Ini 5 Cara Rawatan yang Boleh Dilakukan Apabila Berlakunya Sakit Sendi

Sendi ialah tempat yang menghubungkan antara dua tulang dan membenarkan berlakunya pergerakan. Sebagai contoh, sendi di Kawasan bahu, siku, lutut dan pergelangan tangan. Struktur di kawasan sendi ini akan menjadi semakin merosot dan tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya apabila umur kita semakin meningkat.

Ini akan menyebabkan ruang dalam sendi tersebut berkurangan dan tulang boleh bergesel antara satu sama lain. Keadaan ini akan mengakibatkan kecederaan tisu dan berlaku keradangan di sendi berikut. Sakit sendi dalam istilah perubatan dikenali sebagai arthritis.

Jenis-jenis Sakit Sendi:

Terdapat beberapa jenis sakit sendi yang sering menyerang pesakit.

i) Osteoarthritis
Osteoarthritis merupakan sakit sendi yang paling sering dialami oleh pesakit. Ini berlaku apabila tisu rawan yang berfungsi sebagai pelapik yang melancarkan pergerakan sendi semakin haus dan nipis. Tulang boleh bergesel antara satu sama lain dan mengakibatkan tisu di kawasan tersebut cedera dan sakit.

ii) Rheumatoid arthritis
Rheumatoid arthritis merupakan penyakit di mana sistem pertahanan badan menyerang sel badan itu sendiri. Tisu di kawasan sendi diserang dan menyebabkan keradangan berlaku. Kebiasaannya, ia menyerang sendi pada jari, pergelangan tangan, siku, bahu dan lutut. Ia menyebabkan sendi bengkak dan susah untuk digerakkan.

Rawatan Sakit sendiKredit: pleasantonarthritis.com

iii) Gout
Bagi yang pernah mengalaminya, gout merupakan satu mimpi ngeri yang sangat menyakitkan. Apabila asid urik berkumpul di bahagian sendi, penghasilan kristal berlaku di Kawasan tersebut. Selalunya gout menyerang di kawasan ibu jari kaki. Ia menyebabkan sendi di kaki bengkak, merah dan berasa panas.

Cara Rawatan Sakit Sendi:

Terdapat beberapa rawatan sakit sendi yang boleh anda cuba untuk kurangkan sakit pada sendi:

1.Rehat yang cukup
Sakit sendi yang ringan boleh diredakan dengan rehat secukupnya. Sendi terlibat direhatkan dari sebarang aktiviti dan pergerakan.

2. Pek ais atau haba
Anda boleh cuba letakkan pek ais atau pek panas di bahagian yang sakit. Ais boleh mengurangkan keradangan dan bengkak pada sendi. Letakkan pek ais pada sendi yang cedera sekurang-kurangnya 30 minit. Manakala pek haba boleh meringankan ketegangan sendi.

3. Ubat tahan sakit
Jika sakit agak terus, pesakit akan diberikan ubat tahan sakit untuk merawat kesakitan terlebih dahulu. Anda boleh dapatkan sendiri ubat tahan sakit seperti paracetamol di farmasi berhampiran.

4. Lakukan regangan dan senaman
Melakukan senaman merupakan rawatan sakit sendi yang efektif. Terdapat beberapa jenis senaman ringkas yang anda boleh dilakukan di rumah iaitu hamstring stretch, calf stretch, hamstring curls, knee rolls dan straight leg raises.

5. Rawatan fisioterapi
Fisioterapi atau terapi manual boleh merawat sakit sendi dengan berkesan. Rawatan ini juga dapat membantu anda menggerakkan sendi dan meningkatkan julat pergerakan sendi.

Anda mungkin akan mengalami sakit-sakit sendi yang biasa. Ianya tiada masalah. Tetapi jika anda mengalami tanda-tanda seperti kesakitan atau bengkak secara berterusan anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doctor. Jangan mengabaikan masalah ini kerana ia boleh menyebabkan kerosakan sendi yang kekal.

Sakit tulang dan sendi boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia atau jantina dan berpunca daripada pelbagai sumber, bergantung kepada individu dan aktiviti yang dilakukannya. Rujuk halaman ini sekiranya anda ingin mencuba Fresh N Cool, produk keluaran Asmak untuk mengurangkan masalah sakit sendi.

Kredit:

physiogo.com.my
mahkotamedical.com
thediagnosa.com

Ini 7 Cara Merawat Ruam Lampin Bayi Di Rumah

Ruam lampin pada bayi merupakan perkara yang memang tidak dapat dielakkan terutama bagi bayi yang mempunyai masalah kulit sensitif. Ada sesetengah bayi jika dipakaikan krim ruam lampin, ia akan beransur pulih, tetapi ada juga bayi yang semakin teruk jadinya. Keadaan itu menyebabkan mereka rasa tidak selesa dan akhirnya meragam tidak henti.

 

Antara beberapa punca yang boleh menyebabkan ruam lampin adalah, keadaan di mana lampin tersebut bersentuh atau bergeser dengan kulit. Punca lain adalah, lampin yang dipakaikan terlalu ketat atau dibiarkan terlalu lama sehingga menjadi ruam di celah paha atau di bawah bahagian getah lampin.

 

Biasanya ruam ini mudah sembuh dengan penukaran lampin secara kerap dan ibu bapa juga perlu sentiasa pastikan kawasan tersebut sentiasa kering. Tetapi ada juga bayi yang menghadapi masalah ruam lampin yang sukar untuk dirawat.

