5 jenis sakit kepala yang anda perlu ketahui

Tahukah anda, ada di antara kita yang mengalami sakit kepala sehingga menjejaskan tahap kesihatan seperti muntah teruk dan tidak dapat mengimbangi badan? Mengikut kajian, setiap individu akan mengalami sakit kepala sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup, tidak kiralah sama ada biasa atau teruk. Ramai yang menganggapnya sebagai sakit biasa kerana serangannya dalam tempoh yang singkat sahaja. Ada juga beranggapan sakit kepala terjadi di kalangan mereka yang mempunyai masalah migraine. Tidak mengira usia dan jantina, sakit kepala boleh terjadi kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa sehingga boleh menjejaskan aktiviti seharian. Terdapat 5 jenis sakit kepala yang mungkin anda semua tidak tahu.

Meskipun kebanyakan penyebabnya tidak membahayakan nyawa namun rasa sakit berpanjangan itu boleh menyebabkan rasa tidak selesa selain mengganggu aktiviti seharian. Sebenarnya terdapat pelbagai sebab dan 5 jenis kepada sakit kepala berpanjangan seperti perubahan hormon atau masalah kesihatan lain yang serius sama ada sedar atau pun sebaliknya. Antara jenis sakit kepala yang anda perlu ketahui ialah

 

  1. Migrain

 

Migrain bukan sekadar sakit kepala biasa, ianya lebih daripada itu ia adalah koleksi simptom saraf yang boleh melemahkan. Semasa serangan migrain, seseorang itu akan mengalami sakit berdenyut-denyut yang sederhana hingga yang amat sangat pada sebelah bahagian kepala, namun satu pertiga serangan melibatkan keseluruhan bahagian kepala. Semasa serangan tersebut, ada juga yang mengalami gangguan penglihatan, loya, muntah-muntah, pening, kepekaan melampau terhadap bunyi, sentuhan, dan rasa, dan juga rasa sesemut atau kebas yang melampau pada bahagian muka. Migrain biasanya berlangsung selama 4 hingga 72 jam. Sebelum mendapat serangan migrain, terdapat isyarat seperti kemunculan cahaya yang pelik, bau busuk, atau pemikiran bercelaru.

Migrain selalunya berlaku dalam kalangan mereka yang mempunyai sejarah keluarga, dan tiga kali lebih kerap dalam kalangan wanita daripada lelaki, namun ia boleh dikawal dengan ubat-ubatan tertentu dan perubahan gaya hidup.

 

  1. Sakit kepala tekanan

 

Sakit kepala yang berpunca daripada tekanan merupakan sakit kepala yang paling biasa. Sakit kepala tekanan melibatkan kesakitan yang sederhana hingga yang amat sangat yang merangkumi keseluruhan bahagian kepala sebagai kesakitan yang menyeluruh atau ketegangan pada bahagian dagu atau leher. Sesetengah orang mengalami kesakitan seperti kepala dihimpit atau ditekan dengan begitu kuat. Kesakitan mungkin akan meningkat secara perlahan dan akhirnya menjadi sangat teruk. Sakit kepala tekanan ini dikatakan berpunca daripada pelbagai sebab termasuklah otot yang tegang pada bahagian bahu, leher, kulit kepala dan dagu, dan juga sering berpunca daripada tekanan, kemurungan dan keresahan. Sakit kepala tekanan boleh menjadi kronik kepada segelintir orang dan mungkin dialami selama 15 hari atau lebih dalam sebulan, dan berterusan sekurang-kurangnya sehingga tiga bulan. Agak sukar untuk membezakan antara sakit kepala tekanan dan migrain, namun mereka yang mempunyai sakit kepala tekanan tidak mengalami loya, muntah-muntah, atau kepekaan kepada cahaya, bunyi atau bau, yang biasanya dialami pesakit migrain.

  1. Sakit kepala sinus

 

Walaupun ianya bukan sesuatu yang biasa, sakit kepala sinus menyebabkan kesakitan yang lemah dan berdenyut di seluruh bahagian muka dan di bahagian hadapan kepala di mana sinus itu berada. Simptom-simptom biasa termasuklah hidung tersumbat, hidung berair, tekanan ke atas muka dan dahi. Kesakitan selalunya meningkat pada waktu pagi dan menjadi lebih teruk dengan pergerakan kepala dan apabila menunduk atau baring. Orang selalu keliru dengan sakit kepala sinus, migrain atau tekanan. Sakit kepala sinus yang sebenar selalunya terjadi disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus sinus, yang mengeluarkan hingus yang pekat, hilang deria bau, kesakitan atau tekanan pada muka serta demam. Sakit kepala ini akan hilang apabila jangkitan sinus sembuh atau jangkitan bakteria dirawat sewajarnya.

 

  1. Sakit kepala kluster

 

Sakit kepala kluster merupakan sakit kepala yang berulang-ulang, maksudnya, sakit kepala berlaku dalam serangan berkumpulan atau kluster, biasanya pada sebelah bahagian kepala. Ia menyebabkan kesakitan yang berasa seperti ledakan kepanasan pada sebelah bahagian kepala dan mungkin mempunyai simptom seperti mata merah dan hidung tersumbat pada belah yang sama dengan sakit kepala tersebut. Tidak seperti migrain, sakit kepala kluster ini selalunya terjadi berulang pada waktu yang sama setiap hari atau setiap musim. Ia juga boleh jadi kesakitan yang amat sangat tanpa dijangka, tanpa sebarang tanda dan berlangsung pada satu jangkamasa selama seminggu sehingga setahun, (kerana itulah namanya kluster) dan kemudian hilang pada satu jangkamasa yang tertentu. Sepanjang serangan sakit kepala kluster, pesakit sering kelihatan tidak menentu disebabkan kesakitan yang teruk. Sakit kepala kluster sering berlaku dalam kalangan kaum lelaki berbanding perempuan, perokok, dan mempunyai sejarah keluarga yang mengalami sakit tersebut. Selain itu, alkohol merupakan punca sakit kepala yang teruk semasa “jangkamasa kluster.”

 

  1. Sakit kepala berpunca dari ubat-ubatan

 

Seperti namanya, jenis sakit kepala ini berpunca daripada terlalu banyak pengambilan ubat-ubatan dan juga dikenali sebagai sakit kepala berulang. Sakit kepala kronik setiap hari boleh disebabkan oleh ubat-ubat tahan sakit dan ubat-ubat preskripsi. Lewah guna ubat-ubatan dijelaskan sebagai mengambil ubat sakit kepala dengan kerap sekurang-kurangnya 10 hari dalam sebulan selama tiga bulan atau lebih lama dan mungkin bergantung kepada ubat-ubat tertentu. Meskipun ubat-ubatan ini diambil, sakit kepala mula dirasai atau menjadi semakin teruk. Orang yang mengalami sakit kepala jenis ini selalunya masuk dalam kitaran kejam di mana pengambilan ubat sama yang sepatutnya merawat sakit kepala sebaliknya memburukkan lagi keadaan sakit kepala disebabkan lebihan pengambilan ubat tersebut. Sakit kepala lewah guna ubat-ubatan biasanya hilang atau kembali kepada keadaan asal dalam masa beberapa bulan setelah pengambilan ubat-ubatan itu dihentikan.

