7 Tips Membantu Anak Kecik Sukar Bernafas

Kasihan bila tengok anak kecil tercungap-cungap nafas, tak lalu makan dan muka pucat bila terkena serangan asma. Malah jika asma tak dirawat, ia boleh mengancam nyawa! Orang kata biasalah, budak-budak sebelum nak besar dia akan sakit dulu. Ada ketikanya demam, selesema atau batuk. Tapi bila dah sihat mak ayah mesti rasa lega, kan? Apa itu asma?

Sebelum berkongsi 7 Tips Mencegah Asma Pada Anak Kecil,  mari kami terangkan apakah maksud asma atau lelah. Ia merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan penghidapnya mengalami kesukaran untuk bernafas.

Ini disebabkan pesakit diserang asma dan keradangan yang membuatkan lapisan dinding udara bronkiol dalam paru-paru menjadi sempit. Apabila sukar bernafas, biasanya pesakit asma akan mengalami nafas yang berbunyi, tersekat di bahagian dada atau sukar bernafas. Mengikut kajian, asma tak boleh diubati tapi ia memerlukan sistem imun yang kuat bagi membantu mencegah asma. Akan tetapi penyakit asma ini akan hilang sendiri bila kanak-kanak menginjak ke usia dewasa tapi ada juga yang menghidap asma hingga ke tua.

Terdapat 7 tips utama anak anda terkena serangan asma. Pertama, jauhkan anak dari habuk. Bila nak kemas rumah, jangan letak anak berhampiran dengan tempat yang berhabuk kerana budak yang ada asma tak tahan dengan persekitaran yang berdebu. Selain iu juga sentiasa jaga persekitaran rumah, biar ia sentiasa bersih dan tidak berhabuk. Itu termasuk juga dengan permainan anak, bila dah lama tak main mesti berhabuk, kan? Jadi bersihkan dulu sebelum beri pada anak untuk bermain. Kedua adalah, keringkan anggota badan yang basah. Tips mencegah asma pada anak seterusnya adalah selepas mandi, ibu perlu lap segera tubuh badan anak supaya tubuhnya tak lembap dan basah.

Seterusnya, elak dari rasa sejuk. Selain itu, pakaikan anak dengan baju dan seluar panjang agar dia tak berasa sejuk ketika tidur waktu malam, terutamanya jika anda menggunakan penghawa dingin di dalam bilik.Keempat, jangan berlengah untuk berjumpa doktor. Sekiranya anda dapati anak sudah beberapa hari batuk dan selesama, jangan berlengah untuk dapatkan rawatan dari doktor bimbang dia tak boleh bernafas. Ini kerana demam asma tak sama seperti demam biasa kerana ia membabitkan lubang pernafasan yang sempit. Kelima, amalkan pemakanan sihat. Jika ibu tahu anak itu ada asma, janganlah bagi makan ais krim atau makanan dan buah-buahan sejuk. Sebaliknya berilah anak anda makan makanan yang lebih seimbang dan berkhasiat. Itu juga tips mencegah asma pada anak. Di samping itu, galakkan si kecil minum banyak air kosong setiap hari agar tubuhnya tak kering dan sihat sentiasa.

Keenam, ibu bapa perlu elakkan anak dari medekat dengan haiwan yang berbulu. Budak-budak kalau dah jumpa haiwan berbulu macam kucing mesti dia akan cium dan belai-belai bulu kucing itu. Sebenarnya ia tak bagus kerana bulu haiwan itu akan melekat pada tubuh mereka lantas menyebabkan asma bertambah teruk. Jadi, bila tengah kena asma elakkan anak bermain dengan haiwan berbulu ini. Ketujuh, jaga kebersihan tempat tidur. Sentiasa basuh tilam anak, cadar, bantal dan selimut. Bantal pun kalau boleh sidai sebentar di cuaca panas untuk hilangkan hama. Seterusnya tempat tidur anak akan sentiasa bersih dari habuk.

Jika anak anda mempunyai masalah sukar bernafas seperti di atas jom klik link di sini untuk dapatkan info lebih lanjut.

 

Kredit:

asianparent

4 Punca Utama Bayi Kerap Menangis Yang Perlu Ibu Bapa Ketahui

Masalah kembung perut adalah normal dan kerap berlaku pada bayi terutama berumur kurang dari enam bulan. Abdomen bayi kelihatan kembung walaupun sebenarnya normal kerana ruang dalam abdomen masih kecil berbanding saiz organ lain dalam abdomen. Berbeza dengan abdomen orang dewasa ia lebih matang dari bayi. Antara sebab bayi kembung perut adalah cara penyusuan yang tidak betul. Posisi menyusu secara condong dan saiz puting botol yang tidak sesuai (bagi bayi yang menggunakan botol untuk menyusu) menyebabkan banyak udara ditelan serta masalah kembung perut kepada bayi anda. Artikal ini membincangkan tentang 4 Punca Bayi Kerap Menangis yang perlu ibu bapa ketahui.

Selain itu, masalah ketidakhadaman usus yang sensitif kepada protein tertentu yang terdapat dalam susu dan bayi yang menangis terlalu lama turut menjadi punca kepada masalah kembung perut. Pelbagai cara digunakan bagi mengatasi masalah ini termasuklah menggunakan ubat atau tanpa menggunakan ubat. Perut kembung biasanya menjadi paling teruk apabila bayi berusia sekitar 6 hingga 8 minggu dan akan hilang dengan sendiri apabila usia antara 8 dan 14 minggu.

Terdapat beberapa tanda lain yang menyebabkan perut kembung berlaku. Hal ini yang perlu ibu bapa awasi adalah termasuklah:

  1. Episod menangis yang boleh dijangka: Bayi akan menangis pada waktu sama setiap hari, biasanya pada lewat tengah hari atau petang. Episod ini mungkin bertahan dari beberapa minit hingga tiga jam atau lebih pada hari tertentu.
  2. Tangisan yang keterlaluan: Tangisan kolik adalah keterlaluan, kedengaran kesusahan dan selalunya pada nada yang tinggi. Wajah si kecil mungkin berjuraian air mata, dan dia adalah sangat sukar untuk ditenangkan.
  3. Menangis tanpa sebab yang jelas: Menangis yang berkaitan dengan masalah perut kembung berlaku tanpa sebab yang jelas.
  4. Perubahan postur: Menggulung kaki, mengepal tangan dan otot perut yang tegang adalah biasa semasa episod kolik.