 

Bagaimana ruam lampin terjadi?

Ruam ini kebanyakannya terjadi pada bahagian yang terdedah seperti bahagian punggung. Ia tidak melibatkan kawasan lipatan anggota atau kedutan kulit. Ia juga mungkin disebabkan oleh:

i. Kulit terdedah air kencing atau najis dalam jangkamasa yang lama

i. Alahan terhadap bahan kimia dan lampin pakai buang

iii. Alahan kepada bahan pencuci yang digunakan untuk membasuh lampin kain

iv. Permukaan lampin terlalu keras

 

Segera dapatkan rawatan doktor jika ruam lampin berlaku dalam jangka masa 6 minggu selepas kelahiran. Sekiranya ruam menjadi jerawat dan ulser kecil. Bayi anda demam. Bayi anda susut berat badan atau tidak makan seperti biasa. Wujudnya benjolan atau bintik-bintik. Ruam tersebut merebak ke bahagian lain seperti lengan, muka dan kulit kepala. Ruam tersebut tidak sembuh selepas mencuba rawatan-rawatan yang disyorkan dalam masa satu minggu.

 

Cara merawat ruam lampin
Apakah rawatan yang sesuai untuk ruam lampin bayi?

Rawatan terbaik ialah menukar lampin secara kerap dan juga penggunaan bahan pelindung kulit yang mengandungi zink oksida. Gunakan air suam untuk mencuci punggung bayi setiap kali selepas membuang air kecil atau besar. Tukar lampin bayi dengan kerap, dan biarkan mereka tanpa lampin apabila perlu untuk menggalakan pengudaraan dan mengeringkan kulit mati. Elakkan dari menggunakan tepung jagung kerana ia menggalakan pertumbuhan bakteria dan kulat. Elakkan dari menggunakan bedak talkum kerana ia boleh memasuki paru-paru bayi dan boleh menyebabkan masalah pernafasan.

 

Ruam lampin boleh dicegah dengan cara ini

Perkara utama untuk mencegah dan mengelakkan ruam lampin daripada terjadi adalah dengan memastikan kawasan lampin bayi anda sentiasa bersih, nyaman dan kering.

 

  1. Periksa lampin bayi anda secara kerap

Periksa lampin bayi secara kerap dan tukarkannya sebaik sahaja ia basah atau kotor. Jangan biarkan hingga lampin penuh baru anda tukar. Ia akan menyebabkan ketidakselesaan kepada bayi anda dan menyebabkan bayi anda menderita ruam lampin.

 

  1. Gunakan air suam, sabun lembut

Berhati-hati ketika membersihkan bahagian punggung bayi anda apabila menukar lampin. Gunakan air suam dan sabun pencuci yang sesuai untuk bayi.

 

  1. Pastikan kulit bayi kering

Biarkan kulit bayi anda kering sepenuhnya sebelum memakaikannya semula dengan lampin lain. Jika kulitnya basah, ia akan menyebabkan permukaan lampin lembap.

 

  1. Krim ruam lampin zink oksida

Gunakan ubat sapu yang mengandungi zink oksida untuk melindungi kulit bayi anda sebelum anda pakaikan lampin.

 

  1. Elakkan penggunaan seluar plastik

Elak penggunaan seluar plastik dan kain lampin yang diikuti dengan penggunaan lampin plastik. Plastik tidak mempunyai ruang udara yang baik dan tiada pengaliran udara.

 

  1. Elak tisu basah beralkohol

Elakkan penggunaan tisu basah yang mengandungi alcohol.

 

  1. Cuba tukar sabun, krim ruam lampin

Sekiranya ruam berterusan, tukarkan jenis sapuan lampin, lampin dan juga sabun yang digunakan. Bayi anda mungkin tidak sesuai dengan krim atau sabun yang digunakan.

 

Sekiranya anda mengalami masalah ini dan ingin mencuba produk Bedak Asmak, boleh rujuk halaman ini.

Sumber: TheAsianParent

6 Faktor Yang Menyebabkan Slip Disc Dipandang Remeh Oleh Masyarakat

‘Prolapse intervertebral disc (PID)’ atau lebih dikenali sebagai Slip Disc merupakan antara masalah utama dan kerap berlaku dalam kalangan pesakit yang mengalami masalah tulang belakang. Selalunya pesakit akan mengadu sakit belakang dan jika ia teruk pesakit akan mengadu kebas pada bahagian kaki. Malah kaki juga boleh menjadi lemah ataupun lumpuh jika keadaan slipped disc tersebut semakin teruk.

Slipped disc adalah penyakit yang melibatkan masalah pada cakera intervertebral (Intervertebral disc). Dimana berlaku pengalihan Nucleus Pulposes dari lokasi normal yang terletak di tengah tengah disk. Perkara ini yang akan menyebabkan berlakunya himpitan pada saraf dikawasan tulang belakang.

Cakera intervertebra terletak diantara tulang belakang. Ia berfungsi sebagai penyerap hentakan, menambah ketinggian dan menjadikan tulang belakang fleksibel. Ia dikelilingi oleh lapisan fiber yang dikenali sebagai ‘Annulus fibrosus’ dan di dalamnya mempunyai ‘Nucleus polpopsus’. Koyakkan pada Annulus fibrosus akan menyebabkan nucleus polposus terkeluar dan menghimpit saraf dikawasan tulang belakang

faktor slip disc

Terdapat beberapa faktor risiko yang dapat membawa kepada masalah ini.Antaranya:

  1. Obesiti

Berat badan yang berlebihan akan memberikan tekanan yang tinggi pada cakera intervertebra tersebut. Tekanan tersebut yang menyebabkan cakera tersebut lebih senang untuk koyak dan cedera.