 

Sakit kepala juga satu penyakit yang harus kita memandang serius, jika kerapkan sangat sakit kepala mungkin ada masalah yang lebih serius. Jika anda ingin mencari solusi lain, Syarikat MHAM sdn bhd ada mengeluarkan satu produk iaitu Refreshing Aromatherapy yang membantu mengurangkan sakit kepala. Jika semakin teruk, sebaiknya anda rujuk doktor untuk mengetahui masalah yang sebenarnya.

 

Kredit : myhealthmylife

4 Tanda-Tanda dan Gejala Kudis Buta Yang Perlu Anda Ketahui

Apa itu kudis buta?

Kudis buta atau scabies ialah penyakit kulit gatal yang disebabkan oleh kutu tungau iaitu Sarcoptes scabiei. Ia merupakan salah satu penyakit kulit yang paling biasa berlaku kepada individu di semua peringkat umur . Kudis buta dianggarkan telah menjangkiti sekitar 200 juta orang pada peringkat global. Artikel pada kali ini akan membincangkan tentang punca, simptom dan rawatan penyakit ini dengan lebih terperinci.

Tahukah anda?

Kutu tungau ini membiak di permukaan kulit dan kemudian masuk ke dalam kulit untuk bertelur melalui laluan atau terowong seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Telur tungau akan menjadi dewasa dalam 1-2 minggu.Pesakit akan mengalami reaksi alergi seperti ruam merah dan gatal disebabkan oleh protein serta najis yang dikeluarkan oleh kutu ini.

Kudis buta merupakan penyakit kulit berjangkit. Ia merebak dengan cepat melalui kontak fizikal rapat terutamanya dengan pesakit yang mungkin berada dalam keluarga, di sekolah, rumah jagaan atau penjara. Selain itu, kutu tungau ini juga boleh di dapati di perabot, cadar tilam serta pakaian.

Apakah tanda-tanda dan gejala kudis buta?

Kudis buta biasanya berkait dengan :

  1. Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas.
  2. tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
  3. Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.
  4. Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu).

Nota: Kegatalan adalah disebabkan oleh reaksi alahan kepada kutu.

Simptom-simptom jika anda mengalami kudis buta

Pada awal pendedahan terhadap kudis buta, ia mungkin akan mengambil masa sehingga 6 minggu untuk simptom-simptom jangkitan ini muncul. Walau bagaimanapun, bagi individu yang pernah dijangkiti kudis buta sebelum ini, simptom-simptom biasanya akan muncul dengan lebih cepat.

Simptom-simptom bagi kudis ini termasuklah ruam dan kegatalan melampau yang akan menjadi lebih teruk pada waktu malam. Menggaru secara berterusan pada kawasan yang dijangkiti akan menyebabkan jangkitan luka. Sekiranya ini berlaku, rawatan tambahan dengan antibiotik untuk jangkitan kulit akan digunakan. Antara kawasan yang biasanya dijangkiti dengan kudis buta dalam kalangan kanak-kanak dan individu dewasa ialah:

  • Pergelangan tangan
  • Siku
  • Ketiak
  • Pinggang
  • Punggung
  • Kawasan di celah-celah jari

Ruam yang berlaku akan mempunyai bintik-bintik kecil atau ketulan di bawah kulit seperti ketulan jerawat.

Bagaimana ianya merebak?

Kudis buta senang merebak dari seorang ke seorang yang lain melalui sentuhan kulit ke kulit atau menyentuh pakaian atau cadar yang dijangkiti (jarang).

Akhir sekali, apa yang paling penting, sentiasa mengamalkan kebersihan diri untuk mengelakkan sebarang jangkitan penyakit berjangkit.

Jika anda ada masalah kudis buta seperti di atas, sila klik link di sini.

 

 

Kredit:

Hello doktor

Root of science

Myhealth. Gov

5 Faktor Sakit Leher Yang Perlu Anda Ketahui

Sakit leher merupakan antara masalah yang kerap berlaku dalam kalangan masyarakat.  Sakit tengkuk adalah perasaan sakit yang dialami pada mana-mana bahagian leher dan juga boleh melibatkan bahagian bahu, kepala dan muka.

Kebiasaanya ia disebabkan oleh kecederaan yang berlaku pada struktur leher itu sendiri. Antaranya berpunca daripada otot, tendon, fascia, bursa, capsul, ligaments, disc, saraf dan dura. Dimana struktur ini yang memberi sokongan dan juga kefunsian pada bahagian leher. Ini adalah 5 faktor sakit leher yang perlu kita ketahui.

 

1.Kecederaan dan kemalangan

Kebanyakan kesakitan tengkuk disebabkan oleh aktiviti-aktiviti yang membuatkan leher terseliuh. Posisi duduk yang tidak betul, melukis di siling, atau tidur dengan leher yang terpusing adalah beberapa penyebab yang boleh mengakibatkan sakit leher. Aktiviti-aktiviti seperti ini boleh menyebabkan ketegangan leher, atau kekejangan otot leher.

2.Whisplash

Whisplash adalah kecederaan yang biasa berlaku semasa kemalangan. Ini biasanya dipanggil hyperextensi atau kecederaan hyperfleksi kerana kepala dipaksa bergerak ke belakang atau ke hadapan dengan pantas melampaui gerakan normal leher. Pergerakan yang tidak normal ini mempengaruhi otot dan ligamen di leher. Otot bertindak balas dengan mengetat dan mengecut. Ini menyebabkan keletihan otot yang membawa kepada rasa sakit dan kekejangan.

3.Umur yang meningkat

Gangguan degeneratif seperti osteoartritis, stenosis tulang belakang, dan penyakit cakera degeneratif boleh mempengaruhi tulang belakang.

Osteoarthritis adalah gangguan sendi menyebabkan kemerosotan tulang rawan secara progresif. Tubuh bertindak balas dengan membentuk tulang baru yang disebut ‘osteophytes’ (taji tulang) yang mempengaruhi pergerakan sendi.

Stenosis tulang belakang menyebabkan foramen, laluan neural kecil, menjadi semakin sempit yang mungkin boleh memampatkan dan memerangkap akar-akar saraf. Stenosis boleh menyebabkan sakit leher, bahu, dan lengan dan rasa kebas apabila saraf ini tidak boleh berfungsi dengan normal.

Penyakit degenerative disc disease (DDD) boleh menyebabkan cakera intervertebral menjadi kurang terhidrat, menyebabkan cakera menjadi kurang keanjalan dan ketinggian . Dari masa ke masa, cakera boleh membesar atau menembusi menyebabkan kesakitan bahagian anggota tangan, kesemutan, dan kebas.

