6 Penyebab Utama Berlakunya Slipped Disc

Slipped disc pada tulang belakang juga dikenalpasti sebagai PID (prolapsed interverterbral disc). Slipped disc juga merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disk. Ini boleh menyebabkan anggota badan menjadi kebas/ lemah.

Sakit belakang boleh diklasifikasi kepada peringkat akut, kronik dan Berulang (recurrent). Sakit akut pada amnya terjadi selepas bersin, batuk kuat, mencangkung untuk lama, atau, apabila angkat sesuatu barang dari lantai (lebih lagi jika barang itu berat).

Slipped disc pada tulang belakang juga adalah salah satu diagnosa utama di kalangan pesakit sakit tulang belakang. Sebab- sebab slipped disc di tulang belakang mungkin berpunca dari proses penuaan pada disk tulang belakang yang mengalami factor mekanikal, trauma, nutrient, and genetik.

Selasin itu, penyakit slip disc merupakan penyakit yang sangat berbahaya jika berada di tahap yang serius. Perkembangan penyakit harus diawasi dan pesakit haruslah berjaga-jaga dengan punca yang mencetuskan kesakitan atau kebas. Terdapat beberapa penyebab masalah ini. Antaranya ialah :

  1. Hal ini kerana penyakit slip disc selalunya berlaku kepada golongan usia lanjut kerana bahagian luaran yang melindung disc akan semakin haus dan mengakibatkan disc lebih mudah bergerak daripada tempat asalnya.
  2. Melakukan pergerakan dengan tiba-tiba. Hal ini kerana sesetengah pergerakan dan posisi badan yang dilakukan secara tiba-tiba atau dengan cara yang salah terutamanya pada usia yang tua akan membawa kepada masalah slip disc ini.
  3. Mengangkat objek yang berat.Hal ini juga turut boleh menyumbang kepada berlakunya penyakit slip disc ini. Dengan mengangkat objek berat ianya menyebabkan tekanan yang tinggi kepada tulang belakang kita. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan disc bergerak keluar dari tempat asalnya sehingga mendatangkan sakit.
  4. Berat badan yang melampau.Apabila seseorang itu mempunyai berat badan yang melampau atau obesiti tulang belakang mereka tidak dapat menampung berat badan mereka yang melampau sekali gus menyebabkan golongan ini terdedah kepada kelemahan slip disc.
  5. Otot yang lemah.Individu yang tidak mengamalkan gaya hidup aktif atau senaman untuk menguatkan otot mereka berisiko tinggi untuk slip disc. Hal ini demikian kerana otot yang lemah tidak dapat membantu menyokong tulang belakang mereka dengan kukuh.
  6. Kehidupan yang tidak aktif. Keadaan ini selalunya merujuk kepada golongan yang berkerja di pejabat kerana hanya duduk berpanjangan tanpa sebarang pergerakan. Tabiat duduk sahaja tanpa melakukan sebarang aktiviti regangan badan memberikan tekanan yang tinggi kepada tulang belakang bahagian bawah.

Antara rawatan bagi penyakit slip disc ini termasuk kaedah konservatif ke kaedah surgikal. Kaedah konservatif melibatkan pengambilan ubat untuk mengurangkan gejala yang dialami. Antara ubat yang diberikan ialah:

  • Ubat tahan sakit. Ini boleh membantu pesakit untuk meredakan kesakitan yang mereka alami.
  • ‘Muscle relaxants’.Ini akan dapat membantu melegakan kekejangan otot yang berlaku.
  • Ubat saraf.Ini untuk melegakan sakit saraf yang terlampau teruk.

Selain itu, terdapat juga pilihan surgikal/pembedahan yang akan dilakukan apabila kaedah ubat-ubatan tidak dapat membantu. Antara pembedahan yang dilakukan ialah:

  • ‘Mikrodiscetomy’. Ini merupakan kaedah dimana doktor hanya akan membedah keluar bahagian disc yang terkeluar dari tempat asalnya dan bukan keseluruhan disc tersebut.
  • ‘Disc replacement’. Ini merupakan kaedah di mana keseluruhan disc tersebut akan dikeluarkan dan disc tiruan.

Penyakit slip disc boleh membahayakan nyawa jika tidak dirawat dengan segera. Rawatan slip disc memerlukan jangka waktu panjang. Sekiranya penyakit anda semakin teruk, segera dapatkan rawatan daripada doktor pakar.

Jika anda ingin mengurangkan sakit slipp disc, sila tekan link disini.

 

Kredit:

Myhealth

Doctor on call

6 Cara Duduk dengan Betul Untuk Mengekalkan Postur Badan yang Sihat

Postur badan yang sihat amat penting bagi mengelakkan risiko untuk mengalami sakit otot dan sakit belakang. Ini termasuklah postur ketika kita sedang berdiri dan juga duduk. Penjagaan postur badan yang betul ini sama pentingnya dengan diet yang sihat dan juga senaman. Tetapi, apakah maksud sebenar postur badan? Postur badan bermaksud posisi badan ketika berdiri, duduk ataupun berbaring.

Oleh itu, kita perlulah melatih  diri untuk berdiri, duduk atau berbaring dengan cara yang betul supaya otot atau ligamen badan tidak terbeban demi mendapatkan poster badan yang sihat. disebabkan teknologi yang semakin berkembang, kita kini menghabiskan terlalu banyak masa dalam keadaan duduk. Lebih-lebih lagi ramai yang bekerja sepenuh masa di hadapan skrin komputer. Ini mengakibatkan sakit-sakit badan merupakan sesuatu yang biasa dan kerap dialami dalam kalangan pekerja-pekerja di pejabat.

Walaupun nampak remeh, ada satu perkara yang anda boleh lakukan untuk kesihatan yang lebih baik pada masa yang akan datang iaitu duduk dengan betul. Untuk mengelakkan kesan buruk akibat duduk dengan postur badan yang salah, anda perlulah ketahui cara duduk yang terbaik supaya anda tidak perlu membazirkan wang untuk rawatan pada masa hadapan.

Mengapa kita perlu duduk dengan cara yang betul?

