11 Makanan Yang Boleh Di amalkan Untuk Meningkatkan Imuniti Badan

Secara sederhana, imuniti didefinisikan sebagai kemampuan tubuh dalam melawan racun, terhindar dari jatuh sakit, dan zat atau mikroorganisma berbahaya lain penggunaan sel darah putih atau antibodi tertentu. Anggap saja seperti sistem pelindung – begitulah cara tubuh melindungi diri. Jika bukan kerana sistem imun, pelbagai jenis bakteria, virus, dan bahkan jamur boleh menyerang atau menginfeksi tubuh dengan sesuka hati. Berkat imuniti, hal tersebut tidak berlaku. Fungsi utama dari sistem imun iaitu untuk melindungi anda daripada mikroorganisma berbahaya yang boleh menyebabkan jangkitan. Namun, bukan hanya mencegah – ketika anda sakit, sistem imun-lah yang merupakan pertahanan pertama tubuh. Sistem imun akan melawan jangkitan dan bertindak untuk mengatasi kerosakan dalam tubuh. Sistem imun yang sihat akan mampu melawan kebanyakan jenis jangkitan. Sistem imuniti tubuh yang lemah bermakna penyakit lebih lama bertahan, dan gejala boleh lebih parah. Terdapat banyak makanan meningkatkan imuniti badan yang boleh kita amalkan.

Gaya hidup sihat merupakan cara terbaik untuk meningkatkan sistem imun. Ada baiknya anda selalu memperhatikan sistem imun setiap hari. Ada beberapa tips tentang cara menjaga sistem imun yang sihat dan kuat melalui aktiviti sehari-hari 1. Jika anda merasa imun badan menurun, selalu ingat anda boleh berunding dengan doktor. Mengonsumsi makanan secara seimbang, termasuk buah dan sayur segar yang banyak. Pola makanan sihat akan membekalkan pelbagai vitamin dan mineral penting yang diperlukan daya tahan tubuh untuk berfungsi normal.

Antara makanan meningkatkan imuniti badan ialah :

  1. Buah-buahan jenis masam.

Buah-buahan sitrus kaya dengan Vitamin C yang dipercayai membantu meningkatkan pengeluaran sel darah putih. Sel darah putih amat penting dalam membantu tubuh melawan virus jangkitan dan bakteria. Buah-buahan sitrus juga mengandungi antioksida yang membantu melawan radikal bebas. Buah sitrus haruslah diambil mentah atau begitu sahaja kerana suhu yang tinggi boleh memusnahkan kandungan Vitamin C yang terdapat dalam buah sitrus. Antara buah-buahan sitrus yang boleh anda makan atau buat minuman ialah limau gedang, limau nipis, buah oren dan lemon.

  1. Bengala Merah

Paprika merah atau lebih dikenali sebagai bengala merah mengandungi hampir 3 kali lebih banyak vitamin C (127 mg Sumber Dipercayai) daripada oren Florida (45 mg Sumber Dipercayai). Ianya juga sumber beta karotena yang kaya. Selain meningkatkan sistem imun tubuh anda, vitamin C dapat membantu anda menjaga kulit yang sihat. Sistem badan akan mengubah beta karotena menjadi vitamin A, membantu menjaga kesihatan mata dan kulit anda.

  1. Brokoli

Brokoli kaya dengan vitamin dan mineral. Ditambah dengan vitamin A, C, dan E, serta serat dan banyak antioksidan lain, brokoli adalah salah satu sayuran yang paling sihat yang boleh anda jadikan makanan harian anda.

  1. Bawang putih

Bawang putih mengeluarkan bahan aktif yang boleh melawan jangkitan dan bakteria. Pengambilan dua ulas bawang putih mentah sehari atau mencampurkannya dalam masakan boleh memberi kebaikan kepada tubuh.

  1. Halia

Halia boleh membantu mengurangkan, sakit tekak dan menghilangkan mual. Halia juga banyak digunakan dalam masakan dan ia dipercayai boleh mengurangkan kolesterol dalam badan seseorang.

  1. Bayam

Bayam bukan hanya kaya dengan vitamin C, malah kaya dengan antioksidan dan beta karoten, yang dapat meningkatkan keupayaan memerangi jangkitan sistem imun kita. Sama seperti brokoli, bayam paling sihat jika dimasak dalam masa yang singkat supaya dapat mengekalkan nutriennya.

  1. Yogurt

Yogurt mengandungi probiotik, iaitu bakteria sihat yang memastikan usus bebas daripada kuman penyebab penyakit. Pengambilan hanya 198 gram yogurt sehari boleh membantu badan menjadi lebih sihat dan kuat.

  1. Cendawan

Dikatakan ada 300 spesies cendawan yang bertindak sebagai pukulan turbo terhadap imuniti tubuh dan membantu proses detokfikasi dan menyokong flora usus yang sihat. Cendawan shiitake dan cendawan white button antara contoh cendawan yang bagus untuk imuniti.

  1. Kerang

Makanan laut seperti tiram, udang galah, ketam dan kerang mengandungi selenium yang membantu sel darah putih menghasilkan sitokin iaitu sejenis protein yang menyingkirkan virus selema dari tubuh.

  1. Teh hijau

Dikenali antara minuman yang paling berkhasiat, teh hijau kaya dengan Vitamin C dan flavonoid, sejenis antioksida yang membantu tubuh melawan radikal bebas. Teh hijau juga mengandungi epigallocatechin gallate (EGCG) sejenis antioksida yang sangat berkesan untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh badan. Terdapat lebih banyak kaedah untuk meningkatkan sistem ketahanan badan anda. Makan salah satu daripada cadangan makanan ini tidak mencukupi untuk melawan selema atau jangkitan lain, walaupun diambil secara berkala. Dapatkan nasihat pakar saiz hidangan dan kuantiti pengambilan harian yang disyorkan agar badan anda mendapat cukup vitamin.

  1. Madu

Tidak hanya mempunyai rasa yang manis dan lezat, madu juga dikenali baik untuk menjaga dan meningkatkan daya tahan tubuh, sehingga dapat dimanfaatkan sebagai pemanis alami yang lebih sehat daripada gula. Cairan kental berwarna kuning keemasan hingga coklat kehitaman yang dihasilkan oleh lebah ini mengandungi banyak nutrisi yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh secara umum.

