4 Jenis Minyak Zaitun dan Cara Penggunaannya

Minyak zaitun adalah sejenis minyak yang diperoleh dari buah zaitun. Ianya merupakan pokok tradisional dari lembah Mediterranean dan ianya sudah digunakan sejak berkurun dahulu.Pokok zaitun menjadi simbolik kepada ekonomi, kesihatan dan digunakan dalam masakan diet Mediterranea ini disebarkan penggunaannya ke Mexico, Argentina, dan Uruguay di Amerika Latin oleh pendatang Sepanyol. Orang Itali kemudiannya membawa pokok zaitun dan menyebarkannya ke Australia. Sejak daripada itu, kewujudan zaitun sudah tidak asing lagi di seluruh dunia. Sehingga kini terdapat banyak jenis minyak zaitun dengan cara penggunaannya yang berbeza yang boleh didapatkan dalam pasaran sekarang. 

Lambakan pelbagai jenis minyak zaitun yang mudah untuk didapati membuatkan ramai pelanggan merasa keliru untuk memilih yang mana satu. Mengambil tahu jenis-jenis minyak zaitun amat penting agar dapat digunakan dengan cara yang betul. Perbezaan minyak-minyak zaitun ini juga menentukan kualiti minyak zaitun yang sedia ada di pasaran. Antara jenis minyak zaitun yang biasanya dijumpai dalam pasaran ialah:

1. Minyak Zaitun Organik Asli (Extra Virgin Olive Oil)

Minyak zaitun organik asli dihasilkan dengan menggunakan tekanan mekanikal tanpa haba dan bahan kimia untuk mengasingkan bahagian cecair dan pepejal.Minyak zaitun jenis ini merupakan minyak zaitun yang berkualiti tinggi dan mengandungi kadar keasidan kurang dari satu peratus.

Oleh itu, kualiti dan nutrien minyak zaitun organik asli dikategorikan sebagai minyak yang sangat baik berbanding minyak zaitun yang lain. Makanan yang memerlukan aroma dan rasa minyak zaitun yang asli tanpa dimasak sangat sesuai menggunakan minyak jenis ini seperti kuah salad, sos roti, pasta, sup dan bubur.

2. Minyak Zaitun Asli (Virgin Olive Oil)

Minyak zaitun asli ialah minyak zaitun juga mempunyai kualiti yang baik selepas minyak zaitun organik asli. Keasidannya ialah 1%-4% dan dihasilkan tanpa menggunakan haba dan bahan kimia.

Minyak zaitun asli boleh digunakan untuk menumis makanan menggunakan api yang kecil dan boleh digunakan juga untuk memanggang. Ianya lebih tahan suhu berbanding minyak zaitun organik asli.  Namun begitu, minyak zaitun asli masih tidak boleh digunakan untuk menggoreng disebabkan takat leburnya yang rendah.

3. Minyak Zaitun (Olive Oil)

Minyak zaitun komersial yang biasa mempunyai rasa zaitun yang kurang dan warna yang lebih cair berbanding minyak zaitun lain.Minyak zaitun ini dihasilkan dengan menggunakan bahan kimia dan haba. Oleh itu, kandungan nutriennya agak rendah berbanding dengan dua jenis minyak zaitun yang telah diterangkan tadi. Minyak ini dijual dipasaran dengan harga yang lebih murah.

4. Minyak Zaitun Ringan (Light Olive Oil)

Minyak zaitun jenis ringan atau halus mempunyai jumlah lemak dan kalori yang sama dengan minyak zaitun organik asli. Namun begitu, minyak zaitun ini dihasilkan dengan menggunakan minyak berkualiti rendah yang lebih tulin dan lebih halus yang kemuliaannya ditambah dengan sedikit minyak zaitun asli pada akhirnya.

Minyak ini menggunakan haba dan banyak proses kimia ketika dihasilkan. Disebabkan minyak ini kurang rasanya, minyak ini boleh digunakan untuk membakar, menumis dan memasak menggunakan api yang sedikit besar berbanding dengan minyak zaitun murni.

Penggunaan minyak zaitun  yang dijadikan pelengkap makanan memberikan banyak kebaikan dan ianya juga boleh dijadikan alternatif sebagai pengganti lemak tidak sihat seperti lemak tepu dan lemak trans. Dengan cara penyimpanan yang betul serta penggunaanya dalam pelbagai jenis menu masakan memberikan banyak khasiat kepada tubuh badan kita. Semoga kita semua sentiasa berada dalam keadaan yang sihat rohani dan jasmani dengan mangamalkan minyak zaitun yang betul.


Ingin mendapatkan produk Extra Virgin Olive Oil keluaran Asmak? Klik sini.

Kredit:

Roof Of Science
Hello Sehat 

 

 

Warna Najis Bayi dan Kenapa Ianya Berlendir

Ramai ibu apa bertanya tentang najis bayi baru lahir. Lagi-lagi tentang warna najis bayi terutamanya jika najis berlendir kuning. Ramai yang luahkan rasa risau, iyalah kebanyakan pula semua ibu-ibu baru! Semasa hendak menukar lampin bayi, anda ternampak najis si kecil berwarna kuning cair. Sebelum anda panik, kami ada penjelasannya. Warna najis bayi dan kenapa ianya berlendir.

Kebiasaannya, pertanyaan sebegini diajukan oleh ibu yang baru pertama kali memiliki anak, malah saya sendiri juga pernah mengalami rasa risau sebegini. Sudahlah anak meragam, tambah pula dengan warna najis bayi yang berwarna sebegitu. Sebenarnya, warna najis bayi kuning cair merupakan keadaan yang sangat normal ya ibu. Warna normal najis bayi memang berwarna kuning dan coklat, ini disebabkan oleh sterkobilin yang dikeluarkan dari hempedu semasa membuang air besar.

 

Ibu Bapa Perlu Tahu Tentang Najis Bayi Yang Normal Dan Tidak Normal

Bagi mengesan sebarang kelainan najis bayi yang berkemungkinan berpenyakit, pemeriksaan terhadap najis haruslah dilakukan. Ibu bapa wajib tahu sekiranya najis yang dihasilkan bayi adalah normal atau sebaliknya. Warna najis bayi dapat menentukan keadaan tubuh bayi. Jadi untuk mengetahui sekiranya najis bayi normal atau tidak adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti usia bayi, jenis makanan yang diambil, adakah bayi hanya diberikan susu ibu atau susu formula, adakah bayi sudah makan makanan pejal dan najis berlendir kuning disebabkan minum susu ibu.

 

Najis berwarna kuning menandakan bayi anda cukup minum susu ibu, kerana warna kuning ini menandakan bayi anda cukup minum hindmilk. Susu ibu terdiri dari dua bahagian, foremilk dan hindmilk. Hindmilk adalah susu ibu yang mengandungi banyak lemak yang menyebabkan bayi mendapat tenaga yang cukup dan merasa kenyang seharian. Selain warna kuning, biasanya tanda lain yang biasa menunjukkan susu ibu cukup adalah dari najis yang berwarna hijau.

