Anda Ketahui

Sakit mata merupakan gejala yang lazim dirawat lebih-lebih lagi di peringkat klinik. Ia boleh dihidapi oleh pelbagai lapisan umur tanpa mengira jantina.

Kebanyakan punca sakit mata boleh dirawat menggunakan ubat- ubatan dan tidak disebabkan oleh penyakit berbahaya yang boleh menyebabkan komplikasi seperti hilang penglihatan.

 

Kredit: Kasih petua

Selain itu, mata yang merah beserta kesakitan merupakan petanda masalah mata yang serius dan memerlukan perhatian perubatan dengan segera. Jika rawatan ditangguhkan ia boleh menyebabkan kebutaan kekal.

Penyebab mata merah beserta kesakitan yang biasa berlaku termasuk Ulser Kornea, Glaukoma Akut dan Uveitis.


Apakah punca-punca sakit mata?

Apabila berjumpa dengan doktor, terdapat dua jenis sakit mata yang akan dikenal pasti. Antaranya ialah jenis sakit mata orbital iaitu sakit pada bahagian mata yang terletak didalam rangka mata atau jenis sakit mata okulus iaitu sakit pada bahagian diluar rangka mata seperti kanta mata.

Sakit mata jenis orbital adalah:

1. Glaukoma

Selain daripada pedih mata , penyakit ini juga boleh menyebabkan gejala mual, sakit kepala dan kehilangan penglihatan. Penyakit ini adalah disebabkan peningkatan tekanan pada intraokular atau tekanan dalam mata.

Jika peningkatan tekanan ini mendadak, ia akan menyumbang kepada komplikasi iaitu Glaukoma jenis sudut tertutup akut sehingga boleh menyebabkan kehilangan penglihatan buat selama-lamanya.

2. Radang saraf optik

Saraf optik merupakan saraf yang mencamtumkan mata dan otak. Apabila dijangkiti kuman atau virus, keradangan pada saraf optik boleh terjadi sehingga menyebabkan gejala seperti sakit mata dan kehilangan penglihatan terjadi. Penyakit autoimun juga boleh menyebabkan kondisi ini.

3. Radang sinus

Radang sinus boleh menyebabkan mata yang sakit kerana tekanan pada belakang mata semakin meningkat.

4. Migrain

Masalah sakit kepala ini juga boleh menyebabkan gejala ini berlaku walaupun tidak kerap.

5. Trauma

Kecederaan adalah antara punca gejala ini tidak kira samada kecederaan yang menembusi mata atau hanya pada luaran sahaja.

6. Radang Iris

Keradangan pada lapisan iris boleh menyebabkan sakit pada bahagian dalam mata.

7. Radang kulit di bahagian orbit (Orbital cellulitis)

Penyakit ini menyebabkan gejala sakit mata bengkak dan amat berbahaya kerana boleh mengganggu penglihatan.

Sakit mata jenis okulus adalah:

8. Benda asing

Apabila terdapat benda asing pada mata, hal ini akan menyebabkan keradangan dan kesakitan pada bahagian mata.

9. Radang pada selaput konjungtiva

Penyakit ini menyebabkan sakit mata bertahi, berlendir, demam, merah dan berair. Konjunktiva merupakan selaput pada bahagian paling luar mata. Bahagian ini mudah dijangkiti atau mengalami keradangan. Punca radang konjungtiva termasuklah jangkitan virus, kuman, alahan dan sebagainya.

10. Lelas pada kornea

Kornea adalah lapisan yang jelas yang menyelaputi mata. Ia mudah terdedah pada kecederaan.

11. Radang kelopak mata/ Blefaritis

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar yang menghasilkan minyak pada kelopak mata dijangkiti kuman atau mengalami keradangan.

12. Ketuat

Masalah ini boleh menyumbang kepada gejala mata yang sakit kerana iritasi daripada ketuat tersebut.

 

Akhir sekali, sekiranya anda mempunyai masalah sakit mata atau mata kemerahan teruslah berjumpa dengan doktor atau pakar sebelum ianya menjadi lebih teruk.

Jika anda ada masalah sama seperti di atas sila klik link di sini.

 

Kredit:

myhealth

doctoroncall

https://www.majalahpama.my/melahirkan-tiba-tiba-tanpa-dijangka-atau-secara-kecemasan-apa-mama-orang-sekeliling-perlu-buat-ikuti-panduan-daripada-doktor-og-ini/

5 Cara Mengatasi Kembung Perut Semasa Hamil

Kembung perut semasa hamil sememangnya perkara yang lazim berlaku dalam kalangan para wanita. Simptom ini mungkin merupakan simptom yang biasa didengar, namun boleh menyebabkan berlakunya ketidakselesaan,  lebih-lebih lagi apabila tibanya waktu tidur. Oleh itu, ibu hamil perlu sentiasa memerhati apa yang ingin dimakan.