Dengan mempraktikkan cara duduk yang betul, postur badan kita akan terjaga sekaligus tekanan ke atas kawasan otot dan juga ligamen dapat dibahagikan secara sama rata. Selain itu, ia juga dapat membantu mengekalkan bahagian badan di tempat yang betul dengan tekanan yang paling rendah. Postur badan yang baik membolehkan kita bekerja dalam masa yang lebih lama tanpa rasa sakit atau lenguh. Dengan ini, otot kita akan digunakan dengan lebih efisien. Sendi tulang belakang juga akan berada di tempat yang betul serta dapat mengelakkan sakit  belakang dan sakit otot. Seterusnya,  permukaan sendi seperti di kawasan lutut tidak menjadi haus untuk mengelakkan penyakit seperti arthritis.

6 Cara Duduk yang Betul

1. Pastikan belakang badan mempunyai sokongan

Sekiranya anda mempunyai wang lebih, tiada salahnya jika anda ingin berbelanja untuk tempat duduk ergonomik. Tempat duduk ini direka untuk menyokong badan dan mengurangkan tekanan pada tulang dan otot ketika anda sedang duduk. Namun, sekiranya anda tidak mempunyai tempat duduk ergonomik, tidak mengapa. Apa yang anda perlu lakukan adalah letakkan bantal kecil di belakang badan anda. Bantal ini dapat membantu anda mengekalkan postur duduk yang baik ketika bekerja. Walau bagaimanapun, jika ia terlalu besar, bantal ini mungkin akan menyebabkan sakit belakang yang lebih serius.

2. Betulkan kerusi supaya boleh duduk dengan betul

Betulkan ketinggian kerusi supaya kaki dan tangan anda boleh berada dalam keadaan yang lurus dan selesa jika kerusi anda boleh diselaraskan. Pastikan kaki anda menjejak lantai. Jika tidak, gunakan bangku atau bantal kecil untuk memastikan kaki anda terletak dengan baik. Selain itu, pastikan tangan anda berada dalam bentuk L. Elakkan bekerja dengan keadaan tangan yang terlalu jauh daripada badan untuk mengelakkan tekanan yang berlebihan pada otot di bahagian bahu.

3. Letakkan kaki di atas lantai

Tapak kaki anda sepatutnya terletak rata pada lantai. Tanggalkan kasut tumit tinggi anda jika anda perlu bekerja untuk tempoh masa yang lama. Selain itu, pastikan lutut anda boleh membengkok dalam keadaan 90 darjah. Jika tidak, anda perlu selaraskan kerusi ataupun cari kerusi lain yang lebih sesuai dengan ketinggian anda.

4. Pastikan skrin komputer sama paras dengan mata

Selaraskan pula skrin komputer anda dan pastikan ia berada sama paras dengan mata. Jika anda menggunakan komputer riba, tidak salah jika anda menghabiskan sedikit wang untuk membeli adjustable stand. Skrin komputer yang terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh menyebabkan leher anda sakit.

5. Pastikan tetikus dekat dengan badan

Gunakan tetikus atau mouse sedekat mungkin dengan badan untuk mengelakkan pergelangan tangan anda sakit. Selain itu, jika anda tidak menggunakan papan kekunci, ketepikannya buat seketika dan bawa tetikus dekat dengan badan anda.

6. Jangan lupa rehat secukupnya

Jika anda bekerja di hadapan komputer untuk jangka masa yang lama,  tukar postur badan anda sekerap mungkin.
Belakang badan dan otot anda perlu direhatkan dan pastikan anda tidak ‘overwork’. Duduk terlalu lama juga kurang baik untuk kesihatan anda. Sebaiknya, cuba berdiri dan lakukan regangan untuk elakkan diri anda daripada duduk terlalu lama.

Jika anda kerap rasa sakit badan, jangan sesekali lambat-lambatkan janji temu bersama doktor. Kadangkala, sakit belakang yang kronik boleh berlaku disebabkan penyakit yang dikenali dengan nama slipped disc. Oleh itu, sayangilah diri anda. Mulai hari ini, marilah kita cuba untuk duduk dengan betul dan mengamalkan postur badan yang sihat ketika bekerja.

Ingin mencuba produk Fresh ‘N’ Cool daripada Asmak bagi mengelakkan lenguh-lenguh badan? Klik sini. 

Kredit:
1. Hello Doktor

 

 

Ini 5 Punca Anak Sering Berjaga Malam & Susah Tidur

Masa anak tidur adalah masa yang bebas bagi ibu dan bapa untuk melakukan hal lain seperti mengemas rumah, basuh baju, sidai kain, masak dan pelbagai kerja rumah yang lain. Jadi jika anak susah tidur sering berjaga memang amat merungsingkan keadaan. Hal ini kerana, kerja rumah akan banyak tertangguh dan rumah sentiasa bersepah kerana kekangan masa yang dialami. Jadi, ketahui penyebab bayi kurang tidur dan cara mengatasinya dalam artikel ini. Ini antara punca anak sering berjaga malam & susah tidur.

Ramai ibu bapa yang risau bila bayi kurang tidur dan sering terjaga tengah malam dan susah untuk tidur semula. Tapi jangan risau ibu, masalah ini boleh ditangani dengan beberapa cara. Jom kita ketahui apa penyebab bayi kurang tidur dan tip untuk anak tidur nyenyak sepanjang malam.

 

Penyebab bayi kurang tidur dan sering terjaga malam
1. Tidur lambat:

Anda mungkin pernah cuba untuk biarkan anak bermain hingga lewat malam supaya mereka bangun pada waktu yang anda harapkan. Ini adalah cara yang salah. Jika anda buat anak tidur lambat, badan mereka akan penat dan mereka sukar untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan sering terjaga. Kesihatan si kecil anda juga boleh terganggu!

Satu kajian mengatakan, anak yang selalu tidur lambat akan memberi kesan kepada perkembangan motor, bahasa dan sosial mereka. Jadi, anda perlu tetapkan masa tidur untuk anak dan cuba untuk ikut masa ini setiap hari supaya mereka terbiasa dan tahu bila masa untuk tidur.

