5 Kebaikan Lemon Yang Mungkin Anda Belum Ketahui

Buah lemon dikenali dengan rasanya yang masam dan kelat. Selalu kita lihat, buah lemon banyak di jual di pasar raya namun kita tidak tahu tentang info kegunaan dan kebaikan buah lemon ini. Lemon mengandungi nutrien seperti vitamin B, vitamin C, pectin, potassium, kalsium dan kaya dengan bahan aktif anti oksiden.

Menurut amalan perubatan tradisional Ayuverda, lemon selalu digunakan dalam penambah rasa dalam masakan, Selalunya digunakan dalam kuantiti yang sedikit kerana rasanya yang masam. Selain daripada itu, buah lemon dapat melegakan sakit tekak dan menyembuhkan beberapa jenis penyakit.Berikut merupakan beberapa kebaikan yang terdapat di dalam buah lemon yang mungkin anda baru ketahui.

#1 Melegakan Sistem Pencernaan
Air lemon mengandungi asid yang boleh membantu sistem pencernaan anda. Salah satu sebatian yang terdapat dalam lemon iaitu Flavonoid berfungsi membantu merangsang sistem pencernaan dan meninggikan penghasilan jus pencernaan, hempedu dan asid serta merangsang pergerakan peristaltik makanan dalam saluran pencernaan.

Apabila kita semakin berusia, kandungan asid perut dalam badan kita akan menjadi lemah daripada biasa. Namun, sekiranya mengamalkan minuman air lemon, ianya amat membantu tubuh kita untuk memecahkan makanan dengan lebih sempurna.

#2 Membantu Menurunkan Berat Badan
Amalan minum air lemon ketika berdiet dapat mengurangkan rasa untuk mengambil minuman bergula. Ini merupakan salah satu cara untuk menambah perisa pada air tanpa perlu ambil lebih banyak kalori. Bukan itu sahaja, lemon membantu untuk mengeluarkan toksik dalam badan sekaligus dapat memberikan tenaga yang cukup kepada anda.

kebaikan lemon

Dengan mengamalkan minuman air lemon, ianya dapat membuatkan anda rasa kenyang dengan lebih lama disebabkan oleh bahan pectin yang terdapat di dalam lemon.  Oleh itu, anda akan kurang makan dan akhirnya anda akan mengalami penurunan berat badan.

#3 Baik untuk Kulit
Seperti yang diketahui umum, Vitamin C yang terkandung di dalam buah lemon boleh mencerahkan kulit yang gelap dan menanggalkan sel kulit mati. Tanpa vitamin C, kulit anda tidak akan mampu untuk diperbaiki dan akan mengakibatkan kedutan di muka.

Menurut kajian, dalam 100 g buah lemon yang belum dikupas, terdapat 53.0 mg Vitamin C. Sebatian aktif lain dalam lemon juga dapat membantu melindungi kulit anda daripada serangan bakteria yang boleh menjadikan anda kusam. Sifat anti oksidan dalam lemon juga akan menyumbang kepada anti penuaan.

#4 Penjagaan Gigi
Jus lemon boleh juga digunakan dalam penjagaan gigi. Jika jus lemon diletakkan di kawasan gigi yang sakit, ia boleh membantu mengurangkan kesakitan itu. Menyapu dan mengurut jus ini pada gusi dapat menghentikan masalah gusi berdarah. Disamping itu juga dapat menghindari dari bau mulut yang disebabkan dari penyakit gusi.

#5 Mengatasi Masalah Kelemumur
Jus lemon adalah terbukti dapat merawat rambut dalam skala menyeluruh. Jus lemon yang diletakkan di kulit kepala boleh membantu masalah seperti kelemumur, rambut gugur dan lain-lain yang berkaitan dengan rambut dan kulit kepala. Jika diamalkan memakai jus ini ke rambut, dapat menjadikan rambut lebih bersinar. Tetapi, diingatkan! Lemon juga mempunyai potensi untuk meringankan rambut anda. Jadi, jangan terlebih melakukannya.

Lemon adalah ciptaan tuhan yang terbukti kaya dengan khasiat semulajadi. Jadikanlah amalan dengan mempraktikkan memakan setengah biji lemon setiap hari untuk keberkesanan maksimum dari buah kecil yang sangat bermanfaat ini.

Ingin mencuba Jus Asmak Gold keluaran Asmak yang kaya dengan buah lemon?

Dapatkan Jus Asmak Gold sebagai makanan tambahan harian anda di sini.

Kredit:
alraudhah.com
hellodoktor.com
bidadari.my

6 Tanda-Tanda G6PD Yang Ibu bapa Perlu Tahu

Apa itu G6PD ?

 

Rajah 1 dari The Malaysian Medical Gazzette

G6PD ialah singkatan bagi nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, ia merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan. Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksigen dengan berkesan ke seluruh tubuh, keadaan dikenali sebagai anemia hemolytik muncul.

 

 Rajah 2 dari Sweetmummystory.com

Selain itu, kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.

6 Gejala/Tanda-tanda G6PD Berlaku

Tambahan pula, kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (Jaundis) yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (Jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (Fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (Hemolisis) termasuk : Akibat daripada kekurangan darah adalah:

  1. Kelihatan pucat
  2. Tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
  3. Pening
  4. Degupan jantung yang laju
  5. Sukar bernafas
  6. Sakit dada

Diagnosis

Untuk mendiagnosis samada seseorang bayi itu mengalami G6PD atau pun tidak, dia perlulah melakukan ujian darah bagi menentukan samaada individu pengidap kekurangan G6PD ataupun tidak. Pada masa kini, ujian G6PD juga boleh dijalankan secara rutin sebaik sahaja seseorang bayi itu dilahirkan.