Selain itu, ibu juga boleh menggunakan kaedah urutan I Love You kepada anak anda. Jom sama-sama kita pelajari cara untuk membuat urutan I Love You ini. Pertama, baringkan bayi dengan permukaan rata dan bersih. Ambil sedikit minyak pastikan minyak berada di jari tangan. Yang kedua adalah, pandang bayi dan mulakan dengan urutan huruf ‘I’. Gunakan dua atau tiga jari dengan perut di bahagian kiri bayi di atas tulang rusuknya. Ikuti ke bawah ke sendi pinggul. Kemudian, buat urutan huruf ‘L’ terbalik dari kanan ke kiri perut bayi.
Keempat, buat urutan huruf ‘U’ terbalik dari kanan ke kiri perut. Akhir sekali, ulang beberapa kali urutan ini sehingga bayi anda berasa lega dan selesa.

Umumnya, masalah ini tidak berbahaya melainkan terdapat tanda penyakit lain. Walaupun perut bayi kelihatan kembung, ia sepatutnya lembut apabila disentuh. Jika ibu bapa berasa perut bayi sangat keras apabila disentuh, kemungkinan besar ia disebabkan oleh masalah usus lain dan perlulah dirujuk kepada doktor untuk rawatan lanjut.
Jika anak anda mengalami masalah sama seperti di atas, jom klik link disini untuk info lebih lanjut.

 

Kredit:

hellodoktor

6 Cara Bagi Penghidap Resdung Rawat Resdung Di Rumah

Siapa sangka yang kanak-kanak juga mengalami masalah resdung. Sebelum ini anak kerap bersin, selesema, gosok hidung atau mata. Rupanya itu tanda-tanda seseorang mengalami penyakit resdung ini atau dikenali sebagai allergic rhinitis  atau resdung. Ramai yang memandang mudah tentang penyakit ini walaupun ia boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya terutama kanak-kanak. Jika dibiar beralutan, ianya boleh membawa kepada penyakit sinusitis. Resdung juga banyak kaedah yang kita boleh amalkan untuk menghilangkan penyakit ini, antaranya rawat resdung di rumah.

Statistik menunjukkan resdung merupakan masalah kesihatan global. Kajian mendapati hampir 14% kanak-kanak sekolah menghidap asthma. Di kalangan penghidap asthma, hampir 80% daripada mereka turut menghidap resdung. Bayi atau kanak-kanak lebih mudah terkena alahan hidung memandangkan sistem imun mereka belum matang berbanding orang dewasa. Resdung biasa dipanggil sinusitis, meski sebetulnya terdapat perbezaan. Sinusitis adalah penyakit yang boleh menjangkiti semua orang pada segala umur. Punca utama dari kemunculan resdung yang paling umum ialah akibat jangkitan virus. Altefnatif mudah untuk semua orang boleh rawat resdung di rumah sahaja. Tidak banyak orang yang sedar mengalami resdung pada awalnya sebab memang tandanya pun hanya berupa masalah kecil.

Tahukah Anda dimana letak sinus? Sinus berada pada empat bahagian di dalam kerangka kepala manusia, iaitu di belakang dahi, di belakang mata, di kedua-dua sisi dari batang hidung, dan di belakang tulang pipi. Sinus bertugas mengawal suhu dan kelembapan udara yang masuk ke paru-paru dan membuka lubang pada hidung. Bila resdung belum terlalu parah, maka Anda boleh cuba kaedah rawatan resdung tradisional yang cukup berkesan untuk menangani penyakit ini. Namun bila resdung yang dialami sudah parah, maka disaranakan agar menjumpai dan berkeluh pada doktor pakar telinga, hidung, dan tekak (THT).

Berikut adalah cara merawat resdung di rumah :

  1. Tuam Muka Dengan Kain Lap

Panaskan air dan tunggu sebentar sehingga air sedikit suam. Kemudian, ambil kain lap dan perahkan kain tersebut. Selepas itu, perlahan-perlahan tuamkan muka anda dengan kain lap tersebut. Kaedah ini akan menyebabkan lendir di dalam saluran hidung cair dan mudah di keluarkan.

  1. Minum Banyak Air Mineral

Lendir pekat terjadi di sebabkan oleh zat dari minuman berperasa, sekaligus menyebabkan hidung mudah tersumbat. Oleh itu, minumlah air mineral dengan kuantiti yang banyak kerana ia boleh membantu untuk mendorong lendir supaya keluar melalui hidung.

  1. Hirup Wap Air Panas

Sama seperti cara pertama tadi. Panaskan dulu air sehingga mendidih. Kemudian, tuangkan air kedalam bekas/cawan. Letakkan bekas tersebut berdekatan dengan hidung sambil hidung anda menyedut wap air yang hangat itu. Latihan ini akan mencairkan lendir pekat yang tersumbat di hidung sekaligus memudahkan anda untuk menyingkirkan lendir tersebut.

  1. Amalkan Cuka Epal & Madu

Cuka epal dan madu mengandungi khasiatnya yang tersendiri. Campurkan 2 ke 3 sudu cuka epal, serta sesudu madu bersama dengan secawan air panas atau teh kosong panas. Cuba amalkan di dalam kehidupan seharian sekurang-kurangnya sehari sekali.

 

  1. Aloe Vera

Aloe Vera atau lebih di kenali sebagai lidah buaya oleh masyarakat Malaysia juga dapat membantu untuk menghilangkan resdung. Caranya adalah dengan menitiskan lendir atau gel Aloe Vera pada hidung. Untuk lebih efektif, amalkan meminum air rebusan Aloe Vera beberapa kali seminggu.

 

  1. Kunyit & Halia

Kunyit mempunyai sifat anti-radang secara semulajadi. Gabungan kunyit dan halia di dalam rebusan air atau teh dapat membantu anda untuk merawat resdung secara berkesan di rumah. Caranya mudah sahaja, hiris setengah inci kunyit dan halia. Kemudian, cincangkan bahan tersebut dan masukkan kedalam rebusan air panas atau teh bersukatan satu cawan.

Bersegeralah berjumpa dengan doktor jika mengalami resdung yang sangat kerap dan teruk. Takut jika di biarkan makin kelamaan makin teruk tahap resdung yang anda alami. Jika anda ingin mencari altefnatif lain, Asmak juga ada keluarkan produk resdung yang sesuai untuk peringkat awal kanak-kanak sehingga dewasa.