 

2. Tak tidur waktu siang:

Seperti tidur lambat, anda mungkin fikir jika anda biarkan anak berjaga pada waktu siang, ia akan buat mereka tidur dengan lama. Tapi, jika anda langkau masa tidur siang anak, mereka akan ada masalah untuk tidur nyeyak dan akan bangun terlalu awal. Jadi, anda perlu perhatikan tanda anak mengantuk seperti: menguap, tarik telinga, menangis atau kurang tumpukan perhatian. Jika anda lihat tanda ini, tidurkan anak anda secepat mungkin!

 

3. Berjaga terlalu lama selepas nap time:

Jika anak berjaga terlalu lama antara tidur tengahari dan tidur malam, ia boleh buat bayi susah tidur. Kebanyakan bayi hanya mampu berjaga selama empat jam sebelum tidur tengahari dan tidur malam. Jika mereka berjaga terlalu lama, mereka akan menjadi terlalu penat dan tak boleh tidur nyenyak.

 

4. Tidur kerana terlalu mengantuk:

Tidur sendiri merupakan kemahiran yang perlu diajar. Jika anak anda tak boleh tidur sendiri ketika masa tidur, susah untuk dia tidur semula bila terjaga pukul 5 pagi. Pastikan anda konsisten dengan rutin tidur mereka. Letakkan anak anda pada tempat tidur mereka ketika dia tahu yang dia perlu tidur.

 

5. Keadaan kesihatan:

Tak mustahil untuk anak ada masalah kesihatan yang membuatkan tidurnya terganggu seperti asma atau alahan yang boleh mengganggu pernafasan mereka semasa tidur. Jika anda berdengkur, bernafas menggunakan mulut atau berpeluh semasa tidur, bawa mereka berjumpa doktor untuk diperiksa.

 

Cara menidurkan bayi yang susah tidur

Gunakan lampu malap ketika waktu tidur supaya mereka tahu yang maksud lampu malap adalah masa untuk tidur dan cahaya terang adalah masa untuk bangun. Pastikan suasana bilik tidur selesa dan nyaman serta sunyi. Jauhkan TV atau gajet dari anak yang sedang dan mahu tidur.

Pastikan anak tak tidur semasa terlalu kenyang atau semasa perut kosong kerana ini akan membuatkan mereka sukar untuk tidur dengan nyenyak. Berikan anak minuman hangat sebelum tidur.

Susu cokelat panas dipercayai boleh memberikan keselesaan pada anak anda. Sesuai untuk diminum sebelum tidur.
Tetapkan masa tidur anak dengan konsisten.

 

Durasi tidur untuk setiap anak adalah berbeza bergantung pada usia. Menurut National Sleep Foundation, ini adalah durasi tidur untuk bayi hingga remaja:

Bayi baru lahir usia 0-3 bulan: 14-17 jam
Bayi usia 4-11 bulan: 12-15 jam
Anak usia 1-2 tahun: 11-14 jam
Anak usia 3-5 tahun: 10-13 jam
Anak usia 6-13 tahun: 9-11 jam
Remaja usia 14-17 tahun: 8-10 jam

Semasa anda menyuruh anak untuk tidur, lakukan dengan tenang dan penuh kasih sayang dan jangan memaksa atau memarahi mereka. Jika anda paksa, mereka akan menjadi cemas dan menjadi semakin susah untuk tidur. Sekiranya anda rasa bayi masih susah tidur, anda boleh cuba doa untuk bayi susah tidur ataupun pasang sahaja mesin white noise.

 

Anak anda sering mengalami masalah kembung perut, batuk berkahak, selesema, susah tidur malam? Jom klik sini.

 

Sumber:
TheAsianParent

Ketahui 6 Punca Hidung Berdarah Pada Kanak-Kanak

Hidung berdarah dalam kalangan kanak-kanak berlaku secara tiba-tiba membimbangkan. Lazim menganggap mungkin disebabkan kecederaan dalaman yang teruk atau menghidap penyakit kronik. Kekerapan hidung berdarah adalah normal dan biasanya disebabkan trauma luka pada bahagian dalam hidung sensitif, memandangkan tempat itu menjadi pusat pembentukan salur darah.

Seperti mana yang kebanyakan kita mungkin sudah tahu, terdapat pelbagai punca ia berlaku namun ada dua perkara utama yang mendasarinya iaitu kecederaan dan persekitaran. Antara 5 punca hidung berdarah pada kanak-kanak ialah:

  1. Kecederaan akibat mengorek hidung

Kredit: metro

Ramai kanak-kanak, termasuk orang dewasa, mempunyai tabiat mengorek hidung masing-masing. Apabila kuasa penggorekan yang digunakan terlalu besar, atau kuku terlalu panjang, mereka akan menggaru saluran-saluran darah di hidung septum dan menyebabkan pendarahan.

  1. Alahan

Apabila hidung menghadapi gangguan alergen-alergen, ia akan terasa gatal. Kanak-kanak biasanya menggosok hidungnya, menyebabkan saluran-saluran darah pecah dan berdarah.

  1. Objek-objek asing didapati dalam hidung

Kanak-kanak berumur kecil (2 hingga 3 tahun), didorong oleh perasaan ingin tahu, mereka akan cuba meletakkan objek-objek asing seperti mainan atau objek-objek lain (kacang, benih buah, manik, bateri kecil dan sebagainya) ke dalam hidung mereka. Objek-objek asing begini akan menyebabkan keradangan dan pendarahan.

  1. Tumor dalam hidung

Ketumbuhan dalam hidung boleh menyebabkan hidung berdarah. Pesakit selalunya akan mengadu sumbat pada salah satu bahagian hidung. Kadang-kadang terdapat pesakit yang mempunyai angiofibroma.

  1. Pendedahan terhadap bahan kimia

Jika anda terlalu kerap terdedah kepada bahan kimia yang terkandung dalam asap rokok, asid sulfurik, gasolin atau ammonia, risiko kalian terkena hidung berdarah adalah lebih tinggi. Hal yang sama juga jika anda menyalahgunakan dadah yang mempunyai banyak bahan kimia berbahaya terutamanya yang disedut melalui hidung, risiko hidung berdarah akan bertambah.

  1. Udara yang kering

Kawasan yang mempunyai kelembapan yang rendah boleh menyebabkan iritasi pada lapisan dalam hidung. Ini akan menyebabkan lapisan mukosa serta saluran darah mudah untuk pecah dan menyebabkan pendarahan. Penggunaan mesin untuk melembabkan udara di dalam rumah boleh membantu dalam menghadapi masalah tersebut.