 

Itu bermaksud bayi banyak minum foremilk, susu ibu yang didapat bayi pada awal sesi menyusu. Foremilk mengandungi tinggi laktosa dan rendah lemak, serta bentuknya lebih cair. Jadi, jika melihat warna najis berlendir kuning, jangan risau ya ibu.

 

Kredit : VeryWell

 

Warna-warna najis bayi {paragraph}

1. Warna najis bayi merah

Warna merah pada tahi bayi mungkin disebabkan darah, melainkan sudah tentu, bayi anda telah mengambil ubi bit. Sebelum anda panik, penyebab biasa tahi bercampur dengan darah adalah apabila bayi terambil darah anda sendiri dengan susu ibunya, sama ada disebabkan oleh puting retak atau isu-isu lain.

 

Ini mudah diatasi dengan bercakap kepada seorang perunding laktasi atau doktor dan anda akan melihat merah dalam tahi bayi hilang akhirnya. Walaubagaimanapun, jika anda tidak pasti tahi merah bayi anda adalah disebabkan oleh darah dicerna diri anda sendiri melalui susu ibu, maka adalah lebih baik untuk berunding dengan doktor secepat mungkin.

 

Sebab-sebab lain tahi berdarah boleh menjadi alergi (contoh susu protein), jangkitan bakteria atau disebabkan oleh tebukan di kawasan dubur bayi anda kerana sembelit.

 

2. Warna najis bayi hijau terang dan berbuih

Adakah tahi bayi anda yang menyusu ibu itu kelihatan seperti susu kocak berbuih? Jika ia berlaku, ia mungkin kerana mereka mendapat terlalu banyak kolustrum (susu-awal) dan tidak cukup susu-akhir.

 

Kolustrum adalah rendah kalori, susu penghilang dahaga yang keluar pada awal penyusuan susu-akhir adalah susu berkalori tinggi yang menghilangkan kelaparan. Jadi, jika tahi bayi anda memang berbuih dan hijau, ia mungkin bermakna dia tidak makan untuk cukup lama pada setiap payudara.

 

3. Najis bayi berair kuning/hijau/coklat

Pada bayi, cirit-birit cenderung untuk sangat berair dan nampaknya terdiri lebih air daripada pepejal. Ia cenderung mengambil warna hijau/coklat/kuning cair dan sering akan bocor keluar dari lampin bayi anda. Cirit birit bayi perlu diambil serius kerana ia boleh membawa kepada dehidrasi jika tidak berhenti dalam beberapa masa. Ia biasanya tanda jangkitan atau alahan. Sekiranya bayi anda cirit-birit, jangan tangguh untuk merujuk kepada pakar kanak-kanak.

 

4. Jenis najis anak berwarna-warni

Jika anda mengesan tahi bayi anda dipenuhi dengan tompokan berwarna terang makanan, jangan risau. Perkara ini berlaku kadang-kadang kerana sesetengah jenis makanan hanya sebahagian saja dicerna, atau tidak dipecahkan sama sekali kerana ia bergerak dengan pantas melalui usus bayi.

 

Anda mungkin melihat ini lagi jika si manja anda suka makanannya sangat-sangat sehingga dia tidak mengunyah dengan sepenuhnya sebelum dia menelan makanan. Tetapi, jika anda perhatikan makanan separuh hadam dalam tahi bayi anda konsisten, maka lawatan ke doktor itu adalah digalakkan untuk memastikan usus bayi anda berfungsi dengan baik.

 

5. Warna najis bayi coklat gelap

Najis coklat gelap bermakna bayi anda telah memasuki dunia makanan pepejal dan ini adalah normal. Anda akan mendapati terdapat perubahan pada tahi bayi anda masa dia mula makan makanan pejal, sebenarnya, terutamanya jika dia adalah menyusu ibu. Tahi pepejal masih lembik, tetapi lebih pekat daripada mentega kacang. Ia juga boleh menjadi agak berbau.

 

Jika menyusu susu formula

Bagi bayi yang diberikan susu formula, selepas tempoh beberapa hari pertama, mereka biasanya akan membuang najis sekurang-kurangnya sekali sehari. Ia juga satu keadaan normal jika bayi tidak melakukan pergerakan usus antara 1 atau 2 hari. Tetapi ibu perlu memastikan tekstur najis adalah lembut.

 

Jika ada sebarang kebimbangan mengenai jenis najis bayi anda, berbincanglah dengan pakar pediatrik dalam kadar segera.

 

Anak anda mengalami masalah kembung perut dan sembelit? Jom saya kongsikan produk Asmak yang mampu merawat masalah bayi anda. Klik disini.

 

Sumber:
HelloDoktor
Huggies

7 Petua Mengurangkan Gusi Bengkak Yang Boleh Masyarakat Amalkan.

Gusi bengkak merupakan satu masalah yang umum dalam kalangan kita. Salah sebuah penyakit yang paling kerap mengakibatkan gusi bengkak, sakit dan berdarah ialah ‘Gingivitis’. ‘Gingivitis’ merupakan penyakit yang akan mengakibatkan keradangan di gusi sekaligus menjadikannya bengkak.

Punca utama bagaimana gingivitis berlaku adalah disebabkan gigi yang kotor hingga menyebabkan terbentuknya plak. Plak boleh menyebabkan masalah gusi dengan cara:

  • Plak terbentuk pada gigi: Plak adalah satu lapisan yang mengandungi bakteria. Lapisan ini terbentuk apabila kanji dan gula berinteraksi dengan bakteria yang dijumpai dalam mulut kita.
  • Plak pula akan bertukar kepada tartar: Plak yang terbentuk akan menjadi lebih keras dan membentuk tartar yang mengumpul bakteria. Tartar adalah lebih susah untuk dibersihkan berbanding plak dan ia memberi perlindungan kepada bakteria.
  • Gusi menjadi bengkak: Semakin lama plak dan tartar berada di gigi, semakin lama ia akan memberi iritasi pada bahagian gusi. Dengan masa, gusi anda akan menjadi bengkak dan mudah untuk berdarah.

Terdapat beberapa petua mengurangkan gusi bengkak yang masyarakat boleh amalkan ialah:

  1. Kumur Air Garam

Air larutan garam mempunyai sifat disinfektan (anti bakteria) semula jadi. Oleh itu, berkumur air garam dapat membantu mengurangkan proses keradangan dan mempercepatkan penyembuhan luka pada gusi atau mana-mana bahagian mulut. Berkumur dengan kerap juga boleh membantu menyingkirkan sisa makanan yang tersekat di celahan gigi yang mungkin menyebabkan gusi bengkak.