  1. Otot yang lemah.

Individu yang tidak mengamalkan gaya hidup aktif atau senaman untuk menguatkan otot mereka berisiko tinggi untuk slip disc. Hal ini demikian kerana otot yang lemah tidak dapat membantu menyokong tulang belakang mereka dengan kukuh.

  1. Umur

Hal ini kerana penyakit slip disc selalunya berlaku kepada golongan usia lanjut kerana bahagian luaran yang melindung disc akan semakin haus dan mengakibatkan disc lebih mudah bergerak daripada tempat asalnya.

  1. Kehidupan yang tidak aktif.

Keadaan ini selalunya merujuk kepada golongan yang berkerja di pejabat kerana hanya duduk berpanjangan tanpa sebarang pergerakan. Tabiat duduk sahaja tanpa melakukan sebarang aktiviti regangan badan memberikan tekanan yang tinggi kepada tulang belakang bahagian bawah.

  1. Mengangkat objek yang berat

Hal ini juga turut boleh menyumbang kepada berlakunya penyakit slip disc ini. Dengan mengangkat objek berat ianya menyebabkan tekanan yang tinggi kepada tulang belakang kita. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan disc bergerak keluar dari tempat asalnya sehingga mendatangkan sakit.

  1. Melakukan pergerakan dengan tiba-tiba.

Hal ini kerana sesetengah pergerakan dan posisi badan yang dilakukan secara tiba-tiba atau dengan cara yang salah terutamanya pada usia yang tua akan membawa kepada masalah slip disc ini.

Masalah slip disc sememangnya memerlukan perhatian dan pemeriksaan awal untuk mengelakkan komplikasi yang teruk pada masa akan datang. Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami slip disc dan ingin mencari alternatif lain yang mana anda boleh mencuba Fresh N Cool,anda boleh klik di sini.

Kredit

1. thediagnosa

2. ifixphysiotherapy

3. physiogo

4.doctoroncall

6 Perkara Penting Mengenai Kahak Kanak-Kanak & Cara Mengatasinya

Ibu bapa mana yang tak risau bila anak demam dan berkahak sehingga terdengar bunyi siulan dari suaranya bila bernafas. Ibu bapa haruslah mengambil tahu cara membuang kahak kanak-kanak yang betul supaya dapat mengembalikan semula keselesaan anak sepanjang hari. Mengenalpasti warna kahak pada kanak-kanak adalah amat penting sekaligus kita perlu ambil tahu cara untuk meengatasinya.

Kahak adalah sejenis lender yang dihasilkan dari dalam dada manusia. Biasanya badan tidak menghasilkan kahak yang banyak melainkan sewaktu selesema atau mengalami masalah kesihatan yang lain. Kahak ini juga sebenarnya ada pelbagai warna dan juga maksud tersendiri.

Mungkin ramai yang takt ahu, ini adalah 6 jenis kahak kanak-kanak

 

  1. Kahak warna hijau dan kuning

Kahak ini bermaksud tubuh sedang melawan jangkitan. Ia berasal dari sel darah putih dan biasanya disebabkan oleh penyakit seperti ;

  • Bronkitis : Bermula dengan batuk kering dan kemudianya keluar kahak berwarna putih. Dari masa ke semasa ia akan mengeluarkan kahak berwarna kuning atau hijau.
  • Pneumonia : Komplikasi bagi masalah pernafasan yang lain. Anda mungkin mengeluarkan kahak yang berwarna kuning, hijau atau kadangkala berdarah.
  • Sinusitis : Virus, alahan atau bakteria. Jika disebabkan oleh bakteria, anda akan mengalami gejala seperti batuk berkahak berwarna kuning atau hijau, hidung tersumbat, titisan ‘postnasal’ dan tekanan dalam rongga sinus.
  • Cystic Fibrosis : Penyakit paru-paru kronik di mana lender terbentuk di dalamnya. Penyakit ini sering menjangkiti kanak-kanak dan orang dewasa.
  1. Kahak warna coklat
  • Pneumoconiosis : Menyedut debu seperti arang batu, asbestos dan silicosis. Debu tersebut boleh menyebabkan penyakit paru-paru.
  • Nanah dalam paru-paru : Rongga paru-paru penuh dengan nanah. Ia biasanya dikelilingi oleh tisu yang dijangkiti kuman. Gejala lain seperti batuk, berpeluh pada waktu malam dan hilang selera makan.
  1. Kahak warna putih
  • Viral bronchitis
  • GERD (gastroesophageal reflux disease) yang mempengaruhi system pencernaan
  • Kegagalan jantung kongestif: Ini berlaku apabila jantung tidak mengepam darah ke seluruh badan dengan efektif.perkara penting mengenai kahak kanak-kanakKredit: lifestyle.okezone.com
  1. Kahak warna hitam
  • Sputum hitam juga disebut ‘melanoptisis’. Kahak hitam bermaksud anda telah menyedut sejumlah besar debu hitam seperti habuk arang batu. Ia juga mungkin disebabkan oleh jangkitan kulat.
  • Merokok, pneumoconiosis
  1. Kahak merah dan pink
  • Pneumonia : Antara gejala jangkitan paru-paru ini adalah batuk berdarah (kahak berwarna merah)
  • Tuberkulosis : Jangkitan bakteria ini boleh merebak. Gejala utama termasuk batuk selama lebih dari tiga minggu, batuk berdarah dan keluarnya kahak berwarna merah, demam dan berpeluh pada waktu malam.
  • Kegagalan jantung kongestif (CHF)
  • Pumonary Embolisme : Ini berlaku apabila arteri pulmonari di dalam paru anda tersumbat.
  1. Kahak warna jernih

Badan menghasilkan lender dan kahak yang jernih setiap hari. Kebanyakkannya terdiri dari air, protein, antibody dan beberapa garam terlarut untuk membantu mengekalkan kelembapan sistem pernafasan anda.