 

Kredit : Majalahpama 

: Herbatokaki 

6 Punca Utama Slip Disc Boleh Berlaku

‘Prolapse intervertebral disc (PID)’ atau lebih dikenali sebagai Slip Disc merupakan antara masalah utama dan kerap berlaku dalam kalangan pesakit yang mengalami masalah tulang belakang. Selalunya pesakit akan mengadu sakit belakang dan jika ia teruk pesakit akan mengadu kebas pada bahagian kaki. Malah kaki juga boleh menjadi lemah ataupun lumpuh jika keadaan slipped disc tersebut semakin teruk. Jom sama-sama kita bincangkan 6 Punca Utama Slip Disc di bawah.

Slipped disc adalah penyakit yang melibatkan masalah pada cakera intervertebral (Intervertebral disc). Dimana berlaku pengalihan Nucleus Pulposes dari lokasi normal yang terletak di tengah tengah disk. Perkara ini yang akan menyebabkan berlakunya himpitan pada saraf dikawasan tulang belakang. Cakera intervertebra terletak diantara tulang belakang. Ia berfungsi sebagai penyerap hentakan, menambah ketinggian dan menjadikan tulang belakang fleksibel. Ia dikelilingi oleh lapisan fiber yang dikenali sebagai ‘Annulus fibrosus’ dan di dalamnya mempunyai ‘Nucleus polpopsus’. Koyakkan pada Annulus fibrosus akan menyebabkan nucleus polposus terkeluar dan menghimpit saraf dikawasan tulang belakang.

Terdapat beberapa punca atau risiko yang dapat membawa kepada masalah ini. Antaranya adalah obesiti. Berat badan yang berlebihan akan memberikan tekanan yang tinggi pada cakera intervertebra tersebut. Tekanan tersebut yang menyebabkan cakera tersebut lebih senang untuk koyak dan cedera. Selain itu, otot yang lemah. Individu yang tidak mengamalkan gaya hidup aktif atau senaman untuk menguatkan otot mereka berisiko tinggi untuk slip disc. Hal ini demikian kerana otot yang lemah tidak dapat membantu menyokong tulang belakang mereka dengan kukuh.

Ketiga adalah umur. Hal ini kerana penyakit slip disc selalunya berlaku kepada golongan usia lanjut kerana bahagian luaran yang melindung disc akan semakin haus dan mengakibatkan disc lebih mudah bergerak daripada tempat asalnya.Keempat, kehidupan yang tidak aktif. Keadaan ini selalunya merujuk kepada golongan yang berkerja di pejabat kerana hanya duduk berpanjangan tanpa sebarang pergerakan. Tabiat duduk sahaja tanpa melakukan sebarang aktiviti regangan badan memberikan tekanan yang tinggi kepada tulang belakang bahagian bawah.

Kelima adalah mengangkat objek yang berat. Hal ini juga turut boleh menyumbang kepada berlakunya penyakit slip disc ini. Dengan mengangkat objek berat ianya menyebabkan tekanan yang tinggi kepada tulang belakang kita. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan disc bergerak keluar dari tempat asalnya sehingga mendatangkan sakit. Keenam, melakukan pergerakan dengan tiba-tiba. Hal ini kerana sesetengah pergerakan dan posisi badan yang dilakukan secara tiba-tiba atau dengan cara yang salah terutamanya pada usia yang tua akan membawa kepada masalah slip disc ini.

Masalah slip disc sememangnya memerlukan perhatian dan pemeriksaan awal untuk mengelakkan komplikasi yang teruk pada masa akan datang. Jika teruk slip disc yang anda alami segera berjumpa dengan pakar dan dapatkan nasihat daripada mereka. Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami slip disc juga dan ingin mencari alternatif lain yang mana anda boleh mencuba Fresh N Cool,anda boleh klik di sini.

 

Kredit:

thediagnosa

 

7 Manfaat Manjakani Untuk Para Wanita (Quercus infectoria)

Manjakani (Quercus infectoria) banyak ditemukan di daerah Mediterania, Asia, dan Timur Tengah. Bahagian yang dimanfaatkan dari tanaman ini adalah galls atau tonjolan di bahagian batang manjakani. Tonjolan tersebut berbentuk bulat sehingga sering dikira sebagai buah manjakani.

Secara tradisional, manjakani (Quercus infectoria) cukup sering digunakan untuk membersihkan serta mengatasi infeksi kulat dan bakteria di organ intim wanita. Manjakani juga dianggap dapat merapatkan vagina.

Manjakani (Quercus infectoria) mengandungi mineral seperti kalsium, fosfor, kalium, magnesium, zat besi, zinc, dan nikel. Selain itu, tanaman ini juga mengandung tanin dan antioksidan dari golongan polifenol dan flavonoid. Manjakani juga diketahui memiliki sifat antibakteri, antikulat dan antiradang. Memandangkan manjakani mempunyai beberapa komponen yang penting untuk kesihatan, ia sekaligus memberi khasiat kepada kesihatan kita. Berikut adalah 10 khasiat manjakani.

 

  1. Sebagai antibakteria

Manjakani mempunyai aktiviti antibakteria yang boleh membantu membasmi bakteria. Kajian telah mendapati bahawa ekstrak manjakani mempunyai kesan antibakteria terhadap pelbagai jenis bakteria termasuklah Streptococcus aureus, S. Sanguis, S. Mutan, Helicobacter pylori, Escherichia coli  dan Salmonella spp. Hal ini kerana manjakani mempunyai tannin dan gallic acid yang memainkan peranan penting bagi aktiviti antibakteria tersebut.

 

  1. Sebagai antikulat dan antiradang

Manjakani juga mempunyai aktiviti antikulat yang boleh membantu mencegah pembentukan kulat yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Kajian telah mendapati bahawa ekstrak manjakani mempunyai aktiviti antikulat terhadap Candida albicasn, C. krusei dan C. glabrata.

Ini menunjukkan potensi manjakani sebagai rawatan atau pencegahan kepada jangkitan kulat pada manusia. Selain itu, oleh kerana sifatnya yang antikulat ini, ia seringkali dijadikan bahan tambahan untuk membersih faraj wanita. Namun begitu, kajian klinikal terhadap manusia berkenaan tujuan tersebut masih lagi kurang. Kajian yang lebih mendalam masih diperlukan bagi membuktikan keberkesanannya.

Tambahan pula, manjakani juga berpotensi sebagai antiradang yang boleh membantu mencegah keradangan. Keradangan adalah sejenis tindakbalas badan terhadap kecederaan, jangkitan kuman atau benda asing di mana keradangan yang berpanjangan di dalam badan boleh menyebabkan penyakit seperti obesiti, diabetes, sakit jantung dan banyak lagi.

Terdapat pelbagai kajian yang telah menunjukkan bahawa ekstrak manjakani mempunyai aktiviti antiradang. Hal ini kerana manjakani mempunyai flavonoid dan tannin seperti gallic acid dan ellagic acid yang sememangnya terbukti mempunyai aktiviti antiradang.