Sekiranya pendarahan hidung sering berlaku, namun sebabnya masih tidak diketahui, ditambah pula dengan kehadiran tanda-tanda negatif lain, maka disarankan untuk menggunakan endoskopi hidung dan memeriksa rongga-rongga hidung dengan teliti.

Jika anda atau ahli keluarga anda mengalami masalah selesema dan batuk, anda boleh cuba Minyak Herba Asmak.

Kredit

1.health

2.ohbulan

3.hellodoktor

4.thediagonsa

Ini 5 Punca Utama Kenapa Bayi Tidak Mahu Menyusu Badan

Susu ibu merupakan satu anugerah pada wanita, yang dihasilkan oleh badan ibu sejurus selepas melahirkan anak. Namun para ibu harus sentiasa ingat, anda perlu mengambil makanan yang mempunyai kandungan vitamin supaya susu ibu yang dihasilkan lebih berkhasiat kepada bayi.

Selain itu, susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Kolostrum yang dihasilkan oleh payudara ibu pada beberapa hari terawal akan membekalkan antibodi yang baik untuk bayi melawan jangkitan. Penyusuan pertama bayi akan dimulakan dengan menjilat, hisap dan berhenti sebentar. Pola hisapan sebegini biasanya berlaku beberapa jam dan adakalanya beberapa hari. Bayi akan pandai menghisap susu dan melekap pada payudara ibu dengan sendirinya. Ibu yang pertama kali melahirkan pasti teruja melihat dan merasai keadaan ini.

Seterusnya, proses penyusuan merupakan satu kepuasan kepada si ibu. Namun begitu, sesetengah ibu yang menyusukan bayi akan menghadapi masalah kekurangan susu. Hal ini biasanya terjadi kepada ibu yang berkerjaya. Pelbagai punca bayi tidak mahu menyusu yang dikhuatiri dan mempengaruhi penghasilan susu. Apabila puncanya dapat dikenalpasti, cara mengatasinya akan jadi lebih mudah. Bayi yang tidak mahu menyusu badan selalunya dikaitkan dengan breast-feeding strike atau dalam erti kata lain bayi mogok. Kemungkinan bayi anda ada beberapa perkara yang mereka ingin beritahu, jom baca info selanjutnya berkaitan punca bayi tidak mahu menyusu di bawah.

Pertama, bayi anda berasa tidak selesa atau sakit. Sekiranya bayi anda menyusu dan dia mula menolak, kemungkinan besar bayi anda sedang mengalami pertumbuhan gigi atau mungkin selesema. Perkara ini menyebabkan ketidakselesaan berlaku kepada mereka.Selain itu, ibu terlampau memberi susu formula kepada bayi. Apabila si ibu memberi terlalu banyak susu formula, anak akan berasa kenyang dan menyebabkan anak tidak mahu lagi menyusu badan.

Ketiga, perubahan pada bau dan rasa. Anak anda boleh mengesan perubahan bau sekiranya susu badan ibu berubahy dari gei bau badan ibu. Jika si ibu memakan makanan yang berbeza, atau sedang datang haid, atau sedang mengambil ubat, ia akan menyebabkan bayi tidak mahu  menyusu badan.

Seterusnya, stress kepada bayi. Bayi juga boleh mendapat stress sebenarnya. Keadaan ini sering berlaku sekiranya ia melibatkan ibu jika ibu berjauhan dengannya begitu lama atau lambat memberi susu. Kelima adalah hidung tersumbat. Jika bayi anda mengalami demam selesema atau hidung berairia juga boleh menyebabkan bayi tidak mahu menyusu. Hal ini kerana bayi berasa tidak selesa dan sukar untk bernafas.

Akhir sekali, bayi yang tidak mahu menyusu badan ini sememangnya sangat normal dan biasa berlaku. Selain itu juga, hal ini merupakan satu perkara yang bersifat sementara sahaja. Ibu-ibu perlulah semak terlebih dahulu puncanya dan jangan terus membuat sangkaan. Hal ini kerana ia akan membuatkan ibu berasa down dan menyangka bahawa si anak sudah mahu bercerai susu dengan ibu.

Jika anda mengalami masalah kekurangan susu badan, jom tekan link di sini untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut.

 

Kredit:

Asianparent

 

Ketahui Jenis & Warna Najis Yang Normal Mengikut Usia Bayi

Bila adanya si manja dalam kehidupan, pasti para ibu bapa akan meneliti setiap gerak geri dan perubahan yang si manja tunjukkan terutamanya warna najis bayi.  Apabila kita sudah menjadi sepasang ibu bapa, pasti kita akan meneliti setiap gerak geri dan perubahan yang si manja kita tunjukkan lagi-lagi jika ia melibatkan kesihatan. Jadi, kami kongsikan kepada anda jenis & warna najis yang normal mengikut usia bayi dan maksudnya.

Cara paling senang bagi ibu dan ayah untuk mengetahui kesihatan anak adalah melalui warna najisnya. Bunyinya agak menggelikan tetapi itulah realitinya. Jika anda perasan akan perubahan di dalam warna najis si manja anda tetapi tidak mengetahui mengapa najis mereka berwarna sebegitu, nah, di sini kami kongsikan kepada anda supaya anda tidak terlalu risau.

Mengapa Najis Bayi Saya Berwarna Oren?
Secara jujurnya, najis bayi yang berwarna oren jarang berlaku. Tetapi, ia bukan bermakna bahawa najis si manja anda tidak normal. Bahkan ia agak normal, cuma jarang dapat dilihat.

Warna najis bayi bergantung kepada proses penghadaman anak anda termasuklah bakteria-bakteria yang bertanggungjawab memudahkan proses pencernaan si manja. Pemakanan yang bayi ambil, tidak kiralah makanan atau minuman juga memainkan peranan dalam mengubah warna najis cahaya mata anda, sepertimana vitamin, suplemen-suplemen dan ubat-ubatan.