Kandungan nutrisi yang terdapat pada madu meliputi karbohidrat, vitamin C, vitamin B, asam amino, magnesium, fosfor, dan kalium. Madu juga bersifat antibakteri, antiradang, dan antijamur. Selain itu, madu juga kaya akan antioksidan flavonoid dan polifenol.

Menjaga kesihatan badan dan meningkatkan imuniti badan sangat penting. Meningkatkan imuniti badan dapat mencegah kita dari penyakit yang merbahaya dan kadar sakit tidak lama jika imuniti badan kita kuat.

Mari sama-sama kita amalkan pemakanan yang sihat untuk meningkatkan imuniti badan yang tinggi.

 

Credit :

alodokter

redoxon 

sgs 

3 Khasiat Utama Habbatus Sauda Pada Kesihatan Badan Manusia

Habbatus sauda dengan nama saintifiknya Nigella Sativa ialah sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Barat Daya. Kini, ia boleh didapati di kebanyakan negara Eropah, Selatan Afrika dan utara Myanmar. Biji habbatus sauda diproses atau dikisar sehingga keluar minyaknya dan dimakan untuk tujuan kesihatan atau perubatan tradisional. Ia juga digunakan dalam masakan sebagai rempah di pelbagai negara seperti India, Asia Barat dan Poland. Ia dikatakan mempunyai gabungan rasa seperti lada hitam, bawang besar dan oregano. Artikal ini membincangkan tentang 3 Khasiat Utama Habbatus Sauda pada badan manusia.

Tumbuhan ini sangat kaya dengan antioksidan yang mampu melindungi tubuh dari penyakit berbahaya. Menurut kajian yang dijalankan International Journal Biomedical Science, Habbatus Sauda mampu untuk mencegah penyakit seperti obesiti dan diabetes. Ia juga membantu mengimbangkan kandungan gula dalam darah yang mana boleh menyebabkan masalah serius seperti kerosakan saraf, mempengaruhi penglihatan mata dan memperlahankan proses penyembuhan luka. Sementara minyak Habbatus Sauda pula dikatakan berkesan dalam menangani masalah jerawat serta rambut gugur. Ini kerana minyak Habbatus Sauda mengandungi Vitamin A baik untuk menghalang masalah jerawat serta mempercepatkan proses sembuh pada kulit.

Selain itu, Habbatus Sauda juga kaya dengan mineral, karbohidrat dan asid lemak yang bagus untuk kesihatan. Mineral- mineral termasuklah thiamin, niasin, kalsium, folat, zink dan fosforus. Manakala asid lemak terdiri daripada asid lemak tepu dan tak tepu yang bagus untuk sistem imunisasi tubuh. Di samping itu, habbatus sauda’ juga kaya dengan kandungan kompaun bioaktif. Kompaun ini selalunya boleh didapati dari sumber tumbuh- tumbuhan seperti sayur- sayuran dan kekacang. Antara kompaun yang terdapat dalam habbatus sauda’ adalah pati minyak seperti dichloromethane dan beberapa komponen lain seperti thymoquinone (TQ), thymohydroquinone (THQ), carvacrol, dan β-Pin. Secara amnya, bahan- bahan ini boleh memberi impak yang positif pada kesihatan badan. Thymoquinone (TQ) yang terkandung dalam jintan hitam adalah bahan aktif didalam minyak habbatussauda yang telah dikaji sejak tahun 1960an. Ia bersifat antioksidan, anti-keradangan dan anti-kanser yang dilaporkan efektif melawan jangkitan otak (encephalomyelitis), diabetes, asma dan mencegah pertumbuhan sel-sel kanser.

Antara 3 khasiat utama Habbatus Sauda pada kesihatan badan manusia adalah mencegah diabetes. Kadar pesakit diabetes semakin meningkat dari hari ke hari. Etiologi dan komplikasinya sering dikaitkan dengan kehadiran dan tindak balas radikal bebas di dalam badan, lalu mengakibatkan tekanan oksidatif. Keadaan inilah yang menyebabkan paras gula dalam darah tinggi secara berterusan (hyperglycemia). Penyelidik muslim mahupun penyelidik barat banyak mengkaji dan mengakui bahawa penggunaan habbatus sauda dalam kehidupan seharian boleh merawat diabetes.

Seterusnya, ia juga baik untuk penghidap Hipertensi (Pesakit Darah Tinggi). Habbatus Sauda’ boleh menjadi alternatif kepada ubat darah tinggi yang berada di pasaran sekarang. Ciri- ciri antioksidannya juga dikenal pasti dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Satu kajian menjumpai bahawa ekstrak dichloromethane yang dijumpai dalam habbatus sauda menunjukkan kesan diuretik pada kadar yang baik. Ada juga komponen lain yang bersifat anti- platelet, mengakibatkan risiko pembekuan darah berkurang.

Tambahan pula, Habbatus sauda juga boleh membantu mengurangkan simptom Asma. Biji habbatus sauda yang direbus dilihat mampu mengurangkan beberapa simptom asma dalam kalangan 29 penghidap asma. Ia juga membantu mengurangkan kekerapan menghadapi simptom asma seperti bersin dan sesak nafas, malah menyihatkan paru-paru. Pesakit asma yang mengamalkan habbatus sauda’ juga dilihat mengambil kurang ubat- ubatan berbanding yang lain.

Akhir sekali, habbatus sauda telah banyak digunakan dalam pemakanan seharian kita terutamanya dalam bentuk produk-produk komersial yang dijual di pasaran. Semua makanan mempunyai manfaat masing-masing. Rebut peluang untuk mengamalkan pemakanan sihat untuk penjagaan kesihatan secara menyeluruh.

Sekiranya anda ingin mengetahui info berkaitan produk habbatu sauda. Jom klik link di sini.

 

Kredit:

rootofscience

ohbulan

thediagnosa

 

4 Pemakanan Diet DASH Bantu Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi adalah penyakit senyap yang boleh membawa kepada komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi II menunjukkan prevalens sebanyak 24% untuk penyakit ini.