 

Bahan-Bahan/ Makanan Yang Perlu Dielakkan Oleh Pesakit G6PD

6 tanda-tanda G6PD

6 tanda-tanda G6PD

Rajah 3 daripada impiana

Makanan yang perlu dielakkan:

  • Kacang parang (fava beans)
  • Ubat China
  • Chuen Lin
  • San Chi
  • 13 herbs
  • 12 herbs
  • Ubat tradisi lain (dapatkannasihat doktor)

 

Ubat-ubatan:

  • Acetanilide
  • Doxorubicin
  • Furazolidene
  • Methylene Blue
  • Nalidixic acid
  • Niridazole
  • Nitrofurantoin
  • Phenozopyridine
  • Primaquine
  • Sulfamethoxazole
  • Bactrim

 

Bahan-bahan lain:

  • Ubat gegat (moth balls)
  • Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium

 

Rawatan

Pengidap kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda komplikasi.

Sekiranya anda adalah pengidap G6PD, anda perlu perlu mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti memakan kacang parang, terdedah kepada ubat gegat dan meminum air kosong dengan terlalu banyak melebihi sejag air dalam sesuatu masa dimana anda tidak bersenam, tidak penat, tidak kehausan, dan tidak berasa kering akibat pengambilan kadar gula atau nutrien yang tinggi pada sesuatu masa.

Anda juga harus memberitahu doktor anda tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor anda kerana ada beberapa jenis ubat yang mungkin tidak membolehkan anda mengambilnya.

Akhir sekali, pastikan anda memaklumkan kepada doktor sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan.

Jika anak anda mengalami masalah G6PD, sila tekan link ini.

 

Kredit:

  1. http://www.myhealth.gov.my/kekurangan-enzim-g6pd/
  2. https://ms.wikipedia.org/wiki/G6PD

Rawatan Batuk Ibu Hamil Yang Mudah dan Berkesan

Merasa tak sedap tekak hingga menyebabkan batuk adalah satu keadaan yang cukup tidak selesa. Kemudian, mulalah anda pun terburu-buru nak mendapatkan ubat di farmasi bagi rawat batuk ibu hamil. Apatah lagi dengan keadaan sekarang walaupun hanya batuk, kita pasti akan rasa lebih risau adakah kita juga telah mendapat jangkitan yang tidak diingini?

 

Persoalan yang sering ibu-ibu mengandung kerap tertanya -tanya adalah, sama ada boleh atau tidak rawat batuk ibu hamil dengan memakan ubat? Boleh sebenarnya, namun tidak salah kita cuba alternatif lain iaitu rawatan semula jadi menggunakan bahan-bahan mudah yang boleh didapati di rumah.

 

  1. Bawang putih

Ada tak yang suka atau boleh makan bawang putih mentah? Wah, kalau betul anda boleh makan mentah dengan begitu saja memang salute la! Bawang putih ini ada banyak khasiat. Ia bukan untuk jadi perencah dalam masakan saja, tapi ia juga dapat merawat batuk ketika hamil dan masalah gatal tekak.

 

Caranya anda boleh minuman herba dengan empat ulas bawang putih, dua biji tomato dan hirisan lemon. Ia dapat melegakan batuk ketika hamil dan menjadi minuman antibakteria yang lazat. Cara kedua, anda boleh meletakkan bawang putih ke dalam sup tomato dan makan bersama nasi putih. Fuhh perut kenyang plus batuk ketika hamil ini pun boleh hilang.

 

  1. Teh herba

Teh herba juga boleh merawat batuk ketika hamil. Caranya campurkan halia, bunga chamomile (spesis bunga matahari) dan hirisan lemon. Halia misalnya, selalu digunakan dalam perubatan tradisional Cina pada zaman dahulu kala. Ia membantu sistem pernafasan dan mampu singkirkan angin yang dipercayai penyebab sakit.

 

Kelebihan bunga chamomile pula bersifat anti bakteria dan memberikan ketenangan saat bernafas selepas minum teh herba ini. Manakala lemon pula mempunyai sejumlah besar vitamin C yang boleh meningkatkan sistem imun tubuh terutamanya ketika hamil kekebalan tubuh akan sedikit menurun. Lemon juga dapat kuatkan badan untuk melawan penyakit.

 

  1. Campuran madu, halia dan lemon

Antara minuman campuran yang boleh merawat batuk ketika hamil adalah penggunaan madu, halia dan lemon dalam satu cawan minuman.

 

Cara membuatnya:

  • Ambil setengah suku halia dan letakkan dalam air untuk direbus.
  • Biarkan air tersebut mendidih selama lima minit
  • Kemudian tuangkan dalam cawan dan biarkan suam.
  • Selepas itu, tambah dengan hirisan buah lemon dan satu sudu madu
  • Campurkan kesemuanya. Anda pasti rasai kelazatan minuman ini.

Bahan yang digunakan ini memang banyak terdapat dalam rawatan tradisi Cina dan sebagai bahan untuk anti bakteria.

 

  1. Cuka epal

Cuka epal juga boleh menjadi ubat rawatan semula jadi untuk sembuhkan selsema dan batuk ketika hamil. Selain itu, cuka epal juga memberi daya tahan pada tubuh ketika sakit. Apabila tubuh jatuh sakit, ia akan berubah menjadi alkali. Dengan mengamalkan cuka epal ini, ia membantu neutralkan penyakit supaya tubuh selamat daripada sebarang virus.