4.Kehidupan seharian:

Postur yang lemah, obesiti, dan otot abdomen yang lemah mengganggu keseimbangan tulang belakang yang sering menyebabkan leher membengkok ke hadapan untuk mengimbangi semula. Tekanan dan ketegangan emosional boleh menyebabkan otot mengecut menyebabkan rasa sakit dan kejang.

5.Penyakit lain:

Walaupun sakit leher biasanya disebabkan oleh ketegangan, kesakitan yang berpanjangan atau defisit neurologi mungkin merupakan petanda kepada sesuatu yang lebih serius. Gejala-gejala ini tidak boleh diabaikan. Jangkitan tulang belakang, tekanan yang berat terhadap tulang belakang, tumor, patah tulang, dan gangguan lain boleh berlaku. Jika kecederaan kepala berlaku, kemungkinan besar leher juga boleh terjejas, jadi, adalah penting untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Selain itu, dari segi fisioterapi pula, setiap rawatan akan dimulakan dengan pemeriksaan rapi bagi mengenal pasti punca masalah yang berlaku. Antara rawatan yang akan dijalankan di fisioterapi adalah seperti di bawah: { 5 Faktor penyebab sakit leher yang perlu anda ketahui}

  • Hot / Cold pack.
  • Deep Tissue Release.
  • Senaman regangan.
  • Senaman kuatkan otot.
  • Pembetulan Postur.
  • Soft Tissue Manipulation.
  • Myofascia Release.
  • Joint Mobilization.
  • Mobilization With Movement

 

Akhir sekali, sekiranya anda mengalami masalah seperti di atas sila klik link di sini.

 

Kredit:

ifixphysiotheraphy

doctor on call

myhealth

 

4 Tanda Kencing Manis dan Simptomnya.

Diabetes iaitu penyakit jangka panjang terjadi disebabkan badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi atau tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkannya dengan betul. Insulin ialah hormon yang mengawal gula dalam darah dengan membenarkan gula memasuki sel anda, seterusnya menurunkan paras gula dalam darah. Artikel kali ini, memberi pendedahan mengenai tanda kencing manis dan simptomnya supaya anda dapat mengambil pencegahan awal.

Masalah kencing manis terbahagi kepada dua kategori berdasarkan puncanya iaitu diabetes mellitus jenis satu dan dua. Bagi jenis satu, masalah ini terjadi apabila hormon insulin yang bertanggungjawab dalam mencerna kandungan gula gagal untuk dihasilkan. Organ yang bertindak dalam menghasilkan insulin ialah pankreas. Antara faktor yang menyumbang kepada diabetes mellitus tahap satu ialah kerosakan atau trauma pada organ pancreas, antibodi dalam badan menyerang sel pankreas (autoimmune), pengambilan alcohol, merokok, jangkitan kuman ataupun keradangan pada pankreas

Manakala diabetes mellitus jenis dua ini merujuk kepada masalah di mana sel badan sendiri tidak dapat bertindak balas terhadap hormon insulin (insulin resistance). Hal ini akhirnya menyebabkan gula tidak dapat dicerna kepada bentuk asas dan kandungannya kekal tinggi dalam badan. Ini boleh terjadi kerana pengambilan makanan yang kurang berkhasiat(autoimmune), kurang bersenam serta masalah obesiti.

Tanda kencing manis pula boleh dilihat pada peringkat awal dan tanda akhir dimana simptom yang lebih kronik berlaku apabila sakit ini tidak dikawal. Antara tanda-tanda awal yang dialami pesakit adalah seperti berikut:

 

1- Cepat berasa lapar

Walaupun kandungan gula dalam badan pesakit kencing manis tinggi, namun gula tersebut tidak boleh untuk digunakan untuk menghasilkan tenaga kerana ketiadaan hormon insulin bagi menukarkan gula tersebut ke bentuk tenaga. Keadaan kurang tenaga ini menyebabkan pesakit mudah berasa lapar.

 

Cepat merasa haus dan kerap membuang air kecil

Selain mudah berasa lapar, pesakit diabetes pada peringkat awal juga kerap berasa haus. Hal ini kerana, kandungan gula dalam darah adalah tinggi. Badan pula akan bertindak untuk mengurangkan kepekatan gula melalui air kencing. Hal ini akan mengakibatkan kehilangan banyak air dalam badan dan secara tindak langsung pesakit akan mula berasa haus.

 

Penurunan berat badan

Penurunan berat badan mungkin menjadi perkara yang sering diidamkan oleh ramai orang, namun percayakah anda bahawa ia merupakan antara simptom kencing manis pada peringkat awal. Hal ini terjadi kerana insulin yang sepatutnya bertanggungjawab dalam mencerna gula untuk digunakan oleh sel badan berkurangan ataupun tidak dihasilkan. Akibatnya, badan akan membakar lemak atau otot sebagai gantian sumber tenaga.

Kerap mengalami jangkitan kulit

Pesakit kencing manis juga kebiasaannya sering mengalami masalah imuniti yang rendah. Imuniti ini bermaksud tahap kekebalan sel dalam badan seseorang melawan penyakit. Imuniti yang rendah menyebabkan pesakit mudah untuk dijangkiti kuman.

Pencegahan awal, kawalan dan cara mengatasi kencing manis ini perlu untuk dilakukan sebelum masalah ini bertambah teruk dan mengakibatkan banyak komplikasi terhadap organ. Oleh itu, semua orang terutamanya pesakit kencing manis dinasihati untuk berhenti jika pesakit adalah seorang perokok. Pesakit juga perlu sentiasa memeriksa kandungan gula dalam badan secara berkala. Bacaan kencing manis terlalu tinggi boleh menjadi isu kecemasan bagi para pengamal perubatan. Mereka juga perlu mengurangkan ataupun menghentikan pengambilan minuman alkohol. Amalkan diet yang seimbang terutamanya mengurangkan makanan yang mengandungi gula yang tinggi. Antara makanan ideal untuk pesakit kencing manis adalah seperti makanan yang kurang bergula, rendah tahap kalori serta bijirin. Anda juga boleh mula menghentikan pengambilan gula putih dan bertukar kepada Stevia.  Bagi pesakit yang mengalami obesiti pula, golongan ini digalakkan untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya setengah jam sehari selama lima hari dalam seminggu.

 

Kredit :

myhealthmylife

doctoroncall

 

4 Penyebab Imunitasi Lemah & Cara Mengatasi

Antara sebab kenapa sebilangan orang mudah sakit berkemungkinan mereka mempunyai kemampuan berkurang untuk melawan bakteria, virus dan benda asing lain yang boleh menyebabkan penyakit. Keupayaan tubuh untuk melawan penyakit berjangkit adalah fungsi sistem imun atau sistem imun. Sekiranya sistem kekebalan tubuh lemah, tubuh tidak dapat mempertahankan diri dari pelbagai ancaman kesihatan. {INTRO}

Antara 4 penyebab imunitasi lemah yang ramai tidak tahu dan ramai yang tidak ambil berat ialah:

 1. Kekurangan Pengambilan Nutrisi

Penyebab pertama sistem imun yang lemah adalah kekurangan nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Pelbagai makanan seimbang seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan sumber biji-bijian yang dapat menyokong sistem kekebalan tubuh dengan menyediakan tubuh dengan vitamin, mineral, fitokimia dan antioksidan penting.