  1. Bunga Cengkih

Bunga cengkih mengandungi bahan antiseptik semula jadi yang dikenali sebagai eugenol yang dikatakan boleh menjadi petua bengkak gusi, sakit gigi dan radang mulut. Cara orang lama, gigitkan saja bunga cengkih pada bahagian yang sakit tu. Atau boleh tumbukkan menjadi pes dan sapukan pada bahagian gusi yang sakit. Minyak bunga cengkih pun sekarang ni ada dijual dan ia boleh digunakan sebagai pengkumur mulut.

  1. Guna ubat gigi khas

Selain itu, kita juga boleh menggunakan ubat gigi yang khas untuk membantu keadaan gusi bengkak tersebut. Dengan menggunakan ubat gigi tersebut, bengkak gusi akan dapat dikurangkan dan gusi dapat dikukuhkan sekaligus gigi akan mendapat kalsium yang mencukupi untuk menjadi lebih kuat.

  1. Daun teh Hijau/Pudina

Daun teh hijau atau daun pudina juga boleh digunakan untuk membantu mengurangkan rasa sakit pada gusi. Caranya, masukkan beg teh ke dalam peti sejuk selama beberapa minit dan kemudian letakkan beg teh itu di kawasan yang sakit.

  1. Timun

petua mengurangkan gusi bengkak

Kredit: pasarmelawati

Timun mempunyai kesan penyejukan, seperti juga ais yang boleh membantu mengurangkan rasa sakit pada gusi. Caranya hiriskan timun ikut keselesaan anda dan taburkan sedikit garam di atasnya. Kemudian gigit pada tempat gusi yang bengkak.

  1. Tuam Ais

Petua gusi bengkak yang satu ini juga mudah dan mungkin ada yang dah pernah buat masa sakit gigi. Caranya mudah je, ambil kain sejuk dan bubuh ais di dalamnya. Kalau tak ada ais, boleh juga rendam dengan air sejuk. Kemudian tuamkan pada bahagian gusi yang bengkak. Tuaman ais pada gusi boleh membantu menyebabkan salur darah pada permukaan kawasan terlibat untuk mengecut, lalu mengurangkan rasa sakit.

  1. Amalkan menggunakan floss

Floss menghilangkan sisa makanan yang tinggal dicelah gigi anda yang boleh menyebabkan plak dan tartar, dimana keduanya boleh menyebabkan penyakit gusi dan bengkak gusi. Hal ini kerana selepas makan, semestinya akan ada sisa-sisa makanan yang terlekat pada celah gigi. Kita perlulah memastikan sisa-sisa ini dikeluarkan kerana kalau tidak akan mencetuskan penyakit gingivitis.

Jika anda atau ahli keluarga anda megalami masalah ini,anda boleh mengunakan Minyak Herba Asmak, anda boleh klik disini.

Kredit:

  1. doctoroncall
  2. siraplimau
  3. thediagonsa

11 Simptom Penyakit Vertigo Yang Perlu Anda Ketahui

Apa itu Vertigo?

Vertigo daripada bahasa Latin: vertō ” iaitu pergerakan berpusing-pusing atau gayat yang merupakan satu subjenis kepeningan yang melibatkan pesakit mengalami persepsi pergerakan dengan tidak betul (biasanya pergerakan pusing) kerana disfungsi sistem vestibul. Ini kerap berhubung kait dengan nausea dan pemuntahan serta gangguan keseimbangan, menyebabkan kesukaran untuk berdiri atau berjalan. Selain itu, Vertigo adalah sensasi palsu di mana diri sendiri, persekitaran, atau kedua-duanya bergerak atau berpusing, biasanya disertai dengan loya dan hilang keseimbangan. Vertigo juga boleh terjadi akibat dari satu keadaan yang menjejaskan telinga dalam atau sebahagian daripada otak manusia yang melibatkan keseimbangan badan. Vertigo kebiasaannya berpunca daripada masalah bahagian dalam telinga. Antara sebab yang boleh menjadi punca ialah:

1)  BPPV (benign paroxysmal positional vertigo): BPPV terjadi apabila ketulan kalsium (canaliths) bergumpal di bahagian telinga dalam (inner ear). Bahagian telinga dalam berfungsi untuk menghantar signal berkaitan pergerakan kepala dan badan ke otak. Ia membantu untuk memberi keseimbangan badan kita. BPPV boleh berlaku tanpa sebab yang diketahui dan mungkin berkaitan dengan umur.

2)  Meniere’s disease. Penyakit Meniere’s ialah suatu masalah bahagian telinga dalam yang berpunca daripada penghasilan cecair dan perubahan tekanan dalam telinga. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya vertigo berserta bunyi desingan di dalam telinga (tinnitus) dan hilang pendengaran.  

 3) Vestibular neuritis or labyrinthitis. Ini adalah satu masalah pada bahagian telinga dalam yang berhubungkait dengan jangkitan (kebiasannya virus). Jangkitan ini boleh menyebabkan keradangan pada saraf di bahagian telinga dalam yang penting untuk mengawal keseimbangan badan.

Dalam segelintir keadaan, vertigo mungkin berpunca daripada:

  • Kecederaan leher atau otak
  • Masalah pada otak seperti ketumbuhan dalam otak atau strok
  • Sesetengah ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kerosakan dalam telinga
  • Migrain

Vertigo biasanya tercetus dengan perubahan kedudukan kepala kita. Apabila kita menggerakkan kepala, vertigo yang dialami akan menjadi semakin teruk.

Antara simptom pesakit yang mengalami vertigo kebiasaannya akan mengadu berasa:

  1. Rasa seperti berpusing
  2. Rasa seperti senget
  3. Rasa terawang-awangan
  4. Rasa tidak seimbang/ mudah jatuh
  5. Rasa seperti ditarik ke satu arah
  6. Rasa loya
  7. Muntah
  8. Pergerakan bola mata yang tidak normal atau secara tiba-tiba (nistagmus)
  9. Sakit kepala
  10. Berpeluh tanpa sebab
  11. Bunyi berdesing di dalam telinga atau hilang pendengaran

11 Simptom Penyakit Vertigo ini boleh berlaku dalam beberapa minit atau jam atau lebih dan simptom ini akan berlaku secara berulang.

Siapakah mudah terdedah kepada Vertigo?

Vertigo meningkat dengan peningkatan umur dan adalah kira-kira dua hingga tiga kali lebih tinggi di kalangan wanita berbanding  dengan lelaki. Selain itu, ia juga melibatkan 2.5% daripada penduduk umum (US) (Hain 2009). Seterusnya, 1 daripada 5 orang dewasa yang terlibat (Yardley 1998) dan terakhir, gejala yang biasa bagi pesakit yang melebihi 65 tahun (65%).

Apakah tanda dan gejala Vertigo?