Dalam menangani masalah hipertensi atau darah tinggi ini, perubahan gaya hidup seperti diet yang betul memainkan peranan yang penting untuk merawat tekanan darah tinggi. Namun tidak dinafikan, ianya memakan masa yang lama untuk mengurangkan tekanan darah tinggi kerana bukan mudah untuk kita terus mengubah gaya hidup kita. Antara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian ialah mengekalkan berat badan yang normal, berhenti merokok dan belajar untuk mengawal stress. Ini juga ialah antara gaya hidup yang sihat yang boleh kita praktikkan. Tidak mustahil anda tidak perlu lagi mengambil ubat-ubatan  pada masa akan datang. 

Kurangkan tekanan darah tinggi dengan diet DASH

Apa itu diet DASH? Perkataan pendek untuk Pendekatan Diet untuk Menghentikan Hipertensi – ini adalah pelan pemakanan yang sihat dan baik untuk hati yang bertujuan untuk merawat atau mencegah tekanan darah tinggi dengan menurunkan pengambilan natrium dan meningkatkan penggunaan makanan kaya nutrien. Jika anda mengikuti diet ini ia boleh menurunkan tekanan darah anda dalam masa dua minggu iaitu dari masa ke semasa, tekanan darah sistolik anda boleh turun sebanyak 14 point. (Tekanan sistolik, nombor pertama dalam bacaan tekanan darah, mengukur tekanan apabila jantung anda berkontraksi.) Pendekatan ini juga adalah untuk makanan sejajar dengan cadangan diet yang membantu mencegah osteoporosis, kanser, penyakit jantung, strok, dan diabetes jenis 2.

 

1.Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh

Buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh boleh menurunkan tekanan darah anda sehingga 11 mmHg jika anda mengalami hipertensi. Benar, bukan mudah untuk mengubah gaya pemakanan, namun usaha ini akan membuahkan hasil jika anda kekal disiplin dan menjaga pemakanan.

Bukan itu sahaja, lebihkan makanan yang mengandungi kalium kerana ia dapat membantu dalam mengurangkan kesan garam pada tekanan darah. Cuba dapatkan sumber kalium daripada makanan seperti sayur-sayuran hijau dan buah-buahan berbanding daripada suplemen.

2. Jangan makan garam berlebihan
Semua orang tahu, garam dan tekanan darah tinggi tidak dapat dipisahkan. Tetapi, tahukah anda, pengurangan garam dalam makanan walaupun sedikit boleh menurunkan tekanan darah anda? Orang dewasa digalakkan agar mengambil garam kurang daripada 1500 mg sehari. Untuk mencapai target ini, pastikan anda kurangkan pengambilan makanan segera dan makanan yang diproses. Kalau anda suka memasak, inilah masanya untuk kurangkan garam dalam masakan untuk kesihatan keluarga yang lebih terjamin.

3. Kurangkan minum alkohol untuk kawal tekanan darah tinggi.
Alkohol mempunyai kesan yang buruk terhadap kesihatan diri. Individu yang kerap minum arak didapati mempunyai tekanan darah yang lebih tinggi berbanding orang lain. Malah, ia juga boleh mengurangkan kesan ubat-ubatan tekanan darah tinggi yang anda ambil!

4. Kurangkan minum kopi
Walaupun kesan kafein terhadap tekanan darah masih lagi hangat diperdebatkan, ada kajian yang menunjukkan kafein dapat meningkatkan tekanan darah sebanyak 10 mmg Hg dalam kalangan mereka yang jarang menikmatinya.

Tetapi, kesan ini tidak dapat dilihat pada individu yang sering minum kopi. Walaupun kesan jangka panjang minum kopi tidak dapat dipastikan, namun elakkan mengambil sebarang minuman secara keterlaluan. Sentiasalah bersederhana dalam segalanya.

Berikan sokongan kepada pesakit tekanan darah tinggi

Walaupun makanan merupakan faktor yang penting dalam penjagaan tekanan darah, namun sokongan ahli keluarga juga dapat membantu pesakit untuk lebih bersemangat dalam menjaga kesihatan masing-masing. Jika anda mempunyai ahli keluarga yang menghidap tekanan darah tinggi, jangan lupa beri mereka sokongan untuk melakukan perubahan dari segi gaya hidup.

Selain itu, mereka yang mempunyai penyakit hipertensi juga boleh memantau tekanan darah sendiri di rumah. Dengan cara ini, pesakit dapat kawal tekanan diri dengan lebih baik. Akhir sekali, jangan lupa berjumpa dengan doktor jika anda mempunyai sebarang persoalan.

Jika anda berjaya melakukan perubahan dari segi gaya hidup dan makan dengan lebih sihat, tidak mustahil anda boleh bebas ubat pada masa yang akan datang.

Ikuti pula artikel berkenaan Cara Mengurangkan Gula Dalam Darah disini. 

Kredit:
1. Hello Doktor
2. My Health

Kenali Perbezaan Ketumbit Luaran dan Ketumbit Dalaman

Apakah perbezaan ketumbit luaran dan dalaman? Ketumbit adalah kelopak mata yang mempunyai kelenjar-kelenjar yang menghasilkan minyak serta membantu melembapkan permukaan hadapan bola mata dan bulu mata yang berfungsi memerangkap habuk daripada memasuki mata. Ketumbit (hordeolum luaran) adalah bisul kecil hasil dari jangkitan kuman staphylococcus ke atas akar (folikal) bulumata.Sebaliknya, penakungan minyak akibat saluran kelenjar tersumbat mengakibatkan chalazion (hordeolum dalaman). Jom Kenali ketumbit luaran dan dalaman lebih lanjut dalam artikal di bawah.

Ketumbit ini merupakan ketumbuhan pada kelopak mata sama ada melibatkan satu mata atau kedua-dua belah mata. Untuk memahami apakah itu ketumbit, kita mestilah  mengetahui serba sedikit mengenai struktur yang berada pada mata. Biasanya, ketumbit ini melibatkan bahagian folikel iaitu akar rambut, atau kelenjar meibomian yang terletak di tepi mata. Ketumbit boleh dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan bahagian mata yang terlibat.

