5 Jenis Sakit Perut Yang Perlu Anda Ketahui

Sakit perut adalah rasa ketidakselesaan yang berlaku di antara bahagian dada dan juga pelvis. Terdapat 5 jenis sakit perut yang perlu anda ketahui dan seringkali terjadi. Sesetengah orang menggelarnya senak perut. Ia biasanya tidak berpanjangan dan selalunya tidak serius. Tetapi, ia juga boleh menjadi sangat serius dan berpanjangan sekiranya ia kerap berlaku. Antaranya 5 jenis sakit perut ialah:

 

Jenis sakit perut

Kredit: Beutynesia

  1. Pedih Ulu Hati

Kebiasaannya, pedih ulu hati ini terjadi akibat senak perut atau perut yang terlalu penuh dengan makanan dan menyebabkan pencernaan sukar untuk membuat proses rutin mereka.

  1. Haid atau Senggugut

Senggugut adalah rasa sakit perut ketika datang period atau haid. Sesetengah wanita akan merasa senak perut kerana perubahan hormon semasa haid. Ia juga boleh memberi kesan kepada sistem pencernaan.

  1. Gastrik atau Radang Perut

Gastrik atau gastritis merujuk kepada keradangan yang berlaku pada lapisan dalam perut. Keadaan ini berlaku apabila terjadinya penurunan pada tahap perlindungan lapisan dalam perut.

  1. Sembelit

Mereka yang mengalami sembelit bermaksud mereka akan mengalami pembuangan air besar yang sukar kerana najis yang keras dan kekerapan pembuangan air besar dalam seminggu pun akan semakin berkurangan.

  1. Apendik atau Apendititis

Simptom awal yang biasa dialami ialah rasa sakit di sekitar kawasan pusat dan kemudiannya bergerak ke bahagian bawah kanan abdomen. Ia boleh menjadi lebih teruk apabila inflamasi di apendiks merebak ke tisu-tisu yang berhampiran terutamanya dalam lapisan abdomen anda.

Apakah tanda-tanda bahaya?

  • Kecederaan pada abdomen yang baru berlaku
  • Kesakitan yang tiba-tiba dan teruk di bahagian perut (abdomen)
  • Amat sakit di bahagian perut semasa mengandung atau sewaktu disyaki mengandung
  • Sakit yang berterusan atau semakin teruk
  • Sakit perut beserta rasa loya, muntah dan demam
  • Sakit perut beserta rasa kembung atau sembelit
  • Sakit apabila sebahagian atau seluruh bahagian perut (abdomen) disentuh
  • Najis atau muntah yang mengandungi darah

Akhir sekali, sekiranya sakit teruk abdomen yang berlaku secara tiba-tiba buat pertama kali menunjukkan keadaan yang serius. Maka,jumpalah doktor dengan segera. Selain itu, sakit perut kronik yang berulang memerlukan penyiasatan dan rawatan lanjut oleh itu dapatkan bantuan dan nasihat daripada doktor anda.

Sekiranya anda mengalami masalah sakit perut seperti diatas, boleh dapatkan Minyak Herba Asmak. Ia akan membantu melegakan kesakitan tersebut.

Sila tekan link disini.

 

Kredit:

  1. thediagnosa.com
  2. hellodoktor.com
  3. theasianparent.com
  4. myhealth.gov.my

8 Khasiat Daun Pudina yang Baik Untuk Kesihatan

Daun pudina adalah sejenis daun herba yang berasal dari genus (kelompok) Mentha. Genus ini berasal dari keluarga Lamiaceae yang mempunyai antara 15 ke 20 spesis tumbuhan herba yang mempunyai bau. Penggunaannya yang meluas dalam produk-produk penjagaan oral seperti ubat gigi, penyegar nafas serta ubat kumur.

Daun pudina ini juga turut digunakan dalam penghasilan produk makanan seperti gula-gula, gula-gula getah dan teh. Selain itu, daun ini turut digunakan untuk tujuan perubatan seperti merawat selsema dan alergi kulit. Namun begitu, tahukah anda akan kebaikan dan khasiat lain yang ditawarkan oleh daun pudina ini? Oleh itu, khasiat daun pudina ini akan dikupaskan dengan lebih mendalam lagi.

1. Merawat selsema

Methol terkandung dalam daun pudina ini mampu meningkatkan pengaliran udara ketika anda selsema. Saluran pernafasan kita yang terhalang disebabkan oleh kewujudan cecair mukus di rongga hidung. Saluran pernafasan akan terbuka dengan lebih luas sehingga memberi kesan ke atas saraf dalam rongga hidung.  Ini akan menyebabkan lebih banyak udara melalui rongga hidung dan seterusnya mengurangkan simptom selsema.

2. Melegakan sakit kepala

Selain mengguakan minyak angin untuk merawat sakit kepala tahukah anda penggunaan minyak pati pudina yang disapu pada kulit di sekitar kawasan dahi dillihat mampu untuk mengurangkan tekanan dan simptom sakit kepala. Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan minyak pati pudina mampu mengurangkan kepekaan terhadap kesakitan sebanyak 40.3%.

3. Merawat proses penyembuhan luka

Menurut kajian, penggunaan minyak pati pudina di dalam kuantiti yang sesuai dilihat mampu membantu dalam proses penyembuhan luka. Ini kerana daun pudina mempunyai kebaikan terapeutik yang tersendiri iaitu bersifat anti bakteria yang dilihat berkesan untuk membasmi bakteria. Selain itu, ianya juga menggalakkan pembentukan sel baru dalam proses penyembuhan luka. Namun begitu, untuk tujuan ini, pesakit haruslah mendapatkan nasihat dan rawatan daripada pihak yang pakar seperti doktor dan pekerja kesihatan yang sepatutnya.