 

Ada 6 jenis kahak kanak-kanak yang anda mungkin tidak mengetahuinya. Ini pula adalah cara menghilangkan kahak kanak-kanak yang anda boleh amalkan. Antara caranya ialah :

  • Melembapkan udara di sekitar dapat membantu untuk mencairkan kahak dan rawatan stim boleh mencairkan kahak. Selain dari stim, anda juga boleh menggunakan ‘humidifier’ atau pelembap udara yang selamat digunakan sepanjang hari.
  • Minum air secukupnya, terutama air suam.
  • Ambil bahan yang membantu memulihkan system pernafasan seperti limau, halia dan bawang putih, beri, delima, teh jambu, ginseng, enchinacea, zat besar dan akar licorice.
  • Berkumur dengan air garam yang dapat mencairkan kahak sekaligus membunuh kuman serta melegakan sakit tekak.
  • Makan ubat seperti Dekongestan, Sementara kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke atas boleh ambil Expectorant untuk mencairkan kahak. Apa apapun dapatkan nasihat doctor terlebih dahulu.
  • Lain-lain ialah, anda juga boleh mengamalkan sapuan Minyak Herba Asmak yang mengandungi gamat gold, minyak zaitun, minyak kelapa dara & habbatusauda yang mana Minyak Herba Asmak membantu melegakan batuk selesema, batuk berkahak.

Ibu bapa haruslah memainkan peranan yang sangat penting agar kesihatan anak-anak terjaga. Amalkan cara menghilang batuk berkahak ini sebaik mungkin, jika tidak berjaya dan ingin mencari altefnatif lain, ibu bapa boleh iktiar dengan Produk Asmak iaitu Minyak Herba Asmak, klik sini. Hanya dengan kekerapan sapuan dan amalkan cara guna yang betul, insyaAllah anak-anak anda bebas dari selesema dan batuk berkahak.

 

Kredit: theasianparent.com

5 Cara Merawat Luka Anak Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Anak yang sedang meneroka dunia mereka adalah anak yang sangat sihat dan cergas. Oleh itu, mereka akan selalu mengalami luka akibat jatuh. Kebanyakkan ibu bapa menggunakan cara yang salah semasa merawat anak yang mengalami luka.

 

cara rawat luka anak

Credit: Alodokter

Tahukah anda, menutup terus luka dengan menggunakan plaster tanpa membersihkannya adalah perkara yang salah ? Ibu bapa sepatutnya membersihkan luka tersebut terlebih dahulu untuk mengurangi risiko dan mempercepatkan penyembuhannya.

 

Credit: Lyreco

Selain itu, ibu bapa juga boleh menggunakan kaedah rawatan pertolongan cemas untuk luka sembuh dengan lebih cepat dan tidak dijangkiti sabarang kuman walaupun tubuh kita boleh sembuh dengan segera.

Oleh itu,  penyediaan satu peti pertolongan cemas di rumah (Aid Kit) adalah sangat penting sebagai persediaan dari segi apa pun dugaan yang bakal mendatang.

5 Cara Merawat Luka Yang Perlu Ibu Bapa tahu

1) Cuci tangan anda dengan bersih

Pastikan cuci tangan terlebih dahulu sebelum membersihkan tempat luka dengan menggunakan sabun dan air yang mengalir. Selain itu, anda juga boleh menggunakan ‘hand sanitizer’ pada kedua tangan dan lap sehingga kering. Selepas itu, gunakan sarung tangan yang masih belum dipakai bagi mengelakkan terkena jangkitan kuman.

2) Tekan kawasan kulit yang terkena luka

Seterusnya, tekan secara perlahan-lahan kawasan yang terkena luka dengan menggunakan kain yang bersih sehingga perdarahan berhenti. Tidak perlu ditekan sekiranya anak anda mengalami luka atau goresan yang kecil. Perlu diingatkan bahawa langkah ini hanya boleh digunakan untuk luka yang mengeluarkan darah yang banyak sahaja. Sekiranya, luka itu terlampau serius anda perlu bawa anak ke klinik untuk mendapatkan khidmat daripada doktor atau pakar.

3) Bersihkan luka dengan menggunakan air yang bersih

Bersihkan luka dengan menggunakan air yang mengalir selama 5-10 minit. Langkah ini penting bagi menghilangkan kotoran yang melekat pada bahagian luka tersebut. Kemudian bersihkan dengan sabun yang lembut untuk membersihkan kawasan yang luka. Hindari sabun tersebut daripada terkena pada tempat yang terluka kerana boleh menyebabkan iritasi pada kulit.