 

Selain itu, ia juga mengandungi mineral penting seperti potasium, kalsium, magnesium, phosporus, klorine, sodium sulfur , zat besi dan banyak lagi. Jika anda rasa masam, campurkannya dalam masakan yang sesuai seperti sayur goreng atau salad.

 

  1. Buah beri

Buah beri mengandungi antioksidan yang mampu menghilangkan racun pada tubuh yang menyebabkan rasa tak selesa di bahagian kerongkong serta tekak. Anda boleh letakkan buah beri dalam salad atau buat jus.

 

Kesimpulannya batuk ketika hamil ini biasanya akan serang ibu sebanyak dua kali jika sistem imun badan lemah. Ibu-ibu hamil juga diingatkan agar tidak mengamalkan ubat-ubatan yang boleh mengundang bahaya pada kandungan.

 

Kesimpulannya

Pastikan anda mendapat kebenaran doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan ketika mengandung. Jadi penyelesaian paling mudah jika anda menghidap selesama dan batuk ketika hamil ini terjawab jika anda mengamalkan ubatan semulajadi di rumah.

 

Bahkan, bahan yang digunakan juga senang dapat di kedai berdekatan.Namun begitu sekiranya ia memberikan tindak balas tertentu atau anda berasa ragu-ragu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

 

Jika anda ingin mencuba madu dari Asmak, boleh rujuk halaman ini.

Rawat Batuk Ibu Hamil

 

Sumber:

  1. healthline 

7 Langkah Menangani Isu Gigi Rosak Di Kalangan Kanak-Kanak

Karies awal kanak-kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Ia melibatkan satu atau lebih batang gigi. Ia merupakan proses pendemineralan asid terhadap gigi akibat kehadiran plak (tahi gigi) dan air liur.

Karies botol susu hanya pada Namanya sahaja,namun jika anak-anak tidak menghisap susu botol atau hanya mendapatkan susu ibu juga turut berpotensi alami kerosakan pada gigi.Hal imi menyebabkan karies yag terjadi sewaktu anak tertidur dengan botol susu atau puting dada berada di dalam mulut.

Antara penyebab berlakunya keroskan gigi anak adalah:

  1. Kerap mengambil makanan atau minuman yang tinggi gula
  2. Kurang atau tidak memberus gigi
  3. Teknik memberus gigi yang tidak berkesan menanggalkan plak
  4. Menyusu botol yang mengandungi sukrosa
  5. Pertukaran bakteria daripda ibu kepada anak melalui air liur.Contohnya,ibu dan anak berkongsi sudu makanan.

Langkah yang boleh diambil untuk mencegah kerosakan gigi adalah:

#1- Pengambilan diet yang mengandungi gula rendah

Menjadi kebiasaan bagi kanak-kanak sekiranya mereka menggemari makanan yang manis dan bergula.Nmaun ,ibu ayah jangan terlalu memanjakan mereka dengan menuruti apa sahaja yang diminta.

#2- Penggunaan ubat gigi berfluorida

Sebagai langkah awal ibu ayah boleh meminta untuk mendapatkan sapuan florida setiap 6 bulan.Hal ini kerana sapuan ini cukup berkesan untuk mencegah tanda-tanda karies gigi.

  1. Tabiat memberus gigi

Tarik perhatian anak dan terangkan kesan sekiranya mereka enggan memberus gigi.Ibu bapa perlu memastikan anak menggosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari sebelum mandi atau selepas bangun dari tidur.

  1. Menjalani pemeriksaan gigi

Ibu bapa perlu memastikan anak-anak menjalani pemeriksaan gigi 2 kali setahun agar kesihatan gigi mereka terlebih terjamin.

3.Makanan yang tinggi kalsium

Kalsium adalah sumber mineral yang sangat diperlukan dan paling banyak terdapat dalam tubuh manusia. Ia amat penting dalam memainkan peranan untuk kesihatan tulang dan gigi serta sebagai perlindungan daripada berlakunya masalah.

  1. Keluarkan botol susu dari mulut

Kebiasaan bagi anak menghisap susu botol sehingga mereka tertidur dengan sendirinya.Namun,situasi ini sebenarnya yang menyebabkan karies awal gigi anak-anak terbentuk.

Caranya adalah ibu bapa perlu melarang anak mebawa botol susu ke tempat tidur dan juga selepas memberus gigi sebelum tidur,hanya dibenarkan untuk mengambil air kosong sahaja.

  1. Kurangkan penggunaan puting

Penggunaan puting secara berterusan adalah tidak digalakkan.Puting perlu dikurangkan apabila anak mencecah umur 3 tahun,dan pastikan ianya tidak digunakan langsung bila anak berumur 6 tahun kerana pada waktu ini telah tumbuh gigi kekal.

Masalah gigi rongak, gigi hitam dan gigi berlubang bukan lagi perkara asing untuk kita lihat berlaku pada kanak-kanak.Gigi yang dahulunya putih dan tersusun rapi kini sudah menghilang. Masalah kerosakan gigi pada kanak-kanak ini berlaku disebabkan banyak faktor seperti pemakanan dan cara menggosok gigi yang salah.Bagi mengelakkan masalah kerosakan gigi, ibu bapa mesti memastikan penjagaan gigi dan mulut dilakukan secara berterusan setiap hari.