Pertama, Hordeolum. Hordeolum ini merujuk kepada ketumbuhan akut pada kelopak mata akibat jangkitan kuman dan boleh dibahagikan kepada hordeolum luaran dan hordeolum dalaman. Hordeolum luaran berlaku apabila jangkitan kuman berlaku pada folikel bulu mata. Keadaan ini merupakan kes yang lazim berlaku kepada orang ramai. Manakala, hordeolum dalaman pula jarang berlaku dan merupakan jangkitan kuman kelenjar meibomian yang terletak pada permukaan kelopak mata yang menghadap bebola mata.

Kedua adalah Chalazion. Chalazion ini merujuk kepada halangan kelenjar meibomian. Kelenjar meibomian ini berfungsi untuk menghasilkan sejenis cecair berminyak pada bola mata agar dapat mengelakkan lapisan air mata daripada menjadi kering. Apabila kelenjar ini tersumbat, kandungan minyak dalam kelenjar ini akan bertakung dan mengakibatkan kawasan kelopak mata menjadi bengkak. Keadaan ini bleh diibaratkan sebagai pertumbuhan jerawat pada kelopak mata kerana jerawat berlaku disebabkan oleh halangan pada kelenjar lemak. Kedua-dua jenis ketumbit ini boleh berubah kepada satu sama lain. Contohnya, chalazion boleh dijangkiti kuman lalu menjadi hordeolum. Hordeolum dalaman juga boleh menjadi chalazion sekiranya nanah dalam kelenjar tersumbat dan tidak dikeluarkan untuk jangka waktu yang panjang. Seterusnya, antara komplikasi ketumbit adalah kebanyakannya akan hilang tanpa memerlukan rawatan dalam beberapa hari. Tetapi sesetengah individu mungkin mendapat komplikasi yang lebih teruk sekiranya jangkitan tersebut merebak ke bahagian lain kelopak mata dan seterusnya menyebabkan preseptal cellulitis. Keadaan ini menyebabkan kesakitan dan bengkak pada kelopak mata.

Seperti yang diterangkan, ketumbit merupakan fenomena yang dialami oleh hampir setiap orang sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup tidak kira usia atau jantina. Hordeolum disebabkan oleh jangkitan kuman pada folikel bulu mata terutamanya bakteria Staphylococcus. Kuman ini merupakan kuman yang normal pada kulit manusia. Walaupun ketumbit ini jarang berjangkit kepada orang lain namun orang ramai dinasihatkan untuk tidak berkongsi alat solek seperti berus, pembayang mata dan lain-lain dengan pesakit ketumbit. Kelompok orang yang lebih kerap mengalami hordeolum ialah pesakit kencing manis yang mempunyai sistem imun lebih rendah, pesakit seborrhea iaitu sesuatu penyakit kulit yang mengakibatkan kulit kasar dan bersisik, pesakit yang mengalami blepharitis kronik iaitu sejenis jangkitan kelopak mata yang telah berlarutan untuk tempoh masa yang lama. Individu yang tidak menjaga kebersihan kelopak mata contohnya mereka yang tidak mempunyai tabiat membersihkan solekan mata sebelum tidur. Chalazion pula berpunca daripada masalah kelenjar meibomian. Faktor utama berlakunya chalazion adalah lapisan lemak dalam kelenjar yang terlalu melekit dan susah untuk dikeluarkan. Contohnya, golongan yang mempunyai masalah “acne rosacea”.

Akhir sekali, kebanyakan ketumbit adalah kecil dan jarang menyebabkan gangguan yang teruk. Ia boleh dirawat di rumah dengan menuam ketumbit beberapa kali sehari. Dalam beberapa hari ketumbit akan sembuh dengan sendirinya. Sekiranya tidak sembuh selepas dituam, rawatan antibiotik dalam bentuk salaf mata mungkin diperlukan. Dalam kes yang lebih teruk ketumbit boleh dirawat dengan pembedahan kecil. Bagi ketumbit luaran (external hordeolum), bulu mata yang terlibat perlu dicabut.

Jika anda ada masalah ketumbit jom tekan link di sini.

 

Kredit:

myhealth

doctor on call 

 

Ketahui 6 Simptom Kencing Kotor Yang Dialami Oleh Seseorang Terutamanya Wanita

Jangkitan saluran kencing ataupun urinary tract infection (UTI) merupakan sejenis jangkitan yang berlaku pada mana-mana bahagian di dalam sistem urinari. Ini termasuklah pada bahagian buah pinggang, ureter, pundi kencing dan urethra.

Kebanyakan UTI berlaku pada bawah saluran urinari iaitu pada bahagian uretra dan juga pundi kencing. UTI jenis ini turut dikenali dengan nama cystitis.Cystitis merupakan kondisi yang berlaku apabila pundi kencing mengalami jangkitan yang menyebabkan rasa sakit atau pedih pada bahagian bawah abdomen.

Untuk pengetahuan anda, wanita lebih berisiko untuk mengalami UTI 30 kali ganda berbanding lelaki. Malah, 4 daripada 10 wanita yang alami UTI akan mendapat jangkitan kedua dalam masa 6 bulan seterusnya. Antara simptom kencing kotor yang dialami oleh seseorang ialah:

  1. Rasa terdesak untuk membuang air kecil

Salah satu simptom UTI ialah rasa terdesak untuk membuang air kecil. Pesakit akan rasa ingin membuang air secara tiba-tiba dan sukar untuk menahan kencing. Keadaan ini bukan sahaja akan membuatkan anda rasa tidak selesa, malah ia boleh mengganggu aktiviti harian. Langkah yang terbaik untuk menangani kondisi ini adalah dengan merawat punca UTI yang pesakit alami.

  1. Rasa sakit ketika membuang air kecil

Rasa sakit ketika membuang air kecil merupakan satu tanda kencing kotor yang amat merisaukan. Ia akan membuatkan pesakit rasa menderita dan tidak selesa ketika membuang air kecil. Rasa pedih yang berlaku adalah disebabkan oleh pertumbuhan bakteria yang menyebabkan urin menjadi asidik. Oleh sebab itu, apabila urin keluar, ia akan menyebabkan pesakit rasa sakit dan pedih.