4) Sapukan krim atau antibiotik

Sebaik selesai membersihkan tempat luka, sapukan kawasan tersebut dengan menggunakan krim atau antibiotik. Pastikan anda tidak menggunakan kapas yang telah digunakan untuk sapukan krim pada tempat luka. Hal ini, boleh menyebabkan jangkitan kuman berlaku. Untuk pengetahuan, jenis antibiotik ini berfungsi untuk menjaga kulit agar ia tetap lembab dan mencegah luka tersebut daripada menjadi parut.

5) Balut luka dengan kain kasa

Sebetulnya, tidak semua jenis luka harus dibalut dengan kain kasa. Jika lukanya hanya sedikit dan tidak dalam, cukuplah dengan membersihkan luka tersebut tanpa harus menutupnya. Tetapi, sekiranya luka itu besar dan boleh menyebabkan jangkitan kuman berlaku, ianya perlu ditutup. Namun begitu, kain kasa perlu segera ditukar apabila kotor dan basah saat terkena air.

Akhir sekali, jika luka tidak berhenti berdarah atau menunjukkan tanda-tanda jangkitan seperti kemerah-merahan atau bengkak, sila dapatkan nasihat daripada pakar perubatan dengan segera.

 

Jika anda mengalami masalah luka seperti diatas dan ingin mencuba produk Minyak Herba Asmak, tekan link disini.

 

 

Kredit:

  1. sinarharian.com.my
  2. dettol.com.my

Bahaya Gula Buah ? Ramai Lagi yang Masih Tidak Tahu. 

Ramai yang tidak tahu tentang gula tersembunyi yang terdapat dalam kebanyakan makanan proses. 

mstar

Kredit: mstar

Nama lain bagi kandungan gula pada label makanan boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar.

 

Fruktosa merupakan kandungan gula yang terdapat dalam buah-buahan. Namun begitu fruktosa yang dmakan dalam buah buahan tidak berisiko tinggi terhadap kesihatan kerana ianya diserap secara beransur-ansur dan diproses dalam hati secara perlahan-lahan disebabkan kandungan serat yang tinggi. Buah-buahan juga mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah.

 

High Fructose Corn Syrup adalah yang paling meluas digunakan. Ianya diambil hasil daripada pemprosesan jagung. HFCS ini merupakan gula sintetik murah yang turut mempunyai nama lain dalam makanan proses seperti Agave syrup, Maize syrup, Glucose, Corn-syrup solids, Corn syrup, Corn sweetener, Dahlia syrup, Fruit fructose, Crystalline fructose, Gula jagung dan Pekatan jus kismis. 

 

Industri pemakanan pada masa kini menggunakan fruktosa dalam hampir semua jenis makanan proses, contohnya air tin dan kotak termasuk jus buah, cereal, koktel buah, gula-gula dan coklat, yoghurt berperisa, aiskrim, roti dan pastri serta air paket 3 in 1. Tanpa kita sedari, kita telah mengambil kandungan fruktosa yan tinggi setiap hari kerana ianya terkandungan dalam minuman segera buah-buahan yang dianggap sihat. 

 

Kesan gula fruktosa ini pun tidak jauh beza berbanding kesan buruk meminum arak. 

  1. menyebabkan ketagihan
  2. meningkatkan risiko obesiti
  3.  perlu diproses di organ hati (tak boleh digunakan terus oleh badan). 
  4. meningkatkan asid urik yang menyebabkan gout. 
  5. cenderung menyebabkan penyakit hati berlemak dan merosakkan hati. 
  6. Keduanya meningkatkan trigliserida dan kolesterol lemak jahat VLDL.
  7. Keduanya menyebabkan masalah metabolik, hormon dan penyakit jantung.
  8. Keduanya menyebabkan peningkatan stres radikal bebas yang menyebabkan keradangan dan kerosakan. 
  9. Keduanya juga meningkatkan produk glikasi (AGEs)yang merosakkan organ dan menyebabkan penuaan. 
  10. Pengambilan berlebihan juga dikaitkan dengan perkembangan pesat sel kanser pancreas mengikut kajian. 

 

Professor Dr Hobert H. Lustig, seorang pakar endokrinologi kanak-kanak dan juga obesiti merujuk gula buah ini sebagai “alcohol without the buzz”…..arak yang tidak memabukkan. Sebelum muncul gula fruktosa jenis HFCS ini, purata pengambilan gula dalam makanan hanyalah 15 gram sehari berbanding 73 gram pengambilannya sejak HFCS ini ditemui. Ramai kini telah sedar dengan bahaya gula pasir lalu memilih pilihan yang dianggap lebih sihat seperti jus buah-buahan, madu dan yogurt buah. Yang mana dianggap sebagai gula semulajadi. 

 

Pada zaman moden kini, disebabkan gaya hidup yang sentiasa sibuk dan arus kehidupan yang pantas, kebanyakan kita lebih selesa untuk mengambil makanan dan minuman segera yang berlambak-lambak dipasaran sekarang atas faktor mudah perolehi dalam waktu yang singkat tanpa kita bersusah payah menyediakan makanan atau minuman tersebut. Jika kita terlalu banyak makan atau minum makanan atau minuman dari jenis ini , maka kita akan mengambil fruktosa secara berlebihan tanpa kita sedari. 

 

Namun, untuk kekal sihat langkah yang dianggap leceh dan remeh oleh masyarakat pada masa kini perlu diambil untuk mengelakkan kita mengambil fruktosa secara berlebihan. Pastikan anda makan buah-buahan sebenar untuk gaya hidup yang lebih sihat. 

 

Klik di sini untuk dapatkan Madu Asli sebagai pemakanan sunnah demi kehidupan yang lebih sihat. 