4. Melegakan loya, mual dan muntah

Di dalam kajian percubaan klinikal yang dijalankan terhadap pesakit kanser yang sedang atau akan menjalani rawatan kemoterapi, didapati bahawa penggunaan minyak pati pudina mampu mengurangkan kekerapan kejadian emetik (muntah) di dalam tempoh 24 jam dan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan minyak ini tidak memberikan sebarang kesan sampingan terhadap pesakit.

Kredit: https://www.majalahsains.com/khasiat-daun-pudina/

5. Melegakan ketidakhadaman dan ketidakselesaan

Pernahkan anda mengalami kitadakhadaman selepas makan? Komponen menthol di dalam daun pudina mampu untuk melegakan ketidakhadaman dengan meningkatkan pengaliran jus hempedu dari pundi hempedu. Jus hempedu mempunyai enzim yang digunakan untuk pencernaan lemak dalam makanan. Dengan peningkatan pengaliran jus hempedu, lemak dalam makanan yang dimakan mampu dicerna dengan lebih baik.

6. Memberi kesegaran nafas

Umum mengetahui bahawa daun pudina sering digunakan dalam produk penjagaan oral. Tahukan anda mengapakah daun pudina sering digunakan? Di samping mempunyai bau yang nyaman dan menyegarkan, daun pudina mempunyai sifat anti bakteria yang mampu mencegah pembiakan bakteria yang menjadi punca kepada masalah oral seperti nafas berbau. Oleh sebab itu, daun ini digunakan secara meluas di dalam produk penjagaan oral.

7. Mengurangkan kesakitan semasa haid

Di dalam satu kajian percubaan klinikal yang dijalankan ke atas 127 pelajar perempuan semasa kedatangan haid di Hamadan University of Medical Science, didapati bahawa pengambilan kapsul ekstrak pudina mampu mengurangkan tempoh dan intensiti kesakitan semasa haid. Hal ini kerana komponen di dalam daun pudina mempunyai sifat yang mampu mengurangkan kekejangan otot.

8. Meningkatkan dan memperbaiki emosi

Pernahkah anda mendengar istilah aromaterapi? Aromaterapi adalah satu kaedah yang diamalkan sama ada minyak pati disapu, diurut atupun dihidu oleh pengamalnya. Kandungan minyak pati di dalam daun pudina kebiasaanya digunakan di dalam amalan aromaterapi di mana bau yang terhasil mampu menaikkan semangat dan emosi pengamalnya kerana ianya meransang sistem limbik di dalam tubuh badan kita yang bertanggungjawab keatas emosi seseorang.

Kesimpulannya, terdapat banyak kelebihan yang ditawarkan oleh daun pudina. Namun begitu, pengambilannya haruslah diawasi dan mendapatkan nasihat daripada doktor ataupun pekerja kesihatan untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan yang tidak diingini. Ingin mencuba Refreshing Aromatheraphy Essential Oil Blend daripada Asmak? Klik sini.

8 Tanda Bayi Sakit yang Perlu Anda Ambil Serius

Ibu adalah insan yang paling risau bila melihat tanda-tanda bayi sakit. Bahkan sebenarnya, 8 tanda bayi sakit ini perlu anda ambil serius dan memang tak boleh dibuat main.  Jika berlengah dan tidak dirawat, ia boleh mendatangkan penyakit yang lebih serius.

 

Bahkan simptom ini juga akan muncul walaupun mereka sudah menginjak ke usia kanak-kanak! Oleh itu, jika 8 tanda anak sakit ini muncul, segera bawanya berjumpa doktor untuk dirawat dengan kadar segera sebelum kesan yang lebih buruk terjadi.

 

8 simptom bayi sakit yang tak boleh anda buat main-main:

  1. Cirit birit kronik dan muntah-muntah

Bayi mungkin mengalami cirit-birit dan muntah kerana menyingkirkan makanan buruk atau toksin. Jika ia berlaku sekali atau dua kali, itu adalah normal. Namun, cirit birit dan muntah yang kronik adalah gejala jangkitan yang serius dan boleh menyebabkan dehidrasi. Oleh itu, segera bawa anak berjumpa doktor untuk dirawat.

 

  1. Kerap kencing, penurunan berat badan, cepat letih dan dahaga yang melampau

Perhatikan anak anda, adakah dia kerap ke bilik mandi dan mengalami dahaga yang melampau, berat badan menurun dan kelesuan? Jika ya semua di atas, boleh jadi dia sedang mengalami Diabetes jenis 1. Bahkan keadaan ini boleh mengancam nyawa dan perlu mendapatkan rawatan daripada doktor dengan kadar segera.

 

  1. Demam

Apabila melihat suhu demam bayi yang terlampau tinggi, adalah lebih baik anda segera bawanya berjumpa doktor. Namun jika demamnya dalam paras yang tidak membahayakan, disusuli dengan batuk dan selsema anda boleh merawatnya sendiri dengan ubat-ubatan semula jadi dari rumah. Cuba dahulu, jika tidak berkurang bawalah berjumpa doktor.

 

  1. Menangis tanpa sebab dan tak boleh dipujuk

Sekiranya bayi anda menangis dan tak boleh dipujuk, ia merupakan tanda yang dia sedang sakit. Lihat jika dia demam atau ada punca lain yang menyebabkannya berterusan menangis. Boleh jadi juga dia mengalami kembung perut hingga membuatnya rasa kurang selesa.

 

  1. Sakit kepala, pening atau pengsan

Sekiranya anak anda jatuh atau kepalanya terhantuk kepada sesuatu benda, ia boleh menyebabkan mereka sakit kepala, pening atau pengsan. Dalam keadaan ini, anda tak boleh berlengah dan ia perlu dirawat segera. Bahkan, ada kes yang lebih serius akan membuatkan anak muntah-muntah, penglihatan kabur, mengalami kekeliruan, tak boleh melihat pencahayaan atau perubahan mood yang ketara.