 

Bunga vitamin C, ginseng dan Echinacea adalah nutrien yang dapat digunakan untuk meningkatkan system ketahan badan. Vitamin C boleh didapati dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Jika sistem ketahanan badan lemah anda boleh menambah makanan tambahan untuk memenuhi pengambilan vitamin C. Anda juga harus mengelakkan makan makanan berlemak terutamanya lemak tak jenuh ganda yang cenderung menekan system imun.

2. Stress

Penyebab sistem imun lemah berikutnya adalah stres. Sakit kepala, rasa sakit di dada, rasa gelisah, dan perasaan tegang secara keseluruhan merupakan gejala stres. Hampir semua orang mungkin pernah merasakan stress.

Berbagai gejala yang dirasakan saat stress tersebut dapat menyebabkan sistem kekebalan tubuh harus bekerja lebih keras untuk mempertahankan tubuh dari ancaman kesehatan.

3. Kurang Bergerak

Selain itu, kurang bergerak juga atau kurang bersukan ialah salah satu punca imun kita lemah. Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bersukan dapat membantu fungsi neutrofil, iaitu jenis sel darah putih yang membunuh mikroorganisme yang tidak diinginkan dan kadang dapat membahayakan kesihatan kita.

4. Kurang Tidur

Gaya hidup yang tidak sihat adalah penyebab system imun yang lemah, salah satunya adalah kurang tidur. Anda mungkin tidak menyedari bahawa semasa anda tidur, sel-sel dalam darah anda yang melawan jangkitan berfungsi melindungi tubuh anda.

Kurang tidur boleh menyebabkan tubuh tidak berfungsi dengan berkesan dalam melawan jangkitan atau kuman.

 

Mungkin ramai yang tidak mengambil serius tentang perkara ini dan menganggap 4 penyebab imunitasi lemah ini perkara yang biasa. Tubuh badan yang sihat sangat penting untuk kehidupan harian kita, tubuh yang sihat sangat diperlukan untuk kita bekerja. Jika di biarkan imunitasi kita lemah ia akan menganggu harian kita dan juga emosi kita.

Antara cara yang boleh kita amalkan untuk mengatasi masalah imunitasi lemah ini ialah :

 

1.Makan sayar dan buah-buahan

Untuk menjaga dan meningkatkan daya tahan tubuh, anda disarankan untuk meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Penyelidikan menunjukkan bawawa orang yang makan banyak dari segi dua jenis makanan ini cenderung untuk jatuh sakit.

Ini kerana vitamin dan mineral yang terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan mampu menguatkan system imun terhadap virus dan bakteria yang menyebabkan penyakit.

Elakkan merokok dan minuman alkohol

Pendedahan berlebihan terhadap asap rokok dan alcohol juga boleh merosokkan system imun. Perokok mempunyai risiko tinggi terkena jangkitan paru-paru seperti bronchitis dan radang paru-paru. Bagi perkokok yang juga alkoholik risiko terkena jangkitan paru-paru akan menjadi lebih besar.

2. Elakkan Stress

Tekanan yang tidak terkawal dapat meningkatkan pengeluaran hormon kortisol. Dalam jangka masa yang panjang, peningkatan hormone kortisal dapat mengakibatkan penurunan fungsi imun. Oleh itu, anda perlu menguruskan tekanan dengan betul untuk mengelakkan penurunan fungsi imun.

Selain itu, kurang tidur juga dapat mengurangkan dayang tahan tubuh. Penting untuk mendapatkan tidur yang cukup mengikut usia. Secara amnya, orang dewasa memerlukan sekitar 7-8 jam tidur, dan remaja memerlukan sekitar 9-10 jam tidur.

3. Bersenam dengan kerap

Anda disarankan melakukan senaman secara teratur selama 30 minit setiap hari untuk meningkatkan sistem imun anda untuk melawan jangkitan. Salah satu sukan yang murah dan senang dilakukan adalah berjalan kaki.

Amalkan cara mengatasi masalah imunitasi lemah ini agar tubuh kita sentiasa sihat dan bersemangat untuk melakukan aktiviti harian kita. Tubuh sangat penting untuk pergerakkan harian. Jika anda mengalami masalah imunitasi lemah yang kerap dan sedang mencari solusi yang baik. Kami menawarkan pada anda untuk mencuba inisiatif lain seperti mengamalkan pengambilan madu untuk memberi tenaga kepada tubuh anda. Boleh dapatkan Madu keluaran Asmak, Klik disini

 

Kredit : hot.liputan6.com

 

6 Jenis Warna Kahak Kanak-Kanak & Petua Menghilangkannya

Ibu bapa mana yang tak risau bila anak demam dan berkahak sehingga terdengar bunyi siulan dari suaranya bila bernafas. Ibu bapa haruslah mengambil tahu cara membuang kahak kanak-kanak yang betul supaya dapat mengembalikan semula keselesaan anak sepanjang hari. Kahak adalah sejenis lender yang dihasilkan dari dalam dada manusia. Biasanya badan tidak menghasilkan kahak yang banyak melainkan sewaktu selesema atau mengalami masalah kesihatan yang lain. Kahak ini juga sebenarnya ada pelbagai warna dan juga maksud tersendiri. Terdapat banyak jenis warna kahak kanak-kanak yang ramai tidak ketahui lebih mendalam setiap jenis kahak tersebut.

Mungkin ramai yang tak tahu, ini adalah 6 jenis warna kahak kanak-kanak. Setiap jenis warna kahak-kahak ada maksud yang berlainan

  1. Kahak warna hijau dan kuning

Kahak ini bermaksud tubuh sedang melawan jangkitan. Ia berasal dari sel darah putih dan biasanya disebabkan oleh penyakit seperti ;