 

  1. Sebagai antidiabetic

Di samping itu, manjakani juga mempunyai kesan antidiabetic. Terdapat kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak manjakani mempunyai kesan antidiabetik yang boleh membantu menurunkan paras gula dalam darah.

 

  1. Dapat menyembuhkan luka

Oleh kerana aktiviti antibakteria dan antioksidan yang ada pada manjakani, ia membuatkan manjakani juga bagus untuk proses penyembuhan luka. Kajian ke atas tikus makmal mendapati bahawa ekstrak manjakani boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka pada tikus yang mempunyai ulser atau luka yang disebabkan komplikasi diabetes (diabetic ulcer).

Di samping itu, kajian yang dilakukan terhadap pesakit diabetes yang mempunyai luka di kaki (diabetic foot ulcer) juga telah mendapati bahawa penggunaan larutan ekstrak manjakani untuk mencuci luka telah membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka tersebut.

 

  1. ‘Mengetatkan’ faraj wanita

Sejak dulu kala, manjakani telah digunakan secara tradisional untuk kesihatan wanita. Kajian yang dijalankan menggunakan gel yang mempunyai ekstrak manjakani telah mendapati bahawa gel tersebut boleh ‘mengetatkan’ faraj, meningkatkan cecair faraj sekaligus mengurangkan masalah kekeringan pada faraj wanita berbanding gel tanpa ekstrak manjakani.

Hal ini kerana manjakani mempunyai aktiviti antioksidan, antikulat, antibakteria dan antiradang yang boleh meningkatkan kesihatan wanita. Namun begitu, pemakanan manjakani perlulah mendapatkan nasihat daripada pakar kerana manjakani juga mempunyai kandungan logam berat yang boleh menyebabkan pelbagai kesan buruk sekiranya diambil secara berpanjangan terutamanya bagi ibu hamil atau berpantang.

 

  1. Bagus untuk kesihatan tulang

Di samping itu, manjakani juga bagus untuk kesihatan tulang. Kajian dalam tabung uji telah mendapati bahawa ekstrak manjakani mampu membantu pembentukan tulang sekaligus berpotensi untuk mencegah masalah osteoporosis (tulang rapuh).

 

  1. Untuk kesihatan mulut

Antara khasiat manjakani yang ramai tidak tahu adalah, ia bagus untuk kesihatan mulut. Terdapat satu kajian yang menggunakan ubat gigi yang mengandungi pelbagai herba termasuklah manjakani. Kajian itu telah mendapati bahawa ubat gigi tersebut boleh mengurangkan simptom sakit gusi(gingivitis) dan mengurangkan plak di dalam mulut.

Kajian itu juga mendapati bahawa penggunaan ubat gigi yang mengandungi manjakani dan herba-herba lain boleh mengurangkan bakteria anaerobik yang boleh menyebabkan jangkitan di dalam mulut.

 

  1. Dapat Mencegah Kanser

Manjakani juga berpotensi untuk mencegah kanser. Kajian tabung uji telah mendapati bahawa ekstrak manjakani mempunyai aktiviti antikanser terhadap sel kanser serviks dan kanser ovari. Hal ini kerana kehadiran antioksidan seperti tannin yang terdapat di dalam manjakani yang boleh membantu mencegah penyakit.

Oleh itu, ini menunjukkan manjakani juga berpotensi untuk mencegah kanser dalam wanita.

Secara umum, manjakani dapat diamalkan sebagai jamu dan teh atau suplemen herbal. Namun, anda tidak disarankan untuk mengambil manjakani jika menderita penyakit tertentu, sedang hamil, atau menyusu. Manjakani juga sebaiknya tidak diambil bersama ubat-ubatan karena berpotensi menimbulkan kesan interaksi obat.

Oleh karena itu, apabila ingin mengetahui lebih jauh manfaat manjakani atau memanfaatkan manjakani sebagai ubat herbal untuk mengatasi penyakit tertentu, Anda sebaiknya mendapatkan nasihat dengan dokter terlebih dahulu.

 

Sumber :

  1. alodokter
  2. root of science

 

 

 

 

 

 

 

Jom Ketahui 5 Cara Mengatasi Sakit Mata Secara Semulajadi

Sakit mata merupakan gejala yang lazim dirawat lebih-lebih lagi di peringkat klinik. Ia boleh dihidapi oleh pelbagai lapisan umur tanpa mengira jantina. Kebanyakan punca sakit mata boleh dirawat menggunakan ubat- ubatan dan tidak disebabkan oleh penyakit berbahaya yang boleh menyebabkan komplikasi seperti hilang penglihatan. Seperti mana yang kita semua sudah tahu, kondisi sakit mata adalah disebabkan oleh jangkitan mikroorganisme yakni virus, bakteria, kuman atau alergen. Jadi, jangkitan ini sudah tentu boleh berjangkit di antara satu individu ke individu yang lain. Ini kerana mikroorganisme tersebut boleh hidup, membiak dan merebak pada persekitaran tempat anda berada.

Ia boleh tersebar melalui sentuhan atau titisan akibat kontak rapat mahupun perbuatan seperti bersin atau batuk.Pun begitu, ramai yang mungkin masih lagi percaya bahawa hanya dengan melihat orang yang sakit mata, akan sebarkan jangkitan.Tidak, anda tidak akan mendapat jangkitan hanya dengan melihat kecuali berlakunya kontak rapat bersama penderita sakit mata. Terdapat 5 cara mengatasi sakit mata secara semulajadi yang boleh diamalkan di rumah. Antaranya ialah:

  1. Daun sirih

Daun sirih juga merupakan salah satu bahan semula jadi yang paling popular untuk manfaat kesihatannya dan merupakan salah satu cara untuk merawat sakit mata. Cara menggunakannya dengan menyediakan 3 helai daun sirih bersih kemudian direbus bersama air hingga mendidih. Selepas air sejuk, gunakan air tersebut dan sapu pada mata.

  1. Hirisan timun

Timun juga boleh menyembuhkan sakit mata dan kemerahan pada mata, kerana sifat anti-bakteria dalam timun menjadikannya sangat berkesan untuk merawat sakit mata seperti gatal-gatal dan kemerahan pada mata, selain itu sensasi kesegaran pada timun juga dapat melegakan kantung mata. Untuk cara menggunakannya agak mudah, hiris sebiji timun dan sapukan pada mata anda untuk beberapa lama.