Jika si manja anda mempunyai najis yang berwarna oren, ini mungkin disebabkan si manja anda sering memakan makanan yang mempunyai rona warna tersebut seperti lobak atau buah limau. Jika najis bayi berwarna oren tanpa simptom yang terang-terangan, anda tidak perlulah terlalu risau. Tetapi, jika ia diikuti oleh simptom yang jelas kelihatan, cepat-cepatlah hubungi pakar kanak-kanak anda.

Jadi, mari kita ketahui jenis warna najis bayi dan mengapa ia berwarna sebegitu.

Kredit : ParentingApps

 

Cair & Warna Kuning sawi :
Bayi yang menjangkau usia seminggu dan menyusu badan akan mula mengeluarkan najis berwarna kuning sawi yang lembut setiap 24 jam. Tetapi, kebanyakan bayi akan membuang air sejurus selepas meminum susu, tetapi jika anak anda bukan begitu, janganlah risau! Semakin mereka membesar, semakin normal kitaran pembuangan mereka.

Kuning sawi (lebih gelap, dan berbau lebih kuat)
warna najis bayi, najis bayi

Jika bayi anda mempunyai warna najis kuning sawi yang lebih gelap dan berbau lebih kuat, ini mungkin kerana anda menyusukan si manja menggunakan hanya susu formula. Najis mereka tentu lebih pekat, dan akan nampak kehijauan atau kekuningan sekali-sekala. Ketekalan najis tersebut akan berupa seperti mentega kacang.

 

Perang kehijauan:
Adakah anda sudah mula memperkenalkan makanan pepejal kepada si manja anda? Jika ya, jadi tidak syak lagi mengapa najis si manja berwarna seakan-akan perang kehijauan. Tambahan juga, semakin banyak anda menyuap si manja makanan pepejal yang berbagai warna, semakin kerap anda akan perasan najis bayi berwarna seakan-akan makanan yang disuap.

Perang, lebih keras
Pada ketika najis si manja kelihatan seperti warna di atas dengan ketekalan yang lebih keras ala-ala tanah liat Play-Doh, ini mungkin bermakna anak anda hanya telah mencecah usia pra-sekolah iaitu 3 atau 4 tahun! Jadi, anda tidak perlu terlalu risau jika najis si manja terlalu gelap. Sebaliknya, anda lebih perlu risau kepada deria bau anda.

Hijau pekat
Anda mungkin akan berasa lebih risau apabila melihat najis si manja berwarna hijau seterang ini, tetapi ia bukanlah tanda-tanda bahawa anda patut terlalu gementar. Jika najis bayi berwarna hijau seperti gambar di atas, cuba anda periksa bahan kandungan susu formula yang anda berikan pada si manja. Adakah ia mengandungi zat besi? Jika ya, nah, itulah puncanya! Kandungan zat besi dalam susu si manja akan menyebabkan najis mereka berwarna hijau sebegini dan ia tidak memberi apa-apa kesan kepada kesihatan bayi anda, tetapi mungkin memberi kesan kepada selera makan anda.

 

Putih:
Sekiranya si manja mengeluarkan najis berwarna putih atau seakan-akan warna putih, ini masanya untuk anda mula risau kerana ia tentulah tidak normal. Tetapi, jangan panik! Pertama sekali, anda perlu segera membuat temu janji dengan pakar kanak-kanak yang anda percayai dan mendapatkan nasihat mereka. Tetapi secara amnya, bayi yang mengeluarkan najis berwarna putih pemakanan mereka mungkin disekat atau mereka mempunyai masalah pada hati (liver) mereka.

 

Kelabu:
Sepertimana najis berwarna putih, najis si kecil yang berwarna kelabu juga menandakan si manja anda mempunyai masalah yang lebih mendalam dan sepatutnya mendapatkan perhatian dari pakar kanak-kanak yang lebih mengetahui punca warna najis bayi anda yang tidak normal. Sama seperti najis berwarna putih, ia mungkin berpunca oleh sebab pemakanan bayi disekat atau mereka mempunyai masalah dalaman iaitu masalah dengan penghadaman. Tetapi, anda seeloknya menghubungi mereka yang lebih arif tentang perkara ini.

 

Kesimpulannya

Jika difikirkan balik, agak menarik juga bahawa kita dapat mengetahui kondisi si manja hanya melalui warna najis mereka. Ya, kami tidak nafikan bahawa ia mungkin menggelikan, tetapi ia perkara yang normal bagi ibu bapa untuk meneliti najis si manja untuk memastikan kesihatan cahaya mata mereka. You do you, parents!

 

Anak anda sering mengalami masalah kembung perut dan sukar untuk membuang? Jom klik sini.

Kredit:
TheAsianParent

 

 

6 Tips Hilangkan Sakit Pinggang Yang Boleh Praktikan Di Rumah.

Sakit pinggang ini boleh diklasifikasikan antara sakit belakang. Kesakitan ini dapat dirasai antara kawasan bahagian belakang badan hingga ke kawasan pinggul. Kesakitan ini kebiasaannya datang hanya apabila mereka melakukan kerja yang berat sahaja. Kesakitan ini kebiasaannya berlaku hanya sebelah bahagian sahaja. Kesan kesakitan ini mungkin akan bertambah sakit sekiranya individu itu mempunyai masalah yang lain.

Sakit pinggang boleh terjadi kepada semua individu tanpa mengira peringkat usia. Kajian menunjukkan bahawa 10% hingga 31% individu di negara maju mengalami masalah sakit pinggang. Di Malaysia, sakit pinggang merupakan salah satu keluhan yang kerap diterima oleh pakar perubatan di Klinik Kesihatan dan prevalens warga Malaysia mengalami masalah ini adalah sebanyak 12%.

6 tips hilangkan sakit pinggang yang boleh praktikan di rumah ialah:

  1. Melakukan senaman

Anda mungkin berasa sangat sukar untuk melakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan apabila sakit pinggang menyerang. Tetapi, aktiviti ringan seperti berjalan kaki, yoga, senaman air dan aktiviti berimpak rendah sebenarnya dapat membantu mengurangkan rasa sakit pinggang kerana senaman ini mampu melonggarkan otot yang tegang, seterusnya merembeskan hormon endorfin yang berfungsi sebagai ubat penahan sakit semulajadi.