 

Kredit :

1. doknorm

2. hafizsulaiman 

      

Ketahui Manfaaat Air Halia Untuk Kandungan Ibu Yang Sedang Hamil

Tak perlu lagi ragu-ragu untuk minum air halia ketika mengandung kerana ada banyak manfaat ini. Air halia untuk ibu mengandung adalah sangat digalakkan, terutama bagi mengatasi mual dan muntah ketika di awal pagi. Dengan air halia juga, ibu hamil dapat manfaat yang diperlukan di sepanjang kehamilan itu, jika ia diamalkan secara rutin setiap hari.

 

Bagi anda yang tidak tahu, air halia merupakan herba tradisional yang dipercayai turun-temurun dalam mengatasi pelbagai masalah kesihatan. Bahkan, ibu hamil juga disarankan mengambilnya, namun dalam kuantiti yang tidak berlebihan. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik ibu hamil mengambil air halia yang segar dan homemade, bukan minuman halia segera yang sudah dicampur pelbagai bahan lain.

 

Jika anda masih ragu-ragu tentang manfaat air halia hanya kerana rasanya sedikit pedas, ini mungkin dapat ubah fikiran anda!

 

  1. Membantu penurunan kadar kolesterol

Kelebihan air halia untuk ibu mengandung adalah ia dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh, sekaligus dapat mencegah penyakit jantung dan strok ketika hamil.

 

 

  1. Mengawal kadar gula dalam darah

Apabila minum air halia semasa mengandung dapat mengawal kadar gula dalam darah dan mencegah penyakit berbahaya seperti kencing manis. Jika gula dikawal baik, ia dapat mencegah ibu hamil dari berasa lesu dan penat.

 

  1. Melancarkan peredaran darah

Mengambil air halia juga dapat melancarkan peredaran darah kepada janin dan tahap kesihatan terjaga dengan baik.

 

  1. Mengurangkan pedih ulu hati

Adakah anda mengalami pedih ulu hati semasa hamil? Kini, tak perlu lagi bimbang kerana jika mengambil air halia, ia dapat meringankan gejala tersebut.

 

  1. Merehatkan otot

Sememangnya ketika mengandung, tubuh lebih cepat penat kerana mengalami banyak perubahan namun jika minum air herba ini ia dapat membantu merehatkan otot dan sengal-sengal di seluruh tubuh.

 

  1. Mengurangkan kram dan bengkak di tubuh selama kehamilan

Apabila mengandung, ibu akan sering mengalami kram dan bengkak pada bahagian tubuh, namun rasa tidak selesa itu dapat dikurangkan dengan minum air halia ini.

 

  1. Penyerapan zat gizi

Kandungan dalam halia juga dapat membantu penyerapan zat gizi yang lebih baik pada janin supaya proses perkembangan dan pertumbuhannya sempurna juga sihat.

 

  1. Membantu pulih peradangan (inflamasi)

Halia kaya dengan anti-inflamasi yang boleh meredakan pelbagai jenis keradangan pada tubuh. Apabila ibu rajin minum air halia ia dapat memberi kesegaran kerana daya tahan tubuh yang lebih baik.

 

  1. Sembuhkan batuk dan selsema

Ibu hamil yang mengalami batuk dan selsema juga disarankan minum air halia kerana ia lebih baik jika dibandingkan makan ubat yang boleh memberi kesan yang tak bagus untuk janin.

 

  1. Meningkatkan keinginan nafsu seksual

Siapa sangka dengan halia juga dapat meningkatkan libido ibu hamil untuk keperluan hubungan kelamin kerana mekanisme yang terkandung di dalamnya membantu sirkulasi darah jadi lebih baik.

 

  1. Sumber zat besi dan Vitamin C

Halia juga menjadi makanan herba yang kaya zat besi dan Vitamin C bagi janin. Malah ia juga dapat mencegah anemia dan tubuh lebih terpelihara dek kerana memperoleh Vitamin C yang mencukupi.

 

Kesimpulannya

Rupa-rupanya air halia untuk ibu mengandung banyak kelebihannya. Jika anda sedang hamil sekarang, cepat-cepat cuba sendiri. Anda boleh beli yang sudah siap di mana-mana pasaraya dalam bentuk peket, air halia segar di kiosk minuman superfood atau rebus sahaja di rumah sendiri. Sekiranya anda mengalami masalah ini dan ingin mencuba produk Madu Asmak, boleh rujuk halaman ini.

 

manfaat air halia

Sumber : TheAsianParent

6 Khasiat Minyak Kelapa Dara yang Perlu Diketahui

Minyak kelapa dara atau dikenali sebagai virgin coconut oil merujuk kepada isi buah kelapa yang matang dan segar yang perlu menjalani kaedah mekanikal atau semulajadi tanpa penggunaan haba dan bahan kimia untuk memperolehinya. Sepertimana pokok kelapa yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaannya begitu juga dengan minyak kelapa dara yang mempunyai khasiat tersembunyi yang masih ramai tidak tahu.

Khasiat minyak kelapa dara ini sebenarnya tidak terhad kepada kaum wanita sahaja, malah juga boleh dimanfaatkan kepada kaum lelaki juga. Kemahsyuran minyak kelapa dara ini semakin lama semakin terkenal dan mendapat tempat dalam pasaran kerana sifatnya yang kaya dengan antioksidan dan khasiatnya terhadap tubuh badan manusia.