  1. Mampatkan uncang teh

Kandungan antioksidan dalam teh, seperti teh hijau, teh hitam, atau teh chamomile, dipercayai dapat melegakan aduan mata, seperti mata bengkak, kering dan merah. Untuk menggunakannya, sejukkan dahulu uncang teh basah di dalam peti sejuk selama beberapa minit. Selepas sejuk, mampatkan uncang teh pada mata yang sakit selama kira-kira 20-30 minit dan lakukan sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

  1. Titisan air garam steril atau larutan garam

Garam mempunyai sifat antibakteria sehingga dapat melawan kuman penyebab jangkitan yang masuk ke dalam mata. Air garam juga bagus untuk membersihkan mata dan merawat mata kering. Larutan garam biasanya dijual di kedai dan boleh didapati di farmasi. Untuk menggunakan larutan garam sebagai cara semula jadi untuk merawat sakit mata, anda boleh meletakkan beberapa titis larutan garam pada mata yang sakit 3-4 kali sehari. Selepas itu, bersihkan mata dengan tisu dan elakkan daripada menggosok mata dengan tangan.

  1. Mampat suam

Mampat hangat juga boleh digunakan sebagai cara semula jadi untuk merawat sakit mata. Penggunaan kompres hangat boleh mengatasi kerengsaan mata, mata merah, dan mata kering. Selain itu, kompres hangat juga boleh merehatkan otot mata dan mengurangkan sakit mata. Cara menggunakan kompres suam pada mata ialah dengan merendam kain yang bersih dan lembut di dalam air suam, kemudian angkat kain tersebut dan perah airnya. Selepas itu, mampatkan mata yang sakit dengan kain suam ini selama 15–30 minit. Lakukan pemampatan ini sebanyak 2-3 kali sehari.

Namun, sekiranya sakit mata yang anda rasai agak teruk, tidak bertambah baik selepas 1-2 minggu, atau sebenarnya semakin teruk, anda harus segera berjumpa pakar mata supaya ubat sakit mata yang sesuai dapat diberikan.

Jika anda atau ahli keluarga mengalami masalah sakit sendi,sakit pinggang dan lenguh-lenguh, anda boleh cuba Fresh N Cool, klik link di sini.

Kredit:

1. doktoroncall

2. hellodoktor

3. disperkimta

4. alodokter

5 Punca Wanita Tidak Berkahwin Mengalami Kelewatan Datang Bulan

Pendarahan haid atau menstruasi ialah pendarahan daripada lapisan rahim. Masalah haid tak teratur sering merisaukan kerana kitaran haid menentukan tahap kesuburan dan kesihatan para golongan wanita. Mereka mula berasa resah apabila haid tidak datang sebulan. Darah haid yang sedikit dan tidak lancar boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Selalunya masalah lewat datang haid ini sering terjadi pada golongan remaja wanita seawal umur 20 tahun.  Lagi merisaukan bagi wanita yang belum berkahwin, boleh menyebabkan mereka berfikiran negative terhadap diri sendiri. Masalah lewat datang bulan ini sebenarnya sangat banyak terjadi, dan kebanyakkanya tidak tahu apa punca sebenar. Pengambilan makanan atau minuman yang tidak berkhasiat seperti minum bergas dan makanan berminyak juga boleh menjadi punca dalaman Wanita bermasalah, lebih-lebih lagi pengambilan minuman bergas. Artikel ini saya tulis bagi tujuan untuk menyebarkan lagi pada para-para Wanita di luar sana tentang punca lewat datang bulan, ini antara punca wanita mengalami kelewatan datang bulan, ketahuinya :

 

  1. Umur

Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja. Manakala, jika anda sedang menopaus, anda mungkin mengalami haid yang tidak teratur iaitu haid sedikit dan sebentar. Ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan hormon.

 

  1. Berat badan dan diet

Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda. Mempunyai berat badan yang sangat kurang boleh menyebabkan haid anda menjadi tidak teratur kerana hormon anda tidak berfungsi dengan normal. Di samping itu, kehilangan atau peningkatan berat badan yang melampau menjadi punca haid tidak teratur bagi remaja. Mengamalkan pola pemakanan yang sihat di samping melakukan senaman secara berkala akan dapat mengembalikan berat badan yang normal. Bagi mereka yang menghadapi isu anoreksia atau bulimia, pastikan anda merujuk doktor atau pakar pemakanan sebelum mengamalkan apa-apa diet.

 

  1. Tekanan emosi

Jika anda tertekan pada hari tertentu, badan mengubah hormon kitaran haid. Anda mungkin mengalami tempoh haid yang dilangkau atau darah haid yang sedikit. Apabila tekanan emosi sudah pulih, haid anda akan kembali kepada kitaran normal. Sebenarnya, perubahan gaya hidup yang drastik atau lambakan kerja berisiko membuatkan kalian stres, lantas mengganggu kitaran menstruasi. Hormon gonadotropin-releasing (GnRH) kurang dihasilkan apabila stres, bermaksud ia akan menjejaskan proses ovulasi dan menstruasi anda. Sekiranya anda fikir stres menjadi penyebab kitaran haid bercelaru, cubalah lakukan perkara yang boleh menenangkan atau mengubah gaya hidup harian.

 

  1. Gangguan pemakanan

Anoreksia nervosa dan bulimia adalah jenis gangguan pemakanan yang boleh menyebabkan haid yang tidak teratur. Masalah ini boleh menyebabkan berat badan kurang, yang boleh mengubah hormon yang mengawal kitaran haid anda.

 

  1. Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)

Sekiranya anda mengalami masalah darah haid keluar sedikit tapi lama, haid yang tidak teratur atau berhenti menstruasi, ia boleh disebabkan oleh PCOS. Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang. Perubahan hormon ini juga boleh:

  • Menjejaskan berat badan anda dan membawa kepada obesiti
  • Menyebabkan jerawat
  • Menyebabkan bulu-bulu di muka mula tumbuh
  • Membawa kepada ketidaksuburan atau mandul

PCOS boleh didiagnosa melalui penggunaan ultrasound yang boleh mengambarkan sista(cyst) yang terbentuk dalam ovari anda. Sekiranya anda mempunyai PCOS, doktor mungkin mencadangkan anda menurunkan berat badan dan mengambil pil kontraseptif untuk membantu haid anda kembali normal. Doktor juga akan mengesyorkan metformin (Glumetza, Riomet, Glucophage). Ubat ini biasanya diberikan untuk pesakit diabetes jenis 2. Ia membantu mengawal tahap insulin dan boleh membantu meningkatkan ovulasi, yang boleh mengawal kitaran haid anda.