 

Ini semua adalah simptom-simptom gegaran yang serius.

 

  1. Dehidrasi

Dehidrasi terjadi apabila anak tidak cukup minum air. Badan manusia memerlukan air untuk beroperasi dengan betul. Apabila dehidrasi, anak akan mengalami kelesuan, mudah marah, sakit kepala, air kencing yang sedikit gelap, kulit kering dan bibir mengelupas. Untuk itu,pastikan anak anda minum cukup air kosong setiap hari supaya tubuhnya lebih bertenaga.

 

  1. Kesukaran bernafas

Ini juga merupakan salah satu tanda bayi sakit yang jangan dibuat main. Jika ini berlaku, anda patut bimbang. Boleh jadi, si kecil itu sedang menunjukkan tanda-tanda asma atau penyakit serius yang lain. Lihat juga tanda lain seperti pucat dan wajah bertukar kebiruan. Jika ada, bawalah segera berjumpa doktor.

 

  1. Tidak responsif

Secara lazimnya, kanak-kanak yang aktif tetap cergas setiap hari. Tapi jika tiba-tiba anak anda kelihatan lemah, kurang bermaya atau tidak berminat untuk bermain. Memang anda patut bimbang. Dengan adanya tanda-tanda tersebut, ia memberi petunjuk bahawa anak anda sedang sakit.

 

Oleh itu, ibu bapa harus lebih alert jika gejala yang disenaraikan tadi muncul secara tiba-tiba. Apapun, anda tak boleh terlalu panik di hadapan mereka. Tunjukkan sikap professional dengan memberi bantuan kecil terlebih dahulu. Jika keadaan lebih teruk atau anda berasa tidak sedap hati dengan situasi itu, jangan berlengah untuk segera ke hospital. Nak cuba ikhtiar Minyak Herba Asmak untuk atasi masalah-masalah yang sering dihadapi oleh bayi anda,  boleh klik di sini.
8 Tanda Bayi Sakit yang Perlu Anda Ambil Serius

Kredit : TheAsianParent

5 Simptom Bayi Sembelit Ibu Bapa Perlu Ambil Tahu.

Sebagai ibu bapa, kita akan melihat dan memerhati setiap pergerakan bayi seperti ketawa, menyentuh dan menangis sebagai petunjuk tahap kesihatan mereka. Walau bagaimanapun, sesetengah petanda masalah kesihatan, seperti bayi sembelit, sukar untuk dikesan dan dilihat.

Selain itu, sembelit juga merupakan perkara biasa yang terjadi kepada bayi. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkara ini berlaku.

Bayi Sembelit
Bayi Sembelit? 5 Simptom Ibu Bapa Perlu Ambil Tahu.

Credit: Sonora.id

Kebiasaannya, bayi 6 bulan ke bawah yang masih menyusu badan jarang sembelit. Hal ini kerana, segala nutrien daripada ibu diserap sepenuhnya oleh bayi. Tetapi sekiranya, bayi anda sudah mula makan makanan pepejal, kemungkinan besar bayi boleh terkena sembelit.

 

Punca-Punca Utama Bayi Anda Terkena Sembelit

  1. Susu formula

Umumnya, susu formula lebih sukar dicerna oleh bayi berbanding susu ibu, oleh sebab itu najis mungkin menjadi lebih keras dan berketul.

Walaupun menyusu badan, ada sesetengah ibu yang turut memberikan susu formula kepada bayi mereka. Keadaan tersebut boleh mendorong kepada masalah sembelit.

  1. Pengambilan makanan pejal

Untuk permulaan, usus bayi harus dilatih untuk diberi makanan separa pejal seperti bijirin yang kaya serat. Usus bayi akan terkejut jika diberi makanan secara pejal dan akan menyebabkan sembelit berlaku.

  1. Dehidrasi

Kebiasannya, bayi yang normal akan mengalami masalah batuk, selesema dan demam. Kekurangan pengambilan air masak oleh kerana dehidrasi tersebut boleh menjadi salah satu punca. Jika ia berlaku, kandungan air dalam badan si manja akan berkurang dan mengakibatkan dehidrasi.

  1. Tabiat dan diet pemakanan ibu

Pergerakan usus bayi adakalanya turut bergantung kepada tabiat pemakanan ibunya. Ini bermakna apa yang dimakan ibu menentukan tahap kesihatan bayi.

Sekiranya diet ibu kekurangan serat dan mengandungi zat besi berlebihan, ia boleh menjadi punca bayi sembelit.

 

Simptom-Simptom Bayi Anda Mengalami Sembelit

1. Kekerapan membuang air besar

Sembelit bukan sahaja bergantung kepada jumlah kekerapan membuang air besar, tetapi juga kepada keadaan najis itu. Kekerapan bayi akan membuang air besar pada setiap hari akan ada turun naik, terutama apabila anda memperkenalkannya makanan baru.

2. Darah

Sekiranya anda terlihat garis-garis darah merah di atas najis bayi anda, ia adalah kerana bayi mengalami kesukaran ketika proses membuang najis dan menyebabkan kelukaan di sekeliling dinding dubur.

3. Perut Mengeras

Perut keras boleh menjadi sembelit. Kembung dan tekanan yang disebabkan sembelit boleh menyebabkan bayi anda cepat berasa kenyang.

4. Tidak Mahu Makan

Kehilangan selera pada bayi anda mungkin disebabkan ketidakselesaan yang dihadapinya. Malah perut yang kembung juga boleh menyebabkannya tidak mahu makan.