1. Mengandungi Asid Lemak yang Sihat

Asid lemak yang sihat yang terkandung dalam minyak kelapa dara mempunyai rantaian asid lemak sederhana atau dikenali sebagai medium-chain fatty acids (MCFAs) yang terdiri daripada kira-kira 47% asid urik. MCFAs ini lebih mudah dihadam dan terus dihantar ke hati untuk diproses menjadi tenaga atau ditukar menjadi keton. Secara dasarnya, proses ini dapat mengelakkan berlakunya penyimpanan lemak.

2. Membantu Mengurangkan Lemak di Perut

‘Belly fat’ atau lemak perut adalah petanda bahawa seseorang itu berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kronik. Asid lemak rantaian sederhana ini didapati berkesan untuk mengurangkan lemak perut sekaligus meningkatkan pembakaran lemak serta mengurangkan selera makan.

Terdapat satu kajian yang telah dijalankan terhadap 40 orang wanita obes (bahagin perut) mendapati pengambilan minyak kelapa sebanyak 30 mililiter setiap hari selama 12 minggu berjaya mengurangkan ukur lilit pinggang dan Body Mass Index (BMI). Malah, menurut kajian ini didapati minyak kelapa dara tidak menyebabkan peningkatan lemak atau kolesterol di dalam darah.

3. Mengandungi Antioksidan yang Tinggi

Minyak kelapa dara mengandungi antioksidan seperti asid galik, asid ferulic, kuarsetin dan katenin. Antioksidan-antioksidan ini dapat membantu melindungi sel-sel badan daripada tekanan pengoksidaan.

khasiat minyak kelapa daraKredit: livingwellmag.com

4. Baik untuk Kesihatan Jantung

Kadar kolesterol-HDL (kolesterol baik) dapat ditingkatkan dengan minyak kelapa dara untuk kesihatan jantung. Kajian klinikal bagi memantau kadar kolesterol-LDL (kolesterol jahat) terhadap 160 peserta sihat yang berumur 50 hingga 75 tahun dimana peserta ini dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan minyak kelapa dara, mentega dan minyak zaitun. Kajian ini dikehendaki para peserta untuk mengambil 50 gram lemak atau minyak ini setiap hari selama 4 minggu dan didapati tiada peningkatan ketara pada kadar kolesterol-LDL bagi kumpulan minyak kelapa dara.

Kolesterol-LDL (kolesterol jahat) yang tinggi menyumbang kepada peningkatan risiko penyakit jantung koronari dan penyakit kardiovaskular.

5. Baik untuk Kesihatan Kulit

Menurut kajian, pengambilan minyak kelapa dara terhadap kanak-kanak yang menghidap eczema menunjukkan kesan penambahbaikan dan memberansangkan. Selain itu, minyak kelapa dara juga boleh dimanfaatkan sebagai pelembap kulit. Ini telah dibuktikan dengan kajian terhadap 34 orang pesakit kulit kering (xerosis) menunjukkan keberkesanan minyak kelapa dara dengan peningkatan kelembapan pada kulit dan peningkatan lapisan lemak (lipid) pada permukaan kulit. Minyak kelapa dara ini juga didapati selamat digunakan dan tiada kesan sampingan berlaku melalui kajian tersebut.

6. Mencegah Kerosakan Rambut

Kandungan asid laurik dalam minyak ini boleh menyerap masuk ke batang rambut bagi mengelakkan kerosakan pada rambut. Minyak ini juga mempunyai kemampuan untuk mengurangkan kehilangan protein bagi rambut rosak atau rambut yang kurang sihat.

Banyak khasiat yang boleh diperolehi daripada minyak kelapa dara sama ada untuk luaran atau dalaman badan. Sekiranya digunakan untuk makan, pengguna masih disarankan untuk menghadkan pengambilannya walaupun terdapat kesan positif terhadap kadar kolesterol-HDL seperti dalam kajian yang dinyatakan.

Khasiat-khasiat lain bagi minyak kelapa dara masih memerlukan kajian yang lebih mendalam serta diperlukan untuk menguatkan hasil kajian yang telah ditemui ini. Ingin mencuba Minyak Herba Asmak yang mengandungi minyak kelapa dara di dalamnya? Klik sini.

Kredit:
jiwasihat.com

 

8 Tips Hilangkan Cirit Birit Khas Untuk Kanak-Kanak

Cirit birit atau diarrhea adalah keadaan dimana bayi atau kanak-kanak kerap membuang air besar,mengeluarkan najis yang sangat berair atau cair.Kanak-kanak lebih kerap di serang penyakit cirit birit berbanding dengan orang dewasa.Cirit birit atau diarrhea adalah satu cara badan kita membuang atau menghilangkan kuman atau toksin.

Punca utama mengapa bayi cirit birit ialah kerana virus rotavirus.Sebilangan kanak-kanak yang terkena jangkitan rotavirus ini juga akan mengalami gejala demam panas.Rotavirus ini akan menyebabkan gastroenteritis,satu jangkitan usus yang akan menjejaskan lapisan dalaman usus.Lapisan ini menyebabkan najis cair.

Antara tanda-tanda biasa yang menunjukkan bayi cirit birit ialah muntah,demam dan ada darah atau lendir dalam najis bayi.Akan tetapi,ramai ibu bapa yang keliru dengan najis bayi hingga menganggap bayi cirit birit sedangkan najis bayi itu mungkin normal untuk usianya.