Ini antara punca yang wanita perlu ambiltahu dan harus memandang serius jika haid anda tidak teratur. Asmak juga ada mengeluarkan satu produk khas untuk wanita yang mengalami masalah dalaman seperti haid tidak teratur, keputihan yang banyak, masalah susu ibu tidak banyak. Produk Madu Kurma Merah ini dapat membantu wanita yang mengalami masalah seperti ini. Dengan kandungan Madu yang semua orang tahu khasiat baik untuk kesihatan dan tambahan pula dalam Madu Kurma Merah ini juga mengandungi bahan kandungan seperti Goji Berry yang banyak khasiatnya untuk kesihatan kita. Jika masalah ini berlaku berbulan-bulan anda di sarankan untuk rujuk pada doktor pakar wanita untuk mengetahui masalah atau punca wanita mengalami kelewatan datang bulan yang dihadapi untuk lebih detail.

 

Kredit :

  1. Doktoroncall 
  2. Hellodoktor 

5 perkara penting mengenai kahak kanak-kanak & cara mengatasinya

Ibu bapa mana yang tak risau bila anak demam dan berkahak sehingga terdengar bunyi siulan dari suaranya bila bernafas. Ibu bapa haruslah mengambil tahu cara membuang kahak kanak-kanak yang betul supaya dapat mengembalikan semula keselesaan anak sepanjang hari. Kahak adalah sejenis lender yang dihasilkan dari dalam dada manusia. Biasanya badan tidak menghasilkan kahak yang banyak melainkan sewaktu selesema atau mengalami masalah kesihatan yang lain.

Kahak ini juga sebenarnya ada pelbagai warna dan juga maksud tersendiri. Mungkin ramai yang tidak tahu, ini adalah 5 jenis kahak kanak-kanak. Pertama, kahak warna hijau dan kuning. Kahak ini bermaksud tubuh sedang melawan jangkitan. Ia berasal dari sel darah putih dan biasanya disebabkan oleh penyakit seperti Bronkitis : Bermula dengan batuk kering dan kemudianya keluar kahak berwarna putih. Dari masa ke semasa ia akan mengeluarkan kahak berwarna kuning atau hijau. Pneumonia : Komplikasi bagi masalah pernafasan yang lain. Anda mungkin mengeluarkan kahak yang berwarna kuning, hijau atau kadangkala berdarah. Sinusitis : Virus, alahan atau bakteria. Jika disebabkan oleh bakteria, anda akan mengalami gejala seperti batuk berkahak berwarna kuning atau hijau, hidung tersumbat, titisan ‘postnasal’ dan tekanan dalam rongga sinus. Cystic Fibrosis : Penyakit paru-paru kronik di mana lender terbentuk di dalamnya. Penyakit ini sering menjangkiti kanak-kanak dan orang dewasa.

Kedua, kahak warna coklat. Pneumoconiosis : Menyedut debu seperti arang batu, asbestos dan silicosis. Debu tersebut boleh menyebabkan penyakit paru-paru. Nanah dalam paru-paru : Rongga paru-paru penuh dengan nanah. Ia biasanya dikelilingi oleh tisu yang dijangkiti kuman. Gejala lain seperti batuk, berpeluh pada waktu malam dan hilang selera makan. Ketiga, kahak warna putih. Kahak ini berlaku disebabkan oleh, Viral bronchitis, GERD (gastroesophageal reflux disease) yang mempengaruhi system pencernaan, kegagalan jantung kongestif: Ini berlaku apabila jantung tidak mengepam darah ke seluruh badan dengan efektif.

Keempat pula adalah, kahak warna hitam. Sputum hitam juga disebut ‘melanoptisis’. Kahak hitam bermaksud anda telah menyedut sejumlah besar debu hitam seperti habuk arang batu. Ia juga mungkin disebabkan oleh jangkitan kulat. Merokok, pneumoconiosis. Terakhir adalah, kahak warna jernih. Badan menghasilkan lender dan kahak yang jernih setiap hari. Kebanyakkannya terdiri dari air, protein, antibody dan beberapa garam terlarut untuk membantu mengekalkan kelembapan sistem pernafasan anda.

Tambahan pula, ini adalah cara menghilangkan kahak kanak-kanak yang anda boleh amalkan. Antara caranya ialah :

  • Melembapkan udara di sekitar dapat membantu untuk mencairkan kahak dan rawatan stim boleh mencairkan kahak. Selain dari stim, anda juga boleh menggunakan ‘humidifier’ atau pelembap udara yang selamat digunakan sepanjang hari.
  • Minum air secukupnya, terutama air suam.
  • Ambil bahan yang membantu memulihkan system pernafasan seperti limau, halia dan bawang putih, beri, delima, teh jambu, ginseng, enchinacea, zat besar dan akar licorice.
  • Berkumur dengan air garam yang dapat mencairkan kahak sekaligus membunuh kuman serta melegakan sakit tekak.
  • Makan ubat seperti Dekongestan, Sementara kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke atas boleh ambil Expectorant untuk mencairkan kahak. Apa apapun dapatkan nasihat doctor terlebih dahulu.
  • Lain-lain ialah, anda juga boleh mengamalkan sapuan Minyak Herba Asmak yang mengandungi gamat gold, minyak zaitun, minyak kelapa dara & habbatusauda yang mana Minyak Herba Asmak membantu melegakan batuk selesema, batuk berkahak.

Ibu bapa haruslah memainkan peranan yang sangat penting agar kesihatan anak-anak terjaga. Amalkan cara menghilang batuk berkahak ini sebaik mungkin, jika tidak berjaya dan ingin mencari altefnatif lain, ibu bapa boleh iktiar dengan Minyak Herba Asmak. Hanya dengan kekerapan sapuan dan amalkan cara guna yang betul, insyaAllah anak-anak anda bebas dari selesema dan batuk berkahak.

 

Kredit

asianparent

 

 

 

Ketahui Info Lengkap & Keberkesanan Essential Oil Untuk Audience

Apa itu essential oil ? Minyak pati atau essential oil adalah sebatian yang diekstrak dari tumbuh-tumbuhan. Essential oil memberi aroma dan rasa tumbuhan tersebut, atau lebih dikenali sebagai “esen”. Sebatian aromatik yang unik memberikan setiap essential oil ciri khasnya tersendiri. Essential oil diperoleh melalui proses penyulingan (melalui wap atau air) atau kaedah mekanikal, seperti cold press. Setelah bahan kimia aromatik diekstrak, ia digabungkan dengan minyak pembawa untuk menghasilkan produk yang siap digunakan. Minyak pembawa digunakan untuk mencairkan essential oil supaya dapat digunakan ke permukaan kulit anda. Ini kerana essential oil kuat dan boleh menyebabkan kerengsaan apabila disapu terus ke kulit anda.