5. Menahan

Sekiranya berlaku perubahan wajah bayi anda ketika sedang membuang air besar, seperti kelihatan tegang atau berkerut, ia mungkin tanda sembelit. Bayi yang berdepan masalah ini biasanya akan menghasilkan najis seperti tanah liat yang sangat keras.

Najis keras boleh menyukarkan proses membuang air besar, bayi anda berkemungkinan akan menangis atau menjadi tegang.

 

5 Cara Mengatasi Masalah Ini

  • Baringkan bayi anda, gerakkan kakinya seolah-olah seperti sedang mengayuh basikal
  • Banyakkan melakukan aktiviti fizikal seperti merangkak
  • Urut perut bayi dengan urutan I Love You mengikut pusingan arah jam
  • Berikan jus buah-buahan kepada bayi anda , tetapi elakkan pengambilan yang kerap kerana takut menganggu penjadualan susu mereka
  • Berikan air masak yang secukupnya kepada bayi anda ketika cuaca panas

Akhir sekali, sekiranya masalah sembelit ini menjadkronik segera pergi ke hospital atau klinik untuk dapatkan nasihat lebih lanjut dari pakar.

Jika anda mempunyai masalah yang sama, sila klik link di sini.

 

Kredit:

  1. Hello Doktor
  2. The Asian Parent

Ini 5 Cara Rawatan yang Boleh Dilakukan Apabila Berlakunya Sakit Sendi

Sendi ialah tempat yang menghubungkan antara dua tulang dan membenarkan berlakunya pergerakan. Sebagai contoh, sendi di Kawasan bahu, siku, lutut dan pergelangan tangan. Struktur di kawasan sendi ini akan menjadi semakin merosot dan tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya apabila umur kita semakin meningkat.

Ini akan menyebabkan ruang dalam sendi tersebut berkurangan dan tulang boleh bergesel antara satu sama lain. Keadaan ini akan mengakibatkan kecederaan tisu dan berlaku keradangan di sendi berikut. Sakit sendi dalam istilah perubatan dikenali sebagai arthritis.

Jenis-jenis Sakit Sendi:

Terdapat beberapa jenis sakit sendi yang sering menyerang pesakit.

i) Osteoarthritis
Osteoarthritis merupakan sakit sendi yang paling sering dialami oleh pesakit. Ini berlaku apabila tisu rawan yang berfungsi sebagai pelapik yang melancarkan pergerakan sendi semakin haus dan nipis. Tulang boleh bergesel antara satu sama lain dan mengakibatkan tisu di kawasan tersebut cedera dan sakit.

ii) Rheumatoid arthritis
Rheumatoid arthritis merupakan penyakit di mana sistem pertahanan badan menyerang sel badan itu sendiri. Tisu di kawasan sendi diserang dan menyebabkan keradangan berlaku. Kebiasaannya, ia menyerang sendi pada jari, pergelangan tangan, siku, bahu dan lutut. Ia menyebabkan sendi bengkak dan susah untuk digerakkan.

Rawatan Sakit sendiKredit: pleasantonarthritis.com

iii) Gout
Bagi yang pernah mengalaminya, gout merupakan satu mimpi ngeri yang sangat menyakitkan. Apabila asid urik berkumpul di bahagian sendi, penghasilan kristal berlaku di Kawasan tersebut. Selalunya gout menyerang di kawasan ibu jari kaki. Ia menyebabkan sendi di kaki bengkak, merah dan berasa panas.

Cara Rawatan Sakit Sendi:

Terdapat beberapa rawatan sakit sendi yang boleh anda cuba untuk kurangkan sakit pada sendi:

1.Rehat yang cukup
Sakit sendi yang ringan boleh diredakan dengan rehat secukupnya. Sendi terlibat direhatkan dari sebarang aktiviti dan pergerakan.

2. Pek ais atau haba
Anda boleh cuba letakkan pek ais atau pek panas di bahagian yang sakit. Ais boleh mengurangkan keradangan dan bengkak pada sendi. Letakkan pek ais pada sendi yang cedera sekurang-kurangnya 30 minit. Manakala pek haba boleh meringankan ketegangan sendi.

3. Ubat tahan sakit
Jika sakit agak terus, pesakit akan diberikan ubat tahan sakit untuk merawat kesakitan terlebih dahulu. Anda boleh dapatkan sendiri ubat tahan sakit seperti paracetamol di farmasi berhampiran.

4. Lakukan regangan dan senaman
Melakukan senaman merupakan rawatan sakit sendi yang efektif. Terdapat beberapa jenis senaman ringkas yang anda boleh dilakukan di rumah iaitu hamstring stretch, calf stretch, hamstring curls, knee rolls dan straight leg raises.

5. Rawatan fisioterapi
Fisioterapi atau terapi manual boleh merawat sakit sendi dengan berkesan. Rawatan ini juga dapat membantu anda menggerakkan sendi dan meningkatkan julat pergerakan sendi.

Anda mungkin akan mengalami sakit-sakit sendi yang biasa. Ianya tiada masalah. Tetapi jika anda mengalami tanda-tanda seperti kesakitan atau bengkak secara berterusan anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doctor. Jangan mengabaikan masalah ini kerana ia boleh menyebabkan kerosakan sendi yang kekal.

Sakit tulang dan sendi boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia atau jantina dan berpunca daripada pelbagai sumber, bergantung kepada individu dan aktiviti yang dilakukannya. Rujuk halaman ini sekiranya anda ingin mencuba Fresh N Cool, produk keluaran Asmak untuk mengurangkan masalah sakit sendi.