Sekiranya anda mengalami sakit gigi bongsu dan petua untuk menghilangkannya,anda boleh klik di sini.

Kredit

1.theAsianparents

2.Myhealth

 

Ini Cara Yang Boleh Ibubapa Lakukan Ketika Anak Anda Mengalami Tantrum.

Kebanyakkan ibu bapa tentunya akan mula hilang sabar apabila anak mereka mengalami tantrum.Sekiranya anda fikir tantrum itu adalah sesuatu yang rumit dan membebankan, cuba anda fikir sekali lagi.

Tantrum adalah bagus untuk perkembangan dan psikologi anak-anak anda sebenarnya . Cuma ibu bapa perlulah banyak bersabar kerana ianya memang akan mencabar diri serta kemarahan anda. Jom kenali apa itu tantrum yang sebenar.

Tantrum yang sebenar boleh berlaku dalam bentuk:

  1. Kemarahan
  2. Kekecewaan
  3. Tingkah laku yang mencabar
  4. Menjerit
  5. Menangis
  6. Menendang
  7. Memecahkan barang-barang
  8. Berkelakuan ganas

Perkara pertama yang ibu bapa perlu lakukan apabila kanak-kanak melakukan Tantrum di rumah adalah ibu bapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindak balas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.

Selalunya, kanak-kanak hanya akan hentikan Tantrum bila mereka dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibu bapa juga menyumbang kepada berapa kerap Tantrum akan berlaku.

Bagaimana untuk mengendalikan kanak-kanak yang sedang Tantrum ?

  1. Pastikan anak andadalam keadaan
  2. Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut.
  3. Jangan hukum anak anda.
  4. Jangan berikan ganjaran.
  5. Jika boleh, asingkan anak anda.
  6. Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindak balas kepada Tantrum

Menghukum kanak-kanak kerana Tantrum, dengan menjerit atau memukul akan menyebabkan Tantrum menjadi lebih teruk dalam jangka masa pendek dan menyebabkan tingkah laku Tantrum kekal dalam jangka masa panjang.Jadi, peranan ibu bapa untuk mengatasi masalah ini adalah sangat penting kerana ianya akan berkait dengan tindak balas anak anda.

Manfaat Tantrum yang ada pada anak perlu ibubapa tahu

  1. Anak belajar bagaimana menangani situasi yang mengecewakan mereka

Ibu bapa boleh menggunakan ketegasan tetapi bukan kemarahan kerana kehendak manusia tidak mungkin dapat dipenuhi secara keseluruhan. Jika anak anda dapat belajar memahami ini, maka dia akan dapat belajar bagaimana mengatasi kekecewaan itu.

  1. Anak berasa selamat untuk berkongsi emosi dengan anda

Tunjukkan belas kasihan sekiranya anak anda melontarkan tantrum di hadapan anda. Ini kerana anak anda rasa selesa dan selamat ketika meluahkan sikap sebegitu dihadapan anda.

  1. Tantrum meningkatkan proses pembelajaran anak anda

Sebenarnya, mengekalkan kekecewaan melalui tangisan adalah tindak balas yang positif kerana ia membantu anak anda hidup dalam emosi yang negatif. Apabila selesai menangis anak anda akan kembali normal oleh sebab proses pembelajaran tersebut.

Akhir sekali, tantrum merupakan proses pembelajaran untuk anak anda. Jadi ibu bapa perlu bijak untuk mengatasi masalah tersebut. Jika anak anda mengalami Tantrum yang melampau, bawa pergi berjumpa dengan doktor untuk dapatkan nasihat lebih lanjut.

Sekiranya anak anda mengalami masalah tantrum , boleh rujuk di halaman ini.

 

Kredit:

  1. https://my.theasianparent.com/tantrum-pada-anak
    http://www.myhealth.gov.my/kemahiran-keibubapaan-mengendalikan-tantrum/

 

Ketahui 8 Punca Kenapa Bibir Anda Tiba Tiba Kering

Bibir adalah salah satu penampilan utama bagi setiap wanita. Keadaan bibir yang kering adalah keadaan yang sangat dibenci oleh para gadis dan wanita. Penampilan menjadi kurang menarik apabila masalah ini berlaku. Bukan itu sahaja, banyak sebenarnya punca bibir kering, masalah lain juga ialah gincu bibir tidak akan melekat dengan baik semasa anda berhias.

 

Bibir yang kering kadangkala amat menyakitkan dan lebih teruk lagi boleh menganggu keselesaan melakukan aktiviti seharian kita. Apakah sebenarnya punca bibir kering? Bagaimana cara untuk mengatasinya? Terdapat pelbagai punca bibir kering, dan tanpa anda sedari yang sebenarnya anda sering melakukan perkara-perkara tersebut.

 

1. Kurang minum air

Tubuh badan kita sangat memerlukan air dan apabila anda tidak minum air dengan secukupnya, tubuh badan anda akan menjadi kering.Apa yang dimaksudkan disini ialah semua organ dan anggota badan termasuk kulit akan menjadi kering juga. Akibatnya, bibir anda juga akan menjadi kering. Oleh itu, pastikan anda minum air yang secukupnya setiap hari iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari.

 

2. Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan

Punca bibir menjadi kering ialah daripada masalah dehidrasi yang berlaku dengan kerap. Masalah dehidrasi boleh berlaku disebabkan oleh cuaca yang terlalu panas, terlalu aktif, bersenam dalam cuaca panas ataupun mungkin disebabkan oleh berpuasa. Oleh itu, kalau anda nak bibir yang lembab dan cantik, elakkan diri daripada dehidrasi.