Anda juga boleh mencuba untuk memulakan aktiviti senaman secara harian, termasuklah latihan kekuatan (strength training) bagi mengekalkan otot yang fleksibel dan kuat. Senaman yang dilakukan secara rutin dapat mencegah sakit pinggang yang disebabkan oleh otot yang tegang.

  1. Guna tuam panas dan tuam sejuk

Kredit:siraplimau

Kajian menunjukkan bahawa penggunaan haba panas dan sejuk merupakan kaedah yang efektif untuk menghilangkan rasa sakit pinggang. Tuam sejuk adalah cara yang paling berkesan untuk mengurangkan sakit dan bengkak jika anda menggunakannya sejurus selepas kecederaan seperti ketegangan otot. Ia juga memberi rasa kebas bersifat sementara kepada individu yang mempunyai sakit pinggang yang kuat dan secara tiba-tiba.Namun, anda dinasihatkan untuk menggunakan tuam sejuk tidak melebihi 20 minit pada satu masa.

Selain itu, tuam panas juga dapat melegakan rasa sakit pinggang. Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati semasa penggunaannya agar kulit tidak melecur. Jika tuam panas tidak ada, anda boleh menggunakan botol atau kain yang suam sebagai pengganti.

  1. Sapukan krim ubat tahan sakit

Terdapat pelbagai ubat tahan sakit di farmasi yang dapat memberikan kelegaan kepada masalah sakit pinggang. Krim yang mengandungi capsaicin, sejenis bahan yang boleh dijumpai dalam cili juga boleh membantu mengurangkan rasa sakit. Satu kajian juga menunjukkan bahawa capsaicin sangat berguna untuk merawat osteoarthritis.

Selain itu, krim tahan sakit yang mengandungi menthol mempunyai kesan penyejukan yang boleh merawat rasa sakit pinggang buat sementara waktu. Satu penyelidikan yang dilakukan telah membuktikan bahawa penggunaan menthol pada kulit mampu untuk menyahsensitif receptor sakit dalam badan. Walaupun begitu, penggunaan menthol secara terlalu banyak boleh mengakibatkan seseorang menjadi lebih sensitif terhadap rasa sakit.

  1. Tukar kasut kepada yang lebih sesuai

Memakai kasut yang tidak sesuai atau kasut yang tidak memberi sokongan pada bahagian kaki akan menyebabkan ketegangan otot ketegangan terutamanya di bahagian belakang, kaki dan leher. Misalnya, kasut tumit tinggi boleh mengakibatkan sakit belakang kerana ia memberi kesan kepada posture badan yang normal.

Satu kajian mendapati ada kaitan antara memakai kasut bertumit tinggi untuk jangka masa panjang dengan mengalami sakit belakang. Tetapi, memakai kasut yang terlalu rata pula tanpa mempunyai tapakk kasut yang mengikut struktur kaki juga boleh memberi tekanan kepada kaki serta pinggul. Sekiranya anda mengalami sakit belakang yang berulang, anda boleh cuba untuk menukar kasut yang lebih sesuai yang dapat menyokong kaki anda.

  1. Melakukan perubahan di tempat kerja

Postur badan yang tidak betul seperti membongkok semasa di tempat kerja boleh juga menyebabkan sakit pinggang serta otot. Anda boleh cuba untuk menggunakan ergonomik tempat kerja bagi membantu mengurangkan rasa sakit. Sebagai contoh, pastikan skrin komputer berada pada paras mata dan kerusi berada pada paras ketinggian yang betul. Selain itu, adalah lebih baik jika anda menggunakan troli atau meminta pertolongan semasa mengangkat objek yang berat.

  1. Dapatkan tidur yang cukup

sakit pinggang

Kredit : health.kompas

Satu penyelidikan menunjukkan bahawa gangguan tidur akan memburukkan lagi keadaan sakit pinggang. Kekurangan tidur juga boleh mempengaruhi tahap kesakitan yang dialami oleh seseorang individu. Selain dari itu, tilam yang tidak selesa, saiz bantal yang tidak sesuai atau waktu tidur kurang daripada 7 jam (bagi orang dewasa) boleh mencetuskan rasa sakit pinggang.

Keselesaan dan postur badan yang betul semasa tidur sangat penting untuk kualiti tidur yang baik serta dapat membantu mengelakkan rasa sakit pinggang pada waktu pagi. Pastikan bantal anda dapat menyokong bahagian belakang dan leher anda berada dalam postur lurus. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya masalah kurang tidur mengganggu aktiviti seharian. Rehat yang cukup dapat mengurangkan rasa sakit pinggang dan meningkatkan kesihatan seseorang secara keseluruhan.

Jika anda atau keluarga anda mengalami masalah ini, anda boleh cuba Fresh N Cool.

Kredit

  1. physiogo
  2.  thediagnosa

3 Cara Untuk Membantu Para Ibu Mengalami Kemurungan Selepas Bersalin

Postpartum Depression adalah istilah perubatan yang bererti ‘meroyan’ selepas melahirkan anak. Masyarakat lebih kenal dengan gelaran ‘meroyan’ berbanding istilah perubatan seperti yang dikatakan tadi kerana ia sudah sinonim menjadi buah mulut di kalangan masyarakat itu sendiri.

Namun, masih ramai juga yang tidak tahu tentang masalah mental ibu mengandung ini kecuali dalam kalangan para ibu yang berpengalaman, warga bidan bertauliah serta pekerja dalam bidang kesihatan yang mengendalikan masalah kelahiran anak dan ibu mengandung. Ganguan emosi postpartum berlaku ke atas 25 – 85% wanita yang baru bersalin. Tanda-tanda penyakit ini timbul beberapa hari selepas bersalin dan ia memuncak pada hari kelima. Namun begitu, gangguan emosi ringan ini biasanya pulih dalam masa dua minggu.