Kredit:

physiogo.com.my
mahkotamedical.com
thediagnosa.com

Ini 7 Cara Merawat Ruam Lampin Bayi Di Rumah

Ruam lampin pada bayi merupakan perkara yang memang tidak dapat dielakkan terutama bagi bayi yang mempunyai masalah kulit sensitif. Ada sesetengah bayi jika dipakaikan krim ruam lampin, ia akan beransur pulih, tetapi ada juga bayi yang semakin teruk jadinya. Keadaan itu menyebabkan mereka rasa tidak selesa dan akhirnya meragam tidak henti.

 

Antara beberapa punca yang boleh menyebabkan ruam lampin adalah, keadaan di mana lampin tersebut bersentuh atau bergeser dengan kulit. Punca lain adalah, lampin yang dipakaikan terlalu ketat atau dibiarkan terlalu lama sehingga menjadi ruam di celah paha atau di bawah bahagian getah lampin.

 

Biasanya ruam ini mudah sembuh dengan penukaran lampin secara kerap dan ibu bapa juga perlu sentiasa pastikan kawasan tersebut sentiasa kering. Tetapi ada juga bayi yang menghadapi masalah ruam lampin yang sukar untuk dirawat.

 

Bagaimana ruam lampin terjadi?

Ruam ini kebanyakannya terjadi pada bahagian yang terdedah seperti bahagian punggung. Ia tidak melibatkan kawasan lipatan anggota atau kedutan kulit. Ia juga mungkin disebabkan oleh:

i. Kulit terdedah air kencing atau najis dalam jangkamasa yang lama

i. Alahan terhadap bahan kimia dan lampin pakai buang

iii. Alahan kepada bahan pencuci yang digunakan untuk membasuh lampin kain

iv. Permukaan lampin terlalu keras

 

Segera dapatkan rawatan doktor jika ruam lampin berlaku dalam jangka masa 6 minggu selepas kelahiran. Sekiranya ruam menjadi jerawat dan ulser kecil. Bayi anda demam. Bayi anda susut berat badan atau tidak makan seperti biasa. Wujudnya benjolan atau bintik-bintik. Ruam tersebut merebak ke bahagian lain seperti lengan, muka dan kulit kepala. Ruam tersebut tidak sembuh selepas mencuba rawatan-rawatan yang disyorkan dalam masa satu minggu.

 

Cara merawat ruam lampin
Apakah rawatan yang sesuai untuk ruam lampin bayi?

Rawatan terbaik ialah menukar lampin secara kerap dan juga penggunaan bahan pelindung kulit yang mengandungi zink oksida. Gunakan air suam untuk mencuci punggung bayi setiap kali selepas membuang air kecil atau besar. Tukar lampin bayi dengan kerap, dan biarkan mereka tanpa lampin apabila perlu untuk menggalakan pengudaraan dan mengeringkan kulit mati. Elakkan dari menggunakan tepung jagung kerana ia menggalakan pertumbuhan bakteria dan kulat. Elakkan dari menggunakan bedak talkum kerana ia boleh memasuki paru-paru bayi dan boleh menyebabkan masalah pernafasan.

 

Ruam lampin boleh dicegah dengan cara ini

Perkara utama untuk mencegah dan mengelakkan ruam lampin daripada terjadi adalah dengan memastikan kawasan lampin bayi anda sentiasa bersih, nyaman dan kering.

 

  1. Periksa lampin bayi anda secara kerap

Periksa lampin bayi secara kerap dan tukarkannya sebaik sahaja ia basah atau kotor. Jangan biarkan hingga lampin penuh baru anda tukar. Ia akan menyebabkan ketidakselesaan kepada bayi anda dan menyebabkan bayi anda menderita ruam lampin.

 

  1. Gunakan air suam, sabun lembut

Berhati-hati ketika membersihkan bahagian punggung bayi anda apabila menukar lampin. Gunakan air suam dan sabun pencuci yang sesuai untuk bayi.

 

  1. Pastikan kulit bayi kering

Biarkan kulit bayi anda kering sepenuhnya sebelum memakaikannya semula dengan lampin lain. Jika kulitnya basah, ia akan menyebabkan permukaan lampin lembap.

 

  1. Krim ruam lampin zink oksida

Gunakan ubat sapu yang mengandungi zink oksida untuk melindungi kulit bayi anda sebelum anda pakaikan lampin.

 

  1. Elakkan penggunaan seluar plastik

Elak penggunaan seluar plastik dan kain lampin yang diikuti dengan penggunaan lampin plastik. Plastik tidak mempunyai ruang udara yang baik dan tiada pengaliran udara.

 

  1. Elak tisu basah beralkohol

Elakkan penggunaan tisu basah yang mengandungi alcohol.

 

  1. Cuba tukar sabun, krim ruam lampin

Sekiranya ruam berterusan, tukarkan jenis sapuan lampin, lampin dan juga sabun yang digunakan. Bayi anda mungkin tidak sesuai dengan krim atau sabun yang digunakan.

 

Sekiranya anda mengalami masalah ini dan ingin mencuba produk Bedak Asmak, boleh rujuk halaman ini.

Sumber: TheAsianParent

6 Faktor Yang Menyebabkan Slip Disc Dipandang Remeh Oleh Masyarakat

‘Prolapse intervertebral disc (PID)’ atau lebih dikenali sebagai Slip Disc merupakan antara masalah utama dan kerap berlaku dalam kalangan pesakit yang mengalami masalah tulang belakang. Selalunya pesakit akan mengadu sakit belakang dan jika ia teruk pesakit akan mengadu kebas pada bahagian kaki. Malah kaki juga boleh menjadi lemah ataupun lumpuh jika keadaan slipped disc tersebut semakin teruk.

Slipped disc adalah penyakit yang melibatkan masalah pada cakera intervertebral (Intervertebral disc). Dimana berlaku pengalihan Nucleus Pulposes dari lokasi normal yang terletak di tengah tengah disk. Perkara ini yang akan menyebabkan berlakunya himpitan pada saraf dikawasan tulang belakang.