 

3. Terdedah kepada sinaran matahari yang terik

Terdedah kepada sinaran matahari yang terik boleh menyebabkan bibir anda menjadi kering. Yang ini pasti anda selalu buat, kan? Apabila anda suka berjemur dibawah panas matahari, bibir anda akan menjadi kering, menggelupas, dan berdarah. Oleh itu, elakkan daripada berada di luar semasa matahari terik. Jika perlu keluar jangan lupa gunakan payung untuk melindungi muka anda daripada terkena matahari secara langsung

 

4. Cuaca yang terlalu sejuk

Selain cuaca yang terlalu panas, cuaca yang terlalu sejuk juga adalah di antara punca bibir kering. Cuaca sejuk yang kami maksudkan ialah cuaca dengan suhu yang sangat sejuk seperti di Bukit Fraser atau Cameron Highlands. Pejabat dengan penyaman udara yang terlalu sejuk hingga anda rasa nak beku juga termasuk dalam cuaca terlalu sejuk yang kami maksudkan. Kalau anda perasan, duduk dalam suhu yang sejuk akan menyebabkan kulit dan bibir anda menjadi kering. Keadaan ini berlaku kerana cuaca yang sejuk akan menyerap lembapan dari tubuh badan termasuk bibir anda. Oleh itu, pastikan anda memakai lip balm untuk melindungi permukaan bibir agar lembapan tidak hilang.

 

5. Tabiat suka menjilat bibir

Tabiat suka menjilat bibir adalah satu perbuatan yang kurang menarik dan boleh menyebabkan bibir anda menjadi kering. Ini kerana dalam air liur manusia terdapat enzim yang akan menyebabkan bibir menjadi kering dan hitam. Oleh itu, kalau anda adalah seorang yang suka menjilat bibir, hentikan tabiat tersebut supaya bibir anda tidak kering lagi.

 

6. Tabiat suka menggigit bibir

Selain tabiat suka menjilat bibir, tabiat suka menggigit bibir juga akan menjadi punca bibir kering. Bibir anda akan melecet dan luka apabila anda suka menggigit bibir. Bukan itu sahaja, air liur akan melekat apabila anda menggigit bibir lalu enzim yang ada dalam air liur akan menyebabkan bibir anda kering. Oleh itu, hentikan tabiat suka menggigit bibir hari ini juga.

 

7. Suka bernafas melalui mulut

Punca bibir kering yang ini pastinya akan membuatkan anda terkejut. Ramai orang suka bernafas melalui mulut tanpa disedari. Bagaimana tabiat suka bernafas melalui mulut boleh menyebabkan bibir menjadi kering? Apabila anda bernafas melalui mulut, ia akan menyebabkan wap air liur melekat pada dinding bibir. Hal ini sama seperti tabiat menjilat bibir, dimana enzim dalam air liur boleh menyebabkan bibir menjadi kering. Oleh itu, hentikan tabiat suka bernafas melalui mulut kalau anda nak bibir yang lembab dan cantik.

 

8. Makanan tinggi garam

Jika anda suka makan makanan yang tinggi dengan garam, tak hairanlah kalau bibir anda kering. Ini kerana garam adalah punca bibir kering. Oleh itu, untuk mendapatkan bibir yang cantik anda perlu jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang tinggi garam. Pilih makanan yang sihat.

Mengelakkan 8 perkara ini boleh menghasilkan bibir yang lebih sihat dan cantik. Pemakaian pelembap bibir juga boleh menghalang dari bibir yang kering dan sentiasa berada dalam keadaan lembap. Antara bahan semulajadi lain yang membantu untuk melembapkan  bibir ialah madu asli, minyak zaitun, petroleum jelly dan gula (digunakan sebagai skrub). Ingin mencuba pelembap bibir Kaisa keluaran Asmak? Klik sini.

Kredit: sayscom
bidadarimy

 

 

 

Ini Kisah Anak Kembung Perut & Menangis Tanpa Henti Waktu Malam

Bayi yang mengalami masalah kembung perut, sembelit dan colic biasanya akan menangis berjam-jam kerana rasa sangat tidak selesa. Sebagai ibu bapa, anda mungkin rasa bimbang dan tidak berdaya untuk melakukan apa-apa. Jangan risau, sebenarnya masalah bayi menangis waktu malam berpunca daripada kembung perut, sembelit dan colic semuanya masalah biasa yang dihadap seorang bayi.

Diharap ibu banyakkan bersabar ya. Kami akan huraikan mengapa masalah kembung perut ini terjadi dan bagaimana anda boleh membantu si manja.

 

Mengapa masalah bayi kembung perut atau angin terjadi?

 

Apabila bayi anda menyusu, tersedu atau bernafas, kadang-kadang udara yang ditarik boleh masuk ke dalam perut dan system pencernaan. Sejumlah besar udara ini keluar apabila bayi buang angin, tapi gas juga boleh terperangkap dalam perut dan menyebabkan ketidakselesaan.

 

Bayi menangis waktu malam sebab perut bayi mengalami masalah kembung perut dan akan rasa tegang serta keras. Walaupun ibu bapa boleh cuba untuk menyendawakan bayi mereka sehingga dia mengeluarkan angin, namun terdapat juga angin degil yang mungkin masih terperangkap dalam perut.