  1. Buang air dengan jumlah yang sedikit

Jika anda terpaksa meneran untuk membuang air ataupun hanya mengeluarkan urin yang sedikit setiap kali anda ke tandas, ini mungkin merupakan tanda anda mengalami jangkitan saluran kencing. Walaupun begitu, ada banyak sebab yang mungkin menjadi punca anda alami masalah ini. Antaranya ialah dehidrasi, jangkitan ataupun terdapatnya halangan pada saluran urin.

  1. Air kencing berwarna keruh

Semua orang tidak terlepas daripada mengalami perubahan warna air kencing. Malah, ia merupakan sesuatu yang lazim berlaku dan mungkin berpunca daripada pola pemakanan anda. Air kencing juga boleh menjadi keruh jika anda mengalami dehidrasi. Walau bagaimanapun, perubahan ini juga boleh berlaku disebabkan masalah kesihatan. Sebagai contoh, air kencing yang berwarna keruh selalunya menandakan jangkitan pada kawasan pundi kencing, uretra atau buah pinggang.

  1. Darah di dalam air kencing

Darah di dalam urin atau turut dikenali sebagai hematuria mungkin merupakan tanda penyakit yang lebih serius. Walaupun hematuria lazimnya tidak berbahaya, penting untuk anda bertemu dengan doktor bagi menentukan punca sebenar pendarahan. Individu yang mengalami hematuria selalunya akan menghasilkan air kencing yang berwarna merah jambu, merah ataupun coklat. Walaupun ada darah di dalam air kencing, selalunya pesakit tidak akan rasa apa-apa ketika membuang air.

  1. Sakit pelvis disebabkan jangkitan saluran kencing

Wanita yang mengalami sakit pelvis, terutamanya pada kawasan tengah pelvis dan sekitar pangkal paha perlu lebih berhati-hati. Rasa sakit ini mungkin merupakan salah satu simptom kencing kotor, lebih-lebih lagi jika anda alami sakit belakang dan sering bangun malam untuk membuang air. Selain itu, jangkitan buah pinggang akan menyebabkan pesakit alami sakit belakang. Ia juga boleh menyebabkan anda rasa loya dan muntah-muntah.

Kredit

  1. https://hellodoktor.com/urologi/jangkitan-saluran-kencing/simptom-kencing-kotor/

Jika anda atau ahli keluarga sering mengalami sakit perut, anda boleh cuba Minyak Herba Asmak boleh klik di sini.

5 Komplikasi Demam Campak Yang Perlu Anda Ketahui

Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak yang disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit mereka. Selain itu, demam campak juga dikenali sebagai measles iaitu satu penyakit berjangkit yang serius yang disebabkan oleh jangkitan virus Rubeola. Sebelum pengenalan vaksin campak pada tahun 1963, wabak ini tersebar dengan meluas dan tercetus sekitar setiap 2-3 tahun. Ia juga telah menyebabkan kira-kira 2.6 juta kematian setiap tahun.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), lebih daripada 140,000 individu telah mati akibat campak pada tahun 2018. Daripada jumlah itu, kanak-kanak di bawah umur 5 tahun adalah antara yang tertinggi. Di Malaysia, kes demam campak dilihat semakin berkurangan iaitu daripada 1,958 kes pada 2018 kepada 1,077 kes pada 2019. Ini jelas membuktikan bahawa program imunisasi kebangsaan yang telah dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah berkesan dalam mencegah penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui suntikan vaksin ini.

Seterusnya, penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan droplet cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Walau bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal immun pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan. Akan tetapi, kebelakangan ini terdapat pertambahan dalam kes-kes campak di bandar utama dengan kemasukan orang asing dan penolakan vaksin. Oleh itu, jika seorang kanak-kanak tidak lagi mendapat vaksin dan terdedah kepada individu yang menghidap penyakit ini, maka kemungkinan besar kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini.

Antara tanda-tanda utama yang sering berlaku selalunya megambil masa dalam 10 hingga ke 12 hari. Selepas dijangkiti penyakit ini, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti demam suhu yang tinggi. batuk, selesema dan sakit tekak, mata berair dan sensitif kepada cahaya, serta sakit otot. Tambahan lagi, dua atau tiga hari kemudian akan timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki. Seterusnya, ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Tambahan pula, komplikasi demam campak ini adalah boleh menyebabkan jangkitan yang serius pada semua peringkat umur. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kumpulan yang lebih cenderung mengalami komplikasi campak iaitu kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun, orang dewasa yang berumur lebih dari 30 tahun, wanita mengandung dan individu yang mempunyai sistem imun badan yang lemah seperti kanser atau HIV.

Antara 5 komplikasi yang boleh terjadi ialah hilang penglihatan, jangkitan kuman di otak, cirit-birit yang teruk, kurang hidrasi, jangkitan pada bahagian telinga serta jangkitan pada paru-paru. Selain itu, bagi wanita mengandung pula, demam campak boleh meningkat risiko untuk mendapat keguguran, bersalin sebelum tiba tarikh yang sepatutnya dan bayi kurang berat semasa lahir.

Akhir sekali, sekiranya anak anda terdedah kepada individu yang dijangkiti campak dan belum lagi menerima imunisasi, bawa anak anda segera untuk berjumpa doktor. Pemberian vaksin dalam jangka masa tertentu boleh mengelakkan anak anda daripada dijangkiti virus campak ini.

Jom tekan link di sini untuk membantu mengurangkan masalah demam campak ini.

 

Kredit:

myhealth

rootofscience

6 Penyebab Utama Berlakunya Slipped Disc

Slipped disc pada tulang belakang juga dikenalpasti sebagai PID (prolapsed interverterbral disc). Slipped disc juga merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disk. Ini boleh menyebabkan anggota badan menjadi kebas/ lemah.

Sakit belakang boleh diklasifikasi kepada peringkat akut, kronik dan Berulang (recurrent). Sakit akut pada amnya terjadi selepas bersin, batuk kuat, mencangkung untuk lama, atau, apabila angkat sesuatu barang dari lantai (lebih lagi jika barang itu berat).

Slipped disc pada tulang belakang juga adalah salah satu diagnosa utama di kalangan pesakit sakit tulang belakang. Sebab- sebab slipped disc di tulang belakang mungkin berpunca dari proses penuaan pada disk tulang belakang yang mengalami factor mekanikal, trauma, nutrient, and genetik.