Ibu hamil mudah mendapat simptom perut berangin kerana kesan sampingan proses fisiologi yang disebabkan oleh berlakunya perubahan dalam tubuh ibu supaya ideal untuk tumbesaran janin. Perkara ini berlaku secara berperingkat dan dalam perubahan tersebut, kesan sampingan yang boleh membuatkan ibu hamil merasa tidak selesa ialah angin.

Kesan sampingan daripada peningkatan hormon progesteron dalam badan akan menyebabkan perut masuk angin. Ini bermakna perubahan fisiologi kehamilan sama sekali bukanlah punca perut masuk angin. Hormon tersebut bukan sahaja menyebabkan otot badan menjadi regang, malah mengakibatkan proses pencernaan badan menjadi perlahan. Ini akan mengakibatkan angin berkumpul dan dimanifestasikan sebagai perut masuk angin, mudah sendawa dan terkentut.

1. Minum air secukupnya

Minuman terbaik sepanjang tempoh kehamilan ialah air kosong. Lagi baik jika dapat elakkan daripada mengambil minuman bergula atau jus. Walaupun jus bagus untuk kesihatan, jika anda mempunyai penyakit radang usus (IBD), ia boleh menyebabkan simptom perut berangin menjadi bertambah teruk.

Jika anda ingin mengambil jus, pastikan ia mempunyai kandungan gula berangin (FODMAP) yang rendah. Perkara yang paling utama sekali ialah ibu hamil perlu minum mengikut saranan pakar.

Cara Mengatasi Kembung Perut Semasa Hamil
              Sumber: istockphoto

2. Pantau diet pemakanan dan eksperimen kesan punca perut berangin

Terlalu banyak jenis makanan yang boleh menyebabkan berlakunya kembung perut, namun apa yang anda boleh lakukan ialah dengan mengeksperimen makanan tersebut terhadap tindak balas badan anda bagi mengesan punca perkara tersebut berlaku. Dengan cara ini anda boleh mengelakkan daripada memakan makanan tersebut dan lihat sekiranya simptom ini akan berkurangan dan menjadi bertambah baik.

Kebanyakan ibu hamil mengalami perubahan pada simptom tersebut dan mereka berjaya mengesan makanan apa yang menjadi punca. Antara makanan yang sering dikaitkan dengan perut berangin adalah ayur brokoli, kubis, makanan bergandum dan juga kentang. Jika anda ingin membuat perubahan pada diet anda, rujuk kepada pakar pemakanan atau doktor terlebih dahulu. Takut nanti anak yang sedang membesar itu tidak mendapat nutrisi yang cukup pula.

3. Banyakkan makanan berserat

Terdapat sayur yang mengandungi banyak serat walaupun ianya boleh menyebabkan perut berangin. Pengambilan serat yang cukup boleh membantu mengatasi masalah sembelit. Namun, seperti poin nombor 2 tadi, anda boleh eksperimen dengan makanan yang tinggi serat terlebih dahulu dan lihat kesannya kepada diri anda.

Apabila anda mengambil makanan berserat yang cukup, ia akan menarik air ke dalam usus, melembutkan tinja dan membuatkan proses defekasi berlaku dengan mudah. Dengan ini, masalah sembelit boleh dikurangkan. Antara makanan yang tinggi dengan serat ialah buah-buahan segar, bubur, oat, sayur-sayuran dan nasi beras perang.

Cara Mengatasi Kembung Perut Semasa HamilSumber: Lifestyle Kompas

4. Amalkan suplemen serat

Bukan semua orang suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran, khas untuk golongan ini, anda dinasihatkan untuk mengambil suplemen yang mengandungi serat bagi mengelakkan berlakunya masalah sembelit. Namun pengambilan suplemen ini bukan sahaja boleh dibeli di pasaran sembarangan, anda harus merujuk doktor anda terlebih dahulu dan meminta preskripsi daripada yang lebih arif.

5. Banyakkan pergerakan walaupun anda sarat mengandung

Pergerakan semudah berjalan sekurang-kurangnya 30 minit sehari sudah cukup kerana bukan sahaja bagus untuk kesihatan anda secara umum, malah ia juga boleh membantu mengelakkan berlakunya sembelit. Proses penghadaman juga boleh dipercepatkan dengan hanya menurut saranan pakar untuk bersenam.

Anda boleh rujuk doktor anda terlebih dahulu jika anda ingin melakukan sebarang rejim senaman (ringkas atau kompleks). Mereka akan membuat pemeriksaan dan menentukan sama ada anda boleh melakukan aktiviti senaman berat. Anda tidak perlu ke gim semata-mata jika hendak mengatasi masalah perut berangin.

Kesimpulannya, simptom perut berangin lazim berlaku dalam kalangan ibu hamil. Uruskan dengan baik dan ketidakselesaan masalah ini akan dapat dikurangkan terutamanya bagi mereka yang sudah dalam trimester ke-3. Sekiranya anda ingin mencuba produk Minyak Herba Asmak dan Madu Halia Bentong boleh klik di sini.

 

Kredit:

Majalah Pama
Sirap Limau
Hello Doktor

 

Shopping cart close