Sebilangan besar minyak pembawa tidak wangi atau sedikit wangi dan tidak mengganggu sifat terapeutik minyak pati. Mereka boleh digunakan sendiri atau dengan minyak lain untuk memberi kesegaran kepada kulit anda. Cara pembuatan minyak adalah penting, kerana essential oil yang diperoleh melalui proses kimia tidak dianggap sebagai essential oil yang sebenar. Essential oil paling sering digunakan dalam amalan aromaterapi, di mana ia dihidu melalui pelbagai kaedah. Awas, essential oil tidak boleh ditelan.

Bahan kimia dalam essential oil dapat berinteraksi dengan badan anda dengan beberapa cara. Apabila dioleskan pada kulit, bahan kimia daripada tumbuhan diserap oleh kulit anda. Menghidu aroma dari essential oil dapat meransang bahagian sistem limbik anda, yang merupakan bahagian otak anda yang berperanan dalam emosi, tingkah laku, deria bau, dan ingatan jangka panjang Menariknya, sistem limbik banyak terlibat dalam membentuk kenangan. Ini dapat menjelaskan mengapa bau-bauan kebiasaannya dapat mencetuskan kenangan atau emosi.

Sistem limbik juga berperanan dalam mengendalikan beberapa fungsi fisiologi separa sedar, seperti pernafasan, degupan jantung, dan tekanan darah. Sebilangan orang turut mendakwa bahawa essential oil boleh memberi kesan fizikal pada tubuh anda. Walau bagaimanapun, ini masih belum dapat disahkan dalam kajian. Terdapat lebih daripada 90 jenis essential oil, masing-masing mempunyai keunikan bau tersendiri serta potensi kesihatan. Berikut adalah senarai 10 minyak pati popular dan tuntutan kesihatan yang berkaitan dengannya:

 

  • Peppermint: digunakan untuk meningkatkan tenaga dan membantu pencernaan
  • Lavender: digunakan untuk menghilangkan tekanan
  • Sandalwood : digunakan untuk menenangkan saraf dan membantu fokus
  • Bergamot : digunakan untuk mengurangkan tekanan dan memperbaiki keadaan kulit seperti ekzema
  • Rose: digunakan untuk memperbaiki mood dan mengurangkan kegelisahan
  • Chamomile: digunakan untuk meningkatkan mood dan relaksi
  • Ylang-Ylang: digunakan untuk merawat sakit kepala, mual, dan keadaan kulit
  • Tea Tree : digunakan untuk melawan jangkitan dan meningkatkan imuniti
  • Jasmine : digunakan untuk mengatasi kemurungan, libido
  • Lemon : digunakan untuk membantu pencernaan, mood, sakit kepala, dan banyak lagi

 

Banyak syarikat mendakwa bahawa minyak mereka “tulen”. Walau bagaimanapun, istilah-istilah ini tidak ditakrifkan secara universal dan oleh itu mempunyai sedikit keraguan. Memandangkan ia adalah produk industri yang tidak terkawal, kualiti dan kandungan minyak pati memberi perbezaan yang besar. Ikuti petua berikut untuk memilih essential oil berkualiti tinggi:

Keaslian: Cari minyak yang hanya mengandungi sebatian tumbuhan aromatik, tanpa bahan tambahan atau minyak sintetik. Minyak asli biasanya menyenaraikan nama botani tumbuhan (seperti Lavandula officinalis) daripada istilah seperti “minyak pati lavender.”

Kualiti: Essential Oil sebenarnya adalah minyak yang paling sedikit diubah oleh proses pengekstrakan. Pilih essential oil bebas bahan kimia yang telah diekstrak melalui penyulingan atau cold press mekanikal.

Reputasi: Beli jenama yang mempunyai reputasibaik dan menghasilkan produk berkualiti tinggi.Klik disini untuk mendapatkan essential oil by Asmak.

Kredit : healthline

Ketahui 5 Manfaat Pengambilan Suplemen Vitamin C

Apabila anda berasa selsema datang, pernahkah anda mendapatkan suplemen vitamin C untuk mengelakkan selsema dan batuk?

Anda tidak keseorangan. Tahukah anda tentang manfaat pengambilan vitamin C?

Mengambil suplemen vitamin C adalah perkara biasa. Menurut kajian, di Amerika Syarikat,  kira-kira 35 peratus orang dewasa mengambil multivitamin yang mengandungi vitamin C dan 12 peratus mengambil suplemen vitamin C yang berasingan, menurut Institut Kesihatan Nasional (NIH).

“Vitamin C ialah nutrien penting, yang bermaksud bahawa kita perlu mendapatkannya daripada makanan atau makanan tambahan untuk memenuhi keperluan kita,” kata Tamar Samuels, RDN, pengasas bersama Culina Health yang berpangkalan di New York City.

Kebanyakan suplemen vitamin C mengandungi vitamin C dalam bentuk asid askorbik, yang setanding dalam bioavailabiliti dengan vitamin C yang secara semula jadi berlaku dalam makanan, menurut NIH. “Vitamin C dan asid askorbik adalah perkara yang sama, dan istilah itu boleh digunakan secara sinonim,” kata Samuels.

NIH mengesyorkan agar orang dewasa mendapat 75 miligram (mg) vitamin C setiap hari untuk wanita dan 90 mg setiap hari untuk lelaki; perokok perlu mendapat tambahan 35 mg setiap hari, dan wanita hamil dan menyusukan bayi perlu mendapat 85 mg dan 120 mg, masing-masing.

 

Menurut Mayo Clinic, kebanyakan orang memperoleh cukup vitamin C melalui diet sahaja – ia boleh didapati dalam buah sitrus, lada, tomato dan beri, antara buah-buahan dan sayur-sayuran lain. Satu oren sederhana, sebagai contoh, mempunyai 70 mg vitamin C.

Tetapi untuk dos vitamin C yang lebih tinggi, anda boleh mempertimbangkan suplemen. “Kebanyakan suplemen vitamin C bermula dengan 100 hingga 500 mg setiap kapsul, yang pastinya lebih tinggi daripada kandungan vitamin C yang terdapat dalam makanan kaya vitamin C,” kata Samuels. (Perhatikan bahawa menurut NIH, anda mungkin berisiko mengambil terlalu banyak vitamin C jika pengambilan gabungan anda daripada makanan dan suplemen melebihi 2,000 mg sehari.)