  • Bronkitis : Bermula dengan batuk kering dan kemudianya keluar kahak berwarna putih. Dari masa ke semasa ia akan mengeluarkan kahak berwarna kuning atau hijau.
  • Pneumonia : Komplikasi bagi masalah pernafasan yang lain. Anda mungkin mengeluarkan kahak yang berwarna kuning, hijau atau kadangkala berdarah.
  • Sinusitis : Virus, alahan atau bakteria. Jika disebabkan oleh bakteria, anda akan mengalami gejala seperti batuk berkahak berwarna kuning atau hijau, hidung tersumbat, titisan ‘postnasal’ dan tekanan dalam rongga sinus.
  • Cystic Fibrosis : Penyakit paru-paru kronik di mana lender terbentuk di dalamnya. Penyakit ini sering menjangkiti kanak-kanak dan orang dewasa.
  1. Kahak warna coklat
  • Pneumoconiosis : Menyedut debu seperti arang batu, asbestos dan silicosis. Debu tersebut boleh menyebabkan penyakit paru-paru.
  • Nanah dalam paru-paru : Rongga paru-paru penuh dengan nanah. Ia biasanya dikelilingi oleh tisu yang dijangkiti kuman. Gejala lain seperti batuk, berpeluh pada waktu malam dan hilang selera makan.
  1. Kahak warna putih
  • Viral bronchitis
  • GERD (gastroesophageal reflux disease) yang mempengaruhi system pencernaan
  • Kegagalan jantung kongestif: Ini berlaku apabila jantung tidak mengepam darah ke seluruh badan dengan efektif.
  1. Kahak warna hitam
  • Sputum hitam juga disebut ‘melanoptisis’. Kahak hitam bermaksud anda telah menyedut sejumlah besar debu hitam seperti habuk arang batu. Ia juga mungkin disebabkan oleh jangkitan kulat.
  • Merokok, pneumoconiosis
  1. Kahak merah dan pink
  • Pneumonia : Antara gejala jangkitan paru-paru ini adalah batuk berdarah (kahak berwarna merah)
  • Tuberkulosis : Jangkitan bakteria ini boleh merebak. Gejala utama termasuk batuk selama lebih dari tiga minggu, batuk berdarah dan keluarnya kahak berwarna merah, demam dan berpeluh pada waktu malam.
  • Kegagalan jantung kongestif (CHF)
  • Pumonary Embolisme : Ini berlaku apabila arteri pulmonari di dalam paru anda tersumbat.
  1. Kahak warna jernih

Badan menghasilkan lender dan kahak yang jernih setiap hari. Kebanyakkannya terdiri dari air, protein, antibody dan beberapa garam terlarut untuk membantu mengekalkan kelembapan sistem pernafasan anda.

Ada 6 jenis kahak kanak-kanak yang anda mungkin tidak mengetahuinya. Ini pula adalah cara menghilangkan kahak kanak-kanak yang anda boleh amalkan. Antara caranya ialah :

  • Melembapkan udara di sekitar dapat membantu untuk mencairkan kahak dan rawatan stim boleh mencairkan kahak. Selain dari stim, anda juga boleh menggunakan ‘humidifier’ atau pelembap udara yang selamat digunakan sepanjang hari.
  • Minum air secukupnya, terutama air suam.
  • Ambil bahan yang membantu memulihkan system pernafasan seperti limau, halia dan bawang putih, beri, delima, teh jambu, ginseng, enchinacea, zat besar dan akar licorice.
  • Berkumur dengan air garam yang dapat mencairkan kahak sekaligus membunuh kuman serta melegakan sakit tekak.
  • Makan ubat seperti Dekongestan, Sementara kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke atas boleh ambil Expectorant untuk mencairkan kahak. Apa apapun dapatkan nasihat doctor terlebih dahulu.
  • Lain-lain ialah, anda juga boleh mengamalkan sapuan Minyak Herba Asmak yang mengandungi gamat gold, minyak zaitun, minyak kelapa dara & habbatusauda yang mana Minyak Herba Asmak membantu melegakan batuk selesema, batuk berkahak.

Ibu bapa haruslah memainkan peranan yang sangat penting agar kesihatan anak-anak terjaga. Amalkan cara menghilang batuk berkahak ini sebaik mungkin, jika tidak berjaya dan ingin mencari altefnatif lain, ibu bapa boleh iktiar dengan Produk Asmak iaitu Minyak Herba Asmak. Hanya dengan kekerapan sapuan dan amalkan cara guna yang betul, insyaAllah anak-anak anda bebas dari selesema dan batuk berkahak.

 

Kredit: my.theasianparent

7 Jenis Makanan Bantu Selesaikan Masalah Rambut Gugur

Rambut gugur adalah perkara biasa yang dialami terutamanya wanita disebabkan tekanan, rawatan rambut yang tidak sesuai dan gangguan hormon. Selain penggunaan produk-produk rawatan rambut, sebenarnya ada satu perkara yang sering dipandang ringan iaitu pemakanan seimbang. Ia penting dalam membantu memperbaiki kerosakan rambut secara dalaman. Berikut adalah tujuh jenis makanan yang memiliki nutrisi yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut sihat.

Ini antara 7 jenis makanan bantu selesaikan masalah rambut gugur.

1. Bayam

Bayam kaya dengan zat besi, vitamin A, folat, omega-3, magnesium, kalium dan kalsium yang menjaga rambut agar tetap kuat dan sihat. Kandungan vitamin A dalam bayam cukup tinggi dan vitamin ini membantu kelenjar menghasilkan sebum iaitu minyak semula jadi yang mampu melembapkan kulit kepala.

 

2. Biji Bunga Matahari

Ia kaya dengan vitamin B5 yang membantu melancarkan aliran darah pada kulit kepala dan mendorong pertumbuhan rambut. Vitamin B5 bersifat asid pantotenat yang merupakan nutrisi penting dalam mencegah keguguran rambut.

3. Buah Bit

Buah bit diketahui mengandungi nitrat yang meningkatkan saliran darah dalam tubuh manusia. Ini dapat memberikan folikel rambut kita oksigen dan nutrisi.

 

4. Oat

Oat mengandungi beta-glukan yang merupakan jenis serat yang mudah larut. Keguguran rambut juga dikaitkan dengan gangguan hormon namun kandungan serat gandum dapat membantu memperbaikinya.

 

5. Daging ayam

Asid arakidonat adalah salah satu faktor utama untuk merangsang pertumbuhan rambut agar menjadi tebal dan cantik. Daging ayam adalah sumber utama asid ini.

 

6. Cili merah

Cili merah mungkin pedas tapi ia juga kaya dengan vitamin C yang dapat meningkatkan pertumbuhan rambut.

 

7. Makanan laut

Makanan laut seperti kerang atau udang bermanfaat untuk merangsang pertumbuhan rambut. Ia kaya dengan vitamin B, zat besi, iron dan vitamin D.

 

Punca keguguran rambut

1. Umur

Proses penuaan semula jadi adalah salah satu penyebab utama keguguran rambut yang mempengaruhi lelaki dan wanita. Lama kelamaan, pertumbuhan rambut menjadi perlahan dan folikel rambut akhirnya berhenti tumbuh sama sekali. Kedua-dua perkara ini secara bersama menyebabkan rambut di kepala menjadi tipis dan surut. Pada usia 35 tahun, dua pertiga lelaki Amerika akan mengalami keguguran rambut. Di kalangan wanita menopaus, kira-kira dua pertiga mengalami penipisan rambut atau bintik botak.

2. Alopecia areata

Alopecia adalah penyakit kulit autoimun di mana sistem ketahanan badan menyerang folikel rambut. Kerana folikel rambut menahan rambut di tempatnya, ketika mereka terganggu, rambut rontok. Penyakit autoimun ini boleh menyerang rambut di seluruh kulit kepala, wajah, dan badan, dan dalam beberapa kes, boleh menyebabkan rambut gugur total. Dianggarkan sebanyak 6.8 juta orang di A.S. dipengaruhi oleh alopecia areata, yang mempengaruhi orang dari semua peringkat umur, jantina, dan kumpulan etnik.