Selasin itu, penyakit slip disc merupakan penyakit yang sangat berbahaya jika berada di tahap yang serius. Perkembangan penyakit harus diawasi dan pesakit haruslah berjaga-jaga dengan punca yang mencetuskan kesakitan atau kebas. Terdapat beberapa penyebab masalah ini. Antaranya ialah :

  1. Hal ini kerana penyakit slip disc selalunya berlaku kepada golongan usia lanjut kerana bahagian luaran yang melindung disc akan semakin haus dan mengakibatkan disc lebih mudah bergerak daripada tempat asalnya.
  2. Melakukan pergerakan dengan tiba-tiba. Hal ini kerana sesetengah pergerakan dan posisi badan yang dilakukan secara tiba-tiba atau dengan cara yang salah terutamanya pada usia yang tua akan membawa kepada masalah slip disc ini.
  3. Mengangkat objek yang berat.Hal ini juga turut boleh menyumbang kepada berlakunya penyakit slip disc ini. Dengan mengangkat objek berat ianya menyebabkan tekanan yang tinggi kepada tulang belakang kita. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan disc bergerak keluar dari tempat asalnya sehingga mendatangkan sakit.
  4. Berat badan yang melampau.Apabila seseorang itu mempunyai berat badan yang melampau atau obesiti tulang belakang mereka tidak dapat menampung berat badan mereka yang melampau sekali gus menyebabkan golongan ini terdedah kepada kelemahan slip disc.
  5. Otot yang lemah.Individu yang tidak mengamalkan gaya hidup aktif atau senaman untuk menguatkan otot mereka berisiko tinggi untuk slip disc. Hal ini demikian kerana otot yang lemah tidak dapat membantu menyokong tulang belakang mereka dengan kukuh.
  6. Kehidupan yang tidak aktif. Keadaan ini selalunya merujuk kepada golongan yang berkerja di pejabat kerana hanya duduk berpanjangan tanpa sebarang pergerakan. Tabiat duduk sahaja tanpa melakukan sebarang aktiviti regangan badan memberikan tekanan yang tinggi kepada tulang belakang bahagian bawah.

Antara rawatan bagi penyakit slip disc ini termasuk kaedah konservatif ke kaedah surgikal. Kaedah konservatif melibatkan pengambilan ubat untuk mengurangkan gejala yang dialami. Antara ubat yang diberikan ialah:

  • Ubat tahan sakit. Ini boleh membantu pesakit untuk meredakan kesakitan yang mereka alami.
  • ‘Muscle relaxants’.Ini akan dapat membantu melegakan kekejangan otot yang berlaku.
  • Ubat saraf.Ini untuk melegakan sakit saraf yang terlampau teruk.

Selain itu, terdapat juga pilihan surgikal/pembedahan yang akan dilakukan apabila kaedah ubat-ubatan tidak dapat membantu. Antara pembedahan yang dilakukan ialah:

  • ‘Mikrodiscetomy’. Ini merupakan kaedah dimana doktor hanya akan membedah keluar bahagian disc yang terkeluar dari tempat asalnya dan bukan keseluruhan disc tersebut.
  • ‘Disc replacement’. Ini merupakan kaedah di mana keseluruhan disc tersebut akan dikeluarkan dan disc tiruan.

Penyakit slip disc boleh membahayakan nyawa jika tidak dirawat dengan segera. Rawatan slip disc memerlukan jangka waktu panjang. Sekiranya penyakit anda semakin teruk, segera dapatkan rawatan daripada doktor pakar.

Jika anda ingin mengurangkan sakit slipp disc, sila tekan link disini.

 

Kredit:

Myhealth

Doctor on call

6 Cara Duduk dengan Betul Untuk Mengekalkan Postur Badan yang Sihat

Postur badan yang sihat amat penting bagi mengelakkan risiko untuk mengalami sakit otot dan sakit belakang. Ini termasuklah postur ketika kita sedang berdiri dan juga duduk. Penjagaan postur badan yang betul ini sama pentingnya dengan diet yang sihat dan juga senaman. Tetapi, apakah maksud sebenar postur badan? Postur badan bermaksud posisi badan ketika berdiri, duduk ataupun berbaring.

Oleh itu, kita perlulah melatih  diri untuk berdiri, duduk atau berbaring dengan cara yang betul supaya otot atau ligamen badan tidak terbeban demi mendapatkan poster badan yang sihat. disebabkan teknologi yang semakin berkembang, kita kini menghabiskan terlalu banyak masa dalam keadaan duduk. Lebih-lebih lagi ramai yang bekerja sepenuh masa di hadapan skrin komputer. Ini mengakibatkan sakit-sakit badan merupakan sesuatu yang biasa dan kerap dialami dalam kalangan pekerja-pekerja di pejabat.

Walaupun nampak remeh, ada satu perkara yang anda boleh lakukan untuk kesihatan yang lebih baik pada masa yang akan datang iaitu duduk dengan betul. Untuk mengelakkan kesan buruk akibat duduk dengan postur badan yang salah, anda perlulah ketahui cara duduk yang terbaik supaya anda tidak perlu membazirkan wang untuk rawatan pada masa hadapan.

Mengapa kita perlu duduk dengan cara yang betul?

Dengan mempraktikkan cara duduk yang betul, postur badan kita akan terjaga sekaligus tekanan ke atas kawasan otot dan juga ligamen dapat dibahagikan secara sama rata. Selain itu, ia juga dapat membantu mengekalkan bahagian badan di tempat yang betul dengan tekanan yang paling rendah. Postur badan yang baik membolehkan kita bekerja dalam masa yang lebih lama tanpa rasa sakit atau lenguh. Dengan ini, otot kita akan digunakan dengan lebih efisien. Sendi tulang belakang juga akan berada di tempat yang betul serta dapat mengelakkan sakit  belakang dan sakit otot. Seterusnya,  permukaan sendi seperti di kawasan lutut tidak menjadi haus untuk mengelakkan penyakit seperti arthritis.