  • Rasa berpusing
  • Pening
  • Loya
  • muntah
  • Ketidakseimbangan
  • Penglihatan kabur
  • Sukar berjalan

Akhir sekali, sekiranya masalah vertigo yang anda alami semakin teruk, segeralah berjumpa dengan doktor pakar untuk dapatkan khidmat nasihat daripada mereka.

Jika anda mengalami masalah di atas dan ingin membaca bagaimana minyak asmak membantu menghilangkan pening kepala, sila tekan link disini.

Kredit:

Myhealth

Physiomobile

Wikipedia

 

 

Kaki Bengkak Petanda Penyakit Kronik

Masalah kaki bengkak sering dikaitkan dengan ibu hamil. Sebenarnya banyak penyebab masalah kaki bengkak yang perlu anda ketahui bagi memastikan diri tidak mengalami masalah kesihatan yang tersembunyi. Malah, jika salah satu kaki atau kedua-dua bahagian kaki membengkak, ia akan menyukarkan anda untuk bergerak. Ada juga yang beranggapan kaki bengkak petanda penyakit kronik.
Malah kaki bengkak boleh menjadi amat menyakitkan. Tidak diketahui mengapa perkara ini berlaku. Tetapi beberapa masalah kesihatan boleh menjadi puncanya. Mari kita kenali apakah yang boleh menjadi punca kepada masalah kaki bengkak.

1. Edema

Keadaan ini berlaku apabila tubuh menahan terlalu banyak air. Ia boleh menjadikan kaki mengembang. Keadaan ini juga berlaku pada tangan dan muka. Anda boleh mengalami keadaan ini selepas berada dalam penerbangan yang agak panjang dan atau jika anda berdiri terlalu lama. Kadangkala wanita mengalaminya dalam masa tempoh haid.

Biasanya keadaan ini akan hilang dengan sendirinya. Tetapi kadangkala ia boleh menjadi tanda kepada masalah kesihatan seperti tahap protein yang rendah, kegagalan jantung, penyakit buah pinggang atau penyakit hati.

Periksa keadaan kaki dan sekiranya ia memperlihatkan tanda membengkak ia seolah-olah menandakan seseorang individu bermungkinan mengalami penyakit.

2. Kecederaan

Jika anda terjatuh atau tersilap langkah, kaki bengkak boleh menjadi tanda yang tulang kaki itu patah atau terseliuh. Terseliuh adalah keadaan apabila tisu mudah lentur yang menyambung tulang di sekeliling buku lali itu terkoyak. Kaki dan buku lali akan membengkak apabila darah mengalir ke kawasan itu bagi menyembuhkannya. Segera berjumpa doktor jika kaki terseliuh itu menyebabkan anda tidak boleh berjalan atau terlalu sakit.

3. Kehamilan

Kaki boleh membengkak sebagai satu proses semula jadi dalam kehamilan. Ini kerana tubuh wanita hamil menahan air lebih banyak apabila mereka sedang mengandung. Ia boleh menjadi lebih teruk pada penghujung hari atau selepas berdiri terlalu lama. Ia bukannya tanda atau masalah pada ibu atau anak tetapi boleh menimbulkan rasa tidak selesa.

4. Praeklampsia

Bagi ibu hamil yang mengalami bengkak kaki, jika pembengkakan itu hadir bersama dengan sakit kepala, loya, masalah pernafasan atau sakit perut, itu boleh menjadi tanda kepada masalah praeklampsia. Praeklampsia bermula pada minggu ke-20 kehamilan dan ia dikaitkan dengan tekanan darah tinggi. Keadaan ini boleh merosakkan hati atau buah pinggang. Ia boleh membawa kepada masalah serius jika tidak dirawat.

5. Limfedema

Limfedema berlaku apabila satu atau lebih nodus limfa (kelenjar kecil dalam sistem imun) telah rosak atau dibuang. Limfedema kerap berlaku semasa rawatan kanser. Kesan daripada masalah ini, tubuh kurang membuang air dan ia boleh membawa kepada pembengkakan pada tangan dan kaki.

Salah satu rawatan untuk masalah ini dikenali sebagai pemampatan pneumatik. Pesakit akan memakai sarung tangan pada bahagian anggota tubuh badan yang membengkak. Udara akan dimasukkan ke dalam sarung ini dengan kerap bagi memberi tekanan di dalam sarung itu.

Cara ini akan membantu membuang air yang terkumpul. Selain itu, senaman, urutan dan stoking pemampatan juga boleh membantu.

6. Kekurangan vena kronik

Darah daripada kaki dan kaki mengalir semula ke jantung melalui vena dalam laluan injap satu hala. Cara ini memastikan darah tidak mengalir semula ke bahagian bawah anggota tubuh badan. Vena-vena ini boleh rosak apabila anda berumur atau jika anda berdiri atau duduk terlalu lama. Jika darah tidak kembali semula ke jantung seperti sepatutnya, ia boleh terkumpul pada kaki dan boleh menyebabkan pembengkakan.

7. Kegagalan jantung

Kegagalan jantung berlaku apabila jantung tidak dapat mengepam darah seperti sepatutnya. Jika darah tidak mengalir sempurna ke arah yang betul, ia boleh terkumpul dalam kaki dan menyebabkan pembengkakan. Dalam kegagalan jantung, ia menyebabkan rasa tidak selesa jika anda berbaring atau jantung akan berdegup kencang daripada ritma kebiasaan atau anda sukar untuk bernafas. Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika anda mengalami tanda-tanda ini.

8. Penyakit buah pinggang

Buah pinggang menapis bahan buangan daripada darah. Jika buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan sempurna disebabkan masalah seperti diabetes atau tekanan darah tinggi, ia boleh menyebabkan tertinggalnya terlalu banyak garam dalam darah. Keadaan ini menjadikan tubuh menahan air lebih banyak daripada sepatutnya. Graviti akan menarik air ke bahagian bawah dan akan menyebabkan kaki dan buku lali membengkak.

9. Penyakit hati atau hepar

Jika anda mengalami hepatitis atau keradangan pada hati atau anda minum alkohol terlalu banyak, ini akan membuatkan hati terpaksa membaikinya semula berkali-kali. Ini boleh menyebabkan tisu berparut menggantikan tisu sihat. Hati anda juga boleh berhenti berfungsi seperti sepatutnya. Jika ini berlaku, terlalu banyak cecair akan berkumpul pada perut dan kaki. Ini akan menjadikan bahagian tersebut membengkak.

Kredit : FreeMalaysiaToday

Rawatan yang boleh dilakukan

1. Kaedah RICE (rehat, ais, pemampatan dan peninggian)

Cara ini amat berguna pada tulang patah atau terseliuh. Tetapi pada masa yang sama ia juga boleh digunakan untuk membantu masalah kaki bengkak. Jika anda berehat dan meletakkan kaki pada bahagian tinggi, cecair akan mengalir daripada kaki ke bahagian lain. apabila anda meletakkan ais, ia akan membantu memastikan vena darah menjadi sempit sekaligus mengehadkan pengaliran darah. Ini akan membantu mengurangkan rasa sakit.