 

 

3. Anagen effluvium

Anagen effluvium adalah keguguran rambut yang tidak normal dan cepat semasa fasa pertama kitaran pertumbuhan rambut. Rambut gugur jenis ini berlaku kerana rawatan perubatan atau terdedah kepada bahan kimia toksik. Rawatan barah sering menyebabkan anagen effluvium, tetapi rambut biasanya tumbuh semula setelah pendedahan ubat berakhir. Anagen effluvium adalah sama mungkin berlaku kepada wanita dan lelaki yang terdedah kepada ubat atau toksin yang menyebabkan keguguran rambut.

4. Alopecia androgenetik

Androgenetik alopecia juga disebut kebotakan wanita atau lelaki. Ini adalah jenis keguguran rambut yang biasa menyebabkan rambut gugur dengan corak yang jelas, selalunya bermula di atas pelipis. Lelaki sering mengalami penipisan rambut di mahkota kepalanya, serta garis rambut yang merosot, walaupun beberapa lelaki akhirnya akan menjadi botak sepenuhnya. Wanita sering melihat rambut gugur sebagai penipisan bahagian mereka dan biasanya tidak kehilangan rambut dari garis rambut depan mereka.

Androgenetik alopecia adalah jenis keguguran rambut yang sering berlaku 50 juta lelaki dan 30 juta wanita di Amerika Syarikat. Risiko mendapat alopecia androgenetik meningkat seiring bertambahnya usia, tetapi bagi sesetengah orang, keguguran rambut mereka akan bermula seawal usia remaja. Walaupun penyebab sebenar alopecia androgenetik tidak diketahui, faktor genetik dan persekitaran boleh menyumbang.

 

 

5. Ketidakseimbangan hormon

Perubahan hormon boleh menyebabkan keguguran rambut bagi lelaki dan wanita. Sistem tiroid yang kurang aktif yang menghasilkan kurang hormon tiroid boleh menyebabkan pertumbuhan rambut berhenti sehingga tahap hormon kembali normal. Sebilangan wanita yang mengalami menopaus akan mengalami keguguran rambut ketika tahap progesteron dan estradiol mereka turun, yang memperlambat pertumbuhan rambut. Sindrom ovarium polikistik keadaan perubatan (PCOS) juga dikaitkan dengan keguguran rambut kerana menurunkan hormon yang bertanggungjawab untuk pertumbuhan rambut. Wanita berusia lebih dari 60 tahun mempunyai lebih daripada satu 60% kemungkinan mengalami keguguran rambut hormon.

Banyak wanita mengalami banyak keguguran rambut setelah mereka melahirkan, biasanya disebabkan oleh penurunan kadar estrogen setelah melahirkan. Shedding biasanya memuncak pada empat bulan selepas bersalin dan kebanyakan wanita memperoleh semula kepenuhan rambut normal mereka selama satu tahun.

 

Rawatan keguguran rambut yang tepat untuk anda bergantung pada apa yang menyebabkan keguguran rambut anda. Cara terbaik untuk memilih rancangan rawatan yang baik adalah dengan berbincang dengan doktor anda mengenai masalah keguguran rambut anda. Doktor atau pakar dermatologi dapat membantu menentukan apa yang menyebabkan keguguran rambut anda dan mengesyorkan rancangan rawatan berdasarkan sejarah dan gejala perubatan anda.

 

Anda mengalami masalah keguguran rambut dan ingin dapatkan solusi bagi masalah yang dialami? Klik sini.

 

Sumber:

CovidOgrafia
MStar

Waspada dan Ambil Tahu Info Tentang Beguk

Apakah itu beguk? Pernahkah anda melihat kejadian pesakit dengan pembengkakan pada pipi atau rahang sehingga merasa perit ketika menelan air liur? Keadaan ini mungkin disebabkan oleh penyakit beguk. Mumps atau beguk merupakan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Paramyxovirus dan ia boleh menyebabkan pembengkakan dan rasa sakit pada kelenjar air liur (parotid) yang terletak berhampiran dengan telinga. Virus ini mudah berjangkit dan merebak melaluicecair daripada mulut, hidung dan tekak. Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.

Amalan berkongsi peralatan makanan seperti sudu dan cawan serta barangan peribadi boleh meningkatkan lagi risiko untuk mendapat jangkitan ini. Selain itu, kekurangan penjagaan kebersihan yang baik seperti tidak mencuci tangan dengan betul juga dapat meningkatkan penyebaran virus Paramyxovirus ini. Selain daripada menyerang kelenjar parotid, virus ini juga boleh menjangkiti organ lain dalam badan manusia seperti hati, pankreas, testis, ovari, sendi, buah pinggang serta lapisan meninges otak. Setiap organ yang dijangkiti akan menghasilkan simptom yang berbeza.

Tanda/ Gejala Beguk

Tanda dan gejala jangkitan beguk biasanya dapat dikesan 12-25 hari selepas pesakit dijangkiti. Terdapat juga sesetengah pesakit yang tidak menunjukkan simptom pada peringkat awal jangkitan. Antara gejala yang mungkin dialami adalah seperti bengkak dan rasa sakit pada satu atau kedua-dua belah pipi, demam. sakit kepala, sakit otot, keletihan atau hilang selera makan.

Dalam keadaan tertentu, sesetengah pesakit lelaki yang dijangkiti mungkin akan mengalami bengkak dan sakit pada bahagian kelamin. Pesakit yang mengalami gejala penyakit ini dinasihati untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut agar rawatan yang sesuai dapat diberikan.

Gejala-gejala ini biasanya akan hilang dalam masa 10–12 hari. Namun, pesakit masih boleh terdedah kepada risiko untuk mendapat komplikasi jika jangkitan virus tersebut merebak ke bahagian yang lain.  Antara komplikasi beguk yang mungkin berlaku adalah seperti meningitis (keradangan pada lapisan selaput yang membaluti otak dan saraf tunjang), orkitis (keradangan pada testis), pankreatitis (keradangan pada pankreas) dan hilang pendengaran.

Cara Rawatan

Tiada ubat yang khusus untuk beguk tetapi simptom-simptom boleh dilegakan dengan mengambil paracetamol untuk mengurangkan bagi mengurangkan suhu badan atau sebagai ubat tahan sakit sekiranya pesakit mempunyai gejala terbabit. Banyakkan minum air masak tetapi elakkan jus-jus yang berasid kerana ianya boleh meningkatkan pengeluaran air liur. Petua meletakkan ais pada kelenjar parotid atau testis untuk melegakan kesakitan juga boleh dilakukan.

Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ia tidak boleh lagi berjangkit (iaitu sehingga sembilan hari selepas pembengkakan kelenjar saliva) atau sehingga bengkak tersebut hilang. Makanan yang lembut boleh diberikan kepada pesakit untuk mengelakkan kesukaran mengunyah dan yang paling utama, pesakit perlu mendapatkan rehat yang secukupnya.