Cakera intervertebra terletak diantara tulang belakang. Ia berfungsi sebagai penyerap hentakan, menambah ketinggian dan menjadikan tulang belakang fleksibel. Ia dikelilingi oleh lapisan fiber yang dikenali sebagai ‘Annulus fibrosus’ dan di dalamnya mempunyai ‘Nucleus polpopsus’. Koyakkan pada Annulus fibrosus akan menyebabkan nucleus polposus terkeluar dan menghimpit saraf dikawasan tulang belakang

faktor slip disc

Terdapat beberapa faktor risiko yang dapat membawa kepada masalah ini.Antaranya:

  1. Obesiti

Berat badan yang berlebihan akan memberikan tekanan yang tinggi pada cakera intervertebra tersebut. Tekanan tersebut yang menyebabkan cakera tersebut lebih senang untuk koyak dan cedera.

  1. Otot yang lemah.

Individu yang tidak mengamalkan gaya hidup aktif atau senaman untuk menguatkan otot mereka berisiko tinggi untuk slip disc. Hal ini demikian kerana otot yang lemah tidak dapat membantu menyokong tulang belakang mereka dengan kukuh.

  1. Umur

Hal ini kerana penyakit slip disc selalunya berlaku kepada golongan usia lanjut kerana bahagian luaran yang melindung disc akan semakin haus dan mengakibatkan disc lebih mudah bergerak daripada tempat asalnya.

  1. Kehidupan yang tidak aktif.

Keadaan ini selalunya merujuk kepada golongan yang berkerja di pejabat kerana hanya duduk berpanjangan tanpa sebarang pergerakan. Tabiat duduk sahaja tanpa melakukan sebarang aktiviti regangan badan memberikan tekanan yang tinggi kepada tulang belakang bahagian bawah.

  1. Mengangkat objek yang berat

Hal ini juga turut boleh menyumbang kepada berlakunya penyakit slip disc ini. Dengan mengangkat objek berat ianya menyebabkan tekanan yang tinggi kepada tulang belakang kita. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan disc bergerak keluar dari tempat asalnya sehingga mendatangkan sakit.

  1. Melakukan pergerakan dengan tiba-tiba.

Hal ini kerana sesetengah pergerakan dan posisi badan yang dilakukan secara tiba-tiba atau dengan cara yang salah terutamanya pada usia yang tua akan membawa kepada masalah slip disc ini.

Masalah slip disc sememangnya memerlukan perhatian dan pemeriksaan awal untuk mengelakkan komplikasi yang teruk pada masa akan datang. Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami slip disc dan ingin mencari alternatif lain yang mana anda boleh mencuba Fresh N Cool,anda boleh klik di sini.

Kredit

1. thediagnosa

2. ifixphysiotherapy

3. physiogo

4.doctoroncall

6 Perkara Penting Mengenai Kahak Kanak-Kanak & Cara Mengatasinya

Ibu bapa mana yang tak risau bila anak demam dan berkahak sehingga terdengar bunyi siulan dari suaranya bila bernafas. Ibu bapa haruslah mengambil tahu cara membuang kahak kanak-kanak yang betul supaya dapat mengembalikan semula keselesaan anak sepanjang hari. Mengenalpasti warna kahak pada kanak-kanak adalah amat penting sekaligus kita perlu ambil tahu cara untuk meengatasinya.

Kahak adalah sejenis lender yang dihasilkan dari dalam dada manusia. Biasanya badan tidak menghasilkan kahak yang banyak melainkan sewaktu selesema atau mengalami masalah kesihatan yang lain. Kahak ini juga sebenarnya ada pelbagai warna dan juga maksud tersendiri.

Mungkin ramai yang takt ahu, ini adalah 6 jenis kahak kanak-kanak

 

  1. Kahak warna hijau dan kuning

Kahak ini bermaksud tubuh sedang melawan jangkitan. Ia berasal dari sel darah putih dan biasanya disebabkan oleh penyakit seperti ;

  • Bronkitis : Bermula dengan batuk kering dan kemudianya keluar kahak berwarna putih. Dari masa ke semasa ia akan mengeluarkan kahak berwarna kuning atau hijau.
  • Pneumonia : Komplikasi bagi masalah pernafasan yang lain. Anda mungkin mengeluarkan kahak yang berwarna kuning, hijau atau kadangkala berdarah.
  • Sinusitis : Virus, alahan atau bakteria. Jika disebabkan oleh bakteria, anda akan mengalami gejala seperti batuk berkahak berwarna kuning atau hijau, hidung tersumbat, titisan ‘postnasal’ dan tekanan dalam rongga sinus.
  • Cystic Fibrosis : Penyakit paru-paru kronik di mana lender terbentuk di dalamnya. Penyakit ini sering menjangkiti kanak-kanak dan orang dewasa.
  1. Kahak warna coklat
  • Pneumoconiosis : Menyedut debu seperti arang batu, asbestos dan silicosis. Debu tersebut boleh menyebabkan penyakit paru-paru.
  • Nanah dalam paru-paru : Rongga paru-paru penuh dengan nanah. Ia biasanya dikelilingi oleh tisu yang dijangkiti kuman. Gejala lain seperti batuk, berpeluh pada waktu malam dan hilang selera makan.
  1. Kahak warna putih
  • Viral bronchitis
  • GERD (gastroesophageal reflux disease) yang mempengaruhi system pencernaan
  • Kegagalan jantung kongestif: Ini berlaku apabila jantung tidak mengepam darah ke seluruh badan dengan efektif.perkara penting mengenai kahak kanak-kanakKredit: lifestyle.okezone.com
  1. Kahak warna hitam
  • Sputum hitam juga disebut ‘melanoptisis’. Kahak hitam bermaksud anda telah menyedut sejumlah besar debu hitam seperti habuk arang batu. Ia juga mungkin disebabkan oleh jangkitan kulat.
  • Merokok, pneumoconiosis
  1. Kahak merah dan pink
  • Pneumonia : Antara gejala jangkitan paru-paru ini adalah batuk berdarah (kahak berwarna merah)
  • Tuberkulosis : Jangkitan bakteria ini boleh merebak. Gejala utama termasuk batuk selama lebih dari tiga minggu, batuk berdarah dan keluarnya kahak berwarna merah, demam dan berpeluh pada waktu malam.
  • Kegagalan jantung kongestif (CHF)
  • Pumonary Embolisme : Ini berlaku apabila arteri pulmonari di dalam paru anda tersumbat.
  1. Kahak warna jernih