 

Bagaimana pula dengan bayi sembelit?

 

Perut kembung juga mungkin tanda sembelit. Tap bayi yang diberi susu ibu jarang menghadapi masalah ini. Cuma kadang-kadang bayi baru lahir akan mengambil masa yang lama untuk membuang air besar. Seorang bayi yang lebih berusia, misalnya bayi yang sudah mula makan makanan pejal akan menghadapi risiko sembelit yang lebih besar.

 

Masalah sembelit yang teruk boleh menyebabkan bayi itu rasa tidak selesa. Bayi baru lahir tidak boleh mengambil ubat pelembut najis atau melakukan enema tanpa pengawasan doktor.

 

Anak menganis 3 jam tanpa henti, ini colic ke?

 

Menurut Pusat Perubatan Universiti Maryland, satu-satunya tanda bayi itu sakit colic adalah apabila bayi menangis selama tempoh jam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bayi akan menunjukkan tanda-tanda jelas yang dia dalam keadaan yang tidak selesa. Contohnya tubuh badan yang sentiasa tegang dan dia akan mengetatkan kedua-dua tangan seperti tengah menahan sakit.

Masalah perut kembung dan sembelit yang teruk boleh menyumbang kepada sakit colic. Apabila byi anda menangis, dia akan menelan udara dengan lebih banyak dan menyebabkan keadaannya menjadi lebih teruk.

 

Jika anda ibu menyusu, jaga pemakanan anda dan elak daripada makan makanan pedas serta makanan yang boleh menyebabkan badan berangin, supaya tidak menjejaskan susu ibu dan mencetuskan colic.

 

Cara atasi masalah kembung perut, sembelit dan colic TANPA ubat

 

Cara mudah tanpa makan ubat ialah dengan melakukan senaman basikal. Ini Langkah-langkahnya.

  1. Baringkan bayi dan angkat kakinya ke perut untuk memaksa udara keluar melalui dubur.
  2. Gerakkan kaki bayi seperti dia sedang mengayuh basikal beberapa kali kemudian angkat kakinya ke perut semula.
  3.  Ulang beberapa kali dan tunggu bunyi kentut ataupun letupan najis.

 

Ini adalah kaedah tanpa ubat yang selalu saya gunakan untuk melegakan masalah kembung perut bayi saya. Tapi sebelum anda mencuba sebarang petua, rujuk kepada doktor dulu untuk pengesahan.

 

Jika keadaan bayi anda bertambah semakin serius sehingga menunjukkan tanda-tanda seperti demam, ruam atau darah dalam najis, ibu bapa perlu membawa anak untuk berjumpa doktor dengan segera.

 

Minyak herba AsmakBayi menangis waktu malam

Sumber:
TheAsianParent

Mari Kenal Pasti Punca Kenapa Bayi Anda Kerap Menangis

punca bayi kerap menangis

Kredit:majalahpama

Jangan khawatir atau risau jika bayi anda menangis kerana ia merupakan satu perkara yang normal. Menurut beberapa kajian serta penelitian, bayi sihat yang baru sahaja lahir akan menangis selama satu atau tiga jam sehari. Dalam beberapa hari pertama, mereka yang baru sahaja menjadi ibu dan bapa mungkin kurang mahir dalam mengenal pasti keperluan mereka, malah kerana tangisan itu dapat melahirkan rasa bimbang dalam diri mereka. Berikut merupakan beberapa sebab dan punca bayi menangis untuk memudahkan para ibu bapa memahami tangisan pertama si kecil.

 

#1- Lapar

Lapar selalunya merupakan punca utama untuk bayi menangis. Bayi yang lebih kecil akan menangis apabila lapar, kecuali dalam tempoh satu atau dua hari setelah dilahirkan kerana pada ketika itu, mereka hanya akan minum sahaja. Jika bayi menangis, berikan susu kepada mereka kerana kemungkinan besar ketika itu mereka sedang lapar. Sudah tentu, bayi tidak akan berhenti menangis serta merta, maka teruskan penyusuan jika mereka mahu dan mereka akan mulai tenang setelah perutnya terisi.

Jika bayi masih menangis setelah disusukan, pastinya ada sesuatu yang tidak kena. Ikut tips-tips yang bakal diberikan untuk memeriksa keaadan bayi.

 

#2- Tidak selesa

 Bayi akan merasa tidak selesa jika baju mereka terlalu ketat atau terdapat kotoran pada pakaian mereka yang dapat mendatangkan rasa yang kurang selesa. Terutamanya jika lampin yang dipakai mereka sudah basah. Sesetengah bayi akan mula menangis apabila lampin mereka basah, kerana ia mendatangkan kegatalan dan rasa tidak selesa pada kulit bayi.

Justeru itu, sentiasa periksa lampin bayi dan tukarkannya jika mendapati ia sudah penuh. Terdapat juga kemungkinan lampin yang dipasang terlalu ketat atau ada perkara lain yang membuatkan bayi tidak selesa.

 

#3- Faktor Suhu 

Sesetengah bayi yang baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan. Mereka tidak biasa merasai udara menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut panas. Anda perlu tahu bagaimana cara menukar lampin dengan segera supaya bayi dapat bertenang semula. Berhati-hati tuntuk tidak memakaikan baju yang berlapis atau tebal bagi mengelakkan bayi terlalu panas.

Apabila meletakkan bayi di atas katil atau bakul bayi, gunakan cadar atau selimut yang berlubang sebagai alas tilam dan bukannya selimut yang tebal supaya dapat memudahkan anda untuk menambah atau buang lapisan apabila perlu.