Pencegahan

Vaksinasi merupakan kaedah yang berkesan untuk mencegah beguk. Vaksin MMR iaitu Measles (campak), Mumps (beguk) dan Rubela adalah vaksin kombinasi yang diberi dalam satu suntikan. Ibu bapa tidak perlu bimbang dengan vaksinasi kerana ia biasanya tidak memberi kesan sampingan yang serius. Kebanyakan kanak-kanak yang menerima suntikan vaksin ini tidak mengalami sebarang masalah. Sebilangan kecil sahaja mungkin mengalami demam atau sakit pada tempat suntikan.

Kesimpulannya, penyakit beguk tidak boleh dipandang remeh meskipun jangkitan ini boleh sembuh selepas satu tempoh masa tertentu. Pesakit dinasihati untuk mendapatkan nasihat daripada doktor agar rawatan yang sesuai dapat diberikan. Vaksinasi merupakan salah satu langkah pencegahan daripada penyakit berjangkit ini. Pengambilan vaksin merupakan tanggungjawab semua individu, khususnya kepada golongan ibu bapa dan penjaga. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Ingin cuba ikhtiar Minyak Herba Asmak untuk penyakit beguk? Klik sini.

Kredit:
Know Your Medicine
Doctor On Call
My Health 

Khasiat Halba untuk Kesihatan

Halba adalah antara rempah ratus yang sering digunakan dalam masakan. Ianya berasal dari Timur Tengah dan digunakan secara meluas oleh masyarakat India. Halba juga sinonim dengan masyarakat Melayu. Antara juadah tradisi kaum Melayu yang mengandungi halba adalah nasi dagang yang berasal dari negeri Terengganu. Di Indonesia, selain menjadi rempah dalam masakan, ianya turut menjadi salah satu ramuan dalam jamu. Halba turut digunakan dalam kandungan sabun dan syampoo disebabkan oleh khasiat halba untuk kesihatan telah diketahui sejak dahulu lagi.

Pohon Halba mempunyai daun berwarna hijau muda dan bunga putih yang kecil. Pohon Halba boleh mencapai ketinggian sehingga 90 sentimeter. Biji Halba berwarna kuning coklat, mempunyai rasa yang pedas dan bersifat aromatik. Biji rempahnya pula mempunyai rasa yang agak pahit mirip dengan rasa gula yang tebakar. Biji Halba ini sering digunakan untuk menghasilkan ubat-ubatan. Disamping saiznya yang kecil, ia kaya dengan pelbagai manfaat untuk kesihatan manusia. Berikut merupakan antara khasiat Halba untuk kesihatan.

 

Menggalakkan pengeluaran susu

Pakar perubatan Ayurveda tradisional India sering menekankan kebaikan halba kepada ibu-ibu yang menyusu. Terdapat kajian dalam Journal of Alternative and Complementary Medicine, New York, yang berjaya menyimpulkan bahawa dengan pengambilan teh halba untuk diet boleh membantu golongan ibu dalam meningkatkan pengeluaran susu. Ekstrak helba yang diproses menjadi kapsul dapat membantu meningkatkan jumlah susu yang dihasilkan oleh payudara.

Tambahan pula, kandungan magnesium dan vitamin di dalamnya juga membantu meningkatkan kualiti susu sekaligus menjaga kesihatan bayi. Dalam kajian yang dijalankan pada tahun 2014, 25 orang wanita yang baru melahirkan anak meminum tiga cawan teh halba setiap hari selama 2 minggu dan menyaksikan peningkatan dalam jumlah susu pada minggu pertama.

 

Mengurangkan ketidakselesaan haid

Halba dianggap sebagai bahan yang kuat yang memudahkan proses menstruasi dan melegakan simptom yang berlaku akibat daripada gangguan haid. Ia adalah emmenagog, yang bermakna ia boleh membuka haid yang terhalang dan memberikan kelegaan daripada gangguan haid.

Para penyelidik berpendapat bahawa sebatian yang dipanggil alkaloid dalam rempah ini membantu menghalang reseptor deria yang membolehkan otak merasakan kesakitan. Malah, dalam satu kajian yang dijalankan pada tahun 2014, seramai 51 orang wanita yang mempunyai haid yang menyakitkan telah mengambil kapsul serbuk biji halba tiga kali sehari untuk 3 hari pertama haid mereka selama 2 bulan berturut-turut.

Mereka mengalami tempoh kesakitan yang lebih pendek dan simptom yang lebih rendah.

 

Mengurangkan simptom menopaus

Halba juga mengandungi kandungan diosgenin dan isoflavon estrogenik, yang sama dengan hormon seks wanita, estrogen. Kehilangan estrogen boleh menyebabkan gejala menopaus oleh itu, dengan memakan halba boleh membantu mengurangkan simptom menopaus seperti perubahan mood, kemurungan, kekejangan, dan rasa lapar yang tidak normal. Ia juga membantu mengawal beberapa hormon lain yang memelihara banyak proses tubuh lain.

 

Menurunkan tahap kolesterol

Penyelidikan yang diterbitkan dalam The British Journal of Nutrition menunjukkan bahawa penggunaan kebaikan halba mempunyai keberkesanan dalam membantu mengurangkan tahap kolesterol. Ia membantu mengurangkan tahap kolesterol LDL (buruk) dengan ketara, yang boleh menghalang pelbagai keadaan seperti aterosklerosis, serangan jantung, dan strok.

Ia adalah sumber serat yang kaya, yang menghancurkan kolesterol yang berlebihan daripada arteri dan saluran darah badan. Pengurangan kandungan kolesterol dalam aliran darah, dapat mengurangkan risiko pembentukan gumpalan darah. Oleh disebabkan kandungan serat, serbuk ekstrak serat halba juga boleh menyebabkan rasa kenyang.

 

Menghalang kanser kolon

Kebaikan halba yang lain adalah mempunyai ciri-ciri anti karsinogenik, terutamanya berkaitan dengan kanser payudara dan pencegahan kanser kolon. Steroid diosgenin yang terdapat dalam herba ini telah dikaitkan secara khusus dengan pencegahan kanser kolon.

Tambahan pula, pelbagai polisakarida bukan kanji seperti saponin, hemiselulosa, mucilage, tanin, dan pektin berfungsi merendahkan tahap kolesterol dan menghalang garam hempedu daripada diserap semula oleh kolon.

Ini boleh mengikat toksin dan melindungi membran mukus usus, yang boleh mengurangkan kanser kolorektal dan keadaan lain yang boleh menjejaskan kolon. Dalam beberapa kajian lain, halba telah didapati menunjukkan kesan antikanser dan juga boleh membantu menggalakkan apoptosis atau kematian sel yang telah diprogram.

 

Mengawal diabetes

Kajian perintis pada tahun 2005 telah menunjukkan bahawa penambahan biji halba dalam diet pesakit diabetes membantu menurunkan tahap glukosa darah. Disebabkan oleh kehadiran serat semula jadi galactomannan, herba ini memperlahankan kadar di mana gula diserap ke dalam aliran darah.