Selain itu, stoking ketat yang dikenali sebagai stoking pemampatan boleh membantu menolak cecair daripada kaki.

2. Berjalan

Jika anda berjalan, setiap jam atau lebih, ia membuatkan cecair agak sukar berkumpul pada satu tempat dan memastikan darah mengalir ke seluruh tubuh badan. Sebarang pergerakan pada lutut dan pergerakan pada buku lali akan membantu masalah ini.

3. Ubatan

Sesetengah ubat yang digunakan bagi merawat tekanan darah tinggi, diabetes dan keradangan boleh membuatkan tubuh menahan terlalu banyak air dan membuatkan kaki membengkak. Ubatan lain yang dikenali sebagai diuretik boleh melegakan pembengkakan. Cara ubat diuretik membuang air adalah melalui pembuangan air kecil atau kencing. Berbincang dengan doktor sebelum anda mengubah atau menghentikan ubatan yang diambil.

4. Ambil magnesium

Anda boleh membantu tubuh membuang cecair lebih mudah jika anda menambah 200 hingga 400 miligram magnesium dalam pemakanan seharian. Makanan tinggi mineral ini termasuk mil oat, pisang, badam, brokoli dan ubi bit. Berbincang dengan doktor sebelum mengambil suplemen ini kerana ia boleh menyebabkan masalah jika anda mengalami masalah buah pinggang atau jantung, atau jika anda mengambil ubatan untuk masalah kesihatan lain.

 

Selain keadaan diatas, kaki bengkak juga boleh disebabkan oleh kesan sampingan ubat. Ubat seperti kontraseptif oral atau terapi penggantian hormon boleh menyebabkan pembengkakkan kaki dan pergelangan kaki. Anti-kemurungan dan ubat diabetes juga boleh menyebabkan kesan sampingan ini.

Kaki bengkak boleh menunjukkan penyakit yang serius seperti jantung, hati, atau buah pinggang. Sekiranya anda melihat sebarang perubahan mendadak pada bengkak atau ia berlanjutan dan tidak menjadi lebih baik dengan pengambilan rehat dan cecair, pastikan anda mendapatkan rawatan perubatan.

 

Anda sedang mengalami masalah kaki bengkak dan inginkan penyelesaian? Klik disini.

 

Sumber:
FreeMalaysiaToday
MediaPermata
DoctorOnCall

7 Tips Hilangkan Masalah Kaki Bengkak Terutamnya Pada Ibu Hamil

Kaki bengkak atau dalam istilah perubatan yang bermaksud edema merupakan suatu kondisi pengumpulan cecair di bahagian kaki, sama ada di buku lali, ataupun sehingga bahagian lutut. Ia boleh terjadi kepada wanita mengandung, pengidap masalah jantung dan buah pinggang atau individu yang mengalami sebarang kecederaan di bahagian kaki.

Ini adalah satu sebab yang paling biasa bagi wanita yang mengalami kaki bengkak. Ia biasanya berlaku bermula trimester kedua kehamilan. Selain itu, semasa hamil tubuh anda menghasilkan hormon relaksin (relaxin), yang menyebabkan sendi dan ligamen pinggul dan kaki berehat dan membesar. Antara tips untuk hilangkan masalah kaki bengkak ialah:

  1. Kurangkan berat badan berlebihan

Berat badan yang berlebihan boleh membuatkan peredaran darah menjadi kurang efisien dan terkumpul di bahagian kaki sehingga menyebabkan bengkak. Selain itu, ia juga boleh memberi tekanan kepada kaki dan mengakibatkan anda rasa sakit ketika berjalan. Menurunkan berat badan dapat membantu mengurangkan ketegangan pada kaki dan juga dapat mengurangkan pembengkakan kaki.

  1. Tinggikan kaki semasa tidur

Jika anda meletakkan posisi kaki yang bengkak lebih tinggi daripada paras jantung, daya graviti akan menggerakkan cecair tersebut supaya mengalir ke arah jantung. Semakin banyak bengkak, semakin lama dan semakin kerap keperluan anda untuk mengangkat kaki. Tujuannya adalah untuk memastikan agar cecair tersebut kembali ke jantung, seterusnya diedarkan secara serata ke seluruh badan.  Mulakan dengan 20 minit sebanyak dua kali sehari. Sekiranya bengkak masih ada, panjangkan durasi ke 30 minit hingga satu jam.

  1. Urut kaki

Urutan kaki membantu merehatkan otot dan meningkatkan peredaran darah. Walaupun ia tidak akan mengatasi punca masalah yang menyebabkan kaki bengkak, tetapi ia akan mengaktifkan sistem limfa, sekaligus mengeluarkan lebihan cecair dari kaki anda bagi mengurangkan bengkak tersebut. Lakukan sedikit urutan diri dengan meregangkan kaki. Namun, jangan mengurut dengan terlalu kuat sehingga sakit.

  1. Kurangkan pengambilan garam

Mengurangkan pengambilan garam akan membantu mengurangkan jumlah cecair yang berlebihan di dalam badan. Apabila kita makan terlalu banyak garam, tubuh akan mengekalkan natrium tambahan yang seterusnya akan meningkatkan jumlah cecair dalam badan. Keadaan ini di sebut sebagai fluid retention.

  1. Pakai stoking sokongan semasa tidur

tips hilangkan kaki bengkak

Kredit:maskulin

Selain daripada menggunakan bantal, anda juga boleh memakai seluar stoking sokongan sebelum tidur dan menanggalkannya pada waktu pagi supaya darah tidak terkumpul di sekeliling buku lali anda. Jika masih mengalami kaki bengkak, tanyalah doktor mengenai stoking tekanan yang juga terdapat di farmasi.

  1. Tuam ais di kawasan bengkak

Faktor pemakaian turut menjadi punca masalah bengkak pada kaki. Elakkan daripada memakai kasut bertumit tinggi dan pakaian yang ketat sehingga mengganggu peredaran darah pada pergelangan tangan, buku lali atau kaki. Jika bengkak masih tidak surut, cuba lakukan kaedah menuam ais pada kawasan yang bengkak. Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti merendam kaki yang bengkak ke dalam air suam yang bercampur garam selama 10 hingga 15 minit. Rendaman ini baik bagi mengurangkan lenguh pada kaki anda.

  1. Senaman

Kredit:bharian

Mungkin anda berasa tidak selesa untuk bangun dan bergerak apabila saiz kaki anda menjadi lebih besar daripada kebiasaannya. Tetapi dengan mengerakkan otot kaki, ia sebenarnya membantu pengaliran darah atau cecair yang terkumpul di kaki untuk kembali ke bahagian jantung.  Sekiranya anda berasa terlalu sakit untuk bersenam, cubalah senaman tanpa menggunakan berat badan seperti berenang, yang juga akan memberi manfaat tambahan kepada otot.