Badan menghasilkan lender dan kahak yang jernih setiap hari. Kebanyakkannya terdiri dari air, protein, antibody dan beberapa garam terlarut untuk membantu mengekalkan kelembapan sistem pernafasan anda.

 

Ada 6 jenis kahak kanak-kanak yang anda mungkin tidak mengetahuinya. Ini pula adalah cara menghilangkan kahak kanak-kanak yang anda boleh amalkan. Antara caranya ialah :

  • Melembapkan udara di sekitar dapat membantu untuk mencairkan kahak dan rawatan stim boleh mencairkan kahak. Selain dari stim, anda juga boleh menggunakan ‘humidifier’ atau pelembap udara yang selamat digunakan sepanjang hari.
  • Minum air secukupnya, terutama air suam.
  • Ambil bahan yang membantu memulihkan system pernafasan seperti limau, halia dan bawang putih, beri, delima, teh jambu, ginseng, enchinacea, zat besar dan akar licorice.
  • Berkumur dengan air garam yang dapat mencairkan kahak sekaligus membunuh kuman serta melegakan sakit tekak.
  • Makan ubat seperti Dekongestan, Sementara kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke atas boleh ambil Expectorant untuk mencairkan kahak. Apa apapun dapatkan nasihat doctor terlebih dahulu.
  • Lain-lain ialah, anda juga boleh mengamalkan sapuan Minyak Herba Asmak yang mengandungi gamat gold, minyak zaitun, minyak kelapa dara & habbatusauda yang mana Minyak Herba Asmak membantu melegakan batuk selesema, batuk berkahak.

Ibu bapa haruslah memainkan peranan yang sangat penting agar kesihatan anak-anak terjaga. Amalkan cara menghilang batuk berkahak ini sebaik mungkin, jika tidak berjaya dan ingin mencari altefnatif lain, ibu bapa boleh iktiar dengan Produk Asmak iaitu Minyak Herba Asmak, klik sini. Hanya dengan kekerapan sapuan dan amalkan cara guna yang betul, insyaAllah anak-anak anda bebas dari selesema dan batuk berkahak.

 

Kredit: theasianparent.com

5 Cara Merawat Luka Anak Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Anak yang sedang meneroka dunia mereka adalah anak yang sangat sihat dan cergas. Oleh itu, mereka akan selalu mengalami luka akibat jatuh. Kebanyakkan ibu bapa menggunakan cara yang salah semasa merawat anak yang mengalami luka.

 

cara rawat luka anak

Credit: Alodokter

Tahukah anda, menutup terus luka dengan menggunakan plaster tanpa membersihkannya adalah perkara yang salah ? Ibu bapa sepatutnya membersihkan luka tersebut terlebih dahulu untuk mengurangi risiko dan mempercepatkan penyembuhannya.

 

Credit: Lyreco

Selain itu, ibu bapa juga boleh menggunakan kaedah rawatan pertolongan cemas untuk luka sembuh dengan lebih cepat dan tidak dijangkiti sabarang kuman walaupun tubuh kita boleh sembuh dengan segera.

Oleh itu,  penyediaan satu peti pertolongan cemas di rumah (Aid Kit) adalah sangat penting sebagai persediaan dari segi apa pun dugaan yang bakal mendatang.

5 Cara Merawat Luka Yang Perlu Ibu Bapa tahu

1) Cuci tangan anda dengan bersih

Pastikan cuci tangan terlebih dahulu sebelum membersihkan tempat luka dengan menggunakan sabun dan air yang mengalir. Selain itu, anda juga boleh menggunakan ‘hand sanitizer’ pada kedua tangan dan lap sehingga kering. Selepas itu, gunakan sarung tangan yang masih belum dipakai bagi mengelakkan terkena jangkitan kuman.

2) Tekan kawasan kulit yang terkena luka

Seterusnya, tekan secara perlahan-lahan kawasan yang terkena luka dengan menggunakan kain yang bersih sehingga perdarahan berhenti. Tidak perlu ditekan sekiranya anak anda mengalami luka atau goresan yang kecil. Perlu diingatkan bahawa langkah ini hanya boleh digunakan untuk luka yang mengeluarkan darah yang banyak sahaja. Sekiranya, luka itu terlampau serius anda perlu bawa anak ke klinik untuk mendapatkan khidmat daripada doktor atau pakar.

3) Bersihkan luka dengan menggunakan air yang bersih

Bersihkan luka dengan menggunakan air yang mengalir selama 5-10 minit. Langkah ini penting bagi menghilangkan kotoran yang melekat pada bahagian luka tersebut. Kemudian bersihkan dengan sabun yang lembut untuk membersihkan kawasan yang luka. Hindari sabun tersebut daripada terkena pada tempat yang terluka kerana boleh menyebabkan iritasi pada kulit.