Untuk mengetahui bayi merasa panas atau sejuk, sentuh di bahagian perut bayi. Jika panas, sediakan selimut yang nipis. Jangan berpandukan kepada suhu tangan dan kaki mereka kerana kebiasaanya bahagian tersebut agak sejuk.

Dapatkan meter suhu di farmasi sekitar Malaysia, dan gunakannya untuk memeriksa suhu badan bayi jika kurang pasti. Kekalkan suhu bilik pada 24 atau 25 darjah Celcius.

 

#4- Mahu Dipeluk.

Bayi pastinya suka dipeluk dan dimanja. Berbeza pula dengan bayi yang baru lahir, bayi yang masih membesar akan menjadi tenang apabila dapat melihat dan mendengar suara ibu bapa mereka di dalam bilik dan memerlukan sentuhan fizikal untuk mereka menjadi lebih selesa. Jika bayi sudah diberi makan dan lampin sudah ditukar, dan masih menangis,jadi, mereka hanya mahu dipeluk. Anda boleh mencuba alat gendong bayi supaya bayi dapat rapat dengan anda dan bebas melakukan pekerjaan lain sambil menjaganya.

 

#5- Perlu Rehat.

Terdapat bayi yang tidak gemar akan terlalu banyak perhatian daripada orang ramai di sekelilingnya. Ini menyebabkan masa tidur bayi terganggu. Bayi yang baru lahir tidak mampu untuk mengurus rangsangan pada satu masa hingga menyebabkannya menjadi gelisah. Cahaya lampu,bunyi bising serta saudara-mara yang mahu menarik perhatiannya mampu membuatkan bayi menjadi resah.

Ramai ibu bapa pastinya mendapati bayi akan menangis lebih daripada biasa apabila ramai yang datang melawatnya. Jika anda tidak dapat mengenal pasti punca bayi anda menangis, terdapat kemungkinan bayi anda sudah tidak selesa dengan keadaan sekelilingnya.Solusinya adalah dengan membawa anak anda ke tempat yang lebih tenang dan senyap. Ini akan memberi bayi ketenangan dan tidur yang berkualiti. 

 

#6- Cuba Kaedah Urutan.

Urut atau gosok bahagian belakang bayi dan perut secara perlahan juga dapat membantu menenangkan mereka ketika menangis. Sambil mendukung bayi, usap perlahan bahagian belakang bayi untuk menyenangkanya. Jika bayi dilihat seperti dalam kesakitan akibat angin, cuba berikan susu dalam posisi tegak dan tepuk belakang bayi secara dengan lembut setelah penyusuan, lalu disandarkan di bahu anda.

 

Bakal ibu atau bapa tidaklah perlu terlalu risau jika bayi anda menangis. Pastinya ada solusi dan cuba untuk mencari punca daripada tangisan Si kecil. Dapatkan khidmat doktor dan pakar jika anda mendapati tangisannya lain daripada kebiasaannya atau anda boleh mencuba produk Asmak yang dapat membantu meredakan kembung perut bayi dan memberi keselesaan kepadanya.


Jika ingin mencuba Minyak Asmak, boleh terus ke halaman ini.  

 

Kredit : joiellebaby 

Ketahui Cara Menangani Menopaus Buat Mereka yang Baru Mengalaminya.

ketahui cara menangani menopaus

Kredit:irishtimes

Monopaus atau putus haid adalah yang sering dihadapi wanita di dalam lingkungan umur 50 hingga 60 tahun. Ia tidak berlaku dalam masa sehari atau semalaman tetapi mengambil masa yang lama dan menunjukkan beberapa tanda kepada individu yang akan putus haid sepenuhnya.

Tanda-tanda yang bakal dihadapi wanita yang mengalami fasa menopaus ialah pertama sekali mengalami perubahan kitaran haid dan kuantiti pendarahan haid adalah sedikit. Seterusnya tidak mengalami haid dalam bulan-bulan tertentu atau mengalami haid dalam tempoh 2 atau 3 minggu.

Namun, terdapat pula beberapa simptom paling ketara yang berlaku kepada wanita yang mengalami masalah menopaus seperti:

  1. Sensasi panas pada bahagian muka, leher dan dada yang boleh menyebabkan seseorang itu peluh berlebihan dan kulit menjadi  kemerah-merahan. Keadaan ini juga dikenali sebagai ‘hot flushes’.
  2. Berpeluh apabila tidur pada waktu malam.
  3. Kesukaran untuk tidur.
  4. Nafsu atau ‘libido’ berkurangan.
  5. Mengalami masalah memori dan fokus sering terganggu.
  6. Faraj akan mengalami kekeringan serta gatal malahan akan berasa sakit apabila menjalinkan hubungan seks.
  7. Sering sakit kepala.
  8. Emosi cepat berubah dan sering kali berasa risau atau resah.
  9. Jantung bedebar-debar dengan kencang.
  10. Sendi berasa sakit atau kejang
  11. Lebih mudah mendapat jangkitan kuman pada saluran air kencing.

Simptom tersebut merupakan amaran atau tanda bagi mereka yang sedang mengalami perubahan menopaus atau putus haid.Oleh itu jangan panik ketika menghadapi situasi ini dan berjumpa dengan doktor bahagian sakit puan untuk mendapatkan keterangan lanjut untuk masalah yang dihadapi dan mendapatkan jalan penyelesaiannya.