Jadi apakah potensi manfaat tahap vitamin C yang lebih tinggi? Di sini, terokai lima faedah suplemen vitamin C yang disokong oleh penyelidikan.

Dapatkan nasihat doktor anda tentang semua suplemen yang anda ambil atau merancang untuk mengambil, kerana ia boleh menimbulkan risiko kesihatan yang tidak diingini untuk kumpulan tertentu atau berinteraksi dengan ubat lain yang anda ambil. Khususnya, suplemen vitamin C mungkin berbahaya bagi orang yang mengambil statin dan jenis ubat kanser tertentu.

  1. Suplemen Vitamin C Boleh Membantu Mengurangkan Simptom Penyakit

Tidak mungkin vitamin C dapat melindungi anda daripada diserang selsema, tetapi menambahnya boleh membantu mengurangkan panjang dan keterukan penyakit anda, menurut ulasan yang diterbitkan dalam The Cochrane Database of Systematic Reviews. Daripada kajian yang diteliti oleh penyelidik, kesemuanya melibatkan penambahan lebih daripada 0.2 gram (g) vitamin C setiap hari, ada yang mendapati bahawa vitamin C mengurangkan tempoh selesema. Walaupun keputusannya agak berbeza-beza, dengan sesetengahnya tidak menunjukkan faedah, para penyelidik menyimpulkan bahawa suplemen dengan vitamin C mungkin masih berbaloi kerana ia selamat dan murah.

Suplemen vitamin C juga boleh membantu anda pulih daripada penyakit yang lebih serius. Menurut meta-analisis yang diterbitkan pada April 2019 dalam Nutrient, suplemen vitamin C mengurangkan tempoh penginapan unit rawatan rapi sebanyak kira-kira 8 peratus dan memendekkan tempoh pengudaraan mekanikal untuk pesakit sebanyak 18.2 peratus. Untuk kajian, dos vitamin C 1 hingga 3 g digunakan.

  1. Suplemen Vitamin C Merawat Skurvi

Ia mungkin tidak mengejutkan bahawa skurvi – penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C – biasanya dirawat dengan suplemen vitamin C. Menurut penyelidikan, cadangan adalah untuk mengambil 1 hingga 2 g vitamin C untuk dua atau tiga hari pertama rawatan, 500 mg sehari untuk minggu berikutnya, kemudian 100 mg sehari sehingga tiga bulan selepas itu.

“Majoriti orang yang dirawat untuk skurvi mengalami peningkatan gejala dalam masa 48 jam dan pulih sepenuhnya dalam masa 14 hari,” kata Kelly Springer, RD, pemilik Kelly’s Choice yang berpangkalan di Skaneateles, New York.

  1. Suplemen Vitamin C Melindungi Pelbagai Aspek Jantung

Vitamin C membantu jantung dalam beberapa cara. Untuk satu, ia mungkin membantu dengan pengurusan tekanan darah. Menurut meta-analisis yang diterbitkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition, suplemen vitamin C (dos median ialah 500 mg) membantu penghidap tekanan darah tinggi mengurangkan tekanan darah sistolik mereka sebanyak 4.85 milimeter merkuri (mm Hg) dan darah diastolik mereka. tekanan sebanyak 1.67 mm Hg.

Penyelidikan lain yang diterbitkan dalam Journal of the American Heart Association mendapati bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi dikaitkan dengan risiko strok yang lebih rendah, paling ketara di kalangan mereka yang mengambil antara 200 dan 550 mg vitamin C sehari

Akhir sekali, walaupun tidak ada penyelidikan yang mencukupi untuk mengatakan bahawa suplemen vitamin C boleh mencegah penyakit kardiovaskular atau kekurangan vitamin boleh menyebabkan anda berisiko tinggi untuk mati akibatnya. Menurut ulasan yang diterbitkan pada Ogos 2016 dalam Jurnal Antarabangsa Sains Molekul, kekurangan vitamin C meningkatkan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular, mungkin kerana vitamin C boleh meningkatkan fungsi saluran darah dan profil lipid. Walau bagaimanapun, kesusasteraan semasa memberikan sedikit sokongan untuk penggunaan meluas suplemen vitamin C untuk mengurangkan risiko kardiovaskular atau kematian pada masa ini.

  1. Ia Boleh Mengurangkan Risiko Gout

Gout, bentuk arthritis radang yang menyakitkan, disebabkan oleh terlalu banyak asid urik dalam badan, menurut Pusat Pencegahan Penyakit dan Kawalan. Makan diet yang sihat dengan pengambilan alkohol yang terhad boleh mengurangkan risiko gout — dan suplemen vitamin C juga boleh membantu.

“Sesetengah kajian mendapati bahawa vitamin C boleh mengurangkan tahap asid urik secara sederhana pada orang yang menghidap gout,” kata Samuels. Menurut meta-analisis yang diterbitkan Penjagaan & Penyelidikan Arthritis, suplemen vitamin C (dos median ialah 500 mg) menurunkan asid urik serum sebanyak 0.35 miligram setiap desiliter (mg/dL). Tahap asid urik normal ialah 1.5 hingga 6 mg/dL pada wanita dan 2.5 hingga 7 mg/dL pada lelaki, menurut ulasan yang diterbitkan dalam Frontiers in Bioscience.

  1. Vitamin C Boleh Menjadikan Rawatan Kanser Lebih Berkesan

Pada ketika ini, adalah salah untuk mengatakan vitamin C boleh mencegah atau menyembuhkan kanser, tetapi ia mungkin merupakan tambahan yang bermanfaat kepada rawatan kanser. Meta-analisis yang diterbitkan dalam Jurnal Kanser Eropah, misalnya, mendapati bahawa penghidap kanser payudara yang ditambah dengan vitamin C mempunyai risiko kematian yang berkurangan.

Menurut kajian kecil yang diterbitkan pada Mac 2017 dalam Cancer Cell, mengambil dos vitamin C yang tinggi selama dua bulan semasa rawatan kanser melemahkan sel-sel kanser dan menjadikan radiasi dan kemoterapi lebih berkesan.

Walau bagaimanapun, perlu diperhatikan bahawa kebanyakan penyelidikan ini melibatkan pengambilan vitamin C secara intravena dan bukannya secara lisan, kata Samuels. Sesiapa yang menjalani rawatan kanser harus berunding dengan pembekal penjagaan kesihatan mereka sebelum mengambil vitamin C atau mana-mana suplemen lain kerana risiko potensi interaksi dengan rawatan kanser mereka.

Sumber : Everydayhealth 

Shopping cart close