Asid amino 4-hydroxy isoleucine didapati dalam rempah ini, yang mengawal pembebasan insulin. Ini membantu mengelakkan penurunan dan kenaikan gula darah dalam kalangan pesakit kencing manis. Sebanyak 15 – 20 gram halba biasanya disyorkan untuk mengawal gula darah setiap hari.

Disamping manfaat kesihatan yang ada pada halba, anda juga perlu beringat untuk mengambil pengambilan halba secara bersederhana. Ia juga dapat memberikan beberapa kesan sampingan seperti cirit-birit, loya dan sakit kepala jika diambil secara berlebihan. Sentiasa dapatkan nasihat doktor anda . Bagi mendapatkan produk Asmak yang mengandungi kandungan halba boleh klik disini.

Kredit : 1. root of science

2. hello doktor 

 

 

Cara Menghilangkan Batuk Berkahak Dengan Cara Tradisional

Ramai yang tidak tahu bahawa cara tradisional juga dapat merawat masalah batu berkahak.  Anda boleh merawat batuk yang terjadi akibat alahan dan selsema dengan mendapatkan ubat yang bersesuaian di farmasi atau klinik berdekatan. Keadaan menjadi tidak seronok dan selesa apabila kita mengalami batuk yang berterusan, ini boleh menyebabkan gangguan kepada orang sekeliling dan membuat diri kita menjadi tidak selesa. Terdapat banyak cara menghilangkan batuk berkahak dengan cara tradisional, cara tradisional ini sebenarnya lebih berkesan jika di amalkan dengan cara yang betul.

Ramai yang bergantung pada ubat semata-mata, cuba sesekali kita mengamalkan cara tradisional. Sebaiknya kita cari pelbagai altefnatif lain supaya sakit yang kita hadapi cepat elok. Ini antara cara menghilangkan batuk berkahak dengan cara tradisional yang boleh kita amalkan.

 

  1. Madu

Madu merupakan satu manisan atau herba yang baik untuk orang yang mengalami masalah sakit tekak yang lama. Madu boleh melegakan batuk lebih berkesan berbanding ubat batuk yang mengandungi dextromethorphan (DM) iaitu penahan batuk. Boleh juga amalkan Madu Asli untuk melegakan sakit tekak.

 

  1. Halia

Halia dipercayai mempunyai khasiat membasmi kuman dan membuang angin yang berada di dalam badan. Halia juga membantu untuk membuang kahak yang berada dalam badan dan juga dapat mengurangkan pedih pada tekak. Campuran pudina segar bersama halia dapat bantu menghilangkan gatal pada kerongkong yang menyebabkan terjadinya batuk. Sebaiknya amalkan halia yang di rendam bersama beberapa helai daun pudina di dalam gelas panas dan dicampurkan sedikit madu. Boleh juga amalkan Madu Halia Bentong untuk melegakan sakit tekak yang berpanjangan.

 

  1. Air Garam

Petua ini membantu melegakan keradangan tekak yang menyebabkan batuk yang berpanjangan dan membantu mengeluarkan kahak di tekak. Hanya perlu mengambil segelas air suam dan sesudu garam, kacau sehingga sebati. Kumur air garam selama 15 saat sebanyak 3 kali sehari.

Petua ini dilakukan secara beransur-ansur sehingga batuk tersebut beransur pulih. Cara ini kebiasaannya dapat melegakan batuk dengan cepat . Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak sesuai untuk menggunakan kaedah berkumur ini kerana bimbang mereka tertelan air garam dalam jumlah yang banyak.

 

  1. Asam Jawa

Asam jawa memang terkenal dalam campuran masakan melayu, tetapi ia juga mengandungi khasiat yang boleh membuatkan terasa berasa lega. Campurkan dua sudu asam jawa ke dalam gelas air suam, kacau sehingga ia menjadi sebati dan kemudian tapis air asam jawa tersebut untuk membuang biji dan seratnya. Minuman air asam jawa ini bukan sahaja melegakan tekak malahan dapat menyejukkan tubuh badan.

 

  1. Aiskrim Vanilla

Ramai yang tidak tahu aiskrim vanilla juga dapat mengurangkan keradangan dan melegakan batuk yang berpanjangan. Aiskrim sifatnya sejuk dan nyaman apabila di makan, jika kurang selera makan akibat batuk dan sakit tekak anda boleh mengamalkan makan aiskrim kerana ia mampu memberi tenaga tambahan kepada diri anda. Tetapi jika dah semakin pulih jangan sesekali mengambil minuman berais kerana batuk bukannya pulih sepenuhnya bahkah akan membuat batuk yang semakin teruk.

 

  1. Bawang Putih

Kalau nak menumis sesuatu masakan mesti kena ada bawang putih yang akan menaikkan aroma masakan. Bawang putih juga merupakan salah satu petua tradisional untuk melegakan masalah batuk. Hanya perlukan satu labu bawang putih bersama kulitnya kemudian bakardi atas dapur gas selama 15 minit. Pastikan bawang putih tidak terbakar sehingga menjadi hangit dan renting, dan makan begitu saja. Jika tidak selera makan begitu sahaja anda juga boleh menumbuk bawang tersebut dan gaul dengan minyak zaitun. Sapukan pada bahagian leher sekerap yang mungkin.

 

  1. Air Putih

Air merupakan sumber kehidupan yang sangat penting untuk kehidupan. Kekurangan cecair dalam badan boleh menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan iaitu tekak menjadi kering dan ketidak keselesaan. Air putih ialah salah satu ubat yang tersangat murah dan tersangat penting untuk memulihkan sakit tekak. Air putih akan membantu anda untuk mencairkan kahak dalam tekak serta membuat dinding saluran tekak sentiasa lembap. Pastikan minum air putih dengan banyak kerana ini antara tips dan petua yang berkesan, selebihnya anda perlu mendapat nasihat dari doktor sekiranya sakit tekak berpanjangan. InsyaAllah setiap penyakit pasti ada ubat dan penawarnya.

 

  1. Menjaga Kebersihan

Persekitaran yang tidak bersih juga boleh menyebabkan salah satu faktor mengapa anda mengalami batuk dan selesema kerana bagi sesetengah orang ada alahan pada habuk. Jika selalu bersin dan batuk di kawasan yang anda berada keraplah membersihkan persekitaran Kawasan anda berada. Walau apa ubat tradisional yang anda amalkan tetapi persekitaran dan pemakanan anda kotor, anda tetap boleh kembali batuk selepas pulih.

Namun sekiranya batuk tidak berkesan dalam masa 3 hari, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Tips-tips yang dikongsi ini berkemungkinan dapat melegakan batuk yang berpanjangan sekiranya di amalkan dengan cara yang betul. Asmak juga ada altefnatif lain yang mana Madu Halia Bentong produk yang ramai yang gunakan untuk melegakan masalah batuk berpanjangan. Boleh dapat di website Asmaklife.com, Selamat mencuba.

Shopping cart close