4) Sapukan krim atau antibiotik

Sebaik selesai membersihkan tempat luka, sapukan kawasan tersebut dengan menggunakan krim atau antibiotik. Pastikan anda tidak menggunakan kapas yang telah digunakan untuk sapukan krim pada tempat luka. Hal ini, boleh menyebabkan jangkitan kuman berlaku. Untuk pengetahuan, jenis antibiotik ini berfungsi untuk menjaga kulit agar ia tetap lembab dan mencegah luka tersebut daripada menjadi parut.

5) Balut luka dengan kain kasa

Sebetulnya, tidak semua jenis luka harus dibalut dengan kain kasa. Jika lukanya hanya sedikit dan tidak dalam, cukuplah dengan membersihkan luka tersebut tanpa harus menutupnya. Tetapi, sekiranya luka itu besar dan boleh menyebabkan jangkitan kuman berlaku, ianya perlu ditutup. Namun begitu, kain kasa perlu segera ditukar apabila kotor dan basah saat terkena air.

Akhir sekali, jika luka tidak berhenti berdarah atau menunjukkan tanda-tanda jangkitan seperti kemerah-merahan atau bengkak, sila dapatkan nasihat daripada pakar perubatan dengan segera.

 

Jika anda mengalami masalah luka seperti diatas dan ingin mencuba produk Minyak Herba Asmak, tekan link disini.

 

 

Kredit:

  1. sinarharian.com.my
  2. dettol.com.my

Bahaya Gula Buah ? Ramai Lagi yang Masih Tidak Tahu. 

Ramai yang tidak tahu tentang gula tersembunyi yang terdapat dalam kebanyakan makanan proses. 

mstar

Kredit: mstar

Nama lain bagi kandungan gula pada label makanan boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar.

 

Fruktosa merupakan kandungan gula yang terdapat dalam buah-buahan. Namun begitu fruktosa yang dmakan dalam buah buahan tidak berisiko tinggi terhadap kesihatan kerana ianya diserap secara beransur-ansur dan diproses dalam hati secara perlahan-lahan disebabkan kandungan serat yang tinggi. Buah-buahan juga mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah.

 

High Fructose Corn Syrup adalah yang paling meluas digunakan. Ianya diambil hasil daripada pemprosesan jagung. HFCS ini merupakan gula sintetik murah yang turut mempunyai nama lain dalam makanan proses seperti Agave syrup, Maize syrup, Glucose, Corn-syrup solids, Corn syrup, Corn sweetener, Dahlia syrup, Fruit fructose, Crystalline fructose, Gula jagung dan Pekatan jus kismis. 

 

Industri pemakanan pada masa kini menggunakan fruktosa dalam hampir semua jenis makanan proses, contohnya air tin dan kotak termasuk jus buah, cereal, koktel buah, gula-gula dan coklat, yoghurt berperisa, aiskrim, roti dan pastri serta air paket 3 in 1. Tanpa kita sedari, kita telah mengambil kandungan fruktosa yan tinggi setiap hari kerana ianya terkandungan dalam minuman segera buah-buahan yang dianggap sihat. 

 

Kesan gula fruktosa ini pun tidak jauh beza berbanding kesan buruk meminum arak. 

  1. menyebabkan ketagihan
  2. meningkatkan risiko obesiti
  3.  perlu diproses di organ hati (tak boleh digunakan terus oleh badan). 
  4. meningkatkan asid urik yang menyebabkan gout. 
  5. cenderung menyebabkan penyakit hati berlemak dan merosakkan hati. 
  6. Keduanya meningkatkan trigliserida dan kolesterol lemak jahat VLDL.
  7. Keduanya menyebabkan masalah metabolik, hormon dan penyakit jantung.
  8. Keduanya menyebabkan peningkatan stres radikal bebas yang menyebabkan keradangan dan kerosakan. 
  9. Keduanya juga meningkatkan produk glikasi (AGEs)yang merosakkan organ dan menyebabkan penuaan. 
  10. Pengambilan berlebihan juga dikaitkan dengan perkembangan pesat sel kanser pancreas mengikut kajian. 

 

Professor Dr Hobert H. Lustig, seorang pakar endokrinologi kanak-kanak dan juga obesiti merujuk gula buah ini sebagai “alcohol without the buzz”…..arak yang tidak memabukkan. Sebelum muncul gula fruktosa jenis HFCS ini, purata pengambilan gula dalam makanan hanyalah 15 gram sehari berbanding 73 gram pengambilannya sejak HFCS ini ditemui. Ramai kini telah sedar dengan bahaya gula pasir lalu memilih pilihan yang dianggap lebih sihat seperti jus buah-buahan, madu dan yogurt buah. Yang mana dianggap sebagai gula semulajadi. 

 

Pada zaman moden kini, disebabkan gaya hidup yang sentiasa sibuk dan arus kehidupan yang pantas, kebanyakan kita lebih selesa untuk mengambil makanan dan minuman segera yang berlambak-lambak dipasaran sekarang atas faktor mudah perolehi dalam waktu yang singkat tanpa kita bersusah payah menyediakan makanan atau minuman tersebut. Jika kita terlalu banyak makan atau minum makanan atau minuman dari jenis ini , maka kita akan mengambil fruktosa secara berlebihan tanpa kita sedari. 

 

Namun, untuk kekal sihat langkah yang dianggap leceh dan remeh oleh masyarakat pada masa kini perlu diambil untuk mengelakkan kita mengambil fruktosa secara berlebihan. Pastikan anda makan buah-buahan sebenar untuk gaya hidup yang lebih sihat. 

 

Klik di sini untuk dapatkan Madu Asli sebagai pemakanan sunnah demi kehidupan yang lebih sihat. 

 

Kredit :

1. doknorm

2. hafizsulaiman 

      

Shopping cart close