Jika anda atau ahli keluarga anda mengalami masalah kaki bengkak,anda boleh cuba Minyak Herba Asmak,anda boleh klik di sini.

Kredit
1. thediagnosa

2. hellodoktor

10 Khasiat Madu Untuk Kanak-Kanak Yang Perlu Anda Ketahui

MADU ialah makanan yang sangat bernilai yang digunakan sejak zaman purba sebagai sumber makanan tenaga yang penting. Ia juga digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa, dan menambah kelikatan dalam produk makanan. Dalam al-Quran madu disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia. Madu juga merupakan sejenis bahan semula jadi yang mempunyai pelbagai jenis kebaikan. Khasiat madu ini sememangnya terkenal dari turun temurun terutamanya dalam kalangan wanita. Sukatan madu yang diberikan kepada bayi lebih dari satu tahun haruslah dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Madu yang asli dan berkhasiat ini ialah madu yang diambil dari sarang kelulut.

Tahukah anda apa isi kandungan yang terdapat dalam madu ?

Kandungan utama dalam madu ialah glukosa dan fruktosa. Namun demikian, ia juga mengandungi bahan-bahan alami yang lain seperti vitamin C, ‘chrysin’, ‘pinobanksin’, ‘catalase’ dan ‘pinocembrin’. Selain itu, madu juga mempunyai kuantiti air yang sangat sedikit.

Tambahan pula, madu sama ada boleh di lulur atau digunakan terus melalui lidah.  Antara 10 kebaikan madu bagi bayi setahun ke atas adalah seperti di bawah. Jom sama-sama kita ketahui.

1. Pertumbuhan rambut yang sihat. 

Hal ini kerana madu mengandungi zat -zat yang penting bagi memastikan rambut bayi tumbuh dengan cantik dan halus serta kelihatan sihat.

2. Melembutkan kulit. 

Kegunaan ini memang tidak dapat dinafikan kerana madu akan membantu membentukkan kulit yang cantik dan berseri. Kulit juga akan berasa lembut sahaja apabila amalan ini dipraktikkan selalu.

3. Berfungsi sebagai antioksidan.

Antioksidan yang diperoleh dari madu ini dapat membantu memastikan tidak berlaku sebarang masalah yang tejadi dalam badan yang disebabkan oleh molekul ‘free radicals’.

4. Mengandungi mineral yang penting untuk tumbesaran badan.

Tumbesaran bayi amatlah penting dan itu merupakan perkara yang selalu dipentingkan oleh ibu bapa. Dengan pemberian madu, tumbesaran setiap bayi akan menjadi lebih efektif serta hasilnya memang memuaskan.

5. Membantu melegakan batuk.

Madu dapat membantu melegakan batu kerana ianya mengandungi ramuan yang akan mengurangkan irritasi yang boleh membantu mencegah masalah batuk ini.

6. Menghilangkan lendiran di kerongkong.

Lendiran di kerongkong sememangnya sesuatu yang sangat memudaratkan. Ia dapat dibantu dengan memberikan bayi madu ini supaya lendiran tersebut dapat dikurangkan dan ianya tidak menyebabkan bayi menangis selalu.

7. Mencairkan kahak yang pekat. 

Kahak yang pekat bagi bayi ini selalunya sesuatu yang membimbangkan kerana ia boleh mengakibatkannya menjadi tersumbat dan bayi mengalami masalah sukar bernafas. Dengan pemberian madu, kahak pekat dapat dicairkan dan tiada masalah pernafasan yang akan berlaku.

8. Berfungsi sebagai ‘laxatives’.

Bayi yang mengalami masalah sembelit dapat dibantu dengan pemberian madu kerana ia akan membantu melembutkan najis dan mengeluarkannya dengan lancar tanpa sebarang masalah.

9. Perkembangan otak yang mantap.

Perkembangan otak sangat penting bagi bayi yang baru lahir. Hal ini kerana ianya merupakan organ terpenting dalam badan. Berikutan pemberian madu, IQ anak akan dapat dibaikkan dan sekali gus dapat memantapkan perkembangan otak.

10. Kuatkan sistem imun bayi. 

Madu mengandungi vitamin C dan ini merupakan sumber utama untuk mencipta sistem imun yang kebal. Sememangnya dalam hal ini madu dapat membantu dan menghindari sebarang jangkitan.

Akhir sekali, berdasarkan semua khasiat madu diatas, sudah terang lagi bersuluh bahawa madu mempunyai lebih dari sejuta manfaat. Bagi mereka yang sangat mementingkan kesihatan diri dan mahukan kecantikan luar dan dalam, madulah jawapannya. Selain itu, perlu juga diingatkan walaupun madu mempunyai banyak kebaikan dan khasiat, anda haruslah elakkan memberi kepada bayi berusia setahun ke bawah. Sekiranya perlu berjumpa doktor, pergi untuk mendapatkan nasihat dari yang lebih pakar.

Jika anda berminat dengan Madu Asmak, sila tekan link di sini.

 

Kredit:

Doctor on call

5 Perkara Penting yang Perlu Ibu Bapa Ambil Tahu Ketika Membedung Bayi

Bedung bayi atau membuat balutan kepada bayi anda yang baru lahir boleh membantunya untuk tidur lena dan mengurangkan kebarangkalian si manja untuk terjaga. Bedung bayi sebenarnya amat mudah untuk dilakukan, namun masih terdapat beberapa peraturan atau cara bedung bayi yang perlu diikuti untuk keselamatan si manja. Amalan berbedung adalah untuk bayi yang sangat muda – bermula seawal daripada kelahiran sehingga ketika mereka mula menunjukkan tanda-tanda boleh meniarap atau berguling (biasanya 4 hingga 6 bulan tetapi kadang-kadang lebih muda daripada tempoh tersebut).


Ibu bapa baharu sering belajar bagaimana untuk membedung bayi mereka daripada jururawat di hospital.Selimut yang dibalut di sekeliling badan bayi anda boleh menyerupai rahim ibu dan membantu menenangkan bayi baru lahir anda. American Academy of Pediatrics (AAP) menyatakan bahawa apabila berbedung dilakukan dengan betul, ia dapat menjadi teknik yang efektif untuk membantu menenangkan bayi dan menggalakkan si manja untuk lebih mudah tidur.