6 Cara Duduk yang Betul

1. Pastikan belakang badan mempunyai sokongan

Sekiranya anda mempunyai wang lebih, tiada salahnya jika anda ingin berbelanja untuk tempat duduk ergonomik. Tempat duduk ini direka untuk menyokong badan dan mengurangkan tekanan pada tulang dan otot ketika anda sedang duduk. Namun, sekiranya anda tidak mempunyai tempat duduk ergonomik, tidak mengapa. Apa yang anda perlu lakukan adalah letakkan bantal kecil di belakang badan anda. Bantal ini dapat membantu anda mengekalkan postur duduk yang baik ketika bekerja. Walau bagaimanapun, jika ia terlalu besar, bantal ini mungkin akan menyebabkan sakit belakang yang lebih serius.

2. Betulkan kerusi supaya boleh duduk dengan betul

Betulkan ketinggian kerusi supaya kaki dan tangan anda boleh berada dalam keadaan yang lurus dan selesa jika kerusi anda boleh diselaraskan. Pastikan kaki anda menjejak lantai. Jika tidak, gunakan bangku atau bantal kecil untuk memastikan kaki anda terletak dengan baik. Selain itu, pastikan tangan anda berada dalam bentuk L. Elakkan bekerja dengan keadaan tangan yang terlalu jauh daripada badan untuk mengelakkan tekanan yang berlebihan pada otot di bahagian bahu.

3. Letakkan kaki di atas lantai

Tapak kaki anda sepatutnya terletak rata pada lantai. Tanggalkan kasut tumit tinggi anda jika anda perlu bekerja untuk tempoh masa yang lama. Selain itu, pastikan lutut anda boleh membengkok dalam keadaan 90 darjah. Jika tidak, anda perlu selaraskan kerusi ataupun cari kerusi lain yang lebih sesuai dengan ketinggian anda.

4. Pastikan skrin komputer sama paras dengan mata

Selaraskan pula skrin komputer anda dan pastikan ia berada sama paras dengan mata. Jika anda menggunakan komputer riba, tidak salah jika anda menghabiskan sedikit wang untuk membeli adjustable stand. Skrin komputer yang terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh menyebabkan leher anda sakit.

5. Pastikan tetikus dekat dengan badan

Gunakan tetikus atau mouse sedekat mungkin dengan badan untuk mengelakkan pergelangan tangan anda sakit. Selain itu, jika anda tidak menggunakan papan kekunci, ketepikannya buat seketika dan bawa tetikus dekat dengan badan anda.

6. Jangan lupa rehat secukupnya

Jika anda bekerja di hadapan komputer untuk jangka masa yang lama,  tukar postur badan anda sekerap mungkin.
Belakang badan dan otot anda perlu direhatkan dan pastikan anda tidak ‘overwork’. Duduk terlalu lama juga kurang baik untuk kesihatan anda. Sebaiknya, cuba berdiri dan lakukan regangan untuk elakkan diri anda daripada duduk terlalu lama.

Jika anda kerap rasa sakit badan, jangan sesekali lambat-lambatkan janji temu bersama doktor. Kadangkala, sakit belakang yang kronik boleh berlaku disebabkan penyakit yang dikenali dengan nama slipped disc. Oleh itu, sayangilah diri anda. Mulai hari ini, marilah kita cuba untuk duduk dengan betul dan mengamalkan postur badan yang sihat ketika bekerja.

Ingin mencuba produk Fresh ‘N’ Cool daripada Asmak bagi mengelakkan lenguh-lenguh badan? Klik sini. 

Kredit:
1. Hello Doktor

 

 

Ini 5 Punca Anak Sering Berjaga Malam & Susah Tidur

Masa anak tidur adalah masa yang bebas bagi ibu dan bapa untuk melakukan hal lain seperti mengemas rumah, basuh baju, sidai kain, masak dan pelbagai kerja rumah yang lain. Jadi jika anak susah tidur sering berjaga memang amat merungsingkan keadaan. Hal ini kerana, kerja rumah akan banyak tertangguh dan rumah sentiasa bersepah kerana kekangan masa yang dialami. Jadi, ketahui penyebab bayi kurang tidur dan cara mengatasinya dalam artikel ini. Ini antara punca anak sering berjaga malam & susah tidur.

Ramai ibu bapa yang risau bila bayi kurang tidur dan sering terjaga tengah malam dan susah untuk tidur semula. Tapi jangan risau ibu, masalah ini boleh ditangani dengan beberapa cara. Jom kita ketahui apa penyebab bayi kurang tidur dan tip untuk anak tidur nyenyak sepanjang malam.

 

Penyebab bayi kurang tidur dan sering terjaga malam
1. Tidur lambat:

Anda mungkin pernah cuba untuk biarkan anak bermain hingga lewat malam supaya mereka bangun pada waktu yang anda harapkan. Ini adalah cara yang salah. Jika anda buat anak tidur lambat, badan mereka akan penat dan mereka sukar untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan sering terjaga. Kesihatan si kecil anda juga boleh terganggu!

Satu kajian mengatakan, anak yang selalu tidur lambat akan memberi kesan kepada perkembangan motor, bahasa dan sosial mereka. Jadi, anda perlu tetapkan masa tidur untuk anak dan cuba untuk ikut masa ini setiap hari supaya mereka terbiasa dan tahu bila masa untuk tidur.

 

2. Tak tidur waktu siang:

Seperti tidur lambat, anda mungkin fikir jika anda biarkan anak berjaga pada waktu siang, ia akan buat mereka tidur dengan lama. Tapi, jika anda langkau masa tidur siang anak, mereka akan ada masalah untuk tidur nyeyak dan akan bangun terlalu awal. Jadi, anda perlu perhatikan tanda anak mengantuk seperti: menguap, tarik telinga, menangis atau kurang tumpukan perhatian. Jika anda lihat tanda ini, tidurkan anak anda secepat mungkin!

 

3. Berjaga terlalu lama selepas nap time:

Jika anak berjaga terlalu lama antara tidur tengahari dan tidur malam, ia boleh buat bayi susah tidur. Kebanyakan bayi hanya mampu berjaga selama empat jam sebelum tidur tengahari dan tidur malam. Jika mereka berjaga terlalu lama, mereka akan menjadi terlalu penat dan tak boleh tidur nyenyak.