Bagi golongan wanita yang bakal menghadapi fasa ini haruslah mengambil maklum tentang cara dalam mengatasi simptom menopaus ini. Hal ini kerana, bagi wanita yang tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang menopaus pastinya akan mengalami kerisauan yang melampau ketika menghadapinya. Justeru itu, kaum wanita harus bersiap sedia untuk mengharungi cabaran tersebut.

Sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana  ia akan dapat membantu melancarkan aliran darah dalam badan dan dapat mengelakkan sebarang penyakit kronik yang tidak diingini.

Seterusnya, mengamalkan diet yang seimbang. Masalah ketidakseimbangan hormon dalam badan dapat diatasi dengan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dengan kandungan nutrien yang tinggi. Turut di nasihatkan perbanyakkan pengambilan makanan yang mengandungi kalsium dan magnesium yang tinggi untuk membantu mengukuhkan lagi struktur tulang sekali gus dapat melambatkan proses reput tulang.

Akhir sekali, kaum lelaki terutama sekali golongan suami untuk memahami apa yang sedang dihadapi oleh para isteri dan memberi sokongan emosi yang penuh kepada mereka. Oleh yang demikian, ini adalah kerana fasa menopaus merupakan fasa yang bakal dihadapi oleh semua wanita, maka dengan bantuan suami dalam masalah kesihatan ini dapat memberi manfaat dan menjadikan rumah tangga aman dan keluarga yang harmoni.

Masalah menopaus atau putus haid merupakan masalah yang pastinya bakal dihadapi oleh setiap wanita. Mereka akan mengalami simptom menopaus yang agak kurang selesa. Jadi, para wanita harus mengambil tahu serba sedikit tentang masalah ini untuk dijadikan sebagai persediaan dan berjumpa dengan doktor pakar sakit puan untuk maklumat dan nasihat yang lebih terperinci.

Jika kalian ingin mengetahui cara berpantang yang lengkap, boleh rujuk artikel ini.

Kredit: Doctor on call

6 Tips Penjagaan Diri Sewaktu Berpantang

Selepas melahirkan anak, tentu saja ibu-ibu perlu memulihkan kembali kekuatan tubuh badan. Justeru, selepas melahirkan adalah fasa yang penting bagi setiap ibu. Dalam jangka masa tempoh berpantang, ibu selepas bersalin perlu memberikan penjagaan lebih rapi kepada diri mereka. Ini kerana dalam tempoh berpantang tersebut, ibu akan mengalami perubahan emosi dan fizikal.

Sepanjang tempoh berpantang, ibu yang baru melahirkan perlu berehat, memulihkan badan dan mengikat hubungan kasih sayang dengan si manja. Justeru, jom ikuti 6 tips penjagaan ibu sewaktu berpantang. 

#1 – Memakai bengkung

Amalan memakai bengkung ini dilakukan bagi membentuk semula badan serta mengurangkan pergerakan bagi membantu pemulihan luka pada faraj. Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis bengkung yang berada di pasaran masa kini. 

Penjagaan diri sewaktu berpantang

Kredit:hmetro

#2 – Bertungku 

Bertungku bertujuan untuk mengeluarkan angin dalam badan, membantu mengecutkan rahim dan melembutkan urat yang tegang. Namun amalan bertungku ini perlu dilakukan dengan berhati-hati dan lembut serta elakkan daripada menekan rahim. 

#3 – Minum jamu dan ubat periuk

Kaedah berpantang dalam kalangan masyarakat Melayu amat menitik beratkan pengambilan jamu. Pengambilan jamu dan ubat periuk membantu mengembalikan tenaga dan memanaskan badan. Ia juga mampu mengeluarkan lemak, toksik serta memudahkan proses membuang air besar. 

#4 – Berurut

Berurut dapat memulihkan aliran darah selain membantu mengeluarkan angin dari badan. Ianya turut memulihkan sakit otot, sendi serta saraf di pinggang, tumit dan lutut. Berurut juga dapat mmberi ketenangan kepada ibu berpantang. Oleh itu, ia amat digalakkan untuk ibu selepas bersalin. 

Kredit:Vanillakismis

# 5 – Makan banyak sayur sayuran dan buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan sudah kita ketahui merupakan sumber vitamin, mineral dan anti-oksidan. Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dapat membantu mempercepat proses pemulihan ibu yang sedang berpantang. Sayuran yang berbentuk ulam-ulaman amat digalakkan bagi ibu berpantang. Antara contoh ulam-ulaman adalah seperti daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja dan daun sekentut. 

Penjagaan diri sewaktu berpantang

Kredit: Ceriasihat

#6 – Makan Sup Ikan Haruan 

Tahukah anda, ikan haruan terkenal dengan khasiatnya memulihkan luka dalaman dan luaran. Kerana itu, ikan haruan juga merupakan menu utama yang dihidangkan bagi ibu mengandung. 

Dalam keseronokan anda menerima cahaya mata, tidak bermakna anda perlu melupakan dan mengabaikan penjagaan diri anda sendiri. Anda adalah watak utama paling penting yang memerlukan penjagaan diri. Pastikan diri anda mendapat rehat yang mencukupi dan jaga pemakanan dengan mengamalkan makanan yang berkhasiat untuk sentiasa kekal bertenaga. 

Bagi mendapatkan produk penjagaan bayi Asmak Baby Care, sila klik disini. 

 

Kredit: hellodoktor

 

Shopping cart close