1.Pilih jenis kain bedung yang selesa

Terdapat pelbagai variasi corak dan warna bedung yang terdapat dipasaran pada masa kini sehingga menyebabkan para ibu rambang mata dalam membuat pilihan. Namun, fokus utama yang perlu menjadi pilihan ialah memilih kain bedung yang selesa dan bersesuaian dengan bayi. Maksud bersesuaian disini ialah pemilihan kain fabrik bedung tersebut haruslah bersesuaian dengan iklim di Malaysia. Pemilihan kain bedung yang terlalu tebal boleh menyebabkan ketidakselesaan pada bayi dan boleh mendatangkan masalah ruam.

 

2. Memastikan ada sedikit ruang

Memberikan sedikit ruang pada bedung bayi amat penting supaya kaki dan pinggul dapat bergerak dengan bebas. Menurut pakar, masalah seperti hips displasia dapat dielakkan apabila memakaikan bedung pada bayi dengan betul. Hips displasia ialah masalah yang berlaku pada sendi pinggul, dimana bahagian atas tulang paha tidak berada pada soketnya. Dalam jangka masa panjang, keadaan ini akan menjejaskan perkembangan sendi kaki dan pinggul bayi. 

3. Kemaskan bahagian atas bedung

Memberi kelonggaran pada bahagian atas dan memberi lebih perhatian pada bahagian bawah, iaitu kaki merupakan cara yang salah. Perkara ini sering kali berlaku dalam kalangan ibu bapa dan ianya perlu dielakkan. Cara yang betul ialah dengan memastikan bahagian lengan bayi anda dibedung dengan kemas dan dililit rapi. Sekiranya kain bedung bahagian atas terbuka, tanpa disedari ia boleh menjadi faktor bayi lemas atau Sudden Death Infant Syndrome (SIDS).

4.  Posisi tidur yang betul

Bayi anda perlu diletakkan pada posisi tidur yang betul agar risiko kematian bayi dapat dielakkan. Dengan cara meletakkan bayi anda di belakang posisi anda setiap kali anda tidur, risiko tersebut dapat dielakkan. Menurut kajian, risiko SIDS dan sesak nafas berlaku ketika bayi dibedung dan diletakkan pada posisi yang salah iaitu meletakkan bayi anda pada atas perut.

5. Elakkan membedung bayi terlalu lama

Proses tidur bayi akan menjadi lebih mudah apabila kita membedung bayi. Namun sekiranya bayi menunjukkan rasa tidak selesa dan sukar tidur tanpa dibedung, ibu bapa boleh terus membendung bayi anda untuk beberapa bulan lagi. Namun begitu, membedung bayi dalam tempooh yang terlalu lama harus dielakkan kerana ianya boleh menjejaskan proses pengembangan fizikal dan otot bayi anda. 

Membedung bayi dapat memberi sentuhan kasih sayang antara kulit ke kulit antara ibu dan bayi dengan lebih kerap. Perkara ini amat baik kerana ianya dapat mengeratkan lagi hubungan si manja bersama si ibu dan membuatkan bayi anda rasa lebih selesa apabila melihat anda. Ilmu pengetahuan cara membedung juga merupakan perkara yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa supaya bayi anda akan merasa lebih aman dan selamat dengan membungkus bayi dengan kemas. Namun, tanpa pengetahuan ini, bayi anda mungkin akan mengalami hip displasia.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kelengkapan ketika berpantang, klik sini. 

Kredit:
The Asian Parent
Hello Doktor

7 Tips Untuk Lebatkan Rambut Yang Boleh Amalkan Di Rumah

Rambut gugur dalam istilah perubatan dipanggil sebagai Alopecia. Ia mempunyai beberapa jenis dan juga punca yang menyebabkan perkara tersebut berlaku. Rambut akan memanjang lebih kurang 6 inci setahun. Rambut akan gugur dalam 100 helai sehari. Jika ia lebih daripada bilangan tersebut, ianya adalah sesuatu yang tidak normal.

Masalah keguguran rambut boleh muncul dalam pelbagai cara, bergantung dengan puncanya. Ia boleh datang secara tiba-tiba atau secara perlahan. Tidak dinafikan, keguguran rambut boleh memberikan kesan yang negatif pada kulit kepala dan seluruh badan. Malah masalah keguguran rambut juga boleh bersifat sementara ataupun kekal.

Antara 7 tips untuk lebatkan rambut yang gugur anda boleh amalkan di rumah ialah :

  1. Minyak Zaitun

Kebaikan minyak zaitun memang banyak. Salah satunya, mengatasi rambut gugur,meningkatkan proses pertumbuhan rambut dan menyihatkan kulit kepala. Anda hanya perlu titiskan 4-5 titis minyak zaitun di kulit kepala setelah anda mencuci rambut. Kemudian urut perlahan-lahan kulit kepala. Sebaiknya dilakukan pada malam agar kandungan minyak zaitun dapat menyerap pada kulit kepala. Keesokan pagi,boleh mencuci rambut sehingga bersih.

  1. Santan

Cara ini sudah popular sejak dahulu lagi dan diperakui mampu mengatasi rambut gugur dan menumbuhkan rambut. Lumurkan 250-500ml santan ke kulit kepala dan rambut. Balut dengan tuala suam dan biarkan selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk. Rawatan ini akan membuatkan rambut menjadi lebih lembut dan bersinar. Lakukan proses ini secara rutin,tiga kali dalam seminggu.

  1. Makan sayur dan buah

Apa yang anda makan juga boleh mengatasi masalah rambut gugur dan berperanan penting dalam melebatkan rambut. Ambil makanan yang mengandungi vitamin seperti vitamin A,vitamin B atau vitamin D untuk merancakkan pertumbuhan rambut.Banyakkan makan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan sebab ia mengandungi nutrisi yang boleh menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut lebat.

  1. Avokado

Buah berkulit hijau dengan isi kekuningan ini mempunyai khasiat besar untuk membaiki kerosakan rambut. Ia bukan sekadar mengembalikan kilauan, memperkuat dan membaiki tekstur helaian rambut, malah mengubah rambut kusam menjadi lebih segar, beralun. Caranya, lumatkan isi buah avokado bersama pisang. Sapu campuran ini ke kulit kepala dan urut supaya rata. Biarkan ia mengering selama setengah jam. Bilas dengan syampu. Setelah rambut kering, anda akan mula nampak rambut menjadi lebih tebal dan beralun.

  1. Lidah Buaya

tips lebatkan rambut gugur

Kredit:sehatq

Manfaat luar biasa tumbuhan ini sememangnya diketahui sejak zaman berzaman untuk mengurangkan rambut gugur. Maka tidak hairan banyak produk penjagaan rambut menggunakan pati lidah buaya sebagai bahan utama. Ambil daun lidah buaya, potong bahagian tengahnya dan ambil lendirnya. Lumur pada rambut hingga rata. Urut kulit kepala dan biarkan lima minit. Cuci rambut hingga bersih.