Kemurungan postpartum pula berlaku di kalangan 10 – 20% wanita selepas bersalin. Gejala-gejala timbul dalam masa sebulan selepas bersalin. Pada kebiasaannya, penyakit ini sembuh dengan tersendiri dalam jangka masa tiga hingga enam bulan, tetapi bagi kes-kes yang berat ia mungkin berterusan sehingga dua tahun. Selain itu, Psikosis postpartum pula merupakan keadaan yang jarang dijumpai tetapi serius dan berlaku dalam setiap 500 – 1000 jumlah kelahiran. Gejala penyakit ini timbul dengan pantas dan biasanya timbul beberapa hari sehingga dua atau tiga minggu selepas bersalin. Walaupun begitu, risiko tetap tinggi selepas beberapa bulan kemudian.

Antara 3 cara untuk membantu para ibu mengalami kemurungan selepas bersalin adalah ibu yang baru bersalin perlu diberi perhatian dan jagaan penuh sama ada oleh suami atau ahli keluarga terdekat. Keperluannya ketika berpantang perlu di penuhi. Selain itu, jaga pemakanan si ibu. Kadangkala, cara berpantang tradisional yang sangat ketat juga akan membuatkan si ibu rimas dan mula terganggu emosi dan mentalnya. Seterusnya, Masukkan nutrien yang mencukupi ke dalam pemakanan si ibu. Hal ini kerana, mineral dan zat vitamin yang sempurna dapatt menghasilkan susu yang banyak, menyusukan bayi dengan baik, mengurangkan perasaan risau atau tertekan, dan sekaligus mengeratkan kasih sayang ibu dengan bayi.

Antara cara pencegahan untuk penyakit ini adalah membuat pengesanan awal ke atas ibu yang berisiko untuk mendapat penyakit mental postpartum amatlah penting agar rawatan dapat dimulakan dengan secepat mungkin. Wanita yang dikategorikan sebagai mempunyai risiko yang tinggi termasuk mereka pernah mengalami penyakit mental postpartum, sejarah keluarga yang mempunyai penyakit mental, kehamilan yang tidak dirancang dan kepincangan rumah tangga. Sokongan emosi, rohani, fizikal dan sosial amatlah penting bagi ibu-ibu selepas bersalin sebagai satu aspek pencegahan penyakit mental selepas berkahwin.

Akhir sekali, dengan mendapat perhatian yang betul daripada orang sekeliling, rawatan perubatan yang terbaik serta sokongan emosi daripada suami dan ahli keluarga, dapat membantu menangani masalah postpartum ini.

Jika anda ada masalah seperti di atas, jom tekan link di sini.

 

Kredit:

asian parent

iluminasi

myhealth

 

7 Tips Hilangkan Jerawat Di Badan Yang Boleh Amalkan Di Rumah

Jerawat adalah masalah kulit yang biasa dialami oleh semua orang. Bukan sahaja di muka, jerawat juga boleh muncul di badan, termasuk di bahagian dada, belakang, leher, dan perut. Walau bagaimanapun, ia cenderung berlaku pada lelaki lebih daripada wanita.

Jerawat di badan berlaku kerana pelbagai faktor seperti kurangnya penjagaan kebersihan, genetik, dan sebagainya. Dalam factor kebersihan, kita perlu lihat pada pemakaian dan cara membersihkan diri. Kadang-kadang setelah penat bekerja, kita terus berbaring dengan badan yang berpeluh dan bacteria mula membiak di belakang badan atau bahagian-bahagian tertentu.

  1. Mandi dua kali sehari, dan selepas berpeluh

Berpeluh boleh menyebabkan liang roma tersumbat dengan minyak yang berlebihan dan sel-sel kulit mati. Ia boleh menyumbang kepada masalah jerawat badan jika anda tidak mandi selepas berpeluh.

  1. Gunakan pakaian yang sesuai

Selain menggunakan sabun khas untuk jerawat, cara menghilangkan jerawat di badan dan punggung juga boleh dilakukan dengan menggunakan pakaian yang longgar. Ini kerana pakaian yang ketat sebenarnya boleh memerangkap kotoran dan peluh. Apabila ini berlaku, kedua-duanya akan masuk ke dalam pori semasa melakukan aktiviti dan menjadikannya tersumbat. Selain mencetuskan jerawat baru, pakaian ketat juga boleh memburukkan jerawat sedia ada.

  1. Gunakan produk yang lembut pada kulit

Gunakan produk yang lembut pada kulit anda seperti produk yang bebas alkohol. Elakkan daripada menggunakan produk yang merengsakan kulit anda termasuk astringen, toner dan bahan pengelupasan kulit. Kulit kering dan kemerahan membuatkan jerawat badan kelihatan lebih teruk.

  1. Amalkan pemakanan yang seimbang

tips hilangkan jerawat badan

Kredit : ifixphysiotherapy

Jerawat pada badan sama juga seperti pada muka yang mungkin di akibatkan oleh pemakanan yang tidak sihat. Jauhi atau kurangkan makanan berminyak dan pedas kerana ini mampu merangsang penyakit juga. Makanan seperti salad dan berkuah atau berebus amat disyorkan kerana ia adalah pemakanan yang sihat.

  1. Tukar tuala, sarung bantal, cadar tilam dan selimut

Kalau boleh tukarlah tuala, sarung bantal, cadar tilam dan selimut secara kerap. Setiap seorang harus mempunyai lebih daripada satu semua tu sebab kena digantikan jika anda mencucinya. Paling kurang pun, anda harus cuci sebulan 2 kali.

  1. Gunakan Skrub

Untuk membuang sel kulit mati dan lebihan minyak pada badan, anda juga boleh amalkan penggunaan skrub yang mengandungi salicyclic acid. Pilihlah skrub yang bertekstur halus dan lembut bagi mengelakkan keradangan pada kulit.

  1. Elakkan rambut panjang terkena kulit

Rambut panjang yang dibiarkan lepas dan kena pada kulit juga boleh menyumbang kepada jerawat badan lebih-lebih lagi ketika cuaca panas. Rajin-rajinlah membasuh rambut dan ikat bila sudah kering. Bila anda cuci rambut pula, elakkan shampoo dan perapi rambut terkena pada kulit, ya! Bahan-bahan dari produk rambut juga boleh menyebabkan pori-pori kulit tersumbat.

Jika anda atau keluarga anda mengalami masalah jerawat di badan, anda boleh cuba Sabun Skrub Kopi Plus, anda boleh klik di sini.