 

4. Tidur kerana terlalu mengantuk:

Tidur sendiri merupakan kemahiran yang perlu diajar. Jika anak anda tak boleh tidur sendiri ketika masa tidur, susah untuk dia tidur semula bila terjaga pukul 5 pagi. Pastikan anda konsisten dengan rutin tidur mereka. Letakkan anak anda pada tempat tidur mereka ketika dia tahu yang dia perlu tidur.

 

5. Keadaan kesihatan:

Tak mustahil untuk anak ada masalah kesihatan yang membuatkan tidurnya terganggu seperti asma atau alahan yang boleh mengganggu pernafasan mereka semasa tidur. Jika anda berdengkur, bernafas menggunakan mulut atau berpeluh semasa tidur, bawa mereka berjumpa doktor untuk diperiksa.

 

Cara menidurkan bayi yang susah tidur

Gunakan lampu malap ketika waktu tidur supaya mereka tahu yang maksud lampu malap adalah masa untuk tidur dan cahaya terang adalah masa untuk bangun. Pastikan suasana bilik tidur selesa dan nyaman serta sunyi. Jauhkan TV atau gajet dari anak yang sedang dan mahu tidur.

Pastikan anak tak tidur semasa terlalu kenyang atau semasa perut kosong kerana ini akan membuatkan mereka sukar untuk tidur dengan nyenyak. Berikan anak minuman hangat sebelum tidur.

Susu cokelat panas dipercayai boleh memberikan keselesaan pada anak anda. Sesuai untuk diminum sebelum tidur.
Tetapkan masa tidur anak dengan konsisten.

 

Durasi tidur untuk setiap anak adalah berbeza bergantung pada usia. Menurut National Sleep Foundation, ini adalah durasi tidur untuk bayi hingga remaja:

Bayi baru lahir usia 0-3 bulan: 14-17 jam
Bayi usia 4-11 bulan: 12-15 jam
Anak usia 1-2 tahun: 11-14 jam
Anak usia 3-5 tahun: 10-13 jam
Anak usia 6-13 tahun: 9-11 jam
Remaja usia 14-17 tahun: 8-10 jam

Semasa anda menyuruh anak untuk tidur, lakukan dengan tenang dan penuh kasih sayang dan jangan memaksa atau memarahi mereka. Jika anda paksa, mereka akan menjadi cemas dan menjadi semakin susah untuk tidur. Sekiranya anda rasa bayi masih susah tidur, anda boleh cuba doa untuk bayi susah tidur ataupun pasang sahaja mesin white noise.

 

Anak anda sering mengalami masalah kembung perut, batuk berkahak, selesema, susah tidur malam? Jom klik sini.

 

Sumber:
TheAsianParent

Ketahui 6 Punca Hidung Berdarah Pada Kanak-Kanak

Hidung berdarah dalam kalangan kanak-kanak berlaku secara tiba-tiba membimbangkan. Lazim menganggap mungkin disebabkan kecederaan dalaman yang teruk atau menghidap penyakit kronik. Kekerapan hidung berdarah adalah normal dan biasanya disebabkan trauma luka pada bahagian dalam hidung sensitif, memandangkan tempat itu menjadi pusat pembentukan salur darah.

Seperti mana yang kebanyakan kita mungkin sudah tahu, terdapat pelbagai punca ia berlaku namun ada dua perkara utama yang mendasarinya iaitu kecederaan dan persekitaran. Antara 5 punca hidung berdarah pada kanak-kanak ialah:

  1. Kecederaan akibat mengorek hidung

Kredit: metro

Ramai kanak-kanak, termasuk orang dewasa, mempunyai tabiat mengorek hidung masing-masing. Apabila kuasa penggorekan yang digunakan terlalu besar, atau kuku terlalu panjang, mereka akan menggaru saluran-saluran darah di hidung septum dan menyebabkan pendarahan.

  1. Alahan

Apabila hidung menghadapi gangguan alergen-alergen, ia akan terasa gatal. Kanak-kanak biasanya menggosok hidungnya, menyebabkan saluran-saluran darah pecah dan berdarah.

  1. Objek-objek asing didapati dalam hidung

Kanak-kanak berumur kecil (2 hingga 3 tahun), didorong oleh perasaan ingin tahu, mereka akan cuba meletakkan objek-objek asing seperti mainan atau objek-objek lain (kacang, benih buah, manik, bateri kecil dan sebagainya) ke dalam hidung mereka. Objek-objek asing begini akan menyebabkan keradangan dan pendarahan.

  1. Tumor dalam hidung

Ketumbuhan dalam hidung boleh menyebabkan hidung berdarah. Pesakit selalunya akan mengadu sumbat pada salah satu bahagian hidung. Kadang-kadang terdapat pesakit yang mempunyai angiofibroma.

  1. Pendedahan terhadap bahan kimia

Jika anda terlalu kerap terdedah kepada bahan kimia yang terkandung dalam asap rokok, asid sulfurik, gasolin atau ammonia, risiko kalian terkena hidung berdarah adalah lebih tinggi. Hal yang sama juga jika anda menyalahgunakan dadah yang mempunyai banyak bahan kimia berbahaya terutamanya yang disedut melalui hidung, risiko hidung berdarah akan bertambah.

  1. Udara yang kering

Kawasan yang mempunyai kelembapan yang rendah boleh menyebabkan iritasi pada lapisan dalam hidung. Ini akan menyebabkan lapisan mukosa serta saluran darah mudah untuk pecah dan menyebabkan pendarahan. Penggunaan mesin untuk melembabkan udara di dalam rumah boleh membantu dalam menghadapi masalah tersebut.

Sekiranya pendarahan hidung sering berlaku, namun sebabnya masih tidak diketahui, ditambah pula dengan kehadiran tanda-tanda negatif lain, maka disarankan untuk menggunakan endoskopi hidung dan memeriksa rongga-rongga hidung dengan teliti.

Jika anda atau ahli keluarga anda mengalami masalah selesema dan batuk, anda boleh cuba Minyak Herba Asmak.

Kredit

1.health

2.ohbulan

3.hellodoktor

4.thediagonsa

Shopping cart close