Terdapat beberapa tips untuk menghilangkan cirit birit kanak-kanak.Antaranya:

  1. Susu

Ibu bapa janganlah tukar susu formula anak sesuka hati ini kerana sistem percernaan anak masih lagi belum matang.Jika bayi masih menyusu badan,teruskan penyusuan sekerap yang mungkin supaya dia takkan ternyahhidrat.

  1. Elak ubat-ubatan

Pengambilan ubatan untuk hentikan cirit birit harus dielakkan kerana ia tidak selamat dan juga boleh menjejaskan kesihatan pada bayi dan kanak-kanak.

  1. Antibiotik

Kredit:Khalifahmedia

Jenis antibiotik yang digunakan adalah berbeza mengikut jenis bakteria yang menjangkiti seseorang itu.Malah,jenis antibiotik yang berbeza dan berfungsi berlainan. Apapun,dapatkan nasihat doctor terlebih dahulu mengenainya.

  1. Ubat sapu

Apabila sudah banyak kali keluar najis,ia boleh menyebabkan bahagian punggung bayi melecet kemerah-merahan.Jadi,sapukan krim seperti jeli petroleum dan zink oksida yang boleh membantu melegakan kesakitan di bahagian punggung bayi.

  1. Air Gram

Tips hilangkan cirit birit

Kredit:harakahdaily

Berikan air garam bagi memastikan kanak-kanak dapat menggantikan garam yang hilang daripda badanya akibat muntah dan cirit birit.Beri secara berkala selepas muntah atau berak.

  1. Susu berkultur

Kredit:Yakult

Produk yakult mengandungi probiotik yang memiliki banyak manfaat iaitu dapat membantu meredakan cirit birit pada kanak-kanak.

  1. Sup kosong

Sup kosong dan minuman manis juga membantu kanak-kanak mendapat cecair dan penambahan kalori dalam tubuh badan.

  1. Amalkan diet khas yang dikenali sebagai BRAT

BRAT dikenali daripada singkatan perkataan Banana,Rice,Applesauce,Toast.Diet BRAT ini juga menbantu menggantikan nutrient badan yang hilang akibat muntah dan cirit birit

Kesimpulannya,tanda awal cirit birit tidak boleh dipandang ringan oleh ibu bapa.Malah cirit birit juga jangan dipandang ringan.Ini kerana ia boeh menjadi serius hingga menyebabkan maut pada bayi dan kanak-kanak.

Sekiranya,anak anda mengalami cirit birit dan ingin mencari alternatif lain yang mana anda boleh mencuba Minyak Herba Asmak atau Bedak Asmak,boleh klik di sini.

Kredit

1.theAsianparents

2.theAsianparents

 

8 Siptom Microsleep Yang Berlaku Tanpa Kita Sedari.

Microsleep merujuk kepada tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku dalam tempoh 1 saat hingga 30 saat tanpa kita sedari. Terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku apabila seseorang individu yang dalam keadaan mengantuk cuba untuk melawan rasa tersebut dan kekal berjaga.

Ia boleh berlaku dimana sahaja seperti di sekolah, tempat kerja ataupun sewaktu menonton televisyen. Ia juga boleh terjadi sewaktu anda memandu ataupun mengendalikan mesin berat menjadikannya sesuatu yang sangat berbahaya.

Gejala microsleep agak sukar untuk dikenal pasti kerana anda mungkin sudah tertidur untuk menyedarinya. Namun antara simptomnya adalah seperti:

siptom microsleep tanpa sedari

Kredit: azzahrah

  1. Lambat bertindak balas terhadap sebarang maklumat.

Apabila memandu jarak jauh, ditambah faktor lain seperti waktu pemanduan, keadaan kesihatan dan kecergasan pemandu, bentuk dan permukaan jalan raya serta keadaan cuaca boleh menyebabkan mengantuk

  1. Pandangan kosong, fikiran menerawang jauh.

Memasang radio juga tidak dapat membantu Ketika otak tidak dapat memproses segala maklumat dan deria mula tidak emberi tindak balas.

  1. Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu.

Mata yang tertutup tanpa disedari dan berlaku dalam keadaan yang sangat sekejap antara satu hingga 30 saat.

  1. Tersengguk-sengguk.
  2. Mata lambat berkedip.
  3. Terkejut atau tersentak secara tiba-tiba (body jerk)

Individu yang menjadi microsleep akan tersentak dan mempunyai risiko kekejangan.

  1. Sukar untuk mengingati apa yang berlaku 1 atau 2 minit lepas.
  2. Masalah ini juga boleh berlaku ketika mata sedang dan masih terbuka.

Biasanya individu yang menjadi mangsa microsleep itu merasakan dia masih memandu sedangkan dia telah terlelap dan ini boleh berlaku ketika mata masih terbuka. Elak memandu waktu puncak mengantuk antara 3 hingga 5 pagi dan antara 2 hingga 4 petang.

Microsleep biasanya disebabkan oleh rasa mengantuk yang teramat sangat dan digabungkan dengan tugas yang membosankan seperti memandu atau menonton televisyen. Kekurangan tidur boleh menjadi punca terjadinya microsleep. Ia boleh terjadi sekiranya anda mengalami insomnia, bekerja lewat malam ataupun tidak mendapatkan tidur yang berkualiti.

 

Sekiranya anda mengalami masalah pening kepala dan ingin menghilangkannya,boleh Klik disini .

Kredit

1.thediagnosa

2.majalahsains

3.remaja

4.hmetro

Shopping cart close