  1. Daun Inai

Sejak dulu daun inai memang diakui mempunyai banyak khasiat, khususnya dalam merawat masalah rambut serta kulit kepala. Cuba kisar atau tumbuk lumat daun inai dan campur dengan sedikit air bagi menjadi pes. Ratakan di seluruh kulit kepala dan tutup dengan topi mandi selama tiga jam. Selesai tempoh berkenaan, bilas dengan air bersih dan gunakan perapi. Ulangi langkah ini dua kali seminggu untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih aktif.

  1. Air garam

Air garam boleh menyebabkan liang-laing di kult kepala tertutup rapat dan akan menghalang daripada berlakunya keguguran rambut. Selepas syampu rambut,letakkan sejumalah garam yang bersesuai dengan ketebalan dan kepanjangan rambut di besen. Rendam rambut selama 3-5 minit. Urut kepala dengan perlahan agar air garam itu meresap ke dalam kulit. Kemudian,bilas rambut. Ulangi car aini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Jika anda atau keluarga anda mengalami masalah rambut gugur,anda boleh cuba Syampoo Bunga Raya Plus,boleh klik di sini.

 

Kredit

1.Hellodoktor

2.Thediagnosa

3.Maskulin

4.Hmetro

 

4 Perkara Penting Mengenai Jerawat Yang Wanita Harus Maklum

Jerawat boleh menggugat keyakinan seseorang dan boleh menjejaskan interaksi sosial. Kebanyakan orang tidak mengendahkannya dan tidak menangani puncanya, tetapi cara terbaik untuk mencegah dan menangani jerawat bermula dengan mengetahui masalah sebenar yang anda hadapi. Masalah jerawat yang berbeza mungkin berpunca daripada pelbagai faktor; maka itu rawatan yang diperlukan juga adalah berbeza. Lagi cepat anda mengenal pasti dan memahami jerawat, cepatlah lagi pemulihan kulit anda. Artikel ini menerangkan tentang 4 perkara penting mengenai jerawat yang wanita harus maklum.

 

 

Mengenai jerawat yang wanita harus maklum

Pori-pori kulit anda mempunyai kelenjar minyak yang menghasilkan sejenis minyak dipanggil sebum. Sebum melembapkan dan melembutkan kulit, selain bertindak sebagai satu lapisan pelindung kulit. Punca utama jerawat ialah apabila kelenjar minyak anda menghasilkan sebum secara berlebihan. Minyak berlebihan ini menyumbat pori-pori dan sejenis bakteria, dipanggil P. Acnes, akan membiak di dalam folikel liang roma anda.

 

Ia menjadi punca kepada jenis jerawat berikut:

1) Bebintik hitam

Bebintik hitam ialah folikel rambut yang telah tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Bebintik hitam boleh membentuk dua jenis bintik; jerawat hitam dan jerawat putih.

  • Jerawat putih (bebintik tertutup)

Jika pembentukan minyak dan bakteria tidak terbuka pada permukaan kulit, ia menjadi bintik putih kecil dan keras yang dipanggil jerawat putih. Rupanya kelihatan seperti jerawat, tetapi tidak merah dan meradang. Tidak seperti jerawat, anda tidak boleh memicit isinya keluar. Jerawat putih boleh tumbuh di mana-mana pada kulit anda, tetapi biasanya tumbuh di dahi, pipi dan di kawasan bawah mata.

 

  • Jerawat hitam (Bebintik terbuka)

Walaupun tiada ubat yang boleh menghilangkan Bebintik, anda boleh merawat atau mencegahnya. Bebintik lazimnya tumbuh pada kulit perokok berbanding bukan perokok. Kajian juga telah membuktikan bahawa diet dengan kandungan gula dan lemak yang tinggi boleh merangsang pertumbuhan jerawat bebintik. Oleh itu, sila pantau pemakanan anda dan elakkan daripada merokok. Kulit yang mengandungi air berlebihan boleh juga menjadi punca jenis jerawat ini. Jadi, jangan lupa untuk mengelupaskan kulit mati dan berhati-hati agar anda tidak melembapkan kulit secara berlebihan

 

  • Rawatan untuk Bebintik

Walaupun tiada ubat yang boleh menghilangkan Bebintik, anda boleh merawat atau mencegahnya. Bebintik lazimnya tumbuh pada kulit perokok berbanding bukan perokok. Kajian juga telah membuktikan bahawa diet dengan kandungan gula dan lemak yang tinggi boleh merangsang pertumbuhan jerawat bebintik. Oleh itu, sila pantau pemakanan anda dan elakkan daripada merokok. Kulit yang mengandungi air berlebihan boleh juga menjadi punca jenis jerawat ini. Jadi, jangan lupa untuk mengelupaskan kulit mati dan berhati-hati agar anda tidak melembapkan kulit secara berlebihan.

 

2) Jerawat biasa (Papul)

Papul berlaku apabila pori-pori tersumbat meledak dan menjadi radang. Bakteria P.acnes juga merangsang keradangan dan pembentukan papul. Ia adalah bentuk luka jerawat yang paling ringan. Papul biasanya berupa seperti bintik kecil, merah atau merah jambu.

 

3) Jerawat Besar (Pustul)

Apabila jerawat menjadi besar dan membengkak, ia dipanggil Pustul. Jenis jerawat ini kelihatan seperti jerawat putih tetapi biasanya ia bermata dan dikelilingi tanda merah keradangan.

 

Rawatan untuk jerawat biasa dan besar

Kebanyakan produk rawatan jerawat mengandungi dua bahan utama; Benzoil peroksida dan asid Salisilik.

 

  • Benzoil peroksidaBahan ini membunuh bakteria P.acnes dalam jerawat dan mencegahnya daripada membiak. Ia juga berfungsi mengelupas dan menanggalkan sebum berlebihan dan sel kulit mati, untuk mengurangkan sumbatan pada pori-pori dan menyingkirkan makanan yang ada untuk pembiakan bakteria.
  • Asid salisilikAsid salisilik berfungsi untuk membuka pori-pori yang tersumbat dengan menanggalkan sebum berlebihan dan sel kulit mati. Ia dapat mengurangkan sumbatan pada pori-pori dan menyingkirkan makanan yang ada untuk pembiakan bakteria.

Kredit : Merdeka.Com

 

4) Jerawat yang menyakitkan (Nodul & Sista)

Jerawat yang paling sukar dirawat ialah nodul dan sista. Jerawat ini paling menyakitkan dan paling besar saiznya. Nodul ialah bintik besar dan keras yang tumbuh di dalam kulit. Sista pula, bintik bermata yang besar tetapi lembut dan rupanya seperti bisul.

 

Rawatan untuk Nodul & Sista

Untuk nodul dan sista, anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat pakar dermatologi; kerana tiada ubat untuknya yang boleh didapati di kaunter.

 

Ingin dapatkan produk Sabun Skrub Kopi Plus bagi merawat masalah jerawat? Klik disini. 

Shopping cart close