Kredit

  1. hellodoktor
  2. wanista

Ketahui 6 Manfaat Bunga Raya, Bunga Kebangsaan Malaysia

Umum mengetahui bunga raya atau nama saintifiknya hibiscus rosa-sinensis merupakan bunga kebangsaan negara kita, Malaysia. Bunga raya berasal dari Negeri China dan Kepulauan Pasifik. Salah satu pemilihan bunga raya sebagai bunga kebangsaan tidak disangkal lagi oleh kerana banyak manfaat kepada manusia yang dapat diperolehi. Sejarah pemilihan bunga kebangsaan ini berlaku pada tahun 1958 apabila Kementerian Pertanian telah mencadangkan bunga raya sebagai salah satu pilihan daripada 7 jenis pilihan bunga yang lain.

Akhirnya pada Julai 1960, bunga raya bunga raya telah dijadikan sebagai bunga kebangsaan oleh Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan warna rasmi yang dipiliah bagi bunga raya tersebut ialah warna merah. Keindahan semula jadinya memang tidak dapat dinafikan lagi, begitu juga dengan keistimewaannya yang banyak memberi manfaat dari segi kesihatan, kecantikan dan macam-macam lagi manfaat lain yang akan dikupaskan di dalam artikel ini. Manfaat bunga raya ini telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional Cina dan India pada suatu masa dahulu.

1. Merawat Demam dan Sembelit

Sejak zaman dahulu lagi, bunga raya telah digunakan untuk pelbagai kegunaan dan salah satunya ialah untuk merawat demam. Ekstrak daripada bunga raya mempunyai kesan penyejukan yang mampu mengurangkan suhu badan untuk merawat demam. Selain itu, kegunaan bunga raya ini digunakan dengan cara yang berbeza mengikut budaya dan keadaan.

Sebagai contoh,  orang Mesir menggunakan teh bunga raya untuk menurunkan suhu badan, merawat penyakit saraf dan jantung, dan penggunaan yang terbaik adalah sebagai diuretik.Oleh sebab kesan penyejukan teh bunga raya, demam juga boleh dikurangkan. Manakala di Afrika, kegunaan bunga raya popular dalam rawatan penyakit hati, simptom sejuk dan sembelit.

Bunga raya telah dipopularkan sebagai bunga yang sihat dan juga digunakan sebagai ubat dalam rawatan menopause.Pulpa atau jus yang diperbuat daripada daun ini boleh merawat luka kulit. Ini adalah salah satu faedah teh bunga paling terkenal di seluruh dunia.


2. Menurunkan Berat Badan

Ubat tradisional yang baik untuk menurunkan berat badan ialah dengan menggunakan bunga raya. Kandungan asid hydroxycitric yang terdapat di dalam bunga raya merupakan elemen yang biasa terkandung di dalam kebanyakan pil mengurangkan berat badan. Menurut kajian, bunga raya mengandungi inhibitor enzim yang merangsang  pembebasan amylase, iaitu enzim yang membantu memecahkan kanji dan gula di dalam badan manusia. Ini menjadikan penyerapan kanji dan gula di dalam badan kita juga akan berkurang. Selain itu, bunga raya juga mempunya sifat diuretik dimana ianya menghalang pengekala air atau cecair di dalam badan kita.

3. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi dan Kolesterol

Berdasarkan kajian yang melibatkan penggunaan ekstrak bunga raya terhadap haiwan mendapati tekanan darah mampu dikurangkan dengan pengambilan dos yang tertentu. Kajian yang lain pula ada menunjukkan pengambilan teh bunga raya selama 2-6 minggu mengurangkan tekanan darah dengan jumlah yang kecil  bagi orang yang mempunyai tekanan darah yang normal atau sedikit tinggi. Namun, bagi orang yang mempunyai tekanan darah yang terlalu tinggi, ekstrak bunga raya ini tidak membantu dalam menurunkan tekanan darah tersebut.

Kajian terhadap haiwan pada masa yang sama menunjukkan bahawa jumlah kolesterol jahat semakin menurun dalam kebanyakan haiwan yang mempunyai hiperlipidemik dan kencing manis. Namun begitu, kajian ini menunjukkan kolesterol baik sama sekali tidak terjejas secara amnya apabila ekstrak bunga raya ini digunakan

4. Mengelakkan Rambut Gugur

Bunga raya menganduni komponen ubat dalam merawat rambut. Sebatian polifeol, vitamin C dan mineral mempunyai sifat anti radang, menyembuhkan penyakit seperti kehilangan rambut, rambut beruban dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Untuk rawatan rambut semula jadi dengan bunga raya, bunga-bunga itu dikeringkan, dijadikan serbuk halus dan dicampurkan dengan air untuk disapu pada kulit kepala.

5. Membantu meningkatkan sistem imun 

Kandungan vitamin C dan sifat anti-bakteria di dalam bunga raya merupakan elemen-elemen penting dalam memberikan asas yang kuat dan meningkatkan daya tahan tubuh untuk melindungi diri daripada menangkap penyakit seperti demam atau selsema.

6. Membantu mengawal perubahan mood

Kandungan elemen polifenol di dalam bunga raya didapati mempunyai kesan perlinungan pada otak serta membantu meningkatkan pengaliran darah dalam badan. Oleh itu, ianya mampu mengawal perubahan mood seseorang. Namun, ekstrak bunga raya mampu mengawal dan menenangkan tekanan perasaan masih memerlukan kajian yang lebih mendalam lagi.

Jelas sekali bunga raya mempunyai banyak kebaikan terutama sekali dari segi manfaat kesihatan dan juga kecantikan. Disebabkan itulah bunga raya dipilih sebagai bunga kebangsaan Malaysia yang amat dibanggakan. Dengan kepelbagaian spesies, warna dan saiz bunga raya, semuanya indah sekali dipandang mata, di samping manfaatnya, ianya merupakan pilihan yang terbaik sebagai bunga kebangsaan.

 

Sehingga kini, bunga raya kebanyakannya dijadikan sebagai salah satu bahan utama dalam produk-produk di pasaran terutama sekali produk kesihatan. Ingin mendapatkan produk penjagaan rambut yang mengandungi khasiat bunga raya? Cuba klik sini.

Kredit:
1. Bidadari
2. Hello Doktor

Shopping cart close